“ANIS
datang tadi.” Beritahu Puan Rohani. Wajahnya muram. Tiada seri. Risau kembali
bertandang di hati.
“Iman
bawa dia ke mana masa keluar hari tu?” soal Puan Rohani. Kerisauan yang
menggamit diri sejak langkah Anis meninggalkan rumah ini tidak reda lagi.
Kesugulan di wajah Anis hanya mengendurkan semangatnya untuk melihat Iman Anas
berkahwin seperti yang direncanakan.
Qaiser
mendiamkan diri, memasang telinga. Wajah Iman Anas dipandangnya. Tenang sahaja
wajah itu. Mungkin masalah tidak besar mana, tetapi emak yang sudah berasa
gelisah. Qaiser mengandaikan sendiri.
“Kenapa
mak?” Iman membuka mulut menyoal.
“Dia
suruh mak pulangkan ni pada Iman… dia macam tak nak teruskan.”
Luluh
jiwa Puan Rohani. Ditahan rasa sebaknya. Kotak yang diberikan oleh Anis tadi,
diserahkan kepada Iman Anas.
Iman
menyambut kotak yang dihulurkan itu dengan penuh tanda tanya. Itu adalah salah
satu kotak yang diberikan kepada Anis semasa pertunangan mereka.
“Apa
maksud semua ni, Iman?” soal Puan Rohani sebak. Pulangnya Anis dari rumah
mereka, Puan Rohani menerima panggilan daripada Puan Amina. Suara wanita itu
juga serak. Sebak menghantui diri mereka. Masing-masing tidak tahu apa yang
terjadi antara Iman Anas dan Anis sehingga menyebabkan gadis itu hendak
memutuskan tali pertunangan.
Iman
Anas memandang wajah emaknya dengan rasa keliru. Dia tidak tahu!
Matanya
beralih pada Qaiser. Cuba memohon pandangan. Tetapi hampa. Qaiser juga
menggeleng tanda tidak mengerti.
Qaiser
juga terkejut untuk melihat semua ini. Dan wajah Iman Anas dipandang lagi.
Terukir satu riak yang menghantar rasa hiba di hati seorang adik ini. Iman Anas
terasa hampa. Jelas wajah itu menunjukkan kesedihan nyata. Qaiser tidak
menyangka, Anis akan mengambil keputusan sedemikian rupa.
“Iman
tak tahu apa-apa mak… Anis tak ada cakap apa pun dekat Iman…” balas Iman
separuh gugup. Jantungnya mula berdetak laju. Jelas, dia tidak mampu menghadam
apa yang terjadi ini.
Tidak
tahu di mana salahnya. Apa salahnya? Soalnya dalam hati. Bukankah Anis pernah
menyatakan bahawa Anis berkenan dengan dirinya tanpa sebarang paksaan?
“Iman
bawa Anis pergi mana hari tu? Iman tak jawab soalan mak?” soal Puan Rohani
sekali lagi. Dia mahukan jawapan kerana hati tuanya merasakan ia pasti ada
kaitannya dengan itu.
“Iman
bawa dia untuk kenal dengan kehidupan Iman.” Perlahan dan lemah ayat yang
dituturkan oleh Iman Anas.
“Dan
Iman tahukan apa yang mak risaukan sangat pasal Iman?”
Sebaik
sahaja Puan Rohani menyudahkan soalan itu, Qaiser sudah bangun memeluk erat
bahu emaknya. Dia tidak mahu emaknya menuturkan jawapan untuk soalan itu.
Cukup
hatinya terseksa melihat riak terluka di wajah Iman Anas dengan soalan Puan
Rohani pada ketika itu. Cukuplah setakat ini luka yang diberikan kepada
abangnya. Biarpun Iman Anas pelik, Qaiser tetap percaya ada sebahagian daripada
Iman Anas yang tidak dapat digapai oleh mereka. Ia sangat jauh…
Tanpa
kata, Iman Anas sudah berlalu meninggalkan Puan Rohani dan Qaiser.
Bunyi
enjin yang menderu mengejutkan isi rumah. Dan Qaiser pula mempamerkan riak
kecewa di wajah. “Kenapa mak cakap macam tu dengan Iman?”
“Mak
tak sengaja…” Puan Rohani terus melepaskan tangisannya.
“Mak
takut…” sambung Puan Rohani lagi.
Qaiser
mengeluh. Wajah terluka Iman Anas. Wajah kesedihan Puan Rohani. Semuanya
menghadiahkan duka. Mencarikkan luka.
KERETA
dipandu laju. Tidak tahu ke mana hendak dituju. Sakit dengan kenyataan yang
dilemparkan kepada dirinya. Sakit dengan semua orang yang seakan tidak dapat
membaca apa yang cuba disampaikan melalui tingkahnya. Dia tidak seteruk itu!
Iman
Anas menjerit sekuat hati. Di dalam kereta bergema suaranya.
Lelah
dengan keadaan itu, keretanya dibrek di sebuah stesen minyak berdekatan. Kereta
diparkir dan dia sudah bersandar lemah. Terasa melurut jatuh bahunya. Semua ini
tidak langsung disangka akan berlaku dalam sesaat yang tidak pernah dijangka.
Kotak
yang diberikan oleh emak tadi dipandang sepi. Entah kenapa diusung benda itu
sekali. Apabila dipandang makin terasa sakit hati. Anis…
Terasa
gegaran daripada telefon bimbit. Mesej diterima dan dibaca tanpa semangat.
Baliklah… mak cakap sorry. Mak tak
sengaja tadi, Iman. Aku tau, kau takkan bimbangkan mak. Aku selalu percayakan
kau, Iman…
Ayat
pujukan Qaiser dipandang sepi.
Mungkin
benar emak tidak bermaksud. Tetapi ayat itu menunjukkan emak masih tidak yakin
dengannya. Emak masih memikirkan Iman Anas akan mengikuti jejak abah dalam
semua perkara. Sememangnya Iman Anas sangat menyanjungi abahnya, namun begitu
dia masih waras. Masih waras akalnya!
Tetapi
percayakah emaknya akan hal itu?
‘Iman
waras mak… selagi dikurniakan akal yang sihat, Iman takkan buat perkara yang
mak bimbangkan tu. Takkan mak…’ bisik hatinya dengan rasa sendu.
Menitis
air mata Iman Anas di malam yang hening. Bunyi azan yang kuat menyentakkan
gegendang telinga seakan menerbangkan seluruh kecewa yang bersawang dalam hati.
Biarlah jika tiada sesiapa pun yang memahami isi hati. Dia masih punya Allah
untuk diluahkan segala resah ini.
Dipandu
kereta mencari masjid yang kelihatan dari stesen minyak itu. Hendak menunaikan
kewajipan waktu Isyak yang sudah memanggil hamba Allah bersujud kembali.
TERJAGA
Iman Anas daripada lena yang panjang. Lena yang tidak nyenyak. Deringan telefon
asyik menganggu waktu amannya. Malas hendak dimatikan, lantas dibiarkan
deringan itu. Tidak tahan dengan bunyi yang tidak mahu berhenti itu, dicapai
juga dan dilekapkan pada telinga.
“Anas…”
Suara
itu pula yang menyapa.
“Anas…
ada dekat mana?” soal Anis risau.
“Awak
nak apa?” soal Iman Anas tanpa nada. “Bukan nak putus ke?” sambung Iman Anas
lagi. Rasa kecewa itu makin menampar hati.
“Jawablah
soalan saya… awak dekat mana?” soal Anis. Bertegas.
“Saya
ada dekat mana-mana. Bumi Allah ni luas… kalau ada satu tempat yang orang tak
boleh terima diri saya, banyak lagi tempat yang saya boleh pergi. Yang penting,
saya takkan kacau sesiapa… cukuplah saya dan kehidupan saya.” Balas Iman Anas
dingin.
“Anas…
saya minta maaf.”
“Tak
perlu… saya bukan manusia sempurna. Ada cacat cela di mana saja. Awak boleh
cari yang lebih baik!” Iman Anas makin mendingin. Membekukan setiap patah Anis
dengan kedinginan luar biasa.
“Kenapa
nak cari lain? Saya cari awak kan?” Soalan Anis itu membuatkan Iman Anas ketawa
menyindir.
“Apa
yang awak nak ni, Anis?” Iman Anas menyoal dengan rasa malas. Sempat dikerling
pada jam dashboard yang menunjukkan
sudah jam lima suku. Gelap suasana di sekeliling. Dia tertidur dalam kereta
selepas bertafakur seketika di masjid semalam.
“Saya
nak minta maaf… saya tak patut fikir macam tu tentang awak. Saya tersalah cakap
dekat mak… saya minta maaf.”
“Saya
maafkan. Assalamualaikum.”
Iman
Anas terus mematikan telefon. Tidak mahu terus mendengar suara Anis di pagi
hari ini. Makin terjerut hatinya. Orang-orang yang cuba disayanginya hanya
menghadiahkan rasa kecewa padanya.
Telefon
di tangan dipandang sepi. Hati tidak mahu pulang lagi. Dan… kata-kata Anis
menganggu mindanya. Apa yang gadis itu fikirkan tentang dirinya? Adakah sama
seperti apa yang dirisaukan oleh Puan Rohani tentang dirinya?
Kotak
yang tidak dilihat isinya sejak semalam dicapai. Buka sahaja kotak itu, makin
remuk hati Iman Anas. Poskad yang pernah diberikan kepada Anis, sudah hilang
rupanya.
Kecewa
yang cuba dipulihkan, hanya makin bertimpa. Iman Anas langsung tidak menyangka,
begini jadinya.
ANIS
memegang dahinya yang tidak berhenti berdenyut dari tadi. Encik Bohari di
hadapannya. Puan Amina di sisinya. Wajah kedua insan itu ditenungnya. Dia tahu
ada salah faham besar yang terjadi di sini. Salah faham yang ada sumbangan
beberapa peratus daripada dirinya.
“Anis
cakap apa ni?” Puan Amina seperti hendak marah.
“Sabar…
bincang elok-elok.” Encik Bohari mencelah.
“Anis
cakap biasa aje mak… mak yang salah faham!” Anis tegas dengan hujahnya. Bukan
salah dia kalau emak yang terburu-buru menelefon Puan Rohani memaklumkan
tentang putus tunang. Dia tidak memikirkan tentang itu langsung.
“Anis
tak ada sebut pun pasal putus tunang… mak yang salah faham!” sambung Anis lagi.
Dia percaya, bukan seratus peratus kesalahan itu daripada dirinya.
Namun
senyuman sinis daripada Puan Amina seakan menidakkan katanya itu.
“Anis
tak sebut?” soal Puan Amina kecewa. Dia sendiri mendengar ayat itu dituturkan
oleh Anis tempoh hari. Pulangnya anak itu dengan wajah yang sedih dan sembab.
Sudahnya dihangatkan lagi jiwa tuanya dengan sepotong ayat yang memarakkan
kerisauan dalam jiwa.
“Anis
rasa macam nak putus.”
Disebut
ayat itu semula buat pendengaran Anis.
Dan
Anis dihadapannya makin gelisah.
“Anis
tak maksudkan macam tu…” Anis meraup wajahnya kembali.
Rasa
hendak putus itu ditimbulkan atas sebab kesalahan dirinya. Kelemahan dirinya
yang tidak mampu hendak memahami Iman Anas. Dia bimbang dia akan melukakan Iman
Anas dengan andaian-andaian kurang waras itu. Kerana itu juga dia berkunjung ke
rumah Puan Rohani atas alasan hendak berjumpa dengan Iman Anas.
Tidak
sengaja, bibirnya tersuarakan kebimbangan yang bermaharajalela. Salahnya… Andai
sahaja dia tidak terburu-buru untuk ke rumah itu! Tetapi emak juga tidak wajar
menelefon Puan Rohani dengan terburu-buru. Anis menyuarakan rasa itu sekadar
dalam hati. Untuk menuturkan terus, dia tidak betah.
“Sekarang
ni macam mana?” soal Puan Amina resah. Wajah Encik Bohari di sebelah digamit
melalui pandangan.
Puan
Rohani sudah maklumkan bahawa Iman Anas tidak pulang sejak semalam lagi.
Panggilan daripada sesiapa pun sudah tidak dapat disambungkan kerana talian
tiada dalam perkhidmatan.
“Kalau
tanya abang… biarlah Iman menyendiri sekejap. Kita jangan serabutkan kepala
dia, mungkin dia terkejut. Dan Anis pun, dengar nasihat abah ni, lain kali
dalam hal apa pun, bawa berunding dulu. Jangan nak terburu-buru!” Tegas Encik
Bohari. Sekadar memberi peringatan agar perkara sebegitu tidak berulang lagi.
Anis
tertunduk menekur kaki sendiri. Kata-kata itu dipahat kukuh dalam ingatan. Dan
Iman Anas terus berlayar dalam fikiran. Entah ke mana sahaja perginya dia…
AWAL
pagi, dia sudah sampai di sini. Semua kerja tidak dapat dibuat. Terasa serabut
kepala. Memikirkan masalah yang bermula daripada diri-sendiri. Bencinya dia
dengan keadaan ini.
Dari
jauh juga dia sudah nampak susuk tubuh yang dicari. Tidak menunggu, langkahnya
sudah diatur mendekati. Melihat raut wajah yang muram itu dari sisi, hatinya
terasa sakit. Salah dia juga. Kenapa dia terlalu terburu-buru. Anis tidak
pernah begitu, tetapi kali ini dia sendiri tidak mengerti.
Perbualannya
malam tadi dengan Qaiser masih segar. Rasa bersalah semakin berkembang bagai bunga
yang tidak mahu kuncup.
“Kak
Anis tak patut fikirkan macam tu pasal Iman. Kenapa tak tanya saya dulu sebelum
cakap dengan mak? Jujur… saya rasa sedih sangat bila tengok Iman macam ni.
Sepelik-pelik Iman sebelum ni, belum pernah dia tak balik rumah.”
Qaiser
juga bernada dingin dengannya. Semua kerana salahnya.
Kini
jaraknya hanya selangkah daripada Iman Anas. Terasa gugup. Bila dah buat salah,
memang hati tidak akan tenang sentiasa. Belum sempat Anis bersuara, Iman Anas
sudah berpaling menghadapnya. Tidak tertelan liur Anis dengan renungan tajam
penuh rasa dingin itu.
“Awak
tersesat ke sampai ke sini?”
Dinginnya
begitu jelas dipamerkan.
Satu
soalan yang dituju kepada Anis. Tanpa menunggu jawapan pun, Iman Anas sudah
berlalu meninggalkan Anis sendiri.
Panjang
juga langkah Anis mengekor. Nama Iman Anas dilaung. Sekali lagi dapat dilihat
wajah Iman Anas berubah mendadak.
“Jangan
panggil saya Anas… saya tak suka! Awak pekak? Atau awak tak faham bahasa?”
Kasar Iman Anas menyoal.
Tersentak
Anis dengan jerkahan itu. Jantung yang sememangnya berdegup kencang sejak tadi
makin menambahkan kelajuannya. Ada bisikan hati yang menyuruhnya pergi. Namun
ada separuh lagi yang terus memarakkan semangat diri.
“Anas…”
Sekali lagi Anis mencuba.
“Kalau
ada yang rasa nak kena baham dengan Anita, awak boleh terus laung nama tu
sebanyak yang awak suka!” Ugut Iman Anas.
Wajah
Anis terus berubah. Pucat tidak berdarah. Memikirkan Anita, si singa betina itu…
kecut perutnya. Tengok anjing menyalak pun, dia boleh berlari dengan sekuat hati.
Inikan pula dengan singa… jangan dibuat main!
________________
Esok tak ada entry Anis dan Anas, makanya... ia akan di upload pada 1 Ramadhan. InsyaAllah. Jangan stressssss... Selamat menjalani ibadah puasa dan bertarawih. :)
napa anis x percayakan anas..kesian anas, peliknya dia kerna dia sygkan binatang2 tu...garapan yg bez sgt smpai rasa nk g zoo lah tgok makwe anas..hehe
ReplyDeleteXpela klu anis xmo anas..sya mau..hahahha..
ReplyDeleteKeep up the good story.. Tq.
Confuse. Apa jdi sampai ada salah faham ni?
ReplyDeleteMesti lps tuh Iman Anas gelak kan Anis sbb tgk muka Anis yg takut & cuak bila Iman Anas ugut mcm tuh, hopefully Iman Anas dh faham knp poskad tu hilang.
ReplyDeletesemuanya salah faham ja... Anas kalau nak selesaikan masalah kena duduk berbincang ... bagi Anis faham tentang diri Anas bukan terus melarikan diri... bukan Anis yg nak putus tapi mak2 awak yg buat andaian sendiri... yg jadi mangsa Anis dan Anas juga...
ReplyDeleteKalau betul-betul Anis kecil hati mahu dia balik dan x nak jumpa Anas lagi baru tahu... asyik Anis ya yg kena mengalah... kasihan Anis.... berani ke Anas nak bagi Anita baham Anis tersayang tu... hehehe
da nk mula konflik eh... harap2 anis dengan anas dpt smbung balek ptunangan dorang
ReplyDelete