Skip to main content

Ini Kisah Jelita & Perkasa [16]



BAB 16

ASIF… ana asif.” (Saya minta maaf)
            Hasil daripada duduk di hadapan internet buat beberapa ketika, dapatlah Jelita Suria mencari perkataan yang sesuai untuk diungkapkan kepada Maisarah. Tetapi, hanya itu sahaja. Lebih-lebih, dia tidak reti pula. Namun, reaksi Maisarah seperti tidak mempedulikan dirinya. Aduh! Apa lagi yang harus dilakukan?
            “Saya dah cakap kan, saya minta maaf.” Akhirnya, terkeluar semula Bahasa Malaysia. Payah sungguh rasanya hendak berkomunikasi dengan mereka yang berlainan bahasa di hadapannya ini.
            La ‘alaiki!” Sepatah kata yang keluar daripada bibir Maisarah. Terus sahaja gadis itu bangun dan meninggalkan ruang makan.
            Jelita Suria hanya terkaku di tempat berdirinya. Matanya bertembung dengan pandangan Encik Radzi dan isterinya, Puan Muna. Mereka tersenyum nipis seolah memberi kata semangat buat dirinya.
            “Tak ada apa Jelita, nanti Pak Teh cakap dengan dia. Jelita jangan susah hati ya… Pak Teh tak nak Jelita datang sini hanya untuk bersedih. Nanti abah tanya, Pak Teh nak jawab macam mana…” Encik Radzi seperti biasa, cuba mengalunkan pujukan. Cuba untuk melembutkan hati anak gadis yang sedang diganggu amarah. Dia tahu, Jelita Suria bukan sengaja memarahi Maisarah.
            Let’s eat first dear. Later uncle and aunty will talk to Maisarah… come…” Puan Muna menggamit tangan Jelita Suria untuk duduk bersama di meja makan yang menempatkan lapan buah kerusi itu.
            Jelita Suria menurut. Namun matanya masih melilau di sekeliling. Masih ada yang kurang di situ. Ke mana pula lagi seorang manusia yang tidak pernah berhenti untuk berusaha mencipta perbualan dengan dirinya?
            “Cari saya ke?”
            Hampir tersembur air kosong yang diteguk oleh Jelita Suria. Terbatuk-batuk kecil dia di situ. Dan perasaan yang tadinya mencari, kini berubah menjadi marah. Dia telah menjadi bahan ketawa buat insan yang baru muncul di hadapannya kini.
            Miftah… stop laughing!” tegur Puan Muna tidak senang.
            Miftah masih dengan sisa tawanya biarpun telah ditegur oleh Puan Muna. Wajah Jelita Suria yang sudah merah ditatap seketika sebelum tangannya mencapai hidangan. Gelak tawanya tadi diganti dengan senyuman nipis.
            “Hari ni Jelita nak buat apa?” soal Encik Radzi.
            Jelita Suria sekadar menggeleng. Tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Duduk di rumah pun bosan. Tambahan pula, dia tidak tahu apa yang hendak dibualkan. Dan dia dengan bijaknya telah mencetuskan perang saudara dengan Maisarah, sedangkan gadis itu sahaja yang boleh dijadikan teman berbualnya selain Puan Muna. Dan… Miftah, lelaki yang suka menghadiahkan renungan penuh makna. Jelita Suria harus akui, renungan itu sangat menggerunkan jiwa.
            “Apa kata… Miftah ajak dia pergi jalan-jalan… an introduction tour at Cairo. It’s free of charge, of course…” Miftah laju menyuarakan cadangannya. Serentak itu juga dia menangkap jelingan tidak puas hati Jelita Suria. Amboi, sudah pandai menjeling rupanya! Sebelum ini hendak pandang pun tidak dapat dicari mata itu.
            “Macam mana Jelita? Elok jugak… berjalan tempat baru, kenal-kenal dengan tempat sini.” Cadangan Miftah disambut baik oleh Encik Radzi.
Tetapi jawapan Jelita Suria, hanya gelengan menolak. Mana mungkin dia akan habiskan masa bersama Miftah. Itu adalah perkara terakhir yang akan dilakukan sepanjang berada di bumi Mesir ini. Berilah sejuta alasan sekalipun, Jelita Suria tidak akan bersetuju dengan cadangan itu.
“Terpulang pada Jelita… kalau nak ikut Miftah pun boleh, kalau nak duduk rumah pun boleh dan kalau rasa bosan jugak, nak ikut Pak Teh pun boleh.”
Mata Jelita Suria terbuka luas. Ikut Pak Teh? Cadangan itu adalah lebih baik daripada usul Miftah. “Boleh ke Jelita ikut Pak Teh?”
“Mestilah boleh, siapa yang nak halang… cumanya, ikut Pak Teh kena buat kerja sikit. Tak boleh duduk berehat…” ucap Encik Radzi sekadar cadangan untuk menarik Jelita Suria berada di dunia luar seketika.
“Tak apa… Jelita boleh tolong. Jelita tak kisah…” laju sahaja persetujuan meniti bibirnya. Sekuntum senyuman ikhlas muncul di bibir. Matanya sekali lagi tertarik untuk memandang Miftah dan senyuman itu terus berubah rentak. Ia seolah mengambarkan kemenangan di pihak Jelita Suria. Tetapi, tidak lama… senyuman Jelita Suria mati dengan sendiri.
“Jelita naik dengan Miftah… Pak Teh kena singgah bank dulu.” Arahan yang dikeluarkan oleh Encik Radzi itu hanya melemahkan semangat Jelita Suria. Apakah pilihan yang dia ada? Sekali lagi matanya berlayar di wajah Miftah… dan jawapannya adalah, tiada!

SEPI sahaja di dalam kereta yang dipandu oleh Miftah. Jelita Suria sekali-sekala cuba mencuri pandang ke arah lelaki yang sedang memandu itu. Masih terasa gerunnya biarpun kali ini dia yang sedang memandang Miftah.
            So, what do you think about me, sweet girl?
            Pantas, Jelita Suria sudah mengalihkan pandangan. Padan muka! Marahnya dalam hati. Siapa yang suruh mencuri pandang. Sudahlah lelaki itu memang pantang dipandang. Makin dipandang, makin miang agaknya!
            “Mahallah pulak suara tu… tak rasa rugi ke, dapat datang jauh… kenal sepupu dekat sini, tapi bila ajak berbual, langsung tak keluar suara. Kenapa? Saya bukan nak mengurat Jelita pun…” Serius sahaja nada Miftah. Tetapi tidak seserius apa yang terlukis di raut wajahnya. Nakal dan penuh muslihat.
            “Kalau nak saya berbual, tolong jangan pandang muka saya macam selalu!” Berani, hanya itu permintaan yang terlintas di pemikiran Jelita Suria.
            “Kenapa? Saya ni terlalu menakutkan ke?”
            “Agaklah…” balas Jelita Suria dengan berani lagi. Terlupa pula yang mereka hanya berdua dalam kereta ini. Dan beranikah Miftah mengapa-apakan dirinya?      
            You will find me interesting somehow… buat masa sekarang ni, boleh saja kalau tak nak berbaik dengan saya dulu sebab… masa itu akan datang, tahu…” ucap Miftah separuh berbisik.
            Berkerut dahi Jelita Suria. Masa apa pula yang dimaksudkan oleh Miftah? Lelaki ini hanya menakutkan dan akan kekal begitu selamanya! Tetapi buat masa ini, Jelita Suria terasa ingin bertanya sesuatu. Dan diutarakan juga soalan itu.
            “Macam mana awak boleh fasih cakap Bahasa Malaysia?”
            “Tunggu awak berbaik dengan saya… baru boleh dapat jawapannya.” Balasan yang diterima dengan wajah berlagak Miftah.
            Jelita Suria mencebik, geram. “Tak nak cakap pun tak apalah. Tak rugi pun!” Dan Jelita Suria sedar, dia sudah punya satu tabiat buruk semenjak tiba di sini. Mencari masalah yang hanya akan menambahkan sakit kepalanya.
            “Jelita tak patut banyak marah… marah tu hanya menambahkan kerut dekat muka. Jelita tak jelita pun bila marah…” selamba kata usikan daripada Miftah. Dan Miftah tersenyum sahaja apabila cebikan lahir di bibir Jelita Suria. Dia tahu, Jelita Suria tidak akan hairan pun dengan kata-kata itu.
            “Agaknya, Mirza suka tak tengok Jelita Suria marah?” Sengaja Miftah mengeluarkan nama itu. Nama yang cuba diramal, adakah ia bakal menganggu ketenteraman hidup si manis ini.
“Kenapa sibuk nak tahu? Saya pun tak pernah nak ambil tahu, apa yang Mirza suka dan tak suka… bukan urusan saya pun!” agak marah jawapan yang diberikan oleh Jelita Suria. “Agaknya awak ni memang suka sibukkan diri dengan hal orang ya?” sinis soalan Jelita Suria. Lebih kepada hendak memerli bunyinya.
            Tetapi yang diterima adalah, gelak ketawa Miftah yang memenuhi ruang kereta.
            “Tak suka dengar dia gelak…” gumam Jelita Suria.
            “Cik adik tak suka… abang tak boleh buat apa.” Dan ketawa Miftah makin bertambah galak.
            Sekali lagi, Jelita Suria merasakan satu penyesalan terbesar apabila dia mencari pasal dengan Maisarah. Impaknya, dia harus bersama Miftah! Menyakitkan kepala…

BAHU yang ditepuk kuat oleh Perkasa Armana terasa begitu sengal. Berkerut dahi Putra Azad menahan sakit. Hendak marah, tetapi tidak terkeluar pula. Wajah abangnya yang dibasahi air wuduk itu menyalurkan rasa syahdu. Terasa sangat betapa lalainya dia dalam melayan perasaan yang entah apa-apa.
            “Jom, pi sembahyang! Cari cinta Allah… setiap masa Allah tunggu kita dating dengan Dia. Tak payah minta izin siapa pun…” ucap Perkasa Armana sambil menarik lengan Putra Azad untuk bangun berdiri bersama.
            “Abang pi dululah… Azad sembahyang kat rumah.” Walaupun hati terjentik dengan rasa insaf, tetapi masih ada gangguan yang menyuarakan penolakan.
            Perkasa Armana tersenyum. “Hang jangan nak banyak alasan dengan aku, dah pi siap… aku tunggu ni!” Bahu Putra Azad ditolak perlahan untuk melangkah. Benda baik ini, kalau tidak diseru, tidak jalan juga. Tetapi jangan sebab pihak lain menolak, kita berhenti untuk menyeru ke arah kebaikan pula. Sedangkah Allah telah menyebut jelas dalam kalam-Nya.
            Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)
            Dan menyedari tanggungjawabnya sebagai seorang abang, Perkasa Armana sedar yang dia harus nyahkan segala rasa tidak-tidak dalam diri Putra Azad. Jika sudah berjanji kepada abah Jelita Suria bahawa tidak akan sesekali menganggu diri gadis itu, maka Putra Azad harus mengotakan kata itu. Yang dikata harus dikota kerana itulah bayaran satu janji yang telah diungkapkan oleh manusia.
            Tidak mahu sekadar menasihati Putra Azad, Perkasa Armana merasakan dia juga perlu untuk melakukan penyucian hati dan perasaan. Kalau dia yang tidak berjanji dengan abah Jelita Suria pun asyik terbayangkan wajah gadis itu sahaja, memang parahlah! Kena basuh betul-betul otak itu supaya clean daripada segala gangguan minda. Khayalan dunia sahaja pun… bukan boleh membawa manfaat pun dalam hidupnya. Lainlah kalau si Jelita Suria itu halal buat dirinya. Ah sudah! Melebih pula fikiran Perkasa Armana.
            Laju sahaja nama Putra Azad dilaung, “Azad, cepat!!!” Gangguan yang datang secara tiba-tiba itu, berjaya diusir juga. Nafas lega dilepaskan oleh Perkasa Armana.

________________________________

Bersambung :)
 Maaf, lambat update sekarang ni... final sudah menjelma. Doakan. Dan, jangan lupa undi untuk KAMPUNG GIRL ya :)

Comments

  1. Baru berkesempatan nak baca =) aja aja fighting uk exam umi!!!!
    miftah 2 macam ada hati je kat jelita...

    ReplyDelete
  2. Salam kak umi dah x sambung kisah elita dan perkasa ke??
    bestlah cerita ni

    ReplyDelete
  3. Salaam.. Dah xsmbung ke cerita ni umi?? Dah lama tggu next chapter..huhu

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Umi..
    Saya pembaca dari Indonesia, baru baca blog ini di tahun 2016. nak tanya, cerita ni ada sambungannya tak? penasaran sangat..

    ReplyDelete
  5. tak ada sambungannya ke lepas episod ni ?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia