Skip to main content

Klik [7]

Bab 32
            "Kau gila Pah!!!" bergema suara Eja di ruang tamu. Pah terdiam. Tidak sangka reaksi Eja sampai macam ini sekali. Tak perlulah cop aku dengan label gila.
            "Pah... tolonglah... I'm begging you... jangan duk create benda-benda yang orang lain tak pernah buat!" sakit rasanya gegendang telinga Pah bila diterjah suara Eja yang bergema dengan volume yang luar biasa.
            "Tapi... ini peluang untuk aku...," perlahan saja Pah bersuara.
            "Peluang apanya Pah. Mengarutlah!" balas Eja dengan nada yang sama. Dalam kepalanya hanya berlayar satu kesimpulan. Gila!
            Pah sudah mendiamkan diri. Ini baru dia buka satu part untuk diceritakan pada Eja. Part berita gembira daripada Prof. Zaini untuknya. Tapi Eja awal-awal sudah mengecop dirinya sebagai gila pula. Ini belum dibuka cerita tentang hampir terkantoi dengan Tengku Hafiz tentang perihal bunga. Kalau dia tahu tentang itu, entah bagaimana pula reaksi dia.
            "Kau dah tanya dia?" soal Eja kembali setelah lama menyepi. Pah menggeleng perlahan. Belum tanya!
            "Habis bila nak tanya? Tunggu nak berlepas, baru nak buka mulut cakap pada semua orang... nak biar semua orang terkejut masa tu...," seronok sungguh Eja menyindirnya hari ini. Pah mengetap bibir.
            "Tak adalah sampai macam tu. Aku nanti cakaplah...,"
            "Aku bukan nak suruh kau cakap... aku nak suruh kau minta pendapat, minta izin...,"
            "Untuk apa nak minta izin dia?" dahi Pah berkerut cantik mendengar ayat yang dilagukan Eja. Pantas juga dia menerima jegilan tajam dari gadis itu.
            "Untuk apa kau tanya? Ya Allah Pah... tak ada orang yang nak buat kerja gila macam kau tau! Seminggu lepas kahwin, nak kena tinggalkan suami untuk empat bulan! Gila ka!!!"
            "Aku bukan nak tinggalkan dia terus...," Pah masih lagi nak mempertahankan dirinya. Bagi pendapat Pah, peluang ini merupakan rezeki untuk dirinya. Peluang untuk mengikuti kursus dan latihan penyelidikan selama 4 bulan di States. Bukan semua orang dapat. Dia dengan lagi seorang partner, Dr. Zulia telah ditawarkan peluang ini. Kalau mereka menolak, ia akan digantikan dengan orang lain. Tapi, Pah nak!
            Cuma satu saja masalahnya sekarang. Kursus itu bukannya akan bermula dalam jangka masa seminggu dua lagi. Kursus itu tepat-tepat selepas seminggu tarikh pernikahan dia dan Adam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Itu yang membuatkan Eja mengamuk sakan. Aku di cop sebagai gila! Patut ke?
            "Pah... kau buat jugak kerja gila ni, aku luku kepala kau sampai lebam," Eja sudah mula mengangkat tangan, stand by nak ketuk kepala Pah. Pah sudah terkebil-kebil. Marah betul si Eja ni dengan keputusan aku.
            "Yelah... aku tanya Adam dulu!" spontan saja tangan Eja berhenti sebelum sempat mendarat di dahi Pah. Spontan juga bibir itu tersenyum lega.
            "Good girl," ucap Eja sambil mengusap kepala Pah lagak kanak-kanak kecil. Pah melepaskan dengusan.
            "Itu baru satu news...," Pah sudah mula menyusun ayat untuk berita kedua.
            "Apa news lagi satu?"
            "Aku hampir terkantoi dengan Hafiz... nyaris-nyaris nak bagitahu yang aku tahu siapa hantar bunga pada dia...," Eja terus tersedak kuat mendengar ayat yang diucapkan dengan muka yang tak berperasaan. GOSH! Hampir maut tu.
            "Kau gila Pah!!!"
            Pah mengetap bibir laju. Masuk kali ini, sudah berapa banyak gila yang diucapkan Eja buat dirinya. Mahu cukup 44 kali. Doa termakbul, jadi gila betul-betul dia. Hisy! Nauzubillah.
            "Eja!!! Janganlah cakap aku gila!"
            "Okay... okay... silap. Pah tak gila. Aduh!" dahi Eja sudah berkerut. Pedih rasa tangannya dicubit oleh Pah.
            "Gila lagi!!!"
            "Okay... dah tak sebut. Tapi kau tu... hati-hati, macam mana boleh cuai nak terlepas cakap benda yang penting macam tu! Silap haribulan kantoi, naya kita. Elok rancangan nak berjaya, terus gagal separuh jalan...," bebel Eja.
            "Yelah... aku jaga mulut, supaya tak cuai,"
            "Good girl," sekali lagi kepalanya diusap lagak kanak-kanak oleh Eja.

TAWARAN ke States masih dalam pertimbangan. Pah langsung tak buka cerita pada Adam. Macam mana nak mula cakap? Itu pun satu masalah. Sudahnya dibiarkan sepi. Sedangkan dia perlu berikan jawapan pada Prof. Zaini secepat yang mungkin. Main-main Pah!
            "Pah...," satu suara yang dikenali menyapa dirinya yang sedang beraman damai di kantin. Hafiz dengan senyuman di bibir menyapa pandangan mata. Tanpa sebarang kata, terus saja lelaki itu mengambil tempat berhadapan dengan Pah. Jelingan tajam di mata Pah tidak begitu menggerunkan lelaki itu, nampaknya.
            "Awak nak ke States Pah?" soal Hafiz ceria. Pah yang sedang menyuap bubur nasi ke dalam mulut tersedak kecil. Cepatnya berita sampai. Mestilah cepat, dah nama mereka di bawah satu department.
            "Belum tentu lagi... kena tanya tunang saya dulu...," hambar saja Pah menjawab dengan wajah yang tak beriak. Biar orang itu tersenyum macam nak terkoyak bibir pun, jangan harap Pah nak balas.
            "Oh! Wish you all the best...," ceria saja nada Hafiz bertutur dengan diri Pah hari ini. Kening Pah bertaut. Musykil! Mana perginya angin kus-kus dia, yang asyik nak marah aku hari tu?
            "Awak ni... okey ke?" soalan di luar sedar lahir dari bibir Pah. Tak pernah-pernah dia concern apa-apa hal tentang Tengku Hafiz ini. Hari ini patut dijadikan hari ini dalam sejarah, Pah tanya tengku Hafiz, 'awak okey ke?'
            "Saya okey saja... kenapa?" nyata Hafiz kelihatan pelik dengan soalan Pah.
            "Tak adalah... sebelum ni marah sangat dengan saya... sebab... saya dah bertunang," lambat-lambat saja Pah mengucapkan ayat itu, bimbang juga kalau Hafiz mengamuk lagi dengannya. Namun reaksi dari Hafiz amat berbeza. Dia masih tersenyum senang.
            "Bunga bukan sekuntum Pah...," balas Hafiz.
            "Hah?"
            "Maksud saya... bukan awak seorang saja perempuan atas muka bumi ni," jelas Hafiz. Kali ini Pah mengangguk. Boleh juga otak mereng dia berfikir perkara yang logik macam ni.
            "Baguslah... masih ada ramai yang berkenankan diri awak. Jodoh awak pun akan tiba juga...," Pah balas juga dengan ayat yang menyenangkan. Dalam hati sudah mampu melepaskan nafas lega. Dia sudah bebas dari gangguan Hafiz.
            "InsyaAllah. Mudah-mudahan...," sambut Hafiz dengan gembira. Keceriaan di wajah lelaki itu benar-benar mengundang tanda tanya di minda Pah. Apakah dia benar-benar sudah dilamun cinta? Disebabkan bunga itukah? Allah! Aku rasa risau la pula... kalau respon yang negatif daripada Aliya. Harap-harap tak.
            Sepi seketika di antara mereka. Pah menyudahkan dengan segera bubur yang masih berbaki. Walaupun dia boleh berbual tanpa sengketa dengan Hafiz, tetapi dia tetap tidak selesa duduk berdua dengan lelaki itu di sini.
            "Pah... cakap pasal jodoh... saya teringat something...," sekali lagi Pah tersedak. Malah lebih kuat dari tadi. Dia sudah dapat mengagak apa yang bakal dikatakan oleh lelaki itu.
            "Awak cakap, awak tahu siapa yang hantar bunga pada saya...," Pah cuba berlagak tenang sedangkan hakikatnya, jantungnya sudah berdegup kencang. Mati aku Eja! Mati!
            "Oh... yang tu. Kebetulan...," Pah merangka ayat dengan berhati-hati, walaupun mindanya terasa kosong pada saat ini. Apa yang patut dia temberang pada si Hafiz ini?
            "saya ternampak florist datang bagi...," itu saja yang terlintas di minda. Lantas diucapkan jua.
            "Florist datang letak sampai ke meja saya?" soal Hafiz tidak percaya. Pah terasa hendak menghempuk saja kepalanya pada saat ini. Memang alasan yang tak logik langsung. I need help! Please... anyone... desis hati Pah. Matanya melilau di kawasan kantin mereka.
            Namun kali ini, jantung Pah seakan direntap laju bila mana matanya bertemu dengan mata Adam yang turut memandangnya dari salah satu meja tidak jauh dari situ. Apa pula yang tunang aku buat dekat hospital ni? Soalnya sendiri.
            Rentak jantung sudah berubah tempo. Makin laju dan membuatkan Pah terasa makin sesak. Lagi terasa nak tercabut saja bila kaki Adam sudah melangkah mendekati mereka. Adam tak senyum. Langsung tak! Pertama kali Pah disajikan wajah Adam yang serius tak beriak. Beginikah wajah yang aku pamerkan selama ni? Soal Pah dalam hati. Serius, menakutkan!
            "Assalamualaikum...," sapa Adam dan mula menghulurkan tangan pada Hafiz yang sudah terkejut di situ.
            "Waalaikumsalam... tunang Pah?" Adam mengangguk dengan soalan itu.
            "Having lunch?" Pah diam. Tak tahu kepada siapa soalan itu diajukan. Tetapi, rasanya soalan itu Adam ajukan untuk Pah.
            "She's having lunch... I cuma kacau nak tanya soalan... dah sudah pun. I gerak dululah," Hafiz sudah tergesa-gesa meminta diri.
            Tempat Hafiz tadi sudah berganti dengan Adam. Pah sudah kelu lidah. Hilang kata-kata. Kenapa dia rasa bersalah, padahal dia tak buat salah pun.
            "Lunch date?" aiseh. Pah mengetap bibir kuat. Soalan sinis dari Adam memang menyakitkan hati. Bila masa pula aku berdating dengan si Tengku tu!
            "Tak!" digagahkan juga mulut itu untuk menjawab.
            "Saya menganggu ke?" soal Adam lagi bila Pah diam saja tanpa kata.
            "Awak buat apa dekat sini?" soalan juga dibalas oleh Pah.
            "Nak spy tunang saya...," sinis lagi ayat itu.
            "Saya tak buat apa-apa okey. Tak pernah pun keluar makan dengan lelaki lain...,"
            "Selain dia?" sambung Adam lagi. Jelas dia mata Adam wajah Pah yang sudah memerah. Cemburu telah menguasai hati. Mana mungkin dia tak rasa cemburu, kalau yang duduk bersembang dengan Pah tu... lelaki yang tergila-gilakan tunang dia.
            "Adam!!!"
            “Apa? Takut sebab dah pecah rahsia?"
            "Apa yang awak merepek ni! Kalau saya suka dia... saya takkan tunang dengan awaklah. Lelaki gila!" laju saja Pah mengeluarkan kata-kata. Tetapi, penghujung ayat itu terluah sekali tanpa sedar. Dia mengetap bibir sekali lagi.
            Senyuman sinis di bibir Adam membuatkan dia gelisah. Apa ni? Kenapa dia berlagak sinis pula? Mana pergi si manis lagi romantik... Adam Fahmi. Pah terasa duduknya makin tidak selesa.
            "Saya memang lelaki gila... bertunang dengan perempuan gila macam awak. Langsung awak tak fikir perasaan saya kan... dengan semua orang awak dah cakap, dengan saya... langsung awak tak bagi tau apa-apa...," dahi Pah sudah berkerut. Ini topik apa pula? Dia sudah keliru.
            "Pasal apa?"
            "States!" Pah tidak mampu untuk membalas kata-kata melainkan mengigit bibirnya. Pasti saja, ibu sudah beritahu. Aduh!!! Aku baru tengah pening fikir cara nak tanya pada dia... sekarang ni dah kena pening nak explain sebab apa tak bagitahu dia. Pah.... kenapalah nasib tak begitu baik hari ini...
            Pah tertunduk menekur mangkuknya yang sudah kosong. Macam mana nak jawab?

Bab 33
DALAM pada Pah tengah berfikir nak jawab apa, Adam sudah bangkit dari tempat duduknya. Wajah yang serius itu berkata, "Tak perlu nak fikirkan alasan, kalau dalam hati memang tak ada niat nak kongsi... saya balik dulu," ayat itu menerpa dalam telinga Pah. Tiba-tiba saja dia terasa sakit yang amat mendalam. Adam bercakap dengannya tapi sikit pun dia tak melihat wajah Pah. Muka Adam pula, langsung tidak digarisi senyuman manis seperti selalu.
            Adam merajuk dengan kau la Pah! Padan muka. Suara hati sudah mula mengambil bahagian dalam sesi sindir menyindir.
            Itu la, layan lagi tunang macam tu. Apa kau ingat, semua orang macam kau... tak ada perasaan?!
            Aku nak buat apa sekarang ni? desis Pah dengan keluhan panjang. Adam dah merajuk dan aku pula, memang tak pandai langsung nak memujuk. Masalah besar!

SEPANJANG minggu Pah resah dan gelisah. Mana tidak, orang yang merajuk, tak terpujuk-pujuk. Demi hendak memujuk, tiga syarat 'istimewanya' itu cuba diketepikan. Dia memulakan dengan pesanan ringkas, seringkas yang mungkin.
- I'm sorry.
            Kiriman pertamanya. Tunggu punya tunggu. Macam nak tunggu bulan jatuh ke riba pula. Langsung Adam tak balas. Dalam hati Pah mengharapkan, habis kurang pun... reply la, 'it's ok'. Tak ada langsung! Telefon bimbitnya sepi dan sunyi.
            Disebabkan SMS tak jalan. Pah cuba lagi. Kali ini dia memberanikan diri untuk telefon. Namun, dia tidak menyangka sama sekali... deringan pertama dan kedua masih lagi kedengaran. Masuk ke deringan ketiga, telefon sudah dimatikan. Terasa tersentap dan seperti hendak luluh saja jantungnya. Dia matikan telefon?
            Pandangannya berkelip-kelip sambil melihat telefon bimbitnya di pegangan. Dia matikan telefon? ulangnya sekali lagi. Tanpa mampu dikawal, air matanya sudah menitis membasahi pipi. Sedih. Sakit. Semuanya bercampur baur. Rumah yang kosong dan sunyi semakin menekan perasaannya.
            Kalaulah Eja ada, bolehlah dia minta khidmat nasihat mak cik itu. Tapi... Eja sudah pulang ke kampung. Lusa tarikh pernikahan dia.
            'Adam' hatinya membisik. 'Apa yang Pah kena buat untuk pujuk Adam?'
            Jumpa? Fikirnya sendiri. Errr... Option yang ketiga ini terasa agak janggal la pula. Tetapi untuk memujuk, rasanya tak salah mencuba. Pasti saja Adam akan hadir sekali untuk majlis pernikahan Faizul dan Eja di Pulau Pinang. Apa kata kau gunakan peluang ini Pah?
            Pah mula memejam matanya yang masih berair. Inikah namanya cinta. Bila dia terluka, aku pun akan ikut merana.

EJA kelihatan anggun sekali dengan kebaya moden berwarna putih dipadankan dengan tudung dan selendang yang sedondon dengannya. Tiara yang terletak di atas kepala menaikkan seri seorang pengantin. Terserlah kelainan di situ.
            "Pah... kau kena duduk sebelah aku tau, jangan pergi jauh-jauh!" ucap Eja sambil menggamit tangan Pah erat. Hatinya sudah berdebar-debar. Perasaan untuk bergelar menjadi isteri orang, tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Kena rasa, baru boleh tau betapa indahnya perasaan itu.
            "You are so lovely Eja...," puji Pah. Eja sudah tersipu malu. Matanya juga sudah jatuh pada wajah Pah.
            "Kau ni kenapa... nampak dull saja?" Eja sudah membelek wajah Pah yang kelihatan tidak bermaya. Pantas saja Pah menggeleng.
            "Pening sikit... tak ada apalah. Maybe sebab penat drive. Ibu dengan abah minta maaf, sebab tak boleh nak datang. Kebetulan pula, anak saudara abah pun ada yang bernikah hari ni...," Pah sudah melarikan topik. Tidak mahu Eja bertanya lebih-lebih tentang wajahnya yang tidak bermaya itu. Kali ini, biarlah dia yang menyelesaikan masalahnya sendiri.
            "Tak apa... semalam ibu dah call cakap dengan aku. Dia cakap, majlis masa cuti sekolah nanti... dia akan datang," ucap Eja dengan senyuman manisnya. Matanya masih di wajah Pah. Entah kenapa, hatinya tiba-tiba saja disapa rasa sayu. Mengenangkan dirinya yang akan duduk berasingan dengan teman baiknya itu, hati diterpa rasa sayu. Refleks juga, Eja sudah bangun dan berpelukan dengan Pah.
            Pah sudah tergamam. Kedengaran esakan kecil dari bibir Eja.
            "Eja... janganlah menangis. Nanti habis comot make up," tegur Pah. Eja sudah mula menghentikan tangisan. Make up di wajah sudah sedikit comot tetapi dia sudah mula tersenyum kecil.
            "Ya Allah Eja... menangis pulak dia!!!" bilik yang sunyi tadi, sudah hingar diserikan suara-suara mak cik dan sepupu Eja.
            "Lin... panggil mak andam, suruh touch up pengantin. Dah comot dah ni... awatnya awai sangat dah menangis...,"
            "La... awatnya ni, muka dah comot?" habis seorang, muncul lagi seorang bertanya soalan sama. Eja cuma tersengih kelat. Biasalah tu kalau pengantin menangis. Kalau tak menangis, bukan pengantin la namanya. Iya kan?

DENGAN sekali lafaz, Eja sudah menyandang gelaran isteri Faizul Sulaiman. Cincin nikah disarungkan seiring dengan upacara membatalkan air sembahyang. Namun, mata Pah tidak tertumpu pada pasangan mempelai itu. Matanya fokus pada seorang insan yang segak berbaju melayu berwarna hitam dalam kumpulan lelaki. Dia yang sedang bergelak ketawa dengan temannya, langsung tidak berkalih pada Pah. Sakitnya. Makin terasa sakit!
            "Pah...," panggilan lembut Eja menyedarkan Pah. Senyuman manis dibibir Eja, dibalas dengan sebaik mungkin. Mereka sudah berpelukan sesama sendiri.
            "Tahniah... Selamat Pengantin baru, may Allah bless,"
            "Thanks. InsyaAllah," Eja sudah bergerak meninggalkan Pah dan mula bersalaman dengan hadirin yang lain. Mata Pah kembali melingas di kawasan masjid itu. Mana dia? Takkan dah lesap... tak sampai berapa minit.
            Harapan hanya tinggal harapan, bila Pah tak dapat nak jalankan misi memujuknya selama berada di Pulau Pinang. Kecewa juga terasa makin kuat mencengkam hati bila dia tidak dapat merawat luka yang disebabkan dirinya.
            Eja sudah pun berpindah ke apartmen Faizul. Tinggallah Pah seorang diri di pangsapuri ini. Ibu awal-awal lagi sudah memulakan sesi leteran, tidak benarkan Pah tinggal seorang diri. Tapi Pah melawan juga, dia lebih selesa tinggal di sini daripada berulang dari Hulu Langat.
            Keadaan sunyi sepi, tambah pula tinggal seorang macam ini membuatkan mindanya asyik memikirkan seorang itu saja. Dalam hatinya sudah berdetik laju, dia harus lakukan sesuatu. Walaupun dia tak pakar bab-bab memujuk. Dia tahu dia sangat tak boleh nak diharap untuk memujuk hati yang sedang rawan tapi dia akan cuba juga.
            Kalau hati aku yang macam batu kelikir ni pun boleh cair dengan mudahnya, erk! Mudah ke Pah? Sekurang-kurangnya, cair juga! Apatah lagi hati Adam... tapi, mudah ke nak cairkan hati orang yang tengah merajuk? Redah saja Pah.

"KAU dengan Pah... ada masalah ke?" soal Faizul cuba serkap jarang. Adam menggeleng perlahan. Tangannya dengan cekap memasukkan kamera kesayangan ke dalam beg. Telefon bimbit di atas meja sudah dicapai.
            "Tak balik lagi ke?" soal Adam, sekilas matanya mengerling ke arah jam. Sudah pukul 6.30 petang.
            "Nak baliklah ni...," Faizul sudah tersengih lebar. Kalau sebut balik saja sekarang ini, semangatnya berkobar-kobar. Mestilah kan... ada orang yang setia menanti di rumah. Sebut tentang kisah rumah, orang di kampung menghalang keras mereka tinggal serumah. Alasan depa, tak buat majlis bersanding lagi... nanti kalau dah pregnant takkan nak bersanding dengan perut, baju pengantin pun takkan muat. Dan untuk itu, senang saja jawapan yang Eja bagi...
            "Kalau ada baby... Eja bersanding pakai baju mengandung... apa susah!"
            "Berangan!" sergahan Adam mematikan lamunan pendek Faizul.
            "Jomlah...," sama-sama mereka beriringan menuju ke kawasan letak kereta.
            "Adam...," panggil Faizul perlahan. Bila Adam mengalihkan wajah, bibir Faizul sudah menjuih menunjukkan ke arah seseorang yang sedang menanti dirinya di situ. Adam mengeluh kecil.
            "Are you sure, both of you are okay?" soal Faizul sekali lagi.
            "Okay... tak ada apa. Tak apalah, kau baliklah dulu... aku pergi jumpa dia,"
            Adam sudah mula mengatur langkah ke arah sesusuk tubuh yang sedang bersandar di keretanya. Mungkin dia masih belum perasankan diri Adam di situ. Matanya itu asyik tertunduk menekur tanah. Tangannya pula sekejap-kejap membelek telefon bimbit di tangan.
            Lama Adam diam dan memerhatikan dari jauh. Tanpa dia sedari, bibirnya sudah menguntum senyuman bahagia. She loves me? Don't she.

Bab 34
"LAMA tunggu?" suara itu. Terus saja kepalanya yang tertunduk ke tanah diangkat. Dia terkesima. Wajah itu sedang menguntumkan senyuman manis buat dirinya. Ah! Aku sangat rindukan senyuman manis itu. Senyuman yang berjaya menawan hati aku yang keras bagaikan batu.
           "Tak lama...," iyalah tu tak lama. Adalah dalam satu jam setengah dia terpacak dekat sini. Nak mesej atau call, takut orang itu tak balas dan matikan telefon terus. Jadi dia mengambil langkah ketiga, untuk terus menanti saja.
            "Ada apa?" lembut saja soalan yang bermain di bibir Adam. Sejuk hati Pah. Memang rasa sejuk pun berbanding beberapa minggu sudah.
            "Nak jumpa,"
            "Boleh ke?" dahi Pah berkerut. Kenapa pula tak boleh?
            "Tak boleh jumpa ke?" soal Pah. Adam tersenyum kecil. Dia membiarkan saja matanya menjamah wajah gadis itu yang berkerut di dahi. Takkan dah lupa dengan syarat pelik bin ajaib dia tu?
            "Boleh saja... asal tak batal kendurilah...," tersedak Pah dengar perkataan batal kenduri. Selama ini tak pernah terfikir pun pasal itu.
            "Boleh keluar sekarang?" Adam mengangguk menjawab pertanyaan Pah. Matanya mengerling pada jam di pergelangan tangannya sekilas. Nak hampir jam tujuh. Takkan nak mengajak Pah keluar malam-malam pula. Tak pernah-pernah!
            "Pah nak keluar sekarang ke?"
            "Adam busy ke?"
            "Nak dekat maghrib dah ni... kita keluar esok jelah ya. Tak elok malam-malam...," perlahan saja ayat hujung yang diucapkan oleh Adam. Dia pernah saja keluar malam dengan ex-ex dia yang lain. Tapi, Pah lain. Pah kena dipelihara. Dia tak nak Pah create sejarah keluar malam dengan lelaki, walaupun dengan tunangnya sendiri. Kalau dah jadi suami, itu lain cerita.
            "Err... okey. Esok...," Pah kelihatan resah dan serba salah. Malu pula nak buka mulut cakap...
            "Datang dengan apa ni?" soal Adam pelik. Matanya dah mula melilau di kawasan parkir kereta, tak ada pula swift kesayangan Pah tu.
            "Teksi,"
            "Kereta?"
            "Tinggal," Adam tarik senyum lagi segaris melihat reaksi di wajah Pah. Alahai Pah... orang baru nak buat merajuk lama-lama dengan dia. Tapi dengan reaction muka tanpa perasaan pun, dia sudah boleh cair dengan gadis itu.
            "Jom, Adam hantar balik," alarm kereta dibunyikan. Pah menurut saja bila tangan Adam membukakan pintu kereta buatnya. Bibir Pah rasa macam nak tersenyum saja, tapi rasa malu pula. Nampak sangat dalam hati dah ada bunga-bunga sakura yang tengah mula berkembang elok.
            Kereta Adam bergerak dengan kelajuan sederhana membelah jalan raya. Sekejap-sekejap matanya mengerling pada wajah Pah yang kelihatan resah saja di sebelahnya.
            "Tak nak cakap apa-apa ke?" soal Adam memecahkan kebisuan antara mereka.
            "Err... Pah... saya...," pulak! Dah tergagap-gagap, tak tahu macam mana nak susun bicara. Sedangkan senang saja pun apa yang nak diucapkan. Pah nak minta maaf. Ha... itu saja.
            "Pah...," panggil Adam.
            "Pah minta maaf. Tak ada niat pun nak sembunyi apa-apa dari Adam," ucap Pah senafas. Lega! Wajahnya sudah berpaling ke wajah Adam. Lelaki itu sedang tersenyum meleret. Nakal pula itu! Kenapa?
            "Sejak bila kita jadi... Pah, Adam...," Adam tersenyum lagi. Baru dia sedar, tanpa sedar mereka membahasakan diri dengan nama masing-masing. "Macam pelik sikit... but nevermind. I like it...Pah,"
            Pah sudah tertunduk menatap telapak tangan sendiri. Adam ni sudah kembali dengan lebihan gulanya. Buat hatinya yang tenang jadi tak tentu arah.
            "Adam marah lagi?" perlahan saja Pah menyoal.
            "Mana boleh tak marah... bukan marah, it is more to kecik hatilah,"
            "Pah kena buat apa?" soal Pah dengan bendulnya. Adam menjeling sekilas menatap wajah Pah yang kelihatan resah.
            "Hei... bukan Pah ke yang nak pujuk Adam. Apa tanya pada Adam pula, what you should do. Fikirlah sendiri...,"
            "Pah tak reti!" senang saja Pah bagi jawapan. Sudah puas otaknya berfikir, rasanya dah terlebih perah pun. Tapi dia tak dapat juga nak cari cara nak memujuk Adam. Dalam kepala ada juga terfikir nak hadiahkan bunga ke...coklat ke... tapi bila fikir-fikir, macam tak sanggup. Bimbang dia termalu sendiri kalau Adam tak sudi terima.
            "So... sekarang ni masih tak tahu nak pujuk macam mana?" Pah mengangguk kecil. Matanya terhala pada dashboard kereta.
            "Esok... Adam ajak Pah pergi satu tempat ni... boleh?"
            "Kita berdua saja ke?"
            "Tak nak tak apa. Tak payah pujuk...," sengaja Adam meleretkan kata. Padahal dalam hati, dia sudah terpujuk pun. Kehadiran Pah di depan office tadi dah membuatkan hatinya tersentuh. Itu pun kira dah cukup.
            "Okey... okey...," pantas saja Pah bersetuju. Adam tersenyum mengusik.
            "Adam ajak Eja dengan Faizul ya...," Pah dah mengalihkan mata pada wajah Adam sudah kembali memandang jalan.
            "Nak Pah pujuk Adam depan Eja dengan Faizul ke?" soal Pah dengan ragu-ragu. Mahu malu besar dia diperli Eja.
            "It's your choice my dear... Pah nak ke keluar berdua dengan Adam? Tak apalah kita ajak dia orang, at least, berteman. Terhindar dari segala gangguan. Tempat yang Adam nak bawa Pah pergi ni sunyi tau...," Pah menelan liur. Sunyi!
            "Ajaklah dia orang...," dia akur juga. Tak adalah rasa janggal sangat kan dengan adanya si murai Eja dan Faizul. Sekurang-kurang terisi juga ruang mereka dengan gelak tawa.
            Kereta Adam kini sudah berhenti betul-betul di depan pangsapuri yang didiami Pah. Pah melonggarkan seat belt. Lambat-lambat saja dia hendak keluar dari kereta.
            "Adam...,"
            "Hhmmm...,"
            "Boleh Pah pergi States?" soal Pah dengan nada yang lembut. Dalam hati, ada sedikit rasa risau. Mana tahu Adam merajuk balik, tak nak cakap.
            "Adam fikirkan dulu ya," Adam membalas dengan senyuman. Wajah Pah yang mengharapkan jawapannya darinya kelihatan lega.
            "Thanks," Pah pun melangkah keluar dari kereta dengan perasaan yang sangat lega. Tak sia-sia terpacak depan office Adam. Akhirnya dapat juga tengok rupa lelaki itu yang tersenyum manis.

"JOM Fai keluar esok...," suara Adam di hujung talian.
            "Nak ke mana?" membulat biji mata Faizul bila dengar nama tempat yang Adam sebut.
            "Nak pergi buat apa?" soal Faizul lagi.
            "Saja... have fun. Takkan aku nak keluar berdua saja dengan Pah... jomlah. Ajak Eja... mesti dia pun nak jumpa Pah," pujuk Adam lagi.
            "Okeylah".

TEMPAT sunyi, kata Adam. Tapi kenapa mereka terpacak di Berjaya Times Square ini. Pah hanya memandang pelik. Ini ke tempat yang sunyi itu. Bila ditanya pada Adam, lelaki itu kata...
            "Kalau Adam stress pasal kerja ke, perasaan ke, rasa merajuk dengan orang ke... Adam suka main indoor games," ucap lelaki itu dengan sengihan. Sempat juga dia tekankan perkataan merajuk itu.
            Seharian suntuk mereka berada di situ. Bertambah gamat keadaan dengan Eja dan Faizul yang tak puas-puas nak bermain itu dan ini. Serius, tak ada aura orang dah berkahwin langsung, macam budak-budak.
            Adam pula, sudah semestinya dengan kamera di tangan tidak henti-henti mengambil apa-apa saja aksi Pah. Walaupun hampir kesemuanya aksi yang sama. Tapi dia tetap berasa puas. Adam yang sedang membelek gambar-gambar di skrin kamera, sementara menunggu Eja dan Faizul turun dari roller coaster tertarik apabila mendengar keluhan Pah.
            "Kenapa?" soalnya pantas.
            "Tak ada apa...," ringkas saja jawapan Pah. Takkan nak jawab dengan jujur yang dia kurang gemar tempat-tempat macam ni. Sebab crowded.
            "Tak suka?"
            "Tak adalah... boleh saja nak suka," balas Pah lagi. Hipokrit Pah! Hipokrit!
            "Memang tak sukalah ya... habis, Pah suka pergi tempat-tempat yang macam mana?" Adam cepat saja dapat mengesan. Namun tidak pula dia berkecil hati. Sekurang-kurangnya Pah ikut juga mereka ke sini. Adalah juga dua tiga games yang dia join sekali.
            "I like nature...," kesukaan Pah itulah yang melahirkan bibit rasa suka antara mereka. Adam menarik senyum.
            "Nanti Adam ajak Pah lagi ya... tempat yang special," sambut Adam dengan senyuman bermakna.
            "Nak keluar lagi?"
            "Bukan sekarang la... tunggu kita dah kahwin nanti," kening Pah terangkat, ke mana saja yang Adam nak ajak dia nanti? Tapi cakap lepas kahwin, ke mana pun dia tak kisah. Hatinya tersenyum sendiri.
            "Oh ya... cakap pasal kahwin... Adam teringat pasal States...," sambung Adam, serta-merta hati Pah terasa berdebar. Entah apa jawapan yang Adam hendak beri padanya. "Kalau Pah rasa ini peluang yang terbaik... for your future... for stabilize your carrier... then you may proceed... tapi, empat bulan tu memang kedengaran agak kejam la... Pah nak tinggalkan Adam sorang-sorang after kahwin...," awal jawapan Adam, Pah terasa nak senyum. Tapi bila mendengar titipan di hujung ayat Adam itu, dia sendiri rasa macam tak nak pergi. Buat keputusan dengan bijak Pah. Yes, I will!
            "Ok jom!" suara Faizul sudah menyapa. Eja dengan wajah yang pucat sedang memaut lengan Faizul erat.
            "Kenapa ni?" soal Pah risau.
            "Pening sangatlah tu. Dah la... jerit macam nak tercabut anak tekak," perli Faizul selamba diiringi gelak tawanya. Eja dengan pening-pening macam itu pun, sempat saja nak menampar lengan Faizul dengan kuat. Geram pula bila diperli macam tu. Mana tak pening, dah berpusing-pusing dah duduk atas bangku itu. Lagi satu, ada ke manusia yang tak jerit naik roller coaster? Mana ada!

"DR. LATIFAH... are you sure with your decision? This will be the final one. There'll be no changes after this...," suara Prof. Zaini masih terngiang-ngiang di telinga. Keputusan yang telah diberi sebulan lalu disambut dengan hati yang tenang. Ini adalah yang terbaik buat dirinya. Dia tidak boleh mengundur walau selangkah pun lagi daripada jawapan yang telah diberi.
            Kalendar yang tersangkut di dinding rumah dibelek seketika. Siapa sedar masa yang berlalu begitu pantas sekali. Sekarang ini tinggal lagi sebulan saja dari tarikh pernikahan dia dan Adam. Dadanya terasa berdebar-debar. Debaran bakal pengantin barangkali.
            Bila duduk bersendirian dan memikirkan semula akan jodoh yang telah diaturkan buat dirinya ini, dia seakan tidak dapat percaya. Dalam banyak-banyak lelaki di atas bumi ini... dia akhirnya memilih Adam Fahmi, ex-kasanova untuk dijadikan teman hidup. Ex-Aliya pula tu. Tapi nak buat macam mana, hanya Adam saja yang tampil berlainan di depan matanya.
            Walaupun lelaki itu sukakan dirinya sejak awal lagi, tetapi tak adalah pula Adam mengadakan apa-apa sesi mengurat untuk memikat hatinya. Melainkan pertemuan di hospital. Kemudiannya kehadiran di rumah. Akhirnya rombongan meminang. Mungkin itu salah satu tarikan yang telah memikat hati Pah pada Adam.
           Sekarang ini, duduk seorang diri pun dia boleh tersenyum-senyum sendiri. Tambah pula bila fikirkan lelaki itu, makin bertambah gula senyuman di bibir. Latifah Hasnan yang tak murah dengan senyuman dulunya juga boleh tersenyum mesra dengan mudahnya.

            "PAH... congrates," ucapan itu dibalas dengan senyuman ikhlas dari bibir Pah.
            "You too... good luck ya for your coming research... untung boleh naik pangkat dah," ucap Pah ikhlas. Hafiz tersenyum saja.
            "InsyaAllah... mudah-mudahan. Again... thanks sebab jemput saya ke kenduri awak... I'll surely come...,"
            "Hafiz...," panggil Pah perlahan apabila lelaki itu sudah mahu keluar dari bilik itu. "Saya doakan yang terbaik untuk awak," ucapan itu lahir dari hati Pah yang ikhlas. Dia ikhlas dengan setiap bicaranya dengan Hafiz kali ini. Senyuman ikhlas di bibir menambahkan seri di wajahnya. Hafiz juga ikut tersenyum.
            "Thank you. I will do the same... wish you a great life, Pah,"
RIUH rendah memenuhi kawasan rumah ibu dan abah di Hulu Langat. Semua kerabat dah sampai. Ditambah dengan semua cucu-cucu ibu dan abah yang menggamatkan keadaan dalam rumah. Macam nak terbelah dua saja rumah mereka yang terletak di Taman Desa Sentosa itu.
            Jemari Pah sudah diinaikan, siap berlukis lagi. Dia sudah menolak keras tapi Hanis nak juga lukis sebab nampak kosong sangat. Nasib coraknya ringkas saja, kuntuman bunga yang bersambung-sambung. Ringkas dan cantik.
            "Pah tak nak bunga-bunga kat kaki...," tolak Pah lagi sekali. Tapi bila corak itu sudah mula berlorek di kaki, dia boleh lepaskan keluhan saja. Siapa pun tak nak dengar apa yang dia cakap.
            "Pah... baju nikah mana? Akak gosokkan siap-siap," suara Hazira pula melaung dari dalam bilik.
            "Ada dalam paper bag warna hitam tu. Semua ada dalam tu," balas Pah senada dengan suara kakaknya.
            "Aksesori Pah?" soal Hazira lagi.
            "Esok mak andam nanti bawa sekali...,"
            "Oh Pah... you nak make up ya?" usik Husna pula. Ada saja peluang, dia orang mengusik Pah habis-habisan.
            "Akak kahwin dulu tak make up ke? Tayang saja muka yang pucat...," balas Pah geram. Semua benda pun nak diusik.
            "Alah... Pah tak make up pun, dah cukup lawa dah... you are very beautiful young lady," kakak ipar Pah, Norlina sudah mengambil tempat sekali untuk memeriahkan keadaan.
            "Hai... semua ibu-ibu dah datang duduk sini... anak-anak kalian di mana?" soal ibu Pah yang muncul dari dapur.
            "Dah bagi ubat tidur...," selamba saja jawapan dari bibir Hanis. Selepas dia terkekek ketawa sendiri. Bahunya ditepuk oleh Husna.
            "Semua dah selamat berlayar ibu... kalau tak, jangan haraplah kami boleh duduk bersenang-lenang dekat sini...," tambah Norlina.
            "Abah-abah pun dah selamat tidur juga, penat sangat agaknya...,"
            "Akak... lambat lagi ke?" soal Pah yang sudah kepenatan. Berapa lama lagi nak kena tadah kakinya. Ini baru bubuh inai, nak kena tunggu kering lagi.
            "Sabarlah cik adikku Latifah... sikit lagi," balas Hanis sambil tangannya tekun membuat rapian terakhir.
            "Iyalah Pah... nak bagi cantik depan suami ni... penat sekejap saja...," sambut Husna.
            "Ehem!!! Buat halaqah nak usik pengantin ke?" saat mata Pah menangkap langkah Hazira yang sudah mendekati bulatan itu, dia hanya berserah. Pasti saja semua ibu-ibu budak ini akan menggiatnya habis-habisan. Ditambah lagi dengan senyuman nakal di bibir-bibir mereka membuatkan wajah Pah disimbah darah. Malu tak terkata.
Bab 35
WAJAH Pah yang sudah cantik disolekkan membuatkan semua yang berada dalam bilik itu tersenyum puas. Pah sendiri terkejut tengok reflect wajahnya di cermin. Mak aih! Macam orang lain dah.
            Tangan Pah dicuit perlahan. Pah mengalihkan pandangannya dan bertemu dengan mata Eja.
            "Ada story nak bagi tahu...," ucap Eja ceria. Pah mengjungkitkan kening bertanya.
            "Aliya... she's flying to States," terus saja membulat mata Pah. Terkejut!
            "Untuk?"
            "Company dia hantar untuk further study...," Pah terdiam seketika. Namun lama-kelamaan dia tersenyum sendiri. Dia pun ada benda yang nak dikongsi juga.
            "Hafiz akan ke States juga gantikan aku...," kali ini mata Eja pula yang membulat.
            "You are not going?" soal Eja dengan terkejut. Pah mengangguk sambil tersenyum manis.
            "Aku bukan orang gila nak tinggalkan suami seminggu lepas kahwin....," balas Pah selamba. Eja sudah tersengih-sengih bak kerang busuk. Tak sangka pula Pah akan menolak tawaran itu.
            "So... Hafiz yang gantikan tempat kau lah?" soal Eja sekali lagi, walaupun sudah diberitahu oleh Pah.
            "Sepatutnya dia yang lebih layak dari aku... pengalaman dia lagi banyak,"
            "Adam dah tahu?" Pah menggeleng dan tersenyum lagi.
            "Suprise,"
            "Amboi... dah pandai dah dia...," usik Eja dengan tawanya yang galak. Eja awal-awal sudah ke Hulu Langat dihantar oleh Faizul. Lelaki itu bergegas untuk bertemu dengan Adam. Pengapit la katakan.
            "So... nak honeymoon kat mana?" aura penyibuk Eja dah keluar. Semua pun dia nak ambil tahu.
            "Tak pernah cakap pun la pasal tu... aku mana pernah call dia or mesej. Last kami jumpa pun, yang kita pergi Times Square tu...,"
            "Kau dengan Adam ni... pelik la... Aku curious nak tahu, macam mana yang kau prepare untuk kenduri tanpa bincang antara satu sama lain...,"
            "Ibu kan ada. Adam selalu call ibu... bagi tahu semua benda,"
            "What a good relationship... mak mentua dengan menantu," puji Eja. Faizul lepas dah kahwin ini baru kerap bersembang dengan Mak Ton di kampung. Sebelum ini segan-segan kucing.
            "Pah...," panggil Eja kembali setelah masing-masing mendiamkan diri. Wajah Pah yang berseri itu benar-benar memikat hatinya. Beruntung Adam dapat memiliki Pah.
            "Wish you a happy life my dear...," ucap Eja sambil menggenggam jemari Pah. Bibir Pah sudah bergetar. Dadanya sudah sebak.
            "InsyaAllah...,"

ADAM duduk menghadap tok kadi yang sudah mula mengisi borang-borang di tangannya. Rasa berdebar-debar sangat, tambah-tambah dengan bila menghadap wajah abah Hasnan yang serius itu. Dia baru dapat detect, dari mana Pah mewarisi aura serius dan muka ketat. Dari abahlah.
            Dengan bermacam-macam rasa dalam hati dan perut pula memulas-mulas lagi. Tak tenang duduk Adam dikelilingi oleh sekumpulan manusia. Nak angkat wajah untuk melihat wajah Pah pun dia tak berani. Cuak sangat ni.
            "Adam...," bahunya ditepuk perlahan. Faizul sudah menghulurkan segelas air kosong untuknya.
            "Minum ni,"
            "Air jampi ke?" soal Adam dengan bendul.
            "Air kosonglah!" tekan Faizul. Boleh pula Adam kata air jampi. Dengan rakusnya Adam meneguk air sampai licin. Dahaga bercampur takut, macam inilah jadinya.
            "Saudara Adam Fahmi Bin Shahir... kita mulakan sekarang ya," suara tok kadi sudah memecah kesepian di ruang itu.
            Sedang tok kadi membacakan ayat-ayat penting buat bakal pengantin, ada beberapa flash kamera menyilau di situ. Wajah Adam yang tekun mendengar ucapan tok kadi sudah di snap beberapa kali oleh kamera Faizul. Seronok pula dia dapat tengok muka Adam yang serius bercampur cuak. Sama sepertinya dulu.
            Majlis akad nikah yang diwalikan oleh abah Pah sendiri berlangsung juga akhirnya. Sejuk tangan Adam berada dalam genggaman tangan ayah mentuanya. Debaran di dada makin memuncak.
            "Bismillahirrahmannirrahim, Adam Fahmi bin Shahir... aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Latifah binti Hasnan dengan mas kahwin seratus satu ringgit tunai,"
            "Aku terima nikah Latifah binti Hasnan dengan mas kahwinnya seratus satu ringgit tunai," dengan satu nafas ijab dan qabul sudah diselesaikan. Saat mendengar ucapan sah daripada kedua saksi, Adam sudah menghembuskan nafas lega.
            Doa dibacakan bagi memberkati majlis yang baru berlangsung itu. Bergetar tangan Adam saat memegang kertas untuk membacakan akur janji seorang suami. Getaran dan debaran yang tidak mampu ditahan apabila bahunya sudah menggalas tanggungjawab baru.
            Majlis diteruskan lagi dengan upacara pembatalan air sembahyang. Adam diiringi menuju pada isterinya yang sedang duduk bersimpuh dan tertunduk menekur lantai.
            "Assalamualaikum, Latifah Hasnan...," panggil Adam apabila sudah duduk berdepan dengan Pah. Perlahan-lahan Pah mengangkat wajah. Matanya sudah mula berkaca. Empangan air matanya hendak pecah. Senyuman manis dari Adam hanya menambahkan debaran di hati.
            Sebentuk cincin disarungkan pada jari manis Pah dan Pah tunduk mencium tangan Adam. Pertama kali kulit mereka bersentuhan. Kedua-duanya terasa sejuk. Pah pula menyarungkan jam tangan jenama casio di pergelangan tangan Adam. Nyata lelaki itu terkejut. Pasti saja Pah membelikannya tanpa memaklumkan pada ibu.
            Adam sudah tunduk mencium dahi Pah.
            "You are so beautiful...," sempat juga dia membisikkan pada Pah.
            "And so you are... looking very handsome," Adam sudah tersenyum meleret bila Pah memujinya.
            Dengan persalinan baju melayu berwarna putih dipadankan dengan sampin songket berwarna hitam bersulam emas, Adam kelihatan sangat segak di mata Pah. Buat pertama kalinya dia mengakui perkara itu dengan jujur untuk pendengaran lelaki itu sendiri.
            "Err... pengantin, maaflah nak ganggu sekejap...," suara Hanis membuatkan Pah mengangkat pandang.
            "Nak bergambar," ucap Hanis. Perlahan-lahan Pah bangkit dari duduknya. Sempat juga Pah bersalaman dengan mummy dan ibu. Juga dengan semua yang berada di situ. Kucupan dan pelukan ibu membuatkan hati sayu saja. Setibanya di depan abah, dia terkesima. Abah memeluknya erat.
            "Jaga anak abah baik-baik ya...," ucap abah pada Adam yang berada di sebelah dan ya, abah sudah menitiskan air matanya.
            Majlis berlangsung dalam keadaan sederhana dan meriah mengikut perancangan yang telah disediakan oleh ibu dan abah Pah. Semua kenalan mereka hadir bagi memeriahkan lagi majlis itu. Pandangan Pah sudah menangkap kelibat Hafiz yang menghampiri dia dengan senyuman di bibir. Saat itu, terasa pelukan Adam makin erat di pinggangnya.
            "Dia buat apa dekat sini?" bisik Adam. Pah mengetap bibir. Aduh! Cemburu ke?
            "Pah jemput," pendek saja jawapan Pah.
            "Selamat pengantin baru Pah dan Adam... congratulations. Small gift from me...," hanya itu saja diucapkan oleh Hafiz. Selepas itu dia sudah memohon minta diri. Renungan tajam dari Adam membuatkan dia tidak betah berlama-lama di situ.
            "Kenapa tengok dia macam nak makan?" soal Pah dengan nada tak puas hati. Ada ke layan tetamu macam itu.
            "Suka hati!" selamba saja Adam membalas dan Pah terus diam bila sudah ada teman lain mula menyapa mereka.

PENAT seharian berposing sakan. Penat melayan tetamu. Penat sebab tak lalu nak makan. Macam-macam penat dah mula menyapa badan. Kini Pah sudah ditinggalkan bersendirian dalam kamarnya yang dirias cantik oleh ibu dan kakak-kakaknya. Tema putih menjadi pilihan mereka. Ditambah dengan jambangan bunga di kiri dan kanan katil menaikkan seri kamar pengantin.
            Pah sudah membersihkan diri dan menyarungkan persalinan baru. Sepasang baju kurung moden yang ditempah khas untuk majlisnya. Dia cuba menampilkan kelainan dalam diri untuk hari yang istimewa ini. Sedang dia bersiap tiba-tiba saja kesakitan mencengkam perut. Sudah! Takkan hari ini juga. Sempat dia membelek pada kalendar kecil yang sering ditandakan hari-hari penting itu. Betullah tu!
            Pah segera berlalu ke bilik air yang ada dalam biliknya itu.
            Adam sudah melangkah masuk ke dalam bilik, tetapi dilihatnya bilik itu kosong. Pelik menyapa hati. Bukankah Pah lebih lama lagi ada dalam dalam bilik. Saat dia mengunci tombol, wajah Pah terpacul di pintu bilik air. Pah sudah pun menghadiahkan senyuman manis buat dirinya. Cantiknya dia! Puji Adam sendiri.
            Kali kedua dia menatap wajah Pah tanpa hijab. Rambut yang ikal mayang itu dilepaskan bebas. Langkahnya sudah setapak saja dari Pah. Dalam mindanya dia sempat mengingatkan mereka hanya ada masa seminggu bersama.
            "Sayang...," panggilan untuk Pah sudah berubah. Dagu Pah ditarik lembut supaya menghadap wajahnya.
            "Kita ada seminggu saja tau...," ucap Adam dengan sayu. Tetapi Pah sudah tersenyum. Ada kejutan buat menceriakan wajah keruh si suami.
            "I'm not going... Pah dah tolak tawaran tu, ganti dengan Dr. Hafiz...," ucap Pah ceria.
            "What???" suara Adam naik satu bar. Dia benar-benar terkejut. Rasa macam tepuk dahi kuat-kuat. "Kenapa tak cakap awal-awal?" sambung Adam lagi. Bibirnya sudah diketap laju. Mana dia tahu akan jadi macam ini.
            "Kenapa?" Pah pula yang pelik.
            "I thought you akan fly ke States... so, bila bos suruh abang ke Aussie, abang terima sajalah...," ucap Adam dengan serba salah. Pah pula yang terkejut. Suprise yang dah tak jadi suprise. Kedua-duanya dah terduduk di birai katil.
            "Bila kena pergi?"
            "Next week,"
            "Berapa lama?"
            "Err... empat minggu,"
            "Lamanya!!!" sambut Pah dengan riak wajah yang sudah berubah macam oren masam. Sedihnya, alih-alih dia pula yang nak kena tinggal.
            "Pah boleh ikut... kalau nak," idea bernas dari minda Adam. Boleh saja Pah nak ikutnya sekali. Dia tak kisah. Rasanya sempat saja nak uruskan semua.
            "Mana boleh ambil cuti lama-lama. Kerja banyaklah...," balas Pah dengan sedih. Memang rasa sedih sangat pun bila terkena batang hidung sendiri.
            "Tak apalah... kita kan ada seminggu nak spend time together... okey," Adam sudah merapatkan duduk antara dia dan Pah. Tangannya sudah erat memeluk pinggang Pah. Awal-awal first night masing-masing sudah bermuka macam tempe basi.
            "Pah... sedih ke?" Pah diam. Mana boleh tak sedih!
            "Sekarang kan ada masa lagi," ucap Adam lembut sambil menarik wajah Pah menghadapnya. Pah sudah mengetap bibir. Memang ada masa lagi, tapi...
            "Pah cuti!" dahi Adam berkerut.
            "Memanglah Pah cuti... kenapa?" soal Adam dengan bendulnya. Pah tarik senyum segaris. Sah suaminya tidak faham maksud cuti ini.
            "Pah cuti yang tulah,"
            "Cuti apa pulak dah?" Adam tak faham lagi.
            "Red flag," ucap Pah sambil melarikan wajah ke arah lain. Adam pula sudah menggigit bibir sendiri. Cis! Aku baru nak merasa aura pengantin baru, nampaknya dia terpaksa berlepas ke Aussie dengan gelaran pengantin berhias.

Bab 36
"SAYANG... jomlah," Adam mencuba lagi. Sudah masuk lima hari, inilah kerjanya. Tidak putus-putus mulutnya memujuk Pah untuk ikut sekali ke Australia. Walaupun dia ke sana atas urusan kerja, tapi dia rasa boleh saja dia hendak ajak Pah bersiar-siar di situ. Takkan 24 jam dia akan dilonggokkan dengan kerja fotografinya.
            "Abang... kalau senang Pah dapat cuti, Pah dah ikut dah tau...," timbul juga suara Pah yang sedang membelakangi Adam. Tangan Pah laju saja sedang mengacau air dalam mug. Sudah masuk tiga hari dapur condominium Adam berasap dek kerana kerajinan Pah. Sebaik saja tamat majlis di rumah Adam, dia sudah mengajak Pah untuk berpindah ke rumahnya.
            "Sayang...," Adam sudah menghampiri Pah. Pinggang Pah dirangkul erat dari belakang. "Jomlah...," rengekan manja Adam betul-betul di tepi telinga Pah. Wajah Pah sudah merona. Dia malu bila mendengar suara Adam yang manja begitu.
            "Abang...," Pah cuba mencari wajah Adam di belakangnya.
            "Ya sayang...," Adam menyahut sekaligus tangannya merapatkan posisi dirinya dan Pah.
            "Mana ada orang ambil cuti 4 minggu...,"
            "Kenapa?" soal Adam dengan lagak bodoh.
            "Abang ni saja buat-buat tak tau ke? Takkan Pah nak mohon cuti tanpa gaji untuk pergi honeymoon semata-mata...,"
            "Apa salahnya...," selamba saja jawapan Adam. Dia tak kisah sangat, ada gaji ke... tak ada gaji ke, janji Pah ikut, dah cukup.
            "Abang...,"
            "Semua ni salah Pah!" ucap Adam tiba-tiba. Nada suara pun dah berubah.
            "Kenapa?"
            "Iyalah... cuba cakap awal-awal yang Pah tak jadi pergi... abang pun takkan setuju dengan hati yang kecewa nak pergi Aussie... if you told me earlier...," Pah sudah menjeling. Memanglah! Memang salah dia. Tak cakap pun dia dah tahu. Dia pun tengah fikir boleh lepas tak cuti yang dia telah pohon. Tapi dalam masa yang sama, tak boleh nak mengharap sangat.
            "Iyalah, salah Pah!" ucap Pah seakan merajuk. Dia cuba untuk menarik dirinya dari pelukan Adam itu. Adam sudah mula tersenyum kecil.
            "Sayang... tengok sini...," Adam sudah memusingkan badan Pah menghadap dirinya. Wajah Pah yang sudah masam mencuka didongakkan sedikit. Senyuman di bibirnya menjadi nakal.
            Wajahnya ditundukkan perlahan-lahan... satu saja niat di hati. Tapi Pah lagi cepat meletakkan jari telunjuk ke bibirnya.
            "Suka guna taktik keji macam ni kan...," kening Pah jungkit sebelah. Semalam pun macam ini juga. Adam bangkitkan topik tentang cuti juga, lepas tu dah cukup masam wajah Pah. Dengan taktik yang sama juga lelaki itu sudah mengucup bibirnya. Dia hanya terkejut tak dapat nak kata apa-apa.
            "Mana ada taktik keji... ini taktik nak tambat hati isterilah sayang...," jari telunjuk Pah dialihkan. Adam kembali menundukkan wajah. Sekali lagi Pah menghalang. Adam mendengus kecil. Hampa!
            "Saja kan...," ucap Adam tak puas hati. Pah tersenyum puas.
            "Senyum-senyum kenapa? Dah gila?" balas Adam geram. Tetapi Pah masih juga begitu, tersenyum dengan cantiknya. Kali ini Pah mengjengketkan kakinya sedikit dan mengucup pipi Adam lembut.
            "Abang tak nak kat pipi sayang...," rungut Adam dengan tangan yang masih memaut pinggang Pah.
            "Jangan nak cakap banyak. Minum milo ni... dah sejuk dah!" pantas saja Pah menghulurkan mug tadi kepada Adam. Dengan jelingan tidak puas hati, Adam mencapai juga mug itu. Tak apa, buat jual mahal ya Pah. Nanti empat minggu tak jumpa, baru tahu nak rindu.
            "Nak pergi mana-mana tak hari ni?" soal Pah setelah Adam menyerahkan kembali mug kosong kepadanya. Itu saja kerja mereka, hari-hari keluar berjalan-jalan. Pah buka mulut nak ajak Adam pergi honeymoon, Adam cakap jom berhoneymoon di Aussie, lagi best.
            "Pah nak pergi mana?" soal Adam hendak tak hendak saja. Pah dah mula menyembunyikan senyuman. Pak cik tua nak mula merajuk.
            "Merajuk ke?" Pah tak menjawab sebaliknya menyoal Adam kembali. Tak susah pun nak memujuk Adam bila dia merajuk. Percayalah. Lima hari melayan kerenah Adam, Pah sudah dapat mengenali lelaki itu serba sedikit.
            Tangan Pah sudah menarik lengan lelaki itu ke belakangnya. Tak perlu menunggu lama, Adam sudah menarik senyum nipis. Hidung Pah dicuit perlahan. Pah ikut tersenyum nipis.
            "Ada tempat special... nak pergi tak?" soal Adam teruja. Hilang terus muka merajuk tadi.
            "Boleh saja... kat mana?"
            "Kuala Selangor,"
            "La... dalam negeri jugak ke? Pah ingat abang nak ajak pergi jauh sikit...,"
            "Abang ajak pergi Aussie tak nak. Nak jauh mana lagi...," Pah terus diam. Dah kena balik atas hidung sendiri.
            "Aik... diam terus... tak nak cakap dah," giat Adam. Pah mencebik.
            "Pah... sayang...," usik Adam. Pah pandang ke arah lain, tak nak pandang Adam. Nanti tersilap cakap, mesti dia akan digiat lagi. Cupp!!! Kucupan singgah di pipi Pah.
            Pah menjeling siap mengancing gigi lagi.
            "Lain kali jangan nak jadi penyamun ya. Curi-curi kiss orang... tak malu...," marah Pah dengan manja.
            Adam lepas ketawa dengan senang hati. Tahu tak apa rasa perasaannya sekarang ini bila dapat duduk berdua dengan Pah? Terasa amat bahagia. Bercinta lepas berkahwin, berdating siang malam lepas kahwin... rasanya amat berbeza dengan perasaan yang dia alami ketika keluar dengan gadis-gadis yang tidak punya ikatan sah dengan dirinya.

SEPERTI yang dijanjikan, Pah dibawa bersiar-siar ke NaturePark.
            "Kenapa sini?" soal Pah.
            "Sayangkan suka nature...," jawab Adam dengan sengihan panjang.
            "Pah dah pernah datang sinilah...," ucap Pah dengan wajah yang sedikit bosan. Matanya dijeling sekilas pada wajah Adam yang sudah pun berubah riak.
            "Dah pernah datang ke?" nada Adam sudah menurun. Moodnya yang ceria tadi seakan sudah melayang. Dia sudah tunduk menekur lantai sambil kakinya menguis-nguis tanah. Sebelum keluar tadi, banyak sudah perancangan yang bermain di minda. Dia hendak mengambil gambarnya dan Pah bersama di tengah-tengah alam yang indah ini. Semangat sampai diusung dengan segala tripod. Tapi sekarang, mindanya sudah tersekat. Terbang sudah mood dan semangatnya.
            Tangan Pah yang sudah memaut lengan Adam membuatkan lelaki itu mengangkat muka. Dagu Adam dicuit Pah perlahan. Senyuman sudah berbunga di bibirnya.
            "Ala... honey dew Pah dah monyok...," mata Adam terus saja terbuka luas. Macam tak percaya, Pah cakap apa sekejap tadi?
            "Repeat again...," pinta Adam bersungguh. Wajah Pah yang sudah merona membuatkan semangatnya kembali menerjah. Honey ya? Hatinya tersenyum.
            "Please sayang... repeat again, it's sound sooo good to hear it from your sweet lips," dengan senyuman nakal di bibir, Adam terus memainkan usikan. Walaupun dengan mata kasar, Adam seakan dapat menangkap wajah Pah yang sedang berusaha menyembunyikan senyumnya.
            "Apa?"
            "Sayang! Cepat cakap!" Adam mengugut.
            "Tak nak... no repetition!"
            "Cepat cakap... kalau tak, abang kiss Pah tengah-tengah hutan ni!"
            "Ada pulak!"
            "Pah!!!"
            "Okey... okey... my sweety honey dew... merajuk ke?" akhirnya Pah mengalah. Takut pula dengan ugutan Adam. Mahunya dia buat betul-betul. Sekarang memang tak ada orang dekat tempat mereka ini. Tapi, mahu pula wrong timing... jadi free show pula nanti.
            "Yes!" ucap Adam dengan nada merajuk. Mukanya sudah ditarik lagak budak kecil yang minta dipujuk.
            "Pah kena buat apa?" Adam tersenyum dalam hati. Ahha! Peluang keemasan jangan lupa digunakan.
            "Jomlah... pergi Aussie... honeymoon sayang!" fasa pujukan yang kali keberapa, Adam pun sudah tidak ingat. Susahnya nak suruh Pah tinggalkan kerja dia tu. Suami ajak pergi bercuti pun susah sangat nak nyatakan yang dia setuju.
            "Tak boleh janjilah...,"
            "Kenapa?" rengek Adam manja. Pah sudah mengetap bibir. Aduhai, manja sangat suaminya ini. Suka sangat buat suara ala-ala budak nak minta candy. Gaya Pah dah macam melayan kerenah anak-anak buahnya saja.
            "Tengoklah... kalau cuti dah approve kita pergi ya...,"
            "Nak tengok apa lagi... abang ni, dah berapa hari tau tengok Pah tapi tak boleh nak buat apa-apa!" melopong mulut Pah! Gatal betul pak cik Adam Fahmi, dengan keslamberan yang tak dapat dibendung boleh pula kan dia cakap macam tu dekat sini.
            "Abang ni... tak senonoh!" marah Pah. Matanya sengaja dijegilkan. Adam pula sekadar mencebik.
            "Orang cakap yang betul... dia marah...," sambung Adam lagi dengan nada bersahaja. Wajah Pah sudah disimbah berkilo-kilo rasa malu. Untuk itu, dihadiahkan satu tamparan halus di lengan Adam.
            "Apa yang betulnya?!" tekan Pah dengan geram.
            "Iyalah... Pah tu... hari-hari dengan night gown... warna putih la... pink la... night gown tau! Night gown... seksi sangat...,"
            "Abang!!!" Pah dah mengancingkan gigi. Baru hari ini dia dapat melihat sifat miang daun keladi Adam Fahmi ini. Sebelum ni, tak ada pula dia main cakap-cakap lepas. "Lain kali Pah tak nak pakai dah baju macam tu. Biar pakai t-shirt dengan kain batik saja!" sambung Pah lagi dengan rasa geram. Jelingan tajam dihadiahkan sebagai perisa tambahan untuk pandangan Adam.
            "Abang tak kisah... kain batik pun...," sengaja Adam meleretkan kata. Pah menjeling lagi, kain batik pun apa pula? Soal Pah dalam hati.
            "Seksi juga sayang...," sambung Adam dengan sengihan nakal.
            "Pah cilikan mulut abang baru tau! Dah mula cakap mengarut-ngarut dah sekarang...,"
            "Apa susah... abang cilikan balik mulut Pah,"
            "Berani?"
            "Mestilah berani... setakat nak buat benda tu, abang dah ada keyakinan diri," mendengarkan ayat Adam, kening Pah bertaut. Benda apa ni? Dia pasti sangat, bukannya agenda cili ada dalam kepala Adam pada saat ini.
            Adam yang melihat Pah kaku seperti sedang memikirkan sesuatu, pantas menekan klik! kameranya untuk mengambil panorama spontan di depan mata.
            Mata Pah sedikit silau bila terkena flash kamera Adam. Selepas itu tangan Adam sudah lincah menekan kamera bagi mengisi masa mereka di taman itu. Pah sudah membentangkan pandangan ke arah tasik yang terhampar di depan mata.
            "Pah... bila Pah start sukakan abang?" soal Adam tiba-tiba apabila mereka lama leka menghayati pemandangan di tasik yang menjadi persinggahan pelbagai jenis burung migrasi. Kening Pah terangkat. Bila ya?
            "Tak ingatlah...," balas Pah acuh tak acuh. "Ouch!" jeritan ayu dan sopan dari bibir Pah terlepas juga saat tangan gergasi Adam mengetip lengannya.
            "I'm trying to create a romantic scene... and you... slumber saja jawab macam tu. Tak ingatlah...," Adam mengajuk gaya Pah. Tersedak Pah dibuatnya. Romantic scene?
            "Manja-manja sebelum ni tak romantik ke?" soal Pah dengan bendulnya. Entah romantik scene yang macam mana Adam nak? Dia tak tahu!

Comments

  1. think pah think!
    dat guy yg jd yr hero hr tu hehehe
    cpt toi c faizul tu ek
    trus sambar c eja

    ReplyDelete
  2. ngee~~
    apa g faizul..
    sakat la si mamat tu lg..
    hahahaha

    ReplyDelete
  3. haha....ske giler scene2 entry 7 nih~

    ReplyDelete
  4. best giler citer ni...hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia