Skip to main content

Cerpen: Kerana Cinta [Part 3]


AMNI sejak tadi tidak henti-henti menghamburkan air mata. Murni sudah tidak tahu hendak berkata apa. Bimbang pula melihat keadaan gadis itu yang seakan patah jiwa. Sebabnya…
            “Aku tak tahu nak buat apa Murni…” ucap Amni dengan esakan.
            Murni sudah mengeluh. “Aku dah pernah nasihatkan kau… tapi kau, bukan nak dengar cakap aku. Sekarang tengok… siapa yang merana? Kau juga kan?” Murni terus sahaja melabuhkan punggung di sisi Amni. Tangisan gadis itu hanya membuatkan dia terasa simpati.
            “Dah la tu… Amni. Kau menangis macam ni, tak ada apa pun yang akan berubah. Kau dah jatuh cinta dengan dia… terima ajelah hakikat tu.” Pujuk Murni lembut. Cuba meredakan keresahan Amni. Namun Amni laju sahaja menggeleng.
            “Aku cintakan dia… tapi aku tak boleh bersama dia…”
            “Kenapa pulak?” soal Murni pelik.
            “Mak cik Ramlah dah berkenan untuk ambil dia jadi menantu…” sambung Amni dengan nada seraknya. Air mata menghambur keluar.
            Murni pula sudah mendengus kegeraman. “Kau ni kan… tak sudah-sudah fikirkan mak cik kau tu… apa besar sangat ke mandat dia, sampai semuanya kau kena turut? Kau bukan budak kecil tau! Kau ada hak untuk tentukan hidup kau sendiri… bukan jadi hamba abdi untuk mak cik kau tu…” marah Murni sungguh-sungguh. Dia menjadi geram dengan tingkah Amni yang terlalu mengutamakan mak ciknya itu.
            Amni menggeleng laju. “Kau tak faham Murni…”
            “Apa yang aku tak faham? Cuba cakap… kenapa yang kau kena taat sangat dengan mak cik kau tu? Sampaikan kerja yang tak masuk akal ini pun kau kena buat? Ikutkan, dia sendiri yang kena berusaha cari jodoh untuk anak dia… bukan suruh kau selidik macam ni. Sekarang kau dah jatuh cinta dengan Encik Reza… hah, nak buat macam mana!!!” sembur Murni yang masih marah dengan Amni. Separuh hatinya simpati namun separuh lagi begitu mudah naik angin dengan sikap sahabatnya itu. Sudah jatuh cinta, tapi masih mahu menangkan orang lain pula.
            “Aku berhutang seumur hidup dengan Mak cik Ramlah…”
            Murni terdiam.
            “Sampai aku mati pun, takkan terbayar hutang tu Murni… sebab tu aku kena akur dengan Mak cik Ramlah… dia cakap apa pun aku tak kisah. Sebab kalau nak ikutkan dengan apa yang dia bagi pada aku, lebih daripada baik… arwah mak aku dah hutang banyak sangat dengan Mak cik Ramlah… semuanya sebab nak tolong ayah aku dengan kerja tak guna dia tu!” Amni berhenti seketika. Tangisannya makin lebat. Mengimbau kenangan lama, membuatkan hatinya sakit.
            “Ayah aku tak pernah nak berubah… walaupun mak aku dah banyak berusaha untuk tolong ayah aku tinggalkan kerja tak guna tu, tapi ayah aku tetap tak pernah nak hargai usaha mak… aku sedih. Setiap hari balik rumah… ayah minta duit dengan mak. Mak aku pula terlalu baik, percayakan suami dia… bagi semua yang suami dia minta, walaupun hakikatnya, dia terpaksa berhutang dengan orang lain.”
            Murni menggenggam tangan Amni dengan erat. Dapat dirasakan kesakitan yang pernah dilalui oleh gadis itu.
            “Sampai satu tahap… hutang mak, jadi terlalu banyak… terlalu banyak sampaikan, mak memang tak mampu nak bayar semula… ayah pula, lesap macam tu aje. Langsung tak cakap apa-apa… lepas ayah lesap, baru aku dengan mak dapat tahu, dia berhutang dengan lintah darat. Kalau dengar jumlahnya Murni… memang tak terjangkau dek akal… mak aku meninggal terus…” teriak Amni lagi. Jika diulang tayang semula saat itu di depan mata, hatinya terseksa. Tapi dia tahu, dia harus redha.
            “Mak cik Ramlah kau yang tolong ke?” soal Murni perlahan.
            Amni mengangguk laju. “Semua hutang tu… Mak cik Ramlah yang bayar… tapi sampai ke hari ni, dia langsung tak pernah buka mulut suruh aku bayar Murni. Satu sen pun aku tak pernah bayar. Dia cuma buat perjanjian, aku wajib tinggal di rumah dia, ikut aturan yang dia dah tetapkan… tak ada kompromi. Tapi aku tak kisah… bersyukur sebenarnya, sebab ada orang yang boleh aku harapkan untuk tengokkan aku. Sekurangnya, terjamin keselamatan hidup aku... walaupun dia tak mesra dengan aku…” Amni sudah menoktahkan kata. Dirinya sudah dipeluk erat oleh Murni. Hanya sendu memenuhi ruang itu.
            ‘Aku doakan kau bahagia Amni…’ ucap Murni dalam hati. Biarlah sekali ini, Amni diberikan peluang untuk memilih bahagianya.

“IBU…” panggil Reza perlahan. Matanya yang tertancap pada kaca TV tidak beralih namun dia dapat merasakan pandangan ibu yang sudah mendarat ke wajahnya.
            “Kenapa?” soal ibu dengan senyuman. Tangannya pula ringan sekali sudah mencapai timbunan kain untuk dilipat. Semuanya pakaian kerja Reza.
            “Reza selalu impikan kisah cinta yang indah…” ujar Reza dengan mukadimah. “Masa dengan Ana dulu, Reza fikirkan, kami adalah padanan yang terbaik…” suaranya menjadi kendur sedikit. Bayangan Ana dan Faisal mula bermain di kotak fikiran.
            “Reza… jodoh Reza bukan dengan Ana. Reza sepatutnya lupakan hal lalu…” tegur ibu tidak senang. Ana sudah berkahwin.
            “Andai kata… Reza ditakdirkan dengan seorang gadis yang ternoda kesuciannya, ibu terima?” sengaja Reza menyoal begitu. Dia mahu apa yang ada dalam fikiran ibu, sama sepertinya.
            Ibu melepaskan keluhan kecil. “Maafkan ibu, Reza. Ibu bersalah masa tu… ibu tak sedar, ibu dah hancurkan hati anak ibu. Ibu dah kecewakan Reza dengan menjadi penghalang cinta Reza… tapi ibu dah sedar, ibu tak sepatutnya menghina dan memandang rendah pada Ana. Lagipun apa yang jadi, bukan salah dia. Sememangnya dia mempunyai akhlak yang baik… jadi, kalau sesiapa yang menjadi pilihan Reza lepas ni, ibu takkan persoalkan. Ibu yakin dengan Reza.”
            “Reza pun banyak salah dengan Ana ibu… Reza tak percayakan dia. Sedangkan, perkara yang paling penting dalam satu perhubungan adalah kepercayaan… Reza dah hancurkan kepercayaan Ana pada Reza.” Reza sudah meraup wajahnya. Pedih rasanya bila dibicarakan semula soal lalu. Nyata, hatinya tidak sekuat itu.
            “Sebenarnya ibu…” Reza bersuara kembali setelah diam buat seketika. Ibu pun tidak mencelah. Mendengar sahaja butir bicara dari bibir anaknya. “Reza dah jatuh cinta…” akhirnya terluah juga perkataan itu.
            Kegembiraan yang terpancar di wajah ibu sekaligus mengubah mood Reza. Dia turut tersenyum dengan pertanyaan dan segala persoalan yang diberikan oleh ibunya. Nyata, keduanya sangat teruja dengan topik ini. Lebih-lebih lagi Reza. Dia sudah tidak sabar untuk mengkhabarkan rasa hatinya pada orang itu. Bibirnya tersenyum terus tanpa henti.

DARI jauh lagi Amni sudah menangkap kelibat Reza. Segak sungguh lelaki itu mengenakan kemeja biru tua dengan seluar slack hitam. Rambut pula disisir rapi, tampak begitu kemas sekali. Walaupun waktu pejabat sudah tamat, namun penampilan lelaki itu masih menarik di pandangannya.
            Sedar dirinya diperhatikan oleh seseorang, Reza pantas meliarkan pandangan ke sekeliling. Amni menjadi kalut apabila mata Reza sudah mencari-cari. Tanpa sempat dia melarikan diri, dia sudah tertangkap!
            Langkah Reza yang semakin menghampiri dirinya hanya membuatkan degupan jantung semakin tidak menentu.
            “Hai.” Reza sudah tersenyum.
            “Tunggu siapa?” soal Reza ramah.
            “Mak cik…” perlahan sahaja Amni menjawab.
            “Oh… mak cik yang mak sepupu awak tu ke?” soal Reza lagi.
            Amni menjeling ke arah jalan sekilas sebelum mengangguk pada Reza.
            “Memang tinggal dengan dia ke?”
            Amni sudah mendengus kecil. Banyak pula soalan oleh Reza. Dia bukan tidak sudi hendak menjawab. Malah dia gembira. Tetapi dia bimbang, silap masa… Mak cik Ramlah muncul tiba-tiba? Macam mana?!
            “Amboi, marah nampak!” Reza tertawa kecil. Dia sudah dapat menghidu, Amni tidak selesa dengan soalannya. Mungkin juga tidak selesa dengan kehadirannya. “Saya tanya saja… bukan nak jadi busybody.”
            Amni mengeluh dalam hati. Tersepit dengan perasaan sendiri. Baru sahaja dia hendak membuka mulut menjawab pertanyaan Reza, sudah ada bunyi hon yang menggetarkan kepala lututnya. Ditambah dengan gaya Mak cik Ramlah yang keluar dari perut kereta macam hendak melepuk kepalanya sebab mengadakan sesi beramah mesra dengan menantu pilihan di kawasan awam ini.
            “Reza… apa khabar?” Mak cik Ramlah sudah menyapa Reza dengan mesra. Sememangnya dia sangat berkenan dengan anak muda ini. Cukup dengan segala maklumat yang Amni sajikan buat halwa telinga, semakin membuatkan hati tuanya terpikat. Pasti Zatil juga akan suka walaupun anaknya itu asyik mengelak sahaja bila dia hendak membangkitkan soal kahwin itu.
            Reza menyambut huluran salam Mak cik Ramlah dalam keadaan terpinga-pinga. Pelik, bagaimana pula mak cik ini boleh mengenali dirinya.
            “Amni banyak bercerita dengan mak cik…”
            Berkerut dahi Reza mendengar ayat itu. Namun, hatinya disapa rasa bahagia dalam masa yang sama. Maknanya, Amni pun ada rasa yang sama sepertinya. Ya, tidak syak lagi! Hati Reza sudah mula bersorak gembira.
“Dia dah cerita dengan Reza pasal anak mak cik?” Mak cik Ramlah pula yang menjadi teruja di situ. “Umur dia muda empat tahun dari kamu… baru aje habis belajar. Kalau boleh Reza datanglah ajak emak ke rumah mak cik, kita kenal-kenal dulu…” cadang Mak cik Ramlah.
Reza menjadi pelik mendengar tutur kata Mak cik Ramlah pada ketika ini. Apa yang sedang dibicarakan oleh mak cik Amni ini? Apa perlu dia berkenalan dengan anak mak cik ini? Wajah Amni yang kelihatan terkejut itu dipandang lama. Seakan dikejutkan dari mimpi, dia sudah dapat menangkap apa yang sedang dibicarakan oleh Mak cik Ramlah ini.
Jadi, selama ini… Amni selidik tentang dirinya? Hatinya menjadi panas. Gadis itu langsung tidak pernah mengkhabarkan berita itu walau sekali pun. Sedangkan banyak peluang yang terbuka antara mereka yang membolehkan Amni menerangkan perkara itu kepadanya.
Pandangan Reza sudah tajam menikam wajah Amni yang lebih selesa tertunduk ke bawah. Hatinya sudah mendidih panas. Entah kenapa, dia berasa sangat marah!
“Macam mana Reza?” soal Mak cik Ramlah, tidak mahu melepaskan peluang sama sekali.
“Insya-Allah, saya datang nanti. Suruh Amni berikan alamat nanti… hujung minggu saya datang.” Reza bersetuju dengan hati yang panas. Marah pada Amni. Kecewa dengan andaian yang dibuat tadi. Sangkanya, Amni pun punya perasaan yang sama sepertinya. Nyata tidak! Gadis itu sekadar mendapatkan maklumat untuk membahagiakan hati orang lain.

BEG bimbitnya dihempas kasar di atas katil. Marah! Dia benar-benar marah dan kecewa. Cinta itu benar mengecewakan hatinya. Buat kali yang kedua, dia terpaksa menanggung kecewa. Malah kini, dia seakan semakin terseksa.
            Wajah polos Amni berlayar di ruang mata. Tidak sekali-kali dia akan melupakan riak wajah itu. Bagaimana terkejutnya Amni mendengar ayat yang meniti bibir mak ciknya itu.
            Senyuman sinis bergayut di bibir. Namun seketika kemudian matanya sudah bergenang dengan air mata. Dadanya menjadi sebak. Apakah dugaan ini? Kenapa dia sering diduga dengan rasa hati ini? Dan bilakah dia akan bertemu dengan pemilik tulang rusuknya? Dan benarkah bukan Amni orangnya? Mindanya seakan tidak mampu untuk menerima. Setelah Ana… dia tidak sanggup untuk melepaskan Amni pula. Wanita yang berjaya mengetuk pintu hatinya untuk menghulurkan rasa cinta buat seorang hawa.

“JEMPUT-jemput makan… jangan segan,” ramah sekali Mak cik Ramlah mempelawa Reza dan ibunya di ruang makan ini. Seperti yang dijanjikan, Reza dan ibu datang bertandang ke rumah Mak cik Ramlah bagi memenuhi jemputan orang itu. Wajah Mak cik Ramlah begitu ceria sekali menerima tetamunya. Nyata dia begitu tidak sabar untuk melihat anaknya bersanding dengan Reza. Jejaka yang kacak, segak itu! Semestinya, kelihatan bagai pinang dibelah dua jika dipadankan dengan anaknya Zatilhusna.
            Zatilhusna pula sekadar mendiamkan diri di meja makan sejak tadi. Langsung tidak tahu hendak mencelah di mana. Suara mamanya sahaja memenuhi ruang makan ini, sesekali bertingkah dengan suara ibu Reza yang kelihatan ramah melayan soalan mamanya.
            Matanya sesekali mencuri pandang ke wajah Reza. Hurm… boleh tahan pilihan mama ni! Desis hatinya. Tidak sama sekali dia menyangka, mama akan begitu terburu-buru untuk mencarikan calon buat dirinya. Nyata penolakannya tidak memberi apa-apa perubahan dalam hal ini. Mama tetap degil mengajak lelaki bernama Reza ini ke rumah mereka. Matanya ditala ke hadapan, spontan berlaga dengan pandangan Reza. Zatilhusna tersenyum kecil membalas senyuman Reza pada ketika itu.
            Pada masa yang sama, di balik dinding dapur, sudah ada jiwa yang merintih lara. Mata Amni langsung tidak berganjak daripada menatap wajah Reza yang berbalas senyuman dengan Zatilhusna. Hatinya menjadi pedih. Walaupun dia tahu, dia tidak mempunyai hak itu, namun hatinya tetap berdegil!
            “Amni!!!” laungan Mak cik Ramlah yang kuat membuatkan Amni tersentak. Lalu dia bergegas ke ruang makan. Wajahnya ditundukkan sahaja. Tidak sanggup dia melihat wajah Reza secara berdepan di kala ini. Bukan dia tidak tahu, betapa marahnya Reza apabila dia tidak berterus-terang tentang risikan Mak cik Ramlah. Puas dia menadah telinga mendengar Reza memarahi dirinya. Dan paling tidak dapat dilupakan, ayat yang diucapkan Reza… bagaikan sembilu menghunus ke dalam hati.
            “Awak nak sangat saya kahwin dengan sepupu awak tu kan? Okey fine! Saya akan kahwin dengan dia!!!” serentak dengan itu, Reza sudah berlalu. Meninggalkan Amni terpinga-pinga dengan keputusan itu. Sungguh ini bukan kisah yang hendak dilakar oleh Amni, tapi dia tidak berupaya untuk mengubah sesuatu di luar jangkaannya.
            “Amni!!! Kau ni mengelamun apa lagi? Tak dengar ke aku suruh tambah air!!!” marah Mak cik Ramlah. Amni tersentak lagi. Serentak itu matanya bertembung pandang dengan senyuman sinis Reza. Hatinya sakit! Segera dia berpaling ke dapur setelah mencapai jug yang berada di atas meja makan itu. Separa rela, dia menyediakan juga semua yang diarahkan oleh Mak cik Ramlah.
            Baru sahaja Amni hendak berpaling, dia tersentak lagi.
            “Err…” dia menjadi gugup pula. Pandangan itu…
            “Toilet?” sepatah mulut Reza bertanya. Dahi Amni sudah berkerut. Apa cari toilet di dapur pula? Tanpa kata juga, tangannya mengisyaratkan ke ruang kiri sebelah dapur.
            Namun Reza masih tidak berganjak dari tempat berdirinya. Matanya begitu ralit memerhatikan wajah Amni. Mata itu… begitu sarat  dengan luka. Adakah Amni terluka dengannya? Hatinya disapa rasa bersalah. Dia tidak berniat untuk melukakan Amni dengan kata-katanya. Segalanya berlaku secara kebetulan.
            “Toilet dekat sebelah kiri…” ucap Amni. Resah mula bertandang. Dia menjadi lemah dengan renungan itu. Bimbang pula jika Mak cik Ramlah muncul di saat ini.
            “Kenapa tak nak mengaku Amni?” terus Reza menyoal tanpa mempedulikan pandangan Amni yang semakin resah. Sekejap-sekejap gadis itu mengerling ke pintu dapur yang terbuka luas itu.
            “Mengaku apa pula?” dalih Amni. Hatinya diburu resah. Bimbang yang teramat jika Mak cik Ramlah marah.
            “Mengaku… awak cintakan saya.” Lembut nada Reza. Begitu membuai jiwa gadisnya. Namun untuk mengatakan ya, Amni tidak mampu.
            “Saya cintakan awak, Amni…” luah Reza dengan jujur. Melihat Amni yang berdiam diri, bibirnya seolah tidak dapat menahan hendak meluah kata. Lantas disuarakan juga.
            “Reza!!!” serentak itu, dua suara berpadu di belakang. Mak cik Ramlah dengan wajah yang garang seakan hendak menikam mangsa dan ibu Reza dengan pandangan menagih penjelasan. Manakala Zatilhusna terdiam tidak mampu berkata. 

[Bersambung]
-Mungkin part seterusnya adalah yang terakhir. Nantikan pengakhiran kisah Kerana Cinta... :-)

Comments

  1. Harap reza akan ttp pilih amni dan bela nasib amni lepas ni....sedih sgt dgn si amni ni.....

    ReplyDelete
  2. Yang Mak Cik sibuk ni kenapa kalau si Zatilhusna x nak buat apa paksa.... yang nak kahwinkan Reza ... Ikut suka Reza lah nak pilih Amni.... ibu Reza x kisah lah.... tentu Zatilhusna dah ada pilihan hati.... jadi Zatilhusna tolong lah cakap dengan semua orang yang U dah ada pilihan hati sendiri, biar padan muka mak cik Amni yang x tahu malau tu..... gerammmmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak sue, sabar-sabar... hehe.
      semua orang mesti ada titik perubahannya. Mungkin utk mak cik Ramlah jugak... :)

      Delete
  3. umi cpt cikit smbung citanya, kesian dgn Amni.huhuhu

    ReplyDelete
  4. nak lagi.xsabar nak tggu ending! :D hopefully amni dengan reza! :D

    ReplyDelete
  5. Sian amni.. Reza nii.. Marah2 amni plak. Xpaham ngn m.cik ramlah niii.. Haishh, sekeh kang br ttau! Hoope amni wif reza

    ReplyDelete
  6. harapnya zatil tu dh da pilihan sndiri, sian amni klu zatil tu nk kt reza jgk..suma org dh tau reza cinta amni

    ReplyDelete
  7. Harap-harap zatil tu xnk kat reza...
    biar la amni ngn reza...
    umi, cepat siapkan part 4 ek...
    xsabar ni...

    ReplyDelete
  8. kesiannya ngn amni.......hope reza paham perasaan amni.....

    harap zatil beralah utk amni...

    ReplyDelete
  9. rasa macam pendeknya cerpen ini.. saya harap cerpen ini bersambung..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia