Skip to main content

[20]

Tuan 'Singa' Milikku

“NO WAY!!!” suara yang tinggi itu membuatkan aku tersentak. Secara tidak sengaja, terlepas sudu yang berada di pegangan tanganku. Untuk menjengah dan melihat punca suara, aku tidak berdaya dengan keadaan diriku yang masih terduduk elok di atas katil wad ini.
            “Will you just leave…” suara yang semakin meninggi itu membuatkan hatiku digigit rasa resah. Suara Asad sudah berubah rentak. Perkara ini memudahkan aku mengagak, siapa sebenarnya yang sedang berada di luar bilik wad ini untuk mengganggu ketenteraman kami berdua.
            Keluhan meniti bibirku. Aku sudah buntu memikirkan cara. Kenapa sukar benar untuk memahamkan Elisa? Apakah dia begitu mencintai Asad sehingga begitu bersungguh untuk memilikinya?
            “I said no!!!” suara Asad sudah begitu hampir denganku. Ketika itu baru aku sedar, Elisa sudah berada di dalam bilik bersama-sama dengan aku dan Asad. Pandangan begitu tajam menikam wajahku. Begitu mirip dengan pandangan yang dilemparkan oleh Datuk Mokthar padaku tempoh hari.
            “Apa masalah kau ni hah?” dia menyergahku tanpa bertangguh.
            “Elisa!!!” suara Asad mencelah dengan nada yang tidak menyenangkan telinga sesiapa pun. Mataku sempat menangkap jelingan tidak puas hati yang Elisa lemparkan pada Asad. Wajah Asad, tiada apa yang luar biasa di situ. Apa yang aku nampak adalah kemarahan yang sedang memuncak.
            “Let me ask her directly… yang you ni kenapa? Takut dengan bini?” soal Elisa dengan pandangan jengkel padaku. Eh eleh, minah ini! Betul-betul tak ada masalah, datang bikin masalah dengan aku pula.
            “Tak ada apa yang nak ditanya!” balas Asad dengan berang. Aku diam sahaja tidak berkata apa-apa. Malas pula aku hendak mencelah dialog dengan si gedik Elisa ini. Biar dia seorang bertikam lidah dengan Asad. Aku sudah penat mahu melayan kerenah orang yang tidak faham dengan bahasa kebangsaan ini.
            “Ada… ada banyak! Sekarang ni, I nak dia jawab, kenapa dia tak bagi you kahwin lain?!” soal Elisa. Kembang kempis hidungnya ketika melahirkan soalan itu. Bengang sangat agaknya.
           “Kenapa you nak tanya dia? I sendiri dah cakap yang I tak suka. And this is the end of the topic. Once again, if you keep on asking me this ridiculous question… then, I can’t guarantee you, what I will do…” wajah Asad sudah makin merah. Aku pula yang kecut perut melihatnya. Sedangkan Elisa seakan relaks sahaja dengan perubahan warna wajah suamiku.
            “Apa yang you boleh buat?” soalnya dengan nada mencabar.
            “You jangan cabar I!”
            “You ingat I takut?”
            “You will regret Elisa…” ucap Asad yang sudah mula memegang dahi dengan hujung jarinya. Aku sudah mula risau.
            “You will regret too Asad…” sambung Elisa. “I akan buat you menyesal seumur hidup sebab tak tunaikan permintaan I ni!” serentak dengan ayat itu, perempuan itu sudah mula melangkah dari ruang bilik ini. Ah! Lega rasanya. Hilang sudah anasir yang menyesakkan bilik ini dengan suara dan permintaan yang tidak masuk akal itu. Menyampah sudah aku hendak mengingatinya. Lagi ingat, lagi sakit hati.
            Asad sudah mula melangkah dan duduk di bangku kosong di sisi katil. Tanpa kata, tangannya sudah mula mencapai pergelangan tanganku.
            “Abang dah tak larat nak melayan kerenah dia…” ujarnya sambil mengelus lembut pergelangan tanganku. Aksinya itu membuatkan aku tersenyum. Lembut dan manja dengan caranya yang tersendiri. Itulah Asad aku…
            “Why Sham...? Kenapa abang juga yang dia kejar?”
            “Sebab abang tak kejar dia…” mudah sahaja jawapan yang aku berikan.
            “Abang tak suka!”
            “Dia tak faham…”
            “Abang rasa better kalau abang kahwin aje dengan dia.”
            “Hah???” terlopong aku mendengarkan ucapan itu. What the??? Soalan itu bergema dalam mindaku.
            Ketawa Asad yang bergema tiba-tiba membuatkan aku semakin terpinga. Dahi kukerutkan. Aku pelik.
            “Abang main-main okey…” jawabnya sendiri tanpa perlu aku bertanya.
            “Kalau abang serius pun, ingat senang-senang Sham nak bagi?” soalku tidak puas hati. Kalau iya pun dah bernekad hendak memadukan aku, cari bakal isteri itu biarlah yang berjenis sikit. Macam Elisa ini, tidak perlu lagi dijadikan dalam senarai utama untuk jadi madu. Tak ada potensi untuk menjadi madu terbaik pun.
            “Abang ingat Sham tak kisah…” ucapnya dengan nada bersahaja.
            “Kalau dah suka sangat tu… pergi aje kahwin dengan dia!” balasku dengan rasa berang. Terus sahaja aku memalingkan wajah darinya. Geram!
            Dia ketawa lagi. Gembira sangat nampaknya ataupun ini sahaja kaedah yang dia ada untuk meleraikan segala kekusutan yang menghambat diri.
            “Bagi abang sikit masa lagi… then everything will be settle. Masa tu, hanya Sham, abang dan baby… jauh dari sini…” ucap Asad seakan berbisik. Namun ia sangat jelas di telingaku. Jauh dari sini? Maksudnya?
            “Ada apa-apa yang Sham tak tahu ke?” aku menyoal tanpa bertangguh. Dalam hati sudah berdoa, semoga aku akan mendapat perkhabaran gembira dalam tempoh masa yang singkat ini. Tetapi hampa, kerana Asad hanya tersenyum tanpa menjelaskan apa-apa padaku. Entah benar atau tidak telahan yang sedang bermain di dalam mindaku ini. Akhirnya hatiku mengeluh sendiri.

AKU dikejutkan dengan kedatangan Datin Emily. Pandangan wajah yang penuh kasih itu sebenarnya sudah mencuri hatiku. Entah kenapa, mudah sangat aku jatuh kasih pada diri wanita itu.
            “Sham dah sihat?” soalan pertama yang diluahkan dengan riak yang begitu risau sekali. Tersentuh aku dengan perhatiannya.
            “Sorry… aunty baru tahu Sham di hospital, itu pun sebab kebetulan terserempak dengan Asad dekat parking lot tadi. Kalau tak, sampai bila pun aunty tak tahu…” ucapnya seakan kesal dengan kelewatannya melawat diriku. Aku cuma tersenyum dan membisu.
            Jemari Datin Emily terus berlari di hujung jariku. “Aunty nak Sham dapatkan rehat yang cukup. Jangan risau pasal Elisa… aunty boleh handle. Cuma, Sham kena bertahan sikit dengan gangguan dia… untuk sedikit masa lagi…” ujar Datin Emily.
            Ayat itu serta merta mengingatkan aku pada Asad. Dia juga berbicara yang serupa seperti ini. Apakah ada agenda tersembunyi yang sedang direncanakan oleh Datin Emily dan Asad? Aku pun tidak tahu.
            “Sham… jangan marahkan Elisa. Untuk aunty… boleh?” perlahan dan sayu soalan yang diajukan buat diriku. Tidak marahkan Elisa? Mana mungkin aku tidak marah. Aku sangat marah dengan dirinya yang tidak jemu-jemu menagih kasih suamiku. Tapi…
            “Boleh ya Sham… tolong jangan berdendam dengan Elisa. Apa pun yang dia buat pada Sham, aunty minta maaf bagi pihak dia… biasalah, anak manja. Dia dah terbiasa dapatkan semua yang dia nak…” tambah Datin Emily lagi. Hatiku sudah mula berasa sebal. Sudah terbiasa mendapatkan semua yang dia hendak sampaikan suami orang pun dia tidak kisah? Hatiku membentak laju.
            “Tapi apa pun… aunty sentiasa menyokong Sham.”
            Kata-kata terakhir itu seakan menguatkan semangat dalam diriku. Datin Emily seakan mememahami gelodak hatiku di kala ini. Mungkin dia sudah masak dengan sikap anaknya, oleh sebab itu dia boleh berbicara dengan kaedah yang berdiplomasi denganku. Mujur sahaja Datin Emily tidak seperti Elisa dan suaminya. Mujur…
           
SELANGKAH kaki memasuki rumah, hatiku sudah dibanjiri rasa gembira. Rumah kami. Lantas aku berpaling sambil tersenyum memandang Asad.
            “Kenapa?” soalnya laju.
            “Sayang abang…” ucapku tanpa bertangguh. Dia tersenyum nipis.
            “Abang sayang Sham jugak…” tangannya sudah mula menarik lenganku supaya duduk di sofa. Aku menurut tanpa membantah. Beg pakaian diletakkan di sebelah. Erat sekali genggaman jemari Asad pada pergelangan tanganku.
            Seketika, Asad tertunduk ke bawah. Seakan mencari butir kata untuk berbicara. Mungkin ada perkara penting yang ingin disampaikan olehnya. Aku menjadi berdebar. Apakah ini berkaitan dengan perkara yang disebut-sebut oleh Datin Emily tempoh hari?
            Dalam pada mindaku mengeluarkan andaian, mataku sudah mula bertentang dengan Asad. Matanya berkaca. Namun bibirnya masih mengorak senyuman manis buat diriku. Tergamam aku seketika dengan reaksinya. Seakan ada sesuatu yang sedang mengusik hatinya. Tetapi apa?
            Air mata yang mula menjatuhi pipi Asad membuatkan aku terkedu. Dadaku sudah mula sesak. Air matanya sudah mula mengusik jiwa. Aku turut terasa kepanasan di kelopak mata. Apa yang terlalu mengusik jiwanya di kala ini? Tanpa dapat ditahan, air mataku sudah mula hendak berdrama swasta bersama Asad. Mengalirlah ia untuk menambahkan rencah cerita walaupun aku masih tertanya-tanya apakah yang terjadi sebenarnya…
 _________________________
Sorry, bab ni dapat taip 5 pages je. Akan disambung lagi.
Sorry and thanks. :)

Comments

  1. do write more..we are waiting... tertanya2 ni wht happen to Asad..:)

    ReplyDelete
  2. adui...
    nape plak ni??
    da memasing wat drama swasta...

    ReplyDelete
  3. aduhaii..xsbr nak tau ni..cpt2 smbg ye :D

    ReplyDelete
  4. knapa ngan asad...huhu...cpat smbung ^_^

    ReplyDelete
  5. yup..cpt2 laaa smbg ye..ternanti2 lgi dri ari2..hopefully cpt laa habis cter nie.. =)

    ReplyDelete
  6. aduhai... nape stop takat tu suspen le..cepat smbg ye jgn biar kita smua ter???...uhuuukkk...

    ReplyDelete
  7. nape asad nangis??? Xpe umi... take ur time...

    ReplyDelete
  8. huhu....jgn la asad kawin dgn si elisa gedik tu.....

    ReplyDelete
  9. Panjang lagi ke???..... kasihan Sham n Asad ....

    ReplyDelete
  10. he saspen btl la..x tenteram jiwa ni tau

    ReplyDelete
  11. Alamak singa menangs,mesti ada hal yg btol2 touching tu..cpt samb plis

    ReplyDelete
  12. wah touching2. mmg jiwang jgk asad ni ya. suka lelaki macam ni,setia sangat. love you

    ReplyDelete
  13. suspenlah pulak naper Mr Singa ni camtu??? :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia