Maaf di atas kekalutan bahasa yang agak merapu. Sekadar cerpen untuk menghiburkan anda. Enjoy, Part I. :)
____________________
CINTA! Cinta! Cinta!
Hari-hari
pun aku asyik dengar benda yang sama. Kenapa? Kalau tak bercinta, tak sah
rasanya hidup ni! Bergayut sini-sana. Bermesej siang malam! Membazir kredit.
Sakit ibu jari duk ketuk-ketuk keypad handphone tu! Bercakap pun,
berbisik-bisik… macam orang lepas operate buang tonsil.
Huh!
Aku tak suka langsung.
“Hang
cakap besaq! Cuba nanti time hang bercinta, aku nak tengok jugaklah ada dak
orang tu bergayut macam tarzan siang malam. Jangan setiap satu jam… entah-entah
setiap saat orang tu call tanya orang sini duk buat apa!” bebel kawanku, Rosnina.
Aku mencebik.
Eleh!
Dah aku cakap tak suka, mestilah aku takkan buat. Dia ingat aku macam dia.
Punyalah beria mempertahankan hujah, nak bercinta selepas kahwin. Dan paling
penting, berkahwin dengan pilihan keluarga sahaja! Noktah. Itu kata dia…
Tup…
tup… aku digemparkan dengan berita, dia bercinta dengan sepupu dia dalam diam.
Hah! Tidak ke jatuh rahang aku sampai susah nak tutup mulut. Sangat terkejut.
Sekarang
ni, kawan aku tu dah selamat berkahwin dengan sepupu kesayangan dia dan bakal
bersalin dalam sedikit masa lagi. Hemmm… jodoh dia, macam tu. Jodoh aku ni,
macam mana?! Aku pun tak tahulah. Pasrah aje. Otak aku ikut juga peredaran
zaman tapi kalau bab bercinta nak mencari teman… aku macam tak berapa nak
berkenan.
****
“CIK Kausar…” ada suara yang memanggilku. Siapa itu?
Pantas sahaja aku mengangkat muka mencari gerangan suara itu.
Seorang
jejaka. Yang pasti kacak! Aduh… siapa pula ni?
“Ada
masa?” dia tanya macam tu. Aik… kenalkan diri pun tidak, terus tanya ada masa.
Direct to the point. Aku suka… tapi macam gopoh sangatlah pula. Kan elok kalau
dikenalkan dirinya terlebih dahulu. Boleh juga aku timbang-timbang. Mana tahu,
sesuai jadi menantu emak dan abah aku. Amboi, ada hati! Macam terlupa pula
ikrar aku tentang malas bercakap hal cinta.
“Boleh
saya tahu, masa untuk apa tu?” soalku dengan lagak professional. Sambil-sambil
itu, mataku tidak henti-henti membelek wajah lelaki yang tidak sama sekali
kukenali ini. Ugh! Dosa. Dah tahu… tapi buat jugak! Nak buat macam mana… siapa
suruh dia kacak sangat. Aku yang tak ada hati nak bercinta pun, boleh ter….
jatuh cinta dengan tidak sengaja.
“Hello
miss… masa untuk discussion la! Takkan masa untuk bercinta pulak!” tempelak
lelaki itu secara tiba-tiba.
Ewah!
Dia marah aku…?! Aku macam tak percaya bila dia marah aku dan menggunakan isu
bercinta pulak tu! Argh! Langsung tak dapat diterima dek akal. Kalau pasal
lain, aku boleh terima. Tapi dia kaitkan cinta… aku langsung tak boleh
mengalah. Bila masa aku kata nak bercinta dengan dia.
“Hello
mister… bila masa pulak saya nak bercinta dengan awak?!” soalku laju. Muka aku
dah cukup bengang. Sikit lagi nak jadi bangang.
Lelaki
itu tersenyum sinis. Huh! Makin bertambah kacak. Boleh tak jangan senyum macam
tu! Jeritanku hanya bergema di dalam hati.
“Whatever
la miss… gila cinta! Sekarang… saya ada tiga puluh minit aje untuk menghadap
awak dan discuss pasal majlis pelancaran software Easy bee tu… awak kan yang
handle bahagian protokol?” dia soal dengan nada yang begitu menjengkelkan
telinga aku. Dalam pada rasa menyampah yang tengah bertimbun macam sampah, aku
angguk juga kepala.
“Can
we start now… atau awak tak puas lagi belek muka saya?” sindiran itu terus
membuatkan aku tergamam. Perlahan aku menggigit bibir.
Dia
nampak?! Of course la dia nampak… dia bukan buta!
“Jom…
jom… discuss. Saya pun ada banyak kerja lagi!” balasku tegas, konon habis protokol.
Padahal… sekadar hendak menutup malu yang sudah menunjukkan tapak
peninggalannya di muka.
“KAUSAR!!!” jeritan Hani mengegarkan telingaku. Ish,
apa sajalah mak cik seorang itu! Aku ada dekat sebelah pun, jerit macam aku ni
dekat Jakarta pulak. Kasi gegar otak aje.
“Mamat
handsome tu tak datang ke hari ni?”
“Mamat
mana pulak dah?!” soalku malas. Dalam banyak-banyak mamat yang aku kenal, mamat
manakah yang dimaksudkan oleh Hani ini?!
“Ala…”
suaranya terus menggedik manja. “Yang tinggi lampai… handsome tak terkata tu…
yang panggil kau, gila cinta tu…”
Hani
sebut aje perkataan gila cinta, terus aku rasa macam nak jadi gila.
“Kenapa
kau ingatkan aku dengan mamat gila tu?!”
Argh!!!
Tension aku. Elok aku tengah senang-lenang tanpa sebarang gangguan minda, dah
ada yang mengocakkan ketenangannya.
“Cik
Kausar…” belum sempat apa-apa, sudah ada suara yang memanggil namaku lagi.
Aku
dengar saja nada suara tu, terus aku paling kepala pada Hani. Aku dah tahu
siapa. Tapi kalau aku nak buat-buat tak pandang, boleh tak?!
“Hai
handsome… lambat datang hari ni?” tegur Hani dengan ramahnya. Eh, minah ni!
Kenapa merenyam semacam?! Macam terlupa pula yang dia itu sudah bertunang.
“Lambat
ke Hani… I rasa macam on-time je…” dia ketawa. Dan aku rasa nak termuntah.
Lagi-lagi bila dia sebut Hani. Telinga aku dengar macam… honey aje. Ugh!
Kembang tekak.
“Cik
Kausar you ni… nampak ke tidak I dah terpacak macam tiang dekat sini?” soalnya,
menyindirku. Ini yang aku nak hangin!
“Alah…
Kausar, dia ni… kalau yang berdiri depan dia handsome tahap Tom Cruise pun,
belum tentu dia pandang…” jawab Hani. Memandai saja Hani keluarkan ayat kurang
objektif yang menghukum pandangan aku pada lelaki. Macamlah aku ni hati kering
tahap tak mampu untuk menilai kekacakan ciptaan Ilahi! Suka hati kau je Hani…
“Oh
ya… kenapa?” soal mamat gila itu. Sibuk! Bentak hatiku.
“Dia
alergik sikit… lagi-lagi kalau bab cinta, sama alahnya dengan lelaki kacak…”
suara Hani sudah makin berbisik. Dan aku sudah tidak dengar apa-apa.
“Okey
jom!” terus aku bangun sebelum Hani terangkan secara terperinci pasal aku dekat
mamat gila ni. Lelaki itu tersenyum sinis lagi. Sinis pun sinis la… janji, aku
pandang, nampak sedap saja. Makin kacak!
Eh,
sebenarnya aku bukan menyampah ke dekat dia?! Entahlah, keliru aku dibuatnya!
“YOU tak suka lelaki Cik Kausar?” dia soalku
tiba-tiba. Mujur tidak tersembur air hundred plus dalam mulut aku. Kalau
tersembur pun, sasarannya, dia juga!
“Kenapa
tanya macam tu?”
“Hani
cakap tadi… umur dah 28 tahun… pakwe, sorang pun tak pernah ada. Lelaki pun you
tak pandang… kenapa? Alergik sampai ke tahap tak boleh nak pilih untuk buat
suami ke?”
Aku
sudah mengetap bibir geram. Pandai saja si Hani tu! Menokok tambah tentang
informasi yang dia tak tahu. Tapi bila dengar lelaki ini mention part umur, aku
rasa sensitif sikit. Iyalah… umur dah 28. Gaya dia sebut tu… macam umur aku
ini, dah 68 tahun saja!
“Mana
ada…” bila dah rasa malas nak menjawab, aku ringkaskan saja balasan untuk
soalannya.
“Dah
la… jangan cakap apa, kalau tak tahu…” potongku laju sebelum dia terus
menyambung bicara.
Mataku
terus saja menghala ke pintu masuk ballroom Cempaka Sari yang bakal dijadikan
tempat pelancaran software Easy bee. Aku sudah tidak mempedulikan dia yang
turut mengekor di sebelah. Seiring langkah kami ketika melangkah masuk ke dalam
ballroom yang meriah dengan kilauan cahaya. Cantik!
Rasa
macam tengah kahwin pula. Sama-sama melangkah ke dalam ballroom ni. Spontan aku
terpandang sebelah. Melihat wajah dia. Erk!
Dia
senyum. Gaya senyum tu, macam dia tahu saja apa yang ada dalam kepala aku yang
sewel ni. Ke… dia boleh baca minda orang?! Gulp!
“Kausar…”
lembut sekali dia menyebut. Sampaikan aku rasa… aku rasa… aku rasa…
“Welcome
Miss Kausar and you, handsome… Kamal! Lama tak jumpa…” belum sempat aku nak
rasa apa-apa, Cik Serina sudah mencelah. Cehhh! Kacau aku layan feeling saja.
“Yup.
Long time no see… how are you?” Kamal sudah beramah mesra dengan Cik Serina.
Dan ketika itu aku terasa, dia sudah tak nampak aku pula. Hurm… iyalah, Cik
Serina yang lawa. Cun! Siapa yang tak nak pandang. Letak sepuluh Kausar pun,
sudah tentu orang pandang Cik Serina seorang.
Tahu
tak apa, Kausar!
“Miss
Kausar… come, let me show you the arrangement…” suara Cik Serina kembali
menggamit pandanganku. Kamal dan Cik Serina sudah berlalu terlebih dahulu
menuju ke pintu di tepi ballroom. Pandanganku lama menyorot mengikuti langkah
mereka. Lambat-lambat sahaja aku membuka langkah dan mengikuti mereka.
SUDAH hampir seminggu aku berulang-alik dengan Kamal
untuk meninjau perkembangan di ballroom Cempaka Sari. Maknanya, sudah hampir
dua bulan juga kami berdua sering menempel sekali. Bila hari-hari sudah
terbiasa tengok Kamal, aku jadi tak biasa pula bila tak dapat tengok dia untuk
sehari. At least, sesaat dapat tengok muka dia yang tersenyum sinis pun
jadilah.
Aku
dah jatuh cinta?! Macam tak boleh nak percaya!!!
Kamal
tu… okeylah! Not bad. Ada banyak kriteria yang perempuan boleh suka dengan dia.
First of all, yang aku tak boleh nak tolak langsung ialah wajah dia yang kacak.
Tapi aku takkan la nak cakap hiperbola sangat dengan menyamakan wajahnya
sekacak Tom Cruise pula. Handsome ala-ala lelaki asia la…
Perangai
dia… ini memang tip top. Sampaikan Hani tu cakap, kalau status dia bukan tunang
orang, sudah lama dia ajak Kamal bertunang. Sampai ke tahap itu! Sememangnya
Kamal punya aura yang menyenangkan hati semua orang. Kecuali aku. Asal tengok
muka aku aje, pasti kelakuannya juga tidak serupa dengan orang lain. Tapi tak
tahu kenapa, aku makin suka pula. Dalam diam… aku sudah mula ada ‘rasa’.
Kamal…
hatiku menyeru perlahan.
Aduh!
Aku rasa memang sah.
“Sah
kau dah jatuh cinta!!!”
“Allahuakhbar!!!”
jeritku kuat. Macam tarzan saja si Hani itu menyampuk lamunan aku. kacau
daunlah. Aku nak bayangkan wajah Kamal yang kacak itu pun tak senang. Ada saja
yang cemburu. Sedangkan, itu saja yang ku mampu.
“Cakaplah
Kausar…” Hani sudah mula mengusikku dengan nada meleret.
“Cakap
apa?!”
“Jatuh
cinta lagi… lagi lagi ku jatuh cinta…” dengan suara dia yang lagi teruk
daripada katak, dia menyanyi juga lagu depan aku. Aduhai.. kalaulah tunang dia
dengar, aku pasti sangat. Tujuh hari tujuh malam menangis tak henti-henti.
“Jatuh
cinta dengan siapa?” sengaja aku bertanya. Nak juga aku tahu, siapa suspek
utama dia.
“Tu…
Encik Leman, duda anak dua tu… kan dah lama dia duk mengayat kau.” Mataku
membuntang.
Eh,
please!!! Aku tahu la aku ni bukan lawa mana. Tapi janganlah sampai nak
memadankan aku dengan Encik Leman, senior manager dekat company ni! Umur anak
sulung dia lagi tua dari aku. Tua setahun la!
“Tolonglah!”
aku ucap dengan dengusan kasar. Menyampah betullah. Kalau nak padan, padankan
dengan yang muda sikit. Ini tak, asal tua… semua dengan aku. Kalau yang
muda-muda, semua dia sapu.
“Eh…
okey apa. Encik Leman… ada rupa. Ada nama… yang penting, fulus!”
Aku
mencebik. Mata duitan!
“Betul
kan handsome…”
Eh,
Kamal! Aku pantas mengangkat wajah. Mencari-cari kelibatnya. Tapi, tiada! Saat
itu baru aku tersedar, aku sudah terkena. Senyuman mengejek di bibir Hani
menyapa mata sebelum dia menghilang dari pandangan mata.
“CIK Kausar… jauh mengelamun!” tersentak aku dengan
teguran itu. Lantas aku berpaling. Makin tersentak melihat orang itu. Bibirnya
tersenyum. Indah sekali.
“Dah
lupa… kita ada date hari ni.”
Dahi
aku berkerut. Date?!
“Date…
tak ingat?!”
Perlahan
aku menggeleng. Date?! Dengan dia?! Macam tak kena aje dengan agenda harian.
“Kausar…
you ni, memang betul dah tua la!” sindiran itu membuatkan aku mencebik. Huh!
“I
tahu I tua… tak perlu nak ingatkan berkali-kali.” Dengan rasa yang marah aku
membalas kata. Entah kenapa, sensitif sangat bila Kamal menyebut-nyebut hal
usia. Padahal, 28 itu bukanlah tua mana pun. Kan? Aku tahu, pasti ramai yang
menyokong aku.
“Dah
tua… beremosi pulak tu! Itulah… mak pesan suruh kahwin cepat-cepat, tak nak.
Degil!” bicara Kamal lagi yang makin memanaskan pendengaranku. Eeeiii! Ada juga
yang hendak menerima pelangkung percuma daripada aku.
“Biarlah
orang nak kahwin ke tidak… menyibuk je!” aku menggumam dengan rasa geram. Entah
Kamal dengar atau tidak. Dia sudah berhenti membalas kata tetapi senyumannya
terus terserlah. Aduh, makin kacak!
“Jangan
marah-marah... Follow my step… I surely will make you happy dear…” ucapnya
dengan nada yang begitu lembut. Terpana aku seketika dengan senyuman mesra yang
tersungging di bibir kacak itu. Ah, Kausar… wake up! Kau kalau nak bermimpi
pun, tak perlulah over sampai ke tahap ini. Ujarku pada diri sendiri.
Aku
dapat rasakan semua ini seakan sebuah mimpi.
“Kausar…
follow me.”
Aku
terkaku. Suara itu… bukan mimpi? Aku keliru.
“Kausar…”
sekali dia menyebut. Tetapi aku hairan, suara yang garau tadi, tiba-tiba jadi
macam tikus. Macam…
“Kausar!!!”
“Aduh
mak!”
“Ya
Allah… haih! Apa nak jadilah dengan hang ni… gerak macam nak ribut, tak reti
nak bangun!” Mak sudah bercekak pinggang di hadapanku. Menjegil dengan mata
yang tajam bak helang itu.
Aku
sudah menggosok belakang yang terasa pedih. Aku rasa macam tengah mimpi Kamal
tadi? Betullah aku mimpi aje… alah… Frust!!!
PINGGAN yang tengah sarat ‘bertandang’ dalam sinki
tu aku bilas perlahan-lahan. Malas hendak ke depan sebab mak aku dah dapat
teman bergosip. Hujung-hujung minggu macam ni, itu ajelah agenda Mak Sal a.k.a
mak aku. Tak ada kerja lain, selain duk bergosip. Ha, dan yang kawan dia tu
pula… aku tak pernah kenal. Aku boleh bet, itu mesti salah seorang kawan dia
yang ada anak teruna. Apa lagi, mesti hati mak tengah berbunga-bunga nak
pasangkan dengan anak dia ni yang tak berapa nak laku ni?
Hisy!
Aku ni… kalau bab nak buruk sangka dengan mak, memang laju aje. Bawa-bawa la
bertaubat.
“Kausar…”
lembut aje suara mak dari depan.
Aku
dah agak dah. Mesti ada something fishy! Elok nak bertaubat tadi, terus aku
mengumpat lagi dalam hati.
“Kausar…
mai sini nak…” dah, mak duk bawa verse
penang lemah longlai dah. Aku tau sangat!
Tak
nak biadap depan tetamu, aku pergi juga ke depan. Tayang muka. Mak cik tu
senyum aje. Tadi kami dah salam, mungkin tak sempat dia nak belek muka aku
lama-lama. Mata dia merenung lama, gaya macam nak tembus masuk sampai ke liang
roma.
Aku
berdehem. Tak selesa.
“Ni
kawan mak…”
Saya
tau mak. Aku jeling ‘manja’ dengan mak. Berapa kali mak nak ulang intro yang
sama.
“Dia
ada anak lelaki umuq Kausar…”
Dan
betullah segala andaian aku tadi.
“Kalau
boleh, nak suruh kenal-kenal dulu…” mak cik itu pula mencelah.
Saya
tak nak kenal. Laju aje hati aku menjawab. Kalau mak dengar ni, mesti dia
marah!
“Kamal
kan nama dia?” soal mak.
Aku macam terkaku sekejap. Eh,
Kamal?
Boleh
jadi, Kamal ni dengan Kamal tu, sama tak? Boleh jadi, ada keajaiban yang macam
tu tak? Aku pula tenung muka mak cik tu sampai dia tak selesa. Eh, macam tak
kena dengan teori. Tak mungkinlah! Kamal tu… tak ada iras langsung dengan mak
cik ni.
Dan apahal aku nak ingat Kamal tu
anak mak cik ni? Aku ingat ni drama ke? Boleh ada possibilities yang tak masuk
akal macam ni?
TELEFON aku mula ‘melalak’ kuat saat kaki aku nak
bergerak ke pantry. Masa-masa perut aku tengah laparlah, ada yang nak
mendengki! Aku patah balik, sebab tak nak bagi havoc pejabat kami yang sentiasa
sunyi ni. Walaupun, pada hakikatnya ada dekat sepuluh orang dalam section ni.
Termasuklah Hani yang bingit tu.
Belum
sempat aku capai, bunyi dah berhenti. Tidak sampai seminit, ada mesej pula
masuk. Aku capai juga, mana tahu berita penting. Nombor yang tidak dikenali?
Aiseh… hati aku dah tak sedap.
Kamal here…
Kamal
here? Mak aku memang pantas kan. Rasa macam baru seminggu lepas duk cakap suruh
kenal-kenal. Tak sempat aku nak berfikir, nombor dah sampai dekat Kamal sana.
Aku
nak kena balas apa? Kausar here? Macam tak ada idea lain. Yang mangkuk ni pun
satu, apasal nak mesej aku sekadar nak beritahu itu? Hangin pula aku…
Tengah
rancak aku mengumpat, ada lagi satu mesej masuk. Aku buka laju.
Kalau free
hari ni, nak ajak bincang kejap. Boleh?
Dia
nak ajak bincang? Mengikut tafsiran aku yang sememangnya kurang berpengalaman
ni, nampaknya macam dia tak setuju. Eloklah tu. Aku pun tak berapa nak setuju.
Laju aje aku balas. Siap tanya nak jumpa dekat mana.
Medan selera.
Boleh makan sekali.
Ini
sebenarnya, nak ajak bincang ke, nak ajak berkelah?
Tapi memandangkan nak jumpa pukul
enam petang, jadi tak kisahlah. Aku pun mesti tengah lapar waktu tu. Eh, bukan
sekarang pun aku tengah lapar ke?
Lepas
balas okey, aku teruskan langkah ke pantri. Kesian dengan penderitaan perut aku
yang dah mula pedih ini.
“KAUSAR.” Satu suara yang begitu asing menegur. Aku
buat muka pelik. Aku tak kenal. Tapi orang tu, lambai tangan pula. Err… dia
kot, Kamal.
Teragak-agak
aku melabuhkan punggung di depan ‘Kamal’ ini. Kamal? Memang bukan Kamal yang
aku suka, tapi Kamal ini macam… Ya Allah, over kacak la pulak! Memang patut dia
reject aku. Nasib baik aku tak rasa kecewa.
Dia
senyum sebagai menyapa. Aku senyum balik cepat-cepat, sebab perut dah lapar.
“Tak
makan ke?” laju soalan aku yang direct to the point. Aku dah tak mampu nak
bertahan sebab last perut aku jamah makanan, masa aku balas mesej dia pagi
tadi.
“Dah
lapar?” dia soal. Senyum juga. Tapi senyum dia, tak semanis Kamal tu.
Selesai
membuat pesanan, sepi seketika. Aku kekok pula. Sudahlah tak kenal, nak ajak
bincang pula. Ini, aku keluar pun tak roger dekat mak. Mak tahu nanti, mampus
aku! Pandai-pandai keluar, tak minta pendapat mak.
“Awak
nak bincang apa?” soalku apabila mulai merasa sedikit bosan.
Dia
mengeluh.
“Mak
saya cakap, suruh kenal.”
Aku
angguk. Itulah agenda orang tua kami yang sebenarnya.
“Saya
bukan tak nak kenal…” dia berjeda. Eleh, berkias-kias pula. “Tapi macam tak
sesuai… awak dengan saya.” Dia tuding jari ke arah aku. Sentap!
Adakah
dia sedang menyampaikan dengan cara yang halus, aku ini tak ada rupa? Nasib,
aku tak ada hati dengan dia. Kalau tak, memang aku mengamuk dah.
“Tak
apa, saya faham…” aku jawab tanpa nada. “Awak boleh cari yang lebih sesuai.”
Tambahku berbahasa. Mataku dah menjeling ke arah akak yang berjalan dengan
menatang dulang di tangan. Makanan! Oh… lega.
“Jangan
salah faham ya, kak Kausar.”
Aku
diam… seketika. Tapi, apa dia cakap tadi? Akak? Terus terbatuk.
“Akak?”
Dia
angguk.
“Akak?”
aku ulang lagi dengan kuatnya.
“Saya
baru 24 tahun.” Jawab dia, serba salah. Aku dah macam nak pengsan. Kenapa mak
aku macam desperate sangat, sampai nak padankan aku dengan budak umur 24 tahun?
Ya Allah, adakah ini sebagai peringatan, aku bakal menyambut hari lahir ke 29
tahun dalam sikit masa lagi? Aku bakal jadi tua setahun lagi?
Dan
muka Kamal yang serba salah itu, aku tatap lama. Kesian dia, hampir menjadi
mangsa keadaan. Tapi, bukan ke hari tu mak cakap…
“Dia ada anak lelaki umuq Kausar.”
Dan Kamal, cakap
macam ni pula. Aku analyse balik muka dia dengan sedikit rasa sangsi. Betul ke
24? Macam dah 34 aje? Hati aku ni, cepat aje nak berburuk sangka dengan orang.
“Tapi
mak saya cakap, mak cik ada anak umur saya?” aku soal juga, dengan rasa tak
puas hati. Muka dia dah lain.
“Mak
mention pasal jiran rumah sebelah kot.” Jawabnya dengan muka tak bersalah.
Aku
ketap bibir geram. Mangkuk! Tak suka, cakap ajelah direct. Tak perlu la nak
buat bagi aku rasa tua, pada hakikatnya aku rasa, kami ni sama-sama tua aje.
“AKU perasan, kau dah macam kurang ceria aje
sekarang ni?” Hani sudah mula dengan operasi korek rahsia dia. Gaya dia, macam
aku tak dapat nak tangkap aje. Jadinya, aku diam. Teruskan aje mengetuk
keyboard bagi menyiapkan kerja.
“Hujung
minggu ni dinner, kau pakai baju apa?” tanyanya lagi. Habis tak ada idea
agaknya. Dinner? Aku baru teringat. Dek teringat pertemuan aku yang menyakitkan
hati dengan Kamal-entah-anak siapa itu, aku terlupa habis dengan semua benda
lain. Sakit hati, sebab dia tolak aku dengan alasan tua. Argh! Yang aku sakit
hati bagai nak rak, buat apa? Bukannya aku suka dia pun.
“Pakai
baju ikut temalah. Nak pakai baju apa lagi…” jawabku malas. Pun, aku tak angkat
muka tengok dia.
“Eh
Kamal…” ucap Hani teruja. Aku senyap. Tidak berespon juga. Nama Kamal ini,
seakan membuatkan aku histeria.
Sepi.
Aku melepaskan nafas lega. Pasti Hani sudah berlalu, malas hendak melayan aku.
“Peliklah…”
Laa…
ada lagi, mak cik tu.
“Aku
panggil Kamal pun, kau tak angkat muka. Kau frust dengan dia ke?” soalnya
prihatin. Aku pandang Hani lama. Memang aku berkenan dengan Kamal, sampai
termimpi-mimpi. Tapi, bukan sebab tu aku berdiam diri. Dan, teruk sangat ke
muka aku di kala ini?
“Aku
okey. Macam biasa.”
Hani
geleng. “Luar biasa.”
Aku
jungkit kening. “Apa yang luar biasa?”
“Intonasi
suara kau, jelas menunjukkan kau frust.”
Dan
aku frust kenapa? Aku tak faham teori apa yang Hani pakai!
MALAM dinner, memang meriah. Bergemerlapan
sini-sana. Tapi aku macam tak berapa nak selesa. Sebabnya, tema malam ni,
‘Hitam itu menawan’. Dah jadi kelibut aku geledah almari dalam rumah tu cari
baju warna hitam. Mesti pelik kan, sebab aku tak ada baju warna hitam.
Sedangkan, hitam tu warna paling wajib setiap manusia perlu ada. Alasan, mak
aku tak bagi. Mak aku tu, pelik sikit. Bab-bab warna pun dia nak argue dengan
aku.
Dan
berdirilah aku di sini, dengan baju cap ‘Pinjam’ milik kak Umairah, kakak
sulung aku. Itu pun lepas paksa-ugut suruh bagi pinjam, baru minah tu nak bagi.
Sayang sangat dengan baju hitam berlabuci dia ni. Dan disebabkan baju ini sarat
dengan labuci, aku jadi begitu tidak selesa sekali. Seakan ada paparazzi yang
duk ikut dari tadi. Aku vogue sangat ke hari ni?
“Amboi,
Kausar…” Hani. Orang pertama yang menyapa aku dalam majlis ni. Macamlah dalam
company yang besar ni, tak ada orang lain kan. Aku kalih muka, menarik senyum
segaris.
“Blink-blink…”
mata dia membulat. “Lawa gila.”
“Eh
awek baru…” itu suara Lukman. Officemate aku. “Kak Kausar…” ucapnya teruja. Dia
ni muda lagi, baru 23 tahun. Aku tak kisah sangat nak panggil aku kakak. Sebab
dah hampir sebaya dengan, Fakrul, adik aku. Tapi yang aku nak marah, bila
lelaki tua-sebaya-aku macam Kamal tu, panggil aku akak. Aku memang betul nak marah. Motif Kamal masuk dalam situasi
sekarang ni? Err… pelik!
“Kausar…”
dan ini siapa?
Aku
berkalih ke sebelah. Terkaku seketika. Disebabkan dah suka, tengok dari sudut
mana pun orang tu nampak terlalu kacak. Kamal! Agak mendukacitakan apabila
mataku beralih ke sebelah lagi.
“Amboi
handsome… siapa si jelita tu?” kepoh Hani dah bersuara. Ribut aje!
Kamal
senyum. Menunjukkan betapa gembiranya dia. “My fiancé.”
Aku
lagi rasa macam pengsan. Kamal! Memang betul, aku dengan manusia bernama Kamal
ni, susah nak jadi. Kamal tu, tolak aku dengan alasan tua. Kamal yang aku suka,
dah berpunya pula. Last-last, aku jadi anak dara tua.
Mungkin
ini padah sebab selalu sangat duk kutuk kawan aku masa duk bercinta dekat
kolej. Sekarang ni, aku dah jatuh suka… tapi macam ni pula!
“Kausar…
sorry, aku tak tahu macam ni pula kisahnya.” Suara Hani berbisik perlahan.
Terkedu aku. Jadi, kenalah dengan teori dia. Aku frust dengan Kamal. Memang ini
bukan frust dalam mimpi lagi, realiti benar terjadi.
MEE KARI. Menu makan malam hari ini. Mak yang masak,
sebab aku minta. Aku betul-betul kecewa sejak jatuh cinta ni. Kecewa dengan
hati sendiri. Bencilah macam ni! Awalnya, aku rasa macam biasa-biasa aje. Tapi
bila asyik ingat lama-lama, otak aku ni… tak henti buat kesimpulan, dengan
memberi label ‘tak laku’ dekat muka aku.
Mee
dalam mangkuk, aku kunyah perlahan. Kak Umairah tarik kerusi di sisi. Dia
datang bertandang di rumah hari ini. Macamlah mak rindu sangat nak tengok muka
dia. Tengok?! Aku ni sekarang, nak cemburu tak pasal dengan kakak sendiri.
“Mak
cakap, hang nampak macam kecewa. Kenapa?”
“Tak
ada apalah. Macam biasa aje.”
“Jangan
duk tipulah… hang ni, antara anak mak yang paling pelik. Lagi pelik, kalau hang
duk buat perangai pelik-pelik.” Kak Umairah menebak. Aku terhenti sekejap.
Agak-agak, kalau aku cerita, dia boleh bagi sesi kaunseling yang berjaya tak?
Sebab aku rasa, hati aku ni agak parah. Perlukan pembaikpulihan dengan kadar
segera.
“Aku
jatuh cinta la… Umai.”
Senyap
seketika. Kak Umairah terkejut. Tidak sampai beberapa saat lepas tu, dia gelak
macam orang baru kenal maksud gelak. Over gila!
“Hang…
jatuh cinta?”
Aku
angguk.
“Duk
merepek apa!” Kak Umairah cakap kuat. Gelak lagi.
Terbuntang
biji mata aku. Aku jatuh cinta, dia kata merepek apa?! Aku ni duk buat lawak
ke? Kecil hati aku. Adakah perkara serius ini, harus dianggap sebagai satu
bentuk komedi? Aku jatuh cintalah! Pekikku dalam hati.
“Merepek.”
Gumam Kak Umairah. Aku dengar biarpun perlahan. Tawanya masih bersisa. Aku jadi
sedih gila. Perasaan suci aku dipersendakan. Huh!
Kak
Umairah yang gelak berdekah, tiba-tiba berhenti mengejut. Mungkin dia dah
perasan muka aku dah jadi tempe basi. Kecewa.
“Eh…
betul ke? Baguslah. Mak dapat menantu nombor dua.” Baru dia keluarkan ayat nak
menyenangkan jiwa aku. Tapi tak kena juga. Kamal sudah bertunang, dari mana
hendak muncul calon menantu nombor dua? Memang tidaklah!
“Dia
tu tunang orang.” Ucapku perlahan. Kak Umairah tepuk dahi kuat.
“Pulak
dah… habis tu? Tepuk sebelah tanganlah ni?” sinis aje aku dengar soalan tu.
Tapi, itulah namanya hakikat. Benda-benda yang benar belaka, memang ada kalanya
memedihkan jiwa dan raga.
“Tak
tahulah, apa yang aku berkenan dekat dia. Tapi aku suka… nak buat macam mana,
memang dah nasib aku tertulis nak jadi anak dara tua kot.” Pasrah aku menelan
ayat pahit ini.
Kak
Umairah tak menunggu sesaat untuk pelangkung kepala aku. “Doa bukan-bukan,
Allah makbulkan, baru ada akai!”
“Habis
tu?”
Kak
Umairah dah menggeleng perlahan. “Hang ni… mana tahu, Allah dah tetapkan yang
lagi baik buat hang. Ada orang umur 40 tahun baru jumpa jodoh. Tak ada pasrah
macam hang ni. Usaha pun tak ada, terus nak menyerah…. Dah macam devdas aku
tengok rupa orang patah-riuk bercinta ni!” komennya lagi.
Aku
mengeluh. Teruk juga rupanya kalau dah mula ada rasa cinta ni. Parah! Lagi kes
tak masuk akal macam aku ni, lagi parah!
“Tapi,
mak duk cerita tadi… ada anak kawan mak nak kenal dengan hang? Tak jadi ke?”
Dan
aku tersentak. Ini pasal si Kamal mangkuk tu ke? Yang tega menolak aku dengan
meletakkan alasan aku tua? Sedangkan…
“Dia
kata, dia muda lagi pada aku. Tak naklah!” jujur aku berterus terang.
“Muda???”
Kak Umairah terkejut gila.
“Mak!!!”
kuat dia melaung. “Berapa umuq laki tadi tu, yang mak cerita?” soalnya kuat.
“35.”
Mak pun jerit balik.
Dan
serentak menyembur terus kari yang sedang aku hirup. Tanpa kawalan. Harap dapat
dimaafkan sebab muka Kak Umairah dah basah teruk. Jelingan tajam Kak Umairah
dah menusuk urat saraf aku.
to be continued. :)
sambung lagi!!!!best3...:)
ReplyDeletebest la citer awak ni umi, kelakar pun ada sedey pun ada hihihi. cepat2 la sbg x sbr nk tau kesudahannya.
ReplyDeletenk lg.pliz..best.sempoi hbs la.kta suka..o_O
ReplyDeletebesttttt.... suka sgt kat kausar... tq umi
ReplyDeleteermm kamal wh0 guys??hehe..hari niee aku bca cerita cik kalsom tp mcm ada bnda berkaitan lak..hehe..apa2 pun ok dan aku ternanti siapa pilih siapa..mcm kisah hidup realiti..^_^
ReplyDeletebest2!! smbg lagi..
ReplyDeletekesiannye kausar... Kamal da ade tunang rupenye... xpe, nanti ade la jodoh dengan org laen...
ReplyDeletelawak btol part tersmbur kuah mee kari tu... hahaha...
mesti umairah bengang giler dgn kausar...