Tuan 'Singa' Milikku
SATU langkah ke kanan, jatuh. Satu langkah ke depan,
terduduk. Satu langkah… jatuh terduduk dan menangis. Aku sudah melepaskan
ketawa. Seronok pula bila melihat si kecil ini sudah mula belajar melangkah.
Berkali-kali dia jatuh dan berkali-kali juga dia mencuba. Perlahan aku bangun
hendak menarik lengannya namun ditepis laju. Ewah!
“Kenapa
sayang? Mama nak tolong kan…” pujukku lembut apabila dia sudah mencemikkan
wajahnya dengan gaya hendak menangis. Cengeng! Spontan mindaku berkata-kata.
Tanpa
amaran, tangisannya sudah mula meletus kuat di ruang itu. Makin aku memujuk,
makin kuat tangisannya. Mati kutu aku dibuatnya. Beria-ria sungguh menangis
sedangkan niat aku hanya hendak memujuk.
“Dia
mula dah perangai mama dia!” komen itu membuatkan kepalaku lekas sahaja hendak
berpaling. Wajah Asad yang segak sedang melangkah masuk ke dalam rumah itu
kujeling sekilas. Balik kerja sahaja terus hendak mencari pasal! Anak dengan
papa sama aje.
“Manja.
Kuat menangis tak pasal-pasal…” makin semangat pula gaya Asad melahirkan komen
‘positif’ lagi memberangsangkan buat diriku. Disebabkan geram, aku cubit
lengannya kuat. Kuat juga dia mengaduh. Padan muka!
“Bukan
nak tolong kita pujuk… datang aje, terus komen bukan main laju lagi.”
Asad
sudah ketawa. Tangannya sudah mula meraih permata hidup kami, Azim Saniy ke
dalam pelukannya. Automatik, berhenti terus tangisan si kecil itu. Membulat
mataku melihat Asad menjungkit kening dengan riak bangga di wajah. Pasti sahaja
hendak mengusikku lagi gara-gara tidak mampu untuk hentikan tangisan si kecil
ini.
“Tengok…
tak perlu kata apa-apa, anak papa dah diam…” dengan sengihan lebar di bibir,
Asad melagukan kata buat pendengaran telingaku. Aku mencebik. Menyampah!
“Abang
layanlah anak abang tu sorang-sorang!” balasku sedikit merajuk. Sudahnya dengan
langkah yang berat, aku terus sahaja masuk ke dalam bilik.
Pelik
betul. Kalau dengan aku, asyik hendak menangis sahaja si Azim Saniy ini. Tapi
kalau dengan papanya, tak perlu kata apa-apa… senyum sudah, bak kata Asad.
“Mama
dah merajuk sayang… macam mana kita nak pujuk ni?” suara itu kedengaran hampir
di telingaku. Hampir sahaja aku melatah kerana terkejut dengan keberadaan Asad
di dalam bilik ini. Bila pula dia masuk, aku pun tidak sedar. Azim juga sudah
tidak kelihatan.
“Azim
mana?”
“Dah
tidur…”
“Tidur?”
ulangku tidak percaya. Bukankah baru sekejap tadi budak itu aktif bermain dan
menangis tidak ingat dunia. Tiba-tiba sahaja sudah terlena. Hairan betul.
“Trust
me… dia dah tidur. Ada dalam baby court tu.” Terang Asad sambil mengisyaratkan
tangannya ke arah baby court yang dapat dilihat dengan jelas dari bilik kami.
Pandangannya kemudian beralih semula ke wajahku. “So… tell me, apa yang abang
boleh buat untuk pujuk ‘baby’ abang ni?” soalnya kembali dengan nada yang lebih
mengusik. Senyuman di bibir juga sangat nakal.
Aku
diam. Bibir sudah mahu tersenyum tapi kutahan. Sengaja!
Matanya
yang masih di wajahku hanya membuatkan aku tidak dapat menahan senyuman yang
sudah terukir di hujung bibir. Kacau sungguh! Lantas aku berpaling ke arah
lain. Tidak mahu tertangkap basah dengan Asad.
“Cakaplah
sayang… you nak I buat apa?” ulangnya lagi dengan nada yang lebih lembut.
Seakan menggoda pun ya. Hatiku sudah ketawa. Sejak bergelar papa ini, sikap
romantik Asad makin melimpah ruah. Pandai sahaja dia menghangatkan jiwaku
dengan kata-kata kasihnya.
“Kalau
Sham minta… abang mesti bagi, tak boleh cakap tidak!” ugutku menggunakan
peluang yang ada.
Asad
diam. Berfikir mungkin. Nafas dihela.
“Anything
you wish sayang…” ucapnya.
Bibirku
sudah mula hendak menyusun bicara. “Jom balik Malaysia.” Berhati-hati aku
mengutarakan permintaan ini.
Wajah
Asad langsung tiada perubahan. Terkejut tidak. Marah pun tidak.
“Balik
terus?” tanyanya.
Aku
pula diam seketika. Balik terus? Mana boleh. Macam aku tidak tahu, Asad sudah
ada diikat dengan kontrak selama lima tahun di sini. Setahun setengah sudah
berlalu. Masih ada baki beberapa tahun.
“Balik
sekejap…” balasku dengan nada yang paling mengharap. Aku tahu, kalau ikutkan
hati Asad, dia tidak akan mengajakku pulang ke Malaysia sampai bila-bila. Tapi
kalau difikirkan semula, tak ada salahnya jika kita memaafkan kesalahan orang
lain dan menerima ucapan maaf mereka. Itulah yang cuba aku terangkan namun Asad
seakan tidak mahu mendengar.
“Boleh
ya bang?” lengannya sudah kupeluk erat. Melihat Asad diam tanpa jawapan
membuatkan hatiku sudah dapat meneka, apakah keputusannya. Dia pasti tidak akan
setuju.
Asad
mengeluh. “Okey… tapi…”
Wajahku
yang baru hendak berubah ceria terus terhenti dengan perkataan tapi itu.
“No
other request than this… strictly no!” tegas sekali nada itu membuatkan aku
menelan liur dengan laju. Gulp! Kalaulah Asad tahu, masih ada permintaan
susulan selepas ini, pasti dia akan mengamuk sakan dengan diriku.
MALAM itu tidak terkatup rasanya mataku gara-gara
permintaan yang telah dituturkan oleh bibirku sendiri. Entah apa kesinambungan
daripada permintaan itu, membuatkan perut aku menjadi kecut sendiri. Bimbang
juga kalau-kalau ada yang pecah muka nanti. Tapi… takkanlah! Asad bukanlah
lelaki yang tidak matang untuk bertindak sampai begitu sekali. Dia pasti mampu
mengawal amarahnya.
Memikirkan
perkara itu sahaja membuatkan lenaku terbang entah ke mana. Perlahan-lahan aku
bangkit dari pembaringan. Sekilas wajah Asad yang sedang tidur lena itu
kutatap. Senyuman terukir spontan di bibir. Demi untuk menjaga perasaan aku,
dia tidak mahu pulang ke Malaysia. Tapi… di sini bukan kehidupan sebenar kami.
Lagipun, segalanya sudah berlalu. Tapi Asad tetap tidak mahu melupakan perkara
itu. Dengan keluhan kecil aku melangkah, keluar dari bilik.
Malas-malas
sahaja aku mengambil tempat di sofa. Ruang tamu yang dimuatkan perabot yang
serba sederhana ini sudah menjadi sinonim dengan diriku setelah hampir setahun
setengah meneruskan hidup di negara orang.
“Ada
apa-apa yang tak kena ke?” soalan itu membuatkan aku tersentak. Segera aku
berpaling ke kiri. Wajah Asad kelihatan. Dengan mata yang terpejam celik dia
sudah mendapatkan tempat di sisiku.
Aku
menggeleng kecil apabila dia terus memandang wajahku menagih jawapan.
“Kalau
tak ada apa-apa, takkan tak boleh tidur…” tebakan itu nyata benar-benar kena.
Aku tertunduk sendiri. Asad sebenarnya mudah sahaja dapat membaca apa yang
sedang bermain dalam mindaku.
“Cakap
ajelah Sham… kalau tak nak abang mengamuk tak tentu pasal dengan Sham nanti.”
Aku makin tercekik mendengar sambungan ayat Asad. Apakah dia sudah tahu tanpa
perlu aku memaklumkan padanya?
“Err…
abang tahu ke?” perlahan sahaja aku menyoal. Bimbang juga kalau dia naik marah.
“Lebih
pada tahu!” balasnya tegas. Gulp! Aku sudah tidak senang duduk.
“Sampai
hati Sham belakangkan abang…” tuduhnya. Aku menggeleng laju. Sedikit terluka
kerana dituduh begitu.
“Tak…
Sham tak berniat!”
“Kalau
tak berniat… then what is this?”
Melopong
aku apabila melihat sampul berwarna kuning diraja yang berada dalam pegangan
Asad pada ketika. Fikiran sudah mula sesak memikirkan alasan apa yang harus
kuberi. Ah, buntu aku dibuatnya!
“Jawab!”
suara Asad tegas menyentakkan fikirkanku.
“Err…
Aunty Emily mengharap sangat…” ujarku perlahan. Sekadar mencuba nasib. Mana
tahu suamiku bakal terpujuk dengan nama yang kusebut ini.
“Tak
perlu Sham nak penuhkan hasrat orang lain, sedangkan ada orang lain sibuk nak
lukakan hati Sham. Tak perlu nak jadi baik tak bertempat!” marahnya. Aku diam.
Rengusan kasar menampar cuping telingaku. Aku memilih untuk terus berdiam.
Entah di mana silapnya, Asad begitu mudah menghidu tujuan aku mengajaknya
pulang ke Malaysia. Tapi, bagaimana dia mendapat tahu? Aku fikir, aku sudah
sembunyikan sampul itu di tempat yang terbaik.
Akhirnya,
keluhan berat meniti bibirku. Asad pula terus menyepi di sisi. Suhu malam yang
semakin sejuk terasa makin dingin dengan keadaan kami berdua di sini. Masing-masing
tidak bersuara. Entah apa yang sedang Asad fikirkan, aku tidak dapat meneka.
Tapi yang aku dapat pastikan di sini, dia sama sekali tidak akan benarkan hati
aku dilukai berkali-kali.
KELAT. Itulah satu perkataan yang dapat
menggambarkan wajah Asad pada tika ini. Marahnya masih bersisa agaknya.
Sampaikan aku pun masih belum ditegur hingga ke saat ini. Selalunya, buka
sahaja mata pipi aku sudah menerima ‘habuan’ darinya. Hari ini, jangankan
‘habuan’ waima sebaris ayat… selamat pagi pun tidak ada. Ini menunjukkan dia
benar-benar marah.
Aduh!
Semua ini salah aku. Hatiku sudah mengeluh. Melihat wajahnya yang begitu tegas
membuatkan aku tidak senang duduk.
“I’m
sorry…” ucapku laju. Tidak mahu bertangguh sama sekali. Biarlah perkara ini
selesai di sini, aku tidak mahu ia melarat hingga merosakkan hubungan kami yang
sentiasa jernih ini.
Dia
diam. Langsung tidak membalas. Spontan mindaku teringat kenangan lalu. Adegan
merajuk Asad yang berlanjutan sehingga seminggu. Oh Tuhan! Adakah itu habuan
buat diriku?
“Kalau
abang tak suka, kita tak perlu balik Malaysia. Sham tak kisah. Sham tak nak
fikirkan perasaan mengharap orang lain, kalau abang tak suka. Sham akan dengar
cakap abang aje… percayalah bang. Maafkan Sham…” ucapku kalut. Jari-jemari
sudah mula menarik lengannya supaya bereaksi dengan bicaraku.
Dia
masih serius begitu. Namun, entah kenapa… mataku seolah menangkap sebuah
senyuman menyindir.
“Betul
tak kisah… tak dapat balik Malaysia?” soalnya seakan hendak menduga.
Dengan
hati yang berat, aku angguk juga tanda tidak kisah. Padahal, aku kisah sangat
kalau tak dapat balik Malaysia.
“Betul
ni? Jangan menyesal… tawaran hanya terbuka kali ni aje. Mungkin kalau lepas ni,
abang memang takkan izinkan langsung.”
Keningku
bertaut. Pelik pula aku mendengar bicaranya. “Sebenarnya abang ni, bagi ke
tidak kita balik Malaysia?” soalku terus, tidak mahu berteka-teki.
“Baliklah…
kesian! Nanti ada orang tu pulak yang merajuk dengan abang…” balasnya
bersahaja. Aku terpinga. Apakah?
“Balik
Malaysia?!” ulangku tidak percaya.
“Ya
sayang… Malaysia.”
“Abang….”
aku sudah bersuara manja. Sukanya!!! “Sayang abang… sayang sangat!!!” serentak
itu bibirku sudah singgah ke pipinya. Aku gembira bukan kepalang. Hasrat hatiku
bakal terkota.
“Jangan
nak goda time ni boleh tak.” Asad tersengih nakal. Wajahku sudah panas. Apalah
Asad ini. Aku tidak berniat ‘serong’ pun. Sekadar melampiaskan rasa hati yang
gembira sahaja.
“So,
bila kita nak balik?” soalku ceria. Sengihan nakal Asad, tidak kupedulikan.
Dia
tersenyum terus. “Bawa-bawa bersabar yang Puan Shamina… biarlah Tuan Asad pergi
booking cuti dulu, baru boleh tetapkan tarikh bila nak balik.”
“Cepat-cepatlah
booking.”
“Iyalah
sayang… abang cuba.”
Serentak
itu, sekali lagi bibirku singgah di pipinya. Walaupun sekali-sekala, dia sangat
garang macam singa, tapi… tidak dapat dinafikan juga, dialah ‘singa’ yang
sangat menyayangi diriku.
SAAT kakiku mengenai bumi Malaysia, hatiku terpagut
rasa hiba. Aku sedih dan gembira dalam masa yang sama. Rindunya! Saya rindu
dengan bumi kelahiran saya. Hatiku sudah
bergema dengan ucapan itu.
Pegangan
erat pada jemari terasa makin kukuh. Lantas, kepalaku berpaling ke arah Asad.
Senyuman paling berharga aku ukirkan buat tatapannya. “Terima kasih sayang…”
ucapku lembut. Aku sangat sayangkan dirinya.
“Sama-sama
kasih sayang…” balasnya sambil mengeratkan pegangan dengan jariku. Sebelah
tangannya pula erat memeluk Azim Saniy yang sedang terlena.
Bersama-sama
kami melangkah. Wajah pertama yang menyapa ruang mataku di kala ini ialah mama.
Rindunya pada dia. Di sisi mama, berdiri adik perempuan Asad, Aliya. Keduanya
kelihatan ceria melihat langkah kami yang semakin mendekat.
Berhenti
sahaja kakiku di depan mama, dalam sekelip mata aku sudah dibawa ke dalam
pelukannya.
“Ya
Allah… rindunya mama.” Aku tersenyum kecil. Mataku sudah mula berair. Sebak
pula tiba-tiba. Sudah lama tidak bertemu, mungkin itu sebabnya.
Tanpa
menunggu lama, kami sudah mula beredar dari KLIA. Memandangkan letih masih
bersisa, cepat sekali mataku terkatup sebaik sahaja kereta mula bergerak.
“PEREMPUAN jenis apa engkau ni ya… sanggup tengok
orang lain tersiksa dan kau bergembira dengan kesedihan dia!” tersentak aku
mendengar jerkahan itu. Berkali-kali aku menelan liur yang seakan tersekat di
kerongkong. Gerun!
Buat
pertama kali aku berbicara dengan Datuk Mokhtar dan apa yang aku dapat…
“Kau
memang tak guna sebab dah menyebabkan anak aku merana!” herdikkan terus-menerus
berlagu di bibir lelaki separuh abad itu. Aku makin terhenyak. Tidak pernah aku
berniat untuk menyakitkan hati sesiapa pun. Tapi adilkah untuk orang lain
menyakitkan hati aku pula?
“Aku
arahkan kau, lepaskan Asad… Asad boleh berbahagia dengan anak aku, Elisa. Elisa
lebih mencintai Asad daripada kau!”
Bergetar
hatiku mendengar ayat yang diucapkan Datuk Mokhtar. Siapa dia untuk menilai
cinta yang aku hamparkan buat kekasih hatiku? Apakah kerana dia berharta, jadi
dia fikir… anaknya wajib mendapat segala perkara yang diidamkannya. Termasuk
suami aku? Apa dia fikir Asad ini insan yang tidak punya perasaan?
“Suami
saya… hanya mencintai saya seorang!” ucapku tegas. Geram pula rasanya bila aku
dituduh sedangkan aku tidak ada sebarang kesalahan pun.
“Huh!
Semua lelaki boleh cakap macam tu!” balasnya mengejek.
“Suami
saya bukan macam Datuk! Sanggup menduakan isteri sebaik Datin Emily!” aku tidak
mahu mengalah. Nyata riak wajahnya berubah.
“Kau
kurang ajar! Siapa kau untuk mengadili hidup aku?” soalnya dengan wajah yang
merah. Menahan marah mungkin.
“Siapa
pulak Datuk Mokthar untuk mengarahkan saya untuk berbuat perkara yang saya
tidak rela?” soalku semula. Memulangkan paku keras. Wajahnya berubah lagi.
Padan muka. Itulah yang aku rasa. Yang pasti, rasa bosan sudah mula menguasai
diri. Aku bosan bila ada sahaja orang yang ingin menuntut Asad daripada aku.
“Aku
bagi kau amaran… lepaskan Asad, kau selamat. Kalau kau berdegil, aku takkan
teragak-agak untuk berkeras… demi Elisa, demi anak aku… kau pun aku boleh
hapuskan!”
Mataku
merenung tajam wajah Datuk Mokhtar. Benci aku dengan sikapnya! Angkuh dan
sombong! Dia fikir, aku ini hamba abdi agaknya. Bila disuruh, harus akur tanpa
bantahan. Sedangkan Datin Emily sendiri tidak mahu sesiapa mengganggu
rumahtanggaku, siapa Datuk Mokhtar untuk memporak-perandakan mahligai aku dan
Asad? Dia tidak berhak walau seinci pun.
Tangannku
melurut seketika pada perut yang sudah semakin kedepan. Kandunganku sudah
mencecah usia enam bulan. Tidak cukup lagi untuk buktikan cinta aku dan Asad?
Tidak faham lagi Datuk Mokhtar akan hakikat itu?
“Datuk
boleh buat apa aje dengan kuasa dan wang yang Datuk ada… tapi saya boleh janji,
Elisa takkan bahagia sekalipun dia dapat memiliki Asad!” angkuh sekali aku
berkata. Jelingan dan renungan tajam Datuk Mokhtar sedikit pun tidak menggugat
keberanian yang ku bawa.
“Kau
memang kurang ajar!” tengkingnya.
“Sham
atau Datuk yang kurang ajar?” wajah Datuk Mokhtar terkejut bukan kepalang saat
Asad berada di depan mata. Aku pun ikut terkejut sekali. Bukankah Asad
sepatutnya berada di tempat kerja. Macam mana dia boleh ada di sini?
“Asad…”
bibir Datuk Mokhtar seakan kelu untuk berkata-kata.
“Apa
lagi yang berbaki, yang belum Datuk hamburkan pada isteri saya? Cakap sekarang…
saya ada, saya boleh dengar sekali.”
“Asad…
uncle buat semua ni untuk kebaikan Asad.”
“Kebaikan
apa Datuk? Datuk fikirkan yang baik untuk anak Datuk aje… Datuk sangat
pentingkan diri! Sanggup Datuk cakap macam tu dengan isteri saya… sanggup Datuk
minta Sham buat sesuatu yang saya takkan benarkan berlaku. InsyaAllah…
dipanjangkan usia, jodoh saya hanya dengan Shamina seorang. Datuk atau sesiapa
pun tak boleh menafikan tentang hal itu.” Tegang urat tengkuk Asad pada ketika
ini.
“Asad
tak faham! Elisa sedih… dia terseksa sebab tak dapat bersama dengan orang yang
dia cinta…!” Datuk Mokhtar seakan mencuba untuk meraih simpati Asad pula.
“Dan
abang pula… dengan mudahnya nak membuatkan hati anak orang lain terluka
semata-mata hendak membahagiakan anak abang…”
Sekali
lagi aku tergamam. Kemunculan Datin Emily langsung tidak ku duga. Ku fikir,
Asad di sini pasti kerana Datin Emily juga. Nampak benar, Datin Emily begitu
bersungguh mengotakan janjinya.
“Awak
lagi sanggup pertahankan anak orang lain? Anak awak tu tengah terseksa perasaan
di rumah… kenapa awak tak nak faham?!” berang sekali Datuk Mokhtar menyoal
isterinya.
Datin
Emily tersenyum sinis. “Abang memang takkan faham… sampai bila pun abang takkan
faham, apa rasa hati seorang isteri bila suaminya berkahwin lain. Abang mana
tahu… kalau dalam fikiran hanya pentingkan kebahagiaan diri sendiri. Elisa tu
boleh dipujuk dan dibentuk kalau kena pada caranya. Imran kan ada… Imran boleh
jaga Elisa dengan sebaik mungkin… kenapa abang tak pernah nak faham? Kenapa
abang asyik turutkan sangat permintaan Elisa yang bukan-bukan ni? Kenapa abang
dan Elisa terlalu pentingkan diri sendiri? Kenapa?!” bertalu-talu soalan yang
diajukan oleh Datin Emily. Akhirnya, air mata wanita itu jatuh menitis
membasahi pipi. Terkedu aku melihatnya.
Datin
Emily menangis teresak-esak. Seraut wajah anggun itu seakan mempamerkan
kesakitan yang pernah dialaminya. Aku dapat meneka, pasti sahaja Datuk Mokhtar
pernah melukakan hati wanita anggun ini.
Aku
menjeling ke arah Datuk Mokhtar yang masih kaku di tempat berdirinya. Masih
tiada tindakan susulan biarpun yang menangis itu adalah isterinya sendiri.
“Perempuan…
suka sangat berdrama!”
Tersirap
darah aku mendengar ulasan dari bibir lelaki itu. Apakah tidak terkesan
langsung hatinya dengan segala yang diucapkan oleh Datin Emily. Kulihat Asad
seakan hendak menghalau Datuk Mokhtar keluar dari kediaman ini. Jelingan tajam
itu sudah cukup memberikan jawapan.
“Tolong
keluar dari rumah saya sekarang, Datuk Mokhtar!” ucap Asad dengan tegasnya. Aku
masih diam namun sudah bersorak riang apabila wajah angkuh Datuk Mokhtar terus
lesap dari pandangan mata. Sungguh aku tidak suka dia!
KENANGAN lepas lenyap dari minda. Berganti dengan
wajah ceria Datin Emily yang sudah sedia menanti di ruang depan itu membuatkan
hatiku terasa gembira. Sempat aku mengerling mata ke sebelah kanan untuk
memastikan Asad tidak memasamkan wajahnya. Begitu berkeras dia tidak mahu hadir
bersamaku ke majlis ini. Majlis Elisa-Imran. Setelah hampir setahun lebih,
akhirnya berjaya juga Imran memikat hati Elisa. Aku sedia maklum dengan semua
itu kerana Datin Emily sentiasa update story denganku. Tanpa pengetahuan Asad,
Datin Emily memang sentiasa berhubung denganku.
“Sham…
Asad… I’m so glad you are here.” Ceria nada Datin Emily menyambut kehadiran
kami. Terus sahaja aku ditarik ke dalam pelukan. Terasa kasih dan sayangnya
meresap ke dalam segenap inci hatiku.
“Aunty
sihat?” soalku sebaik sahaja meleraikan pelukan.
“Sihat
sayang… Azim mana? Tak ajak ke?” laju sahaja Datin Emily bertanyakan tentang
permata hatiku itu.
“Ada
dekat rumah… nenek dia rindu sangat, itu yang biarkan nenek dia melayan telatah
budak tu.”
“Asad…
sihat? Masih marah lagi dengan aunty?” soal Datin Emily yang sudah mengalihkan
pandangan ke wajah Asad.
Asad
mengetap bibir dengan kalut. Aku sudah tersenyum kecil. “Asad tak pernah marah
dengan aunty…” jawab Asad sambil menjeling kecil ke arahku. “Asad cuma tak
boleh terima tindakan Datuk…” sambungnya lagi.
Aduh
Asad! Sudah-sudahlah marahkan Datuk itu. Hatiku berharap sangat, Asad tidak
akan melepaskan kemarahannya di saat ini andai terjadi perkara yang tidak
diduga.
“Uncle
dah menyesal Asad… bila tengok Elisa dah mula terima Imran, uncle rasa bersalah
sangat dengan Asad. Asad pun tahu kan… uncle sayang sangat dengan Asad.”
“Sayang
tak semestinya dia boleh macam tu dengan family Asad aunty.” Asad seakan mula
tegang. Datin Emily mengeluh.
“Tak
apalah… aunty tak jemput Sham dengan Asad untuk buat kamu berdua tak selesa.
Aunty harap kamu dapat sama-sama doakan Elisa bahagia… jemputlah masuk.”
Ketika
kami melangkah sedikit jauh daripada Datin Emily, jemari Asad ku genggam erat.
Keningnya ternaik, seakan minta aku berbicara. “Abang… tu, datuk…” aku sudah
menjuihkan bibir pada satu sudut dewan itu. Pandanganku tetap pada Asad, hendak
melihat reaksi wajahnya. Nyata, telahanku benar. Riak wajah Asad berubah sama
sekali. Daripada wajah yang menyinga kepada wajah yang tertanya-tanya.
“Dia
lumpuh abang… lebih setahun.” Terangku.
Bibir
Asad bergetar. Mungkin tidak menyangka keadaan Datuk Mokhtar akan menjadi
begini. Kini kehidupannya hanya dengan kerusi roda itu sahaja. Mujur, dia
dikurniakan seorang isteri yang sangat baik hati. Datin Emily begitu setia
berada di sisi suaminya biarpun dalam keadaan yang begini sukar sekali. Isteri
kedua Datuk Mokhtar… awal lagi sudah angkat bendera putih kerana tidak sanggup.
Itu yang dikhabarkan oleh Datin Emily padaku.
“Dia
nak sangat jumpa abang dengan Sham… nak minta maaf atas semua kelakuan dia.”
Pegangan jemari Asad terasa makin erat. Aku tahu, dia sedih melihat keadaan
lelaki yang menyayangi dirinya itu.
“Abang…”
seruku lagi apabila Asad kekal diam. “Maafkan dia… tak guna abang simpan rasa
marah pada dia. Kita hidup senang… gembira, tak ada apa yang kurang. Sedangkan
dia…”
“Macam
mana Sham boleh senang-senang maafkan dia? Abang benci dengan orang yang
pentingkan diri sendiri!”
“Jangan
macam ni… dia sakit. Entah hari ni, entah esok lusa… andai ditakdirkan dia
pergi, kesian dia bang… maafkan dia. Tak salah memaafkan, sebab memberi maaf tu
adalah sifat mulia bang… Sham tahu, suami Sham tak sekejam tu.” Aku cuba lagi
untuk memujuk Asad. Aku tahu, Asad sengaja cuba mengeraskan hati sedangkan dia
sudah pun jatuh simpati melihat keadaan Datuk Mokhtar ini.
“Kenapa
Sham baik sangat?” soalnya dengan wajah yang pelik sekali. Aku tersenyum kecil.
“Sham
tak baik… dan abang pun bukan jahat. Sham harap abang dapat tenangkan hati tua
yang dibebani rasa bersalah tu… tolong bang, jangan biarkan dia terseksa jiwa
dan perasaan lagi mengenangkan rasa bersalahnya pada kita. Allah dah balas apa
yang patut… itu antara dia dan Allah. Antara dia dengan kita, kita selesaikan
dengan cara elok… dengan cara yang paling hikmah… bermaafan sesama kita.”
Ucapku dengan penuh berharap.
Asad
terdiam lama. Matanya silih berganti pada wajahku dan Datuk Mokhtar yang tunduk
menekur lantai di hujung dewan itu. Lambat-lambat sahaja bibir Asad mengukir
senyuman yang ku kira, ia merupakan petanda positif.
“TE… te… rima ka..sih… Sh.. Sham…” begitu bersusah
payah Datuk Mokhtar menyusun bicara. Keadaannya ku lihat seakan makin teruk
sahaja. Bibirnya sudah tidak mampu bercakap dengan lancar dan sempurna. Lama
juga dia berbual dengan Asad. Mungkin kerana kesukaran untuk berkomunikasi maka
dia mengambil masa yang lama untuk berbicara.
“Uncle
tak perlu cakap apa-apa… Sham dah maafkan semuanya. Uncle jangan risau…”
balasku. Serentak itu mataku menangkap linangan air mata mengalir di pipinya.
Terkesima aku melihatnya.
“Uncle…
jangan menangis.”
“Un..un…cle,
ba… ban..nyak… do… do…sa.” Tergagap-gagap bicara Datuk Mokhtar. Air mataku
sudah hampir gugur melihat keadaannya yang begitu menyayat hati. Bila
terkenangkan saat bibir itu menghamburkan rasa marah padaku pada satu saat itu,
membuatkan hatiku disapa rasa sayu. Manusia… semalam bermegah, hari ini…
“Uncle…
Sham faham. Asad pun faham… uncle jangan runsing fikirkan hal yang lepas.
InsyaAllah… Asad akan selalu doakan uncle sihat seperti sedia kala… uncle
jangan risau…” Asad sudah bersuara mententeramkan Datuk Mokhtar yang asyik
melayan perasaan sedihnya. Lelaki itu menggelengkan kepala semahunya. Mungkin
dia berasa bersalah. Mungkin…
Sentuhan
di bahu memaksa aku mengangkat kepala. Elisa!
“Terima
kasih sebab sudi datang…” ucapan pertama yang dituturkan Elisa bersama senyuman
manis. Seri seorang pengantin terpancar di wajahnya. Anggun sekali kulihat
Elisa dengan persalinan berwarna ungu. Bertambah cantik mataku memandangnya
yang kini sudah bertudung. Alhamdulillah, terlaksana juga salah satu kewajipan
yang diperintahkan oleh Ilahi. Suaminya juga sudah mengambil tempat di sisi
sambil melemparkan senyuman manis.
“Selamat
pengantin baru… Imran, Elisa…” ucap Asad sambil berjabat tangan dengan suami
Elisa. Tenang sekali wajah itu menyambut huluran Asad. Sekilas pandang sahaja
aku sudah nampak, betapa ikhlas sekali seraut wajah yang setia bersabar dengan
kerenah Elisa.
“Lisa
minta maaf dengan Asad…” ucap Elisa. Seketika dia memandang wajah Imran dan
kemudian beralih ke wajah Asad semula.
“Harap
Asad dapat maafkan Lisa…” pintanya lagi. Aku sudah tersenyum. Senyuman yang
sama juga tersungging di bibir Asad. Alhamdulillah. Segalanya sudah selesai.
Dari jauh ku dapat menangkap Datin Emily yang sedang mengesat pipinya. Air mata
gembira, aku harap begitulah.
Semua
orang berhak untuk bahagia! Dan pastinya, kebahagiaan yang kita kecapi bukanlah
dengan linangan air mata derita orang lain. Harap bukan begitulah hendaknya.
“SHAM…” panggil Asad yang sudah berbaring di
sebelahku. Sejak pulang dari majlis perkahwinan Elisa, Asad tidak
berhenti-henti dengan senyuman manisnya.
“Ya
abang…” sahutku manja. Wajahnya sudah tersenyum ceria.
“Shamina
ialah isteri kesayangan Tuan ‘singa’.” Ucapnya sambil tersengih panjang.
“Aik…
ada ke isteri bukan kesayangan?” soalku sengaja hendak menduga. Walhal, aku
tahu… dia hanya milikku seorang.
“Buat
masa ni… belum lagi…”
Aku
sudah menjegilkan mata. Amboi! Sudah berani bergurau dengan topik menghangatkan
jiwa nampak pak cik ini. Disebabkan geram sangat, aku cubit-cubit lengannya
sehingga berbekas.
“Abang
melawak ajelah… lepaslah. Ingat tak sakit ke…” rayunya.
“Padan
muka!” balasku geram.
“Jangan
risau… InsyaAllah, selagi abang bernafas di muka bumi ni… hanya sayang di hati.
Tiada yang lain…” ucapnya. Serentak itu pipiku sudah hangat dengan sentuhannya.
Mataku sudah terpejam. Bahagia! Itulah yang aku rasa. Sejak hari pertama
bergelar isteri pada Asad, itulah yang aku rasakan sehingga sekarang. Semoga
akan kekal buat selamanya.
-The End -
dh habes dh....huh berdebar je bace entry kat2 ending..hehe
ReplyDeletebest sgt22222!!!!
ReplyDeletethanks .... like like like ... tima kacih ye sebab sudi share novel ni utill the end - teruskan bekarya :)
ReplyDeletewah besttttttttttt sgt. thankssssssssssss bebyk. suka sgt happy ending macam ni.hehehe
ReplyDeletenice kak umi..
ReplyDeletex sangka dah habis...
so sweet..
ya akhirnya semua berbahagia....
amin~
Ending yang best...
ReplyDeletenetul tu ...akhirnya semua bahagia...
terima kasih sham kerana dapat memujuk Asad untuk memaafkan orang lain...TQ
Ending yang best...
ReplyDeletebetul tu ...akhirnya semua bahagia...
terima kasih sham kerana dapat memujuk Asad untuk memaafkan orang lain...TQ
I loikee.. huhuhu
ReplyDeletenice ending!
ReplyDeletei likeeeeeee
t wat cite best2 lagi ok :)
yeay..suka ending..
ReplyDelete;)
epy ending...best!
ReplyDeletebest sangat..
ReplyDeleteheee
sangat bessttt
ReplyDeletesangat puas hati
suka sangat..!
-che`leen-
terbaik!!!! heppy ending... suke sangat
ReplyDeletebest sngt2... happy ending n like it...
ReplyDeleteowh~~~
ReplyDeletedah habis!
hehe...alhamdulillah. best citer ni. :) utk yang sterusnya, good luck! :D
dah tamat... best sangat2..
ReplyDeletethanks kak umi..
koleksi karya kak umi semua saya suka.. <3
nilah cerita yang da bomb!!! first time baca kat p2u then saya google pastu jumpa blog ni.... syok sebab citer ada sampai episod last, yeay!!!
ReplyDeletesuka sangat2 sebab watak yang kelakar dan cerita ni takde babak sedih2 yang terlebih. Sangat enjoy baca, seriously thumbs up to writer. Kalau boleh bagi bintang, saya bagi 10/10 tau!! ;)
p/s: saya suka baca cerita yang hepi2 macam ni, tak sarat dengan konflik :D
Thanks kak umi..
ReplyDeletebest sgt2..
nanti kak umi buat cerita yang best2 lagi tau.. :D
Thanks kak umi..
ReplyDeletebest sgt2..
nanti kak umi buat cerita yang best2 lagi tau.. :D
thanx kak umi......
ReplyDeletei love it......
best sangt......
nice,sweet & happy ending......
nnti kak umi buat cerita yang best2 lagi tau.....
Terbaik! :)
ReplyDeleteHikhik
Tahniah Kak Umi..
la dah abis ke....tahniah, best sgt citer ni. Kalau kisah zaman bcinta antara asad & sham lg byk, mesti seronok. ape2 pon, terbaikkk....
ReplyDeletebest sgt story..
ReplyDeletenk tnjukkan betape kuatnye kasih syng suami isteri tu kan..><
bestttt. suka sgt... tq umi..
ReplyDeleteluv this story...all the best to writer... =)
ReplyDeletekarya yg dpt tenangkan perasaan yang tengah serabut..terima kasih!!
ReplyDeletetahniah kak umi...dah hbs baca....best sgt cerita nie......
ReplyDeletelove happy ending......walaupun garang tp romantik.......
i like like like....
thumb up to u....
wasalam
salam..n0t bad tp mcm nak cepat habis jerkk..nak kejar ape cik kak..hehe..ape2 pun memg best,interesting and funny..i like asad aka singa..^^
ReplyDeletethanks 4 rajinkan diri anda utk wat citer ni walau sibuk
ReplyDeletedgn life,and congrats cause you've made a great story.
Citer ni xmcm citer laen.best and x memboringkan.
gaya penceritaan yg watkan org tertunggu-tunggu,tersusun.
two thumbs up 4 u and hope u can make more wonderful stories
lepas nieeeeeeee ^_^
~alia nad~
Alhamdulillah both of them happy . yeayy :) but then si elisa tu suppose kena something bad barulah dia rasa taubat. igt senang2 ke if anak org kaya nak amik hak org. haih -.-' bole sakit jiwa if jumpa this person. sham good wife ever, sempoi je n cool. tuan singa plak huuuu melting u ols. hehe. romantik habes la dgn bini dia.. hihi :) till then, good job writer seriously you did a very good job. all the best. btw sorry sbb ada certain comment then tak, sbb nak komen at the last episod. sorry miss writer. chillex okay? :P
ReplyDeletesweet... Tuan Singa yg sweet...
ReplyDeletehihihih..x tau dah brpa kali bca tp x penah bosan nak2 lg part imbas kmbali 2..sweetnya.......
ReplyDeletethanks for the lovely story..sgt best!! mengalir air mata baca ending ni..
ReplyDelete-Yannie-
so sweet....asyik tersengih2 je bc dr bab 1 till ending...romantic habis...best sgt2
ReplyDeleteLove it very much... non stop baca... excited nak tahu bab seterusnya
ReplyDeletebestt...tq...sungguh terhibur sekali.
ReplyDeleteakhirnya lisa brubh gak..tpi sian kt dtk bpa lisa hmm..
ReplyDeletebila baca kisah nie, saya membayangkan sy adalah sham sbb nama sy pun sham tp shamira la..heheehe.. really love it.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHi,
ReplyDeleteKami Team dari aplikasi NOVEL+ berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami telah mengambil naskah novel anda bertajuk: "TUAN SINGA MILIKKU"
yang disiarkan di blogspot/website anda untuk dipaparkan dalam aplikasi NOVEL+ yang kami bangunkan untuk mobile (android/IOS).
Kami dapati novel karya anda garapkan sungguh menarik dan pasti menjadi pilihan peminat novel untuk membaca. Tugas kami hanya ingin membantu mempromosikan novel anda agar dikenali ramai secara meluas melalui dunia dihujung jari. Aplikasi NOVEL+ ini boleh dimuat turun melalui App Store (Apple/IOS) dan Play Store (Android).
Oleh itu, kami ingin meminta kebenaran daripada pihak anda terlebih dahulu, sekiranya kami boleh meneruskan menyiar novel anda di dalam aplikasi NOVEL+ ini atau tidak.
Jika YA! kami mengharap agar dapat maklum balas dengan segera daripada pihak anda. Jika TIDAK bersetuju, kami akan hormati keputusan anda untuk mengeluarkan karya dari aplikasi NOVEL+ kami.
Sekian.
Hubungi Kami:
novelmcdp@gmail.com
Untuk Info:
NOVEL+ merupakan bahan bacaan berupa novel yang boleh dicapai dengan mudah melalui aplikasi mudah alih. Dengan NOVEL+, anda mempunyai akses ke dunia karya novel tempatan dengan meluas. Anda tidak perlu risau lagi untuk membawa bahan bacaan ketika berada di luar atau ketika sedang bercuti kerana kini aplikasi NOVEL+ akan bersama anda sentiasa, bila-bila masa dan dimana jua.
Para peminat novel boleh membaca karya-karya TERBAIK penulis berbakat di aplikasi NOVEL+ yang boleh dimuaturun secara PERCUMA. NOVEL+ terdiri daripada pelbagai genre novel TERKENAL dalam Bahasa Malaysia.
lawakla cite ni kak umi.....best sgt2...
ReplyDelete