Skip to main content

Tidak ku sangka 5



GAGANG telefon yang dihulurkan oleh Puan Amina disambut dengan tangan yang terketar. Entah lawak apa yang hendak dipersembahkan oleh Puan Amina. Selamba sahaja meminta dirinya untuk beramah mesra dengan bakal mak mentua. Oh, nak disebut pun masih terasa janggalnya.
            Telefon yang sudah melekap di telinga dipegang seerat mungkin. Bimbang pula kalau terlolos daripada pegangan. Memalukan.
            “Apa khabar Anis?”
            “Sihat… mak cik?” Anis cuba berbasa-basi. Hendak bina chemistry bukan satu kerja mudah. Tetapi, kalau bukan mudah… bagaimana dengan mudahnya dia berkata ya untuk Iman Anas?
            “Alhamdulillah… sihat jugak. Mak cik lagi ya? Bukan dah boleh panggil mak?”
            Untuk usikan itu, wajah Anis terasa berbahang seketika. Mak? Tunggu nikahlah!
            “Sebenarnya, mak ada nak sampaikan hajat orang tu… bakal tunang Anis.”
            Bicara itu hanya menyesakkan nafas Anis. Hajat apa pula makhluk bernama Iman Anas itu?
            “Katanya, nak serba sederhana semuanya. Jadi untuk tunang, dia pun takkan datanglah. Mak pun tak nak memaksa… Anis tak kisah kan?” Anis terkesan nada serba salah di hujung bicara emak Iman Anas.
            Lantas dia tersenyum. Suaranya diceriakan. “Tak apalah makkk cik…” Anis mengetap bibir laju. Mujur dapat ditelan perkataan ‘cik’ di hujung ayat itu. “Anis tak kisah pun. Lagipun tunang ni, bak kata mak Anis, eloklah bersederhana. Anis pun suka macam tu…” tutur Anis. Kononnya tidak kisah.
Tetapi dalam kepala sudah bertubi-tubi dengan soal jawab bersama minda. Seingatnya, Kamilia juga melangsungkan pertunangan yang cukup ringkas. Tetapi, bakal suaminya ada sekali. Ini fesyen daripada mana Iman Anas hendak aplikasi? Pelik juga manusia yang terkenan di hati Anis ini. Namun hendak menarik semula kata-kata yang telah diucap, mungkin sudah terlewat.
Maka pasrah sahajalah Anis!
“Lagi satu… Iman nak tahu, Anis setuju sebab Anis suka, atau sebab mak dan abah?”
Dan itu, soalan menjerut minda. Segera Anis berdehem membetulkan suara. Mana ada sesiapa yang paksa. Memang dia terpikat dengan senyuman Iman Anas. Dan hanya sebab itu? Anis menjadi terkejut sendiri. Betapa kuatnya faktor pengaruh nama Anas dan senyuman yang berjaya membuatkan hatinya terpikat.
“Anis yang setuju. Tak ada siapa paksa, mak.”
“Alhamdulillah… kalau macam tu, mak harap… kurang dan lebih anak mak ni, Anis terima dengan ikhlas ya. Mak syukur sangat, Iman bersetuju nak kahwin… kalau tak sebelum ni asyik menolak aje.”
Anis tersengih sendiri. Patutlah Puan Amina cakap, padan Iman Anas dan Anis. Perangai mereka serupa! Dua kali lima kalau bab hendak menolak pinangan.
            “Insya-Allah, hujung bulan jadilah majlis ya.”
            Anis mengangguk sahaja biarpun emak Iman Anas tidak mungkin dapat melihat anggukannya.

SEBULAN itu bagaikan sehari. Berlalu dengan begitu pantas sekali. Anis sudah bersimpuh di atas permaidani yang dihampar eksklusif buat dirinya. Kamilia turut hadir untuk menyibukkan diri. Memberi komen tentang itu dan ini.
            So, tak dapatlah aku tengok Iman Anas yang berjaya mengoyahkan hati kau tu?” Keluh Kamilia. Beria-ria dia datang, alih-alih Anis cakap…
            “Bukan datang pun Anas…” Anis juga seakan kecewa. Kalau hendak dikira dengan jari, sekali sahaja mereka bersua muka.
            “Tak apalah… mungkin dia istimewa. Bila dah jadi suami, hari-hari jumpa.” Kamilia menuturkan dengan penuh nakal. Senyuman yang menghiasi bibirnya menerima balasan daripada Anis dalam bentuk jeliran lidah.
            Tetamu yang dijemput hanya beberapa orang sahaja. Daripada keluarga emak dan abah. Sekadar wakil sebagai makluman kepada majlis tunang yang berlangsung. Anis pun sekadar mengenakan sepasang baju kurung kain satin yang baru dijahit oleh Asma. Hampir mengamuk Asma bila Puan Amina menyuruh Anis memakai baju itu. Tetapi amukan yang bertahan tidak sampai beberapa saat, Asma sudah mengeluarkan baju yang lebih cantik untuk disarungkan ke tubuh gadis itu.
            Adila muncul dengan senyuman lebar. Lantas bersimpuh di sisi Anis. Bibirnya didekatkan pada wajah Anis.
            “Dah sampai. Jangan terkejut tau…” bisiknya.
            Mata Anis terbuka luas. Adila ini, ada sahaja ayat yang boleh menyeramkan Anis. Jangan terkejut kenapa? Yang datang hari ini, bukankah manusia? Atau dia sebenarnya telah dijanji untuk berikat tunang dengan makhluk berlainan alam? Haish…
            “Kenapa?” Kamilia di sebelah ikut berbisik juga.
            “Entah Adila ni, cakap jangan terkejut. Jangan terkejut kenapa?” ucap Anis dengan gugup. Tiba-tiba sahaja darah gemuruh mulai menyerang.
            Dahi Kamilia turut berkerut. Lantas dia bangkit dan menuju ke pintu. Dari situ dapat dilihat, sepuluh orang daripada pihak lelaki sudah masuk ke perkarangan rumah emak dan abah Anis. Lama meneliti, akhirnya… Kamilia terlopong sendiri. Mulutnya ditekup pantas. Laju juga dia berpaling pada Anis. Mungkin Anis tidak tahu? Mungkin…

TANGAN Anis naik ke dahi. Kemudian ke pipi pula. Berulang kembali ke dahi. Rasa macam nak berpusing kepala. Pertama, hampir menitis air mata melihat barangan yang diterima sebagai hantaran. Sungguhlah kreatif Iman Anas! Sumpahnya dalam hati.
            Keduanya, agak tergamam dirinya apabila melihat jasad seorang insan di hadapannya ini. Mujur tidak mengalir air mata sahaja. Kadang-kadang Anis juga mempunyai potensi untuk memegang watak melodrama utama.
            “Sudahlah kau kecewakan dia… lebih buruk, kau nak jadi ipar dia!” Kamilia memberikan ayat motivasi yang sangat diperlukan Anis. Untuk itu Anis hanya mampu menghadiahkan jelingan tajam.
            You are my future sister-in-law. Amazing…” Qaiser tergamam. Mana tidaknya, hadirnya bersama Puan Rohani untuk majlis pertunangan ajaib yang dipersetujui oleh abangnya. Tidak pula tersangka, Iman Anas akan dijodohkan dengan Anis pilihan hatinya. Dia sudah tidak kecewa kerana dia tahu Anis tidak menyukainya. Tetapi yang membimbangkan Qaiser, bagaimana Anis akan bertahan dengan Iman Anas yang perangainya serupa singa?
            “Saya tak tahu…” jujur Anis menjawab.
            Qaiser ketawa. “Saya pun tak tahu masalahnya… mak pun ada sebut entah tak nama awak dekat saya. Iman tu jangan nak sebut, cakap pun tidak!”
            Melihat Qaiser ketawa seperti biasa, Anis terasa lega. Mungkin dia yang teremosi sedikit. Lagipun, Qaiser kan matang orangnya. Mana mungkin dia bakal kecewa.
            “Tapi, saya minta maaflah bagi pihak Iman… dia bagi hantaran serupa macam nak bagi hantaran dekat makwe zoo dia.” Sindir Qaiser selamba. Dia pun terkejut melihat hantaran yang dibawa oleh pihak lelaki tadi. Tapi apa yang hendak dikata, pertunangan Iman Anas… si zoologi yang paling pelik! Hantaran tunang pun macam zoo juga!
            “Makwe zoo dia?” Anis terkejut.
            Kamilia juga ikut pelik.
            “Iman kan zoologis. Suka sangat duk beramah mesra dengan singa betina dekat tempat kerja dia. Tu yang mak saya risau sangat, sampai cari calon secepat mungkin. Takut dia ada tarikan dengan haiwan pulak…” selamba juga Qaiser bercerita.
            Dan perbualan antara Anis dan Qaiser berlangsung dalam suasana yang begitu harmoni. Nampak sangat begitu diredhai hubungan ipar-duai ini. Anis tersenyum mendengar Qaiser bercerita mengenai Iman Anas semasa zaman muda remaja. Dan bagaimana seterusnya terjebak dengan pengajian sehingga menjadi zoologi.
            “Anis… saya nak tanya sesuatu.”
            “Tak perlu minta izin, tanya aje… dan mungkin kena mula panggil Kak Anis kot.” Menyibuk sahaja Kamilia menyampuk dari sisi. Jelingan Anis sekadar dibalas dengan sengihan panjang.
            Qaiser tersenyum nipis. Tidak ada masalah untuk meletakkan pangkat kakak di depan nama. “Kak Anis dah kenal Iman? Memang setuju dengan seikhlasnya?” soal Qaiser perlahan. Sungguh dia bimbang. Haraplah Iman Anas tidak akan menjadi singa dengan Anis kelak.
            Anis memandang Kamilia. Pertanyaan itu benar-benar kedengaran pelik dan jika dianalisa dengan lebih teliti, sangat menggerunkan jiwa. Iman Anas itu ada masalah jiwa ke? Atau dia ada sejarah menjadi pesakit mental? Atau pernah masuk penjara? Atau apa???
            Anis menggeleng sebagai menjawab pertanyaan Qaiser. Serentak itu keluhan Qaiser kedengaran.
            “Saya tahu, Iman tu pelik sikit. Mesti dia takkan mahu untuk telefon, mesej… nak jumpa, lagi jauhlah. Tapi apapun, saya nak sangat… Kak Anis kenal betul-betul dengan Iman sebelum berkahwin. Saya bukan cakap macam ni sebab cemburu Kak Anis tunang dengan abang saya. Saya cakap atas dasar prihatin sebagai bakal adik ipar… harap Kak Anis dapat usahakan sesuatu. Apa-apa pun, saya ada untuk membantu.”
            Anis tergamam di situ.
            Persoalan yang menyesakkan benaknya, apa yang tidak kena dengan Iman Anas? Melihat pada hantaran di atas dulang pun dia seakan dapat merasa, ada yang pelik! Tetapi… yang pelik itu juga dia berkenan. Berkenan pada senyuman yang dilihat tidak sampai lima saat? Oh Anis… kau memang sangat cerdik bab hendak memilih calon suami idaman.

Comments

  1. Assalamualaikum kak Umi. lama tak lepak rumah kak umi ni. hihi. best sangat cerita ni. buat kita nak tahu apa jadi seterusnya. thanks kak umi. :)

    ReplyDelete
  2. Ape la hantaran yg Iman bagi tu... curious da ni coz qaiser ckp hantarant u pelik... naseb baek qaiser ok n boley terima anis jd bakal kakak ipar...

    ReplyDelete
  3. Cuba utk membayangkan dan meneka apakah hantaran Iman kepada Anis, tp buntu. Kalau dh suka, terima seadanya lah. Nnt nk hidup sama2 kan.

    ReplyDelete
  4. Anis dan Anas kan sama-sama pelik... tu yang ada jodoh..... hehehe
    Adik ipar buat akak ipar takut ja....
    membayangkan hantaran pun boleh buat Anis jatuh hati .... parah ni... hahaha

    ReplyDelete
  5. Rupa manalah hntrn yg iman bg kt anis ye..serous nk tau.blh byg comel..hehe..kesian qaiser..xpa nnti ada ug trbaik

    ReplyDelete
  6. Hehe..mcm lawa plus sedih je citer ni..tapi bestttt

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia