Advs

Followers

June 07, 2011

[1]

Tuan 'Singa' Milikku

“MANA dia pergi???” pekikan itu hanya membuatkan langkahku yang laju menjadi terbantut di balik dinding.
            “Err… tadi dia ada, sekarang tak ada pulak!” Itu suara Adila. Kalau aku tak ada, yang kena jawab persoalan di manakah aku berada, dialah orangnya. Kasihan. Pasti wajah itu terkulat-kulat menghadap kemarahan singa dalam pejabat kami ini.
            “Kalau dia dah datang, suruh masuk dalam bilik saya!!!” nada yang masih meninggi itu membuatkan aku kecut perut. Aku sememangnya seorang yang penakut. Orang jerkah sedikit pun sudah bergelen air mata yang akan tumpah membasahi pipi.
            Setelah keadaan kembali menyepi, aku meneruskan langkahku yang terbantut tadi. Benarlah seperti yang aku jangkakan, wajah Adila masih terkulat-kulat saat aku tiba di mejaku. Pandangannya tepat di wajah aku.
            “Manalah kau pergi? Tengok… abang singa kau marah-marah dah! Cepat-cepat masuk menghadap dia… nanti makin teruk pulak mengamuknya!”
            Belum sempat aku hendak menjawab pertanyaannya, dia sudah mula menolak tubuhku ke arah bilik tuan ‘Singa’ yang terpekik-pekik tadi. Aku menelan liur. Sekalipun aku memberi seribu alasan, wajah itu perlu dihadap juga. Dengan perasaan yang gementar, pintu itu ku ketuk.
            “Masuk!” serius saja balasnya.
            Perlahan-lahan aku menolak pintu dan sepantas kilat saja panahan matanya menikam wajahku. Aku tahu pandangan itu. Argh!!! Apa pula kesilapan aku kali ini? Dalam pada keresahan asyik mengacau emosi, sempat juga hatiku mengutuk diri sendiri. Macam mana boleh cuai sangat bekerja. Aku takkan dimarahi kalau tidak lakukan kesilapan.
            “Siapa yang buat ni?” tidak perlu menunggu lama, aku sudah punya jawapan berkenaan kesilapan aku. Laporan kewangan. Aduh! Boleh ke tidak, aku hendak menghalimunankan diri di saat ini.
            “Saya.” Suara pun nak tak nak saja keluar.
            “Careless!!!” suaranya melantun dengan tinggi sekali. Aku menelan liur. Merah sungguh wajah itu ketika melampiaskan kemarahan padaku. Dan saat itu, aku mula merasakan mataku mulai panas. Sudah!!! Air mata sudah memenuhi kelopak mata.
            “Tolong jangan menangis selagi saya tak puas marahkan awak!” Dan lelaki itu pun macam tahu-tahu saja.
            “Macam mana awak buat laporan ni? Awak tau tak berapa banyak benda yang tersilap? Bila bermain dengan angka, otak kena peka. Jangan sesekali terleka…” aku diam saja menadah telinga dengan ceramah ringkas dan padat berkenaan laporan kewangan yang telah aku sediakan itu.
            “Awak buat sambil tidur ke?” tebakan itu membuatkan aku mengangguk spontan. Wajah tuan ‘singa’ nyata berubah riak. Kali ini dia tidak lagi kelihatan seperti hendak menerkam mangsanya tetapi wajahnya sudah dibaluti rasa bersalah.
            “Pukul berapa?” soalnya pendek. Aku faham. Dia hendak tanya, pukul berapa aku siapkan laporan itu.
            “Empat pagi tadi.” Jawapan aku yang penuh dengan kejujuran itu terus saja menoktahkan kemarahannya. Hebat kan! Aku tersenyum dalam hati. Hendak senyum depan singa ini, aku tidak begitu berani.
           “Pergi betulkan apa yang patut. Selesaikan kerja ni dulu… baru buat benda lain. Jangan nak curi tulang pulak! By three, submit to me.” Arahnya dengan nada tegas. Aku sudah mencapai laporan dalam fail biru itu dan mula mengatur langkah ke pintu.
            “Sham…” panggilan itu membuatkan aku kembali berpaling ke arahnya. Ya, Tuan Singa!
            “Tak ada apa. Sambung kerja awak.” Aku akur juga walaupun dalam hati masih tertanya-tanya kenapa dia panggil aku. Mungkin hendak ringankan tugasan. Mungkin…

“APA yang dikata abang singa awak tu?” terus saja Adila meluru pada aku. Aku tergelak kecil. Adila melabelkan orang di dalam bilik itu dengan panggilan abang singa padaku. Dan kami berdua memanggilnya tuan singa. Kena benarlah panggilan itu dengan diri tuan punya badan. Nama tuan singa aku, Encik Asadullah. Membawa maksud singa Allah. Singa kami juga!
            Aku lepas gelak lagi tanpa menjawab soalan Adila.
            “Kau ni… jawablah! Main gelak-gelak pulak.” Marahnya.
            “Aku silap taip laporan kewangan ni… itu yang singa naik bengang.”
            “Banyak ke silapnya?” soal Adila sambil membelek fail berwarna biru di atas mejaku.
            “Banyak jugaklah… nak kena betulkan ni. By three kena submit.”
            “Gila abang singa kau ni… tak ada tolenrasi langsung. Macam mana kau boleh bertahan dengan dia? Kalau aku… tak boleh dah.” Aku gelak lagi.
            “Dah saaayanggg…” tarikku panjang dengan senyuman di bibir.
            “Sayanglah sangat. Dah… buatlah kerja kau ni. Jangan sampai abang singa mengamuk lagi.” Ucap Adila sambil berlalu ke mejanya.
            Jam sudah menginjak ke jam satu. Laporan yang sedang dibaiki ini baru siap separuh. Memandangkan sudah hendak masuk waktu zohor, aku tinggalkan saja kerja itu dan terus berlalu ke surau. Sebaik saja aku kembali ke meja setelah menunaikan solat, ada sebungkus plastic McD atas mejaku. Kad yang terselit di celah plastik itu aku tarik.

            Enjoy your lunch sweetheart.

            Aku tersenyum. Tanpa nama pun aku sudah tahu siapa pengirimnya. Bungkusan McD itu aku buka perlahan-lahan. Aku menjamu selera dengan gembira. Soal kerja sudah jatuh nombor dua bila hidangan dari insan kesayangan ada di depan mata.
            “Lunch?” soalan itu membuat aku memanggung kepala. Tuan singa dah ada depan mata. Aku mengangguk saja.
            “Saya ada hal nak keluar sekejap. But I’ll be back before three. So awak jangan nak main curi tulang pulak.”
            “Baik Tuan Asad.” Aku jawab juga nak beritahu dia yang aku tak mungkin curi tulang.
            “Enjoy your lunch.” Ucapnya dengan wajah serius sambil berlalu meninggalkan aku.
            Enjoy your lunch. Sambutku dalam hati dengan senyuman sambil menyudahkan kunyahan dalam mulut.
____________________________ 

Cerita pendek untuk anda, sebab tak nak blog ni terlalu sepi. Cerita ni dah lama karang, tapi stuck sampai ayat terakhir ni. Sorry kalau pendek sangat, 4 pages je ni. Akan disambung lagi.
Cerita ni untuk ringankan kepala saya yang tengah sarat dengan banyak benda. Harap anda pun akan enjoy juga dengan kisah ni. Jumpa lagi dalam entry akan datang. 
Feel free to drop your comments. Thanks :)

17 comments:

  1. hahahahaha...
    ooo..bercinta dgn tuan singa ya..
    hahahaha

    rindu dgn entry d blog ini.. =)

    ReplyDelete
  2. hahahhaha..macam ada pape je diorang 2..wawawwawa..nak lagi!!

    ReplyDelete
  3. elehhhh...ntah2 tuan singa tu abg-beli-lunch

    ReplyDelete
  4. haha..menarik2...wpn syg keje tetap keje..yeah

    ReplyDelete
  5. best..nak lagih..

    ReplyDelete
  6. sukaaaaaaaaaa abg singaaa~~~

    ReplyDelete
  7. menarik..abg singa pun abg singa la...hahahaha

    ReplyDelete
  8. waa..best3..
    menarik..dy org tu cauple eh?

    ReplyDelete
  9. cita pendek pun xpe janji interesting

    ReplyDelete
  10. since dah bc no3 dulu so dah tau hubungan depa. mmg sweet lah, sham ni yg terlebih syg kat abang singa dia.

    ReplyDelete
  11. Menarik utk dibaca seterusnya... :-)

    ReplyDelete
  12. i sangat menyukainya pun...

    ReplyDelete
  13. saya nak tuan singa tuee boleh..tib2 rindu kat s0meone..tapi awak suruh jga hati..s0, hati n semua yg berkenan akan dijaga sebaik mungkin..hehe..jalan cerita teratur n jgn sy0k sndri..#cerita awak x sy0k sndri ok..
    #kawan f0rever

    ReplyDelete
  14. nama pun abang singa,garang gilaa. Hahaa :)

    ReplyDelete
  15. best2..prmulaan yg baik!!

    ReplyDelete