Tuan 'Singa' Milikku
CEPAT sungguh masa yang berlalu. Sehingga aku tidak
sedar, hari ini adalah tarikh penerbangan kami untuk berangkat dari tanah air.
Merantau di negara orang, aku berharap mampu menyesuaikan diri di sana nanti.
Dengan kehadiran Asad di sisi, aku yakin tidak akan wujud masalah bagiku. Asad
sentiasa di sisi untuk menjaga dan melindungi aku.
Sekilas
aku mengerling ke sisi. Kacak sekali Asad pada hari ini. Dengan t-shirt
berkolar berwarna oren putih dipadankan pula dengan jeans hitam, suami aku
kelihatan seperti muda remaja. Haish! Kacau sungguh.
Tiba-tiba
sahaja Asad sudah tersenyum panjang apabila menyedari mataku yang melekat utuh
di wajahnya. Senyuman yang begitu nakal sekali sehingga memaksa aku melarikan
pandangan ke arah lain.
“Apa
curi-curi pandang?” sergahnya padaku. Aku mencebik.
“Pandang
suami sendiri pun tak boleh?”
Asad
ketawa. “Kacak sangatkan suami sayang ni…” dia sudah tersengih-sengih sambil
mengucapkan kata. Aku menjeling. Menyampah! Perasan pula dia, bahawa dia punya
kekacakan yang mampu melekapkan mata si Hawa tanpa beralih dari wajahnya.
“Jeling-jeling…
jatuh hukum nanti baru tau!” ugutnya apabila aku terus menjeling. Kata-kata itu
membuatkan aku terus menajamkan jelingan. Hukum apalah sangat, setakat buatkan
dua tiga cawan kopi itu tak ada hal!
“Sham!”
ucapnya geram. Pasti tercabar sebab aku tidak gentar dengan ugutannya kali ini.
Biarlah, orang hendak menjeling pun tidak senang. Semua nak main kenakan hukum
pula.
“Sayang…”
gulp!
Tidak
tertelan liurku apabila suaranya seakan berbisik di telingaku. Aduh! Wrong
timing betul hendak mengampuku dengan desah suara yang begitu. Akhirnya aku
menamatkan sahaja sesi jelingan ini kerana aku tahu, aku pasti kalah dengan
panggilan itu. Asad sudah tersenyum menang.
“Sham
nak cakap dengan mama…?” soal Asad yang sudah mengalih topik bicara.
Aku
menggeleng sahaja. Sebelum bertolak dari rumah lagi aku sudah berbicara dengan
mama. Kesudahannya wanita itu menangis tanpa henti. Katanya, berat hati untuk
melepaskan Asad berpisah jauh daripadanya. Biasalah, hati ibu… begitu halus dan
mudah terusik.
“Kalau
cakap lagi… mama akan menangis lagi.” Terangku apabila pandangan Asad seakan
menagih jawapan. Keluhan berat singgah di pendengaranku.
“Abang
ingat, nak ajak mama sekali… tapi mama tak nak,” ucapnya seakan kesal.
Sememangnya sejak seminggu yang lalu, itulah salah satu rutin Asad, memujuk
mama untuk ikut bersama. Tapi alasan mama hanya satu, tidak biasa untuk
sesuaikan diri. Aku pula tidak mahu masuk campur. Biarkan Asad memujuk.
“Tak
apalah… nanti kalau kita balik sini, abang cubalah ajak lagi…” ucapku sekadar
untuk menyedapkan hatinya. Sedangkan aku dapat memberi kata putus, mama
sememangnya tidak akan ikut untuk tinggal bersama di negara orang.
Asad
tersenyum nipis membalas bicaraku. Serentak itu telingaku menangkap bunyi
telefon bimbit Asad yang lantang kedengaran di situ. Wajah Asad yang berkerut
sebaik sahaja melihat skrin telefon membuatkan hati kembali gusar. Ada hal apa?
“Assalamualaikum…”
Asad sudah mula menjawab panggilan itu. Aku diam sambil menangkap butir
bicaranya.
“Hah?”
melihatkan reaksi Asad yang semakin aneh, aku menjadi semakin gelisah.
“Ya
Allah! Macam mana boleh jadi macam tu?”
“Lagi
sejam tinggal nak berlepas.” Serentak itu mataku sudah mengerling pada skrin
besar yang memaparkan senarai penerbangan bakal berlepas.
“Okey…
apa-apa nanti, let me know.” Asad mengeluh sambil mematikan talian.
“Kenapa?”
soalku tidak sabar.
“Bosan!”
“Bosan?”
aku pelik! Melihat pada riak wajahnya, aku dapat merasakan panggilan yang
diterima tadi sesuatu yang serius, tapi dibilangnya bosan. Pelik aku!
“Iyalah…
bosan! Ada aje benda yang mengganggu keamanan diri.”
Dahiku
makin berkerut. Tidak faham.
“Elisa…
telan pil tidur sampai admitted. Sekarang ni, tengah meracau-racau sebut nama
this guy…” ibu jari sudah menuding pada dirinya sendiri. Serentak itu dia
mengeluh. “Ingatkan dah dapat pertukaran ni, tak adalah gangguan… rupanya tak
jugak!” tambahnya dengan nada yang tidak senang sekali. Aku dapat menangkap
raut wajah yang bosan di wajah itu.
“Abang
nak pergi ke?”
“Are
you crazy?!” marahnya tiba-tiba. Aku tersentak. “Kalau abang pergi, sama macam
abang takkan boleh datang pada Sham semula… do you get it?!” bentaknya lagi.
Aku terdiam. Tidak mahu berkata apa-apa. Aku sekadar bertanya. Tidak perlu
hendak marah-marah.
Kalau
Elisa itu mati bagaimana? Lepas itu diwarkahkan sekali, punca kematiannya ialah
suamiku. Tidak ke parah. Aku cuma hendak memastikan tiada perkara yang akan
menganggu diri kami di sana nanti.
“ASAD!!!” panggilan itu bergema di ruang telingaku.
Seketika aku tergamam melihat susuk tubuh yang termengah-mengah berlari untuk
menggapai tangan Asad. Bukankah baru sekejap tadi Asad memaklumkan padaku,
Elisa ditahan di wad. Bagaimana pula dia boleh ke sini? Melihatkan kehadirannya
yang seakan hendak menuntut hak, aku menjadi tidak betah.
“You
jangan tinggalkan I!” ucap Elisa dengan nada yang paling sayu. Ketika itu juga
aku menangkap mutiara jernih yang sudah mula berguguran di pipinya. Sekali lagi
aku tergamam.
Asad
sudah berpaling padaku. Menagih jawapan mungkin. Aku tidak tahu hendak berbuat
apa. Tinggal sedikit masa sahaja lagi untuk berlepas. Drama apakah yang sedang
dimainkan oleh insan bernama Elisa ini? Yang aku pasti, kehadirannya ini hanya
mengocakkan ketenangan yang sedia bergelora di jiwaku. Apakah halangan demi
halangan ini bakal memisahkan aku dengan tuan ‘singa’ ku ini?
“Asad…
tolong jangan tinggalkan I! I janji… I takkan ganggu you. Please… stay. Don’t
go away… please Asad…” rayunya. Jemarinya sudah melekap kukuh pada pergelangan
tangan Asad. Lidahku kelu. Asad juga seakan bingung. Raut wajahnya sudah cukup
untuk menjawab persoalanku.
“I
need to go!” jawapan Asad yang bernada tegas itu nyata tidak melunturkan
semangat Elisa. Makin erat genggamannya.
“I
want you to be here! You tak perlu kahwin dengan I pun tak apa… I cuma nak you
ada depan mata I. Please Asad…” rayunya lagi. Begitu bersungguh-sungguh Elisa
merayu. Serba salah aku dibuatnya. Walaupun aku marah dan geram pada wanita
itu, tetapi melihatkan raut wajah sedih dan sayu itu membuatkan hatiku begitu
mudah menghulurkan simpati.
“I don’t
meant to be here…” nada Asad masih sama. Tegas dan serius. Tangannya juga sudah
menepis kasar pegangan jemari Elisa. Lantas ditarik aku rapat ke sisinya. “I
want to build a new life with my dear wife and our baby… you tak boleh faham ke
Elisa? Tak boleh ke you sedar, you tak boleh kejar I… lagi you kejar, lagi jauh
I lari…” berapi wajah Asad ketika menyatakan ayat itu. Tangisan Elisa makin
rancak tanpa diduga.
“I
just want to be near with you?”
“Why???”
bergema suara Asad di telingaku. Aduh! Nasib tidak pekak sahaja. Orang lain
yang ditengking, orang lain yang bergegar gegendang telinga.
“You
tak faham perasaan I!”
“Then
go away! Tak perlu nak fahamkan perasaan you yang I tak pernah faham… do you
get it? Jangan buang masa you dengan mengharapkan kasih yang tak sudi… you
muda, cantik, ada status dalam masyarakat… tak ada apa pun yang kurang pada
you!”
“Then
why you can’t accept me?” soal Elisa. Aku sudah menjeling ke wajah yang sudah
berlinangan air mata itu. Aiseh… makin bercakap, makin tidak faham bahasa
agaknya. Asad juga sudah ikut mengeluh. Orang di sekeliling sudah mula tengok
dan berbisik-bisik sesama sendiri. Entah apa yang difikirkan, aku pun tidak
tahu.
Entah-entah,
semuanya sedang fikir… aku mistress yang hendak larikan suami orang! Erk… tak
patut!
“Why
Asad?” soal Elisa lagi. Tidak kenal erti putus asa sungguh wanita yang seorang
ini.
“Asad
tak boleh terima you… sebab dia hanya untuk I seorang!” jawabku tegas. Reaksi
Elisa? Seperti yang kujangka… dia menjeling tajam tanda tidak menyukai suaraku
yang mencelah antara mereka.
“Asad…
tell me why? A concrict reason!”
Pulak
dah! Alasan konkrit?! Apa hal entah Elisa ini… aku rasa macam dia benar-benar
sudah kehilangan akal yang waras. Segala butir bicaranya seakan menunjukkan
fikirannya yang tidak rasional.
“I
love my wife… only her. And there’ll be no other women can take her place by my
side…” ucapan Asad dikala serius ini kedengaran sangat romantik di
pendengaranku. Ah! Sempat lagi aku melayan rasa teruja tanpa memikirkan wajah
Elisa yang makin berapi di depan mata.
“Elisa!!!”
belum sempat Elisa membalas kata, sudah ada suara lain yang menyebut namanya.
Aku betul-betul rasa macam termasuk dalam pembikinan drama. Klise! Asal
lapangan terbang aje, semua pun nak buat drama. Macam cerita korea. Macam
cerita hindi. Tapi ini bukan dua-dua itu, tapi ini tuan ‘Singa’ Milikku.
“Mama
dah kata jangan datang sini… kenapa lisa degil?!” suara Datin Emily meninggi.
Aku diam sahaja di sisi Asad yang sudah menarik diriku erat ke tubuhnya. Orang
sekelilingnya sudah mula menghentikan langkah, untuk melihat drama sebabak.
Muka aku sudah tebal rasanya. Malu bila menjadi tumpuan umum dalam keadaan
begini.
“Lisa
nak dengar dari mulut Asad sendiri…” serta-merta suara Elisa mengendur.
Wajahnya juga menjadi sugul dan tidak bermaya.
“Kan
dah dengar! Asad pun dah nak pergi… cuba jangan ganggu hidup orang dan fikirkan
diri Lisa!” renungan Datin Emily tajam menikam wajah Elisa. Pandangannya
kemudian beralih pada wajah Asad.
“Aunty
minta maaf Asad… aunty dah janji dengan Asad, maaf sebab jadi macam ni.” Ujar
Datin Emily kesal.
“Bawa
dia balik aunty…” hanya itu sahaja mampu diperkatakan oleh Asad. Aku lihat dia
juga sudah tidak berminat untuk berbicara panjang di kala ini.
“Bawa
Lisa balik aunty…” aku pula mengulang buat kali kedua. Datin Emily sudah
menggenggam tanganku erat.
“Aunty
bertanggungjawab untuk pastikan Sham bahagia dengan Asad tanpa gangguan Elisa…
ini janji aunty!” ucapnya bersungguh. Aku tersenyum nipis. Seakan menitipkan
kata, aku menghargainya segala yang dilakukan olehnya sehingga ke hari ini. Aku
yakin, Datin Emily pasti mampu mengawal anaknya.
“Aunty…”
sapaan suara garau di belakang Datin Emily membuatkan aku dan Asad serentak
mengalihkan wajah. Jejaka yang begitu kacak. Pandangannya tepat pada Elisa.
Pandangan yang membawa seribu makna. Jika tidak tersalah tafsiran mataku.
“Jom
bawa Lisa ke hospital semula… dia masih perlukan rawatan.”
“Imran…
bakal suami Elisa.” Hampir terkejut aku mendengar ayat itu, namun helaan nafas
lega yang begitu hampir di telinga membuatkan aku tersenyum juga akhirnya.
“Sham
doakan yang terbaik untuk keluarga aunty…” ikhlas sekali ayat yang meniti
bibirku. ‘Asalkan Elisa dapat lupakan Asad milikku…’ sambungku di dalam hati.
Elisa
yang makin lemah sudah jatuh terduduk di situ. Imran pula segera memainkan
peranannya. Terserlah kasih dalam setiap tindakannya. Aku yakin, dia bakal
memberikan kebahagiaan buat Elisa. Mungkin mengambil sedikit masa, tapi tidak
mustahil.
Spontan
aku menatap wajah Asad, melemparkan senyuman yang paling manis mampu diberi.
Aku bahagia dengan keadaan ini. Aku tidak perlu risau memikirkan Elisa. Aku
tidak perlu risau memikirkan dia akan menjadi gila. Yang aku perlu fikir, hanya
tuan ‘singa’ milikku dan bayi pengikat kasih kami ini.
________________
Saya rajin sikit hari ni... jadi ada entry utk anda.
This is the end? Yup... the end. Tapi bab 23 will be the special entry. InsyaAllah, kalau sempat... lepas seminggu I'll upload.
owhh.. sedihnya dah habis.. harap2.. special entry will be boom3x :)
ReplyDeleteherm...
ReplyDeletesmoga Asad & sham sentiasa bahagia~~~
alahai..
ReplyDeleteda abis ke..
blh buat cite elisa n imran lak..
hikhikhik
dah habis ke?
ReplyDeletecerita ni memang best..
terima kasih kak umi..
harap special n3 tu meletop ye..hehehe.
p/s:cantik blog kak umi sekarang..unik. ;)
Ala dah abis ke? T_T
ReplyDeletexsabar nk tunggu SE pulak... msti dorg da dpt anak en... Lepas ni cite ape plk umi nak wat?
uh oh dah abis eh? er kasi la story sikit pasal dorang dpt anak nanti ya. cmne hidup kat sana, kot ada lagi minah salleh nak kaco dorang. mcm mana ye muka anak dorg nti? apa jadi gan elisa??berjaya lupakan asad n setia kat imran?imran tu serius ke or nak harta saja?or dia mmg org kaya yg gilakan lisa sama macam lisa gilakan asad?
ReplyDeletexnak cter ke sape sebenarnya datin tu? macam powerful gila je dia. pastu apa kisah gan dato mokthar ayah lisa tu?
ala..tmbh la sket lg.. mcm mana imran nk sdrkan lisa.. mcm mana asad dgn sham dkt tmpt bru..
ReplyDeletebab 23 akn dimuatkan semua yg anda nak tahu. okey.. :)
ReplyDeleteBest bangat!!! suspen gak depa tak jadi fly sbb tetiba Elisa datang... tapi rupanya dtg Imran si penyelamat... :-) jangan lupa bg epilog... biar happy ending yg sweet gitu... :-) thanks umi..
ReplyDeletedo know wat 2 say .... but this is "SUPERB & BRILLIANT" thanks for sharing this e-novel. Hope usaha adik untuk terus bekarya akan di permudahkan ALLAH. Good luck on ur itention to further n continue ur study. really looking 4ward for next n3. Luv to read novel with happy ending - tak stress! :)
ReplyDelete