Skip to main content

[22]

Tuan 'Singa' Milikku

CEPAT sungguh masa yang berlalu. Sehingga aku tidak sedar, hari ini adalah tarikh penerbangan kami untuk berangkat dari tanah air. Merantau di negara orang, aku berharap mampu menyesuaikan diri di sana nanti. Dengan kehadiran Asad di sisi, aku yakin tidak akan wujud masalah bagiku. Asad sentiasa di sisi untuk menjaga dan melindungi aku.
            Sekilas aku mengerling ke sisi. Kacak sekali Asad pada hari ini. Dengan t-shirt berkolar berwarna oren putih dipadankan pula dengan jeans hitam, suami aku kelihatan seperti muda remaja. Haish! Kacau sungguh.
            Tiba-tiba sahaja Asad sudah tersenyum panjang apabila menyedari mataku yang melekat utuh di wajahnya. Senyuman yang begitu nakal sekali sehingga memaksa aku melarikan pandangan ke arah lain.
            “Apa curi-curi pandang?” sergahnya padaku. Aku mencebik.
            “Pandang suami sendiri pun tak boleh?”
            Asad ketawa. “Kacak sangatkan suami sayang ni…” dia sudah tersengih-sengih sambil mengucapkan kata. Aku menjeling. Menyampah! Perasan pula dia, bahawa dia punya kekacakan yang mampu melekapkan mata si Hawa tanpa beralih dari wajahnya.
            “Jeling-jeling… jatuh hukum nanti baru tau!” ugutnya apabila aku terus menjeling. Kata-kata itu membuatkan aku terus menajamkan jelingan. Hukum apalah sangat, setakat buatkan dua tiga cawan kopi itu tak ada hal!
            “Sham!” ucapnya geram. Pasti tercabar sebab aku tidak gentar dengan ugutannya kali ini. Biarlah, orang hendak menjeling pun tidak senang. Semua nak main kenakan hukum pula.
            “Sayang…” gulp!
            Tidak tertelan liurku apabila suaranya seakan berbisik di telingaku. Aduh! Wrong timing betul hendak mengampuku dengan desah suara yang begitu. Akhirnya aku menamatkan sahaja sesi jelingan ini kerana aku tahu, aku pasti kalah dengan panggilan itu. Asad sudah tersenyum menang.
            “Sham nak cakap dengan mama…?” soal Asad yang sudah mengalih topik bicara.
            Aku menggeleng sahaja. Sebelum bertolak dari rumah lagi aku sudah berbicara dengan mama. Kesudahannya wanita itu menangis tanpa henti. Katanya, berat hati untuk melepaskan Asad berpisah jauh daripadanya. Biasalah, hati ibu… begitu halus dan mudah terusik.
            “Kalau cakap lagi… mama akan menangis lagi.” Terangku apabila pandangan Asad seakan menagih jawapan. Keluhan berat singgah di pendengaranku.
            “Abang ingat, nak ajak mama sekali… tapi mama tak nak,” ucapnya seakan kesal. Sememangnya sejak seminggu yang lalu, itulah salah satu rutin Asad, memujuk mama untuk ikut bersama. Tapi alasan mama hanya satu, tidak biasa untuk sesuaikan diri. Aku pula tidak mahu masuk campur. Biarkan Asad memujuk.
            “Tak apalah… nanti kalau kita balik sini, abang cubalah ajak lagi…” ucapku sekadar untuk menyedapkan hatinya. Sedangkan aku dapat memberi kata putus, mama sememangnya tidak akan ikut untuk tinggal bersama di negara orang.
            Asad tersenyum nipis membalas bicaraku. Serentak itu telingaku menangkap bunyi telefon bimbit Asad yang lantang kedengaran di situ. Wajah Asad yang berkerut sebaik sahaja melihat skrin telefon membuatkan hati kembali gusar. Ada hal apa?
            “Assalamualaikum…” Asad sudah mula menjawab panggilan itu. Aku diam sambil menangkap butir bicaranya.
            “Hah?” melihatkan reaksi Asad yang semakin aneh, aku menjadi semakin gelisah.
            “Ya Allah! Macam mana boleh jadi macam tu?”
            “Lagi sejam tinggal nak berlepas.” Serentak itu mataku sudah mengerling pada skrin besar yang memaparkan senarai penerbangan bakal berlepas.
            “Okey… apa-apa nanti, let me know.” Asad mengeluh sambil mematikan talian.
            “Kenapa?” soalku tidak sabar.
            “Bosan!”
            “Bosan?” aku pelik! Melihat pada riak wajahnya, aku dapat merasakan panggilan yang diterima tadi sesuatu yang serius, tapi dibilangnya bosan. Pelik aku!
            “Iyalah… bosan! Ada aje benda yang mengganggu keamanan diri.”
            Dahiku makin berkerut. Tidak faham.
            “Elisa… telan pil tidur sampai admitted. Sekarang ni, tengah meracau-racau sebut nama this guy…” ibu jari sudah menuding pada dirinya sendiri. Serentak itu dia mengeluh. “Ingatkan dah dapat pertukaran ni, tak adalah gangguan… rupanya tak jugak!” tambahnya dengan nada yang tidak senang sekali. Aku dapat menangkap raut wajah yang bosan di wajah itu.
            “Abang nak pergi ke?”
            “Are you crazy?!” marahnya tiba-tiba. Aku tersentak. “Kalau abang pergi, sama macam abang takkan boleh datang pada Sham semula… do you get it?!” bentaknya lagi. Aku terdiam. Tidak mahu berkata apa-apa. Aku sekadar bertanya. Tidak perlu hendak marah-marah.
            Kalau Elisa itu mati bagaimana? Lepas itu diwarkahkan sekali, punca kematiannya ialah suamiku. Tidak ke parah. Aku cuma hendak memastikan tiada perkara yang akan menganggu diri kami di sana nanti.

“ASAD!!!” panggilan itu bergema di ruang telingaku. Seketika aku tergamam melihat susuk tubuh yang termengah-mengah berlari untuk menggapai tangan Asad. Bukankah baru sekejap tadi Asad memaklumkan padaku, Elisa ditahan di wad. Bagaimana pula dia boleh ke sini? Melihatkan kehadirannya yang seakan hendak menuntut hak, aku menjadi tidak betah.
            “You jangan tinggalkan I!” ucap Elisa dengan nada yang paling sayu. Ketika itu juga aku menangkap mutiara jernih yang sudah mula berguguran di pipinya. Sekali lagi aku tergamam.
            Asad sudah berpaling padaku. Menagih jawapan mungkin. Aku tidak tahu hendak berbuat apa. Tinggal sedikit masa sahaja lagi untuk berlepas. Drama apakah yang sedang dimainkan oleh insan bernama Elisa ini? Yang aku pasti, kehadirannya ini hanya mengocakkan ketenangan yang sedia bergelora di jiwaku. Apakah halangan demi halangan ini bakal memisahkan aku dengan tuan ‘singa’ ku ini?
            “Asad… tolong jangan tinggalkan I! I janji… I takkan ganggu you. Please… stay. Don’t go away… please Asad…” rayunya. Jemarinya sudah melekap kukuh pada pergelangan tangan Asad. Lidahku kelu. Asad juga seakan bingung. Raut wajahnya sudah cukup untuk menjawab persoalanku.
            “I need to go!” jawapan Asad yang bernada tegas itu nyata tidak melunturkan semangat Elisa. Makin erat genggamannya.
            “I want you to be here! You tak perlu kahwin dengan I pun tak apa… I cuma nak you ada depan mata I. Please Asad…” rayunya lagi. Begitu bersungguh-sungguh Elisa merayu. Serba salah aku dibuatnya. Walaupun aku marah dan geram pada wanita itu, tetapi melihatkan raut wajah sedih dan sayu itu membuatkan hatiku begitu mudah menghulurkan simpati.
            “I don’t meant to be here…” nada Asad masih sama. Tegas dan serius. Tangannya juga sudah menepis kasar pegangan jemari Elisa. Lantas ditarik aku rapat ke sisinya. “I want to build a new life with my dear wife and our baby… you tak boleh faham ke Elisa? Tak boleh ke you sedar, you tak boleh kejar I… lagi you kejar, lagi jauh I lari…” berapi wajah Asad ketika menyatakan ayat itu. Tangisan Elisa makin rancak tanpa diduga.
            “I just want to be near with you?”
            “Why???” bergema suara Asad di telingaku. Aduh! Nasib tidak pekak sahaja. Orang lain yang ditengking, orang lain yang bergegar gegendang telinga.
            “You tak faham perasaan I!”
            “Then go away! Tak perlu nak fahamkan perasaan you yang I tak pernah faham… do you get it? Jangan buang masa you dengan mengharapkan kasih yang tak sudi… you muda, cantik, ada status dalam masyarakat… tak ada apa pun yang kurang pada you!”
            “Then why you can’t accept me?” soal Elisa. Aku sudah menjeling ke wajah yang sudah berlinangan air mata itu. Aiseh… makin bercakap, makin tidak faham bahasa agaknya. Asad juga sudah ikut mengeluh. Orang di sekeliling sudah mula tengok dan berbisik-bisik sesama sendiri. Entah apa yang difikirkan, aku pun tidak tahu.
            Entah-entah, semuanya sedang fikir… aku mistress yang hendak larikan suami orang! Erk… tak patut!
            “Why Asad?” soal Elisa lagi. Tidak kenal erti putus asa sungguh wanita yang seorang ini.
            “Asad tak boleh terima you… sebab dia hanya untuk I seorang!” jawabku tegas. Reaksi Elisa? Seperti yang kujangka… dia menjeling tajam tanda tidak menyukai suaraku yang mencelah antara mereka.
            “Asad… tell me why? A concrict reason!”
            Pulak dah! Alasan konkrit?! Apa hal entah Elisa ini… aku rasa macam dia benar-benar sudah kehilangan akal yang waras. Segala butir bicaranya seakan menunjukkan fikirannya yang tidak rasional.
            “I love my wife… only her. And there’ll be no other women can take her place by my side…” ucapan Asad dikala serius ini kedengaran sangat romantik di pendengaranku. Ah! Sempat lagi aku melayan rasa teruja tanpa memikirkan wajah Elisa yang makin berapi di depan mata.
            “Elisa!!!” belum sempat Elisa membalas kata, sudah ada suara lain yang menyebut namanya. Aku betul-betul rasa macam termasuk dalam pembikinan drama. Klise! Asal lapangan terbang aje, semua pun nak buat drama. Macam cerita korea. Macam cerita hindi. Tapi ini bukan dua-dua itu, tapi ini tuan ‘Singa’ Milikku.
            “Mama dah kata jangan datang sini… kenapa lisa degil?!” suara Datin Emily meninggi. Aku diam sahaja di sisi Asad yang sudah menarik diriku erat ke tubuhnya. Orang sekelilingnya sudah mula menghentikan langkah, untuk melihat drama sebabak. Muka aku sudah tebal rasanya. Malu bila menjadi tumpuan umum dalam keadaan begini.
            “Lisa nak dengar dari mulut Asad sendiri…” serta-merta suara Elisa mengendur. Wajahnya juga menjadi sugul dan tidak bermaya.
            “Kan dah dengar! Asad pun dah nak pergi… cuba jangan ganggu hidup orang dan fikirkan diri Lisa!” renungan Datin Emily tajam menikam wajah Elisa. Pandangannya kemudian beralih pada wajah Asad.
           “Aunty minta maaf Asad… aunty dah janji dengan Asad, maaf sebab jadi macam ni.” Ujar Datin Emily kesal.
            “Bawa dia balik aunty…” hanya itu sahaja mampu diperkatakan oleh Asad. Aku lihat dia juga sudah tidak berminat untuk berbicara panjang di kala ini.
            “Bawa Lisa balik aunty…” aku pula mengulang buat kali kedua. Datin Emily sudah menggenggam tanganku erat.
            “Aunty bertanggungjawab untuk pastikan Sham bahagia dengan Asad tanpa gangguan Elisa… ini janji aunty!” ucapnya bersungguh. Aku tersenyum nipis. Seakan menitipkan kata, aku menghargainya segala yang dilakukan olehnya sehingga ke hari ini. Aku yakin, Datin Emily pasti mampu mengawal anaknya.
            “Aunty…” sapaan suara garau di belakang Datin Emily membuatkan aku dan Asad serentak mengalihkan wajah. Jejaka yang begitu kacak. Pandangannya tepat pada Elisa. Pandangan yang membawa seribu makna. Jika tidak tersalah tafsiran mataku.
            “Jom bawa Lisa ke hospital semula… dia masih perlukan rawatan.”
            “Imran… bakal suami Elisa.” Hampir terkejut aku mendengar ayat itu, namun helaan nafas lega yang begitu hampir di telinga membuatkan aku tersenyum juga akhirnya.
            “Sham doakan yang terbaik untuk keluarga aunty…” ikhlas sekali ayat yang meniti bibirku. ‘Asalkan Elisa dapat lupakan Asad milikku…’ sambungku di dalam hati.
            Elisa yang makin lemah sudah jatuh terduduk di situ. Imran pula segera memainkan peranannya. Terserlah kasih dalam setiap tindakannya. Aku yakin, dia bakal memberikan kebahagiaan buat Elisa. Mungkin mengambil sedikit masa, tapi tidak mustahil.
            Spontan aku menatap wajah Asad, melemparkan senyuman yang paling manis mampu diberi. Aku bahagia dengan keadaan ini. Aku tidak perlu risau memikirkan Elisa. Aku tidak perlu risau memikirkan dia akan menjadi gila. Yang aku perlu fikir, hanya tuan ‘singa’ milikku dan bayi pengikat kasih kami ini.

________________
Saya rajin sikit hari ni... jadi ada entry utk anda.
This is the end? Yup... the end. Tapi bab 23 will be the special entry. InsyaAllah, kalau sempat... lepas seminggu I'll upload.

Comments

  1. owhh.. sedihnya dah habis.. harap2.. special entry will be boom3x :)

    ReplyDelete
  2. herm...
    smoga Asad & sham sentiasa bahagia~~~

    ReplyDelete
  3. alahai..
    da abis ke..
    blh buat cite elisa n imran lak..
    hikhikhik

    ReplyDelete
  4. dah habis ke?
    cerita ni memang best..
    terima kasih kak umi..
    harap special n3 tu meletop ye..hehehe.

    p/s:cantik blog kak umi sekarang..unik. ;)

    ReplyDelete
  5. Ala dah abis ke? T_T
    xsabar nk tunggu SE pulak... msti dorg da dpt anak en... Lepas ni cite ape plk umi nak wat?

    ReplyDelete
  6. uh oh dah abis eh? er kasi la story sikit pasal dorang dpt anak nanti ya. cmne hidup kat sana, kot ada lagi minah salleh nak kaco dorang. mcm mana ye muka anak dorg nti? apa jadi gan elisa??berjaya lupakan asad n setia kat imran?imran tu serius ke or nak harta saja?or dia mmg org kaya yg gilakan lisa sama macam lisa gilakan asad?
    xnak cter ke sape sebenarnya datin tu? macam powerful gila je dia. pastu apa kisah gan dato mokthar ayah lisa tu?

    ReplyDelete
  7. ala..tmbh la sket lg.. mcm mana imran nk sdrkan lisa.. mcm mana asad dgn sham dkt tmpt bru..

    ReplyDelete
  8. bab 23 akn dimuatkan semua yg anda nak tahu. okey.. :)

    ReplyDelete
  9. Best bangat!!! suspen gak depa tak jadi fly sbb tetiba Elisa datang... tapi rupanya dtg Imran si penyelamat... :-) jangan lupa bg epilog... biar happy ending yg sweet gitu... :-) thanks umi..

    ReplyDelete
  10. do know wat 2 say .... but this is "SUPERB & BRILLIANT" thanks for sharing this e-novel. Hope usaha adik untuk terus bekarya akan di permudahkan ALLAH. Good luck on ur itention to further n continue ur study. really looking 4ward for next n3. Luv to read novel with happy ending - tak stress! :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia