Skip to main content

pilihan aku vs pilihan mak aku 8

Myvi hitam diberhentikan betul-betul hadapan rumah teres dua tingkat itu. Perasaan terasa berdebar. Pandangan Mira kembali pada wajah Azwan. Azwan tersenyum nipis.

" Jom, masuk," jemput Mira.

" eh, tak payahlah," tolak Azwan.

" Jangan nak mengada-ngada. Jom masuk!," Mira dah mula mengarah. Azwan akhirnya mengalah. Takkan hantar anak dara orang sampai pintu pagar je kan.. kena la berlagak gentle. Azwan tersenyum sendiri.

Mira keluar dan mengambil beg di tempat duduk belakang. Pantas Azwan mencapai beg tersebut. Mira jegilkan biji mata, tapi dibuat tak faham.

" Takpe aku bawa... tak gentle la laki tengok je perempuan bawa barang," ucapnya selamba. Mira mencebik. Banyaklah dia punya gentle.

Sama-sama mereka mengatur langkah. Salam diberi sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Wajah pertama yang menyapa pandangan Mira, Khairul!

Mira menjadi kaget. Apa yang mamat ni buat kat sini? Namun pandangan Khairul bukan padanya tetapi lebih kepada jejaka yang berdiri di sebelahnya kini. Pandangan yang tidak sukar ditafsirkan.

" Mira dah balik....," sapa puan Juriah mesra. " eh, kawan Mira ye?," tegur puan Juriah. Azwan tersenyum mesra. Pantas tangan puan Juriah disalam tanda hormat.

" Azwan," Azwan memperkenalkan diri.

" Jemput masuk.... duduk dulu ye Wan," puan Juriah berlalu ke dapur. Azwan melemparkan pandangan pada Mira, namun pandangan Mira tertancap pada jejaka yang sedang duduk di sofa itu. Siapa dia? Hatinya tertanya sendiri.

" Wan... kenalkan ni Khairul," Mira mengenalkan Azwan dengan jejaka yang masih diam seribu bahasa. Khairul menyambut huluran salam yang dihulurkan Azwan. Dia tersenyum nipis dan sangat plastik. Azwan dapat merasakan kedinginan itu. Entah kenapa, terasa dirinya tidak patut ada di situ.

" Mira... aku balik dulu ye," ucapnya perlahan sambil memandang tepat ke wajah Mira. Ternyata Mira tidak senang. Dijegilkan biji matanya.

" Duduklah dulu... nak ke mana? Mak tengah buatkan air kan, minum dulu baru balik...kau penat drive kan?," pujuk Mira lembut. Azwan tersengih cuma. Entah kenapa dia dapat merasakan renungan tajam dari Khairul menikam ke lubuk jantungnya.

" Aku penatlah... kena drive sampai Bangi lagi, aku balik dulu ye. Nanti-nanti aku datang duduk lama sikit...," Azwan cuba memujuk. Mira melemparkan pandangan tidak puas hati.

" Suka hatilah!," balas Mira berjauh hati. Baru first time datang rumah aku, dah nak balik cepat-cepat. Chill la....

Azwan ketawa kecil. Mira sejak bila perangai macam budak kecik ni. Selalu dia yang paling matang. Matanya meleret dari wajah Mira sehingga bertembung dengan mata Khairul. Terus mati ketawa yang terhambur.

" Okey la... chow dulu. Bro, balik dulu ye," Azwan menghulurkan jugak tangan pada Khairul. Puang Juriah yang baru sahaja muncul dari dapur tak dapat jugak menahan Azwan supaya berlama sikit.

" Hati-hati drive... terima kasih tau," ucap Mira sambil tersenyum manis. Azwan tersenyum sehingga menyerlahkan lesung pipit di sebelah pipi kirinya.

" Kasih anda sentiasa diterima," balasnya sambil tersenyum nakal.

Mira tersenyum-senyum melangkah semula ke dalam rumah. Namun serta-merta senyuman itu mati. Pandangan tajam dari Khairul membuatkannya kaku. Kenapa dia ada kat sini? Mira tidak mempedulikan pandangan Khairul, terus saja dia melangkah ke sebelah puan Juriah.

" Ayah mana mak?," soalnya.

" Keluar sekejap... dah nak balik dah ni. Mira borak-borak dengan Khairul dulu, mak nak pergi tengok lauk kat dapur kejap," terus sahaja puan Juriah berlalu ke dapur lagi sekali. Dia masih tidak berpeluang untuk beramah mesra dengan mak. Keluhan kecil terluah di bibir.

" Sihat?," soal Khairul. Mira tayang muka pelik mendengar intonasi Khairul. Apahal macam bunyi something wrong somewhere je ni...

" Sihat," sepatah je dia menjawab.

" Pakwe ke tadi?," Khairul tidak dapat menahan soalan yang bermain di benak fikirannya. Akhirnya terluah jugak. Hati ni terasa panas je tengok senyuman mesra Mira yang dihadiahkan buat lelaki yang dikenalkan dengan nama Azwan tadi.

Mira sekadar tersengih, tidak mahu memberi jawapan. Dilihatnya muka Khairul kelat habis. Dia menahan tawa yang hampir terhambur. Dalam hati rasa macam nak ketawa terguling-guling. Alahai.... jealous la pulak pak cik sorang ni.

Dia takkan lupa kata-kata kak Sarah yang mengambarkan wajah Khairul yang sangat tak bermaya nak menangani hal peminangan ini. Baru masuk bab meminang, dah complicated macam ni. Kak Sarah pun punya beria-ria nak suruh dia terima Khairul....

Pandangan Khairul masih tertancap pada wajah Mira. Entah kenapa, hari ini semangatnya seolah-olah putus melihat Mira muncul dengan jejaka lain. Kalau selama ini, dia boleh berlagak seperti tiada apa-apa tetapi sekarang baru dia sedar, dia ada pesaing rupanya. Pesaing yang menjadikannya loser!

" Awak sihat?," Khairul tersentak. Mira tanya khabar, rasa macam unbelieveble.

" Alhamdulillah, masih ada nyawa," jawapan Khairul agak sarkastik. Mira menjeling tajam, apahal nada macam layan tak layan je ni.

" Marah dengan saya ke?," Mira cuba lagi memancing bicara.

Try to be good with him... he's nice you know, plus he likes you that much.

Kata-kata kak Sarah kembali meniti dalam ingatan. Orang nak berbaik-baik dengan dia, tiba-tiba dah kena attack dengan angin monsun kot. Nada sarkastik semacam, sense of humor pun macam tak dapat nak identify je. Muka pun kelat macam kena simbah dengan cuka... haisy, orang tua pun aci fikir nak merajuk kalau. Macam mana dengan aku yang muda ni.

" Saya takde hak pun nak marahkan awak...," suara Khairul berjauh hati. Siapalah dia kan nak marah-marahkan anak orang. Aku cuma orang luar, yang hari ini ada.. esok mungkin sudah tiada.

" Habis tu... awak tak nak dapatkan hak tu ke?," Khairul menggeleng perlahan tidak menangkap maksud sebenar ayat yang disampaikan oleh Mira. Namun seketika cuma, pandangan pantas beralih arah. Pandangannya tertancap pada wajah manis Mira yang cantik terukir sebuah senyuman buatnya. Dikelipkan matanya beberapa kali, membezakan antara realiti dan khayalan. Benar. Dia tidak bermimpi.

" Are you sure Mira?," soalnya meminta kepastian yang nyata. Jika selama ini memang secara terang lagi bersuluh dia bertepuk sebelah tangan. Tetapi, hari ini bakal mengubah segalanya.

" Awak janji akan terima Mira seadanya?," Mira tidak menjawab, sebaliknya menyoal kembali. Senyuman Khairul makin melebar. Bahagianya duhai hati.

" Insyaallah... saya akan cuba sehabis baik," senyuman manis terukir kemas di bibir Khairul. Rasa seperti hendak melompat setinggi yang mungkin.

Bagaikan bulan jatuh ke riba keadaannya pada ketika itu. Baru sahaja sebentar tadi, sebelum kepulangan Mira... puan Juriah ada membincangkan hal ini dengannya. Puan Juriah dengan besar hatinya bersetuju tetapi ia hanya akan diteruskan dengan persetujuan dari Mira sendiri. Tiada sebarang paksaan akan digunakan.

" Mak cik....," laung Khairul kuat. Berita gembira perlu segera disampaikan pada orang lain. Mira sekadar tersenyum simpul. Muka yang kelat macam kena simbah cuka tadi, 360 darjah telah berubah.

Mira cuba menyakinkan hati dengan keputusan yang telah dibuat sebentar tadi. Atas nasihat ayah dan kak Sarah, Mira telah meminta petunjuk dari DIA. Insyaallah apa yang telah diungkapkan adalah suatu ketetapan yang telah tertulis buat mereka. Itu adalah perkara yang terbaik buat dirinya.

Teringat jugak kata-kata dalam diari mak...
Pilih orang yang sayangkan kita daripada orang yang kita sayang.
Mak.... Mira yakin Khairul adalah pilihan yang terbaik buat Mira.

" Mira dah setuju mak cik, nanti mak cik bolehlah bincang dengan mak," ujar Khairul dengan teruja. Puan Juriah jugak ikut tersenyum melihat reaksi Khairul seperti kanak-kanak diberi lollipop.

" Jangan risau, Mira habis je belajar kita buat majlis," kata-kata puan Juriah mengejutkan Mira. Takkan secepat tu.

" Mira tak nak kahwin lagi!," protesnya perlahan. Namun lain pula reaksi yang diberikan oleh puan Juriah dan Khairul. Seorang tersenyum nakal dan seorang lagi tersenyum mengusik. Erk! Mira mengetap bibir. Did I say anything wrong?

" Bukan majlis akad nikah Mira... majlis tunang," jelas puan Juriah. Terasa darah menyerbu ke muka dengan laju. Mana nak disorokkan muka ni. Malunya. Kenapa action macam gelojoh sangat nak kahwin. Dikerling ke arah Khairul, lelaki masih setia dengan senyuman nakalnya. Perlahan Mira mendengus kecil. Perasaan malu dah bertimpa-timpa tetapi dia cuba mempamerkan riak selamba.

Melihatkan kegembiraan yang tergambar di wajah puan Juriah dan Khairul, Mira terasa sebak. Tidak sangka mak akan bersetuju. Mak memang dah berubah. Ya Allah, panjangkan kebahagian dalam keluarga kami, dunia dan akhirat. Doanya dalam hati.

" Mak nak call kak Sal....," tetapi pantas dihalang oleh Khairul. Puan Juriah mengerutkan kening. Tidak faham dengan tindakan Khairul.

" Biar Rul sendiri yang cakap dengan mak...," ucapnya perlahan. Ada perkara yang masih belum dijelaskan di pihak mak. Mak masih tidak dibersihkan dari fitnah puan Juriah. Dia perlu berbuat sesuatu dengan segera. Paling penting, Mira tidak boleh mengetahui fitnah itu. Pasti gadis akan terluka, sangat terluka. Dia tidak sanggup melihat segarit reaksi terluka dari wajah Mira. Dia akan pastikan tiada lagi air mata duka yang akan mengalir dari mata Mira.

Khairul sangat sayangkan Mira. Ucapnya dalam hati, seolah bertekad. Bila agaknya, pilihan aku akan equal dengan pilihan mak aku? Khairul mengeluh sendiri.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia