Skip to main content

Posts

Jangan biar aku pergi 3

Bab 7 TERASA aneh sekali perasaannya hari ini. Terasa diekori sejak dari tadi. Tapi siapa pula yang nak buat kerja tak berfaedah mengekor dirinya?             Mata itu mula mengerling ke kiri dan ke kanan. Sengaja nak puaskan hati sendiri walaupun terasa juga, ada juga part yang tidak logik dengan andaian mindanya itu.             “Siapa pulak kan yang nak stalk aku. Macamlah kita ni artis!”             Bibir itu tergelak sendiri. Tanpa berlengah, dia meneruskan kerjanya. Menyusun stok baru seperti yang diarahkan oleh penyelia. Dua kotak yang penuh berisi paket susu tepung dibuka. Laju sahaja dia menyusun barang tersebut di rak yang sudah mempamerkan kelopongan di situ. Kalau lambat buat kerja, nanti adalah murai yang hendak menyerang pula.

Jangan biar aku pergi 2

Nota kaki: Jangan terkeliru dengan Anas. Seorang Anas dan seorang lagi Iman Anas. ;) Peace, enjoy your reading, and drop by your comments. Bab 4 CEPAT sungguh berlalu seminggu. Hari ini sudah kembali ke Jumaat lagi satu. Masih bernafas dia di sini. Masih berkudrat memasakkan hidangan untuk anak-anak yang dihantar ke taman asuhan ini.             Jam sudah berdetik ke angka lapan. Tidak mahu membuang masa, Asma terus ke singki. Isi ayam yang dikeluarkan dari peti sejuk seawal pagi tadi mula dicuci. Mengikut kepada jadual, hidangan yang perlu disediakan hari ini ialah sup ayam. Maka, lebih mudah kerjanya.             Beras sudah dibasuh dan dimasukkan ke dalam periuk nasi. Sekali tekan sahaja, periuk sudah mula menjalankan tugasnya sendiri. Tiada apa yang susah dengan kerja yang dilakukannya kini. Untuk itu, Asma bersyukur. Dia masih mempunyai ruang untuk bekerja tanpa ...

Jangan biar aku pergi 1

Bab 1 SEBUNGKUS besar plastik yang berisi barang dapur diletakkan di atas meja. Asma yang baru keluar dari dapur tersenyum melihat Hanina. Terduduk lesu gadis itu di kerusi kecil yang tersedia untuk anak-anak kecil di situ. “Penat sangat kot…” Asma menghulurkan segelas air kosong kepada Hanina. Kebiasaannya, itu adalah menu wajib yang akan dipinta oleh Hanina. Air kosong untuk isi kekosongan dalam perut. “ Thanks Asma … awak tahu sangat rutin minuman saya.” Hanina menyambut gembira air kosong yang dihulurkan oleh Asma. Dengan lafaz bismillah, diteguk perlahan. Terasa air melalui tekak. Bagai ada bayu sejuk yang mendamaikan. Mendinginkan tekak kering akibat bahang cuaca di luar. Walaupun waktu mulai menginjak ke senja namun bahang kepanasan di siang hari masih terasa.

Tidak ku sangka 21-End

10 SYAWAL. Masing-masing sibuk menyiapkan rumah. Walaupun sehari sebelum Syawal menjelma, sudah dikemas semua. Tetapi di mata Puan Amina, terasa masih ada yang belum sempurna. Lantas dikerahkan semua tenaga yang ada dalam rumah mereka untuk menyumbangkan tenaga. “Mak, pasu ni nak letak mana?” jerit Bahar kuat dari luar. Pasu kosong yang sudah lama terbiar, hari ini juga terkesan pada pandangan mata. Kalau sebelum ini, lalu sebelah pun tak nampak. “Telangkupkan. Lepas tu, letak pasu cili dekat atas… elok-elok, jangan bagi jatuh.” Puan Amina mengarahkan dari dalam. Cekap sungguh semua anak-anaknya menyiapkan kerja. Produktif dan proaktif. Kecuali seorang yang sudah tersadai kepenatan. Melihatkan tubuh yang lesu itu, Puan Amina melangkah menghampiri. Kepala anaknya itu diusap perlahan. “Pergilah baring dekat dalam… Asma mesti penatkan.” Tuturnya lembut.

Tidak ku sangka 20

Tidak disangka itu, kisahnya. Kisah yang makin tidak disangka-sangka apabila Anis menerima kunjungan Iman Anas ketika sibuk membeli-belah di gudang pakaian Gulati’s. Hendak mencari kain untuk dibuat baju nikah. Dan memang tidak disangka, Anis telah bersetuju untuk mengikut cadangan Iman Anas walaupun adik-adiknya membangkang keras dengan alasan peperiksaan. Kata, Kamilia boleh penuhkan tiga kuota itu… jadi tak kisahlah! Bulan-bulan puasa ini, hendak melayan sedih lama-lama pun tidak kuasa. Hanya menambahkan penat dan lelah sahaja. Adila masih setia di sisi menemani Anis walaupun tangan tidak melepaskan nota walaupun seminit. Tetapi tengok kain yang lebih daripada menelaah nota. “Akak… cantik yang ni!” Adila menggamit pandangan Anis untuk melihat kain ela di hadapannya. Namun, belum sempat Anis berpaling, Iman Anas sudah memangkah tidak suka. “Elok apa Abang Iman… cantik untuk akak.” Komen Adila pelik.

Tidak ku sangka 19

MEMANG itu pun yang hendak dikatakan oleh Anis. Mana boleh kahwin awal tahun depan. Kandungan Asma sudah mencapai usia sembilan bulan. Pasti akan menunggu masa untuk bersalin pula. Takkan hendak diadakan majlis pada masa itu seperti yang telah dirancangkan. “Kita tangguh, boleh…” Anis mengetap bibir. Sebenarnya, dia terasa sangat berat hati untuk menangguhkan apa yang telah dirancang. Bimbang, tak jadi terus. “Kalau tangguh, nak buat bila?” soal Iman Anas. “Pertengahan tahun, boleh?” Iman Anas menggeleng. “Tak boleh.” Mata Anis pula yang membulat. “Kenapa?” Risau mulai memuncak. Jangan Iman Anas hendak berkata batal terus pula. Memang dia akan meraung secara spontan di sini.

Tidak ku sangka 18

TERMENUNG. Itu yang dilakukan oleh Asma sejak Zahran datang melemparkan kata-kata nista pada dirinya. Tidak cukup dimalukan dirinya, diheret sekali emak ke dalam cacian itu. Asma tahu, salahnya. Semakin banyak kesedihan yang sedang dihadiahkan buat mereka yang mempercayai dirinya. Abah, emak, Kak Anis dan adik-adiknya. Biarpun mereka melayannya dengan baik, tetapi hatinya menjadi sakit. Dia telah mempalitkan najis pada maruah keluarga. Lebih malu lagi jadinya apabila bakal mentua Anis juga sudah tahu akan hal itu. Bertambah malu apabila adik Iman Anas, Qaiser mencadangkan sesuatu. Mungkin cadangan itu ikhlas, tapi Asma takkan melupakan pandangan sinis yang dihadiahkan buat dirinya. Terasa diri ini jijik. Dah memang salah kau, Asma…