BAB 8
SEKEPING
coklat Cadbury yang diletakkan atas fail kuningnya secara tiba-tiba,
menyebabkan dia menolak dengan spontan. Tiada senyuman di bibir Jelita Suria
biarpun Putra Azad sejak tadi asyik menyengih sampai ke telinga. Entah kenapa
dengan lelaki itu, sudah dapat sawan senyum agaknya!
“Aku
tak nak la… Azad!” Tegas suara Jelita Suria. Entah apa lagi yang perlu
dikatakan kepada Putra Azad supaya lelaki itu faham. Faham bahawa Jelita Suria
tidak suka diberi perhatian yang sebegini. Tetapi Putra Azad, harus dikategorikan
sebagai lelaki yang keras kepala. Kalau minggu lepas dia sudah berhenti buat
perangai pelik bagi coklat ini, minggu ini dia mulakan kembali. Jelita Suria
pula naik pening.
“Janganlah
macam ni… Azad bagi ikhlas. Coklat aja pun...” pujuk Putra Azad bersungguh.
Riak kecewa cuba disembunyikan daripada wajah dengan jayanya. Tetapi tidak guna
juga, Jelita Suria ini pandang wajahnya pun tidak. Begitu sekalikah tahap
bencinya pada Putra Azad?
“Kalau
ikhlas, bagi kat semua. Bukan aku aja.” Selamba Jelita Suria berkata. Sudah
penat bibirnya hendak berbicara dengan Putra Azad. Lelaki yang dikenali lima
tahun dahulu di Pusat Tuisyen yang sama sehingga kini. Harus diakui, dia lebih
suka Putra Azad yang gemuk dan suka makan banyak dulu daripada yang sekarang,
yang sibuk hendak hadiahkan makanan pada dirinya pula.
“Kalau
Jelita tak nak, bagi dekat akulah!” Marlisa yang baru sampai, terus menyampuk.
Senyuman kelat di bibir Putra Azad hanya melahirkan tawa dalam hati. Tahu
sangat, ada hati yang sedang beremuk kecewa dengan Jelita Suria. Tetapi ada
Jelita Suria nak kisah? Tengok sajalah apa yang sedang dilakukan gadis itu pada
ketika ini. Khusyuk benar dengan nota Kimia yang diberikan oleh tutor mereka di
tuisyen Iqra Ilmu ini.
“Ambil
ajalah…” Entah ikhlas atau tidak, Putra Azad menghulurkan juga coklat itu pada
Marlisa. Dengan langkah yang berat, dia kembali ke tempat duduknya. Ternyata,
konsep yang pernah diberikan oleh abangnya dulu tidak berkesan pada dirinya
sehingga kini. Buktinya, walaupun secara fizikalnya dia sudah berjaya
mengurangkan berat badan dan secara mentalnya, dia sudah berjaya meningkatkan
tahap IQ dengan mencapai keputusan terbaik dalam setiap peperiksaan. Namun,
Jelita Suria… masih begitu. Masih tidak mahu memandangnya walau dengan ekor
mata sekalipun.
Sementara
itu, Marlisa sudah menaikkan keningnya mengusik Jelita Suria. Jelita Suria pula
sudah menarik jelingnya. Tahu sangat apa yang bakal ditanya oleh teman baiknya
ini.
“Kenapa
ni Jelita? Tak baik tau asyik tolak pemberian ikhlas dia.” Nasihat Marlisa.
Kesian pula dia melihat wajah berduka milik Putra Azad. Sudahlah lelaki itu
kini boleh dikategorikan dalam senarai lelaki kacak. Tapi, Jelita Suria manalah
nak layan itu semua.
“Pemberian
ikhlas?” Jelita Suria menyoal kembali. “Pemberian yang ikhlas, tak akan minta
dibalas.”
“Dia
tak minta balas pun… sekeping coklat aja pun.” Entah sejak bila Marlisa assign masuk jadi parti penyokong Putra
Azad. Tinggal tak bawa banner sahaja
untuk menjadi penyokong tegar macam budak-budak dari tuisyen di lot sebelah.
Semuanya tergedik-gedik untuk menjadi kenalan Putra Azad.
“Sekeping
coklat ni…” Jelita Suria mencapai coklat yang diletak atas buku Marlisa.
“Mengharapkan sekeping hati aku yang sangat mahal… mana boleh! Baik aku beli
sendiri dekat kedai. Berbaloi lagi rasanya…” tuturnya serius.
“Takkanlah…”
“Memang
ya. Cuba hang tengok.”
Jelita
Suria sudah mengisyaratkan pada Putra Azad yang berada di hujung kiri kelas.
Marlisa ikut berpaling pada arah yang sama. Ternyata mata Putra Azad masih di
sini, memerhatikan mereka. Memerhati Jelita Suria lebih tepat bunyinya.
“So, memang takkan berbaloilah usaha
dia?”
“I didn’t ask for it… he’s wasting his time,
trying to get something that impossible.”
“Amboi,
something impossible! Habis… siapa
yang boleh selesaikan mission impossible
ni baru boleh jadi your Mr. Right?”
perli Marlisa.
Jelita
Suria mengjungkit bahu. “Aku pun tak tahu, siapa dia yang dah Allah jadikan
untuk pegang title my Mr. Right.”
Jelita Suria tersenyum nipis memandang wajah Marlisa yang memang tidak akan
berpuas hati dengan jawapannya. “Sekarang bukan masa nak cakap pasal benda ni.
Hang dah siap, 50 soalan semalam?” soalnya mengalihkan topik.
Dan
Marlisa hanya mampu menepuk dahi laju. Aduh, dia terlupa!!! Sibuk melayan Mega
Movie di TV3 semalam dengan mama. Masaklah dia dengan tutor Kimia mereka
sekejap lagi.
BARISAN
ayat yang terukir cantik dengan aksara komputer itu membuatkan dia terus
tersenyum. Matanya sekilas memandang ke luar tingkap yang tertutup rapat. Angin
yang dingin itu hanya membuatkan badannya menggigil kesejukan. Tetapi, tatapan
bait kata di depan mata mampu menghangatkan perasaan.
Dear Abang (apalah nasib aku kena ber-dear
dengan hang pulak, abang oiii)
Lisa sihat, mama sihat, papa sihat…
semua sihat belaka. Hehehe… mesti rasa nak ketuk kepala Lisa kan? Orang lain
yang ditanya, dicerita pasal orang lain yang boleh masuk kategori tak ada kena
mengena dalam kiriman emel ni.
Dia pun, sangat sihat. Ohoh… makin
cantik! Makin banyak mata nakal yang cuba memanah! *sila jealous* Tapi,
biasalah… dia mana nak layan. Hatta nak terima as title kawan pun, nak kena
fikir berzaman. Ada satu berita yang sangat mendukacitakan… dia tak pernah
tanya pun pasal abang. Walaupun abang ni duk confident sangat cakap, ‘dia mesti
tanya’. Dia kebal sangatlah bang… tak macam hang! Mudah tergoda! Muehehe…
jangan marah. Lisa cakap pasal benda yang hakikat aja.
Hadiah yang abang bagi pun… hurm,
dia tak ambik. Abang jangan salah faham ingat dia tak suka, tapi itulah Jelita
Suria… yang sangat jaga batas hubungan antara laki perempuan. You should be
proud! Kalau satu hari nanti, memang ditakdirkan jodoh abang dengan dia, ohoh…
200 percent her loves will truly for you as her husband. J
Lisa pulak yang jealous! Okeylah
bang… hang pun jagalah hati tu baik-baik, jangan tercicir dekat mana-mana minah
Irish pulak! Nanti yang rugi… abang jugak, tak dapat Jelita.
We love you. Take care Abang Mirza.
Adik yang selalu sayang abang,
Marlisa Helmi
Kursor
dilarikan dan kotak emel itu ditutup. Badannya yang berbalut t-shirt berwarna
kuning hitam itu dibaringkan atas katil bujang di sudut bilik. Rasa macam nak
terbang balik Malaysia, sekarang juga. Tapi masih ada setahun pengajian yang
berbaki di sini. Perjuangan yang masih belum selesai lagi.
Pintu
yang diketuk dari luar dan kemudian terkuak sedikit memaksa Mirza Haidar
mengangkat kepala. Spontan bibirnya membalas senyuman yang dihulur oleh insan
itu. Adik juniornya di University College Dublin, Ireland ini. Sudah tiga tahun
mereka berkenalan. Dan sudah dua tahun juga menjadi teman serumah bersama dua
orang teman dari Malaysia.
“Berseri
semacam… dapat emel dari Penang la tu.”
Mirza
Haidar terus ketawa. Macam boleh dibau dengan jelas sekali.
“Bukan
selalu… dengan mama, papa… seminggu sekali wajib cakap. Tapi emel ni, setahun
sekali pun belum tentu dapat. Hang apa tau!” Mirza Haidar sudah melayangkan
penumbuk mesra di bahu lelaki yang muda dua tahun daripadanya.
“Kalau
nak kata aku tak tau pasal bunga-bunga yang duk kembang elok dalam hati hang
ni, walaupun hakikatnya tengah autumn in
my heart dekat luar tu… memang penipuan yang nyatalah!”
Dan
sekali lagi, tawa bahagia Mirza Haidar bergema.
“Kalau
boleh… sekarang jugak aku nak masuk meminang dia!” Ayat penyata yang meminta
telapak sirih disediakan dengan kadar segera. “Jarak dan masa memang menguji
kesabaran akulah!” ucapnya jujur. “Hang pernah rasa macam ni, Armana?” Mirza
Haidar sudah berkalih memandang Perkasa Armana yang sudah berbaring di lantai
ber-heater itu.
“Tak
pernah!” Nada yang tidak berperasaan sahaja jawapan daripada Perkasa Armana.
“Iya
ke?” Mirza Haidar seakan tidak percaya. Tetapi tidak mustahil juga, lihat
sahaja siapa manusia di sisinya ini. Perkasa Armana. Memang lelaki yang sengaja
mengebalkan hati tidak mahu terjebak dalam kisah percintaan walaupun usianya
kini sudah hampir 23 tahun.
“Zalfa?”
Sebaris nama itu ditutur dengan nada mengusik. Senyum nakal sudah tersungging
di bibir. Zalfa… biarpun tidak kenal siapa gadis itu tetapi satu rumah ini
sudah tahu, bagaimana gigihnya usaha penjajahan hati yang giat dilakukan oleh gadis
yang kini berada di United Kingdom itu.
“Aku
tak ada apalah dengan dia…” malas Perkasa Armana membalas.
“Sebab
tak ada apalah dia rajin duk hantar hadiah tiap-tiap bulan.” Perli Mirza
Haidar. Kalau hendak melihat Perkasa Armana mengaku akan hakikat itu, memang
akan ribut salji agaknya di bumi Ireland ini.
“Banyak
sangat duit dia, tak tahu nak habiskan dekat mana agaknya. Aku tak boleh cakap
apa… nak hantar balik, menghabiskan duit aku pulak. Jadi, baik kita sedekah…
berguna jugak untuk orang-orang yang memerlukan… betul tak?” Bagaikan tiada
perasaan, itu yang difikirkan Perkasa Armana. Mirza Haidar mula menjeling
menyampah. Pasti bukan itu yang diharapkan sebagai jawapan daripada Perkasa
Armana. “Lagipun… dia hantar hadiah, dia tak pernah mention pulak yang dia suka dengan aku. So, what’s the point for me liking her?”
“Aku
bersimpati dekat Zalfa tu… kenapalah dia boleh bermurah hati menghabiskan duit
untuk laki macam hang!” perli Mirza Haidar tidak berlapik.
“Cakap
Zalfa, hang pun sama jugak!” Diperli juga balasan yang diterima.
“Hadiah
special yang hang selalu kirim balik
Penang, bukan untuk dia ke?” Perkasa Armana tersenyum sinis. Hendak menyindir
orang pula si Mirza Haidar ini. Dia pun buat juga kerja gila itu!
“Aku
lain…”
“Tak
ada yang lain. Kalau dah kes terjatuh cinta ni, semuanya sama jugak! Angau tak
kena gaya. Tengok nasi dalam pinggan pun boleh senyum sampai telinga… hairan
aku, kalau setakat tengok macam tu, kenyang ke?” Giat lagi Perkasa Armana
memerli teman di sebelahnya.
“Belum
kena, bolehlah cakap banyak. Nanti hang dah mula masuk kategori macam ni,
tahulah aku nak buat apa!” Geram Mirza Haidar membalas. Sekali lagi bahu
Perkasa Armana ditumbuk, kononnya melepaskan geram. Tumbuk pun ala-ala manja
sayang!
“Ya
Allah, rindunya aku dekat Malaysia!!!” sambung Mirza Haidar sambil membenamkan
muka ke bantal.
“Secara
spesifiknya, rindunya dekat dia!!!” sengaja Perkasa Armana menjerit di telinga
Mirza Haidar sebelum lelaki itu mencapai bantal bulat di katil dan membaling ke
arahnya. Marahlah tu!
MATANYA
yang menghadap barisan ayat dalam buku rujukan Sejarah itu sudah mulai layu.
Alahai… asal pegang buku sejarah sahaja, mesti hendak terkatup mata. Entah bila
hendak sudah dibaca. Parah! Sudahlah latih tubi yang dilakukan, asyik banyak
salah daripada yang betulnya. Alih-alih, dia mengambil keputusan untuk
menghafal dulu fakta sejarah yang tercatit dalam buku ini.
Disebabkan
terlalu letih, diletakkan sahaja buku itu ke sisi. Telefon bimbit Samsung di
sebelah yang berkelip-kelip, diambil. Ada mesej daripada orang jauh nampaknya.
- On chat
Ini
mesti nak ajak bersembang. Tanpa berfikir panjang, lap top berjenama ASUS di
atas meja belajar, dihidupkan. Sambil itu dalam kepala sudah mula berkira,
pukul berapa di sana. Jarak perbezaan masa antara mereka, hampir lapan jam
juga. Ini mesti rindu rumah. Kalau tidak, jangan harap orang itu hendak
mengajak dia berbual secara tiba-tiba. Bibirnya tersenyum dan juga terasa hendak
tergelak.
Sebaik
sahaja sign in menggunakan perisian
Skype, nama itu sudah menegurnya.
Armana:
Gemuk, sihat tak?
Putra
Azad mengetap bibir, geram.
Putra:
Aku tak gemuklah! Grrr!!!
Armana:
Muahaha… mentang dah kurus sekarang! Duk buat apa tadi? Tak tidoq lagi?
Putra:
Study! Otak ni macam tak boleh nak hadam pulak dengan perkataan dalam buku
sejarah. Peninglah… tinggal lagi berapa minggu ja nak exam. Azad tak habis
revise lagi. Dah la masuk semua bab form 4.
Armana:
Relaks la… hang boleh! Just chill and try to revise calmly. Okey? Kalau selama
ni boleh skor, takkan sekarang tak boleh. So, memang dah sepenuhnya insaf la
ni? Fokus pada study ja.
Putra
Azad melepaskan tawa. Dia tahu sangat tentang apa yang diselidik oleh abangnya
ini. Sudah belajar jauh-jauh pun masih mahu menyibuk. Puas sebelum berangkat ke
Ireland, Perkasa Armana menasihatkan dirinya agar tidak terkejar belakang
Jelita Suria. Kejar pelajaran dulu, yang lain boleh difikirkan kelak. Abangnya
ini, memang dalam kepala otak hanya ada perkataan study semata-mata!
Putra:
Mana boleh lepaskan dia! Tengah usaha la ni… usaha dari lima tahun sudah, kalau
mengalah sekarang, tak guna jugak. Lagipun, ikut nasihat siapa… abang jugak!
Armana:
Debab! Ni aku nak bagi nasihat… hang tu nak SPM lagi berapa bulan ja, at least
untuk few months ni, tak payahlah nak sibuk dengan si Jelita tu. Hang fokus
dengan study hang cukup. Mak dengan abah suruh nasihat! Ingat tu… tak lari
gunung dikejar.
Putra
Azad mencebik. Tak lari gunung dikejar? Boleh ke apply benda ini dengan Jelita Suria? Dikejar dia lari, tak dikejar
juga lari. Habis nak buat macam mana?
Putra:
Doakan aku berjaya!
Armana:
InsyaAllah. Dah pi tidoq. Aku ada kerja. Cakap dengan mak, aku tak jadi balik
bulan depan. Aku balik tahun depan. Nak pergi melancong dan melencong dengan
kawan-kawan… hehe.
Putra
Azad mencebik lagi. Ini tidak lain dan tidak bukan, sengaja hendak memarakkan
api cemburu dalam dirinya. Tetapi dia tidak kisah sebab buat masa sekarang,
belum ada impian lagi untuk keluar dari Malaysia. Yang penting, hanya perlu
dekat dengan Jelita Suria. Oh, sangat penting sebab itu pemangkin yang
bertindak balas memberikan mood untuk dia belajar dengan rajin macam sekarang
ini. Sampaikan mak dan abah jadi begitu bangga sekali.
Dan
harus juga berbangga diri ini kalau dapat gadis seunik Jelita Suria yang susah
nak pandang lelaki!
AHMAD
Naufal bersandar pada dinding dengan wajah yang sebal. Jelita Suria memang
sengaja hendak menyakitkan hatinya! Puas sudah dia merayu, tapi dia tidak
diendahkan juga. Apa, dia tidak cukup comel ke?
Apabila
nampak sahaja kelibat Jelita Suria yang lalu depan mata, kakinya dihentak kuat.
Sengaja hendak menarik perhatian. Sengaja dilepaskan renungan yang mampu
mencairkan hati seorang Jelita Suria itu. Tetapi apa yang dia dapat, hanyalah
renungan tajam yang membantu melahirkan cebikan serta menambahkan PH masam di
muka! Bencilah!
“Jelita!!!”
jeritnya geram.
“Apa
dia?” suara itu juga menunjukkan rasa marah. Cukup sudah Jelita Suria bersabar
dengan kerenah Ahmad Naufal ini. Waktu belajar pun hendak dikacaunya. Tidak
cukup agaknya waktu selama sejam yang mereka luangkan bersama. Disebabkan rasa
terganggu, Jelita Suria terus menjeling, marah.
“Jelita…
tak sayang aku ke?” sengaja Ahmad Naufal hendak menduga. Macam dia tidak tahu
sahaja kelemahan Jelita Suria.
“Tak
sayang!”
“Jelita…”
rengeknya lagi. Manja. Dan Jelita Suria mempamerkan wajah seperti hendak loya.
Nak termuntah. Ahmad Naufal memang sangat mengada. Kalau Jelita Suria tahu dia
akan diganggu begini, awal-awal lagi dia akan berpura-pura dengan gaya kuku
besi. Tetapi kata-kata comel yang lahir daripada bibir Ahmad Naufal ini berjaya
mencairkan hati. Siapa tak sayang kan?
“Jelita…”
mata Ahmad Naufal sudah bergenang air mata. “Buatlah milo ais untuk aku.
Dahagalah.” Pintanya dengan kecomelan yang maksima.
“Mintalah
dengan mak… kacaulah. Orang nak belajar ni…” Jelita Suria pura-pura fokus
dengan bukunya. Tidak mahu akur dengan kata-kata si comel yang kontot ini.
Cuppp!!!
Pipinya dikucup penuh kasih. Ahmad Naufal tersengih sehingga mempamerkan
barisan gigi yang sudah mula rongak. Banyak sangat makan gula-gula, inilah
kesannya. Ahmad Naufal memang keras kepala. Yang dilarang itu juga akan
diminta. Adiknya yang sudah berusia empat tahun ini memang banyak sungguh kerenahnya.
Mentanglah sudah petah bercakap, ada sahaja perkara yang diomelkan pada Jelita
Suria. Belum masuk lagi bahagian special
request sebelum masuk tidur, kena urut kaki!
Ahmad
Naufal sudah mula melirikkan wajah yang comel pada kakaknya, Jelita Suria. Itu
adalah taktik termudah untuk menggerakkan kaki gadis itu ke dapur dan
menyiapkan milo ais yang dapat melegakan tekaknya. Haus sangat sebab cuaca
panas di luar sana.
“Yalah…
yalah! Kacau aja masa orang nak belajar…” Dengan bebelan di mulut, Jelita Suria
menurut juga permintaan si kecil yang tinggi sudah melebihi paras pinggangnya.
Sedang
dia mengeluarkan ais batu dari peti sejuk, wajah Ahmad Naufal terjenguk di
situ. “Abah cakap, orang yang buat kerja sambil membebel… tak ikhlas la
Jelita.”
Jelita
Suria menjegilkan biji mata. “Ketuk kepala tu satgi! Pi duduk depan!” marahnya
dengan gaya hendak meluku. Ahmad Naufal laju mencicit ke depan. Jelita Suria
menggelengkan kepala. Sekarang ini dia terasa begitu musykil… dia ke kakak?
Atau Ahmad Naufal yang abang? Kuat sungguh memerintah dan gaya bercakap, kalah
orang besar!
“Jelita
Suria… cepat sikit la.”
Tengok
tu… belum habis fikir dalam kepala, sudah kedengaran lagi suara memerintah itu.
Tidak cukup dengan itu, aku yang kakak ini pun dipanggil nama saja! Memang
Ahmad Naufal ni nak kena cukup-cukup dengan dia. Jelita Suria terus membebel di
dalam hati. Tidak kisahlah kena cop tak ikhlas buat kerja.
Ooh suke suke..hehe dah makin dewasa
ReplyDeletewaaaa da besar pon jelita... ingatkan td ahmad naufal tu salah sorg peminat jelita... rupe2nye adik... hahaha... pandai mengarah kakak dia...
ReplyDeletesooo...sweet..suke suke
ReplyDeletesukanya.
ReplyDeletenk lgi kak umi.......
ReplyDeleteramainya peminat jelitaa??? wah.. tp serius mmg ada perempuan yg mmg ramai peminat cm gituu.. what next kak umi??
ReplyDeleteHahaha kesian azad, dah hensem pun still kena reject jgak? Agakny jelita mmg tngh tunggu mirza kot..? Takpun diam-diam jth cinta dgn perkasa? ahah more speculation. Hello naufal! comelny die..kesian jelita kena buli..
ReplyDeletehehe... teruskan meneka. kita tunggu dan lihat, siapa untuk siapa... ;)
ReplyDelete0mg....mirza best frend ngn permana...haizzz dok serumah largh pulak..semput bace cter ni...tk dpt nk bayagkn kisah selanjutnya.....(.@-@)
ReplyDelete~uly ct~