Skip to main content

Klik [8]

Bab 37
SEHARIAN berada di luar, Adam seperti tak mahu pulang ke rumah saja. Pah jeling-jeling bagi isyarat nak balik, Adam buat tak faham.
            "Jom... makan ikan bakar!" ajak Adam sambil tangan Pah untuk mengikuti langkahnya.
            "Abang... tau tak Pah penat! Orang nak baliklah...," rungut Pah dengan jelingan tajam. Dia benar-benar keletihan. Tak pernah dia keluar seharian suntuk macam yang dilakukan hari ini. Semuanya sebab Adam! Disuruh isterinya untuk berposing untuk setiap petikan kameranya.
            "Jomlah... makan dulu, lepas tu kita balik...," pujuk Adam sambil mengeratkan simpulan jemarinya dan Pah.
            "Tak nak jugak!" Pah berdegil. Dia letih sangat. "Kita baliklah... dah makan nasi kan tadi. Nak makan ikan bakar pulak ke? Tak makan tak boleh?" suara Pah sudah mengendur sedikit. Dengan wajah sedikit mencuka dia cuba meraih persetujuan Adam untuk menurut kehendaknya.
            "Makan jugak!" Adam pun ikut degil sekali. Dengan wajah yang memuncung, Pah ikut juga mengikut langkah kaki Adam ke gerai ikan bakar Tanjung Harapan.
            Selepas pesanan dibuat, tiada suara yang timbul di antara mereka. Pah kelihatan lebih senang melemparkan pandangan ke arah Pantai daripada melihat wajah Adam. Adam sekadar menarik senyuman nipis. Dalam membentak pun, Pah mengikut juga kehendaknya. Tangannya mencapai jemari Pah di atas meja. Pantas saja Pah melarikan tangannya. Kening Adam terjungkit. Renungannya menjadi aneh.
            "Kenapa?" soalnya sepatah.
           "Orang penat tau! Dia ajak-ajak makan pulak!" marah Pah . Adam tersenyum cuma. Oh, tak hilang lagi marah. Kiranya dia kena belajar untuk memujuk Pah pula. Agak-agaknya susah ke?
            Hidangan sudah terletak di atas meja. Pah sekadar memesan segelas fresh orange. Dibiarkan Adam mencekik seorang diri. Dia sudah tak ada selera nak makan kerana sudah penat berjalan, dalam mindanya hanya ingin pulang ke rumah dan berehat. Tapi, pak cik Adam ni buat-buat tak faham.
            "Pah... aaa...," tiba-tiba Adam menyuakan potongan ikan bakar pada Pah. Dalam keadaan tak sedar, Pah sudah ternganga kecil. Selamat sudah ikan bakar masuk ke dalam mulutnya.
            "Amboi... manjanya!" Adam berhenti mengunyah. Pah sudah berkalih pada tuan punya suara. Sekejap cuma, dia sudah bertatapan dengan Adam.
            "Hai sayang...," Pah menjeling tajam apabila melihat Aliya tanpa segan dan silunya memaut bahu Adam. Bukan ke Eja ada maklumkan pada dia, cik Aliya ini hendak terbang ke States? Apa yang minah ni buat dekat Malaysia lagi? Pergilah terbang cepat-cepat! Omelnya dalam hati.
            Hati Pah bertambah tidak senang bila Aliya sudah menarik kerusi antara mereka dan mula melabuhkan punggungnya. Pah terus saja memberikan isyarat mata pada Adam.
            Adam berdehem kecil. Dikalih pandang pada wajah Suzana yang merenungnya tanpa berkelip mata. Senyuman lebar juga di bibir gadis itu. Ya Allah! Kenapa ada manusia macam Suzana ni? Nasib baik Pah masih mampu duduk diam dan memberikan isyarat untuk dia bersuara. Kalau orang lain, agaknya Suzana masih boleh duduk elok di atas bangku ini tak? Rasanya tak. Silap-silap dah selamat kena campak dalam laut yang terbentang luas ini.
            "Suzana...,"
            "Ya sayang...," sambut Suzana laju.
            "I'm having my dinner with my beloved wife... could you just move and give some space for us!"
            "Sepatutnya I yang kena duduk berdua dengan you... bukannya... dia ni!" balas Suzana sambil menjeling pada Pah.
            "Tolonglah Aliya... he's mine! Only mine! Don't you ever dream to have him as yours!!!" ucap Pah dengan getaran dalam suara. Dia terus saja bangkit dari duduknya. Untuk apa hendak berlama-lama di sini, kalau kena layan perempuan yang macam separa waras macam ni.
            Adam memandang Pah tanpa berkelip. Tak percaya Pah boleh mengeluarkan ayat yang membuatkan dirinya terharu. Kata-kata yang penuh beremosi itu.
            "Abang nak duduk dan habiskan makan tu lagi ke?" marah Pah apabila Adam statik di kerusi. Suzana cuba untuk memegang pergelangan tangan Adam, tetapi Pah lebih cepat menyambarnya. Dengan pandangan yangmaha tajam, dia berkata lagi...
            "Jangan kacau benda yang dah jadi hak mutlak aku!" pandangan mata Pah menusuk terus ke anak mata Suzana. Dapat dilihat dengan jelas wajah Suzana yang sedang mengepung kemarahan. Kecewa barangkali. Iyalah... Pah dah dapat salah satu idaman Suzana, takkan tak rasa nak marah.
            "Kau jangan nak melebih Pah!" balas Suzana geram. Sudah ada beberapa mata di situ yang terkalih-kalih memandang mereka.
            Pah menarik senyuman sinis. Dengan wajahnya yang tak berperasaan itu, sudah cukup untuk menaikkan amarah di hati Suzana.
            "Kau jangan nak melebih Aliya Suzana. Dia suami aku! Hak aku! Hanya aku seorang! Kalau kau cuba-cuba nak kacau dia atau nak ambil dia pada aku, jangan nak bermimpi even sesaat pun... because I'll never allow that to happen... again, kalau kau kacau suami aku... aku boleh buat, macam apa kau pernah buat kat aku satu masa dulu...," tersentap Suzana. Pandangan mata Pah yang berapi mematikan segala ayat yang sedang berlegar di ruang mindanya.
            "Jadilah matang... cuba belajar untuk terima ketentuan Allah... Adam jodoh aku. He's not yours... cuba belajar untuk cari kebahagiaan yang datang untuk diri kita sendiri... bukannya cari jalan nak hancurkan kebahagiaan orang lain...," sambung Pah lagi seraya menarik tangan Adam untuk berlalu di situ.
            "Sayang...," sampai saja di kawasan meletak kereta baru suara Adam keluar dari tekak.
            "Kenapa? Nak pergi sambung lagi?" soal Pah sinis. Sudahlah penat. Lepas tu kena buat luahan emosi secara percuma depan orang ramai pula tu. Bila badan penat, emosi cepat saja terganggu. Iya kan?
            "Abang tak bayar makan pun lagi...," Pah sudah melopong. Spontan saja tangannya menepuk dahi. Patutlah telinganya macam terdengar ada suara yang panggil kakak dan abang. Mesti orang kedai nak suruh bayar.
            "Pergilah bayar! Apalah abang ni... boleh pulak lupa...," Pah dah menolak badan Adam.
            "Sayanglah... mana abang nak tau ada drama channel Port Klang hari ni...," selamba saja Adam mengusiknya. "Sekejap ya... abang pergi bayar...," Adam mencuit pipi Pah sambil mengenyitkan matanya.
            Sementara menanti Adam, Pah sudah menyandarkan badan pada kereta. Fikirannya bercelaru memikirkan seperkara. Aliya seperti mengharapkan Adam lagi. Adakah bunga-bunga dan puisi cinta Eja tak cukup berkesan untuk cairkan hatinya? Tapi... Hafiz sudah terpikat... kesiannya Hafiz. Kenapa Aliya tak nak jatuh hati pada Hafiz ya? Soal Pah sendiri.
            Kesimpulan yang mudah lahir di minda, entahlah! Dia sudah malas hendak fikirkan hal orang. Baik fikirkan hal sendiri. Lagi bagus. Lagi untung. Tambah pula, Adam hanya tinggal lagi dua hari bersamanya. Selepas itu, dia bakal ditinggalkan sendirian. Sanggup ke Pah?
            "Sayang... jom...," Adam sudah muncul di depan matanya. Wajah kacak itu tersenyum manis membuatkan ikut tersenyum sekali. Sanggup ke Pah, empat minggu tak menatap wajahnya? Sanggup ke...Tak! Sambut hatinya laju.
            "Abang...," panggilan Pah mematikan langkah Adam yang baru hendak membuka pintu kereta.
            "Pah nak ikut!" dahi Adam berkerut. Ikut? Memanglah Pah akan ikutnya balik ke rumah. Takkan nak buat lawak German pula, tinggal bini seorang diri dekat sini.
            "Sayang... memanglah Pah akan ikut abang. Kita nak balik rumah kan...," Adam sudah menghampiri Pah dan membukakan pintu untuk isterinya. Ditolak bahu Pah lembut untuk memasuki perut kereta.
            Sebaik saja Adam menghidupkan enjin kereta, sekali Pah mengulang ayat yang sama.
            "Pah... memanglah Pah akan ikut abang!" balas Adam tidak faham.
            "Pah nak ikut... pergi Australia!"
            "Iya Pah... ikut...," balas Adam masih tidak menyedari ungkapan yang dikatakan Pah sebentar. Sekejap kemudian, dia sudah beralih pandang pada wajah Pah.
            "Wait! Abang tak silap dengar kan?" soal Adam dengan wajah tidak percaya. Hendak buat reaksi teruja, tapi takut tersilap tafsir pula.
            "Abang ni... nak ke tidak sebenarnya Pah ikut abang?" balas Pah geram. Adam buat-buat tersilap dengar pula.
            "Eh... mestilah abang nak sayang! Nak sangat-sangat!!!" dalam sekelip mata juga sebuah kucupan lembut singgah di pipi Pah.
            "Abang tak bagi tu untuk free ya...," usik Adam dengan senyuman nakalnya. Melihat wajah Pah yang sudah merona membuatkan dirinya makin bersemangat untuk mengusik wanita itu.
            "Sampai saja rumah... abang nak claim!" dan lengan Adam sudah menjadi mangsa cubitan Pah. Suka ya pak cik Adam mengenakan dirinya.
           
            "PASSPORT Pah hidup lagi?" soal Adam serius.
            "Setahu Pah, passport Pah memang tak bernyawa pun!" selamba saja jawapan itu lahir dengan wajah tanpa riak. Adam melepaskan tawa kecil.
            "Nak melawak pula dia! Elok-elok la wahai sayangku... nak ikut abang kan....,"
            "Mana abang tau Pah ada passport?" Adam tersengih.
            "Main teka-teka saja...,"
            "Boleh pakai lagi... last Pah guna tahun lepas, pergi Australia juga...,"
            "Buat apa?"
            "Pre-honeymoon!" selamba lagi jawapan Pah. Untuk itu satu cubitan padu dari Adam mendarat di pipinya. Pah mengaduh sakit.
            "Main-main!"
            "Pah ada seminar... hisy! Untuk tu pun kena cubit ke?" rungut Pah perlahan tetapi masih jelas pada pendengaran Adam. Spontan bibir lelaki menarik senyum mengusik.
            "Kalau boleh nak gigit... boleh ke?" bisik Adam di telinga Pah. Bila wajah Pah sudah mula merona dia mula menggunakan taktiknya. Dipeluknya Pah dengan erat dari belakang. Pipinya sudah bertemu dengan pipi Pah. Dia dapat merasakan gemuruh isterinya apabila terasa getaran tubuh Pah yang berada dalam dakapannya.
            "Thanks sayang...," ucap Adam dengan lembut pada pendengaran Pah.
            "Kenapa?"
            "For saying those words... yang boleh bagi abang tau, Pah sayangkan abang!" Adam mengucup lembut pipi Pah. Sayangnya dia pada wanita itu. Bahagianya dia bila dia tahu Pah takkan melepaskan dirinya untuk sesiapa pun.
            "Abang...,"
            "Pah sayangkan abang?" terus saja Adam memotong. Pah sudah memusingkan kepala dan menatap wajah Adam dengan penuh kasih. Tanpa disuruh, tangannya diangkat dan mengelus wajah Adam.
            "Mestilah Pah sayang... abangkan kekasih Pah...," ucapan Pah diiringi senyuman manis di wajah. Adam terasa diawangan. Ucapan Pah membuatkan hatinya kembang.

            "I love you sayang... I love you so much," ucap Adam penuh perasaan.
            "Abang pernah cakap perkataan ni pada orang lain tak?" soal Pah menyentakkan Adam. Pernah atau tidak pernah?
            "Just give me a sincere answer...," sambung Pah lagi. Tangannya sudah disangkut pada bahu Adam.
            "Abang tak ingat," balas Adam dengan sengihan kelat. Rasanya ada saja! Desisnya sendiri
            "Sebab apa? Ramai sangat... sampai tak ingat!" perli Pah tanpa mempedulikan riak wajah Adam yang telah berubah.
            "Abang...," Adam mati kata.
            "Nevermind... Pah cuma nak something yang istimewa untuk diri Pah seorang... yang abang tak pernah ucap pada orang lain...," pinta Pah dengan memaniskan wajahnya.
            "Uish... susah tu...,"
            "Romeo pun rasa susah ke nak create ayat yang membuai jiwa...," sindir Pah sambil menaikkan kedua keningnya. Sengaja nak mencabar minda Adam.
            Adam mencebik geram. Tak sangka, dalam diam Pah sudah pandai mengenakan dirinya. Jaga Pah!
            "I don't need words to describe my feeling to you my love...," ucap Adam penuh romantis. Senyuman nakal sudah melirik di bibir. Siap Pah!
            "Then?" Pah masih dengan riaknya.
            Tanpa menunggu lama, bibir Adam sudah bersatu dengan bibir Pah. Pah terbius!
            "Action speaks louder than word my dear...," ucap Adam seketika dan kembali meneruskan agendanya.

TANGANNYA cekap saja melipatkan helaian pakaian yang diambil dari almari Adam. Sudah kena kemaskan beg pakaian. Lusa nak terbang. Adam pagi lagi sudah keluar nak uruskan tiket dan selesaikan hal di pejabat katanya. Tersadailah Pah seorang diri di rumah membuat kerja-kerja yang patut.
            Bunyi beep dari telefon bimbit menarik perhatian Pah. Lantas dia melangkah ke meja solek.
            1 new message.
            From: Suamiku
            Pah tersenyum, tangannya sudah menekan punat read.
            Ticket booked! Abg singgah office dulu, ada hal sikit.
Syg kalau lapar, lunch dulu. ok :)
            "Okey...," jawab Pah sambil menaip mesej untuk membalas SMS Adam. Rasanya perutnya masih kenyang lagi. Baru tadi dia makan nasi goreng. Dia terus menyambung kembali kerjanya yang terbengkalai.
            Sambil tangannya cekap menyempurnakan kerja, bibirnya sudah mula tersenyum sendiri. Pejam celik, sudah seminggu dia memegang gelaran Mrs. Adam Fahmi. Rasa apa Pah? Soal hatinya sendiri. Rasa macam-macam rasa...
            Bahagia, sudah pasti. Dia bahagia dengan layanan Adam yang tak puas-puas memanjakan dan bermanja dengannya. Tidak kurang juga sikap lelaki itu yang suka sangat mengusik dan mengenakannya. Seminggu berada dalam mahligai ini, dia berasa bahagia.Bercinta dengan suami, pastinya manis saja rasanya.
            Semalam ada juga Adam bertanyakan perihal Aliya, kenapa Aliya marah sangat dengan Pah. Dia hanya tersenyum cuma. Mana mungkin Aliya tak marah... dalam banyak-banyak kesayangan yang pernah menjadi igauan Aliya, salah satunya adalah Adam. Paling penting, Adam sudah menjadi milik Pah! Sedangkan masa zaman persekolan dulu, salah seorang lelaki yang Aliya minati menghadiahkan Pah sesuatu sebagai tanda perkenalan. Mengamuk sakan juga Aliya kerana cemburu yang tak dapat dikawal.
            Tetapi itu zaman dulu, zaman remaja tak matang. Zaman baru nak belajar bagi hadiah, baru nak belajar apa itu puppy love. Kalau dulu cemburu buta, sesuailah dengan usia yang masih mentah. Tapi sekarang, semuanya dah berubah.
            Tak sama dengan keadaan peminat bagi hadiah. Pah kini sudah menjadi suri di hati Adam. Aliya tidak punya apa-apa hak untuk nak mengamuk sakan atau menyerangnya kerana dari awal lagi, Adam bukan milik Aliya.
            "Manusia ada bermacam-macam ragam...," ucapnya sendiri.

WAJAH mummy berseri-seri menerima kunjungan daripada anak menantu. Pah menghulurkan tangan untuk bersalaman dan terus saja mummy menariknya ke dalam pelukan.
            "Mummy...," suara Adam mencelah. "Tahulah... dah dapat menantu, tapi takkan tak nampak langsung Adam dekat sebelah ni...," dia bersuara dengan nada yang manja. Dalam kesempatan yang ada, dia ikut sama memeluk Pah bersama-sama mummy. Pah yang tersepit di tengan mengetap bibir. Apa ni, kiri kanan dipeluk.
            "Iyalah tu... kamu tu saja nak ambil kesempatan peluk Pah sekali. Langsung tak nak bagi chance pada mummy ya nak bermanja dengan menantu... kenapa? Tak puas-puas lagi bermanja di rumah? Di sini pun nak bermanja juga?" usik mummy selamba. Merona terus wajah Pah. Mummy pun macam Adam juga, suka mengusiknya.
            "Mestilah mummy... Pah tak boleh sangat orang peluk dia erat-erat. Dia alergik," sambil mulut bercakap, tangan Adam sudah melingkari pinggang Pah. Memeluknya dengan erat. Wajah Pah bertambah-tambah panas.
            Mummy tersenyum sambil menggeleng kepala melihat kerenah Adam.
            "Abang... lepaslah...," ucap Pah separuh berbisik. Tapi jemari Adam makin mengeratkan pelukan. Tak makan saman langsung.
            "Pah nak pergi berbual dengan mummylah... lepaslah...," rayu Pah lagi. Adam tersenyum nakal. Wajah Pah yang merona itu kelihatan sangat menarik.
            "Sini satu... baru abang lepas...," ditunjukkan ke arah pipinya. Pah menjeling tajam.
            "Ini dekat ruang tamu... bukan bilik tau!" dengan rentapan yang sedikit kuat, Pah sudah berjaya meloloskan dirinya.
            "Oh... jaga ya Pah. Tahulah abang nak buat apa!!!" ugut Adam. Pah buat tidak dengar saja dan terus melangkah mendekati mummy yang sudah masuk ke dapur.
            "Mummy masak apa hari ni?" soalnya ramah.
            "Masak lemak cili api...,"
            "Favourite Pah...," sambutnya teruja.
            "Ibulah bagi tahu... mummy call tanya ibu semalam...," Pah tersenyum. Terasa kasih sayang yang dihulurkan oleh ibu mentuanya.
            "Pah sihat?" Pah tersipu. Sepatutnya dia yang harus menyoal perihal kesihatan keluarga mentuanya, ini terbalik pula.
            "Pah sihat... mummy dengan daddy sihat? Maaflah mummy, Pah tak telefon mummy pun semenjak duduk dengan abang Adam...,"
            "Ish... tak ada apalah... mummy dengan daddy sihat... nanti, Pah bosan-bosan, tak ada teman nak berbual, telefon saja mummy... mummy suka nak berbual-bual... lagi dapat anak perempuan yang cantik macam Pah ni... seronok saja rasa...,"
            "Mummy... Pah ni biasa-biasa saja...," balas Pah merendah diri. Segan pula bila dirinya dipuji cantik.
            "Adam okey Pah?" tiba-tiba saja mummy menyoal perihal Adam.
            "Okey...,"
            "Dia selalu kacau Pah?" Pah dah tersenyum.
            "Anak mummy ni... memang manja kan?" mummy pun sudah melepaskan tawa kecil.
            "Adam ni... walaupun anak sulung, tapi dia yang paling manja... dari dulu sampai sekaranglah... tak ada apa yang berubah... Pah jangan risau ya, mummy yakin... dia akan jaga Pah dengan penuh kasih sayang...," Pah senyum saja mengiakan kata-kata mummy. InsyaAllah, itu juga doanya.
            "Bila flight?" soal daddy ketika mereka tengah menjamu selera.
            "Lusa, pukul 10.00 pagi...,"
            "Nak daddy hantar?"
            "Boleh jugak....,"
            "Kita ikut dia orang sekali... nak tak abang?" ujar mummy dengan ceria.
            "Maz... budak-budak muda nak pergi honeymoon, awak yang tua nak mencelah sekali... bagilah chance...," terus saja mummy dah memuncung. Sengaja nak menduga sebenarnya.
            "Daddy... tengoklah mummy dah muncung...," Adam dan daddy sudah ketawa. Pah tersenyum saja melihat keletah mereka anak beranak.
            "Maz...," ucap daddy lembut. "Nanti abang ajak Maz... ke tempat lagi special... dia orang pergi Australia... abang ajak sayang pergi Paris... okey?"
            "Betul bang?" sambut mummy pantas. Anggukkan daddy membuatkan mummy tersenyum panjang. Habuan yang tak disangka.
            "Bila kita nak pergi?" soal mummy tak sabar.
            "Lepas selesai semua urusan syarikat... dalam...," daddy berhenti, mengira sejenak. "Hujung tahun ni...,"
            "La... kenapa lambat sangat? Hujung tahun... ada berapa bulan lagi...,"
            "Mummy... okey apa, daddy nak ajak berjalan... daripada mummy muncung panjang-panjang, baik mummy start buat senarai, nak shopping apa dekat sana... Adam sure, list mummy mesti panjang kan...," usik Adam. Daddy pantas bersetuju. Mummy mendengus tidak puas hati.
            "Abang... esok, singgah Hulu Langat sekejap," ujar Pah ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.
            "Dah rindu dengan ibu ke?" Adam mengusik.
            "Mestilah... abang rindu dengan mummy... Pah rindu dengan ibu...,"
            "Rindu ya?"
            "Ya!" tekan Pah.
            "Iyalah... kita pergi...," Adam mencuit pipi Pah.
            "Mummy cakap...," kata-kata Pah terhenti. Adam mengerling ke arahnya sekilas, menanti kata-kata Pah yang seterusnya.
            "Cakap apa?"
            "Tak ada apa...," Pah tersenyum penuh makna. Adam sudah mengigit bibir geram. Main-main pula Pah ni. Entah apalah yang disampaikan mummy pada menantu kesayangannya itu? Siap nak main rahsia-rahsia pula dengan suami sendiri.

Bab 38
BERHONEYMOON di Australia, best ke? Sekarang ini Pah nak buat statement, sememangnya rancangan terburuk yang dia pernah buat adalah mengikuti Adam ke sini. Sudahnya, duduklah dia seorang diri dalam rumah yang disediakan oleh pihak syarikat Adam. Adam awal-awal lagi sudah disambar oleh Safi Rania Balqis, perempuan kacukan Arab yang secara tidak rasminya menjadi pembantu peribadi Adam selama empat minggu ini.
            Sekarang ini, sama ada Pah tengok dinding, tidak pun, dinding yang tengok dia balik. Tahap kebosanan sudah mula menular dalam diri. Macam ini lebih baik aku duduk di Malaysia. Sekurang-kurangnya boleh pergi kerja. Boleh bertemu virus dan bakteria yang selalu buat aku tak lena fikirkan keputusan eksperimen saja! Daripada macam ini, datang honeymoon, tapi duduk terperuk dalam rumah saja.
            Keluhan meniti bibir Pah. Jam sudah pukul berapa. Adam masih belum pulang. Ini bukan hari pertama, tapi sudah masuk hari ke-sepuluh. Sepuluh hari Pah duduk dalam rumah, rasa apa? Bosan gila! Dia memasang tekad, kalau Adam tak ada pun esok... dia akan keluar juga berjalan.
            Teringat pula pada ajakan Adam tempoh hari,
            "Sayang ikut abang ya... teman abang photo shoot, boleh tengok-tengok tempat ni sekali," baru saja Adam buka mulut nak pelawa. Tiba-tiba saja, Sang puteri dah mencelah...
            "Eh... cannot la dear Ad... nanti you busy photo shooting, dia bosan pula... we have a lot of work here...," Pah mengecilkan biji mata pada sang puteri yang tak diundang itu. Mengacau daun saja! Aliya dah terlepas. Ini mana muncul entah Safi Rania Firdaus Elley. Huh! Pah tengok pun rasa marah meluap-luap . Macam nak bagi penampar free pun ada.
            Kalau cakap dengan Adam... mesti nak panggil dear Ad! Hey, itu suami akulah, yang kau tak malu nak berdear-dear dengan dia kenapa! Lepas tu, menggesel tak payah cakap... macam kucing siam nak beranak saja! Eh, Pah... kau pernah tengok kucing siam nak beranak? Tak pernah... habis tu, how come conclusion tu muncul di minda? Main-main samakan saja. Safi Rania dengan kucing Siam, tak banyak beza pun.
            Sekali lagi Pah mengerling ke arah jam. Mengantuk dah mula menguasai diri. Dia hendak menantikan si suami yang belum pulang lagi. Rindu pula bila berjam-jam Adam keluar tak pulang-pulang lagi. Akhirnya, Pah terlena juga di atas sofa tanpa beralas dan berselimut.

            "OKEY dear... esok I datang lagi," ucap Rania dengan manjanya. Adam sudah tersenyum kelat.
            "Tomorrow tak ada session untuk I... so, I want to take rest...,"
            "Eh... tak apalah, I boleh ajak you jalan-jalan...," ucap Rania lagi seakan terlupa, Adam sudah ada permaisuri di rumahnya.
            "Tak apa... susahkan you saja. Lagipun I nak spend time dengan my wife... kesian dia kena tinggal sorang saja sejak datang ke sini...," ucapan Adam itu membuat Rania tersentak. Wife! Dia benci mendengar perkataan itu. Dia dulu yang mengenali Adam, tetapi entah perempuan mana pula yang sudah berjaya memiliki lelaki itu.
            "Thanks for dropping me...," dengan kata-kata itu, laju saja Adam melangkah keluar dari kereta. Rania tidak sempat hendak berkata apa-apa apabila Adam sudah laju berjalan ke pintu rumah. Hatinya mendengus kasar. Berapa jam Adam menghabiskan masa ditemani dirinya di sebelah, tetapi minda lelaki itu tetap di rumah. Dia benci! Susahnya hendak meraih kembali cinta Adam buat dirinya.
            "Tak apa... he'll be mine, no matter how it takes...," ucapnya sinis sambil menekan pedal minyak dan bergerak meninggalkan ruang rumah itu.
            Sementara itu, Adam yang sudah memasuki dalam rumah terpaku melihat isterinya yang sudah lena di sofa tanpa berselimut. Terharu dia melihat keadaan Pah begitu. Rasa bersalah pula bila hari-hari Pah kena tinggal seorang diri.
            Perlahan-lahan dia mencempung badan Pah, diangkat ke bilik tidur mereka selama mereka berada di sini. Pah yang tersedar gerakan tubuhnya, perlahan-lahan membuka mata.
            "Abang...," sebutnya dalam mamai.
            "Ssshhh... tidur sayang. I'll just put you on bed...," dengan berhati-hati diletakkan Pah di atas katil.
            "Abang...," Pah terus saja menarik tangan Adam yang baru hendak bergerak dari situ.
            "Ya sayang...,"
            "Kenapa balik lambat sangat?" soal Pah perlahan. Matanya sudah celik. Adam menarik senyum kelat. Tangannya mengelus pipi Pah lembut.
            "Sorry sayang... tapi esok abang janji... only you and me... okay. No more works tommorow...," Adam bersungguh berjanji. Tetapi Pah sudah berpusing membelakangkan dirinya, seakan merajuk.
            "Esok... esok... for ten days, I've been hearing the same version of esok...," rungut Pah perlahan. Matanya sudah dipejam kembali. Keadaan sudah sepi di antara mereka. Adam sudah bangun meninggalkan bilik.
            Badan Pah dipusingkan kembali. Ngantuknya sudah hilang ke mana. Sepuluh minit dia terkebil-kebil menanti Adam yang tak kunjung tiba. Sama juga macam sepuluh hari dia bersendirian di rumah. Pagi-pagi Adam keluar. Lewat malam, Pah dah tertidur baru Adam pulang ke rumah.
            Photo shoot kata Adam. Tapi Pah tak faham! Kenapa lama sangat.
            Bila tak ada tanda-tanda Adam nak masuk bilik, Pah bingkas bangun. Serentak itu wajah Adam yang segar muncul di depan mata. Nak cover-cover buat tertidur balik pun tak boleh. Dah terkantoi secara terang.
            Adam sudah tersenyum kecil. Wajah Pah yang kelihatan jelas diterangi oleh tempias cahaya dari lampu tidur. Tubuh yang bersarung night gown berwarna putih itu menarik-narik jiwanya. Teringat pula kata-katanya pada Pah, night gown, seksi. Bibirnya sudah tersenyum nakal.
            "Sayang...," entah bila pula Adam sudah ada di sebelahnya. Dengan nada suara ala-ala romantika, buat Pah meremang bulu roma saja. Berdebar pula rasanya bila dia ditarik mendekati lelaki itu. Alah Pah, macam tak biasa. Bisik hatinya.
            'Tak biasa dengan cara yang pelik ni,' sambut hatinya.
            "Sayang... marah ke abang balik lambat?" soal Adam lembut. Desah nafasnya mengganggu konsentrasi Pah nak bagi jawapan bijak. Sudahnya, dia diam saja. Pura-pura marah, merajuk. Eh, betullah aku marah! Lagi-lagi bila nampak duta safi dengan Adam.
            "Tak apa... abang qadhakan balik semua rindu sayang ya...," bisik Adam lagi. Pah terkaku. Qadha rindu? Apa ke?
            "Abang...," baru Pah nak buka mulut bersuara, tetapi Adam lagi cekap mem'bisu'kan dirinya.
            "Sayang...," panggil Adam lembut sambil membaringkan diri Pah. Debaran hati Pah kian memuncak apabila jemari Adam sudah mula mengenai hujung bajunya. Err...
            "Abang nak buat apa ni?" terkeluar pula soalan di luar piawai. Pah rasa nak hempuk saja kepala di dinding. Perlu ke tanya soalan itu sedangkan dia boleh tahu apa yang akan jadi lepas ni. Ditambah dengan senyuman nakal di wajah kacak itu, dia hanya mengetap bibir malu!
            "Sayang ni... budak kecik ke, takkan abang nak kena explain dulu kot...," ucap Adam lembut dan menggoda.

BUNYI telefon menganggu lenanya. Dikalih pandang ke sebelah, wajah Adam terlena tanpa sedar dengan bunyi yang bingit itu. Dengan wajah yang mamai, dijeling sekilas pada jam digital yang terletak di tepi katil.
            4.40 a.m.
            Sekejap lagi dah masuk waktu subuh. Dia perlu membersihkan diri dulu. Lantas dia bangun meninggalkan Adam yang terlena.
            Tepat jam 5.15 pagi, Pah sudah segarkan diri. Dia memanjat ke atas katil. Baby comel seorang ini masih tertidur lena. Sengaja ditekapkan tangannya yang sejuk ke pipi Adam. Tapi Adam hanya menggaru-garu saja. Amboi! Lena betul. Pah tersenyum sendiri.
            "Abang... subuh! Bangun...," kejutnya seperti selalu. Adam dengan susahnya membuka mata. Wajah Pah yang berbungkus tuala di kepala menyapa mata.
            "Dah mandi?" soal Adam dengan mamai.
            "Iyalah... nak solat... bangun bang, dah masuk subuh...," digoyangkan bahu Adam.
            "Hhmmm...,"
            Sesudah subuh, Pah tak nampak bayang Adam keluar dari bilik. Dia terus saja melangkah ke ruang dapur yang terletak di sudut rumah. Ruangnya kecil saja, tapi lengkap dengan segala perkakas. Dari coffee maker, microwave, fridge... semuanya ada. Tak perlu risau kalau nak memasak pun.
            Pah mengeluarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menu sarapan. Ringkas sudah, salad, roti bakar dan telur hancur. Kalau pak cik Adam tu nak lebih-lebih, suruh beli dekat kedai sendiri. Ini baru first day daripada sepuluh hari, mereka akan bersarapan sama-sama. Selalunya, pagi-pagi lagi kucing siam dah datang ketuk pintu nak 'kidnapped' Adam darinya. Hisy! Kucing siam a.k.a Safi Rania. Eh... nama dia ada Safi ke? Tak penting pun... main tambah saja, bagi sedap disebut mulut.
            Tengah seronok Pah bertungkus lumus di dapur, telinganya seakan menangkap bunyi door bell. Hai... takkan si siam tu tersesat ke sini pula. Desis Pah.
            Dah pandai kau Pah, mengutuk mengata dalam hati. Kira okey la tu... aku tak cakap depan-depan. Mahunya kucing siam tu bertukar macam ayam berak kapur pula kena sound dengan aku.
            Pah mengintai dari lubang kecil di pintu. Mulutnya terlopong. Tepat sekali ramalan ahli nujum part-time ni. Hisy! Menganggu privasi saja. Bukan ke Adam cakap dia cuti. Entah-entah yang telefon tadi pagi itu daripada perempuan itu. Boleh jadi. Dengan rasa malasnya, Pah membuka juga pintu sedikit. Sempat dia menangkap pandangan kelat kucing siam, pasti saja dia nak Adam yang buka pintu ni. Jangan harap! Bentak Pah dalam hati.
            Wajahnya dimaniskan buat tatapan tetamu tak diundang. Setakat di pintu saja, nak jemput masuk... sorry sikit!
            "Ad mana? Tak siap lagi?" cewah... gaya macam bagus saja dia tanya hal suami aku.
            "Abang Adam cakap cuti hari ni...," kenapa datang nak menempel dekat sini lagi. Pergilah balik rumah. Kucing miang, tak puas-puas bergesel dengan suami orang.
            "Eh... Ad tak cakap... I kan dah pesan, nak ajak dia keluar...," ucap Rania dengan wajah tidak puas hati. Dia tak kira, Adam akan keluar dengannya juga hari ini. Sebab tu awal pagi lagi dah bersiap nak ajak Adam.
           "Oh ya... you pesan nak ajak dia keluar...," ucap Pah dengan nada sinis. Tak malu nak ajak suami orang keluar! "tapi I rasa... hari ni I tak nak bagi dia keluar... abang Adam kena dengan I saja hari ni... jadi orang lain, tolong jangan nak menyibuk... pergilah balik, dan jangan datang lagi... Assalamualaikum...," PAP! Pintu ditutup. Rania mengetap bibir. Kurang ajar punya perempuan. Dia ingat aku ni siapa? Dia belum kenal lagi siapa Rania.
            Pantas saja dia mengeluarkan mobile dan mula mendail nombor seseorang. Wajah isteri Pah yang tersenyum sinis berlayar lagi di ruang matanya. Berani dia ya? Nampak macam lembut, tapi dia boleh cakap macam tu dengan aku. Jaga kau...

Bab 39
"CAKAP dengan siapa sayang?" soal Adam yang muncul secara tiba-tiba dari bilik. Pah mengurut dada perlahan. Fuhhh!!! Nasib lambat sikit Adam keluar, kalau tak dah kena 'culik' oleh kucing siam yang entah dah balik ke belum dekat luar tu.
            "Kucing," jawab Pah selamba. Dahi Adam terus berkerut. Sejak bila pula Pah ada skill nak cakap dengan kucing. Dia baru nak buka mulut bertanya, tetapi deringan telefon bimbit mematikan hasratnya.
            Pah yang melihat Adam melangkah semula ke dalam bilik disapa rasa resah. Takkan kucing siam call Adam? Berani dia nak ajak suami aku keluar juga! Melihatkan wajah duta Safi merah bagai cili tadi membuatkan Pah memasang azam sendiri. Lepas ni, takkan dibiarkan Adam keluar berdua dengan Rania. Mahunya dikebas Adam, Pah pula yang kena menangis.
            "Eh... today is off right?" seakan terdengar suara Adam dari dalam bilik. Siapa pula yang call? Bukan si kucing tu?
            "Oh... all right. Then... Rania is on her way to pick me? Okay then... see you there...," Pah mengetap bibir. Dasar kucing siam! Guna taktik kotor. Pah pasti sangat sekejap lagi door bell akan berbunyi.
            Kurang dari masa jangkaan, dah berbunyi pun. Hati Pah menyumpah-nyumpah dek kerana rasa marah sangat. Ini kenapa aku dapat suami igauan ramai orang?! Benci betul. Dah jadi suami aku, hak aku seorang lah kan. Macam si Aliya, si Rania ni pun spesies yang tak mampu nak terima hakikat, Adam Fahmi adalah suami kepada Latifah. Sesiapa yang tak dapat nak terima fakta, sila ke sebelah... aku siap-siap nak bagi penampar.
            "Pah... kenapa tak buka pintu?" suara Adam dah menyentakkan fikiran Pah. Door bell yang berbunyi berkali-kali itu hanya menyakitkan hatinya. Bila Adam melangkah nak mendekati pintu, Pah menarik semula tangan Adam. Dia tak mahu Adam keluar! Yang penting... dia tak mahu Adam keluar dengan kucing siam tu!
            "Kenapa ni sayang?" soal Adam lembut. Wajah Pah yang sedikit mencuka membuatkan dia rasa pelik.
            "Abang kena keluar ke?" soal Pah dengan sayu. Tangan Adam mula menyentuh pipinya. Perlahan lelaki itu mengucup dahi Pah.
            "Sorry... baru dapat call, dia orang nak buat lawatan ke Art gallery, so bos suruh abang ikut sekali... janganlah sedih... sayang pun boleh ikut... hari ni trip, berjalan-jalan... tak ada kerja...," pujuk Adam. Wajah Pah bersinar seketika. Boleh keluar sekali? Boleh elakkan kucing siam tu menempel dekat Adam.
            "Pah ikut sekali... betul ni?" soalnya manja. Selebihnya nak buang masa. Biar saja duta safi terpacak di luar rumah. Menyampah sangat dah rasa.
            "Iya sayang... betullah... takkan abang nak tinggal my sweetheart dekat rumah hari-hari... kejam pula kan...,"
            "Okey...," Pah sudah tersenyum suka. Adam sudah bergerak membuka pintu rumah, dalam masa yang sama, tangan Pah tidak dilepaskannya.
            Sekali lagi, Pah disajikan dengan wajah kelat kucing siam. Sekarang Adam dah buka pintu, sekali ada Mrs. Adam Fahmi pula dekat sebelah, takkan tak sakit hati pula kan? Pah tersenyum sendiri.
            "Ad... you tak siap lagi? Kelvin ada call? Kita ada trip hari ni," ucap Rania dengan nada manja, ceria. Wajahnya dimaniskan saja.
            "Tahu... you tunggu sekejap, I dengan my wife siap dulu," mati terus senyuman di bibir Rania. My wife?
            "Wife? Dia pun ikut ke?" soal Rania dengan rasa tawar. Tak sangka, nak dielak, tetapi diajak sekali pula.
            "Yes... Kelvin said so... you may invite your wife along... takkan dia nak tinggal seorang saja kan... eh, you masuklah dulu... duduk kat dalam...," Adam dah meluaskan bukaan pintu. Pah di sebelah dah melebarkan senyuman bila bertentang mata dengan wajah kelat Rania.
            "Tak apalah... I tunggu di kereta saja... siaplah dulu, I tunggu...," balas Rania dengan lemah. Punah harapan dan angan-angannya. Tetapi tak mengapa, tunggu sekejap lagi. Dia pasti saja boleh lakukan sesuatu.

            "AD... sana jom!"
            "Ad... yang ni menarik kan,"
            "Ad... this one suit with you,"
            "Ad... Ad... Ad...," ucap Pah jengkel. Adam tersenyum kecil mendengar rungutan Pah. Kalau dirinya sendiri rimas, apatah lagi Pah yang melihatnya.
            "Ad...," Pah dah menjeling ke arah Adam. Tak sempat nak tutup mulut, kucing siam dah datang nak menempel. Serius, perempuan ni tak tahu malu ke? Dia suami aku okey! Bentak Pah geram.
            "Jom ke sana...," ucap Rania ceria. Dia tidak peduli dengan Pah di sebelah.
            "Abang... abang kata nak ajak Pah pergi Kings Park," Pah sudah memeluk lengan Adam manja.
            "Oh ya... nasib sayang cakap, jom...," Adam sudah menariknya berdiri sekali. Rania di sebelah sudah mengepung kemarahan.
            "Ad... you tak nak ikut I?" Pah tayang wajah menyampah. Dah sah-sah Adam nak ajak aku pergi walking dekat Kings Park. Apa ke halnya nak kena ikut kucing siam ni?!
            "Working trips is over... now I need privacy... just me and her," ucap Adam sambil merangkul pinggang Pah. Pah tersenyum suka bila wajah kelat Rania bermain di ruang mata. Dia tak kejam, cuma nak kucing siam tu sedar yang Adam hanya haknya! Pah tersenyum dalam hati.

"KESIAN Pah tengok Rania...," sengaja Pah memainkan api dalam ayat. Adam sudah menarik senyum nipis. Kesian?
            "Macam abang tak tahu saja... Pah menyampah tengok dia...," membulat biji mata Pah. Wah! Suka... sebab Adam tahu apa yang dia rasa, tak perlu elaborate panjang pasal si kucing siam tu!
            "Dah tu... menggesel dengan suami Pah macam kucing siam... ingat orang suka," hidung Pah ditarik Adam.
            "Kucing siam?! Sayang... sejak bila pandai melabel orang...,"
            "Sejak kenal kucing siam ni...,"
            "Wait!!! Don't tell me... kucing tadi pagi?" Pah sudah tayang gigi dengan soalan Adam. Tak payah nak putar belit. Dianggukkan saja kepala tu.
            "Kenapa ni?" soal Adam lagi. Kaki mereka sedang melangkah mengikuti lorong pejalan kaki sepanjang jalan Kings Park menuju ke Botanic Garden.
            "Pah menyampah tau! Dah la geram dengan abang tinggalkan orang sorang-sorang... lepas tu, ada yang kacau daun pula...," luah Pah dengan jujur. Tangan Adam sudah mengeratkan pelukannya.
            "Okay... I'm sorry... lain kali Pah ikut abang... tak payah tunggu izin kucing siam... kelvin, bos abang kat sini tak kisah saja kalau sayang temankan abang... sebelum datang sini lagi abang dah tanya... lepas ni Pah ikut ya!" cepat saja Pah mengangguk. Ya. Memang itu pun plan dia. Bodohlah kan... kalau dibiarkan saja kucing siam menempel dengan Adam.
            "Actually... my work almost settle... dalam dua hari lagi...," ujar Adam. "Jadi...," ayat Adam sudah meleret.
            "Jadi apa? Balik Malaysia?" soal Pah ceria. Sukanya kalau balik Malaysia. Hilang sudah virus kucing pembawa bakteria tu.
            "Nope...," terus berubah air muka Pah. Bosan! Dia tak suka Aussie. Tak nak datang sini dah!
            "Sayang...," tangan Adam mengeratkan lagi ruang antara mereka. "Abang call daddy... daddy cakap... dia nak sponsor honeymoon...," Adam berhenti kata lagi.
            "Tak naklah honeymoon dekat sini... abang bukan ada dengan Pah pun...," bandar Perth yang tak berjaya meninggalkan apa-apa kenangan manis, melainkan detik malam semalam.
            "Abang ajak pergi Gold Coast... one week... kita enjoy puas-puas ya... official honeymoon... no more works... I promise,"
            "Abang ni promise saja lebih... nanti tiba-tiba dah ubah...," balas Pah dengan rajuk.
            "Tak ada... abang janji okay...," ucap Adam sambil mengangkat telapak tangannya seolah berikrar.
            "Okay!"
            "Senyumlah sikit...," pipi Pah dicuit.
            "Tak nak!"
            "Kenapa?"
            "Sebab Pah rasa ada aura kucing siam dekat dengan kita,"
            "Serius?" soal Adam terkejut. Ilmu apa Pah pakai boleh kesan-kesan aura.
            "Kalau abang tak percaya... jangan pandang terus, saja buat-buat kalih belakang... Pah rasa adalah tu kucing bersembunyi kat belakang pokok...," sekilas saja Adam berpusing dan kembali menatap wajah Pah.
            "Sayang... memang kuat betullah aura...,"
            "Aura abanglah yang kucing tu kejar... benci tau macam ni!" Pah masih dengan nada rajuknya. Adam sudah tersenyum kecil. Sudah masuk dua kali tengok Pah merajuk. Sekali masa dengan Aliya sekarang dengan Rania.
            "Pah... I'm sorry okay... biarlah kucing tu... abang bukan nak menempel dengan dia pun, abang nak Pah saja...,"
            "Iya ke abang tak suka... bergesel macam orang main biola, tak suka?" soal Pah sinis. Entah kenapa emosi tak berapa nak stabil hari ni. Semuanya kerana virus kucing yang menyerangnya.
            "Iyalah... marahlah... kalau itu yang buat Pah happy...," Adam sudah melepaskan pegangan tangan pinggang Pah. Akhirnya mereka berjalan sendirian. Masing-masing melayan perasaan.
            Dua hari yang berbaki. Dua hari yang menyakitkan hati. Pah bila nampak saja kelibat kucing siam, tanpa disuruh-suruh sakit hatinya menerpa. Bahaya betul. Lama-lama berkepuk, buatnya rosak hati aku.
            "Dear Ad...," Pah mengalih pandang. Adam dengan kameranya. Ada lagi sepuluh jurugambar lain di situ. Tetapi, kucing siam ini menyerbu Adam seorang saja. Kenapa tak dilayan yang lain? Hati Pah geram. Tak apa Pah... relaks. Today is the last day. Lepas ni, no more kucing siam. Pah menenangkan hati.
            Membulat mata Pah bila kucing siam menyudukan aiskrim di mulut Adam. Adam tu baby ke, kau nak kena suap-suap?! Bentaknya. Kakinya sudah berdiri tegak. Ikutkan rasa hati yang marah, silap-silap ada juga yang kena baling masuk ke dalam Swan River ni.
            "Rania... I tak nak... you pergilah buat kerja you...," marah Adam dengan wajah serius. Rimas! Rimas! Pah yang ada di belakang senyap saja. Tak nak datang selamatkan suami dia dari godaan kucing siam ni?
            "Dear...,"
            "Abang...," Pah sudah mengambil tempat di sebelah Adam. Macam ada magnet, terus saja tangan Adam menariknya rapat. Pah mengetap bibir. Amboi! Pandai ambil peluang encik Adam Fahmi ni. Dia dah lupa... aku tengah merajuk. Merajuk-merajuk pun... still kena ikut Adam. Tak boleh biarkan Duta Safi rasa dirinya ada peluang.
            "Another half an hour sayang... then kita boleh balik...," ucap Adam mesra sambil memandang Pah. Hatinya tersenyum kecil. Nak pujuk Pah tak susah. Asalkan jangan ada anasir jahat seperti yang berada di sebelahnya sekarang. Boleh merosakkan terus rumahtangganya yang baru nak bahagia.
            "Okay... Pah tunggu...," balas Pah manja. Senyumannya manis saja. Nak bagi orang sebelah sakit hati. Tapi rasanya, hati dia pun tak kurang sakitnya.
            "You bukan ada dinner dengan krew ke Ad?" soal Rania yang masih belum berginjak dari sebelah.
            "Nope! I tak sempat nak join...,"
            "Kenapa?" dahi Rania berkerut. Kenapa tak sempat join. Matanya menjeling sekilas 'permaisuri' yang sedang berkepit dengan Adam. Geram!
            "I nak...," Adam baru buka mulut nak bersuara tetapi tangan Pah laju saja mencucuk pinggangnya.
            "Don't tell her...," ucap Pah berbisik.
            "I ada hal...," balas Adam pendek apabila Rania masih lagi terpacak gaya tiang bendera di sebelahnya.
            "Hal apa?" Pah mendengus kasar. Adam pun dah melepaskan keluhan bosan.
            "Kau ni penyibuk kan... sibuk-sibuk nak ambil tahu hal suami aku... pergi jauh sikit boleh tak. Menempel macam kucing kegatalan...," sedas Pah melontarkan amarahnya. "sebelum aku buka langkah karate... baik kau jauh sebatu dari suami aku... silap-silap sebelum balik ni, ada juga yang tercampak masuk ke sungai nanti...," ucap Pah lagi dengan wajah seriusnya.
            Rania terus mengetap bibir. Garang semacam pula wife Adam ni. Nanti, betul-betul dilesingnya aku, malu seumur hidup. Sebagai langkah berjaga-jaga, Rania mengundurkan langkah seketika. Dalam hati sempat berkata, hari ini hari dia... esok-esok belum tentu lagi sama.
            Bila Rania dah menjauh, Pah menghela nafas lega. Takut juga kucing kalau diugut nak kena sepak kan. Bagus! Dia tersenyum sendiri.
            "Sejak bila pula sayang pandai karate?" soal Adam tanpa memandangnya.
            "Perisa tambahan... tak pernah belajar karate pun," Adam sudah mengalihkan pandangan matanya menatap wajah Pah. Pah menaikkan kening.
            "Kenapa?" soal Pah. Adam tak menjawab tetapi hanya tersenyum meleret. Dia terus mengalihkan pandangannya namun senyumannya masih tidak sirna. Mata Pah terus saja tekun meneliti wajah Adam yang sudah menala pandangan Swan River di depannya.
            Adam Fahmi. Seru hatinya. Matanya terus saja menjamah wajah itu kerana dia pasti Adam tak nampak. Kenapa ramai sangat peminat setia Adam? Soalnya sendiri.
            Tengoklah dia... matanya kembali membelek seperti yang pernah dilakukan pada pertemuan pertama mereka. Dari hujung rambut ke hujung kaki ditelitinya. Tiada sebarang cela. Segalanya sempurna pada pandangannya. Rambut hitam kemas dengan gaya mencacak sedikit, ala-ala model brylcreem. Mata kuyu lelaki itu pasti saja mampu memikat pandangan mana-mana wanita. Hidung yang boleh tahan. Bibir... Pah dah terhenti menganalisis suaminya sendiri.
            Mata Adam sudah bertentang dengannya. Kelu pula lidah bila lelaki itu memandangnya begini.
            "Diagnosis untuk apa tu?" soal Adam dengan senyuman nakal. Pah cuba menenangkan hatinya. Bibir... bibir Adam yang suka sangat tersenyum itu sememangnya boleh membuatkan siapa saja cair. Dia pun cair sebab senyuman itu kan?
            "Jom...," Adam menghulurkan tangan. Pah memandang pelik. Jom?!
            "Ke mana?"
            "Our honeymoon... the real one...," wajah yang masih diserikan oleh senyuman itu terus-terusan menikam pandangan Pah.
            "Dah sudah?" soal Pah dan kali ini dia sudah melarikan pandangan matanya. Makin hari, makin cair. Tengok dia senyum pun rasa macam nak pengsan saja. Kacaknya!
            "Dah sudah lama... Pah yang lama sangat telek muka abang... tak apa, lepas ni Pah belek muka abang puas-puas pun tak apa... I'm all yours...," sempat lagi Adam mengusiknya.
            "No more kucing siam?" soal Pah risau.
            "Only Adam and Pah... jom!" Adam sudah mencapai jemari Pah, dipegangnya erat. Takkan dilepaskan sama sekali. Mana mungkin dia berpaling pada orang lain sedang hatinya sudah memilih Pah menjadi suri hatinya.

SEPERTI yang Adam janjikan, hanya masa mereka berdua. Tanpa gangguan virus kucing siam atau kucing-kucing yang sewaktu dengannya. Walaupun sebelum berpisah, Pah dapat menangkap lirikan mata Rania yang nyata tidak berpuas hati dengannya, tapi siapa dia? Aku isteri Adam, jadi... siapa dia nak mencelah dalam perhubungan kami. Dia fikir dia saja besar kepala, besar kepala aku dia belum tengok. Tak sanggup pula Pah nak keluarkan semula Pah edisi dulu. Mesti saja Rania tu nak tengok pun tak berani.
            Petang-petang berjalan di tepi pantai yang menghadap Coral Sea, suasana yang mendamaikan sememangnya mewujudkan suasana yang tenang di antara mereka. Sekurang-kurangnya dua minggu bersakit hati, dalam seminggu segalanya telah diubati oleh encik Adam Fahmi yang disayangi. Lepas balik Malaysia entah apa pula kan yang menanti. Siapa pula yang tengah tunggu depan pintu rumah nak rujuk kasih dengan suaminya ini.
            "Abang... berapa ramai ex-girl abang?" soal Pah tiba-tiba. Adam sudah menarik wajah pelik. Ini kenapa nak buka hikayat zaman lintang-pukang Adam Fahmi?!
            "Kenapa ni?"
            "Sebutlah... Pah nak tahu...,"
            "Adalah... dalam...," Adam berhenti, cuba mengingati satu persatu. "err... abang rasa macam abang tak berapa nak ingat kuantiti yang sebenar...," Adam sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pah menjeling. Ramai sangat sampai tak mampu nak diingat oleh minda ke? Omelnya dalam hati.
            "Tak nak tahu berapa ramai kekasih Pah?" sengaja Pah mengutarakan soalan itu. Mata Adam membulat. Terkejut.
            "Berapa?" soalnya tidak sabar. Dalam hati dah bermacam-macam rasa. Pah ada ramai boy ke? Macam tak boleh percaya saja.
            "Adam Fahmi seorang," jawab Pah dengan wajah tak berperasaan. Adam sudah tersenyum kelat.
            "Kenapa Pah suruh abang tanya?"
            "Pah nak abang tahu... dalam hati Pah ni, ada abang seorang saja. Jadi... Pah mengharapkan yang sama dari abang... tak kisahlah sebelum ni, berapa ramai yang abang pernah kawan... berapa ex-girl abang... tapi Pah nak abang ingat, sekarang Pah dah jadi isteri abang... jangan harap ex-ex abang, macam Safi Rania, Aliya Suzana... jangan harap dia orang boleh masuk line Pah," ucap Pah tanpa memandang wajah Adam. Pandangannya ditebarkan pada dada laut.
            "Baru Pah perasan...," sambung Pah lagi. "Nama ex-ex abang glamour ya! Kesian abang... dapat wife nama klasik nasional...," Pah tersenyum sendiri, tetapi lebih kepada menyindir sebenarnya.
            "Pah ni kenapa?" soal Adam dengan nada yang rendah. Sudah beberapa hari Pah dah kembali tersenyum gembira. Ini dah sampai hari kemuncak, tiba-tiba macam kena serang angin monsun pula. Mood berubah-ubah. Rasanya, masa Pah datang bulan hari tu okey lagi dari sekarang. Suka sangat main sindir-sindir.
            "Pah sakit hati. Pah marah. Pah geram. Pah rasa macam nak cekik-cekik abang...boleh?" soal Pah serius. Adam menelan liur. Biar betul Pah ni!
            "Sebab apa?"
            "Saja nak lepaskan rasa marah... Pah tak boleh main pendam-pendam, nanti Pah sakit...," tambah Pah lagi dengan wajah yang meminta simpati.
            "Sakit sangat ke nanti?" soal Adam dengan bendulnya.
            "Sakit sangat...," Pah masih dengan nadanya.
            "Jomlah...,"
            "Ke mana pula?"
            "Bilik... bolehlah Pah cekik abang sepuas hati," lurus saja jawapan yang terbit dari bibir Adam. Pah menahan senyuman.
            "Okey, jom!"
            Sampai saja di bilik, lain pula agendanya. Adam merenung Pah dengan hairan. Apa pula yang berada dalam fikiran Latifah Hasnan ni? Dia menjadi pelik bin hairan.
            "Cakap nak cekik?" Adam soal juga walaupun soalan itu kedengaran bodoh. Pah melepaskan tawa. Buat pertama kali Adam melihat Pah tertawa dengan riangnya. Selama ini tengok Pah tersenyum pun rasa macam ajaib. Ini ada one step foward, sudah pandai ketawa riang. Matanya bertambah bulat, bila Pah ketawa sambil menekan-nekan perut. Hisy! Ni biar betul...
            "Pah... kenapa ni? Abang tengok pelik sangat hari ni... silap makan ke?" soal Adam risau. Dia sudah berhadapan dengan Pah yang sudah bersimpuh di atas katil. Pah masih ketawa dengan tangannya disidai bebas atas bahu Adam.
            "Pah...," suara Adam risau. Kenapa dengan bini kesayangan aku ni?
            Tiba-tiba saja Pah dah berdiri dengan lututnya menyamakan ketinggian dengan Adam yang sedang berdiri. Jari telunjuk Pah mendarat di bibir Adam. Tawa Pah bersisa, sekali-sekala dia terbatuk kecil. Teruk sangat gelaknya.
            "Pah...,"
            "Sshhh!" potong Pah. Dahi Adam berkerut-kerut! Dia sangat kepelikan melihat reaksi Pah yang sangat pelik ini. Tangannya dilekapkan pada dahi Pah. Tak panas pun.
            "Pah tak demam la...," Pah dah menolak tangan Adam di dahinya. Kemudian dia tersenyum pula.
            "Sayang... kenapa ni? Jangan buat abang risau boleh tak... dari tadi berubah-ubah iklim... abang risau ni...," Pah ketawa kecil mendengar kata-kata Adam. Tangannya sudah mula melingkari pinggang lelaki itu. Kepalanya dilentokkan pada dada Adam yang sasa.
            "Nak tahu... mummy kata apa pada Pah?" Pah menyoal sambil melebarkan senyuman.
            "Mummy cakap apa pulak?" riak risau tidak dapat meninggalkan Adam.
            Pah mengangkat semula wajahnya. Bertentang mata dengan suaminya. Lama. Spontan bibirnya menarik senyuman.
            "Mummy cakap... Pah yang paling bertuah, sebab dapat jadi isteri Adam Fahmi...," ucap Pah. Fikirannya sudah melayang pada kata-kata mummy ketika mereka bertemu.
            "Adam ni Pah... dari kecil, dia selalu keliru dengan apa yang dia nak... apa yang dia suka... dia sambung belajar pengurusan perniagaan, ingatkan bolehlah nak serahkan urusan syarikat daddy pada dia... tapi tiba-tiba, bila dia balik dia kata nak jadi jurugambar sebab dia suka...," Pah mendengar dengan penuh minat.
            "Bila dia dah suka Pah, seluruh hati dia ada pada perkara tu... Pah faham tak apa yang mummy nak cakapkan...," mummy merenung ke dalam matanya.
            "Walaupun Adam banyak berkawan dengan perempuan sebelum ni, mummy tahu... dia belum jumpa yang betul-betul dia suka sampailah dia jumpa Pah... jadi, mummy yakin... dia takkan lepaskan Pah, untuk sesiapa pun... sebab Pah adalah kesukaan yang dia cari-cari selama ni...," Pah terdiam. Mata mummy yang berkaca-kaca itu seolah memberikan isyarat terus pada hatinya.
            Mata Pah juga sudah berkaca menatap wajah Adam.
            "Lebih daripada abang bertuah dapat Pah sebagai isteri, Pah lagi bertuah sebab dapat abang sebagai suami...,"
            "Sayang kenapa cakap macam ni? Abang yang patut rasa bertuah dapat perempuan sebaik Pah...," Pah menggeleng.
            "Abang tak faham... abang dah rasa kekeliruan perasaan dengan bermacam-macam orang, at last you know... that I'm the one you're looking for... berbeza dengan Pah. Pah hanya jatuh suka pada abang... Pah tak pernah rasa jadi keliru... jadi Pah takkan tahu, yang mana Pah paling sayang... tapi abang lain," ucap Pah.
            "Pah nak kata bagus ke, abang suka-suka dengan ramai orang?"
            "Itu part yang tak baguslah... tak patut sebenarnya, tapi nak buat macam mana...,"
            "Dan kenapa tiba-tiba Pah cakap macam ni semua?" soal Adam yang masih pelik.
            "Sebab... Pah nak abang tahu... Pah yakin dengan abang... Pah tahu, abang sayang dengan Pah...,"
            "Oh... kiranya, tak kisahlah kucing siam ke, kucing parsi ke datang bergesel, Pah akan percayakan abang juga," Pah mengangguk yakin.
            "Elaboration panjang sangat, ringkas kan senang... mudah orang nak baca," Pah buat muka mendengar komen Adam.
            "Ringkas sangat tak best... orang baca story ni tak ada feel...,"
            "Banyaklah Pah punya feel...,"
            "Dah habis story ke?" soal Pah pula.
            "Belum!" Adam tersenyum meleret pula. Pah dah mengeluh.
            "Lama lagi ke?" Adam mengangguk.
            "Berapa lama?" soal Pah lagi.
            "Tunggu ada karate kid dalam ni... habislah nanti story...," tangan Adam dilekapkan pada perut Pah. Pah ketawa kecil. Eceh... nak ada baby pula ya!
            "Ibu cakap something pada abang...," ucap Adam dengan senyuman.
            "Apa?" tanya Pah.
            "Tahun depan... ibu dengan abah dah dapat cucu...,"
            "Ibu dengan abah dah ada banyak cuculah... tak cukup lagi nak bagi gegar rumah dekat Hulu Langat tu...," balas Pah selamba.
            "Mummy dengan daddy belum ada... kita la kena berusaha dengan tekun. Macam mana?" kening Adam dinaikkan cantik. Pah ketawa sambil menampar pipi Adam lembut. Boleh pula dia tanya macam tu. Macam mana? Macam boleh... sambut Pah dalam hati.

Bab 40
SAAT kaki sudah selamat dijejakkan atas bumi Malaysia ini, terbang sudah segala keresahan yang selama ini menganggu fikiran dan perasaan. Kini, pulangnya dia dengan hati yang lapang. Senyuman yang menghiasi wajah seakan tidak mahu sirna. Tangannya yang sedari tadi melingkari lengan Adam tidak mahu dilepaskan walau sesaat pun.
            "Manja!" komen Adam sepatah. Pah buat-buat tak dengar. Malah diperkemaskan lagi simpulan di lengan suaminya itu.
            "Amboi! Amboi!" satu suara mengejutkan mereka berdua yang sedang menanti dengan bagasi. Serentak Pah dan Adam mengalihkan wajah mereka pada suara yang menegur. Jelas wajah Eja dan Faizul yang sudah tersengih lebar.
            "Manjanya dia...," usikan meniti bibir Eja sebaik saja mulutnya menyapa diri Pah. Spontan Pah menampar lengan Eja sambil menjegilkan biji mata.
            "Pandai ya Adam ajar Pah... dah pandai manja-manja sekarang ni," tambah Eja lagi yang masih giat hendak mengusik Pah. Adam yang berada di sebelah tersenyum saja.
            "Dah, jom gerak... tunggu Eja nak mengusik Pah, sampai esok takkan habis," potong Faizul sambil menarik lengan Eja untuk berjalan beriringan.
            Faizul dengan Eja yang telah menerima amanat untuk menjemput Adam dan Pah di lapangan terbang, dengan selamatnya menghantar pasangan itu ke kediaman mereka. Bukan setakat hantar saja, tetapi duduk-duduk melepak lama. Maklumlah, sudah lama tak bertemu. Banyak pula cerita yang Eja nak dengar dari Pah.
            Awal-awal lagi Eja dah sambar Pah ke dapur untuk memulakan sesi gosip.
            "Amboi! Dari tadi asyik senyum sampai ke telinga... betul-betul happy ni," mulut Eja yang tak penat berkhidmat dari tadi, asyik mengulang ayat yang sama saja untuk pendengaran Pah. Pah tersenyum.
            "Ada klon Aliya di sana!" Eja terlopong. Klon?
            "Klon? Muka macam dia ke? Siapa pulak dah? Mesti suka pada Adam juga... kau buat apa Pah?" macam machine gun, soalan meletup-letup di bibir Eja.
            "Bukan klon sama muka... tapi klon sama spesies. Ex-Adam juga. Memang suka pada suami aku dan mungkin tengah berangan nak ambil Adam dari aku balik...,"
            "Gilalah!"
            "Memang gila... tapi dah balik Malaysia ni, rasa aman sangat... dah takkan ada anasir yang nak mengganggu suami aku. Eh, kau cakap Aliya nak terbang dah, aku sempat lagi jumpa dia sebelum pergi Aussie bulan lepas,"
            "Err... kalau tak silap aku, minah tu tak jadi pergi... aku pun tak tahu sebab apa. Tapi kau tak payah risaulah... dia datang kacau Adam pun, bukan boleh buat apa. Adam dah jadi suami kau...," Pah mengangguk kecil walaupun hatinya sudah kembali digaru resah. Hendak bermula kembali ke pemburuan Aliya untuk memiliki suaminya? Ah! Pedulikan orang yang tak berapa waras tu Pah. Bukan bawa untung pun. Tapi...
            "Kau tau tak... Hafiz dah betul-betul sukakan orang yang hantar bunga tu tapi si Aliya ni macam nak balik pada Adam. Kau cakap dua-dua akan suka...," mata Eja dah membulat. Eh, eh... apa salahkan aku pula.
            "Nak buat macam mana, kalau hati Aliya tak boleh nak lentur jugak walaupun aku guna ayat jiwang habis...,"
            "Kesian Hafiz...," ucapan Pah menarik minat Eja.
            "Aik... bunyi lain macam,"
            "Iyalah... sebab dia dah suka, tiba-tiba aku rasa bersalah pula,"
            "Pah... kita cuma boleh berusaha, jodoh tu bukan ada pada tangan kita. Macam Hafiz tak ada jodoh dengan kau, sama juga... mungkin bukan jodoh dia dengan Aliya. Doakan sajalah dia bertemu dengan orang yang betul-betul ikhlas mencintai diri dia," dalam diam Pah bersetuju juga dengan kata-kata Eja.
            "Mencintai siapa pula?" sampuk Faizul yang sudah memasuki ruang dapur. Dia sudah mengambil tempat di sebelah Eja. Diikuti oleh Adam yang duduk di sebelah Pah.
            "Tak ada siapa. Hal orang perempuan, abang jangan sibuk!" balas Eja selamba dengan menjungkit kening. Berlagak!
            Faizul mencebik. Pah hanya menggelengkan kepala melihat aksi Eja, macam budak-budak! Eh... cakap pasal budak,
            "Eja... tadi cakap ada news, news apa?" soal Pah sambil memandang tepat pada wajah Eja. Spontan juga wajah si murai Eja sudah kemerahan. Malu!
            Faizul yang sudah perasan akan perubahan itu, terus saja melepaskan tawa galaknya. Bila malu, tahu pula dia diam.
            "News... news apa Eja, tak cakap dengan abang pun," usik Faizul. Eja pantas sekali menghadiahkan cubitan di lengan suaminya.
            "Buat-buat tanya pula...," gumam Eja sendiri. Malu kena usik. Sudahlah ada Pah dengan Adam sekali.
            "Oh ya... insyaAllah, lagi enam bulan... ada khalifah baru nak keluar," maklum Faizul dengan senyuman lebar di wajah. Refleksi yang menunjukkan dia bahagia. Siapa tak bahagia kalau nak jadi ayah.
            "Eja!!!" Pah tak dapat nak cari kata-kata. Dia tumpang gembira, sahabat baiknya akan jadi seorang ibu. Masin betul mulut Mak Ton.
            "Tahniah bro!" Adam sudah menepuk bahu Faizul yang tersengih lebar dari tadi.
            "Nampak gayanya... betullah, orang tu nanti bersanding dengan baju mengandung," ucap Pah bila teringatkan kata-kata Eja pada Mak Ton.
            "Tak apa... dia tak kisah, suka katanya. Biar suami saja pakai baju melayu, lepas tu abang nikah lain terus...," selamba ucapan Faizul diiringi gelak tawanya yang bergabung dengan Adam. Eja nak tunggu lagi, cekap saja dia mendaratkan cubitan padu pada lengan Faizul.
            "Gatal!!!" marahnya.

SUASANA malam sepi saja. Televisyen yang terpasang seolah tidak menarik minatnya untuk terus setia di hadapan kotak TV. Terus saja dia mencapai tangan Pah yang begitu ralit dengan siaran televisyen.
            "Ada apa encik Adam Fahmi?" soal Pah. Adam terus saja menarik senyuman mesra dengan penuh menggoda. Seronok bila Pah bagi respon. Sejak tadi Pah tak cakap apa pun.
            "Saja...," jemari mereka masih bertaut antara satu sama lain.
            "Abang nak apa? Baik cakap saja... jangan kacau konsentrasi Pah nak layan cerita ni," kata-kata yang terus saja membuatkan Adam meleraikan simpulan jari mereka.
            "Iyalah... layan cerita lagi best daripada melayan abang ni kan...," dengan mendayu, sayu, Adam memainkan ayat.
            "Memang!" wajah yang tak berperasaan itu sudah kembali. Pah tersenyum dalam hati. Seronok bila dia ada peluang untuk mengusik suaminya.
            "Pah!!!" Adam sudah menjegil. Selamba pula Latifah Hasnan menuturkan kata. Niat dalam hati, baru nak bergurau senda dengan isteri tercinta. Kacau mood betul!
            "Kenapa?" macam tak ada perasaan saja Pah tanya soalan, sedangkan dalam hati sudah menggeletak. Lucu melihat Adam yang sudah marah.
            "Boleh pula menjawab dan tanya pada suami macam tu! Amboi!" marah Adam. Pah mencebik, masih bertegas dengan niat di hati yang hendak memainkan encik Adam Fahmi yang sudah berasap telinganya. Merah muka lelaki itu menahan marah. Teruji benar nampaknya kesabaran Adam dengan nada yang digunakan Pah.
            Pah sudah mengalihkan wajah, menghadap tepat ke mata Adam yang sedang berapi dengan rasa marah. Perlahan, senyuman ditarik. Manis sekali. Ini dinamakan sebagai teknik pembujukan untuk menyejukkan hati yang sedang panas. Rasanya secara teori dan praktikal, sudah pun terbukti keberkesanannya pada tempoh hari.
            Erk! Tiba-tiba saja Pah rasa liurnya kesat. Wajah Adam masih merah padam. Tak ada tanda-tanda nak reda. Marah sangat nampaknya. Tersilap timing ke?
            "Abang...," suara Pah sudah berubah lembut. Ditolak ke tepi niat nak permainkan Adam. Bimbang pula kalau pak cik seorang ini merajuk. Kadang tak boleh nak dijangka juga. Namun, tak dapat nak dengar sepatah respon dari bibir Adam.
            Pah mengetap bibir. Gawat! Perlahan jari telunjuknya dilarikan pada wajah Adam. Ini yang lelaki ini mahukan. Bermanja, beramah mesra. Dagu Adam dipagut dan ditarik menghadap wajahnya. Muka Adam yang seposen, hanya membuatkan hatinya digeletak rasa lucu. Pandai sungguh bermain dengan wajah yang nak tarik simpati.
            Jemarinya kini sudah berada dalam genggaman Adam. Lelaki itu dengan mudahnya sudah menarik senyuman.
            "Abang ni kenapa? Nak cakap apa dengan Pah?" soal Pah dengan nada lembut sekali. Adam tersenyum lebar.
            "Takkan tak boleh agak?" balas Adam. Hendak berteka-teki pula ya.
            "Agar-agar... Pah tau buat. Tapi agak-agak, Pah tak reti,"
            "Ish, budak ni... nak kena dah dia!" Adam mencubit pipi sehingga isterinya itu menepis tangannya.
            "Sakitlah!"
            "Pah la... tak serius. Abang nak cakap serius, dia main-main...,"
            "Cakap straight foward sajalah. Main suruh agak... Pah nak agak apa?! Tak teragak dah,"
            "Abang nak baby!" hah! Nak straight foward sangat. Tersenyap terus Pah. Adam senyum siap jungkit kening lagi. Muka penuh firasat, tak dapat nak predict.
            "Baby Pah...," ucap Adam lagi. Pah dah pusing ke arah lain. Haish! Baru balik honeymoon, sibuk tanya pasal baby pula.
            "Pah... baby...," Adam merengek macam anak kecil saja.
            "Ada rezeki kita... adalah baby," balas Pah untuk hentikan rengekan Adam.
            "Jomlah!" panggil Adam. Berkerut dahi Pah.
            "Jom ke mana pula?"
            "Baby production," selamba saja Adam menjawab.
            "Abang!!!" Pah pula naik malu dengan tahap keselambaan suaminya. Sekurang-kurangnya jangan terlalu honest nak bagitahu apa agenda yang ada kepala dia. Berkias-kias guna ayat lembut tak boleh ke. Suami siapa ni? Suami aku juga...
DALAM tak sedar, masa menginjak begitu pantas meninggalkan kita. Usia perkahwinan Adam dan Latifah sudah mencecah lima bulan. Adam dengan sikap manjanya. Pah dengan wajah tanpa perasaan yang sudah pandai menyakat. Ini semua akibat tempias hormon riang ria dari Adam fahminya.
            Hari ini merupakan hari minggu. Hari untuk bersuka ria dan penuhkan peti sejuk dengan barangan yang tiada. Jadinya, Pah seawal pagi lagi dah buat appointment untuk mengajak Adam ke pasar raya.
            Pah leka dengan pandangan yang begitu asyik sekali memilih sayur-sayuran di Pasaraya Tesco Mutiara Damansara. Adam pula entah hilang ke mana. Tidak pula dia perasan lelaki itu sudah melesapkan diri sebaik saja kakinya mencecah di bahagian sayur-sayuran.
            Dengan langkah yang perlahan, Pah menolak troli yang sudah dipenuhkan dengan barang-barang keperluan. Matanya ralit mencari Adam. Ke mana pula hilangnya lelaki itu. Sempat dia bersungut sendiri. Tiba-tiba, bahunya dipaut dari belakang. Terkejut dibuatnya. Bila kalih saja, wajah Adam sudah menyeringai. Pah dapat menangkap sesuatu dalam pegangan lelaki itu.
            "Apa tu?" soalnya, pura-pura tak tahu.
            "Untuk dia," balas Adam dengan senyuman.
            "Dia tak minta pun," balas Pah, tak nak kalah.
            "Eleh... dia tak minta konon! Habis tu... yang abang dengar malam semalam, ada orang tu mengigau ke...," usikkan Adam membuatkan wajah Pah disimbah darah. Ingatkan Adam dah lena masa dia membebel seorang diri malam tadi. Tapi dia pura-pura tidur rupanya! Sengaja kan.
            "Kenapa tak cari malam semalam?" marah Pah. Selebihnya nak cover malu saja. Adam sudah tarik sengih berinci.
            "Saja... nak uji kesabaran,"
            "Kesian dia... sampai hati abang buat macam ni kat dia...," suara Pah dah sayu.
            "Dah... dah... tak payah nak beremosi dekat tengah-tengah Tesco ni. Jom... lepas ni abang ajak makan pau ais kacang," sekali lagi wajah Pah menjadi. Tahulah dia Adam makin seronok menggiatnya. Mana ada pau ais kacang! Sengaja kan... nak bangkitkan nafsu makan aku.
            "Abang saja kan... Pah dah lupa, abang nak ingatkan balik... Pah suruh abang cari betul-betul, baru abang tahu!" ugutan Pah hanya membangkitkan tawa riang di bibir Adam. Pau ais kacang. Nanti abang tunjukkan. Adam tersenyum dalam hati.
            Selesai saja membuat bayaran, Adam sudah menarik tangan Pah mengikuti langkah kakinya. Troli yang penuh dengan barangan sudah pun dikosongkan. Semua barangan dah selamat mendarat dalam bonet.
            "Abang nak ajak Pah pergi mana ni?" soal Pah. Dalam masa yang sama, kakinya terus saja melangkah mengikuti jejak langkah Adam yang mampu dikejarnya. Namun Adam lebih senang tersenyum tanpa menjawab soalannya.
            "Tadaa!!!" langkah Adam dah berhenti. Tangannya dilebarkan seolah mengalukan kedatangan Pah di situ. Pah mengerling sekilas pada gerai di depan matanya. Jelas tertulis di papan tanda, Gerai Ais Kacang.
            "Untuk?" soal Pah tidak dapat menangkap keadaan sebenar.
            "Pau ais kacang. Jom!" tangan Pah ditarik masuk ke dalam gerai.
            "Abang janganlah main-main... mana ada pau ais kacang...," Adam tetap dengan senyuman, membiarkan Pah dengan teka-teki.
            "Adik... pau ais kacang satu. Ais kacang special satu," Adam membuat pesanan. Bertambah-tambah kerutan di dahi Pah. Rasa nak meleleh air mata pun ada. Iyalah... kehendaknya dimain-mainkan. Dia takut tak dapat nak terima kekecewaan.
            "Abang... kesian dia tau! Abang janganlah bagi harapan macam ni...," suara Pah sayu habis. Takut kecewa punya pasal.
            "Baby... mama ni risau sangat takut papa main-mainkan baby... cakap dengan mama, jangan risau. Hari ni memang mama dapat rasa pau ais kacang yang mama teringin sangat tu...," tangan Adam mengusap perlahan perut Pah yang sudah 'membuncit' dengan benih bukti kasih sayang mereka.
            "Abang ni...,"
            "Pau ais kacang siap!!!" Pah tak sempat hendak berkata apa-apa apabila hidangan sudah ada di depan. Melopong sudah Pah tanda tidak percaya. Pau ais kacang?! Siapa punya rekaan ni?
            "Ha... silakan makan wahai mama dan baby papa...," Adam sudah menyudukan ais kacang dihiasi pau yang comel di atasnya. Jadilah pau ais kacang.
            "Pah nak yang ada inti ais kacang," omel Pah perlahan, namun sempat ditangkap oleh telinga lintah Adam.
            "Pah... belum pernah orang buat lagi. Cuba Pah yang invent, kalau jadi... kita buat promosi satu Malaysia... pau ais kacang, Latifah Hasnan," untuk jawapan itu, Pah hanya mampu melahirkan sengihan kelat. Pau dan ais kacang dah selamat masuk dalam mulut. Nak membalas kata-kata Adam pun, tak mampu sebabnya... mulut penuh.
            Bersungut-sungut pun, habis licin satu mangkuk ais kacang dengan pau comel Pah kerjakan. Dengan alasan dia minta... Pah sudah berpuas hati dengan hidangan hari ini.
            "Abang... dia nak lagi," ucap Pah manja. Perutnya diusap lembut. Adam yang sedang menghabiskan ais kacangnya, memandang tepat pada wajah Pah.
            "Dia nak apa pula?"
            "Ayam goreng cheese," Adam hanya mampu terkedu.

Bab 41
TANGISAN bayi pecah dan memenuhi ruang yang sudah sedia sunyi itu. Aik! Takkan Pah dah bersalin... cepat benar. Adam sibuk mengendong bayi itu ke hulu dan ke hilir. Tak mahu dilepaskan langsung. Suara-suara bingit yang menyesakkan telinga dibuat tak layan saja.
            "Wei!!!" suara Faizul betul-betul di tepi telinganya. "Anak aku menangis kelaparan kot. Kau ni agak-agak la nak buat main macam anak patung dengan dia," Adam tersengih mendengar bebelan Faizul.
            "Iyalah... ambillah anak kau, kedekut! Aku nak bermanja sekejap pun tak boleh," balas Adam sambil menyerahkan bayi Faizul yang berusia seminggu itu dengan penuh berhati ke pangkuan si ayah yang banyak bunyinya dari tadi. Sempat lagi Adam menghadiahkan jeliran lidah setelah bayi kecil itu beralih tangan.
            Tamparan di lengan membuatkan Adam memusingkan wajahnya pada sumber tampar tadi. Pah menggelengkan kepala.
            "Dah nak jadi bapa budak... tapi perangai macam budak-budak!" komen Pah dengan keletah Adam. Boleh pula dia main-main jelir lidah dengan Faizul, sungguh gaya keanakan. Tapi lelaki itu suka sangat dengan bayi kecil itu. Dikendongnya ke hulu hilir di ruang tamu ini.
            "Itu namanya papa yang manja... bukan perangai budak-budaklah... nakal dan manja," bisik Adam perlahan buat pendengaran Pah. Faizul sudah lesap di dalam bilik membawa anak kecilnya itu.
            "Comelkan Muhammad Faiq," ucap Pah, memesongkan usikan Adam. Kalau dilayan, makin menjadi-jadi usikan lelaki itu nanti. Sudahlah di rumah orang, kalau rumah sendiri lain ceritanya.
            "Comel sangat...," laju saja Adam menyambut. Tengok pun tahu, Adam teruja sangat tengok bayi itu.
            "Nanti baby kita pun mesti comel macam Faiq kan sayang...," sambung Adam lagi dengan senyuman di wajah. Pah turut tersenyum dek tempias manisnya senyuman itu.
            "Jomlah balik... kesian kita kacau dia orang lama-lama," Pah sudah mula menarik lengan Adam untuk bangkit berdiri dengannya. Perut yang sudah makin membulat ini membuatkan dia lebih berhati-hati mengatur pergerakan. Ibu dengan mummy, tak putus-putus menyuruhnya banyakkan berehat, jangan buat kerja lasak-lasak. Erk! Pah hanya tersenyum saja mendengarnya. Berehat apa ke benda, kerja bertimbun-timbun. Jangan buat kerja lasak, bukannya kerja aku pergi tebang kayu balak. Risau sungguh ibu dan mentuanya.
            "Fai... kami nak berangkat pulang ni," laung Adam kuat dari ruang tamu. Terkocoh-kocoh Faizul muncul dari bilik.
            "Dah nak berangkat... baguslah...," selamba biawak komodo saja Faizul mengucap kata. Siap tangan dah guide ke arah pintu.
            "Bagus punya layan tetamu macam ni!" perli Adam. Faizul melepaskan tawanya.
            "Aku melawak sajalah... macam tak kenal," Adam pun turut tertawa. Keselambaan mengatasi segalanya antara dia dan Faizul. Nak buat macam mana, dapat kawan baik spesies macam dia juga. Suka melawak tak tentu hala.
            "Bila nak balik Penang?" suara Pah mencelah.
            "Minggu depan".
          "Balik Penang nak buat apa?" Adam mencelah dengan soalan bendulnya. Pah menjeling sekilas. Nak buat apa? Boleh pula dia tanya soalan yang begitu mudah jawapannya.
            "Nak membeli belah bang...," sarkastik saja balasan yang Pah beri.
            "Okeylah abang Zul, kami gerak dulu ya," pamit Pah. Tidak mahu berlama-lama, kerana sudah lama mereka berada di situ. Pasti Faizul dan Eja hendak berehat juga. Mak Ton yang awal lagi sudah tiba dari Pulau Pinang keluar bersiar-siar dengan besannya. Ke mana? Pah tak sempat nak tanya.
            Adam memimpin tangan Pah sejak keluar dari rumah Faizul sehinggalah sampai ke depan kereta. Sesudah pintu kereta dibuka Pah pula yang mengeratkan pegangan tangannya dengan Adam. Senyuman sudah terukir di bibir.
            "Kenapa?" soal Adam pelik.
            "Nampak macam papa yang penyayang, pimpin anak sampai kereta," Adam sudah tertawa dengan komen Pah. Iya ke. Automatik saja tangannya terasa nak pimpin tangan Pah yang semakin hari, semakin perlahan pergerakannya.
            "InsyaAllah... suami dan papa yang penyayang... ya kan sayang papa," ucap Adam seolah berbicara dengan bayinya. Pah yang merasakan pergerakan dalam rahimnya menjadi kagum. Anak bagi respon pada pertanyaan papa.
            "Anak abang cakap... ya papaku yang penyayang," jawab Pah dengan senyuman manisnya.
            "Mama jawab apa?" soal Adam dengan nada yang romantis. Mata Pah sudah laju meliar ke arah sekeliling. Kawasan yang lapang dan cerah, Adam boleh pula nak buat drama romantika tengah-tengah alam ni.
            "Jom balik...," terus saja Pah meloloskan diri ke dalam kereta yang sudah sedia terbuka pintunya. Adam hanya menurut saja sambil melangkah ke tempat pemandu. Dalam hati sempat berfikir, macam tak boleh kacau Pah di rumah. Dia terus tersenyum sendiri.

"ABANG... yang ni lawa kan?" soalan Pah menggamit perhatian Adam. Adam menganggguk buat sekian kalinya.
            "Tapi yang ni pun comel juga!" ucap Pah sambil mencapai baju bayi yang tersusun elok di rak itu. Dikalihkan wajahnya pada Adam dan Adam sudah mula menayang wajah bosan. Terus saja Pah tersengih kelat.
            "Semua lawa... semua comel... sayang! Tapi bilanya yang Pah nak pilih. Nak beli yang mana? Tak sakit ke kaki dah berdiri dekat sejam dekat sini...," rungut Adam perlahan. Tadi sepatutnya agenda mereka ke rumah terus. Tapi Pah dah utarakan untuk singgah beli barang untuk baby. Diturutkan saja kehendak isterinya itu.
            Tadi, dia dengar Pah cakap penat. Letih. Tapi bila dah tengok baju-baju bayi yang comel di dalam kedai ini, seakan hilang terus kepenatan di wajah isterinya itu. Penangan baju yang comel pun mampu menerbangkan segala keletihan dalam hati.
            "Abang pilihkan... kalau nak suruh Pah pilih, Pah rasa macam nak angkut semua saja," ucap Pah dengan wajah yang comel. Adam sudah tersenyum, memerli.
            "Nak angkut semua ya sayang...," Pah mengangguk dengan comelnya. Adam dah menggelengkan kepala. Kehendak ibu mengandung ini, kadangkala seakan sukar nak dijangka.
            "Tak apa, tak payah nak mengangkut semua. Dah lupa, Pah dah angkut sebelum ni berapa banyak... sekarang ni, cari barang yang penting saja... kena kawal sikit nafsu membeli-belah ni...," tegur Adam dengan nada tegas. Kalau dibiarkan makin menjadi-jadi.
            "Iyalah...," perlahan saja Pah menurut. Baju yang berada dalam pegangannya diletakkan kembali. Wajah dah tak ceria. Kena sound dengan encik-bakal-papa di sebelah. Tak pernah-pernah dengar nada Adam yang tegas selama mereka menjalani kehidupan sebagai suami isteri, tiba-tiba dapat dengar rasa macam nak tersentap pula.
            "Jomlah... balik...," ucap Pah lambat-lambat. Macam tak nak terkeluar saja suara dari kerongkong. Muka sah dah macam tempe basi. Kena marah la kata.
            "Berdiri sampai sejam, nak balik dengan tangan kosong?" Adam masih dengan nada yang sama. Pah diam saja tidak memberi sebarang respon. Sedih! Kena marah. Baby... papa marah mama...
            "Jom!" Adam sudah menarik lengan Pah setelah memilih beberapa helai baju yang dibelek oleh Pah tadi. Pah mengatur langkah sambil mengunci bibirnya daripada bersuara. Tak mahu cakap apa dah. Nanti kena marah, rasa kecik hati. Tak boleh nak tahan perasaan sayu ini. Mujur tak bergenang air mata saja.
            Selesai membuat bayaran, Pah sudah mengorak langkah ke depan sedikit dari Adam. Bukan dia nak merajuk ataupun minta dipujuk tapi sejak mengandung, jiwanya terlebih sensitif. Sedangkan kalau ikut logik akal, apa yang Adam katakan tadi tak adalah bisa sangat.
            "Adam!" suara yang menyeru nama Adam membuatkan langkah Pah terhenti. Badannya sudah dipalingkan melihat Adam yang turut sama memalingkan wajah untuk melihat gerangan yang menyeru namanya. Spontan mata Pah sudah membulat. Dalam keadaan perasaan yang tengah berkecamuk ini, dia tidak mampu untuk melihat sesi percubaan merampas Adam. Dia tak cukup kuat macam dulu.
            Wajah Rania yang tersenyum mesra sudah berdiri betul-betul di depan batang tubuh Adam. Hati Pah semakin dipagut rasa sayu. Entah kenapa, dia rasa sedih pula. Seolah kedatangan Rania nak mengambil Adam darinya. Kakinya sudah mula berpusing. Dia hendak keluar dari situ.
            "Latifah...," baru selangkah kaki melangkah, namanya dipanggil. Suara Rania memanggil namanya. Dia bukan berhalusinasi kan?
            Dia baru saja nak memusingkan badan untuk kali kedua, tapi Rania lagi cepat sudah muncul di depan wajahnya. Senyuman lebar saja di wajah Rania.
            "Congrats for your baby...," ucap Rania dengan senyuman. Pah tersentak. Ikhlaskah ucapan itu. Pah tidak membalas. Dia statikkan saja wajahnya. Hendak mengukir senyuman, mood sudah tidak mengizinkan.
            "I gerak dulu," pamit Rania. Pah tersentak lagi. Secepat itu. Dah puas ke dia menatap wajah Adam kesayangan... aku!
            "Latifah... sorry kalau awak tak selesa dengan saya... saya minta maaf for those awful attitude when you were in Aussie... I know, I was too annoying, macam kucing kegatalan berpusing belakang suami awak...," Pah tersentak, lagi dan lagi. Part kucing kegatalan, ,mana dia tahu?
            "tapi masa tu... tak dapat nak fikir dengan waras... I thought, when I close to him, I can win his heart back... tapi, susah ya amat! Sebab hati dia pada awak saja...," Pah terkebil-kebil melihat wajah Rania yang tersenyum manis. Rania ke yang cakap tu semua? Rania yang aku cakap kucing siam boleh cakap ayat macam ini? Betul ke ni?
            "Again... I'm extremely sorry for causing any offense... sincerely wishing both of you to be a great parent... Adam...," Rania sudah berpaling pada Adam.
            "Baby dah lahir nanti, e-mail to me okay... see you guys then," sesudah itu Rania sudah hilang dari pandangan mata. Berkerut dahi Pah. Manusia memang macam-macam ragam kan? Sokong tak?
            Dulu dia yang macam kucing kegatalan boleh juga transform kepada kucing yang penuh kesopanan. Tengoklah gaya dia cakap tadi, seronok saja aku dengar tak ada orang nak kacau suami aku dah.
            'Ada Pah... ada' suara hatinya berkata.
            'Siapa?'
            'Aliya Suzana!'
            'Alah... dia kan manusia juga, takkan dia tak boleh berubah. Pasti saja boleh... doakan saja supaya setiapnya akan berubah untuk kebaikan'.
            "Pah...," tegur Adam apabila Pah terlalu lama mendiamkan diri.
            "Kenapa dia boleh muncul di episod ni ya bang?" soalnya pada Adam dengan kerutan di dahi yang masih tidak hilang.
            "Biasalah... cerita nak habis dah, kenalah selesaikan semua watak dengan damai," terang Adam macam dia dah tahu penyudah kisahnya.
            "Mana abang tahu? Abang director ke?" soal Pah lagi. Adam sudah tersenyum kecil. Lucu mendengar soalan Pah yang gaya seperti anak-anak.
            "Abang bukan director... abang cuma kawan kepada author saja... mestilah abang tahu flow cerita kita," jawabnya sambil mengenyitkan mata pada Pah.
           Wajah Pah yang tadi macam tempe basi, sekarang dah macam kena tanam tebu. Manis dengan senyuman saja. Bila dengar ucapan Rania seakan sudah terbang segala kesedihan yang bertandang di jiwa. Semoga berbahagialah semuanya.
           "Abang...," panggil Pah perlahan. Adam yang sedang khusyuk dengan pemanduannya sekadar menyahut saja.
            "Pah sayang sangat dengan abang," jujur Pah mengakui rasa hatinya. Perutnya diusap dengan penuh kasih. Anaknya dan Adam. Bukti cinta mereka.
            Adam sudah tersenyum kecil dengan pengakuan Pah. "Abang pun sayang sangat dengan Pah," balasnya mesra. Jemari Pah digenggamnya erat mengalirkan rasa cintanya yang tidak berbelah bahagi buat si dia yang bergelar isteri.

Beberapa bulan berlalu...
            "Sayang... lampin!" jerit Adam dari dalam bilik. Pah melepaskan keluhan buat sekian kalinya. Dia baru saja hendak bergerak ke tandas, sudah dipanggil lagi.
            "Ibu... tengokkan menantu ibu ni sekejap...," laung Pah pada ibu yang berada di dapur. Dia kini berada di Hulu Langat. Sudah hampir sebulan dia di sini. Sesudah melahirkan anak dan discharge dari hospital terus saja ibu membawanya pulang ke rumah. Adatlah kan, ibu yang kena jaga anak perempuan setelah dia bersalin.
            Selesai saja Pah keluar dari tandas, sekali lagi Adam melaung namanya. Entah apa sajalah pak cik itu. Dikerling ke arah jam di dinding, sudah menginjak ke jarum sembilan. Aik! Takkan nak berkhemah di sini kot suaminya itu. Tak nak pulang ke rumah ke? Desis Pah sendiri.
            "Abang tak nak balik ke?" soal Pah yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik.
            "Sampai hati menghalau".
            "Bukan halau... risau, nanti lewat sangat abang balik".
            "Abang tidur sini tak boleh?" soal Adam dengan nada merayu. Rindu pula dia nak tinggalkan si kecil ini dengan mamanya di sini. Dia pun nak temankan mereka juga.
            "Tak payah... bagilah Pah rehat dua bulan penuh! Abang tak boleh kacau...," balas Pah dengan nada bergurau.
            "Pah!!!" tiba-tiba saja Adam menjerit. Pah terpinga-pinga. Kenapa pula dah?
            "Baby ni sengaja kencing atas papa!" mendengarkan ayat itu, Pah sudah melepaskan tawa. Dilihatnya baju Adam sudah basah. Nasiblah.
            "Kenapa tak pakaikan pampers terus... nak main-main lampin pulak! Ha... kan dah kena kencing...," bebel Pah sambil bangun dan mengambil pampers dalam rak.
            "Nasib dia kencing saja bukannya...," belum sempat Pah hendak menyudahkan kata, wajah Adam sudah berubah kelat. Pah yang mengikuti isyarat mata Adam terpaku. Sesaat kemudian, tawanya sudah lepas. Haha... dah kena 'sambal' anak sendiri.
            "Anak papa ni... memang nakal macam papalah," komen Pah sambil mengambil bayinya dari kendongan Adam.
            "Nakal-nakal papa... tak main sembur atas orang tau...," balas Adam tidak puas hati.
            "Papa... dia baby lah... dia mana tau apa-apa".
            "Sebab dia baby punya pasal... papa maafkan," ucap Adam mencuit hidung anaknya yang comel.
            "Kalau bukan sebab baby... papa nak buat apa?" sengaja Pah menyoal, nak juga tahu apa tindakan Adam nanti.
            "Papa kiss mama dia... senang cerita," balas Adam dengan sengihan nakal.
            "Pergi tukar bajulah!!!" marah Pah seraya menukar terus topik mereka. Adam ketawa senang hati.
            Akhirnya, Adam berjaya juga bermalam di Hulu Langat setelah ber-slow talk dengan ibu. Ah... ibu, kalau yang bercakapnya aku, pasti semuanya okey saja. Bukan setakat dengan ibu, Adam boleh kamceng. Sekarang ini, dengan abah pun... Adam dah jadi macam best buddy saja. Tak sangka segarang-garang abah tu, boleh duduk bergelak ketawa. Bila tengok abah yang garang itu layan cucu, lagi tak boleh nak tahan gelak... manjanya.
            "Nama apa cucu tok abah?" soal abah seolah bayi itu boleh menjawab saja. Pah dan Adam tersenyum melihat keletah orang tua itu.
            "Cucu tok abah nama Aiman Lutfi...," jawab ibu yang sudah mengambil tempat di sebelah abah.
            "Awak ni... sibuk la, saya nak bermanja dengan cucu ni," ibu dah menarik muka dengan kata-kata abah.
            "Amboi! Macam cucu dia seorang saja!" balas ibu tak nak mengalah.
            Pah dan Adam sudah berpandangan sesama mereka, lantas kedua-dua wajah itu merekah dengan senyuman. Ada sesuatu yang disampaikan melalui pandangan mata saja. Mereka memahaminya.
            "Oh ya... Pah! Ibu lupa nak bagi... tadi ada dapat surat," maklum ibu sambil menyerahkan sampul berwarna krim kepada Pah.
            "Apa ni?" soal Adam di sebelahnya.
            "Macam kad?" perlahan tangan Pah menarik keluar isi di dalam sampul. Kad Undangan Perkahwinan. Matanya terus saja membulat melihat nama mempelai yang tertera di atasnya. Bibirnya sudah mengucapkan tahmid pada Allah. Semoga dia berbahagia hendaknya.
            "Siapa Pah?" soal Adam apabila Pah sudah tersenyum sendiri.
            "Hafiz," jawab Pah sepatah.
            "Dengan siapa?" Pah mula melarikan pandangan mata pada nama pengantin perempuan. Jantung berdebar, suspen semacam. Dia inginkan satu nama itu tertinta di atas kad berwarna kuning keemasan ini. Tetapi... jodoh itu kan kuasa Allah. Jodoh Hafiz bukan dengan dirinya, mahupun dengan Aliya. Tetapi siapa sangka, jodoh Hafiz dengan Dr. Zulia, janda berhias yang kehilangan suaminya sehari selepas hari pernikahan. Mujur, jodohnya masih ada.
            "Pah suka Hafiz kahwin dengan Zulia...," ucap Pah sendiri. "Zulia baik sangat... dia mesti jaga Hafiz dengan baik," tambah Pah lagi.
            "Okeylah... semua dah ada happy ending masing-masing," Adam sudah mula menarik kad jemputan perkahwinan itu dari tangan Pah.
            "Abang tak perasan ke... ada cerita seorang lagi yang tak terlerai".
            "Siapa?"
            "Aliya!"
            "Pah... bukan semua boleh dapat apa yang dia idamkan... mungkin macam tu juga dengan Aliya. Kita doakan yang terbaik untuk semua ya...," Pah tersenyum mendengar jawapan Adam. Doakan untuk semua.
            "Terima kasih abang Adam," ucap Pah manja. Adam sudah tersenyum melihat lagak isterinya.
            "Terima kasih adik Latifah," balas Adam bersahaja.
            "Pah sayangkan Adam," ucap Pah lagi.
            "Adam pun sayangkan Pah," balas Adam dengan nakal.
            "Aiman Lutfi sayangkan mama dan papa," erk! Pah terus saja terasa panas wajahnya. Terlupa, mereka bukannya berdua-duaan. Malu!
            Wajah ibu yang sedang tersenyum suka sambil menyerahkan Aiman ke dalam dakapannya hanya menambahkan rona merah di wajah. Ditambah lagi dengan senyuman di wajah abah, Pah rasa nak bersembunyi di belakang Adam saja.
            "Merahnya," usikkan sudah menyinggah telinga. Siapa lagi? Papa Aimanlah!
            "Aiman dan papa sayangkan mama... sangat-sangat sayang," serentak itu pipi Pah dihadiahkan sebuah kucupan kasih. Adam sudah tidak kira di mana mereka berada. Perlakuan penuh kasih itu harus ditunjukkan sebagai bukti rasa kasih yang sedang melimpah ruah buat isteri yang tercinta, Latifah Hasnan.
            Dengan wajah Pah yang terkesima, bayi yang sedang elok dalam dakapannya. Adam mendekatkan wajahnya dan Pah, satu bunyi KLIK merakamkan wajah mereka. Keluarga baru mereka. Bermula dengan Adam dan Pah... kini berakhir sebagai mama dan papa Aiman. 

::TAMAT::

__________________________
my second e-novel yang selamat habis.
Sudi2 baca dan komen ya. :)
Terima kasih semua.

Comments

  1. to Nurin : story dh abis dikarang pun. Boleh baca by chapter, klik di side bar :)
    enjoy ur reading. TQ.

    ReplyDelete
  2. emm...
    nice story...
    different from others...
    keep the goood works!!!
    aja!! aja!!!!!

    ReplyDelete
  3. suka sgt...hihihi

    ReplyDelete
  4. kak umi...tahniah...satu lg karya akk yg sangat best......

    sangat best kak.......mmg feeling hbs,,,,kak x mau bukukan mini novel nie?? boleh sya simpan buat koleksi.....boleh la kak.....

    luv u kak umi kalsom.......like all ur story,,,,,

    ReplyDelete
  5. love ur story...so sweet...

    ReplyDelete
  6. nk pau ice kacang 1 ., haha
    best ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia