Skip to main content

[23] - The End

Tuan 'Singa' Milikku

SATU langkah ke kanan, jatuh. Satu langkah ke depan, terduduk. Satu langkah… jatuh terduduk dan menangis. Aku sudah melepaskan ketawa. Seronok pula bila melihat si kecil ini sudah mula belajar melangkah. Berkali-kali dia jatuh dan berkali-kali juga dia mencuba. Perlahan aku bangun hendak menarik lengannya namun ditepis laju. Ewah!
            “Kenapa sayang? Mama nak tolong kan…” pujukku lembut apabila dia sudah mencemikkan wajahnya dengan gaya hendak menangis. Cengeng! Spontan mindaku berkata-kata.
            Tanpa amaran, tangisannya sudah mula meletus kuat di ruang itu. Makin aku memujuk, makin kuat tangisannya. Mati kutu aku dibuatnya. Beria-ria sungguh menangis sedangkan niat aku hanya hendak memujuk.
            “Dia mula dah perangai mama dia!” komen itu membuatkan kepalaku lekas sahaja hendak berpaling. Wajah Asad yang segak sedang melangkah masuk ke dalam rumah itu kujeling sekilas. Balik kerja sahaja terus hendak mencari pasal! Anak dengan papa sama aje.
            “Manja. Kuat menangis tak pasal-pasal…” makin semangat pula gaya Asad melahirkan komen ‘positif’ lagi memberangsangkan buat diriku. Disebabkan geram, aku cubit lengannya kuat. Kuat juga dia mengaduh. Padan muka!
            “Bukan nak tolong kita pujuk… datang aje, terus komen bukan main laju lagi.”
            Asad sudah ketawa. Tangannya sudah mula meraih permata hidup kami, Azim Saniy ke dalam pelukannya. Automatik, berhenti terus tangisan si kecil itu. Membulat mataku melihat Asad menjungkit kening dengan riak bangga di wajah. Pasti sahaja hendak mengusikku lagi gara-gara tidak mampu untuk hentikan tangisan si kecil ini.
            “Tengok… tak perlu kata apa-apa, anak papa dah diam…” dengan sengihan lebar di bibir, Asad melagukan kata buat pendengaran telingaku. Aku mencebik. Menyampah!
            “Abang layanlah anak abang tu sorang-sorang!” balasku sedikit merajuk. Sudahnya dengan langkah yang berat, aku terus sahaja masuk ke dalam bilik.
            Pelik betul. Kalau dengan aku, asyik hendak menangis sahaja si Azim Saniy ini. Tapi kalau dengan papanya, tak perlu kata apa-apa… senyum sudah, bak kata Asad.
            “Mama dah merajuk sayang… macam mana kita nak pujuk ni?” suara itu kedengaran hampir di telingaku. Hampir sahaja aku melatah kerana terkejut dengan keberadaan Asad di dalam bilik ini. Bila pula dia masuk, aku pun tidak sedar. Azim juga sudah tidak kelihatan.
            “Azim mana?”
            “Dah tidur…”
            “Tidur?” ulangku tidak percaya. Bukankah baru sekejap tadi budak itu aktif bermain dan menangis tidak ingat dunia. Tiba-tiba sahaja sudah terlena. Hairan betul.
            “Trust me… dia dah tidur. Ada dalam baby court tu.” Terang Asad sambil mengisyaratkan tangannya ke arah baby court yang dapat dilihat dengan jelas dari bilik kami. Pandangannya kemudian beralih semula ke wajahku. “So… tell me, apa yang abang boleh buat untuk pujuk ‘baby’ abang ni?” soalnya kembali dengan nada yang lebih mengusik. Senyuman di bibir juga sangat nakal.
            Aku diam. Bibir sudah mahu tersenyum tapi kutahan. Sengaja!
            Matanya yang masih di wajahku hanya membuatkan aku tidak dapat menahan senyuman yang sudah terukir di hujung bibir. Kacau sungguh! Lantas aku berpaling ke arah lain. Tidak mahu tertangkap basah dengan Asad.
            “Cakaplah sayang… you nak I buat apa?” ulangnya lagi dengan nada yang lebih lembut. Seakan menggoda pun ya. Hatiku sudah ketawa. Sejak bergelar papa ini, sikap romantik Asad makin melimpah ruah. Pandai sahaja dia menghangatkan jiwaku dengan kata-kata kasihnya.
            “Kalau Sham minta… abang mesti bagi, tak boleh cakap tidak!” ugutku menggunakan peluang yang ada.
            Asad diam. Berfikir mungkin. Nafas dihela.
            “Anything you wish sayang…” ucapnya.
            Bibirku sudah mula hendak menyusun bicara. “Jom balik Malaysia.” Berhati-hati aku mengutarakan permintaan ini.
            Wajah Asad langsung tiada perubahan. Terkejut tidak. Marah pun tidak.
            “Balik terus?” tanyanya.
            Aku pula diam seketika. Balik terus? Mana boleh. Macam aku tidak tahu, Asad sudah ada diikat dengan kontrak selama lima tahun di sini. Setahun setengah sudah berlalu. Masih ada baki beberapa tahun.
            “Balik sekejap…” balasku dengan nada yang paling mengharap. Aku tahu, kalau ikutkan hati Asad, dia tidak akan mengajakku pulang ke Malaysia sampai bila-bila. Tapi kalau difikirkan semula, tak ada salahnya jika kita memaafkan kesalahan orang lain dan menerima ucapan maaf mereka. Itulah yang cuba aku terangkan namun Asad seakan tidak mahu mendengar.
            “Boleh ya bang?” lengannya sudah kupeluk erat. Melihat Asad diam tanpa jawapan membuatkan hatiku sudah dapat meneka, apakah keputusannya. Dia pasti tidak akan setuju.
            Asad mengeluh. “Okey… tapi…”
            Wajahku yang baru hendak berubah ceria terus terhenti dengan perkataan tapi itu.
            “No other request than this… strictly no!” tegas sekali nada itu membuatkan aku menelan liur dengan laju. Gulp! Kalaulah Asad tahu, masih ada permintaan susulan selepas ini, pasti dia akan mengamuk sakan dengan diriku.

MALAM itu tidak terkatup rasanya mataku gara-gara permintaan yang telah dituturkan oleh bibirku sendiri. Entah apa kesinambungan daripada permintaan itu, membuatkan perut aku menjadi kecut sendiri. Bimbang juga kalau-kalau ada yang pecah muka nanti. Tapi… takkanlah! Asad bukanlah lelaki yang tidak matang untuk bertindak sampai begitu sekali. Dia pasti mampu mengawal amarahnya.
            Memikirkan perkara itu sahaja membuatkan lenaku terbang entah ke mana. Perlahan-lahan aku bangkit dari pembaringan. Sekilas wajah Asad yang sedang tidur lena itu kutatap. Senyuman terukir spontan di bibir. Demi untuk menjaga perasaan aku, dia tidak mahu pulang ke Malaysia. Tapi… di sini bukan kehidupan sebenar kami. Lagipun, segalanya sudah berlalu. Tapi Asad tetap tidak mahu melupakan perkara itu. Dengan keluhan kecil aku melangkah, keluar dari bilik.
            Malas-malas sahaja aku mengambil tempat di sofa. Ruang tamu yang dimuatkan perabot yang serba sederhana ini sudah menjadi sinonim dengan diriku setelah hampir setahun setengah meneruskan hidup di negara orang.
            “Ada apa-apa yang tak kena ke?” soalan itu membuatkan aku tersentak. Segera aku berpaling ke kiri. Wajah Asad kelihatan. Dengan mata yang terpejam celik dia sudah mendapatkan tempat di sisiku.
            Aku menggeleng kecil apabila dia terus memandang wajahku menagih jawapan.
           “Kalau tak ada apa-apa, takkan tak boleh tidur…” tebakan itu nyata benar-benar kena. Aku tertunduk sendiri. Asad sebenarnya mudah sahaja dapat membaca apa yang sedang bermain dalam mindaku.
            “Cakap ajelah Sham… kalau tak nak abang mengamuk tak tentu pasal dengan Sham nanti.” Aku makin tercekik mendengar sambungan ayat Asad. Apakah dia sudah tahu tanpa perlu aku memaklumkan padanya?
            “Err… abang tahu ke?” perlahan sahaja aku menyoal. Bimbang juga kalau dia naik marah.
            “Lebih pada tahu!” balasnya tegas. Gulp! Aku sudah tidak senang duduk.
            “Sampai hati Sham belakangkan abang…” tuduhnya. Aku menggeleng laju. Sedikit terluka kerana dituduh begitu.
            “Tak… Sham tak berniat!”
            “Kalau tak berniat… then what is this?”
           Melopong aku apabila melihat sampul berwarna kuning diraja yang berada dalam pegangan Asad pada ketika. Fikiran sudah mula sesak memikirkan alasan apa yang harus kuberi. Ah, buntu aku dibuatnya!
            “Jawab!” suara Asad tegas menyentakkan fikirkanku.
            “Err… Aunty Emily mengharap sangat…” ujarku perlahan. Sekadar mencuba nasib. Mana tahu suamiku bakal terpujuk dengan nama yang kusebut ini.
            “Tak perlu Sham nak penuhkan hasrat orang lain, sedangkan ada orang lain sibuk nak lukakan hati Sham. Tak perlu nak jadi baik tak bertempat!” marahnya. Aku diam. Rengusan kasar menampar cuping telingaku. Aku memilih untuk terus berdiam. Entah di mana silapnya, Asad begitu mudah menghidu tujuan aku mengajaknya pulang ke Malaysia. Tapi, bagaimana dia mendapat tahu? Aku fikir, aku sudah sembunyikan sampul itu di tempat yang terbaik.
            Akhirnya, keluhan berat meniti bibirku. Asad pula terus menyepi di sisi. Suhu malam yang semakin sejuk terasa makin dingin dengan keadaan kami berdua di sini. Masing-masing tidak bersuara. Entah apa yang sedang Asad fikirkan, aku tidak dapat meneka. Tapi yang aku dapat pastikan di sini, dia sama sekali tidak akan benarkan hati aku dilukai berkali-kali.

