Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

[7]

Tuan 'Singa' Milikku BULAN MADU, tiga hari dua malam di Colmar Tropicle terasa sangat istimewa. Ditambah dengan layanan Asad yang sentiasa romantik tidak sudah-sudah, hanya menghangatkan jiwaku. Dengan kehadiran benih kasih sayang ini, terasa makin erat perhubungan aku dengan mama Asad. Senyuman tidak lekang dari bibir aku sejak pagi tadi.             Masuk hari ini, sudah dua minggu aku pergi dan pulang dari pejabat dengan suami tercinta. Tuan singa pun sudah kurangkan sedikit aktiviti kerjanya. Kalau ada kerja sekalipun, dia pasti akan hantar aku pulang dulu kemudian bergegas ke pejabat semula.             Kasihan juga aku melihat gaya Asad yang kena berkejar ke sana-sini. Iyalah, macam menyusahkan pula. Hendak hantar aku lagi. Lepas itu datang ke pejabat semula. Baliknya, jam sepuluh ke atas juga. Sikap berkerja keras itu masih tidak dap...

[6]

Tuan 'Singa' Milikku “WELCOME to Colmar Tropicle.” Aku tergelak terus dengan gaya Asad seolah salah seorang kakitangan di Berjaya Resort ini.             “Abang ni… buat Sham segan sajalah.”             “Kenapa?” keningnya sudah bertaut. Perlahan tangannya sudah mengunci pintu.             “Macam baru kahwin pulak.”             Aku nampak dia sudah menarik senyuman gatal. Aduh! Gatal-gatal pun, masih kacak. Pantas aku mengalihkan pandang ke jendela.             “Kalau tak buat macam ni, lama-lama Sham tak sayang abang pulak.”             “Ada pulak cakap macam ni.” Aku sudah menampar perlahan tangannya yang sudah memelukku d...

[5]

AKU pulang awal hari ini. Tapi tidak terus ke rumah. Fikiranku terganggu. Kata-kata Asad merunsingkan fikiranku. Isteri nombor dua? Sememangnya bukan niat aku untuk menolak hukum agama, tapi aku tidak punya kekuatan untuk berkongsi kesayangan aku itu. Dengan sesiapa sekalipun!             Pandangan kuhalakan pada aksi kanak-kanak di taman permainan. Gelak tawa dan jeritan mereka seolah menarik diriku sekali untuk turut serta mengikuti mereka. Lantas aku labuhkan punggung di salah satu bangku kosong di situ. Sempat aku mengerling ke arah jam di tangan. Sudah pukul enam petang.             Selalunya, waktu begini aku akan memulakan masakan di rumah. Memasak untuk Asad. Tetapi, memandangkan aku sedang merajuk tanpa suara dengannya, jadi aku tidak mahu masak. Dan Tuan singa itu pula, entah ke mana. Awal sungguh di keluar dari pejabat hari ini. T...