Skip to main content

Tidak ku sangka 21-End



10 SYAWAL. Masing-masing sibuk menyiapkan rumah. Walaupun sehari sebelum Syawal menjelma, sudah dikemas semua. Tetapi di mata Puan Amina, terasa masih ada yang belum sempurna. Lantas dikerahkan semua tenaga yang ada dalam rumah mereka untuk menyumbangkan tenaga.
“Mak, pasu ni nak letak mana?” jerit Bahar kuat dari luar. Pasu kosong yang sudah lama terbiar, hari ini juga terkesan pada pandangan mata. Kalau sebelum ini, lalu sebelah pun tak nampak.
“Telangkupkan. Lepas tu, letak pasu cili dekat atas… elok-elok, jangan bagi jatuh.” Puan Amina mengarahkan dari dalam. Cekap sungguh semua anak-anaknya menyiapkan kerja. Produktif dan proaktif. Kecuali seorang yang sudah tersadai kepenatan.
Melihatkan tubuh yang lesu itu, Puan Amina melangkah menghampiri. Kepala anaknya itu diusap perlahan.
“Pergilah baring dekat dalam… Asma mesti penatkan.” Tuturnya lembut.
Anis yang mendengar itu, berpaling. “Anis dah cakap, tak payah suruh dia buat kerja… degil!” marah Anis pula.
Asma hanya tersenyum nipis. Tidak kisah berpenat seketika. Lagipun ini sahaja masa yang dia ada untuk diluang bersama keluarga. Lusa, dia harus kembali bekerja. Mujur sahaja Hanina membenarkannya bercuti lama. Sudahlah baru mula bekerja dan minta cuti seminggu pula. Terasa juga serba salah.
“Dah, pergi masuk dalam… berehat. Sini banyak habuk, nanti terbatuk-batuk.” Bebel Anis sampai mengoyangkan bulu ayam di tangan.
Asma tergelak kecil. Pandangan dihalakan ke wajah Puan Amina. “Bernanah telinga Abang Iman dapat bini mulut murai ni.” Sempat di memerli sebelum segera mengatur langkah ke bilik. Jeritan geram Anis hanya mengundang tawa di bibir.
“Esok, Asma tak ikut kita ke masjid…” ujar Puan Amina kepada Anis.
Anis mengangguk kecil. Dia tahu. Asma juga sudah memaklumkan kepadanya. Untuk membantah, dia tidak mahu permintaannya mengecilkan hati adiknya pula. Pasti Asma hanya akan terluka melihat pernikahan yang bakal berlangsung itu. Sedangkan diri gadis itu sedang mengandung tanpa menjalani sebarang akad seperti yang dituntut syarak.
“Biarlah mak… jangan paksa dia.”
“Anis pun malu dengan dia ke?” soal Puan Amina terkejut. Mungkin kerana perut Asma sudah sedikit menunjukkan rupa, masing-masing malu untuk membiarkan gadis itu berkeliaran di luar rumah. Kalau ada tetamu datang pun, cepat-cepat diarah masuk ke dalam bilik. Sedih Puan Amina melihat keadaan itu,
“Anis tak pernah malu dengan adik-adik Anis… Asma tu yang malu dengan diri dia sendiri. Dan rasa tu perlu ada. Lagipun, apa yang dia buat sebelum ni tetap salah… untuk tu, Anis rasa dia perlukan masa untuk diri-sendiri sebelum bergaul macam biasa dengan orang lain.”
Puan Amina tidak jadi bersuara. Sepi terus menemani mereka sehingga selesai semua kerja.

“MANA Asma?” soal Qaiser.
Selesai majlis di masjid tadi, mereka semua dijemput untuk menjamu selera di kediaman keluarga Anis. Qaiser duduk bersama Iman Anas dan Anis sambil menjamu selera.
“Dalam bilik… dia yang tak nak keluar…” balas Anis perlahan. Semua tetamu pun sudah beransur pulang. Asma tetap mahu berkurung dalam bilik walaupun disuruh keluar. Tidak mahu memaksa Asma, lantas Anis membiarkan sahaja.
“Esok, saya hantar dia…” tutur Qaiser perlahan. Untuk meminta izin dan memberi makluman.
“Eh, tak payahlah…” Anis menggeleng laju. “Menyusahkan Qaiser pulak… dia nak balik naik bas aje.”
“Tak ada yang susahnya Kak Anis… saya ikhlas.” Qaiser tersenyum manis memberi keyakinan.
Iman Anas di sisi Anis sudah mencebik. Ikhlas sangat! “Dia tu ikhlas berniat Anis…” sindir Iman Anas. “Ada dua tugasan dalam satu perjalanan…” sambung Iman Anas lagi.
Anis mengerutkan dahi. “Apa tu? Tak fahamlah…”
“Tugasan hantar anak orang dan pikat anak orang.”
“Pikat siapa???” Membulat mata Anis seluas yang mungkin.
“Majikan adik awak…”
“Pandai ajelah kau ni, Iman…” Qaiser mengetap bibir. Namun wajahnya tidak mampu ditahan daripada disimbah darah di saat itu. Mustahil dia hendak memikat Hanina. Tidak cukup berkali-kali dia menolak gadis itu. Takkan hendak menjilat ludah sendiri. Baik suruh emak yang cari!
Tetapi, masalah juga kalau emak sendiri sudah menyebut untuk melihat Hanina. Ini semua si Iman Anas punya pasal. Pandai-pandai menambahkan perisa dalam cerita. Menyesal pula Qaiser menceritakan pada Iman Anas, siapa itu Hanina.
“Adila… ambilkan abang ais, lebih sikit.” Qaiser terasa panas tiba-tiba. Badan yang panas harus disejukkan segera. Lantas diarahkan Adila yang lalu di hadapan bersama cawan kertas di tangan.
Adila akur sahaja dengan senyuman.

“APA ni… takkan dah habis?” soalnya sendiri. Bekas ais itu cuba dibuka penutupnya. Tetapi tidak berjaya. Perlahan Adila cuba menyengetkan bekas ais itu.
“Saya tolong…”
Spontan terlepas cawan kertas di tangan. Mujur tidak terjatuh bekas ais. Sempat dipegang oleh tukang tegur itu. Diikuti oleh irama tawa yang menghiasi bibir itu.
Adila terdiam. Tidak bersuara. Sekadar menghulurkan cawan kertas itu apabila diminta. Wajah yang sedang membantunya itu, direnung sekilas. Masih manis tersenyum. Apabila mata itu menangkap renungannya, pantas Adila melarikan bebola ke arah lain. Pura-pura tidak perasan dengan senyuman mengusik yang dihadiahkan.
“Terbabas lagi ke?” soal Anas dengan senyuman.
Adila terkelu.
“Jangan terbabas dengan abang pulak…” sambung Anas lagi. “Dah ditempah untuk dijadikan tunangan.” Anas masih tersenyum manis memaklumkan kenyataan itu.
Adila terasa bagaikan dipaksa untuk menelan hempedu. Matanya tidak lepas melihat wajah bahagia Anas. Hadir juga lelaki itu pada hari pernikahan Anis. Jujurnya mata Adila sememangnya tercari-cari wajah manis itu. Tetapi hakikatnya, pencarian yang tidak akan memberikan sebarang hasil.
Memikirkan itu, Adila menepuk dahi sendiri. Tersenyum sumbing menutup rasa malu yang mula menghuni diri. Cawan yang dihulurkan oleh Anas, disambut.
“Adila muda lagi… boleh terbabas dengan orang yang lebih sesuai. Lebih muda. Lebih cocok dengan Adila…” sempat Anas menitipkan kata yang membuatkan Adila tersenyum sendiri. Buat malu saja!
Boleh pula terkandas di depan mata orang yang membuatkan hatinya terbabas.

