Skip to main content

Update #1


Assalamualaikum... :)

a big smile from me, kepada semua yang rajin2 singgah sini.

Update ni sekadar entry suka-suka. Nak bagi tau dengan pembaca, apa yang Umi Kalsom ni duk buat sekarang. Masih wujud lagi dia dalam blog yang selalu dibiarkan bersawang ni. InsyaAllah, in future... mungkin kita boleh rapatkan ukhuwah dengan update seterusnya anything about me di blog ini. :)

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat pada Dia. Cik Umi dah habis praktikal. :) Sekarang ni bertungkus lumus nak siapkan repot praktikal (pada hakikatnya, satu hapa pun tak taip lagi, duk sibuk berangan fikir manuskrip yang tak gerak-gerak lagi). Lagi dua minggu, dah kena masuk new semester. 3rd year, insyaAllah. Lagi  setahun lagi untuk habiskan alam degree yang tidak berapa enak ini.

Just nak share, sedikit sebanyak apa yang Cik Umi experience sepanjang praktikal dekat Bernama, biro Penang. :)

Jadi wartawan, tak padan dengan diri yang selalu takut nak tanya orang. Tapi dah nama pun bidang media, so i have to go for it. Kalau tak nak kena marah dengan bos, pergi tanya segala detail yang diperlukan dalam satu berita. (Tapi selama dua bulan ni, bos tak pernah pulak marah. Ke Cik Umi terlalu 'polos' sampai tak faham yang dia sebenarnya sedang marah??)

One good thing yang Cik Umi rasa seronok dalam bidang ni, oh... we are first to know anything. Which makes us feel 'walah' aku tau dulu kot. Sangat best!!! 

Bila jumpa orang, mention aje... 'media.' terus akan jadi orang penting. Media sangat dijaga dan at that time Cik Umi teringat tagline, 'Kerana dirimu sangat berharga' hehe...
 
But being a journalist, is not like what we see on a screen. On a drama. Setiap kali menaip, rasa berat. Bos panggil, lagi rasa berat. Once story submit ke KL dan story clear without any further Q&A, baru boleh melepaskan nafas lega. Sebab apa berat, kita tulis kena betul (lainlah kalau sumber berita tu sendiri make up stori untuk reporter kan?) fakta, masa, angka. All have to accurate. 

Once Cik Umi dah experience, pergi PC, but the source give detail macam nak tak nak. Macam main hide and seek. Oh, that was one of my terrible day, suppose. HQ KL call berkali-kali... tanya apa yang Cik Umi tulis ni. Statistik betul ke tidak ni. Oh my, macam nak menangis. Lagi bila call sumber tadi, boleh pulak dia dah off phone. Rasa macam, 'damn it'. You gave us the news, sekarang you are treating us like... huh! If any case, Cik Umi yang akan kena saman. *time ni maybe terfikir sekejap, kenapalah aku lompat masuk dalam bidang ni* hidup dalam ketakutan selagi KL tak approve story yang dihantar. 

Tapi kan, it was precious. I just love it. Takut-takut pun, Cik Umi dapat survive until the end. Dapat experience interview orang. Even ada kena marah, jeling-jeling menyampah... tapi tu semua just part kecil daripada kerja. Wartawan is enjoying. A fact by me, who enjoyed my 2 month by being a trainee journalist. :)

satu nasihat daripada bos, yang Cik Umi paku kuat dalam kepala... "kalau minat, apa pun kita boleh buat."

Jadi, untuk adik-adik yang mungkin baru nak sambung belajar, nak cari kerja... buat apa yang kita minat. Dan minat itu sesuatu yang dapat mendatangkan manfaat kepada orang lain. Janganlah susahkan ibu bapa kita dengan perangai malas nak belajar ke, hape ke... jangan ya! :) jadilah hamba Allah yang baik dengan attitude yang dapat menyenangkan hati semua orang. InsyaAllah.



thanks for reading :)
regards,
umiKalsom.

Comments

  1. waaa susah jugak jadi journalist ni en... BTW, tahniah umi coz berjaya habiskan praktikal...
    lepas ni xsabar nak bace karya terbaru umi

    ReplyDelete
  2. oh, belajar lagi cik adik ni..... akak dah tinggal zaman kolej dekat 15 tahun dah. BTW, love your Kampung Girl so much :)

    ReplyDelete
  3. 'kalau minat apa pon kita boleh buat!'
    thanks kak umi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia