Tuan 'Singa' Milikku
“NO WAY!!!” suara yang tinggi itu membuatkan aku
tersentak. Secara tidak sengaja, terlepas sudu yang berada di pegangan
tanganku. Untuk menjengah dan melihat punca suara, aku tidak berdaya dengan
keadaan diriku yang masih terduduk elok di atas katil wad ini.
“Will
you just leave…” suara yang semakin meninggi itu membuatkan hatiku digigit rasa
resah. Suara Asad sudah berubah rentak. Perkara ini memudahkan aku mengagak,
siapa sebenarnya yang sedang berada di luar bilik wad ini untuk mengganggu
ketenteraman kami berdua.
Keluhan
meniti bibirku. Aku sudah buntu memikirkan cara. Kenapa sukar benar untuk
memahamkan Elisa? Apakah dia begitu mencintai Asad sehingga begitu bersungguh
untuk memilikinya?
“I
said no!!!” suara Asad sudah begitu hampir denganku. Ketika itu baru aku sedar,
Elisa sudah berada di dalam bilik bersama-sama dengan aku dan Asad. Pandangan
begitu tajam menikam wajahku. Begitu mirip dengan pandangan yang dilemparkan
oleh Datuk Mokthar padaku tempoh hari.
“Apa
masalah kau ni hah?” dia menyergahku tanpa bertangguh.
“Elisa!!!”
suara Asad mencelah dengan nada yang tidak menyenangkan telinga sesiapa pun.
Mataku sempat menangkap jelingan tidak puas hati yang Elisa lemparkan pada
Asad. Wajah Asad, tiada apa yang luar biasa di situ. Apa yang aku nampak adalah
kemarahan yang sedang memuncak.
“Let
me ask her directly… yang you ni kenapa? Takut dengan bini?” soal Elisa dengan
pandangan jengkel padaku. Eh eleh, minah ini! Betul-betul tak ada masalah,
datang bikin masalah dengan aku pula.
“Tak
ada apa yang nak ditanya!” balas Asad dengan berang. Aku diam sahaja tidak berkata
apa-apa. Malas pula aku hendak mencelah dialog dengan si gedik Elisa ini. Biar
dia seorang bertikam lidah dengan Asad. Aku sudah penat mahu melayan kerenah
orang yang tidak faham dengan bahasa kebangsaan ini.
“Ada…
ada banyak! Sekarang ni, I nak dia jawab, kenapa dia tak bagi you kahwin
lain?!” soal Elisa. Kembang kempis hidungnya ketika melahirkan soalan itu.
Bengang sangat agaknya.
“Kenapa
you nak tanya dia? I sendiri dah cakap yang I tak suka. And this is the end of
the topic. Once again, if you keep on asking me this ridiculous question… then,
I can’t guarantee you, what I will do…” wajah Asad sudah makin merah. Aku pula
yang kecut perut melihatnya. Sedangkan Elisa seakan relaks sahaja dengan
perubahan warna wajah suamiku.
“Apa
yang you boleh buat?” soalnya dengan nada mencabar.
“You
jangan cabar I!”
“You
ingat I takut?”
“You
will regret Elisa…” ucap Asad yang sudah mula memegang dahi dengan hujung
jarinya. Aku sudah mula risau.
“You
will regret too Asad…” sambung Elisa. “I akan buat you menyesal seumur hidup
sebab tak tunaikan permintaan I ni!” serentak dengan ayat itu, perempuan itu
sudah mula melangkah dari ruang bilik ini. Ah! Lega rasanya. Hilang sudah
anasir yang menyesakkan bilik ini dengan suara dan permintaan yang tidak masuk
akal itu. Menyampah sudah aku hendak mengingatinya. Lagi ingat, lagi sakit
hati.
Asad
sudah mula melangkah dan duduk di bangku kosong di sisi katil. Tanpa kata,
tangannya sudah mula mencapai pergelangan tanganku.
“Abang
dah tak larat nak melayan kerenah dia…” ujarnya sambil mengelus lembut
pergelangan tanganku. Aksinya itu membuatkan aku tersenyum. Lembut dan manja
dengan caranya yang tersendiri. Itulah Asad aku…
“Why
Sham...? Kenapa abang juga yang dia kejar?”
“Sebab
abang tak kejar dia…” mudah sahaja jawapan yang aku berikan.
“Abang
tak suka!”
“Dia
tak faham…”
“Abang
rasa better kalau abang kahwin aje dengan dia.”
“Hah???”
terlopong aku mendengarkan ucapan itu. What the??? Soalan itu bergema dalam
mindaku.
Ketawa
Asad yang bergema tiba-tiba membuatkan aku semakin terpinga. Dahi kukerutkan.
Aku pelik.
“Abang
main-main okey…” jawabnya sendiri tanpa perlu aku bertanya.
“Kalau
abang serius pun, ingat senang-senang Sham nak bagi?” soalku tidak puas hati.
Kalau iya pun dah bernekad hendak memadukan aku, cari bakal isteri itu biarlah
yang berjenis sikit. Macam Elisa ini, tidak perlu lagi dijadikan dalam senarai
utama untuk jadi madu. Tak ada potensi untuk menjadi madu terbaik pun.
“Abang
ingat Sham tak kisah…” ucapnya dengan nada bersahaja.
“Kalau
dah suka sangat tu… pergi aje kahwin dengan dia!” balasku dengan rasa berang.
Terus sahaja aku memalingkan wajah darinya. Geram!
Dia
ketawa lagi. Gembira sangat nampaknya ataupun ini sahaja kaedah yang dia ada
untuk meleraikan segala kekusutan yang menghambat diri.
“Bagi
abang sikit masa lagi… then everything will be settle. Masa tu, hanya Sham,
abang dan baby… jauh dari sini…” ucap Asad seakan berbisik. Namun ia sangat
jelas di telingaku. Jauh dari sini? Maksudnya?
“Ada
apa-apa yang Sham tak tahu ke?” aku menyoal tanpa bertangguh. Dalam hati sudah
berdoa, semoga aku akan mendapat perkhabaran gembira dalam tempoh masa yang
singkat ini. Tetapi hampa, kerana Asad hanya tersenyum tanpa menjelaskan
apa-apa padaku. Entah benar atau tidak telahan yang sedang bermain di dalam
mindaku ini. Akhirnya hatiku mengeluh sendiri.
AKU dikejutkan dengan kedatangan Datin Emily.
Pandangan wajah yang penuh kasih itu sebenarnya sudah mencuri hatiku. Entah
kenapa, mudah sangat aku jatuh kasih pada diri wanita itu.
“Sham
dah sihat?” soalan pertama yang diluahkan dengan riak yang begitu risau sekali.
Tersentuh aku dengan perhatiannya.
“Sorry…
aunty baru tahu Sham di hospital, itu pun sebab kebetulan terserempak dengan
Asad dekat parking lot tadi. Kalau tak, sampai bila pun aunty tak tahu…”
ucapnya seakan kesal dengan kelewatannya melawat diriku. Aku cuma tersenyum dan
membisu.
Jemari
Datin Emily terus berlari di hujung jariku. “Aunty nak Sham dapatkan rehat yang
cukup. Jangan risau pasal Elisa… aunty boleh handle. Cuma, Sham kena bertahan
sikit dengan gangguan dia… untuk sedikit masa lagi…” ujar Datin Emily.
Ayat
itu serta merta mengingatkan aku pada Asad. Dia juga berbicara yang serupa
seperti ini. Apakah ada agenda tersembunyi yang sedang direncanakan oleh Datin
Emily dan Asad? Aku pun tidak tahu.
“Sham…
jangan marahkan Elisa. Untuk aunty… boleh?” perlahan dan sayu soalan yang
diajukan buat diriku. Tidak marahkan Elisa? Mana mungkin aku tidak marah. Aku
sangat marah dengan dirinya yang tidak jemu-jemu menagih kasih suamiku. Tapi…
“Boleh
ya Sham… tolong jangan berdendam dengan Elisa. Apa pun yang dia buat pada Sham,
aunty minta maaf bagi pihak dia… biasalah, anak manja. Dia dah terbiasa
dapatkan semua yang dia nak…” tambah Datin Emily lagi. Hatiku sudah mula berasa
sebal. Sudah terbiasa mendapatkan semua yang dia hendak sampaikan suami orang
pun dia tidak kisah? Hatiku membentak laju.
“Tapi
apa pun… aunty sentiasa menyokong Sham.”
Kata-kata
terakhir itu seakan menguatkan semangat dalam diriku. Datin Emily seakan
mememahami gelodak hatiku di kala ini. Mungkin dia sudah masak dengan sikap
anaknya, oleh sebab itu dia boleh berbicara dengan kaedah yang berdiplomasi
denganku. Mujur sahaja Datin Emily tidak seperti Elisa dan suaminya. Mujur…
SELANGKAH kaki memasuki rumah, hatiku sudah
dibanjiri rasa gembira. Rumah kami. Lantas aku berpaling sambil tersenyum
memandang Asad.
“Kenapa?”
soalnya laju.
“Sayang
abang…” ucapku tanpa bertangguh. Dia tersenyum nipis.
“Abang
sayang Sham jugak…” tangannya sudah mula menarik lenganku supaya duduk di sofa.
Aku menurut tanpa membantah. Beg pakaian diletakkan di sebelah. Erat sekali
genggaman jemari Asad pada pergelangan tanganku.
Seketika,
Asad tertunduk ke bawah. Seakan mencari butir kata untuk berbicara. Mungkin ada
perkara penting yang ingin disampaikan olehnya. Aku menjadi berdebar. Apakah
ini berkaitan dengan perkara yang disebut-sebut oleh Datin Emily tempoh hari?
Dalam
pada mindaku mengeluarkan andaian, mataku sudah mula bertentang dengan Asad.
Matanya berkaca. Namun bibirnya masih mengorak senyuman manis buat diriku.
Tergamam aku seketika dengan reaksinya. Seakan ada sesuatu yang sedang mengusik
hatinya. Tetapi apa?
Air
mata yang mula menjatuhi pipi Asad membuatkan aku terkedu. Dadaku sudah mula
sesak. Air matanya sudah mula mengusik jiwa. Aku turut terasa kepanasan di
kelopak mata. Apa yang terlalu mengusik jiwanya di kala ini? Tanpa dapat
ditahan, air mataku sudah mula hendak berdrama swasta bersama Asad. Mengalirlah
ia untuk menambahkan rencah cerita walaupun aku masih tertanya-tanya apakah
yang terjadi sebenarnya…
_________________________
Sorry, bab ni dapat taip 5 pages je. Akan disambung lagi.
Sorry and thanks. :)
do write more..we are waiting... tertanya2 ni wht happen to Asad..:)
ReplyDeleteadui...
ReplyDeletenape plak ni??
da memasing wat drama swasta...
aduhaii..xsbr nak tau ni..cpt2 smbg ye :D
ReplyDeleteknapa ngan asad...huhu...cpat smbung ^_^
ReplyDeleteyup..cpt2 laaa smbg ye..ternanti2 lgi dri ari2..hopefully cpt laa habis cter nie.. =)
ReplyDeleteaduhai... nape stop takat tu suspen le..cepat smbg ye jgn biar kita smua ter???...uhuuukkk...
ReplyDeletenape asad nangis??? Xpe umi... take ur time...
ReplyDeletehuhu....jgn la asad kawin dgn si elisa gedik tu.....
ReplyDeletePanjang lagi ke???..... kasihan Sham n Asad ....
ReplyDeletehe saspen btl la..x tenteram jiwa ni tau
ReplyDeleteAlamak singa menangs,mesti ada hal yg btol2 touching tu..cpt samb plis
ReplyDeletewah touching2. mmg jiwang jgk asad ni ya. suka lelaki macam ni,setia sangat. love you
ReplyDeletesuspenlah pulak naper Mr Singa ni camtu??? :-)
ReplyDelete