KEMBALINYA Adila di meja makan, terus menjadi satu lagi topik usikan. Anis tidak menanti lama untuk menuturkan segala yang terbuku di lidah. Sejak tadi lagi, dia memerhatikan gelagat si manis 17 tahun itu.
“Amboi, lama bebenor ambil air… buat air ke?” usiknya.
“Air dah nak habis.” Balas Adila pendek dan meletakkan cawan di sisi pinggan Qaiser yang sudah licin.
“Sempat terbabas lagi walaupun air nak habis…” usik Anis dengan senyuman lebar. Seronok bila dapat peluang mengusik Adila. Dan untuk usikan itu, dia ditegur oleh lelaki yang sudah beberapa jam bergelar suami kepadanya.
“Cuba jangan encourage benda-benda yang tak sesuai dengan usia dia.” Tegur Iman Anas serius. Bukan dia tidak tahu, Anis begitu kuat mengusik Adila berkaitan dengan lelaki bernama Anas itu.
“Adila…” Iman Anas memandang tepat ke wajah gadis itu pula. Serius pandangannya. “Tumpukan perhatian pada pelajaran. Nanti dah cukup masa kena kahwin, Abang Iman boleh tolong carikan bakal suami… buat masa ni, jangan dilayan rasa hati yang suruh fikir tentang cintan cintun semua.” Ujar Iman Anas serius.
“Abang Iman nak tolong carikan?” soal Adila tidak percaya.
Iman Anas mengangguk.
“Tak payahlah abang…” tolak Adila.
“Kenapa?” Iman Anas hairan.
“Adila tak nak nikah pakai baju corak cheetah. Yang macam ni, bukan taste Adila…” komen Adila dengan jujur dan polosnya. Tanpa sebarang rasa bersalah yang menghuni hati dengan komen yang mengkritik pilihan Iman Anas itu.
Tidak perlu menunggu lama, Qaiser sudah ketawa berdekah.
Anis menekup mulut supaya tidak ketawa sama. Baju yang tersarung di tubuhnya dibelek seketika. Sebenarnya, cantik saja. Orang lain yang tak boleh nak terima, dia tak boleh buat apa.
“Bukan semua orang sanggup nikah pakai macam Kak Anis ni, Iman oiiii…” Qaiser berkata sambil menyambung tawa.
“Bukan aku nak nikah dengan semua orang…” balas Iman Anas geram. “Aku suruh bini aku aje pun pakai pilihan ni. Tak berniat nak paksa bakal-bakal bini orang lain pun untuk ikut pilihan aku…” tambahnya lagi bagi menutup mulut Qaiser yang tidak sudah-sudah mengejek corak baju nikah Anis.
Ejekan yang reda sehari sebelum nikah, kini dijadikan bahan ketawa semula gara-gara offer yang dinyatakan kepada Adila.
“Anis, rasa tak cantik ke pakai baju cheetah ni?” soal Iman Anas pada Anis pula.
“Cantik aje… Anis suka.” Sejujur yang mampu, Anis memberi jawapan. Jawapan yang membuatkan Iman Anas tersenyum bangga.
“Eleh, itu semua jawapan untuk menjaga hati si suami yang baru dinikah ni.” Qaiser tidak mahu mengalah.
“Mana ada…” Anis mencelah sebelum Iman Anas memotong bicara. “Biarlah orang lain nak pandang pelik pun, asalkan hati kita boleh terima apa yang pasangan kita suka, itu dah cukup bermakna. Saya tak rasa terpaksa pun kena pakai baju ni… nampak unik pula. Kami kan pengantin yang suka buat apa yang tak disangka. Hantaran tunang pun pelik belaka… of course masa nikah pun kena ada yang unik juga.”
Selesai menuturkan kata, Anis pula tergamam.
“Sayang, I love you.” Serentak satu ciuman singgah di pipi Anis.
Terkedu Anis di saat itu. Tidak disangka, Iman Anas boleh buat macam itu, di depan…
“Adila, masuk dalam! Ini pemandangan yang tak boleh dilihat budak-budak bawah umur.” Qaiser mengarah Adila. Dan lelaki itu juga ikut bangun meninggalkan meja. “Lama sangat kot kami semua kacau tak bagi privasi dekat pengantin baru nikah ni… kalau nak lebih-lebih, tunggu berdua-duaan dulu ya… kawal sikit semua anggota tu.” Selamba Qaiser berkata.
Tidak dipedulikan wajah Anis dan Iman Anas sudah merah. Malu pula.
 -tamat-
___________________
Kisah biasa yang tidak disangka. Segala yang kurang tu, mohon maaf sebab saya pun tak sangka, endingnya akan begini rupa ;) 
Nantikan kisah baru pula. Mungkin, sequel...

Comments

  1. best..tp klo akak bt crita psl adilla plak kan best..heeeeeehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha... lawak la adila ni... blh plk ckp xnk pkai baju cheetah mcm bju nikah anis n iman anas... hara[2 sekuel dia nnti ade pasal asma skali coz part asma mcm tgntung sket...

    ReplyDelete
  3. Lucu la adila ni.jujur je ckp xnk kawin pakai baju corak cheetah.nnti sekuel tu cita asma ke adila?sbb mcm trgantung je kisah asma n adila n qaiser.kot2 qaiser dgn asma ke

    ReplyDelete
  4. jelita dan perkasa bile pulak nk sambong k. umi?

    ReplyDelete
  5. alaa baru berangan nak baca kisah adila dgn anas... okey ape beza 10 thn jee kott.hehehe

    ReplyDelete
  6. Yeayy.. setel marathon semua bab.. thanks kak umi.. dan selamat hari raya kak.. (^_^)

    ReplyDelete
  7. Alaaaaaa umi, saya x puas lagi nak explore watak iman anas setelah berumahtangga. Mesti lagi best dan keluarlah mcm2 yg tidak disangka. Samb6ng lagi ya pleaseeeee

    ReplyDelete
  8. rasa x puas pulak baca ni Umi... sambung lagi kkk...
    Iman Anas yg dah pandai bermain kata dan x macam singa lagi...
    so sweetttttt...

    ReplyDelete
  9. selesai marathon 21 bab. best. kisah biasa2 yang luar biasa garapannya. tp sgt setuju umi ketengahkan tntg penerimaan keluarga anis atas apa yg berlaku pada asma'. marah tetap marah sebab salah tetap salah tapi tak dihukum dengan dibuang keluar sebaliknya dijaga dan dipulihkan. thumbs up to you.
    by the way tak sabar nk tunggu sequel citer adilla, asma', anas dan qaiser. dan tolong kembangkan juga watak iman anas dlm sequel tu nanti..

    ReplyDelete
  10. rasa macam tak berape nk complete..kesah Asma bagai tergantung pulak

    ReplyDelete
  11. Hai saya pembaca bru.. abes dh marathon baca pasal anis dgn anas dlm masa shari..thanks and gud luck writer~

    ReplyDelete
  12. So funny... sambung la lagi...mcm mana cerita anis dan iman anas selepas nikah, mesti lg kelakar

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia