Advs

Followers

June 30, 2011

[7]

Tuan 'Singa' Milikku

BULAN MADU, tiga hari dua malam di Colmar Tropicle terasa sangat istimewa. Ditambah dengan layanan Asad yang sentiasa romantik tidak sudah-sudah, hanya menghangatkan jiwaku. Dengan kehadiran benih kasih sayang ini, terasa makin erat perhubungan aku dengan mama Asad. Senyuman tidak lekang dari bibir aku sejak pagi tadi.
            Masuk hari ini, sudah dua minggu aku pergi dan pulang dari pejabat dengan suami tercinta. Tuan singa pun sudah kurangkan sedikit aktiviti kerjanya. Kalau ada kerja sekalipun, dia pasti akan hantar aku pulang dulu kemudian bergegas ke pejabat semula.
            Kasihan juga aku melihat gaya Asad yang kena berkejar ke sana-sini. Iyalah, macam menyusahkan pula. Hendak hantar aku lagi. Lepas itu datang ke pejabat semula. Baliknya, jam sepuluh ke atas juga. Sikap berkerja keras itu masih tidak dapat dipisahkan daripada Asad. Sikap itu terlalu sebati dengannya. Asad… Asad…
            “Macam mana you all buat kerja? Langsung tak peka!!!” aku yang sedang asyik berkhayal pasal Asad, terus tersentak saat suara Tuan singa berdentum macam petir. Aduh! Ini kenapa pula? Sudah lama rasanya aku tidak melihat dia marah-marah begini. Teringatkan pula pada usikan Adila, tentang abang singa mengaum tak makan berapa bulan. Sedangkan, hari-hari aku bagi makan.
            Pucat lesi wajah kami semua yang duduk di meja bahagian kewangan. Bila singa mengamuk sakan, semuanya menikus. Aku pandang Asad yang sedang melampiaskan rasa marahnya dengan lama. Jelas sekali di mata aku, urat tengkuknya timbul sewaktu dia memekik nama seorang demi seorang. Marah sungguh-sungguh Tuan singa ini.
            Nasib bukan aku yang kena marah. Sebab rasanya aku tak ada terlibat dengan hal yang sedang dimarahkan oleh Tuan singa ini. Perlahan aku menarik nafas lega.
            “And you Sham!!!” oh mak!!! Terkejut aku saat Tuan singa mencerun padangannya ke arahku. Nama aku pun ada juga. Apa pula silap aku? Rasanya macam tidak ada. Mataku mengecil berbalas pandangan dengan Tuan singa yang sudah merah kalah biji saga. Macam anak dragon pun ada. Mujur tak berapi sahaja.
            “Masuk bilik saya!!!” aku tersentak lagi. Mataku mengekor langkah kakinya yang sudah menuju ke biliknya. Dia berpaling lagi bila tiba di depan pintu. Dengan pandangan yang tajam ke arahku, dia berkata…
            “Berangan apa lagi? Masuk sekarang!!!”
            “Oh ya… ya… Tuan Asad!” sudah berpeluh-peluh aku bila dengar intonasi Asad itu. Sempat aku menjeling sekilas ke arah Adila yang tidak lepas pandang ke arahku.
            ‘Chayok Sham!’ bibirnya bergerak tanpa suara. Aku… pasrah sahaja kalau kena marah! Walaupun aku yakin sangat, aku tidak bersalah.
            “Masuk!!!” tegas sekali suara itu memberi arahan bila tanganku ringan mengetuk pintu. Sempat lagi aku baca doa untuk sejukkan hati Tuan singa dekat dalam itu. Harap-harap, bila tengok sahaja muka comel isterinya ini, akan terbanglah semua kemarahannya.
            Bila aku dah masuk ke dalam bilik, dia masih begitu. Wajahnya memerah. Pandangan serius. Aku menelan liur. Kenapa? Apa yang Tuan singa ini tidak puas hati dengan aku?
            “Duduk!”
            Cepat sahaja aku melabuhkan punggung di depannya. Tidak mahu dia mengamuk lagi. Takut pula aku, kalau suami aku terkena tekanan darah tinggi. Nasib dia dah kahwin dengan aku, kalau tidak… tak dapat nak dibayangkan. Ada ke perempuan yang sanggup kahwin dengan lelaki yang suka mengamuk macam Tuan singa ini? Err…
            “Sayang…” tergamam aku seketika. Tuan singa panggil aku sayang di pejabat. Dan masih dalam waktu pejabat. Wah! Ini boleh masuk dalam diari untuk kekasih hati.
            “Datanglah tepi abang…” dia panggil lagi. Bunyinya manja sekali.
            Bila tengok muka Asad waktu ini, nampak macam kucing yang sangat comel. Hahaha… sanggup aku samakan suami aku yang kacak ini, dengan kucing. Kalaulah Asad tahu…
            “Datanglah sini…” panggilnya lagi bila aku masih belum bergerak mengikut arahan. Lambat-lambat sahaja aku bangkit dari kerusi dan berdiri disisi Asad.
            Asad terus tersenyum. Aku bila tengok dia senyum manis macam itu, rasa macam nak terbang tinggi saja. Terbuai-buai rasa hati ini.
            “Sini.” Tanganku ditarik untuk mendekat lagi. Dan aku sudah didudukkan pada pangkuannya. Aku akur sahaja walaupun masih tertanya-tanya. Apa sebenarnya agenda Tuan singa ini?
            Tiba-tiba dia meletakkan tangan aku di atas dadanya. Dapat aku rasakan degupan jantungnya yang sudah kalah orang berlari marathon. Ini mesti sebab dia memekak tadi, macam tak ada hari esok dah.
            “Penat marah.” Ucapnya sendiri.
            Aku mencebik. Dah tahu penat, siapa suruh marah. Macam singa kena cabut ekor. Cuba bayang kalau ekor singa kena cabut? Uh… aku dapat bayangkan, sebesar mana ngauman yang akan menggegarkan bangunan ini.
            “Sayang tak nak pujuk abang ke?” soalnya manja.
            Alahai… manjanya lenggok suara Asad. Nasib, lenggok bahasa yang sebegini hanya untuk pendengaran aku sahaja. Kalau bercakap dengan orang lain dengan lenggok ini, tak tahulah. Aku bermadu empat rasanya!
            “Nak pujuk ke? Dalam ofis ni?” aku tanya untuk kepastian. Sebab tidak pernah Asad buat perkara di luar alam begini. Dalam pejabatnya dan posisi aku di atas riba pula. Nanti kalau ada siapa-siapa yang masuk meluru, memang akan malu tidak sudah.
            “Tak nak pujuk tak apalah!” balasnya merajuk.
            Aku tergelak terus. Singa merajuk! Hehehe… makin comel.
            “Iya… Sham pujuk. Tapi nak pujuk macam mana… bukan Sham yang bagi abang marah. Orang lain…”
            “Sham la… bagi abang marah!” potongnya laju.
            Ewah! Salah aku pula.
            “Apa yang Sham buat?” soalku pelik. Sikit punya bagus aku melayan dia. Aku pula yang dikata sebab dia marah.
            “Tadi pagi abang minta, Sham tak bagi pun! Dia main turun kereta macam tu je.” Rungutnya manja lagi.
            Aku sudah terkebil-kebil. Apa yang dia minta dan apa yang aku tak bagi? Mana pernah aku tolak permintaan dia selama ini?
            “Abang minta apa?” soalku. Dahi sudah berkerut seribu memikirkan perkara itu. Takkan sebab aku sampai dia boleh mengamuk begitu sekali.
            “Ni…” spontan jarinya jatuh pada bibirku. Keningku bertaut. Tidak sampai beberapa saat mataku terbuntang. Laju tangan aku menampar lengannya dengan perlahan. Miang daun keladi betul Tuan singa ini, dalam pejabat dia boleh berbicara begini!
            “Cepat bagi… kalau tak… abang nanti marah lagi!” macam mengugut pula ayat Asad ini.
            Aku mencebik. Mengamuklah!
            Baru aku teringat, tentang kejadian dalam kereta tadi pagi. Aku tengah kalut hendak keluar dari kereta, dia menarik lengan aku dan suruh tutup pintu semula. Bila aku tanya kenapa. Selamba dia cakap… “Abang belum dapat daily kiss lagi.” Sampai terlopong aku dibuatnya. Jujurnya Tuan singa dalam berkata-kata. Selalu suka bagi aku blushing tidak kena gaya.
            Kalau iya pun hendak buat permintaan, tengok waktu dan keadaan lah! Situasi, dalam kereta. Kawasan parking. Haish! Walaupun hubungan mereka halal, tetapi tetap tidak boleh mempamerkan kemesraan di depan orang ramai. Kan?
            “Sayang… I’m waiting.” Suara Asad mengembalikan pandangan aku ke wajahnya. Muka dia sebijik macam kanak-kanak tengah tunggu gula-gula.
            “Sham boleh bagi apa saja yang abang minta…” ucapku perlahan sambil mengeratkan tanganku di bahunya. “Tapi… bila kita berdua saja. Bukan dekat sini. Okey sayang.”
            Dia mengeluh kecil. Kecewa agaknya.
            “Sekarang… Sham keluar dulu ya, abang.”
            Aku baru nak bangun, tapi dia menahan. Asad menayang wajah seposen. Taktik hendak mencairkan hati aku la tu! Tapi… aku pun sudah mula cair sebenarnya.
            “Actually… today you…” tersangkut-sangkut ayat Asad. Aku pandang wajahnya lama. Menanti butir kata yang seterusnya.
            Asad kulihat tiba-tiba sahaja tersenyum dengan nakal.
            “Isteri abang… nampak mengancam hari ni.” Kelu terus lidah aku bila dia cakap macam itu. Asad ni… sudah makin nakal sekarang. Disebabkan geram sangat, aku cubit pipinya kuat. Sampai dia mengaduh minta dilepaskan. Padan muka!

“EXCUSE me… is Asad in?” kepalaku terus terarah pada punca suara itu yang sedang mengajukan soalan kepada Adila. Siapakah manusia yang memanggil suami aku dengan panggilan Asad semata di pejabat ini?
            Jelas di pandangan mataku, seorang gadis tinggi lampai. Berbaju kemeja tanpa lengan berwarna hitam. Skirt separas lutut yang mendedahkan betisnya. Rambutnya yang panjang melepasi bahu, dibiarkan terbang bebas. Begitu tekun aku menganalisa sehingga tidak sedar, suami aku sudah berdiri di sisi si gadis cantik itu.
            “Asad… how are darling?”
            Erk!!! Darling dia panggil suami aku?! Perlukah aku bangun dan bagi siren bahawa itu suami aku? Dan gaya perempuan itu aku tengok, macam hendak memeluk Asad sahaja. Ewah… melampau! Nasib Asad sudah menjauhkan badannya sedikit, kalau tak… ada juga yang akan makan penyapu sekejap lagi.
            Baru tadi pagi Asad cakap aku nampak mengancam. Tetapi, petang ini aku sudah rasa terancam dengan si gadis yang aku tidak berapa nak cam.
            “Come. Let’s have drinks. Dah lama I ajak… you ni asyik mengelak je.” Telinga aku terpasang dengan luas mendengar ajakan perempuan itu yang terlenggok manja. Menyampah gila!
             Mataku sudah terarah pada PC. Konon-konon fokus bekerja. Padahal, aku tengah menunggu untuk dengar jawapan daripada suami aku. Aku nak  tahu juga, dia akan setuju ke tidak. Kalau setuju pun, sekurang-kurangnya kenalkan aku sebagai isterinya. Biar perempuan itu sedar sikit akan status Asad.
            “I have works to do. Tak boleh nak main tinggal macam tu je. Kalau you datang nak bincang pasal projek Halaman Sari, you boleh pergi jumpa Encik Zakuan. I dah serahkan hal kewangan projek tu dengan dia.”
            “That’s why I’m here but I want to ask you… why you handle the job to him? Boleh kan, kita discuss sekejap.”
            Aku mendengus kecil tanpa sedar. Perempuan ini kan, dah suami aku serah tugas pada orang lain, pergilah jumpa orang yang berkenaan itu. Kenapa perlu menempal dengan Asad lagi?!
            “Iyalah…” suara Asad yang bersetuju itu membuatkan aku tersentak. Asad…
            “Come…” dan mereka sudah melangkah untuk masuk ke dalam bilik Asad. Ketika melintasi meja aku, sempat pula Tuan singa itu buat order gaya macam kedai mamak.
            “Two coffee.”
            “Darling… you lupa ke, I tak minum coffee.” Kening aku terangkat. Aku rasa macam sedang menonton tayangan merpati dua sejoli.
            “Oh… iya ke. I tak pernah tahu pun. In fact, tak ada masa nak ingat pun.” Selamba jawapan Asad membuatkan aku hendak tersenyum terus. Berubah riak wajah cik yang aku tidak tahu nama itu.
            “I nak fresh orange!” selamba perempuan itu memberikan pesanan padaku. Gaya macam aku ini memang sudah terlantik untuk menjadi tukang bancuh air dekat sini. Fresh orange? Fresh orange ya… siap kau!
            Aku bangun menuju ke pantry tanpa mempedulikan pandangan Asad yang tepat di wajahku. Aku tahu… dia sudah dapat membaca apa yang bermain dalam minda ini. Tapi… ada aku kisah. Yang aku kisahkan sangat, bila ada perempuan lain ber-darling dengan suami kesayangan aku. Oh… kalau bab itu memang tidak boleh diberi peluang. Tuan singa, hanya milikku seorang!

_______________
Saya rasa seronok pula 'berdating' dengan Tuan singa ni. Tak nak habiskan cepat-cepat boleh tak? Ke nak ceritanya pendek dalam 10 bab saja?

22 comments:

  1. 20 bab boleh tak umi,,hehehe,,

    smbung cpt2 yer umi

    ReplyDelete
  2. 20-15 bab la...hahaha..suke suki je mengoder :D

    klau suke,dating la slalu dgn tuan singa ni erk..kiteorg pun suke jgk.kui3

    abes laa..fresh oren spesis ape la yg syam hidangkan tu..hehe

    ReplyDelete
  3. 20-25 ok kot..klu tiap2 ari ade n3 lg best hihi

    ReplyDelete
  4. wawawawaa.bez22.xkisah panjang xpe pendek pun xpe!!

    ReplyDelete
  5. nak cepat2 habis.. x kesah la pendek ka pnjg.. hehehe

    ReplyDelete
  6. xkesah....asl ade n3 slalu:))

    ReplyDelete
  7. Fresh orange apakah yg akn dibuat oleh aham??? xsabar nak tau ni... Lagi pnjang lagi best umi...

    ReplyDelete
  8. kalau 10 jer.. tinggal lg 3 entry.. huhu...

    dalam 20-25 boleh? boleh lama sikit... :-)

    TQ!

    ReplyDelete
  9. Hehehe
    pandai pun tuan singa yea:-)

    ReplyDelete
  10. kak umi!!!!
    you make me smile =)
    sepanjang cerita asyik senyum sorang2 baca gelagat syam dengan asad..

    suka sangat2!!!
    kak umi buatlah dalam 20 bab lebih ke..hehehe.. =)

    ReplyDelete
  11. nak lagiiiii....huhuhu tak puas baca, kasi la pjg.

    ReplyDelete
  12. kalau konflik xheavy sgt byk2 bab pn xpe...haha...tp kalau konflik heavy n brpnjgn bertmbh stresskami yg sedia stress...huuu...ape la rncgn si sham...haha...die buat ntah x air oren tu?kalau buat pn agk2 air oren tu disabotaj x?haha

    ReplyDelete
  13. wawawawa..
    geletis nya..
    umi...nak panjang2...

    ReplyDelete
  14. nk wat 20 bab ok je..tp kne selalu r msk n3..bru best..

    ReplyDelete
  15. manja pulak tuan singa tu ya..
    not too short umi,,,maybe between 20 - 25 episodes. dont feel like loosing these couple yet umi.
    luv d story line...coz not too stereotype. gud jobb!!!

    ReplyDelete
  16. waaa....smbung pnjg2 lg pon x pe...

    ReplyDelete
  17. xksah la umi pnjg mn pon.janji smpi ending.tp jgn meleret-leret mcm sinetron tu da la!xkuasa!!cite ni mmg best!!!!

    sufi (",)

    ReplyDelete
  18. xksah la umi pnjg mn pon.janji smpi ending.tp jgn meleret-leret mcm sinetron tu da la!xkuasa!!cite ni mmg best!!!!

    sufi (",)

    ReplyDelete
  19. yela, x kisah pjg mane asal tiap2 ari ada n3.hihihihi

    best2 sgt bile nk smbg n3, x sabor nak nunggu

    ReplyDelete
  20. yela, x kisah pjg mane asal tiap2 ari ada n3.hihihihi

    best2 sgt bile nk smbg n3, x sabor nak nunggu

    ReplyDelete
  21. bestlah tak akan sampai bab 10 je
    tak puaslah pulak...

    ReplyDelete
  22. akak!! buat pnjg tp entry make sure salu ada taw! hehe suka suki order. btw, nice story kak!!!!

    ReplyDelete