BAB 9
PERKASA
Armana yang baru pulang daripada kuliah, mengintai seketika insan di bilik
sebelah. Lena sungguh tidur Mirza Haidar. Maklumlah, pelajar tahun akhir
perubatan, memang tidak akan kenal erti berehat yang semoleknya. Kena cari kes
di hospital, review, pembentangan
lagi. Lima tahun pengajian yang begitu mencabar otak! Bukan mudah kalau sudah
melangkah kaki ke dunia perubatan. Tapi dalam dunia ini, ada ke perkara yang
mudah?
Disebabkan
itulah Perkasa Armana terpujuk dengan kata-kata emak dan abahnya untuk menerima
tawaran ke Kolej Mara Banting sebagai persediaan berangkat ke oversea mengikuti pengajian. Pada
mulanya memang langkah ini diambil untuk menyenangkan hati emak dan abah, tapi
mungkin benar seperti yang pernah dititipkan Mirza Haidar padanya.
“Redha
Allah akan mengiringi diri kita andai adanya redha emak dan bapa. Jangan fikir
kita buat ni semata-mata untuk gembirakan hati orang tua kita, fikir untuk
agama. Ada hikmahnya kenapa Allah pilih setiap manusia berada dalam
bidang-bidang yang mungkin kita tak jangka… apa pun, kita yang kena tahu
manfaatkan setiap tu untuk agama Allah.”
Dengar
sahaja nasihat itu, terasa sejuk hatinya. Mirza Haidar bukan sekadar bakal
doktor, bakal ustaz pun ya agaknya. Mana tidak, sentiasa memberikan khidmat
tazkirah percuma. Selalu juga dia tengok Mirza Haidar mengikuti kem usrah yang
dijalankan oleh persatuan pelajar islam di sini. Bila diusik dengan title ustaz, pasti lelaki itu tertawa
senang dengan membalas bicara.
“Aku
nak siapkan diri sebaiknya. Barulah abah Jelita Suria boleh yakin, aku boleh
jaga anak dia!”
Entah
bila dia hendak mendapat hidayah untuk lebih serius mendalami ilmu agama
seperti Mirza Haidar? Atau… dia juga harus mencari satu pemangkin dalam
hidupnya? Si ‘jelita’ mungkin? Baru ada semangat hendak berubah? Tapi… salah
niat pula. Kenapa sebab perempuan pula dia kena berubah? Aduh Perkasa Armana… memang
dah tak betul suis-suis dalam kepala. Kuliah yang berderet dari pagi ke petang
mampu memerengkan otaknya!
Yang
penting, kalau nak berubah sebab nak kejar cinta Allah. Bukan kejar cinta
Jelita Suria! Eh…??? Terasa pelik tiba-tiba. Nama Jelita Suria yang pernah
diucapkan oleh Mirza Haidar, kini baru muncul dalam mindanya. Jelita Suria?
Adakah ini gadis yang sama disukai oleh Sarip Dol? Gadis yang sama, yang juga
pernah memukau pandangannya kali pertama bertentang mata. Diakah?
Biarpun
kurang daripada 10 saat bertentang mata, namun kenapa ia terasa segar dalam
minda? Renungan daripada gadis yang hanya berusia 13 tahun pada ketika itu
berjaya menjadi gangguan dalam otaknya. Aduh!!! Gangguan nafsu betullah. Memang
macam inilah jadinya kalau hati asyik fikir dunia sahaja.
Geram
dengan hati sendiri, Perkasa Armana bergegas ke bilik. Mungkin dia harus
belajar jadi baik macam Mirza Haidar juga. Sekurang-kurang hatinya akan lebih
tenang mengingati Allah. Dapat pahala!
“MACAM
mana Jelita?” Soalan Encik Johan itu terus menguntumkan senyum di bibir Jelita
Suria. Slip keputusan peperiksaan percubaan SPM diserahkan pada abah yang setia
menantikan jawapannya.
Jelita
Suria dapat lihat dengan jelas kegembiraan yang terpancar di wajah Encik Johan.
Biarpun keputusan yang diperoleh ini tidak segempak pelajar cemerlang tingkatan
5, tapi untuk dia, ini yang terbaik. Malah, sejak dari awal peperiksaan, kali
ini menunjukkan peningkatan mendadak.
“Abah
tahu… Jelita mesti boleh buat. Insya-Allah, lagi berapa bulan aja nak
SPM…sempat lagi Jelita nak baiki mana-mana yang masih lemah.”
Jelita
Suria mengangguk. Itulah abah! Sentiasa kaya dengan kata-kata motivasi dan
memberi semangat kepadanya. Jelita Suria harus akui, dia bukanlah pelajar yang genius namun dia tidak pernah malas
untuk berusaha. Kerana dia yakin dengan janji Allah, seperti yang telah
difirmankan dalam surah Asy-Syarh.
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras
(untuk urusan yang lain). dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap. (94:
6-7)
Dan
hanya disebabkan kurnia daripada Ilahi, keputusan yang dapat memberi
kegembiraan dalam hati emak dan abah dapat dikecapi. Dia tidak mahu menjadi
‘gila’ belajar semata-mata tanpa menyandarkan niat dan keyakinan kepada Allah.
Dia hanya mahu mengejar keredhaan daripada Allah atas segala nikmat yang
dikecapi dalam hidup ini. Apa yang lebih berharga kepada seorang hamba apabila
dikasihi oleh penciptanya? Pasti, tiada yang lebih berharga daripada itu!
Lebih
elok dikasihi oleh pencipta daripada asyik berkasih antara manusia yang tiada
hubungan halal dengan kita. Mengenangkan perkara itu, terdetik sesuatu di minda
Jelita Suria. Sesuatu yang ingin ditanyakan kepada abahnya.
“Abah…”
Jelita Suria menggamit pandangan Encik Johan padanya. Terasa ingin bertanya.
“Jelita nak tanya aja… tapi, abah jangan salah anggap dengan Jelita ya.”
“Tanyalah,
sayang…”
“Jelita
faham bila abah cakap, tak elok kalau perempuan dan lelaki bergaul bebas. Tapi,
kalau masing-masing pandai jaga diri, kawal perbuatan dan percakapan… tak
dikira sebagai pergaulan yang dibenarkan ke, abah?”
Soal
Jelita Suria dengan gementar. Bukan apa, dia perlukan hujah agar ada insan lain
yang tidak faham dengan prinsipnya. Kenapa ada yang berkata, tak salah couple asal pandai menjaga batasan dan
tidak melanggar syariat agama. Tetapi kata abah, kalau orang biasa buat, tak
semestinya semua betul sentiasa.
Wajah
Encik Johan yang berubah riak, makin menambahkan debaran Jelita Suria.
“Abah,
Jelita tanya aja… kalau abah tak nak jawab, tak apa.” Perlahan sahaja dia
mengalah. Tidak mahu pula andai dirinya kena marah. Siapa suka kalau kena marah
kan? Mahunya tujuh hari, tujuh malam menangis tak sudah.
“Bila
Allah meletakkan halangan pada sesuatu perkara, pasti ada hikmahnya. Sama juga
dengan perkara ni. Memang, kalau ikut logik akal… mata kasar yang melihat, tak
nampak mana salahnya fenomena couple
kalau ia berlangsung dengan cara yang Jelita cakap pada abah tadi. Tak keluar
berdua, tak jalan pegang-pegang tangan, tak buat apa-apa perkara yang
melalaikan… macam tulah kan. Apa orang panggil, Islamic couple! Yang si lelaki ajak perempuan bersolat, yang si
perempuan ingatkan lelaki untuk ke masjid berjemaah. Memang benda tu asasnya
nampak baik… tapi, kita ni manusia biasa, yang sering terpedaya dengan helah
syaitan.”
“Kalau
boleh scan hati manusia yang sedang
bercinta ni, mustahil…” Encik Johan mengerling ke arah Jelita Suria. “Mustahil
kalau dia tak ingat pada si dia tu dalam sehari. Rindu kan? Macam Jelita
sekarang… nampak macam duk khusyuk dengaq abah bersyarah, tapi hati duk ingat
kat Mirza.” Tebak Encik Johan.
Jelita
Suria terus menggelabah. “Abah… apa pulak! Jelita tak ingat langsung dekat dia,
abah yang rasa macam tu kat Jelita.” Kalut diberi jawapan. Jantung yang tadinya
berdegup dengan normal menjadi kencang tiba-tiba. Risau benar mendengar telahan
abah itu.
“Iya
ke?” Sengaja Encik Johan hendak menguji.
“Abah!!!”
Jelita Suria bersuara manja. “Jelita tak ingat kat dia, langsung tak!”
“Kalau
tak ingat, awat yang duk gelabah sangat!”
Gulp!
Jelita Suria hanya mampu menelan liur dan terus mendengar Encik Johan
bersyarah. Tapi kali ini, mungkin abah tidak silap menebak. Hati dia
betul-betul terasa tiada jiwa seketika. Macam diterbangkan jauh merentasi
lautan dan benua. Tiba-tiba macam tersangkut di Ireland. Tiba-tiba!!!
Dan
hati yang tersesat itu hanya kembali ke alam nyata apabila bicara Encik Johan
mengetuk minda Jelita Suria.
“Rindu
yang melalaikan… merindui seseorang yang tiada ikatan halal. Rindu yang membawa
kepada zina hati kerana saling ingat-mengingati tanpa sebarang urusan yang
diharuskan. Sebab itu Allah berfirman dalam surah Al-Isra ayat 32… “Janganlah
kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan.”
Tapi ada ke manusia akur dengan perintah
yang diturunkan? Kalaulah manusia ni benar-benar akur dengan setiap
perintah Allah, maka amanlah dunia daripada kes-kes rogol, khalwat, sumbang
haram, buang anak luar nikah dan macam-macam lagi benda yang kalau abah
fikirkan, boleh buat hati ni rasa ngeri sentiasa.” Suara Encik Johan bergetar.
Menunjukkan naluri seorang bapa yang hanya ingin melindungi anaknya daripada
segala jenis kejahatan di dunia ini.
“Abah
cuma insan biasa, yang ingin terus berpegang pada hukum agama untuk mendidik
anak-anak abah. Jelita dan Naufal. Insya-Allah, dengan redha Allah dapatlah
kita menjawab dengan aman bagi setiap pertanyaan pada soalan yang akan diajukan
kelak. Abah kena jawab Jelita, seandainya anak-anak abah ni hanyut dengan dunia
dan membelakangkan hukum Allah. Sebab nabi dah bersabda, “Ingatlah! Setiap
orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap
apa yang dipimpinnya.” (Riwayat Bukhari) Abah bertanggungjawab terhadap
keluarga kecil kita ni dan ia menjadi amanah untuk abah pegang sebaiknya.”
Jelita
Suria mengangguk perlahan, tanda faham dengan bicara abahnya. Apa yang lebih
difahami pada ketika ini ialah tugas ibu bapa bukan sekadar menyediakan
kemewahan dan keperluan dunia semata-mata. Tetapi yang lebih penting, mendidik
anak agar akan aman di akhirat kelak. Sebab itu manusia harus sentiasa berdoa,
“Ya Tuhan Kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan
peliharalah kami dari siksa neraka.”
Sesungguhnya,
dunia ini hanyalah persinggahan sementara. Yang kekal itu hanyalah akhirat
kelak. Kenapa hendak dikejar kesenangan di dunia dengan menurut kata nafsu yang
lemah? Nafsu yang sentiasa mengajak manusia ke arah kejahatan! Lebih baik jika
kita mengejar keredhaan Allah agar aman hidup di dunia dan akhirat.
“Benda
yang baik memang susah nak buat, sebab tu ganjaran baik adalah syurga yang
susah nak dapat. Dan kegembiraan yang tidak dapat diungkapkan bagi orang yang
beriman adalah menerima pembalasan syurga daripada Allah Yang Maha Kaya!”
sambung Encik Johan lalu menepuk bahu Jelita Suria dengan penuh kasih.
Anak gadisnya yang kini sudah
berusia 17 tahun. Seakan baru semalam dia memegang Jelita Suria yang selamat
dilahirkan oleh isterinya. Dan mungkin dalam beberapa tahun lagi, anaknya ini
harus diserahkan pada orang lain pula. Memikirkan itu, hati seorang ayah ini
terusik juga. Sayu mulai menapak di hati.
“BOO!!!”
Mujur
tidak terkeluar jantung Jelita Suria dengan sergahan itu. Matanya sudah
membulat dan tangannya spontan mengurut dada yang menjadi sesak. Kus semangat!
Marlisa menyengih lebar sambil
menghidangkan air Sunquick yang dibancuhnya. Sengaja dia mengajak Jelita Suria
untuk melepak di rumahnya. Penat memerah otak untuk menjawab peperiksaan dua
minggu lepas, seakan belum hilang lagi. Tapi keputusan sudah keluar dan sampai
ke tangan mama dan papa. Itu sangat mengerikan!
Mujurlah
keputusan boleh dibanggakan juga. Walaupun tidak secemerlang abangnya, Mirza
Haidar yang selalu tampil menjadi pelajar top
ten di sekolah. Dia itu belajar pakai otak apa? Kenapa pandai sangat sampai
tak pernah dapat markah kurang daripada 80 setiap kali peperiksaan? Musykil
pula Marlisa dengan keadaan itu.
“Hang
buat apa tu hah?” Marlisa sudah kembali fokus pada Jelita Suria yang sedang
membelek album gambar di atas meja. Dan itu pun agenda sengaja juga. Otak dia
tak betul, sekali dengan otak Jelita Suria diganggunya. Dalam album yang
dipegang Jelita Suria, semuanya gambar Mirza Haidar di Ireland. Bila abangnya
tak balik rumah, abangnya akan mengirim gambar. Dan semuanya dimasukkan ke
dalam satu album.
“Gambar
ni tak penting Jelita. Yang lagi penting, ada dekat belakang ni, hah!” Apabila
Jelita Suria menyepi, Marlisa tolong selak muka surat album yang terpampang
gambar Mirza Haidar paling latest
punya. Bibirnya tersenyum sendiri, handsome
rupanya abang aku ni! Selalu ada depan mata, tak menyerlah pula.
Jelita
Suria terus menutup album gambar dan tindakan itu menyentakkan Marlisa.
“Kenapa?
Tak suka ke? Aku tau, hang mesti nak tengok Abang Mirza kan?”
“Kawan
yang baik, akan sokong tindakan kawan dia. Bukan dengan menghasut macam ni,
sekaligus mencemarkan prinsip yang aku pegang!” serius bicara Jelita Suria.
Tergamam Marlisa. Aduh, salah
rupanya! Tapi, takkan Jelita Suria langsung tidak mahu melihat abangnya?
Langsung tak? Macam tak dapat dipercayai.
“Lain kali, panggil aku hanya untuk
urusan kita. Bukan untuk urusan yang tak diperlukan. Aku datang sini dengan
bawa kepercayaan emak dan abah. Kalau aku langgar kepercayaan tu, berdosalah
aku!”
Mendengar perkataan dosa yang
menjelma di bibir Jelita Suria, Marlisa sudah gelabah gila. Terasa berdosa
sangat pada kawannya ini. Kalau Jelita Suria melanggar kepercayaan Encik Johan
dan Puan Hayati, maknanya… dia pun tumpang saham dosa sekaki. Sebab dia yang
menjadi dalang untuk mencungkil rindu di hati Jelita Suria yang suci ini.
Sudahlah dosa sendiri pun belum tentu tertanggung, hendak kongsi dosa dengan
orang lain pula? Memang mencari nahas!
Jelita Suria sudah bangkit berdiri.
Dia hendak pulang ke rumah. Tersinggung hatinya dengan tindakan Marlisa.
Marlisa adalah teman baiknya! Wajar untuk gadis itu memahami apa yang menjadi
pegangan dalam hidupnya. Bukan mempersoalkan dan mengandaikan yang tidak-tidak
seperti orang lain!
Marlisa menjadi kalut. Laju
tangannya menggamit pergelangan tangan Jelita Suria. “Jelita, sorry. Janji aku tak buat lagi!” ucapnya
laju. “Aku salah… maaf ya. Janji, lepas ni aku kunci semua gambar Abang Mirza
dalam bilik dia. Kalau aku rindu, aku tengok sorang-sorang…” tambahnya dengan
gabra.
“Janji?” soal Jelita Suria ragu.
Marlisa mengangkat tangannya
tinggi. “Janji! Tapi hang jangan salah anggap pada Abang Mirza pulak. Dia tak
suruh pun aku buat macam ni semua. Aku sendiri yang sengaja nak bagi hang
tengok… hang takkan marah Abang Mirza kan?” Risau pula Marlisa andai Jelita
Suria reject abangnya kerana hal ini.
Dalam diam, bukan Abang Mirza seorang angau dengan Jelita Suria, malah dia,
mama dan papa juga sudah capai kata sepakat. Jelita Suria bakal jadi menantu
rumah ini. Keputusan yang dibuat sesuka hati, tetapi dia sangat berharap
perkara itu akan terjadi.
“Iyalah... dimaafkan, dengan syarat
jangan buat lagi.”
“Okey.” Perlahan Marlisa akur.
Tetapi ada juga bunyi sambungan yang membuatkan dia menerima habuan jelingan
tajam tidak berkesudahan daripada Jelita Suria. “Kalau hang rindu, aku tolong
tengokkan gambar Abang Mirza.”
“Okey… siapa pun tak payah rindukan
Abang Mirza. Biar dia rindukan diri-sendiri.” Ayat yang sempat juga Marlisa
reka supaya membungakan senyuman di wajah Jelita Suria. Dan nyata, dia berjaya.
“Macam-macam!”
------------
Cik Jelita ni suka siapa ya? :D cuba teka-teka. dan teruskan meneka. dan saya harap, tekaan akan mengenalah. sebab, w/pun tajuk kisah jelita dan perkasa, mungkin jadi jugak ada dua hero dan heroinnya ;)
------------
Cik Jelita ni suka siapa ya? :D cuba teka-teka. dan teruskan meneka. dan saya harap, tekaan akan mengenalah. sebab, w/pun tajuk kisah jelita dan perkasa, mungkin jadi jugak ada dua hero dan heroinnya ;)
jelita.perkasa
ReplyDeleteRasenye jelita macam suka sikit kat mirza coz tbe2 je hati dia tersesat kat ireland time abah dia bersyarah tu... xpon mst dia suka kat perkasa bila bertembung muka dgn perkasa nnti ke...
ReplyDeleteEh Jelita tu kan dgn Armana Perkasa in the end...
ReplyDeletethat was in cerpen. and cerpen yg dinovelkan ini saya janjikan plot cerita yg berbeza pastinya ;)
ReplyDeletekalau jelita dengan perkasa macam lagi much better kot sbb both of them jaga hati diorang elok2. they try to jaga hati and simpan their feeling just untuk yang berhak which is they spouse lah kan.. so macam x fair lah kalau jelita couple with someone but she end up married someone else. anyway, its a nice story and i like it very much :)
ReplyDeletehurmm.. gaya-gayany si jelita ni mmg syok dkt mirza tapi rasany dia akn end up dgn perkasa. lelaki yg baik utk wanita yg baik kan? jelita dgn perkasa sama-sama pandai jaga hati dan maruah msing-masing. hope that they will be together..
ReplyDeleteTeringat Ireland, sama ada ingat Mirza atau Perkasa. Tp, rasanya Jelita ingat kt Perkasa kot. Diaorg kan ada bermain mata sblm ni, mana tau Jelita pun mcm Perkasa, terbayang2 kadang2. Tp takde la smpi terlayang2 kan. Mesti Jelita pun kagum dgn Perkasa kan sbb Perkasa utama kan mana yg penting dulu. (Peminat Perkasa)
ReplyDeletemesti la ngan armana perkasa... dlm cerpen dh ada kan.. huhuhu nk lg
ReplyDeletesuspense ekh...tk tau sape soulmate jelita...harap2 abg permana....ngeee,))
ReplyDelete~uly ct~
Bila nak sambung citer ni umi...hari2 jenguk blog u ni..sedih x dok sambungan huhuhu....ju
ReplyDeletemaaf buat yang tertunggu... umi ada urusan yg lebih penting buat masa ni. insyaAllah, tengah cuba sambung sikit. dah siap satu bab, saya akan post. :)
ReplyDeleterasanya jelita & mirza.. mirza pun dah prepared diri utk jd suami terbaik..apapun harap bukanlah sad ending, heroin mati masa pi akad nikah..tak mo la...yg tinggal hanya luahan dlm diari.oh no,no,no,
ReplyDelete