Advs

Followers

October 23, 2011

Coming Soon...


Okey, sekarang ni... ada dua cerita yang tengah menari-nari dalam kepala.
Nantikan ya...


1. Hati ini - Cerpen

 Klik sini untuk baca PROMO. 
Dalam proses untuk siapkan sepenuhnya.

2. Panggilan Cinta - E-Novel


Sedutan bab...
_______________________


"FARAH!!!” jeritan sejauh satu batu itu membuatkan Farah tersentak. Ikutkan hati, dia nak pijak-pijak saja muka si Kamal itu. Suka sangat mempopularkan nama aku. Sudahlah aku makin famous amos dari hari ke hari. Kalau berterusan begini, susahlah nak layan peminat nanti. Tak menang tangan.
            "Ada apa kau ni? Macam tak boleh nak sebut nama aku dengan perlahan sikit. Suka sangat jerit macam anak monyet tak dapat pisang!" bebel Farah tanpa bertangguh apabila Kamal sudah muncul di depan mata. Namun wajah Kamal tersenyum senang. Dahi Farah berkerut. Aik! Aku bebel... dia tersenyum. Sudahlah senyuman dia itu asyik buat jantung aku berdegup kencang. Macam nak melayang. Alahai Kamal... tolong jangan senyum macam ni. Kau nampak manis sangat. Ucapnya dalam hati.
            "TARA!!!" sepucuk surat dilayang di depan mata Farah.
Laju sekali tangan Farah mengambilnya daripada genggaman Kamal.
            "Apa ni?" soal Farah dengan teruja. "Kau nak bagi surat cinta dekat aku ek?" soal Farah selamba hendak mengusik. Namun jauh di sudut hati, dia mengharapkan sangat perkara itu akan terjadi satu hari nanti.
            "Tak ada masa aku nak bercinta dengan kau!" Farah tersentak. Namun riak wajahnya dikawal dengan sebaik mungkin. Iyalah... siapa aku untuk berdamping dengan dia.
            "Dia balas surat aku."
            Farah memandang wajah Kamal yang teruja itu dengan perasaan yang kosong. Dia gembira dan sedih dalam masa yang sama. Bagaimana hendak dikongsikan rasa hati ini? Dia hendak melihat Kamal bahagia dan dalam masa yang sama, dia ikut terluka. Sukarnya!
            "At last Farah... Nadia say yes for my proposal!" Kamal begitu teruja berkongsi berita yang menggembirakan hatinya. Wajah Nadia yang santun itu berlayar di tubir mata. Ah, aku cintakan dia! Sahut hatinya.
            Mata Kamal jatuh pada seraut wajah yang terdiam di hadapannya. Farah diam tidak bereaksi dengan berita yang disampaikan. Kenapa pula dengan minah ni?!
            "Kau ni kenapa? Aku cakap kau senyap aja. Kau tak suka, aku dengan Nadia?" soal Kamal.
            Tak... aku langsung tak suka. Laju hati Farah menyambut. Namun untuk ungkapkan rasa itu, bukanlah sesuatu yang mudah. Biarlah, hanya dia yang menanggung segalanya.
            "Aku okey. Aku happy untuk kau. Wish you and her... happiness forever."
            "Betul ke ni?" tiba-tiba sahaja Kamal menyoal dengan wajah yang nakal.
            "Betullah!"
            "Tipulah."
            "Tipu apanya?" marah Farah. Apa yang dia tipu? Kalau sekali pun dia menipu, bagaimana Kamal akan tahu? Mustahil.
            "Bukan kau frust ke aku tak balas cinta kau?" sekali lagi Farah tersentap. Lama matanya bertentang mata dengan Kamal. Sungguh dia tidak dapat membaca, apa yang berada dalam fikiran lelaki itu.
            Namun tawa Kamal yang meledak tanpa isyarat, membuatkan Farah terpinga. Seketika kemudian dia sudah mengetap bibirnya laju.  Tahulah dia bahawa lelaki itu hanya hendak mengusiknya. Namun Kamal tidak tahu, usikan itu benar-benar terkesan dalam hatinya. Dia terasa.
            "Tak ada masa aku nak bercinta dengan kau. Daripada bercinta dengan kau,baik aku bercinta dengan anak kucing dekat rumah aku. Sekurangnya dia sayangkan aku." Farah membalas dengan rasa geram. Geram kerana dia terasa dengan bicara Kamal. Bimbang pula kalau mulutnya terlepas bicara, mendedahkan semua rasa hatinya buat lelaki itu.
            Gelak Kamal terhenti. "Sampai hati kau... bezakan kasih sayang aku dengan kucing. Kalau nak ukur level kasih sayang tu, tinggi lagi percentage sayang aku untuk kau daripada kucing tu tau!" balas Kamal dengan beremosi. Kecil hatinya bila dibandingkan dengan kucing pula.
            "Dah la.... aku nak balik. Bercinta dengan kucing." Farah sudah bingkas bangun hendak memulakan langkah.
            Namun suara Kamal kuat lagi menyapa telinganya. "Kau jangan menyesal, pilih kucing daripada aku!"
            Farah tersenyum kelat. Langkah diteruskan tanpa berpaling. Kau pun jangan menyesal Kamal, pilih Nadia daripada aku. Aku doakan kau bahagia.

TELEFON bimbit di atas meja solek dicapai dengan perasaan yang berbaur. Kekecewaan ini bukanlah sesuatu yang baru dalam hidupnya. Sejak dari dulu lagi dia sudah tahu akan hala tuju perhubungannya dengan Kamal. Namun begitu, dia silap kerana meletakkan harapan yang tidak sepatutnya. Dia yang tersilap kerana menaruh hati pada jejaka itu. Dan kini, hatinya terasa sakit sendiri bila matanya menyaksikan bibit kemesraan perhubungan Kamal dan Nadia. Keduanya nampak serasi bersama. Dia tidak mampu lagi untuk menyembunyikan rasa hati, dia cemburu!
            Tangannya sudah laju menekan kekunci telefon. Dia harus menghubungi seseorang. Hanya seorang ini yang mampu meredakan rasa hatinya. Lina, teman baiknya sejak dari bangku sekolah. Dengan Linalah dia berkongsi segala kisah. Antara dirinya dan Lina, tiada sebarang rahsia.
            "Hah! Ada masalah apa?!" sapaan Lina yang sedikit kasar membuatkan Farah tersentak.
            Benarkah itu Lina?
            "Lina..." teragak-agak sahaja Farah bersuara.
            "Cakap cepat!!!" Lina menjerkah lagi dengan suara yang kasar.
            "Aku ni Farah..."
            "Hei... aku dah cakap jangan datang sini kan! Kau tak faham-faham?!" marah Lina lagi. Kening Farah sudah bertaut.
            "Hello Lina!" Farah sudah merasakan ada yang tidak kena di situ.
            Tiada sahutan. Farah mengeluh sambil mematikan talian. Kepalanya sudah disandarkan di atas bantal.
            Tidak lama kemudian, telefon bimbit Farah sudah menjerit minta diangkat. Melihatkan nama Lina tertera di skrin, laju tangannya menekan butang jawab.
            “Hello. Farah… sorry, aku tengah maki sorang customer ni…”
            “Lailahaillallah… maki?!” Farah sudah menepuk dahinya laju. Apa sajalah sahabatnya yang seorang itu.
            “Marahlah… kau kenapa call aku? Masalah apa pulak kali ni? Kau kalau telefon aku time-time macam ni, tak lain dan tak bukan, ada la tu benda yang nak story. Hah… cepat cakap, aku dengar ni.”
            “Kamal…” baru sahaja Farah hendak menyusun bicara. Tetapi laju lagi Lina memotong ayatnya.
            “Stop!”
            “Kenapa?”
            “Kalau cerita pasal Kamal… aku tak nak dengar. Kau pun tahu kan, apa yang aku akan cakap.”
            “Cinta bertepuk sebelah tangan, tiada gunanya..” jawab Farah dengan nada  yang lemah. Masakan dia lupa akan ayat itu. Sudah berkali-kali ayat itu dialunkan untuk pendengarannya oleh Lina. Harapan Lina terlalu besar, supaya dia membuang bayangan Kamal daripada terus menghantui diri. Tetapi perkara itu terasa terlalu sukar untuk dilaksanakan.
            “Pandai pun…”
            “Tapi aku sayang dia…”
            “Dia tak sayang kau! Dia cintakan orang lain. Just forget about him Farah. Apa kau ingat atas muka bumi ni, dah tak ada lelaki lain ke untuk menyambut cinta kau… jangan duk berharap pada yang tak sudi…” tegas suara Lina menerpa cuping telinga Farah. Keluhan berat dihela. Tidak tahu apa yang harus dilakukan pada ketika ini.
            “Aku…”
            “Dah aku tak nak dengar!”
            “Lina…”
            “Farah… jangan degil. Kau jugak yang akan terluka.”
            “Aku sayang dia…” Farah nyata tidak mahu mengalah. Masih hendak mempertahankan cinta yang bertepuk sebelah tangan. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi Farah. Bisik hatinya sendiri.
            “Farah!!! Wake up girl… dia tak cintakan kau!” tegas lagi nada Lina. Nyata dia tidak mahu beralah dengan Farah.
            “Apa yang aku nak buat?” soal Farah lemah.
            “Good question… apa kata, kau terima saja pinangan Imam muda, Ahmad Fattah tu?”
            “Kau ni…” wajah Farah terasa panas. Dia sudah hampir terlupa akan risikan Ahmad Fattah yang disampaikan oleh emaknya dua minggu lepas. Hanya Kamal yang memenuhi ruang mata, masakan dia akan berfikir tentang orang lain pula. Tetapi Ahmad Fattah… ah! Dia tidak layak untuk seseorang yang terlalu baik seperti lelaki itu.
            “Apa kau ni!!! Sikit punya bagus orang yang masuk meminang kau tu… kau pulak sibukkan hal dengan si Kamal. Tak dak pasal. Kalau aku… dah lama aku cakap okey dengan Imam tu. Dah lah handsome, bergaya pun ya jugak… yang penting, beragama.”
            “Bukan sebab Kamallah!”
            “Habis?”
            “Sebab akulah… aku rasa macam tak sesuai la dengan dia. Yelah, dia tu Imam… aku ni…”
            “Farah… Ya Allah! Tolong la… buka biji mata tu luas sikit. Perempuan, kena cari lelaki yang boleh membimbing diri dia di dunia dan akhirat. Dan kalau kau tanya aku, si Fattah ni yang terbaik la untuk kau… apalagi yang kau nak?” suara Lina sudah berubah rentak. Seakan hendak marah pun ada juga
            Aku nak Kamal. Sahut hatinya laju. Namun mulutnya seakan terkunci untuk bersuara. Dia tahu, segalanya adalah mustahil. Mustahil untuk dirinya mengapai perkara itu. Kamal dan Farah sememangnya tidak dijanjikan untuk bersama.
            “Farah dan Fattah… kau tak rasa ke padanan nama ni sangat sesuai dan serasi?” soalan daripada Lina menyentakkan Farah.
            Farah dan Fattah? Hatinya bersoal sendiri. Dia tidak tahu!

_______________________
COMING SOON...
Jangan tanya bila, yang pasti... akan ada di sini. :)
Terima kasih semua.


6 comments:

  1. tak sabar nak baca best sangat post cepat-cepat ok kamal or fattah tak sabar nak tahu kesudahannya

    ReplyDelete
  2. yess ade cite baru.. yang ni mini novel ke novel? mane 1 ek hero dia?

    ReplyDelete
  3. Sabar ye. InsyaAllah akan mula posting lepas satu jangka masa. :)

    Panggilan Cinta, insyaAllah, ada rezeki berhasrat nak jadikan manuskrip. Hero panggilan cinta? Ikuti kisah PC nanti. ^^

    ReplyDelete
  4. x sabar nak bce cerita ni..:)

    ReplyDelete