Skip to main content

[21]

Tuan 'Singa' Milikku

BAGASI yang sudah siap dikemas itu kupandang dengan perasaan yang kosong. Jadi inilah yang dimaksudkan oleh Asad. Pergi jauh dari sini. Sememangnya Datin Emily sudah mengotakan janji. Dia telah berusaha mendapatkan pertukaran untuk Asad. Buktinya, kurang daripada seminggu aku dan Asad bakal berangkat ke New York.
            Pergi jauh…
            Entah kenapa, sejak perkhabaran ini diberitakan, aku tidak merasakan satu perasaan teruja. Bahkan aku menjadi runsing. Bukankah aku sepatutnya gembira, akhirnya suamiku akan bebas daripada gangguan si Elisa. Dan seperti yang Asad maklumkan juga, Elisa tidak akan dapat mengetahui cawangan sebenar Asad ditukarkan kerana ia merupakan salah satu bidang kuasa Datin Emily.
            Baru kini aku sedar, Datin Emily bukan calang-calang orang sebenarnya. Dia mempunyai kuasa yang tidak pernah aku jangkakan. Malah, Datuk Mokhtar pun tidak akan dapat mengetahui tentang pertukaran ini. Itulah janji yang telah diberikan oleh wanita anggun itu kepadaku tempoh hari. Asad telah menjemputnya datang ke rumah khas untuk bertemu dan meyakinkan aku tentang perkara itu.
            “Termenungkan apa lagi?” sapaan itu membuatkan aku tersentak. Wajah Asad yang sangat ceria singgah di tubir mata. Keceriaan yang tidak henti-henti terpancar sebaik sahaja dia mendapat panggilan dari ibu pejabat tentang urusan lapor diri dalam masa yang terdekat ini. Aku juga ikut bahagia melihat keceriaan itu namun jauh di sudut hati, terasa berat pula untuk meninggalkan semua teman di sini.
            “Sham tak happy ke?” soal Asad. Aku menggeleng.
            “Habis tu.. kenapa sejak abang cakap kita akan pindah, Sham tak nampak happy pun. Sham tak suka?” soalnya lagi. Aku menggeleng berkali-kali. Bukan aku tidak suka, tetapi entah kenapa ada sesuatu rasa yang menganggu jiwa. Aku pun tidak tahu apakah perasaan itu.
            “Bukan tak suka… tapi…” bicaraku terhenti. Aku tidak punya sebarang alasan untuk diberi. Separuh hatiku gembira. Separuh hatiku lagi seakan tidak rela.
            “Bukan abang pergi sorang… abang ajak Sham.”
            Wajahnya kutatap sekilas. “Bukan Sham tak suka… tapi itulah, tiba-tiba nak kena pergi tinggal di sana. Bukan sekejap… lama pulak tu.” Luah bibirku.
            “Jadi tak nak pergi?” bicara Asad sudah kembali tegas. Wajahnya juga kelihatan serius. Aku membalas pandangannya dengan wajah yang tidak beriak.
            “Kalau tak pergi… Sham boleh jadi orang sakit jiwa.”
            “Kalau pergi?” soalnya laju.
            “Kalau pergi… rasa tak best pulak kena duduk tempat orang…” suaraku sudah mengendur. Mungkin itulah perkara yang sedang menghantui diriku. Tidak biasa dengan tempat baru. Di negara orang pula tu.
            “Jangan risaulah… abang ada dengan Sham. Abang akan jaga Sham… yang paling penting, kita dapat hidup dengan aman tanpa gangguan…” Asad menekankan perkataan gangguan di hujung ayatnya.
           Aku faham sangat, gangguan yang dimaksudkan oleh Asad, tidak lain dan tidak bukan, Elisa Datuk Mokhtar!
            “So… pilihan Sham?” soal Asad sambil mengambil tempat berhadapan denganku. Pandangannya langsung tidak beralih seinci pun daripada wajahku. Keluhan berat meniti bibir. Aku tiada pilihan melainkan yang satu itu.
            “Abang.”
            Asad mengerutkan dahi. “What’s your choice?” soalnya lagi dengan kerutan di dahi.
            “Sham pilih abang…” ucapku dengan jelas. Takkan dia tak faham. Kalau aku pilih dia, maknanya, aku hendak ikut dialah! Ish, tuan ‘singa’ ini!
            “Luckily you choose me…” sambut Asad dengan tawa gembira.
            “Kalau tak kenapa?”
            Dia sudah tersengih dengan soalan yang aku ajukan.
            “Kalau tak…” suara Asad sudah meleret panjang. “Tak ada apalah sayang!” tambahnya dengan tawa yang bersisa. Aku pula yang tidak faham. Cuma yang aku tahu, seminggu yang akan datang, aku dan Asad sudah terbang ke negara orang.

WAJAH mama begitu sugul sekali. Aku menjadi sebak melihatnya. Wajah Asad makin serba salah. Aku tahu dia tidak pernah berniat untuk meninggalkan mama, tetapi atas tuntutan kerja segalanya harus dipatuhi.
            “Kamu nak pergi terus Asad?” soal mama buat sekian kali.
            Asad mengangguk berat. Bibirnya sudah kehilangan kata sejak melihat air mata yang membasahi pipi mama. Aku juga ikut mendiamkan diri.
            “Tapi kenapa ke jauh sangat? Selama ni bukan pergi untuk bulan-bulan aje ke? Sekarang kenapa sampai bertahun-tahun?” soal mama. Nyata wanita itu tidak akan melepaskan Asad tanpa asakan soalan yang bertubi-tubi.
            “Sementara aje mama… bila semua dah okey, Asad mesti datang sini semula. Takkan Asad nak tinggalkan mama macam tu aje…” akhirnya, ada juga patah kata yang diucapkan oleh Asad. Aku lihat mama pun sudah mula mengesat air matanya.
            “Jangan lama-lama sangat Asad… nanti mama rindu dengan kamu berdua.”
            Asad tersenyum kecil. “Tak pun, bila dah settle semua dekat sana, mama ikut je Asad. Macam mana?”
            “Tak mahulah! Tak sama macam negara kita… pi tempat  orang putih tu, mama nak cakap apa!” laju sahaja bibir mama menolak membuatkan aku tersenyum tidak sudah melihat kerenahnya.
            “Sham… duduk tempat orang tu, jaga diri elok-elok. Kamu tu bawa perut… dah la jauh, apa-apa jadi nanti semua kena tengok sendiri…” nasihatnya padaku. Aku cuma tersenyum sambil menganggukkan kepala. Segala nasihat yang diberi telah kupahatkan ke dalam minda.
            “Mama… jangan risau, kami bukan dihantar ke hutan.”
            “Mama tahulah… tapi cara orang dekat sana, mana sama macam kita.” Mama laju sahaja mematahkan ayat Asad. Aku sekadar menzipkan mulut memerhatikan perbalahan kecil antara ibu dan anak ini.

MASIH tinggal lagi dua hari sebelum hari kami berlepas ke perantauan. Segala persiapan telah diuruskan. Walaupun sudah diyakinkan berkali-kali oleh Asad supaya tidak fikirkan Elisa, tetapi otak aku tidak mahu berhenti bekerja juga. Asyik hendak ingatkan minah itu juga.
            “Sudah-sudahlah… berkerut-kerut dahi tu abang tengok dari tadi…” Asad sudah melabuhkan punggungnya disisiku.
            “Abang rasa apa?” sengaja aku menyoal begitu. Hendak tahu juga apa perasaannya. Terpaksa meninggalkan tanah air hanya kerana gangguan seorang wanita.
            “Rasa seronok!” balasnya gembira.
            “Seronok?”
            “Seronoklah… tak perlu nak pening fikirkan pasal benda alah yang menyesakkan kepala. Abang boleh fully concentrate on my carrier and my family…” di saat itu bibirnya sudah mengenai telapak tanganku. Tidak mampu dinafikan, Asad sememangnya sangat gembira dengan pertukaran ini.
            “Tak risau ke kalau Elisa datang cari kita dekat sana?” soalku gusar.
            “Tak adalah! Mana mungkin dia datang cari kita dekat sana… dia hanya akan tahu, abang dapat pertukaran ke cawangan Bintulu. Let her go and find me there.”
            “Kesian!”
            “Kesian?” kening Asad berkerut sambil menyoalku. “Sham kata kesian dia?” soalnya lagi.
            Aku mengangguk. “Iya, kesian. Memanglah dia menyusahkan kita, tapi rasa tak elok pula abang dah berniat nak menyusahkan dia. Kalau dia cari-cari abang, tak jumpa… then, dia jadi gila. Abang nak cakap apa?”
            “Dia takkan jadi gilalah sayang… jangan nak risaukan hal orang lain boleh tak. Cuba fikirkan diri Sham dulu. Kesihatan Sham lebih penting daripada orang lain. Mulai hari ni, abang dah tak nak dengar Sham sebut-sebut pasal Elisa. We are going far away from here… jadi, ada baiknya Sham lupakan semua yang dah jadi dekat sini. Forget about Elisa!” tegas dan serius nada suara Asad membuatkan aku terus diam. Tidak berhasrat untuk membalas apa-apa. Biarlah begini, daripada aku kena marah.

_____________
Bila nak habis TSM ni?
Mungkin 22 @ 23. Nantikan ya. =)
Sorry kalau tak best. Apa pun, hope you all enjoy reading this story.

Comments

  1. plekla sham ni...
    da elok2 nak g jauh..,,,\mcm2 plak yg dpkrkan...
    cepat2 la fly ek...

    ReplyDelete
  2. hrp2 si elisa psiko tu x dtp cr mrk...x sbr tau jg apa akan jd strsnya..

    ReplyDelete
  3. Yesss dorang nak pergi jauh dari elisa!!! cite ni smpai bab 22 or 23 ke umi?? panjangkan la lagi... best sangat cite ni...

    ReplyDelete
  4. wah seweeeeeeeeeeeettttttttt sgt asad. suka sangat. bagus tu, pergi ober-c, tinggal elisa otak sengal tu. biar dia p cari kat sarawak. hehehe suka sgt tgk org tu susah.
    eh nak abis dah ke? hehehe. nti kasi cter sikit pasal hidup bahagia depa kat ober-c n dpt baby kat sana. n blk mesia bila dah suma cool. blh?

    ReplyDelete
  5. naper Sham mcm berat hati nak ikut Asad? Asad je happy? yg dia masih sempat kesiankan Elisa tu buat aper??? ishh.. ishh.. sham ni.. mujur ada Datin Emily.. TQSM!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia