Tuan 'Singa' Milikku
PANDANGANKU sudah membulat melihat susuk tubuh yang
berdiri di hadapanku kini. Pandangan mata itu tajam sekali menikam wajahku.
Dengan jelingan yang tajam juga dia melangkah melintasi aku.
Aku
diam sahaja memerhatikan langkahnya yang sudah berhenti di depan bilik Asad.
Aduh! Tak sudah-sudah lagi ke?
Aku
pelik betul… bapa dengan anak sama sahaja. Kedua-duanya tahu nak memberi
tekanan pada suami aku. Ini yang aku nak marah tidak kira masa. Sekali dengan
aku jadi stress dibuatnya.
Bila
nampak wajah Asad yang tenang itu tersembul di balik pintu, aku bertambah
risau. Entah apa pula yang akan jadi kali ini. Sudahlah sebelum Datuk Mokhtar
masuk ke bilik Asad tadi, dia siap hadiahkan jelingan tajam untukku. Gaya macam
aku sudah memporak-perandakan rumahtangga anak tunggalnya. Tapi sebetulnya,
itukah yang sedang terjadi di alam realiti ini? Sungguh… aku musykil sendiri.
Asad…
Asad… kalau Sham ada kuasa magis, Sham dah jadikan Asad halimunan daripada
manusia yang tidak faham bahasa ibunda ini. Suka sangat mendesak orang lain
untuk kepentingan diri mereka. Huh!
Dengan
kasar, laci di bawah kutarik. Laju sahaja aku menarik keluar telefon bimbit
yang terletak di dalam sarung berwarna biru itu. Laju sekali jemariku menekan
butang scroll down untuk mencari nama seseorang. Aku sudah tidak tahan hidup
begini. Agak sukar untukku ‘bernafas’ dalam keadaan begini. Kiri dan kanan, aku
terasa desakan. Anak dengan bapa sama-sama sedang berusaha keras untuk
mendapatkan Asad yang telah mutlak menjadi milik aku. Asad hanya milik aku!
“Sham…”
suara Adila sudah mencelah. Sedikit sebanyak ia mengganggu konsentrasi aku yang
sedang begitu khusyuk mencari nombor seseorang.
“Apa?”
acuh tidak acuh sahaja aku menyoal. Mood aku sudah hilang sebaik sahaja melihat
wajah Datuk Mokhtar tadi. Kenapa perlu dia datang? Aku tidak suka.
“Amboi…
sombong!” komen Adila terus. Aku menjeling sekilas. Ah, biarkan Adila. Dia
tidak faham apa yang sedang bermain di dalam hatiku pada ketika ini. Dia tidak
faham gelora hatiku yang sentiasa berdebar-debar menanti apa yang bakal
dilakukan oleh Elisa itu.
“Sham…”
panggil Adila lagi.
Nampaknya,
layanan aku yang acuh tak acuh itu tidak melemahkan semangatnya untuk beredar
dari meja kerjaku. Dengan keluhan kasar aku melepaskan pandangan tepat ke wajahnya.
“Kenapa?”
soalku kini dengan nada yang lebih tegas.
“Eh…
kenapa yang garang sangat ni?” soal Adila pelik.
Aku
menjeling lagi. Emosi aku sudah bercelaru. Aku sudah tidak dapat berfikir
tentang kewajaran aku mempamerkan emosi swing aku ini dengan Adila. “Ada apa
Dila? Sorry la… aku tak ada mood sangat…” akhirnya, hanya ini sahaja jawapan
yang paling selamat terlintas dalam mindaku. Harap dia akan terima tanpa lebih
banyak sesi soal dan jawab.
“Tak
ada mood… sebab Datuk ke? Aku baru nak tanya… kenapa dia pandang kau semacam?”
Jangkaan
aku sudah meleset sama sekali. Adila pastinya tidak akan melepaskan aku dengan
begitu mudah. Wajahnya yang sedang menanti jawapan kupandang lama. Wajah yang
berkerut-kerut itu membuatkan mengeluh lagi.
“Kenapa
ni Sham? Cakaplah dengan aku… kau ada masalah ke?” soal Adila penuh prihatin.
Nadanya itu membuatkan aku tidak sampai hati hendak menolak. Apatah lagi dia
sememangnya begitu baik dan akrab dengan diriku.
Pandangan
Adila masih tertumpu pada wajahku. Aku semakin ditekan perasaan.
“GILA!!!” hampir sahaja suara Adila menggegarkan
Restoran Selera Timur ini. Namun mujur, aku sempat menahan. Akhirnya dia sudah
mengawal nada suaranya.
“Kau…
dia betul-betul serius nakkan abang Singa?” soalnya lagi.
Aku
mengangguk kecil.
“Motif?”
Aku
menjeling. “Motif apa pulak… dah dia suka Asad, jadi dia nak kahwin dengan Asad…”
jawabku dengan rasa berserabut.
“Ada
jugak ya orang macam Elisa ni…” komen sambil mencapai karipap di dalam piring
lantas dikunyahnya dengan dahi yang berkerut-kerut. Gayanya seolah memikirkan
masalah yang begitu teruk sekali. Aku yang tengok reaksi itu, terasa teruk
sekali.
Baru
sahaja aku hendak mencapai kuih cucur keria yang aku beli, tiba-tiba sahaja
suara Adila menyergah. “Semua ni salah kau Sham!”
Aku
tergamam. “Apa salah aku?” soalku pelik. Bertambah-tambah kerutan di dahiku.
“Kau
tulah… dah tahu suami kacak, bukan nak larikan dia jauh-jauh. Duduk lagi dekat
sini… sampai orang nak berebut-rebut suami dengan kau. Sanggup jadi isteri
nombor dua tu… kau sanggup ke nak bermadu?” soalan Adila hanya menjerut
leherku.
Sanggup
ke nak bermadu? Aku soal hatiku.
“Mana
ada perempuan yang sanggup nak kongsi suami dia orang… aku belum sebaik itu.
Sekalipun aku nak benarkan suami aku berpoligami…” ayatku terhenti sendiri. Eh,
aku cakap apa ini?
“Err…rrr…
aku belum bersedia nak kongsi Asad dengan siapa pun.” Sedikit kalut aku
menyambung ayatku. Entah kenapa, aku menjadi gelabah sendiri. Seakan takut
kehilangan Asad.
“Yang
kau kalut semacam ni kenapa?” Adila pantas mengenggam jemariku yang sudah
menggeletar. Aku takut!
“Tak…
tak tahu Dila…” jawabku sedikit gagap. Serentak itu, jantungku berdegup
kencang. Makin kencang sehinggakan aku sudah mula berandaian yang bukan-bukan.
Apa? Apa yang sedang meresahkan hatiku? Asad?
Serta-merta
aku menjadi risau tanpa henti. Terasa bodoh pula, aku membiarkan sahaja Asad
dengan Datuk Mokhtar berdua di dalam pejabatnya. Aku risau…
“Dila…
Asad…” tanpa kata, pipiku sudah basah.
“Dila…
suami aku…” sambungku lagi dengan rasa kalut.
Entah
apa yang merasuk mindaku, tanpa kata aku sudah bangkit dari kerusi. Tas tangan
di sisi aku capai. Langkah ku sudah tidak begitu seimbang kerana kekalutan
sudah menguasai diri. Dan di mana silapnya, aku tidak pasti. Kakiku sudah
tersadung pada sebiji bata yang kebetulan ada di situ.
Aku
jatuh?!
Hanya
kesakitan yang kurasakan di saat ini. Pandanganku yang berbalam menjadi semakin
kabur. Suara Adila makin samar ditelan mindaku yang sudah makin khayal. Aku
sudah tidak sedar.
KEPALAKU terasa berat. Seluruh badanku terasa sakit.
Sakit sangat. Dengan rasa yang payah, aku gagahkan juga untuk membuka mataku.
Suasana bilik yang sunyi sepi ini kembali menghimpit perasaanku. Tirai, katil,
tilam dan semua yang lain di dalam bilik ini menyesakkan perasaanku.
Hospital!
Aku benci dengan bau-bauan ini. Aku benci menjadi pesakit di sini.
Pesakit?
Aku
rasa terhenyak seketika. Akukah pesakit itu? Tanpa dipinta, sesuatu yang sangat
aneh menerjah perasaanku. Aku teringatkan sesuatu. Apa yang terjadi tadi
sehingga aku terdampar di atas katil ini?
Jatuh!
Ya,
aku ingat… aku jatuh dan aku pengsan. Jatuh??? Baby…
“Baby…”
suaraku keluar tanpa aturan. Nafasku terasa sesak. Anak aku dan Asad, apakah
dia sudah tidak ada?
“Abang…”
seruku kuat. Aku sudah kalut memikirkan andaian yang menghuni mindaku pada kala
ini. Dengan kesakitan yang aku rasakan ini sudah mula memberikan gambaran yang
buruk dalam mindaku.
“Abang!!!”
kali ini aku sudah menjerit dengan lebih kuat. Di mana Asad? Kenapa dia tidak
ada di sisiku? Kenapa aku sendirian di sini? Kenapa?
“Sham…”
suara itu.
Aku
beralih pandang ke sisi dengan pantas. Namun apa yang singgah di depan mata,
hanya menghampakan jiwa.
“Asad…
aku nak Asad! Mana dia?” soalku dengan tegang. Air mataku sudah bergenang. Aku
terasa ingin menghamburkan semuanya di kala ini.
“Sham…
relaks. Asad ada… sekejap dia datang.” Suara Adila yang lembut itu nyata tidak
dapat menenangkan aku. Aku tidak mahu dengar!
“Aku
nak Asad sekarang jugak!” bentakku kasar. Aku sudah mula meracau itu dan ini.
Aku sudah mula tidak berfikir dengan rasional. Aku begitu takut pada
hakikatnya. Aku begitu takut memikirkan satu andaian itu.
“Sham…
Asad ada. Kau jangan macam ni… doktor suruh kau rehat. Jangan nak stress macam
ni… boleh bahayakan baby Sham…” ucap Adila sambil mengusap lenganku dengan
lembut.
Mendengarkan
ayat itu, aku terdiam sendiri. “Baby… ada?” soalku takut-takut.
Adila
tersenyum. “Ada sayang… baby kau ada, selamat dalam rahim mama dia… tapi kau
jangan stress. Doktor dah suntik antibiotik tadi. Kau kena rehat Sham… jangan
nak fikir yang bukan-bukan. Aku hampir kena marah dengan Asad sebab kau jatuh…”
Adila mengeluh kecil di hujung ayatnya.
“Adila…
sorry.” Aku rasa bersalah.
“Janji…
jangan nak fikirkan benda yang bukan-bukan lagi. Kau bukan bahayakan diri kau
sorang… baby pun sama…” nasihat Adila.
Aku
mengangguk. Hatiku terasa lapang buat seketika. Bayi aku masih selamat. Tetapi
di mana Asad?
“Asad
mana?” aku tanya lagi pada Adila. Rasanya hati aku hanya akan senang bila dia
muncul di depan mataku.
“Asad
ada… jangan risau, dia datang nanti. Untuk sekarang ni, kau menghadap muka aku
dulu… bosan ke, tak suka ke… kena tengok muka aku jugak!” Aku sudah ketawa
kecil dengan nada suara Adila.
“Hah!
Boleh pun ketawa… be happy okay, kau hampir membuatkan aku terkena serangan
jantung tadi. Nasib tak ada apa-apa yang membimbangkan…” sambung Adila yang
sudah makin serius percakapannya.
“Okey…”
aku mengiakan sahaja.
“Jangan
okey aje… otak tu, berhenti fikir yang bukan-bukan. Macam aku tak tahu otak kau
ni… bukan boleh diam tanpa berfikir yang bukan-bukan…” tegur Adila dengan rasa
tidak senang.
“Siapa
yang boleh tak berfikir bukan-bukan kalau ada orang yang tengah berusaha keras
nak merebut gelaran madu aku…” ucapku dengan keluhan. Memang benarlah, aku
tidak akan berhenti berfikir tentang hal itu walaupun Adila sudah melarang.
“Wahai
Puan Shamina yang disayangi oleh Tuan ‘Singa’ dengar sini ya…” Adila memandang
tepat ke wajahku. “Menurut kata suami kesayangan kau tu… walaupun beribu
perempuan tergilakan dia…” Adila terhenti seketika. Dia pecah gelak sendiri.
Untuk apa, aku tidak mengerti.
“Bajet
handsome ala bintang filem pulak suami kau ni… boleh pulak dia buat statement
masuk lif tekan sendiri ni…” Adila sudah ketawa senang. Aku blur.
“Kenapa?”
soalku pelik. Sudahlah dia belum menghabiskan ayatnya tadi. Sekarang, dia
ketawa sendiri pula.
“Iyalah…
perasan beribu perempuan tergilakan dia, sedangkan ada dua orang aje pun. Kau
dengan si minah Elisa tu…”
Aku
menjeling tidak senang. Tidak suka mendengar nama Elisa di dalam ruang ini.
“Okey…
berbalik pada statement perasan suami kau tadi…
walaupun beribu perempuan tergilakan dia, dia tetap gilakan Shamina dia
aje…” Adila mencebik dipengakhiran ayatnya.
Aku
sudah tersenyum sendiri.
“Kau
pun dah gila ke Sham?” soal Adila dengan nada mengusik.
“Hhhmmm…”
“Gila
apa?”
“Gila
dengan Tuan ‘Singa’ aku…”
“Sama-samalah
korang jadi gila… asal tak berjangkit dengan aku sudah.” Selamba sahaja Adila
berkata. Jelingan aku sudah tidak dipedulikan. Tawanya sudah mula memenuhi ruang
bilik yang sunyi sepi tadi.
_________
Macam dah tak ada feel. Macam dah banyak melalut. Sorry kalau entry ni hanya satu penantian yang tidak berbaloi. Saya akan cuba sudahkan TSM secepat yang boleh...
Maaf pada yang menanti entry... saya dah tak banyak masa untuk menulis. Untuk makluman, saya tengah sambung belajar sekarang ni, jadi ada kepentingan lain yang kena bagi tumpuan.
Sorry and thanks.
statement xbley blah asad..hehehe..tp ttp suweet =)
ReplyDeletesaya tetap suka cerita ni... =)
ReplyDeletebest macam selalu...
ReplyDeleteeh best mcm selalu jgk! selamat smbung belajar. tp jgn lupa kat TSM plk ye.
ReplyDeletebila la mslh Asad ni akan settle...kesian Sham...
ReplyDeletelega..xde apa2jadi..
ReplyDeleteFuh..!!! lega.. nasib baik x jadi apa2 kat Sham dan baby....
ReplyDeletesaya suka sangat Asad & Shamina nie....harap cik writter ada masa tuk next n3...thanx
ReplyDeletesy suke je~ :)
ReplyDeleteWC da cuak da bile sham jatuh tadi... naseb baek baby xpape... kalo x, ade je modal elisa tu nak rampas asad...
ReplyDeletesaya x de merepek la kak umi....
ReplyDeletestandard la perempuan mane x risau kalo ade owg tergilkan laki die...
dah la tgh pregnant......mahu x gila kalo ade owg x phm bahasa...dah tau laki owg nk jgk........
besttttttttt sgt cerita nie