KELAT. Itulah satu perkataan yang dapat menggambarkan wajah Asad pada tika ini. Marahnya masih bersisa agaknya. Sampaikan aku pun masih belum ditegur hingga ke saat ini. Selalunya, buka sahaja mata pipi aku sudah menerima ‘habuan’ darinya. Hari ini, jangankan ‘habuan’ waima sebaris ayat… selamat pagi pun tidak ada. Ini menunjukkan dia benar-benar marah.
            Aduh! Semua ini salah aku. Hatiku sudah mengeluh. Melihat wajahnya yang begitu tegas membuatkan aku tidak senang duduk.
            “I’m sorry…” ucapku laju. Tidak mahu bertangguh sama sekali. Biarlah perkara ini selesai di sini, aku tidak mahu ia melarat hingga merosakkan hubungan kami yang sentiasa jernih ini.
            Dia diam. Langsung tidak membalas. Spontan mindaku teringat kenangan lalu. Adegan merajuk Asad yang berlanjutan sehingga seminggu. Oh Tuhan! Adakah itu habuan buat diriku?
            “Kalau abang tak suka, kita tak perlu balik Malaysia. Sham tak kisah. Sham tak nak fikirkan perasaan mengharap orang lain, kalau abang tak suka. Sham akan dengar cakap abang aje… percayalah bang. Maafkan Sham…” ucapku kalut. Jari-jemari sudah mula menarik lengannya supaya bereaksi dengan bicaraku.
            Dia masih serius begitu. Namun, entah kenapa… mataku seolah menangkap sebuah senyuman menyindir.
            “Betul tak kisah… tak dapat balik Malaysia?” soalnya seakan hendak menduga.
            Dengan hati yang berat, aku angguk juga tanda tidak kisah. Padahal, aku kisah sangat kalau tak dapat balik Malaysia.
            “Betul ni? Jangan menyesal… tawaran hanya terbuka kali ni aje. Mungkin kalau lepas ni, abang memang takkan izinkan langsung.”
            Keningku bertaut. Pelik pula aku mendengar bicaranya. “Sebenarnya abang ni, bagi ke tidak kita balik Malaysia?” soalku terus, tidak mahu berteka-teki.
            “Baliklah… kesian! Nanti ada orang tu pulak yang merajuk dengan abang…” balasnya bersahaja. Aku terpinga. Apakah?
            “Balik Malaysia?!” ulangku tidak percaya.
            “Ya sayang… Malaysia.”
            “Abang….” aku sudah bersuara manja. Sukanya!!! “Sayang abang… sayang sangat!!!” serentak itu bibirku sudah singgah ke pipinya. Aku gembira bukan kepalang. Hasrat hatiku bakal terkota.
            “Jangan nak goda time ni boleh tak.” Asad tersengih nakal. Wajahku sudah panas. Apalah Asad ini. Aku tidak berniat ‘serong’ pun. Sekadar melampiaskan rasa hati yang gembira sahaja.
            “So, bila kita nak balik?” soalku ceria. Sengihan nakal Asad, tidak kupedulikan.
            Dia tersenyum terus. “Bawa-bawa bersabar yang Puan Shamina… biarlah Tuan Asad pergi booking cuti dulu, baru boleh tetapkan tarikh bila nak balik.”
            “Cepat-cepatlah booking.”
            “Iyalah sayang… abang cuba.”
            Serentak itu, sekali lagi bibirku singgah di pipinya. Walaupun sekali-sekala, dia sangat garang macam singa, tapi… tidak dapat dinafikan juga, dialah ‘singa’ yang sangat menyayangi diriku.

SAAT kakiku mengenai bumi Malaysia, hatiku terpagut rasa hiba. Aku sedih dan gembira dalam masa yang sama. Rindunya! Saya rindu dengan  bumi kelahiran saya. Hatiku sudah bergema dengan ucapan itu.
            Pegangan erat pada jemari terasa makin kukuh. Lantas, kepalaku berpaling ke arah Asad. Senyuman paling berharga aku ukirkan buat tatapannya. “Terima kasih sayang…” ucapku lembut. Aku sangat sayangkan dirinya.
            “Sama-sama kasih sayang…” balasnya sambil mengeratkan pegangan dengan jariku. Sebelah tangannya pula erat memeluk Azim Saniy yang sedang terlena.
            Bersama-sama kami melangkah. Wajah pertama yang menyapa ruang mataku di kala ini ialah mama. Rindunya pada dia. Di sisi mama, berdiri adik perempuan Asad, Aliya. Keduanya kelihatan ceria melihat langkah kami yang semakin mendekat.
            Berhenti sahaja kakiku di depan mama, dalam sekelip mata aku sudah dibawa ke dalam pelukannya.
            “Ya Allah… rindunya mama.” Aku tersenyum kecil. Mataku sudah mula berair. Sebak pula tiba-tiba. Sudah lama tidak bertemu, mungkin itu sebabnya.
            Tanpa menunggu lama, kami sudah mula beredar dari KLIA. Memandangkan letih masih bersisa, cepat sekali mataku terkatup sebaik sahaja kereta mula bergerak.

“PEREMPUAN jenis apa engkau ni ya… sanggup tengok orang lain tersiksa dan kau bergembira dengan kesedihan dia!” tersentak aku mendengar jerkahan itu. Berkali-kali aku menelan liur yang seakan tersekat di kerongkong. Gerun!
            Buat pertama kali aku berbicara dengan Datuk Mokhtar dan apa yang aku dapat…
            “Kau memang tak guna sebab dah menyebabkan anak aku merana!” herdikkan terus-menerus berlagu di bibir lelaki separuh abad itu. Aku makin terhenyak. Tidak pernah aku berniat untuk menyakitkan hati sesiapa pun. Tapi adilkah untuk orang lain menyakitkan hati aku pula?
            “Aku arahkan kau, lepaskan Asad… Asad boleh berbahagia dengan anak aku, Elisa. Elisa lebih mencintai Asad daripada kau!”
            Bergetar hatiku mendengar ayat yang diucapkan Datuk Mokhtar. Siapa dia untuk menilai cinta yang aku hamparkan buat kekasih hatiku? Apakah kerana dia berharta, jadi dia fikir… anaknya wajib mendapat segala perkara yang diidamkannya. Termasuk suami aku? Apa dia fikir Asad ini insan yang tidak punya perasaan?
            “Suami saya… hanya mencintai saya seorang!” ucapku tegas. Geram pula rasanya bila aku dituduh sedangkan aku tidak ada sebarang kesalahan pun.
            “Huh! Semua lelaki boleh cakap macam tu!” balasnya mengejek.
           “Suami saya bukan macam Datuk! Sanggup menduakan isteri sebaik Datin Emily!” aku tidak mahu mengalah. Nyata riak wajahnya berubah.
            “Kau kurang ajar! Siapa kau untuk mengadili hidup aku?” soalnya dengan wajah yang merah. Menahan marah mungkin.
            “Siapa pulak Datuk Mokthar untuk mengarahkan saya untuk berbuat perkara yang saya tidak rela?” soalku semula. Memulangkan paku keras. Wajahnya berubah lagi. Padan muka. Itulah yang aku rasa. Yang pasti, rasa bosan sudah mula menguasai diri. Aku bosan bila ada sahaja orang yang ingin menuntut Asad daripada aku.
            “Aku bagi kau amaran… lepaskan Asad, kau selamat. Kalau kau berdegil, aku takkan teragak-agak untuk berkeras… demi Elisa, demi anak aku… kau pun aku boleh hapuskan!”
           Mataku merenung tajam wajah Datuk Mokhtar. Benci aku dengan sikapnya! Angkuh dan sombong! Dia fikir, aku ini hamba abdi agaknya. Bila disuruh, harus akur tanpa bantahan. Sedangkan Datin Emily sendiri tidak mahu sesiapa mengganggu rumahtanggaku, siapa Datuk Mokhtar untuk memporak-perandakan mahligai aku dan Asad? Dia tidak berhak walau seinci pun.
            Tangannku melurut seketika pada perut yang sudah semakin kedepan. Kandunganku sudah mencecah usia enam bulan. Tidak cukup lagi untuk buktikan cinta aku dan Asad? Tidak faham lagi Datuk Mokhtar akan hakikat itu?
            “Datuk boleh buat apa aje dengan kuasa dan wang yang Datuk ada… tapi saya boleh janji, Elisa takkan bahagia sekalipun dia dapat memiliki Asad!” angkuh sekali aku berkata. Jelingan dan renungan tajam Datuk Mokhtar sedikit pun tidak menggugat keberanian yang ku bawa.
            “Kau memang kurang ajar!” tengkingnya.
            “Sham atau Datuk yang kurang ajar?” wajah Datuk Mokhtar terkejut bukan kepalang saat Asad berada di depan mata. Aku pun ikut terkejut sekali. Bukankah Asad sepatutnya berada di tempat kerja. Macam mana dia boleh ada di sini?
            “Asad…” bibir Datuk Mokhtar seakan kelu untuk berkata-kata.
            “Apa lagi yang berbaki, yang belum Datuk hamburkan pada isteri saya? Cakap sekarang… saya ada, saya boleh dengar sekali.”
            “Asad… uncle buat semua ni untuk kebaikan Asad.”           
            “Kebaikan apa Datuk? Datuk fikirkan yang baik untuk anak Datuk aje… Datuk sangat pentingkan diri! Sanggup Datuk cakap macam tu dengan isteri saya… sanggup Datuk minta Sham buat sesuatu yang saya takkan benarkan berlaku. InsyaAllah… dipanjangkan usia, jodoh saya hanya dengan Shamina seorang. Datuk atau sesiapa pun tak boleh menafikan tentang hal itu.” Tegang urat tengkuk Asad pada ketika ini.
            “Asad tak faham! Elisa sedih… dia terseksa sebab tak dapat bersama dengan orang yang dia cinta…!” Datuk Mokhtar seakan mencuba untuk meraih simpati Asad pula.
            “Dan abang pula… dengan mudahnya nak membuatkan hati anak orang lain terluka semata-mata hendak membahagiakan anak abang…”
            Sekali lagi aku tergamam. Kemunculan Datin Emily langsung tidak ku duga. Ku fikir, Asad di sini pasti kerana Datin Emily juga. Nampak benar, Datin Emily begitu bersungguh mengotakan janjinya.
            “Awak lagi sanggup pertahankan anak orang lain? Anak awak tu tengah terseksa perasaan di rumah… kenapa awak tak nak faham?!” berang sekali Datuk Mokhtar menyoal isterinya.
            Datin Emily tersenyum sinis. “Abang memang takkan faham… sampai bila pun abang takkan faham, apa rasa hati seorang isteri bila suaminya berkahwin lain. Abang mana tahu… kalau dalam fikiran hanya pentingkan kebahagiaan diri sendiri. Elisa tu boleh dipujuk dan dibentuk kalau kena pada caranya. Imran kan ada… Imran boleh jaga Elisa dengan sebaik mungkin… kenapa abang tak pernah nak faham? Kenapa abang asyik turutkan sangat permintaan Elisa yang bukan-bukan ni? Kenapa abang dan Elisa terlalu pentingkan diri sendiri? Kenapa?!” bertalu-talu soalan yang diajukan oleh Datin Emily. Akhirnya, air mata wanita itu jatuh menitis membasahi pipi. Terkedu aku melihatnya.
            Datin Emily menangis teresak-esak. Seraut wajah anggun itu seakan mempamerkan kesakitan yang pernah dialaminya. Aku dapat meneka, pasti sahaja Datuk Mokhtar pernah melukakan hati wanita anggun ini.
            Aku menjeling ke arah Datuk Mokhtar yang masih kaku di tempat berdirinya. Masih tiada tindakan susulan biarpun yang menangis itu adalah isterinya sendiri.
            “Perempuan… suka sangat berdrama!”
            Tersirap darah aku mendengar ulasan dari bibir lelaki itu. Apakah tidak terkesan langsung hatinya dengan segala yang diucapkan oleh Datin Emily. Kulihat Asad seakan hendak menghalau Datuk Mokhtar keluar dari kediaman ini. Jelingan tajam itu sudah cukup memberikan jawapan.
            “Tolong keluar dari rumah saya sekarang, Datuk Mokhtar!” ucap Asad dengan tegasnya. Aku masih diam namun sudah bersorak riang apabila wajah angkuh Datuk Mokhtar terus lesap dari pandangan mata. Sungguh aku tidak suka dia!

KENANGAN lepas lenyap dari minda. Berganti dengan wajah ceria Datin Emily yang sudah sedia menanti di ruang depan itu membuatkan hatiku terasa gembira. Sempat aku mengerling mata ke sebelah kanan untuk memastikan Asad tidak memasamkan wajahnya. Begitu berkeras dia tidak mahu hadir bersamaku ke majlis ini. Majlis Elisa-Imran. Setelah hampir setahun lebih, akhirnya berjaya juga Imran memikat hati Elisa. Aku sedia maklum dengan semua itu kerana Datin Emily sentiasa update story denganku. Tanpa pengetahuan Asad, Datin Emily memang sentiasa berhubung denganku.
            “Sham… Asad… I’m so glad you are here.” Ceria nada Datin Emily menyambut kehadiran kami. Terus sahaja aku ditarik ke dalam pelukan. Terasa kasih dan sayangnya meresap ke dalam segenap inci hatiku.
            “Aunty sihat?” soalku sebaik sahaja meleraikan pelukan.
            “Sihat sayang… Azim mana? Tak ajak ke?” laju sahaja Datin Emily bertanyakan tentang permata hatiku itu.
            “Ada dekat rumah… nenek dia rindu sangat, itu yang biarkan nenek dia melayan telatah budak tu.”
            “Asad… sihat? Masih marah lagi dengan aunty?” soal Datin Emily yang sudah mengalihkan pandangan ke wajah Asad.
            Asad mengetap bibir dengan kalut. Aku sudah tersenyum kecil. “Asad tak pernah marah dengan aunty…” jawab Asad sambil menjeling kecil ke arahku. “Asad cuma tak boleh terima tindakan Datuk…” sambungnya lagi.
            Aduh Asad! Sudah-sudahlah marahkan Datuk itu. Hatiku berharap sangat, Asad tidak akan melepaskan kemarahannya di saat ini andai terjadi perkara yang tidak diduga.
            “Uncle dah menyesal Asad… bila tengok Elisa dah mula terima Imran, uncle rasa bersalah sangat dengan Asad. Asad pun tahu kan… uncle sayang sangat dengan Asad.”
            “Sayang tak semestinya dia boleh macam tu dengan family Asad aunty.” Asad seakan mula tegang. Datin Emily mengeluh.
            “Tak apalah… aunty tak jemput Sham dengan Asad untuk buat kamu berdua tak selesa. Aunty harap kamu dapat sama-sama doakan Elisa bahagia… jemputlah masuk.”
            Ketika kami melangkah sedikit jauh daripada Datin Emily, jemari Asad ku genggam erat. Keningnya ternaik, seakan minta aku berbicara. “Abang… tu, datuk…” aku sudah menjuihkan bibir pada satu sudut dewan itu. Pandanganku tetap pada Asad, hendak melihat reaksi wajahnya. Nyata, telahanku benar. Riak wajah Asad berubah sama sekali. Daripada wajah yang menyinga kepada wajah yang tertanya-tanya.
            “Dia lumpuh abang… lebih setahun.” Terangku.
            Bibir Asad bergetar. Mungkin tidak menyangka keadaan Datuk Mokhtar akan menjadi begini. Kini kehidupannya hanya dengan kerusi roda itu sahaja. Mujur, dia dikurniakan seorang isteri yang sangat baik hati. Datin Emily begitu setia berada di sisi suaminya biarpun dalam keadaan yang begini sukar sekali. Isteri kedua Datuk Mokhtar… awal lagi sudah angkat bendera putih kerana tidak sanggup. Itu yang dikhabarkan oleh Datin Emily padaku.
            “Dia nak sangat jumpa abang dengan Sham… nak minta maaf atas semua kelakuan dia.” Pegangan jemari Asad terasa makin erat. Aku tahu, dia sedih melihat keadaan lelaki yang menyayangi dirinya itu.
           “Abang…” seruku lagi apabila Asad kekal diam. “Maafkan dia… tak guna abang simpan rasa marah pada dia. Kita hidup senang… gembira, tak ada apa yang kurang. Sedangkan dia…”
            “Macam mana Sham boleh senang-senang maafkan dia? Abang benci dengan orang yang pentingkan diri sendiri!”
            “Jangan macam ni… dia sakit. Entah hari ni, entah esok lusa… andai ditakdirkan dia pergi, kesian dia bang… maafkan dia. Tak salah memaafkan, sebab memberi maaf tu adalah sifat mulia bang… Sham tahu, suami Sham tak sekejam tu.” Aku cuba lagi untuk memujuk Asad. Aku tahu, Asad sengaja cuba mengeraskan hati sedangkan dia sudah pun jatuh simpati melihat keadaan Datuk Mokhtar ini.
            “Kenapa Sham baik sangat?” soalnya dengan wajah yang pelik sekali. Aku tersenyum kecil.
            “Sham tak baik… dan abang pun bukan jahat. Sham harap abang dapat tenangkan hati tua yang dibebani rasa bersalah tu… tolong bang, jangan biarkan dia terseksa jiwa dan perasaan lagi mengenangkan rasa bersalahnya pada kita. Allah dah balas apa yang patut… itu antara dia dan Allah. Antara dia dengan kita, kita selesaikan dengan cara elok… dengan cara yang paling hikmah… bermaafan sesama kita.” Ucapku dengan penuh berharap.
            Asad terdiam lama. Matanya silih berganti pada wajahku dan Datuk Mokhtar yang tunduk menekur lantai di hujung dewan itu. Lambat-lambat sahaja bibir Asad mengukir senyuman yang ku kira, ia merupakan petanda positif.

“TE… te… rima ka..sih… Sh.. Sham…” begitu bersusah payah Datuk Mokhtar menyusun bicara. Keadaannya ku lihat seakan makin teruk sahaja. Bibirnya sudah tidak mampu bercakap dengan lancar dan sempurna. Lama juga dia berbual dengan Asad. Mungkin kerana kesukaran untuk berkomunikasi maka dia mengambil masa yang lama untuk berbicara.
            “Uncle tak perlu cakap apa-apa… Sham dah maafkan semuanya. Uncle jangan risau…” balasku. Serentak itu mataku menangkap linangan air mata mengalir di pipinya. Terkesima aku melihatnya.
            “Uncle… jangan menangis.”
            “Un..un…cle, ba… ban..nyak… do… do…sa.” Tergagap-gagap bicara Datuk Mokhtar. Air mataku sudah hampir gugur melihat keadaannya yang begitu menyayat hati. Bila terkenangkan saat bibir itu menghamburkan rasa marah padaku pada satu saat itu, membuatkan hatiku disapa rasa sayu. Manusia… semalam bermegah, hari ini…
            “Uncle… Sham faham. Asad pun faham… uncle jangan runsing fikirkan hal yang lepas. InsyaAllah… Asad akan selalu doakan uncle sihat seperti sedia kala… uncle jangan risau…” Asad sudah bersuara mententeramkan Datuk Mokhtar yang asyik melayan perasaan sedihnya. Lelaki itu menggelengkan kepala semahunya. Mungkin dia berasa bersalah. Mungkin…
            Sentuhan di bahu memaksa aku mengangkat kepala. Elisa!
            “Terima kasih sebab sudi datang…” ucapan pertama yang dituturkan Elisa bersama senyuman manis. Seri seorang pengantin terpancar di wajahnya. Anggun sekali kulihat Elisa dengan persalinan berwarna ungu. Bertambah cantik mataku memandangnya yang kini sudah bertudung. Alhamdulillah, terlaksana juga salah satu kewajipan yang diperintahkan oleh Ilahi. Suaminya juga sudah mengambil tempat di sisi sambil melemparkan senyuman manis.
            “Selamat pengantin baru… Imran, Elisa…” ucap Asad sambil berjabat tangan dengan suami Elisa. Tenang sekali wajah itu menyambut huluran Asad. Sekilas pandang sahaja aku sudah nampak, betapa ikhlas sekali seraut wajah yang setia bersabar dengan kerenah Elisa.
            “Lisa minta maaf dengan Asad…” ucap Elisa. Seketika dia memandang wajah Imran dan kemudian beralih ke wajah Asad semula.
            “Harap Asad dapat maafkan Lisa…” pintanya lagi. Aku sudah tersenyum. Senyuman yang sama juga tersungging di bibir Asad. Alhamdulillah. Segalanya sudah selesai. Dari jauh ku dapat menangkap Datin Emily yang sedang mengesat pipinya. Air mata gembira, aku harap begitulah.
            Semua orang berhak untuk bahagia! Dan pastinya, kebahagiaan yang kita kecapi bukanlah dengan linangan air mata derita orang lain. Harap bukan begitulah hendaknya.

“SHAM…” panggil Asad yang sudah berbaring di sebelahku. Sejak pulang dari majlis perkahwinan Elisa, Asad tidak berhenti-henti dengan senyuman manisnya.
            “Ya abang…” sahutku manja. Wajahnya sudah tersenyum ceria.
            “Shamina ialah isteri kesayangan Tuan ‘singa’.” Ucapnya sambil tersengih panjang.
            “Aik… ada ke isteri bukan kesayangan?” soalku sengaja hendak menduga. Walhal, aku tahu… dia hanya milikku seorang.
            “Buat masa ni… belum lagi…”
            Aku sudah menjegilkan mata. Amboi! Sudah berani bergurau dengan topik menghangatkan jiwa nampak pak cik ini. Disebabkan geram sangat, aku cubit-cubit lengannya sehingga berbekas.
            “Abang melawak ajelah… lepaslah. Ingat tak sakit ke…” rayunya.
            “Padan muka!” balasku geram.
          “Jangan risau… InsyaAllah, selagi abang bernafas di muka bumi ni… hanya sayang di hati. Tiada yang lain…” ucapnya. Serentak itu pipiku sudah hangat dengan sentuhannya. Mataku sudah terpejam. Bahagia! Itulah yang aku rasa. Sejak hari pertama bergelar isteri pada Asad, itulah yang aku rasakan sehingga sekarang. Semoga akan kekal buat selamanya. 

-The End -


Comments

  1. dh habes dh....huh berdebar je bace entry kat2 ending..hehe

    ReplyDelete
  2. thanks .... like like like ... tima kacih ye sebab sudi share novel ni utill the end - teruskan bekarya :)

    ReplyDelete
  3. wah besttttttttttt sgt. thankssssssssssss bebyk. suka sgt happy ending macam ni.hehehe

    ReplyDelete
  4. nice kak umi..
    x sangka dah habis...
    so sweet..
    ya akhirnya semua berbahagia....
    amin~

    ReplyDelete
  5. Ending yang best...
    netul tu ...akhirnya semua bahagia...
    terima kasih sham kerana dapat memujuk Asad untuk memaafkan orang lain...TQ

    ReplyDelete
  6. Ending yang best...
    betul tu ...akhirnya semua bahagia...
    terima kasih sham kerana dapat memujuk Asad untuk memaafkan orang lain...TQ

    ReplyDelete
  7. nice ending!
    i likeeeeeee

    t wat cite best2 lagi ok :)

    ReplyDelete
  8. sangat bessttt
    sangat puas hati
    suka sangat..!
    -che`leen-

    ReplyDelete
  9. terbaik!!!! heppy ending... suke sangat

    ReplyDelete
  10. owh~~~
    dah habis!
    hehe...alhamdulillah. best citer ni. :) utk yang sterusnya, good luck! :D

    ReplyDelete
  11. dah tamat... best sangat2..
    thanks kak umi..
    koleksi karya kak umi semua saya suka.. <3

    ReplyDelete
  12. nilah cerita yang da bomb!!! first time baca kat p2u then saya google pastu jumpa blog ni.... syok sebab citer ada sampai episod last, yeay!!!
    suka sangat2 sebab watak yang kelakar dan cerita ni takde babak sedih2 yang terlebih. Sangat enjoy baca, seriously thumbs up to writer. Kalau boleh bagi bintang, saya bagi 10/10 tau!! ;)

    p/s: saya suka baca cerita yang hepi2 macam ni, tak sarat dengan konflik :D

    ReplyDelete
  13. Thanks kak umi..
    best sgt2..
    nanti kak umi buat cerita yang best2 lagi tau.. :D

    ReplyDelete
  14. Thanks kak umi..
    best sgt2..
    nanti kak umi buat cerita yang best2 lagi tau.. :D

    ReplyDelete
  15. thanx kak umi......
    i love it......
    best sangt......
    nice,sweet & happy ending......
    nnti kak umi buat cerita yang best2 lagi tau.....

    ReplyDelete
  16. Terbaik! :)
    Hikhik
    Tahniah Kak Umi..

    ReplyDelete
  17. la dah abis ke....tahniah, best sgt citer ni. Kalau kisah zaman bcinta antara asad & sham lg byk, mesti seronok. ape2 pon, terbaikkk....

    ReplyDelete
  18. best sgt story..
    nk tnjukkan betape kuatnye kasih syng suami isteri tu kan..><

    ReplyDelete
  19. bestttt. suka sgt... tq umi..

    ReplyDelete
  20. luv this story...all the best to writer... =)

    ReplyDelete
  21. karya yg dpt tenangkan perasaan yang tengah serabut..terima kasih!!

    ReplyDelete
  22. tahniah kak umi...dah hbs baca....best sgt cerita nie......

    love happy ending......walaupun garang tp romantik.......

    i like like like....

    thumb up to u....

    wasalam

    ReplyDelete
  23. salam..n0t bad tp mcm nak cepat habis jerkk..nak kejar ape cik kak..hehe..ape2 pun memg best,interesting and funny..i like asad aka singa..^^

    ReplyDelete
  24. thanks 4 rajinkan diri anda utk wat citer ni walau sibuk
    dgn life,and congrats cause you've made a great story.
    Citer ni xmcm citer laen.best and x memboringkan.
    gaya penceritaan yg watkan org tertunggu-tunggu,tersusun.
    two thumbs up 4 u and hope u can make more wonderful stories
    lepas nieeeeeeee ^_^
    ~alia nad~

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah both of them happy . yeayy :) but then si elisa tu suppose kena something bad barulah dia rasa taubat. igt senang2 ke if anak org kaya nak amik hak org. haih -.-' bole sakit jiwa if jumpa this person. sham good wife ever, sempoi je n cool. tuan singa plak huuuu melting u ols. hehe. romantik habes la dgn bini dia.. hihi :) till then, good job writer seriously you did a very good job. all the best. btw sorry sbb ada certain comment then tak, sbb nak komen at the last episod. sorry miss writer. chillex okay? :P

    ReplyDelete
  26. hihihih..x tau dah brpa kali bca tp x penah bosan nak2 lg part imbas kmbali 2..sweetnya.......

    ReplyDelete
  27. thanks for the lovely story..sgt best!! mengalir air mata baca ending ni..

    -Yannie-

    ReplyDelete
  28. so sweet....asyik tersengih2 je bc dr bab 1 till ending...romantic habis...best sgt2

    ReplyDelete
  29. Love it very much... non stop baca... excited nak tahu bab seterusnya

    ReplyDelete
  30. bestt...tq...sungguh terhibur sekali.

    ReplyDelete
  31. akhirnya lisa brubh gak..tpi sian kt dtk bpa lisa hmm..

    ReplyDelete
  32. bila baca kisah nie, saya membayangkan sy adalah sham sbb nama sy pun sham tp shamira la..heheehe.. really love it.

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  34. Hi,

    Kami Team dari aplikasi NOVEL+ berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami telah mengambil naskah novel anda bertajuk: "TUAN SINGA MILIKKU"
    yang disiarkan di blogspot/website anda untuk dipaparkan dalam aplikasi NOVEL+ yang kami bangunkan untuk mobile (android/IOS).

    Kami dapati novel karya anda garapkan sungguh menarik dan pasti menjadi pilihan peminat novel untuk membaca. Tugas kami hanya ingin membantu mempromosikan novel anda agar dikenali ramai secara meluas melalui dunia dihujung jari. Aplikasi NOVEL+ ini boleh dimuat turun melalui App Store (Apple/IOS) dan Play Store (Android).

    Oleh itu, kami ingin meminta kebenaran daripada pihak anda terlebih dahulu, sekiranya kami boleh meneruskan menyiar novel anda di dalam aplikasi NOVEL+ ini atau tidak.

    Jika YA! kami mengharap agar dapat maklum balas dengan segera daripada pihak anda. Jika TIDAK bersetuju, kami akan hormati keputusan anda untuk mengeluarkan karya dari aplikasi NOVEL+ kami.

    Sekian.


    Hubungi Kami:
    novelmcdp@gmail.com


    Untuk Info:
    NOVEL+ merupakan bahan bacaan berupa novel yang boleh dicapai dengan mudah melalui aplikasi mudah alih. Dengan NOVEL+, anda mempunyai akses ke dunia karya novel tempatan dengan meluas. Anda tidak perlu risau lagi untuk membawa bahan bacaan ketika berada di luar atau ketika sedang bercuti kerana kini aplikasi NOVEL+ akan bersama anda sentiasa, bila-bila masa dan dimana jua.
    Para peminat novel boleh membaca karya-karya TERBAIK penulis berbakat di aplikasi NOVEL+ yang boleh dimuaturun secara PERCUMA. NOVEL+ terdiri daripada pelbagai genre novel TERKENAL dalam Bahasa Malaysia.

    ReplyDelete
  35. lawakla cite ni kak umi.....best sgt2...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia