SENYAP
sahaja suasana dalam kereta. Anis memandu tanpa banyak tanya. Dipandu sahaja
mengikut arah yang diisyaratkan oleh Asma. Hatinya terasa tawar. Pada mulanya
terasa hendak marah lelaki yang menjadikan Asma begini. Tetapi bila difikir
semula, bukankah Asma juga bersalah? Kenapa tidak dipertahankan maruah itu?
Perempuan
tak boleh lemah dan bersikap menyerah! Dan menyerah dalam situasi Asma ini
sangat tidak kena pada tempatnya. Apa yang haram itu, ada sebabnya. Allah tidak
menetapkan sesuatu melainkan untuk kebaikan hamba-Nya. Sebab itu dikatakan
janganlah sesekali kita mendekati zina. Dan akibatnya, seperti inilah.
Anis
mengerling ke arah Asma yang sedang mempamerkan aksi cacing kepanasan. Telefon
bimbit itu berkali-kali ditekan dan dilekapkan ke telinga. Dan seketika
kemudian, adiknya itu mengeluh pula. Tidak perlu Asma bercerita, Anis sudah
dapat mengagak apa sebabnya. Pastinya lelaki kesayangan Asma itu tidak mahu
menjawab panggilan.
Anis
tersenyum kelat. Pedih dan sakit. Buta lagikah mata Asma sehingga tidak mampu
menilai ketulusan hati lelaki itu? Dia tak sayangkan kau, Asma. Hati Anis
berbisik kuat. Geram juga bila melihat adiknya yang seakan buta hati. Sudah
hilang maruah, masih hendak tersua-sua lagi. Biarpun ungkapan itu kedengaran
kejam, tapi itu yang Anis rasakan di saat ini.
“Dia
tak nak jawablah tu. Tak payahlah nak telefon lagi!” ujar Anis yang sudah
rimas.
Tetapi
Asma, masih hendak mempertahankan. “Dia sibuk rasanya. Dia tak pernah tak jawab
call Asma,” balas Asma yakin.
Anis
tersenyum sinis. Dia dah mengandungkan anak dara orang! Masih punya keberanian
untuk menjawab ke? Dan Asma pula, yakin sangat! Anis menjadi panas. Hendak
disindir, hakikatnya itu adik. Hendak menangis, tidak berguna juga kalau
manusia itu yang cari penyakit sendiri.
“Akak,
ambil lorong kiri… simpang depan ni.”
Arahan
daripada Asma itu menyedarkan Anis. Mereka sudah berada di sebuah kawasan
perumahan. Pada pandangan Anis dalam masa yang singkat ini, ia kelihatan seperti
perumahan mewah. Sebuah rumah pun besarnya gabungan beberapa buah rumah mereka.
“Rumah
nombor 21.”
Anis
mengangguk sahaja. Dan keretanya mula berhenti perlahan di situ. Diteliti dari
luar rumah yang dihiasi pagar mewah, coklat dan bersalut warna emas di
hujungnya. Rumah dua tingkat tetapi keluasan kawasan itu tidak dapat diramal
oleh kepala Anis.
Asma
sudah keluar dari kereta tanpa isyarat. Anis menanti sahaja. Dipandang wajah
adiknya yang beria menekan loceng. Asma… hatinya berbisik pedih. Kenapa kau jadi
macam ni?
Pandangan
sayu Anis melekap pada tubuh yang berbaju kurung biru, kain cotton. Setia menanti di pintu pagar
yang langsung tiada tanda akan dibuka itu. Asma berpaling dengan wajah hampa.
Dan jujur, Anis kecewa. Kecewa kerana dia harus melihat riak itu di wajah
adiknya. Apa yang mampu dilakukan saat ini?
TIDAK
mampu hendak berfikir sendiri. Semalam selepas pulang ke rumah, Anis terpaksa
melihat lagi wajah kecewa abah pula di rumah. Sedihnya hati ini. Sakitnya
terasa mencucuk seluruh jasad ini. Tapi, dia tidak mampu untuk hilangkan sakit
itu. Dia tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Fikirannya buntu.
Asma
pula langsung tidak memberi peluang untuk mereka mengkritik lelaki itu. Dia
asyik mempertahankan fakta, lelaki itu akan berkahwin dengannya. Entah ya atau
tidak, Anis terasa musykil sahaja.
Tetapi,
ada sesuatu yang lebih merobek perasaan Anis. Tentang fakta siapa lelaki itu.
Gambar yang dihulurkan Asma malam kelmarin, berlayar di ruang mata. Tidak tahu
kenapa, hati Anis mengalami satu kejutan yang langsung tidak mampu diterima.
Sakit.
Benci. Sedih.
Terasa
sangat kosong perasaan ini. Tidak tahu kenapa mindanya mengarah untuk tiba ke
sini. Walaupun, setibanya dia ke sini, jujur dia tidak mengharapkan apa pun
akan berlaku. Dia tidak mahu bertemu dengan sesiapa pun di saat ini.
Mata
mulai terasa panas. Sebelum air matanya menitis tanpa mempedulikan orang
sekeliling, baik Anis angkat kaki. Baru sahaja dia berpaling, namanya sudah
diseru. Terus dada terasa sebu.
“Anis…
buat apa dekat sini?”
Soalan
itu tidak dijawab. Anis sudah berpaling menghadap wajah itu. Pandangannya sayu.
Hendak diluahkan semuanya, tetapi lidah terasa kelu.
“Anis…”
Suara itu menyeru lagi. Nada itu berubah rendah. Risau mungkin.
“Anas…
temankan saya.”
Kening
Iman Anas terangkat. Wajah Anis yang kelam itu melahirkan tanda tanya. Hendak
berkata ya, dia masih ada kerja yang berbaki. Hendak ditolak, tidak sampai
hati.
“Kenapa
ni?”
Sekali
lagi soalan Iman Anas tidak mendapat jawapan secara lisan.
Anis
tidak mampu menahan perasaan. Air matanya menitis di situ. Tanpa mempedulikan
orang lain, dia sudah tertunduk dan mengalirkan sahaja air mata itu tanpa
dikesat.
“Anis…”
Perasaan Iman Anas menjadi haru-biru. Kenapa pula dengan tunangnya ini?!
“Temankan
saya…” pinta Anis sekali lagi. Matanya sudah mulai merah. Air mata yang sudah
dikesat kasar, mengalir lagi.
Iman
Anas tidak berkata apa-apa. Telefon bimbitnya dikeluarkan dan ditaip pada skrin
itu. Dikirimkan pesanan ringkas pada Fairuz. Memaklumkan bahawa dia hendak
pulang dulu. Walaupun tidak patut begitu, tetapi melihat Anis yang sedang
berada dalam kondisi emosi yang tidak stabil ini… hatinya terasa sayu sekali.
“Kereta
mana?” soal Iman Anas.
Anis
menggeleng.
“Datang
naik teksi…” jawabnya perlahan.
Iman
Anas segera menyeluk saku. Kunci keretanya dihulurkan pada Anis.
“Kereta
saya parking dengan hujung sekali,
awak pergi duduk dulu… sekejap lagi saya datang.” Iman Anas sempat menudingkan
jari telunjuk, mengisyaratkan ke arah keretanya.
Anis
berpaling dan mula melangkah dengan rasa longlai. Dan langkah itu mati lagi
apabila Iman Anas menyeru namanya kembali.
“Jangan
risau, saya ada dengan awak.”
Cukup
rasanya sebaris ayat itu yang terungkap di bibir Iman Anas. Sangkanya Anis akan
lebih bertenang. Tetapi sebaliknya, semakin rancak tangisan gadis itu. Aduh!
Silap dialog pula…
SEBOTOL
air mineral dan tisu dihulurkan kepada Anis. Masih tiada siapa yang bersuara
walaupun Iman Anas sudah menghentikan keretanya di depan sebuah taman
permainan. Langit mulai gelap. Hari pun sudah hendak menginjak ke waktu malam.
Rasanya tak elok mereka berlama begini.
“Anis…
kenapa ni? Awak ada masalah ke?” soal Iman Anas. Melihat Anis yang masih
membisu, dia kehilangan kata. Macamlah dia pandai sangat hendak memujuk orang
lain. Kalau hendak marah, pandailah sikit rasanya.
“Anis…”
Iman Anas menutur dengan sabar. Perempuan kalau beremosi, kena dilayan dengan
penuh kesabaran. Baru kena pada cara. Itu kata emak. Mujur dia sempat
mencatatkan ayat itu dan dipahat kukuh ke dalam minda.
“Anas…”
sebut Anis perlahan.
“Anas…”
Anis mengulang sebut lagi.
“Anis
benci Anas!”
Dan
Iman Anas tersentak. Kenapa dibenci dirinya pula? Apa salah dia? Bukankah
mereka berdua sudah berbaik semula? Ini bala apa lagi yang menanti dirinya?
Iman Anas pula yang pening mengandaikan bermacam-macam perkara.
“Anas
dah buat adik saya mengandung. Saya benci Anas!!!” Ucap Anis kuat. Air matanya
mengalir laju lagi.
Membuntang
mata Iman Anas. Ayat yang diungkap oleh Anis begitu jelas terngiang di telinga.
Dia tidak silap dengar kan? Bila pula dia mengandungkan anak dara orang? Anis
yang depan mata ini pun tidak tersentuh, apatah lagi hendak menyentuh orang
lain. Kalau diikutkan kata nafsu, dah lama dia boleh melakukan itu. Tapi
difikirkan tentang hukum halal dan haram, pahala dan dosa… setiap perkara ada
panduannya. Hidup di dunia ini bukan ikut suka hati kita sahaja!
“Awak
cakap apa ni?” Iman Anas menyoal kuat. Mungkin Anis tidak sedar dengan apa yang
dikatakan. Maka dia harus menguatkan volume
suaranya. Biar bangkit gadis itu daripada lena pendek mungkin.
“Anas…”
Anis menangis lagi. “Dia buat adik saya macam tu. Saya tak sangka langsung…
Anas macam tu. Anas yang saya pernah kenal bukan macam tu orangnya… saya sedih.
Saya sedih sangat… rasa sakit bila fikir dia sanggup buat macam tu.” Anis terus
melayan tangisnya.
Iman
Anas mula memandang pelik. Anas? Yang pastinya, Anas itu bukan dirinya. Anis
tidak mengatakan awak tetapi ia disebut sebagai dia. Makna, memang bukan
dirinya. Dan lagi satu, dia bukan manusia yang tegar hendak mengusik anak dara
orang! Berdua dengan Anis begini pun terasa gerun.
Dan
siapa pula malaun yang begitu berani melakukan demikian kepada adik Anis?
Apabila ditanya lagi, Anis hanya terus menangis dan menggelengkan kepala. Iman
Anas tahu, perkara ini tidak akan selesai dengan mudah. Dan duduknya mereka
berdua dikala hari yang sudah semakin gelap pun, tidak akan mengubah apa-apa.
Silap haribulan, mahu dicekup pula.
“Kita
balik ya…” ucap Iman Anas apabila tangisan Anis mulai reda.
“Tak
nak.”
“Kenapa
pulak?”
“Saya
benci!”
“Benci
apa pulak?”
“Anas!”
Liur
Iman Anas terasa kesat. Entah siapa pula Anas yang asyik disebut oleh Anis ini.
Walaupun makhluk itu mungkin seseorang yang tidak dikenali tetapi terasa seakan
dirinya pula yang dikeji. Sudahlah Anis itu memanggil dirinya sebagai Anas. Dan
memang kalau diikutkan Iman Anas, dia tidak suka orang lain memanggilnya Anas.
“Anas…”
Hendak
sahaja Iman Anas menjerit, jangan dipanggil dirinya Anas lagi! Tetapi cepat
sahaja dikawal emosi. Wajah Anis yang sedia keruh itu, usah ditambah cuka lagi.
“Anas…
awak sayangkan saya tak?” soal Anis sayu.
“Kenapa
tanya macam tu?” soal Iman Anas kembali. Jujur, dia segan untuk menuturkan
jawapan berkaitan soal hati. Dan dia belum bersedia untuk mengungkapkan apa-apa
kepada Anis selagi mereka belum sah bergelar suami dan isteri.
“Awak
boleh tolong saya?” suara Anis makin ditelan sendu.
“Tolong
apa tu Anis, kalau mampu… saya buat. Kalau tak mampu, saya cuba minta tolong
orang lain.”
“Tolong…”
Anis menelan liurnya. Entah betul atau tidak ayat yang hendak diungkapkan ini.
Melihat wajah Iman Anas yang sedang menanti, dia terasa bersalah. Dah kenapa
dia kena melibatkan Iman Anas dalam masalah ini pula? Sedangkan ini semua
kerana Anas!
Ya,
Anas…
“Anis, I am waiting…” Iman Anas menyapa
apabila Anis dilihatnya seakan berkhayal pula.
“Anas...
I should’t ask this but can you do it for
me?” soal Anis mengharap.
“Buat
apa?”
Terketar-ketar
sahaja Anis mengungkapkan hasrat hatinya. Dan riak wajah Iman Anas, tenang
menerima. Mungkin lelaki itu tidak kisah. Dan Anis benar-benar berharap Iman
Anas tidak kisah.
SAMPAI
sahaja di rumah, Iman Anas terus mendapatkan sebiji panadol dan ditelan. Sakit
pula kepalanya. Pandangan Puan Rohani yang melangkah masuk ke dalam dapur,
jatuh pada wajahnya.
“Tak
sihat ke Iman?” soal Puan Rohani risau.
Iman
Anas menggeleng. “Ada mak Anis telefon?” soalnya ingin tahu.
Kini
giliran Puan Rohani pula menggeleng. “Kenapa Iman? Ada masalah ke? Iman dengan
Anis gaduh ke?” Bertalu-talu soalan Puan Rohani. Bimbang masalah yang sudah
selesai berulang kembali. Lagipun, Iman Anas sudah berjanji tidak akan
meninggalkan rumah lagi. Dia tidak mahu anaknya ini jauh daripadanya.
“Tak
adalah mak… Iman jumpa Anis tadi, tu yang tanya…” Iman Anas tersenyum nipis.
Menyembunyikan perkara yang mula meresahkan jiwanya. Permintaan Anis itu hendak
ditunaikan dengan cara apa?
Memikirkan
Anis, Iman Anas tersenyum kecil. Anis… Anis… apakah perasaan yang wujud dalam
hati ini buat gadis itu? Sayang? Cinta?
“Jangan
sayangkan orang lain tau! Tak boleh…” Itu pesan Anis sebaik sahaja dia
menghantar gadis itu ke rumah tadi.
Terusik
juga jiwa Iman Anas dengan ungkapan itu. Tidak tahu kenapa pesanan itu yang
dititipkan. Hendak ketawa, Iman Anas tidak mampu kerana Anis kembali menitiskan
air mata sedihnya.
_________________
Apa yang Anis minta tolong ya? Nantikan entry seterusnya pada hari Jumaat. InsyaAllah. Kita berehat sekejap tiga hari, jana idea dan minda :)
Ruang yang ada, kita gunakan sebaiknya... imarahkan bulan yang mulia ini. :)
Harapnya bkn anis nk iman kawin dgn asma...or dia nk cptkan tarikh kawin..apa2 pn tggu hari jumaat lah ni ye umi kan...suka baca karya umi ni
ReplyDeleteLambtnya jumaat, sentap jap bila anis sebut nm anas td hihi. Harap2 dia x suruh anas kawen ngn asma.
ReplyDeletealahai.. anis jgn mntk bukan2 dah le...
ReplyDeleteMemang xsangka Anas yg Anis pnh minat tu yg rosakkn asma... takkn anis nk tunang dia jd pak sanggup kot... tp gaya anas macam laen je yg anis mintak...
ReplyDeletemcm nk minta cptkan nikah diorg je
ReplyDeleteX sangka Anas yg Anis suka dulu yg buat x baik pada Asma... mungkin Anis minta Iman Anas teman Anis berjumpa dgn Anas ... Jangan minta kahwin dgn Asma sudah... hanya Anis saja yg faham perangai Iman Anas.. semoga Iman Anas dapat memberi kekuatan pada Anis dan bakal kelurga mertua....
ReplyDeleteaduh..3ari trse spt 3purnama..alamakkkk xsabor nyer mnanti.hope anis xminta iman anas kawen ngan adik dia..klu tak suh anita kunyap2 c anis nie..hehehe..
ReplyDelete-pipvz devil-