Skip to main content

Tidak ku sangka 1




HARI ini hari terakhir peperiksaannya sebagai siswi di universiti. Perasaannya gementar bercampur gembira. Gementar bimbangkan entah bagaimana prestasi pencapaiannya nanti. Gembira memikirkan yang dia sudah boleh pulang ke rumah dan bermanja dengan mak dan abahnya.
            Langkah kaki yang laju menuju ke dewan peperiksaan E41 itu serta-merta menjadi perlahan. Jantung yang tadinya berdebar mengenangkan kertas peperiksaan yang bakal diduduki, kini berubah arah angin.
            Anas!
            Hatinya berbisik gemuruh.
            Anas!
            Serunya lagi tatkala mata mereka bersatu tanpa sebarang rencana. Dan mata Anas kembali berlabuh di wajah teman yang berkaca mata di hadapan. Hendak tersenyum, dia tidak betah. Sekadar layanan perasaan semata-mata. Kuat hatinya mengukuhkan keyakinan, dia sekadar meminati Anas atas dasar tarikan biologi. Anas lelaki dan dia perempuan. Bukan sebab lain. Bukan!
            Fokus mindanya. Sebaik sahaja melangkah ke dalam peperiksaan, dia sudah bertekad untuk melupakan segalanya. Itu juga yang difikir sebaik sahaja selesai menjawab soalan yang berjumlah 120 itu.
            Kesejukan dewan semakin mendesak diri untuk beredar awal dari dewan. Namun desakan hati ingin menatap juga wajah Anas buat terakhir kali. Mungkin tidak akan ada lagi peluang ini. Lantas disetiakan hati untuk menunggu jejaka itu keluar terlebih dahulu. Mujur juga dia mendapat kerusi paling hadapan, lebih mudah untuk diperhatikan pelajar yang meninggalkan dewan.
            Dan sekali lagi, hatinya bagai dipalu. Anas yang manis, berbaju serba hitam itu melangkah ke meja dan menyerahkan borang jawapan OMR. Peluang itu tidak dilepaskan. Matanya gigih mengekor langkah Anas hingga keluar dari dewan. Sebaik sahaja pintu itu tertutup, Anis tahu… dia harus menoktahkan semua itu.

TERKOCOH-kocoh Anis menyarungkan tudung segera apabila emaknya, Puan Amina memaklumkan hendak keluar ke majlis tahlil Mak cik Jamilah di lorong sebelah. Penat dari tadi dia bertanya agenda harian emaknya untuk hari ini, dengan yakin sahaja Puan Amina menjawab, “Lepak kat rumah sudah…”
            Akhirnya, Anis juga yang kelam kabut.
            “Mak, Anis dah siap.” Terus Anis menutup pintu biliknya. Dan pandangan Puan Amina berlabuh pada jasadnya. Dari atas sampai ke bawah direnung.
            “Macam ni aje? Pakailah baju lain… elok sikit.” Tegur Puan Amina. Kakinya sendiri sudah diheret masuk ke dalam bilik anak sulungnya itu. Anis suka sangat buat perangai macam, ‘orang tak ada baju!’
            “Elok macam mana lagi mak? Nak pergi kenduri tahlil aje pun… takkan nak pakai baju blink blink pulak. Sakan sangat…” usiknya.
            Namun Puan Amina buat tidak endah. Tangannya laju menyelongkar almari empat pintu di bilik Anis. Baju seakan hendak tersembul keluar daripada almari. Dan yang anaknya pilih untuk dipakai pada petang ini, baju itu! Matanya mencerun.
            “Pakai baju ni… tukar sekarang. Mak tunggu! Asma pun tak habis bertenggek dari depan cermin tu. Anis cuba siap elok sikit. Nanti apa orang cakap… anak mak kerja tinggi, nak melawa tak reti.” Bebel Puan Amina sambil melangkah keluar dari bilik Anis.
            Serentak itu Anis mengeluh. Bukan kerana disuruh menukar baju. Tetapi kerana intipati dan nada emaknya itu. Anis tahu sangat, ini bukan sekadar hendak ke majlis tahlil agaknya.
            Dan benarlah seperti telahan Anis, memang penuh agenda pun rancangan ‘tahlil’ Puan Amina! Aduh… kepala yang tidak mempunyai masalah kelemumur pun boleh jadi gatal kalau begini.

MEJA makan sudah berhidang dengan sarapan. Masakan Puan Amina yang sememangnya sentiasa sedap. Kalau orang tanya kenapa masakah emak selalu sedap, rahsianya… tentulah sebab kasih sayang yang disalurkan dalam setiap masakan. Sebab itu kalau emak goreng telur sekali pun pasti sedap tidak terkira. Anis tersenyum mengenangkan apa yang berlegar di mindanya. Sememangnya Puan Amina sangat rajin memasak untuk anak-anak.
            “Anis, awal nak pergi kerja?” soal Encik Bohari, abah Anis yang sudah bersiap dengan pakaian seragam sekuriti di sebuah bank.
            “Ada kerja sikit abah. Abah shift pagi pulak? Semalam bukan dah kerja sampai malam?” soal Anis dengan nada bimbang. Tidak mahu abahnya itu penat. Encik Bohari bukannya masih muda macam dulu. Usianya sudah melangkau 50 tahun.
            “Tolong ganti Uncle William. Dia ada kecemasan.” Tersenyum sahaja Encik Bohari memberi jawapan.
            “Abah ni, dah la kerja tu… Anis dah minta abah berhenti dan duduk rumah kan, Anis boleh sara…” Anis cuba untuk memujuk. Mungkin di pagi hari ini mood abahnya lebih baik untuk dibawa berunding. Tetapi, mood Encik Bohari sentiasa baik. Cuma kalau masuk hal kerja ini dia susah hendak beralah sikit.
            “Mana boleh macam tu Anis… memang Anis dah kerja. Gaji pun besar. Tapi abah masih ada kudrat, Adila dengan Bahar masih belajar. Abah kenalah siapkan keperluan mereka… kalau Anis bantu sikit-sikit tu tak apalah, yang penting untuk diri Anis. Esok-esok Anis dah berkeluarga, mana boleh fikir sangat pasal abah…” nasihat Encik Bohari seperti selalu.
            “Abah ni degillah!” ujar Anis bernada manja. Mulutnya sudah muncung sedepa.
            “Anak abah ni pun apa kurangnya… kenapa Anis tak mau ikut cadangan mak? Elok kan budak yang ditengok kat rumah Mak cik Jamilah hari tu.”
            “Tak berkenan.” Sepatah sahaja jawapan Anis. Mudah dan ringkas. Dia memang tak berkenan dengan lelaki yang diperkenalkan sebagai anak saudara Mak cik Jamilah. Langsung tiada ciri-ciri Anas, yang selalu manis dan sopan. Ah, Anis… berhentilah berangan. Anas itu bukankah permainan perasaan sahaja. Sudah lebih tiga tahun dia meninggalkan zaman universiti tetapi tidak Anas dari mindanya ini.

TEMPAT letak kereta yang masih kosong memudahkan Anis untuk memilih. Lantas kereta Proton Saga SE itu dibelok ke kotak parkir berdekatan dengan blok Fakulti Bahasa. Sudah masuk dua tahun, Anis menjadi pensyarah tetap di sini. Malah sekarang dia sedang dalam proses untuk melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah atas keperluan kerjayanya ini.
            Ketika melangkah keluar dari kereta, Anis disapa satu suara. Suara yang selalu sangat menganggu keamanan hidupnya.
            “Kalau hari aku tak dimulakan dengan suara kau, tak sah agaknya.” Anis mengusik.
            Terus wajah Kamilia menjadi cemberut. Anis terus ketawa.
            “Awal jugak? Ada kelas ke? Sejak bila kau suka ambil kelas pagi?” soal Anis pada Kamilia yang juga teman duduk sebilik di pejabat fakulti ini. Disebabkan proses ubah suai yang sedang rancak berlangsung di bangunan mereka, makanya bilik pun berkongsilah. Semuanya untuk menyediakan kemudahan bilik pensyarah yang lebih selesa.
            “Berdosa ke kalau aku pun nak jadi rajin macam kau?” Geram sahaja Kamilia menyoal sambil menyandang beg komputer riba ke bahu. Berat! Hampir melurut di bahu tetapi ditarik semula laju.
            Anis tersenyum. “Aku pesan dah kan, beli beg galas belakang. Kau tu kecik sangat, mana sesuai galas beg tepi.” Usik Anis. Tangannya sudah menekan alarm kereta. Sambil menanti langkah Kamilia, bibirnya tersenyum.
            Kamilia menjadi pelik. Anis kalau senyum lebar begitu, pasti ada makna. Apa maknanya? Tidak perlu dia bertanya, dia sudah tahu. Wajahnya diserbu darah.
            “Bukan sebab tu okey… aku datang sebab ada kerja!” tegas Kamilia.
            Anis masih tersenyum. “Aku tak kata apa…” balasnya dengan nakal dan terus melangkah.

KELAS hari ini habis awal. Anis sudah kepenatan kerana jadualnya hari ini padat. Tambahan pula dia terlibat dengan program pelajar tahun akhir Fakulti Bahasa yang bakal berlangsung lagi sebulan. Makin bertambah tuntutan kerja untuk memantau mereka.
            “Kamilia…”
            Yes…
            “Tak ada benda untuk dikunyah?” soal Anis. Matanya dipejam seketika. Malas pula hendak bergerak ke kafe. Tetapi perut sudah lapar.
            “Kenapa? Lapar dah? Tadi aku ajak makan, kau tak nak…” rungut Kamilia tanpa memberi jawapan pada soalan Anis.
            “Lapar…” sungut Anis pula. Serentak itu kedengaran pintu bilik mereka diketuk. Dan wajah seseorang yang tidak diduga muncul di depan mata. Mata Anis terbuka luas. Manakala Kamilia sudah tunduk pura-pura menghadap failnya.
            “Anis…”
            “Cari saya ke?” soal Anis dengan rasa pelik. Wajah Kamilia di hadapan dikerling seketika. Dan matanya kembali berlabuh pada wajah si kacak yang sedang tersenyum di muka pintu.
            “Boleh ke sini sekejap, ada benda nak bagi.”
            Tidak mahu membiarkan orang itu menanti terlalu lama, Anis terus sahaja bangun ke pintu. Dan spontan juga dia terus membawa diri keluar, juga atas permintaan orang itu.
            “Tak nampak Anis dekat kafe pun tadi? Selalu dengan Kamilia…”
            Mendengarkan ujaran ayat daripada bibir Qaiser, Anis sekadar tersenyum nipis. Tidak pernah sekali dia menyangka, si jejaka ini akan mencari jika tidak kelihatan kelibatnya.
            “Ada kerja, nak selesaikan tu dulu… sebab tu tak dengan Kamilia tadi.” Bagaikan terpaksa pula, jawapan itu dilagukan juga.
            I did buy something for you…” Dan bungkusan di tangan Qaiser dihulurkan pada Anis. Nyata wajah itu berubah riak. Bibirnya mulai mengorak senyuman. Sudah dijangkakan perubahan itu. Dan dia tetap suka walaupun sejuta kali ia berubah dengan riak tidak suka.
            “Terima kasih… tapi…”
            Belum sempat Anis menyudahkan kata. Qaiser sudah memotong bicara.
            “Tak ada tapinya… ambil ni, pergi makan. Lain kali ada kerja banyak mana pun jangan tak makan.” Nasihat Qaiser.
            Anis tersenyum nipis. “Baiknya awak, ambil berat tentang kebajikan perut rakan sekerja…” perlinya.
            Qaiser terus tertawa. “Bila lagi saya nak nampak muka awak, kalau bukan masa tu. Awak kan sangat pandai mengelak bertembung satu jalan dengan saya…” perli Qaiser semula. Biar Anis terasa. Bukan dia tidak tahu, dirinya selalu diusik dengan teman Anis, Kamilia. Tetapi hatinya hanya menyeru nama wanita ini. Anis…
            “Saya mengelak?” Anis tergelak kecil. “Kenapa saya nak kena mengelak? Awak bukan harimau…” balasnya masih dengan nada memerli. Entah bagaimana Qaiser boleh memikirkan konklusi itu.
            Qaiser tersenyum. Bungkusan yang dihulurkan pada Anis bertukar tangan. Langkahnya
sedikit mendekat. Seraya dia mula berbisik, “Kalau bukan harimau… lepas ni beranilah lalu sebelah.”

___________________________________________________________
# ehem.... layan cerita ni dulu ya. Sementara saya nak tambah, baca info utk cerita Jelita & Perkasa. Lama tak menulis, nak kena asah semula kepala yang dah karat ni. :)

Comments

  1. best2......nk lg sambungan cite ni...adakah anis akan berjumpa dgn anas?

    ReplyDelete
  2. best... ni novel ke mini novel umi?

    ReplyDelete
  3. anas atau qaiser...wat masa ni qaiser nampak okay..heheh sambung yer citer nie best lar..

    ReplyDelete
  4. hero n heroin nama ckit lg nk same

    ReplyDelete
  5. kita buat ni jadi mini novel ja ye.. saya pun tak gaduh nak fikir cerita pjg2.. pembaca pun xpayah tunggu lama. hurm.. anas or qaiser or .... hehe. tunggu ya.

    ReplyDelete
  6. Ni mini novel ke cerpen bersmbung?

    ReplyDelete
  7. macam dah jatuh hati ja kat Anis... hehehe

    ReplyDelete
  8. anis..anas.. sweet kut !

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia