10
SYAWAL. Masing-masing sibuk menyiapkan rumah. Walaupun sehari sebelum Syawal
menjelma, sudah dikemas semua. Tetapi di mata Puan Amina, terasa masih ada yang
belum sempurna. Lantas dikerahkan semua tenaga yang ada dalam rumah mereka
untuk menyumbangkan tenaga.
“Mak,
pasu ni nak letak mana?” jerit Bahar kuat dari luar. Pasu kosong yang sudah
lama terbiar, hari ini juga terkesan pada pandangan mata. Kalau sebelum ini,
lalu sebelah pun tak nampak.
“Telangkupkan.
Lepas tu, letak pasu cili dekat atas… elok-elok, jangan bagi jatuh.” Puan Amina
mengarahkan dari dalam. Cekap sungguh semua anak-anaknya menyiapkan kerja.
Produktif dan proaktif. Kecuali seorang yang sudah tersadai kepenatan.
Melihatkan
tubuh yang lesu itu, Puan Amina melangkah menghampiri. Kepala anaknya itu
diusap perlahan.
Anis
yang mendengar itu, berpaling. “Anis dah cakap, tak payah suruh dia buat kerja…
degil!” marah Anis pula.
Asma
hanya tersenyum nipis. Tidak kisah berpenat seketika. Lagipun ini sahaja masa
yang dia ada untuk diluang bersama keluarga. Lusa, dia harus kembali bekerja.
Mujur sahaja Hanina membenarkannya bercuti lama. Sudahlah baru mula bekerja dan
minta cuti seminggu pula. Terasa juga serba salah.
“Dah,
pergi masuk dalam… berehat. Sini banyak habuk, nanti terbatuk-batuk.” Bebel
Anis sampai mengoyangkan bulu ayam di tangan.
Asma
tergelak kecil. Pandangan dihalakan ke wajah Puan Amina. “Bernanah telinga
Abang Iman dapat bini mulut murai ni.” Sempat di memerli sebelum segera
mengatur langkah ke bilik. Jeritan geram Anis hanya mengundang tawa di bibir.
“Esok,
Asma tak ikut kita ke masjid…” ujar Puan Amina kepada Anis.
Anis
mengangguk kecil. Dia tahu. Asma juga sudah memaklumkan kepadanya. Untuk
membantah, dia tidak mahu permintaannya mengecilkan hati adiknya pula. Pasti
Asma hanya akan terluka melihat pernikahan yang bakal berlangsung itu.
Sedangkan diri gadis itu sedang mengandung tanpa menjalani sebarang akad
seperti yang dituntut syarak.
“Biarlah
mak… jangan paksa dia.”
“Anis
pun malu dengan dia ke?” soal Puan Amina terkejut. Mungkin kerana perut Asma
sudah sedikit menunjukkan rupa, masing-masing malu untuk membiarkan gadis itu
berkeliaran di luar rumah. Kalau ada tetamu datang pun, cepat-cepat diarah
masuk ke dalam bilik. Sedih Puan Amina melihat keadaan itu,
“Anis
tak pernah malu dengan adik-adik Anis… Asma tu yang malu dengan diri dia
sendiri. Dan rasa tu perlu ada. Lagipun, apa yang dia buat sebelum ni tetap
salah… untuk tu, Anis rasa dia perlukan masa untuk diri-sendiri sebelum bergaul
macam biasa dengan orang lain.”
Puan
Amina tidak jadi bersuara. Sepi terus menemani mereka sehingga selesai semua
kerja.
“MANA
Asma?” soal Qaiser.
Selesai
majlis di masjid tadi, mereka semua dijemput untuk menjamu selera di kediaman keluarga
Anis. Qaiser duduk bersama Iman Anas dan Anis sambil menjamu selera.
“Dalam
bilik… dia yang tak nak keluar…” balas Anis perlahan. Semua tetamu pun sudah
beransur pulang. Asma tetap mahu berkurung dalam bilik walaupun disuruh keluar.
Tidak mahu memaksa Asma, lantas Anis membiarkan sahaja.
“Esok,
saya hantar dia…” tutur Qaiser perlahan. Untuk meminta izin dan memberi
makluman.
“Eh,
tak payahlah…” Anis menggeleng laju. “Menyusahkan Qaiser pulak… dia nak balik
naik bas aje.”
“Tak
ada yang susahnya Kak Anis… saya ikhlas.” Qaiser tersenyum manis memberi
keyakinan.
Iman
Anas di sisi Anis sudah mencebik. Ikhlas sangat! “Dia tu ikhlas berniat Anis…”
sindir Iman Anas. “Ada dua tugasan dalam satu perjalanan…” sambung Iman Anas
lagi.
Anis
mengerutkan dahi. “Apa tu? Tak fahamlah…”
“Tugasan
hantar anak orang dan pikat anak orang.”
“Pikat
siapa???” Membulat mata Anis seluas yang mungkin.
“Majikan
adik awak…”
“Pandai
ajelah kau ni, Iman…” Qaiser mengetap bibir. Namun wajahnya tidak mampu ditahan
daripada disimbah darah di saat itu. Mustahil dia hendak memikat Hanina. Tidak
cukup berkali-kali dia menolak gadis itu. Takkan hendak menjilat ludah sendiri.
Baik suruh emak yang cari!
Tetapi,
masalah juga kalau emak sendiri sudah menyebut untuk melihat Hanina. Ini semua
si Iman Anas punya pasal. Pandai-pandai menambahkan perisa dalam cerita.
Menyesal pula Qaiser menceritakan pada Iman Anas, siapa itu Hanina.
“Adila…
ambilkan abang ais, lebih sikit.” Qaiser terasa panas tiba-tiba. Badan yang
panas harus disejukkan segera. Lantas diarahkan Adila yang lalu di hadapan
bersama cawan kertas di tangan.
Adila
akur sahaja dengan senyuman.
“APA
ni… takkan dah habis?” soalnya sendiri. Bekas ais itu cuba dibuka penutupnya.
Tetapi tidak berjaya. Perlahan Adila cuba menyengetkan bekas ais itu.
“Saya
tolong…”
Spontan
terlepas cawan kertas di tangan. Mujur tidak terjatuh bekas ais. Sempat
dipegang oleh tukang tegur itu. Diikuti oleh irama tawa yang menghiasi bibir
itu.
Adila
terdiam. Tidak bersuara. Sekadar menghulurkan cawan kertas itu apabila diminta.
Wajah yang sedang membantunya itu, direnung sekilas. Masih manis tersenyum.
Apabila mata itu menangkap renungannya, pantas Adila melarikan bebola ke arah
lain. Pura-pura tidak perasan dengan senyuman mengusik yang dihadiahkan.
“Terbabas
lagi ke?” soal Anas dengan senyuman.
Adila
terkelu.
“Jangan
terbabas dengan abang pulak…” sambung Anas lagi. “Dah ditempah untuk dijadikan
tunangan.” Anas masih tersenyum manis memaklumkan kenyataan itu.
Adila
terasa bagaikan dipaksa untuk menelan hempedu. Matanya tidak lepas melihat
wajah bahagia Anas. Hadir juga lelaki itu pada hari pernikahan Anis. Jujurnya
mata Adila sememangnya tercari-cari wajah manis itu. Tetapi hakikatnya,
pencarian yang tidak akan memberikan sebarang hasil.
Memikirkan
itu, Adila menepuk dahi sendiri. Tersenyum sumbing menutup rasa malu yang mula
menghuni diri. Cawan yang dihulurkan oleh Anas, disambut.
“Adila
muda lagi… boleh terbabas dengan orang yang lebih sesuai. Lebih muda. Lebih cocok
dengan Adila…” sempat Anas menitipkan kata yang membuatkan Adila tersenyum
sendiri. Buat malu saja!
Boleh
pula terkandas di depan mata orang yang membuatkan hatinya terbabas.
KEMBALINYA
Adila di meja makan, terus menjadi satu lagi topik usikan. Anis tidak menanti
lama untuk menuturkan segala yang terbuku di lidah. Sejak tadi lagi, dia memerhatikan
gelagat si manis 17 tahun itu.
“Amboi,
lama bebenor ambil air… buat air ke?” usiknya.
“Air
dah nak habis.” Balas Adila pendek dan meletakkan cawan di sisi pinggan Qaiser
yang sudah licin.
“Sempat
terbabas lagi walaupun air nak habis…” usik Anis dengan senyuman lebar. Seronok
bila dapat peluang mengusik Adila. Dan untuk usikan itu, dia ditegur oleh
lelaki yang sudah beberapa jam bergelar suami kepadanya.
“Cuba
jangan encourage benda-benda yang tak
sesuai dengan usia dia.” Tegur Iman Anas serius. Bukan dia tidak tahu, Anis
begitu kuat mengusik Adila berkaitan dengan lelaki bernama Anas itu.
“Adila…”
Iman Anas memandang tepat ke wajah gadis itu pula. Serius pandangannya. “Tumpukan
perhatian pada pelajaran. Nanti dah cukup masa kena kahwin, Abang Iman boleh
tolong carikan bakal suami… buat masa ni, jangan dilayan rasa hati yang suruh
fikir tentang cintan cintun semua.”
Ujar Iman Anas serius.
“Abang
Iman nak tolong carikan?” soal Adila tidak percaya.
Iman
Anas mengangguk.
“Tak
payahlah abang…” tolak Adila.
“Kenapa?”
Iman Anas hairan.
“Adila
tak nak nikah pakai baju corak cheetah.
Yang macam ni, bukan taste Adila…”
komen Adila dengan jujur dan polosnya. Tanpa sebarang rasa bersalah yang
menghuni hati dengan komen yang mengkritik pilihan Iman Anas itu.
Tidak
perlu menunggu lama, Qaiser sudah ketawa berdekah.
Anis
menekup mulut supaya tidak ketawa sama. Baju yang tersarung di tubuhnya dibelek
seketika. Sebenarnya, cantik saja. Orang lain yang tak boleh nak terima, dia
tak boleh buat apa.
“Bukan
semua orang sanggup nikah pakai macam Kak Anis ni, Iman oiiii…” Qaiser berkata
sambil menyambung tawa.
“Bukan
aku nak nikah dengan semua orang…” balas Iman Anas geram. “Aku suruh bini aku
aje pun pakai pilihan ni. Tak berniat nak paksa bakal-bakal bini orang lain pun
untuk ikut pilihan aku…” tambahnya lagi bagi menutup mulut Qaiser yang tidak
sudah-sudah mengejek corak baju nikah Anis.
Ejekan
yang reda sehari sebelum nikah, kini dijadikan bahan ketawa semula gara-gara offer yang dinyatakan kepada Adila.
“Anis,
rasa tak cantik ke pakai baju cheetah ni?”
soal Iman Anas pada Anis pula.
“Cantik
aje… Anis suka.” Sejujur yang mampu, Anis memberi jawapan. Jawapan yang
membuatkan Iman Anas tersenyum bangga.
“Eleh,
itu semua jawapan untuk menjaga hati si suami yang baru dinikah ni.” Qaiser
tidak mahu mengalah.
“Mana
ada…” Anis mencelah sebelum Iman Anas memotong bicara. “Biarlah orang lain nak
pandang pelik pun, asalkan hati kita boleh terima apa yang pasangan kita suka,
itu dah cukup bermakna. Saya tak rasa terpaksa pun kena pakai baju ni… nampak
unik pula. Kami kan pengantin yang suka buat apa yang tak disangka. Hantaran
tunang pun pelik belaka… of course
masa nikah pun kena ada yang unik juga.”
Selesai
menuturkan kata, Anis pula tergamam.
“Sayang,
I love you.” Serentak satu ciuman
singgah di pipi Anis.
Terkedu
Anis di saat itu. Tidak disangka, Iman Anas boleh buat macam itu, di depan…
“Adila,
masuk dalam! Ini pemandangan yang tak boleh dilihat budak-budak bawah umur.”
Qaiser mengarah Adila. Dan lelaki itu juga ikut bangun meninggalkan meja. “Lama
sangat kot kami semua kacau tak bagi privasi dekat pengantin baru nikah ni…
kalau nak lebih-lebih, tunggu berdua-duaan dulu ya… kawal sikit semua anggota
tu.” Selamba Qaiser berkata.
Tidak
dipedulikan wajah Anis dan Iman Anas sudah merah. Malu pula.
-tamat-
___________________
Kisah biasa yang tidak disangka. Segala yang kurang tu, mohon maaf sebab saya pun tak sangka, endingnya akan begini rupa ;)
Nantikan kisah baru pula. Mungkin, sequel...
best..tp klo akak bt crita psl adilla plak kan best..heeeeeehehe
ReplyDeletehahaha... lawak la adila ni... blh plk ckp xnk pkai baju cheetah mcm bju nikah anis n iman anas... hara[2 sekuel dia nnti ade pasal asma skali coz part asma mcm tgntung sket...
ReplyDeleteLucu la adila ni.jujur je ckp xnk kawin pakai baju corak cheetah.nnti sekuel tu cita asma ke adila?sbb mcm trgantung je kisah asma n adila n qaiser.kot2 qaiser dgn asma ke
ReplyDeleteyup akan disambung :)
ReplyDeletejelita dan perkasa bile pulak nk sambong k. umi?
ReplyDeletealaa baru berangan nak baca kisah adila dgn anas... okey ape beza 10 thn jee kott.hehehe
ReplyDeleteYeayy.. setel marathon semua bab.. thanks kak umi.. dan selamat hari raya kak.. (^_^)
ReplyDeleteAlaaaaaa umi, saya x puas lagi nak explore watak iman anas setelah berumahtangga. Mesti lagi best dan keluarlah mcm2 yg tidak disangka. Samb6ng lagi ya pleaseeeee
ReplyDeleterasa x puas pulak baca ni Umi... sambung lagi kkk...
ReplyDeleteIman Anas yg dah pandai bermain kata dan x macam singa lagi...
so sweetttttt...
selesai marathon 21 bab. best. kisah biasa2 yang luar biasa garapannya. tp sgt setuju umi ketengahkan tntg penerimaan keluarga anis atas apa yg berlaku pada asma'. marah tetap marah sebab salah tetap salah tapi tak dihukum dengan dibuang keluar sebaliknya dijaga dan dipulihkan. thumbs up to you.
ReplyDeleteby the way tak sabar nk tunggu sequel citer adilla, asma', anas dan qaiser. dan tolong kembangkan juga watak iman anas dlm sequel tu nanti..
rasa macam tak berape nk complete..kesah Asma bagai tergantung pulak
ReplyDeleteHai saya pembaca bru.. abes dh marathon baca pasal anis dgn anas dlm masa shari..thanks and gud luck writer~
ReplyDeletebest
ReplyDeleteSo funny... sambung la lagi...mcm mana cerita anis dan iman anas selepas nikah, mesti lg kelakar
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete