Advs

Followers

June 15, 2011

[4]

“TAK nak Sham temankan ke?” aku tanya lagi untuk kali yang ke sepuluh. Dan dia masih dengan senyumannya sambil menggelengkan kepala. Lengan kemeja berwarna ungu muda itu dikancingnya. Tie berwarna biru tua dibalut pada kolar baju. Sambil merapikan tie, dia pandang wajah aku. Lama.
            Aku tergelak sendiri. Ada sesuatu yang sudah mengusik mindaku. Kenangan lama. Perlahan aku bergerak merapati dirinya. Dia tersenyum lagi malah makin nakal pula senyuman itu.
            “Abang percaya tak Sham ni isteri abang?” terpacul dari mulutku soalan yang tidak berapa cerdik itu. Gaya seperti baru berapa saat yang sudah kami diijabkabulkan, sedangkan sudah dua tahun berlalu.
            “Kenapa tak percaya pula? Kalau tak percaya… abang takkan buat macam ni.” Terus saja dia… ah, tidak perlu aku sebut lebih-lebih! Merah sudah wajahku. Menyesal pula aku hendak buka topik mengimbau kenangan lama.
            “Budak perempuan yang selekeh… berdiri dekat bus stop dengan seluar celoreng dia tu. Dan yang paling abang takkan lupa… your tudung! Sabar sajalah…” dia ketawa, memerli. Tapi aku sudah melepaskan tawa bahagia. Siapa sangka dalam keadaan aku yang begitu tidak menarik sebenarnya merupakan titik pertemuan antara aku dan dia. Pertemuan jodoh kami berdua.
            “Abang rasa apa masa tu? Masa first time tengok Sham?” aku tanya dengan teruja. Belum pernah lagi aku bertanyakan tentang perasaannya waktu kali pertama melihat aku.
            “Oh please… you surely won’t like to hear this.”
            “Try me!”
            “Masa tengok Sham dalam keadaan macam tu… dengan tudung berkedut seribu. Muka… Allahuakbar… tak payah cakap, macam baru lepas mandi minyak. Dan dress code yang sangat buruk tu… abang berdoa dalam hati sebenarnya…” dia terhenti. Matanya melekap di wajahku. Dia menarik lagi senyuman yang paling mahal di bibirnya.
            “Malang sungguh lelaki yang kena kahwin dengan dia ni.” Sambung Asad. Dan aku melopong. Lelaki malang! Huh.
            “Jadi… abang rasa malanglah kena kahwin dengan budak tu?” aku soal juga dengan muncung sedepa.
          “Eh… siapa cakap?! I’m the most luckiest men to have you as my wife. Really feels so lucky. Alhamdulillah.” Ucapan itu kedengaran sangat ikhlas pada pendengaran aku. Rasa terharu dan sayu bergabung menjadi satu. Dalam fikiran aku sudah mula untuk membuat babak melodrama lagi satu. Tapi tidak begitu sempat kerana dia lebih pantas bertindak untuk menggamatkan keadaan.
            “Luckily, Sham tak pakai macam tu depan mama… kalau tak, dalam mimpi sajalah mama nak berkenan dengan budak perempuan selekeh macam tu.” Sambungnya dengan ketawa besar. Aku tengok dia ketawa, aku pun ikut ketawa sekali. Terasa sungguh bahagia.
            “Tapi kan… macam mana sayang boleh transform seratus peratus dari imej budak perempuan selekeh tu? I’m curious… betul-betul tak sangka budak perempuan yang selekeh tu adalah isteri abang yang begitu cantik sekali.” Ucapnya sambil memainkan jarinya di daguku. Aku pula tersenyum.
            “Ni semua sebab abanglah.”
            “Abang?”
            “Iyalah… abang tengok Sham masa tu, macam teruk tahap apa-apa. Pandangan tu membunuh sebenarnya. Sham terfikir la… kalaulah Sham terjumpa dengan bakal suami Sham dalam keadaan macam tu… err… nanti dia fikir apa pula.”
            “Dia akan fikir macam abanglah, budak perempuan selekeh yang entah akan jadi bini siapa,” dia balas dengan tawa. Aku geram. Laju saja tangan aku mencubit lengan dia dengan sekuat hati. Tapi tidak langsung mematikan gelak tawa dari bibirnya. Sekarang aku rasa betul-betul menyesal sebab gatal mulut hendak mengimbau kenangan lama. Akhirnya aku juga yang terkena.

AKU hantar dia sampai ke muka pintu. Merah sudah wajah Asad sebab banyak sangat gelak. Beriya sungguh dia ketawakan aku tadi sampai terbatuk-batuk. Jenuh aku menyuakan air supaya basah sikit tekaknya yang sudah kering itu.
            Tangannya kucapai dan bersalam seperti biasa. Dan dia juga masih dengan reaksi yang sama. Kucupan wajib singgah di dahi aku sama seperti hari-hari yang sebelumnya.
            “Abang akan balik lambat… sebab lepas jumpa doktor Amri, abang ada nak jumpa someone ni.” Maklumnya padaku. Someone itu siapa? Langsung aku tidak bertanya. Kalau berkenaan hal kerja, aku tidak akan banyak bersoal siasat lagak polis pencen saja. Aku biarkan dia menguruskan dunia kerja dengan caranya.
            “You okay?”
            “Hah?” aku pula yang terkejut.
            “Sham okey ke ni?” Aku semakin pelik.
            “Kenapa?”
            “Erm… tak apalah. Jaga diri sayang... Pakistan datang jual karpet, jangan buka pintu tau!” selamba saja dia perli aku lagi. Sebab aku pernah ada kes tertipu dengan penjual karpet. Memang haru sungguhlah.
            “Abang!” aku sudah mengancingkan gigi. Eeiii… geram pula aku dengan Tuan singa ni!

MATA aku tidak henti-henti mengerling jam di dinding. Sudah pukul sepuluh malam. Dengusan kasar aku lepaskan untuk kesekian kalinya. Ini yang aku nak marah! Suka sangat buat aku ternanti-nanti tanpa khabar berita. Kalau ada kerja yang hendak diuruskan, beritakanlah. Ini tidak! Dia buat senyap saja. Merayau dekat luar itu seorang diri.
            Alat kawalan televisyen atas meja ku capai. Dengan rasa marah, aku tekan siaran kartun. Disney channel pun layan sajalah waktu-waktu begini. Hati aku tengah panas. Siapa hendak sejukkan? Tuan singa tu? Batang hidung pun belum nampak.
            Sebaik saja mataku menyapa skrin televisyen. Aku terus terpaku. Alahai… TV pun tahu yang aku sudah pun merindui dia. Kartun Lion King yang sedang ditayangkan itu aku tonton dengan penuh khusyuk. Sampai tidak sedar, alih-alih sudah ada orang yang duduk di sebelah aku. Nasib baik manusia. Manusia itu pula, Tuan singa. Terus aku tarik muka.
            “Marah?” dia sudah tahu jawapannya, tapi masih hendak bertanya. Aku diam. Merajuk! Kalau hari-hari aku asyik merajuk, asyik marah… cepat tualah aku. Haish! Tak boleh jadi macam ini. Nanti aku tua… Tuan singa kekal muda, mana boleh.
            “Abang tu… kalau balik lambat, tak boleh taip mesej… Sham, abang balik lambat hari ni. Tak boleh ke?” aku soal dia dengan nada memerli. Guna saja telefon bimbit mahal. Hendak mesej isteri dua, tiga patah itu pun tak boleh. Baik tak usah guna telefon kalau macam itu.
            “Abang lupa. Sorry.” Ucapnya manja.
            Aku menjeling tajam. Senang sungguh dia bagi jawapan. Sorry! Ajukku dalam hati.
            “Works come first. Wife comes second. Macam tu?”
            Dia tersengih saja dengan soalan aku itu. Aku jeling lagi. Geram pula aku tengok dia tersengih-sengih gaya kerang busuk ini.
            “Abang sayang kerja abang…” dia cakap macam itu dengan aku. Sungguh tidak berhati perut Tuan singa ini. Dia sudah lupa ke yang dia berada di rumah pada ketika ini.
            “Tapi… abang sayang isteri abang lebih daripada kerja abang.” Bibirnya sudah singgah di pipiku.
            “Tipulah!”
            “Tak percaya?”
            Aku geleng kepala. Konon-konon betul tidak percaya dengan kenyataan itu.
            “Kiranya… abang kena cakap dialog ni dengan orang lainlah ya? Dah Sham tak nak percaya.” Selamba saja ucapan dia membuatkan aku memandang wajahnya dengan renungan tajam.          
            “Ayat macam nak tambah cawangan saja?” perliku. Riak wajahku masih mampu dikawal. Tapi dalam hati, sudah macam-macam rasa. Sanggup ke hendak berkongsi Tuan singa dengan orang lain? Errr… kalau diikutkan dari segi kewangan, suami aku memang mampu untuk beristeri lebih daripada seorang. Tapi… aku? Sanggup ke?
            “Bukan abang yang nak tambah.”
            “Habis?” soalku gopoh. Pelik pula aku mendengar ayatnya itu.
            “Ada orang minta nak jadi isteri nombor dua abang.”
            Membulat mataku. Melopong terus aku dekat situ. “Abang?” ucapku tidak percaya. “Jangan nak main-main dengan Sham pasal hal kahwin ni… abang saja kan nak kacau Sham?” aku cuba selitkan nada bergurau di hujung untuk meredakan perasaan aku yang sudah resah dan gelisah.
            “Sayang… abang tak tipu.” Tenang saja dia bercakap begitu. Wajahnya tidak tersenyum pun, menunjukkan dia tidak bergurau. Aduh! Siapa pula makhluk yang menawarkan diri untuk jadi isteri nombor dua suami aku ini? Sudah pupus ke lelaki bujang di Malaysia ini? Kalau sudah pupus, cakap dengan aku. Aku akan usahakan untuk cari lelaki bujang di kawasan luar dari Malaysia pula. Asalkan jangan minta suami aku sudah!

_________________________
Cerita Tuan singa ni adalah idea spontan. Tak buat draf pun untuk setiap bab. Tak tahulah okey ke tidak jalan ceritanya. Apa-apa pun, terima kasih pada anda semua yang sudi baca karya Umi.
Maaf, update mungkin lambat sebab makin banyak pula kerja dekat ofis. Jumpa lagi dalam entry TSM 5, InsyaAllah. :)

18 comments:

  1. ke mne tuan singa smpai balik lmbt tu??
    spe yg baek sgt offer diri nk jd 2nd wife tuan singa tu??
    isk3..mcm2 soklan..hehe
    come on syam..fight 4 ur tuan singa..ngaummm!!! hehe

    ReplyDelete
  2. sapa???
    jahat sungguh org itu...
    syam!! fight!!

    ReplyDelete
  3. ala slalu stop mcm ni....

    sian kat sham..huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. serius ke orang yg nk jd isteri no 2 tu...ke ade benda yg nk jd isteri no 2 tu...haha

    ReplyDelete
  5. ni yang xbest dgr ni..
    abg lion nk kawen len??

    ReplyDelete
  6. best!!
    harap isteri no 2 tu bukan manusialah..hehe..buatlah kereta ke,apa ke janji bukan manusia.. ^_^

    sham berjuang untuk cinta tuan singa..

    ReplyDelete
  7. betol2 ke ni ada org yg twrkn diri jd bini no 2? harap2 tuan singa x tergoda ngn perempuan tu...

    ReplyDelete
  8. Huwaa....
    Jgn lah tUan singa cari penyakit..
    Cian nanti sam..
    Akak ema mau lagik, he
    next

    ReplyDelete
  9. wah,,jujur betul tuan singa tuh kan,,hehee

    ReplyDelete
  10. asad gurau je tu kot.....x mau lah betul2, kesian sham.....!!

    ReplyDelete
  11. Oh no!

    Nk kawen lagiii??

    Sentap nih....

    ReplyDelete
  12. best..best..but still blur2 sikit. ye la still byk kena huraikan.
    ke mak tuan singa mtk suh tuan singa kawin lagi?
    tapi grenti tuan singa syg gila kat bini dia kan. lagipun skg ni pun dah tak reti bagi waktu kat kerja n bini. mmg tuan singa takkan ada hati nak tambah lain. grenti..hehehe

    ReplyDelete
  13. ala sian kat sham....da la penyabar xkn nk kna madu kot..xmo2...

    ReplyDelete
  14. hmm ntah2 btl tuan singa dh khwn..asyk ckp mcm 2 je..even melwk pn..niat dh ade 2..huhu..sian sham...

    ReplyDelete
  15. aduhai....
    sakit jantung tgk tuan singa nk kawen len...
    biar betik....
    huhuhu...

    ReplyDelete
  16. Aduss.. statement yg akan membuatkan isteri kena heart attck... Mama Asad ke yg suruh??? huhu...

    ReplyDelete