Skip to main content

[3]

Tuan 'Singa' Milikku

AKU menggigit bibir untuk menahan sendu. Air mata sudah jatuh membasahi pipi. Sudah aku katakan yang aku akan dikecewakan oleh Tuan singa itu. Tapi aku tak menyangka pula, kecewanya sebesar ini.
            “Abang kena pergi ke HQ minggu depan, untuk sebulan.” Kata-kata Asad bergema dalam telinga aku. Itu adalah perkara pertama. Namun aku tidak begitu sedih sangat dengan berita itu. Berita aku akan ditinggalkan untuk sebulan. Aku tidak kisah. Malah sudah terbiasa. Lebih lama dari itu pun pernah. Biasalah, Asad… kalau sudah sebut hal kerja, dia seakan terlupa tentang isterinya, aku.
            “Abang mungkin akan kena transfer ke HQ dalam tiga bulan lagi. Abang kena pergi sana.” Ayat kedua ini merupakan bisa yang paling mencucuk hatiku. Dia cakap abang kena pergi sana. Bukannya, kita kena pergi sana. Sudah nekad benar dia hendak tinggalkan aku dekat sini. Mungkin dia sudah bosan dengan aku. Mungkin dia sudah bosan dengan pandangan aku yang asyik pandang dia dengan gaya hendak meminta anak. Tapi nak buat macam mana, kita hanya berusaha, Allah yang memberi.
           Aku duduk di balkoni sambil memeluk lutut. Wajahku yang basah dengan air mata aku lekapkan di atas lutut. Melayan perasaan sedih ditemani cahaya bulan. Asad, aku tinggalkan saja dalam bilik. Pandai-pandailah Tuan singa itu uruskan diri sendiri. Suka sangatkan dia tinggalkan aku berbulan-bulan di sini.
            Aku terus saja memejamkan mata dalam posisi tadi. Cuba mencari ketenangan supaya menyapa sekeping hati ini. Tidak sedar aku terlena terus.
            Hembusan nafas yang menampar dahiku memaksa aku untuk membuka mata. Aku blur sekejap. Rasanya tadi aku tidur duduk, tapi sekarang… aku tidur baring. Aku kalih ke sebelah. Wajah Asad betul-betul seinci saja dari wajah aku. Sampaikan aku terasa hembusan nafasnya yang begitu hangat sekali.
            Aku melepaskan keluhan kecil. Wajah Asad yang begitu lena, aku tatap lama. Memang aku geram dengan sikapnya yang begitu mementingkan kerja daripada aku. Kadang-kadang, kerja jadi isteri nombor satu, aku ini yang kedua. Rasanya macam itulah. Tapi, dalam geram-geram itu, sayangku padanya tidak terhitung. Mana mungkin aku tidak sayangkan dirinya yang begitu kasihkan aku.
            “Abang… janganlah tinggalkan Sham lagi.” Ucap aku dengan gaya berbisik. Macam dia dengar saja.
            “Tak lama sayang.” Opocot! Nasib baik aku tidak melatah atas katil ini. Suara dia betul-betul buat aku terkejut. Ingatkan sudah tidur tadi. Rupanya belum.
            “Terkejut?” dia sudah tahu. Tapi masih nak bertanya. Aku tolak dari katil baru tau!
            “Tak nak cakap dengan abang dah ke?” soalnya lagi. Aku diam. Aku merajuk. Sejak dari dia mengkhabarkan perihal pertukarkan ke HQ, aku langsung tidak bercakap dengan dirinya. Walaupun sepatah. Aku buat kering saja. Kalau HQ syarikat jaraknya macam KL- Penang, aku bolehlah terima. Ini HQ dekat sana tu. Nun di benua Amerika. Fikirkan jarak Malaysia- New York saja pun, otak aku terus cramp.
            “Sayang, cakaplah…” gaya dia bercakap itu langsung tidak ada usaha untuk memujuk aku. Tadi pun, dibiarnya aku melayan tangisan dekat balkoni seorang diri. Bukan dia fikir nak pujuk aku.
            Aku pusing badan ke sebelah kanan. Tidak mahu menatap wajah dia.
            “Tak baik tau belakangkan suami.” Pandai pula dia cakap.
            “Habis… abang nak tinggalkan Sham dekat sini, baik la?” akhirnya, suara emas aku keluar juga. Soalan aku yang penuh dengan rasa marah membuatkan dia ketawa. Makin terbakar hati aku tengah-tengah pagi buta ini.
            “Sayang… pergi sebulan, mestilah abang tinggalkan Sham.” Dia ucap lagi ayat tidak berperasaan itu. Suka sangat agaknya dapat tinggalkan aku sendiri dekat sini. Bukannya dia tahu, kalau aku tinggal seorang diri, lagilah aku sunyi.
            “Tapi takkan kalau dapat transfer pun abang nak tinggalkan Sham jugak… takkan sayang tak nak ikut abang… jaga abang dekat sana. Sayang tak sudi ke?” soalnya lembut. Kali ini aku terkedu. Betul ke? Aku tidak silap dengar kan? Dia sebut hendak ajak aku sekali.
            “Betul?”
            “Betullah. Isteri kesayangan mana boleh main tinggal lama-lama… nanti abang singa rindulah.” Ucapnya manja sambil mengucup pipiku. Dan sebutan abang singa itu begitu jelas menampar cuping telinga aku.
            “Abang!” aku tampar bahu dia perlahan. Aku sengih sekali nak cover malu. Macam mana Tuan singa ini boleh tahu tentang gelaran singa itu? Hendak bertanya, berat pula mulut aku.
            “Ingat abang tak tahu ke nama glamour yang Sham dengan Adila bagi untuk abang… kadang tu, abang lalu depan mata pun korang tak sedar… sedap saja Adila tu sebut, abang singa kau tu mengaum macam tak makan berapa bulan.”
            Jawapan yang menjawab persoalan dalam minda aku. Aku terus saja pecah gelak. Kuat betul ingatan dia. Kalau tidak silap, ayat itu Adila ucapkan dalam sebulan yang lepas. Masa itu, Tuan singa punya angin lagi dasyat dari taufan Katrina. Mengamuk satu pejabat sampai semuanya macam nak termuntah hijau saja. Aku pun apa kurangnya. Sudah saja kena marah, aku lari masuk tandas. Tapi aku tak muntahlah… aku menangis saja. Tak boleh tahan langsung setiap kali kena marah dengan Tuan singa yang garang itu.
            “Sham…” lembut lagi dia panggil aku. Kalaulah aku ceritakan pada orang di pejabat, suami aku a.k.a Tuan singa ini merupakan seorang yang sangat romantik, pasti saja orang cakap aku ini gila. Sebab Asad di pejabat adalah 360 darjah berbeza dengan Asad yang sedang memeluk aku dengan erat di kala ini. Mujur juga, segarang-garang dia di pejabat, dia tidak pernah langsung membawa perangai pejabatnya ke rumah. Aku kagum! Walaupun dalam kelembutan dia di rumah pun masih ada yang menyakitkan hati aku.
            “Abang…” aku panggil dia kerana tiba-tiba ada perkara terlintas di minda. Tapi bagaimana hendak memulakan kata.
            “Apa sayang?”
            “Sham nak minta…” belum pun aku menyudahkan kata. Laju dia memotong ayatku.
            “Nak minta belajar kereta? Dipersilakan.” Ucapnya dengan gembira. Aku mendengus kecil.
            “Abang tau kan… Sham tak suka belajar kereta. Tak nak lah suruh-suruh belajar kereta.” Aku bukan tidak suka dengan kereta sebenarnya, tapi memandangkan aku dah berkali-kali asyik gagal saja. Sampaikan aku terus give up! Malas aku nak fikirkan perihal kereta. Naik bas atau teksi lagi mudah.
            “Sham… abang suruh belajar untuk kebaikan sayang juga.” Pujuknya sambil menarik daguku memandang wajahnya. Aku mencebik. Tetap tidak suka.
            “Abang selalu balik lambat. Sham pula selalu kena balik naik bas, tak pun teksi… abang risaulah. Kalau sayang boleh drive kan senang. Untuk kebaikan juga.” Pujuknya lag. Tapi aku tak suka juga. Cepat saja hati aku menyambut. Aku lagi suka naik teksi atau bas. Mudah. Tak perlu aku nak fikir enjin mati. Gear tak masuk. Clutch tak makan. Semua itu hanya membuatkan aku bencikan kereta. Sebab itulah yang terjadi setiap kali aku mengambil test JPJ. Sampai lesen aku pun mati sebab sudah tidak tahan menanggung malu. Berapa tahun tak berganti-ganti dengan lesen P.
           “Tengok… bila abang bercakap, dia berangan.” Suara itu macam tidak puas hati saja. Hidung aku ditarik kuat.
            “Auch!!!” aku menggosok hidung aku yang pedih.
            “Berangan!” ditarik lagi hidung aku. Macam seronok saja dia buat macam ini. Sakit tau tak! Aku jerit lagi, dalam hati juga.
            “Oh ya… sebelum abang lupa, Sabtu ni… ada appointment dengan doktor Amri. Ingatkan abang ya.” Berita ini membuatkan aku tergamam. Aku tidak sekali menyangka dia akan bersetuju dengan cadangan aku yang seolah mementingkan diri saja. Bukan aku tidak tahu, ego lelaki sememangnya tinggi dalam hal-hal begini. Tapi… dia.
            “Thanks bang.” Aku tidak dapat menahan bibir aku dari melahirkan ucapan ikhlas itu.
            “No need sayang… dalam hal ni, abang pun kena beralah jugak.”
            “Tapi… mama tak kata apa ke?” soalku risau. Bimbang pula kalau ibu mentuaku marah, aku menyuruh anaknya dapatkan pengesahan doktor. Maklumlah, sudah dua tahun kahwin tapi belum ada hasil. Mulut-mulut orang luar sudah sibuk menuding jari… pada wajah siapa lagi kalau bukan aku. Tapi hasil pemeriksaan sudah menunjukkan aku sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah. Namun tidak sanggup pula aku menuduh kekurangan itu dari suami aku. Jadinya, aku cadangkan supaya pergi dapatkan pengesahan daripada pakar sakit tuan.
            “Inikan hidup kita… kenapa nak kena dengar mama kata apa. You don’t have to worry… abang ikhlas buat ni untuk sayang… my beloved wife.” Bibirnya singgah di dahiku. Mata aku jadi panas pula pagi-pagi ini. Terharu dengan sikap penyayang yang dicurahkan pada aku. Sifatnya ini kadang-kadang membuatkan aku terasa masih dalam mood pengantin baru walaupun sudah dua tahun berkahwin.
            “Tapi…” Asad terhenti berkata. Aku sabar menanti, tapi apa?
            “Kalau betul abang yang tak boleh… sayang…” pantas saja jemari aku menekup mulutnya. Seakan sudah tahu apa hendak diucapkan olehnya.
            “Abang jangan cakap macam tu! Sampai bila pun Sham akan jadi isteri abang… lagipun, sekarang dah ada banyak kaedah moden untuk benda-benda macam ni. Abang sebut lagi macam tu, Sham merajuk!” dan dia ketawa pula bila aku sebut nak merajuk. Macam suka sangat tengok aku ‘mengamuk’ versi manja ini.
            “Iyalah… abang tak sebut. Abang tau… Tuan singa ni… milik Sham seorang, iya kan?” dia tanya dengan nada mengusik.
            “Tahu tak apa.” Balasku dengan kerek.
            “Kalau orang lain nak masuk line?” bunyi soalan itu macam hendak minta penampar sedas.
            “Kalau berani, cubalah!” Aku jawab dengan penuh emosi. Dia gelak lagi. Dia terus gelak sampai naik berasap telinga aku mendengarnya. Akhirnya entah siapa yang terlena dulu antara aku dan dia.

Comments

  1. so sweet,,romantiknya tuan singa tuh

    ReplyDelete
  2. Sweetnya:-P
    kapan diorang punya baby yea;)
    next kak;) ema mau lagi, he;)

    ReplyDelete
  3. sweettnye..kirenye ni cite tntg realiti dlm rumah tangga la erk??hehe ^^

    ReplyDelete
  4. oh my!!!

    jangan la bagi tuan singa xbole!!!mst cdey nnt~

    nway mmg cita ni da best la!!

    ReplyDelete
  5. tak tahu nak komen apa..
    hasil kerja kak umi semuanya memang terbaik!! saya suka cerita ni!! ^_^

    terima kasih kerana masih menghasilkan karya yg membanggakan :) kak umi tak pernah kecewakan kami.. ^_^

    p/s : harap saya boleh jadi seperti kak umi :)

    ReplyDelete
  6. bgus gk transfer g hq..jauh cket dr mak tuan singa...haha

    ReplyDelete
  7. wawawa..
    abang ni..
    belum ape2 lg nak mintak tambah cawangan ya

    ReplyDelete
  8. wawawa..
    abang ni..
    belum ape2 lg nak mintak tambah cawangan ya

    ReplyDelete
  9. wah memang menarik lah cter ni. hehehe i jump terus ke page ni. hehehe. jap lagi nak baca yg 1 n 2 plk.

    ReplyDelete
  10. kak umi ni superb laaa...i like tn singaaaaaaaaaa!!

    ReplyDelete
  11. first time jejak kaki di sini. umi, tulisan umi salah satu yang kak sofi minati, tau...

    ReplyDelete
  12. Best! Sian... yg nak anak, susah dapat... yg senang dpt anak, tak dilayan dgn baik... ada yg main buang jer..

    ReplyDelete
  13. da name pun asadullah..asadullah tu kn mksodnye singa ALLAH..no wonderlah dye garang...:3

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia