Skip to main content

Tidak ku sangka 16



SUDAH dua minggu berlalu, Asma memang tidak keluar dari rumah langsung. Itu arahan dan amaran keras daripada Encik Bohari. Puan Amina juga tidak membantah. Biarlah anaknya itu dikurung dalam rumah, sehingga selesai masalah.
Anis pula masih berusaha untuk bertemu dengan Anas! Disebut sahaja nama, terasa sakit seluruh jiwa.
Cepatnya manusia berubah. Kenapa Anas yang dulu selalu nampak sopan di ruang mata tergamak melakukan perkara sedemikian. Anis langsung tidak menyangka. Dan hatinya mengambil masa yang lama untuk menelan kenyataan itu. Melihat wajah Asma yang semakin sugul itu, dia bertambah kasihan.
Sekarang ini di awal bulan, nanti bila dah perut membesar, pasti adiknya akan lebih tertekan. Dia tahu Asma menyesal. Puas adiknya dimarahi abah dan emak. Dan Anis sangat bersyukur kerana Encik Bohari dan Puan Amina masih memberi peluang kepada Asma untuk berada di teratak mereka. Jika dihalau keluar, pasti lebih merana hidup Asma. Sudahlah Anas itu tidak mahu menjawab panggilan adiknya.
Permintaan yang dibuat pada Iman Anas juga ditarik semula. Bila difikirkan balik, rasa hendak ketawa. Bersungguh-sungguh Anis meminta Iman Anas untuk menumbuk muka Anas. Konon hendak melampiaskan rasa marah.
Mujur dia tidak diketawakan oleh lelaki itu. Iman Anas siap telefon pada keesokan harinya menyatakan dia boleh minta tolong orang lain untuk test kekuatan tangan.
“Kenapa tak awak yang tolong?” Anis menyoal dengan kecewa.
Iman Anas tertawa kecil di corong telefon. “Silap saya tertumbuk kuat sikit, mati ke apa nanti… Anis nak ke saya masuk penjara? Habis, Anis nak kahwin dengan siapa nanti?”
Tercuit hati Anis mendengar ucapan itu. Namun seketika kemudian dia terkedu.
“Atau awak nak cari Anas lain?” Soalan Iman Anas itu sememangnya tidak dijangka.
“Awak hanya dibenarkan untuk menjadi Anas saya.” Dan itu jawapan Anis.
Anis tersenyum sendiri dengan khayalan imbauan kenangan. Memikirkan Iman Anas, terasa ringan kepalanya. Lelaki yang sukar didekati tetapi bila sudah dikenali, terasa sukar untuk dilupai. Setiap saat ada sahaja yang hendak diingati. Mungkin kerana Iman Anas sudah mendapat tempat di hati, maka perasaan itu jadi senang sekali.
Telefon bimbit di tepi katil dicapai. Nombor telefon Anas yang berjaya diambil daripada simpanan Asma kini dalam senarai buku telefon. Direnung nombor itu sambil minda ligat berfikir, apa yang boleh dilakukan oleh seorang Anis sebagai kakak yang prihatin. Tumbuk Anas? Dalam mimpi. Upah orang lain untuk patah riukkan tulang lelaki itu? Silap haribulan dengan kau sekali patah tulang Anis.
“Apalah yang akak tengah fikir ni? Dengan mimik muka yang over sangat ni!”
Terlupa pula Anis dengan Adila yang sedang membelek nota di sebelahnya ini. Adila yang sebelum ini berkongsi bilik dengan Asma, sekarang datang menepek di biliknya. Kata Adila, dia penat dengar Asma menangis malam-malam. Dia sedih dan marah serentak. Mood hendak belajar akan terbang begitu sahaja. Jadi sebagai langkah terbaik, berkongsi bilik dengan Anis sajalah.
“Akak rasa macam nak silat laki tu!” ucap Anis. Siap dengan gaya tangan lagi. Konon, bertauliah sangat untuk praktikkan ilmu silat yang dipelajari selama dua semester di universiti dulu. Padahal, langsung tak ingat.
“Jangan akak yang kena silat pulak…” usik Adila dan tergelak kecil. “Akak ni, macam-macamlah… suruh aje Kak Asma silatkan laki tu sendiri.”
“Pengsan baby dia nanti…” sahut Anis tidak setuju. “Ibu mengandung tu…” sambungnya. Biarpun Asma salah, tapi bayi dalam kandungan itu wajar menerima perhatian yang baik daripada mereka semua. Bayi itu tidak berdosa. Kerana itu juga Anis memaksa Puan Amina untuk sediakan apa sahaja yang diperlukan oleh Asma. Dan Puan Amina pun tidak rasa terpaksa sebenarnya.
Mungkin keterbukaan emak dan abahnya menerima kandungan luar nikah Asma akan dipandang serong oleh orang luar. Mungkin juga ada yang akan menafsir, perkara ini akan menggalakan lagi anak-anak bertindak di luar norma kehidupan yang dibenarkan. Tetapi, kalau keluarga sendiri menolak anak mereka dalam keadaan begini, kepada siapa lagi pertolongan itu akan diajukan?
Nasihat perlu diberi. Sama juga dengan perhatian. Kedua-duanya diperlukan untuk mendidik dan membentuk anak. Tersasar seketika, bukan beerti seorang manusia itu sudah hilang peluang untuk kembali ke jalan yang benar. Taubat itu sentiasa terbuka selagi mana manusia sudi untuk menadah tangan, sujud dan merendah diri di hadapan-Nya.
“Akak…”
Bahu Anis ditolak kuat. Berkerut dahi Anis bila Adila mengancingkan gigi. Konon isyarat geram.
“Apa?” Geram juga Anis menyoal.
“Abang Iman call. Berangan apa sampai tak dengar bunyi telefon.” Marah Adila.
“Eh, mana…” Laju Anis bangkit dari katil. Tangannya cepat sahaja membuka pintu bilik hendak menjawab telefon. Langkahnya mati apabila namanya diseru lagi.
“Kakakku sayang… Abang Iman dalam line phone akak ni… nak pergi mana pulak tu?”
Adila menayangkan telefon bimbit pada Anis. Keningnya terangkat. Matanya dikenyit untuk mengusik. Tengok muka Anis pun dia tahu, kakaknya sudah termalu di depan pintu itu.
Dengan sengih malu, Anis mencapai telefon dan terus keluar dari bilik itu. Telefon diletakkan pada telinga dengan penuh semangatnya, tetapi… sepi! Bila diperiksa panggilan terakhir, Anis terus mengetap bibir.
Percuma saja dipermainkan oleh Adila… argh!!!

KELIRU.
Anis sudah beberapa kali menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Kalau dikatakan ada kelemumur, kepala itu sudah dicuci sebersihnya pagi tadi. Tapi kegatalan itu seakan tidak mahu pergi. Apa yang disaksikan di depan mata ini, hanya memeningkan kepala di pagi hari.
“Sepatutnya ada satu aje. Macam mana ada dua pulak?” soalnya sendiri. Wajahnya sudah resah. Bimbang dia tersalah serang orang pula. Aduh!
Bagaimana Anas boleh jadi dua?
Dan perkara itu juga yang menyebabkan Anis duduk kembali di restoren ini. Sejak dari tadi dia mengekori kereta Anas sehingga ke sini. Dan matanya tidak lepas memerhatikan lelaki itu yang datang duduk bersama seorang lagi teman sedia menunggu di situ.
Hampir 20 minit menanti, Anis sudah membuat keputusan untuk mendekati Anas. Namun, hampir luruh jantungnya apabila lelaki yang duduk bertentang dengan Anas memusingkan badan. Anas? Kepala Anis terasa panas. Sama ada dia yang tak sihat atau…
“Kembar?” Anis bingung sendiri dengan fakta itu. Kepalanya dipicit perlahan. Pening pula. Sekarang ini hendak ditujal kepala siapa? ‘Anas’ yang mana?
Air kosong yang berbaki dalam gelas, disisip. Dia hendak segera beredar dari situ. Balik ke rumah dan mengesahkan fakta yang tidak diketahui dengan Asma. Betul ke gambar yang ditunjukkan oleh Asma itu, Anas yang pernah Anis kenali? Entah… Anis tidak bertanya. Kerana Anis tidak terfikir pula, lelaki itu mempunyai kembar.
‘Argh… sakit kepala. Baik balik rumah…’ desis Anis. Segera dia bangun hendak menuju ke kaunter membuat bayaran. Tidak sangka kekalutan langkahnya telah mempertemukan dua bahu. Kuat Anis mengaduh. Baru hendak dijeling, bibirnya terkaku.
Anas!
Anis makin terkedu. Redup mata itu. Dia mengenalinya. Biarpun hanya pernah mencuri pandang dari jauh. Anis mengenali itu. Tanpa sedar, bibirnya menyeru nama Anas. Dan Anas tersenyum membalas.
“Anis…”
Anis terkelu. Anas baru sahaja menyebut namanya. Atau dia sedang bermimpi?
“Anis kan?” soal Anas lagi padanya.
Anis mengangguk. “Mana tahu nama saya?” soal Anis keliru. Mana mungkin Anas mengenali dirinya? Tidak mungkin. Hanya Anis sahaja yang mengetahui kewujudan Anas. Bukan sebaliknya. Laju sahaja dia mendebatkan fakta itu dalam hati. Terasa bergegar jantung apabila mendengar namanya diseru oleh Anas yang diminati. Terasa dirinya juga pernah diperhatikan selama ini. Cuma mungkin dia tidak mengetahui.
“Kalau awak boleh kenal saya, Anas… takkan saya tak kenal awak, Anis.”
Anis terkedu.
Anas tersenyum manis di hadapannya. Seakan terimbau senyuman yang selalu diperhatikan ketika di universiti dahulu. Ya, benar… ini Anas!

“NAMA dia Zahran…” Nama yang meniti bibir Asma ketika ditanyakan nama pemilik wajah dalam gambar itu.
Spontan Anis menghela nafas lega. Entah kenapa, dia tidak mampu hendak membayangkan Anas yang melakukan perbuatan terkutuk itu bersama Asma. Mindanya seakan tidak mampu menerima hakikat itu. Berhari dia berendam air mata, hanya kerana memikirkan mengapa Anas sudah berubah. Nyata tidak! Anas masih manis dan sopan.
Mengenangkan itu, Anis tersenyum nipis. Terasa lapang dadanya seketika.
“Yang akak ni asyik tersengih tak sudah ni kenapa?” soal Adila. Tangannya sudah mengunci pintu bilik. Seperti biasa, dia mengambil tempat di sisi Anis dan melunjurkan kaki. Sebelum tidur pun sempat dibelek nota ringkas yang telah disiapkan. Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum peperiksaan dan dia harus mengejar masa itu.
“Lega.” Jujur Anis berkata. Lantas diceritakan sahaja pada Adila. Biar adiknya tahu juga. Dan baru Anis perasan, walaupun jarak usianya lebih jauh dengan Adila, namun mereka berdua lebih banyak berkongsi cerita. Kini baru terasa, ada jurang besar antara dirinya dan Asma.
Sebuah cubitan berbisa di lengan mengejutkan Anis.
“Kenapa?” Berkerut dahi Anis menahan sakit.
“Oh, curang dengan Abang Iman ya?”
“Hah???”
“Yelah… Akak cakap pernah crush dengan Anas…” Adila mencebikkan bibir memimik wajah Anis yang kelihatan teruja ketika bercerita tadi.
Anis terlopong. Terus dizip mulutnya supaya tidak terus bersuara. Soalan Adila itu benar-benar membahayakan jiwa dan raga. Walaupun hatinya tahu, di mana kedudukan Anas buat masa ini. Pastinya tidak akan berjaya menggugat carta yang diduduki Iman Anas.
“Aik, akak… kenapa diam? Takkan betul pulak apa yang Adila cakap?” soal Adila dengan rasa sangsi. Dahinya dikerutkan. Rasa musykil mula bertapak di hati. Biar betul Anis ini?!
“Mana ada…” Anis menyangkal. Bahayanya soalan itu. Silap jawapan, boleh mengundang kebatalan perkahwinan. Uish…
“Mana ada konon!” Adila sekali lagi mencebik. Wajah Anis ditenung dengan riak garang. “Baik akak kurangkan sikit riak teruja pada muka bila bercakap pasal Anas…. Nanti Abang Iman salah faham pulak. Kalau dia tak jadi kahwin dengan akak, jangan menyesal…” Hujung ayat Adila kedengaran begitu keras amarannya.
Anis mengetap bibir laju. “Janganlah doakan yang bukan-bukan…” tuturnya geram. Risau pula menghurung jiwa. Memang hakikatnya dia terlebih teruja bertemu semula dengan Anas tetapi itu tidak bermaksud dia berkeinganan untuk terus menyukai lelaki. Itu tidak adil buat Iman Anas yang juga terbuka hati menerimanya.
Adila melihat keresahan yang terpamer di wajahnya kakak itu. Mungkin dia terlebih-lebih dalam mengeluarkan kata, tetapi itu yang dirasakannya. Wajah Anis seperti terlebih gula ketika mengungkap sebaris nama itu. Dia yang risau memikirkan jika hati kakaknya beralih angin daripada Iman Anas.
“Akak nak pergi toilet…” Anis sudah keluar dari bilik. Gelisah yang menyebabkan dia perlu ke tandas dengan segera.
Sebaik sahaja Anis keluar dari bilik, telefon bimbitnya sudah berbunyi. Adila teragak-agak sahaja hendak menjawab kerana hanya tertera nombor pemanggil tanpa nama. Tetapi, tangannya lebih cepat memberi respon yang disangkal minda.
“Assalamualaikum…” Salam yang diberi di hujung dijawab oleh Adila. Terketar lutut rasanya bila mendengar suara lelaki yang tidak dikenali. Kalau suara Iman Anas, dia boleh meneka. Tetapi ini lain.
“Anis…” Suara itu memanggil. “Anas ni… ingat lagi tak? Kita terjumpa tadi… you gave me your number and ask me to contact. Kalau boleh saya tahu, kenapa?”
Adila mengetap bibir. Anas rupanya. Dan dia tahu kenapa Anis hendak bercakap dengan Anas. Sudah diceritakan oleh kakaknya sebentar tadi.
“Anis…” Anas menyeru.
Adila menguatkan pegangan telefon dengan jemarinya. Lemah jantung dengan seruan nama yang lembut sekali. Boleh goyah iman Anis kalau kerap sangat bertemu dengan Anas ini. Itu sahaja yang bermain dalam fikiran Adila.
“Err… saya ada nak minta tolong awak…” Hampir tergagap Adila menyusun kata. Nafas dihela panjang. Mujur tidak keterlaluan masalah gagap spontan yang menyerangnya.
Sure. Nak tolong apa?”
Adila mengetap bibir lagi. Sopannya suara itu. Sudah terkena badi ke dirinya ini yang asyik sangat mendengar Anis bercerita tadi? Anas…
“Boleh kita jumpa?” soal Adila. Dalam masa yang sama, tangannya sudah mengetuk kepala. Sibukkan diri dengan hal ini pula, padahal dia lebih rela untuk mengulangkaji sepanjang hari. Tetapi memikirkan Anis yang mungkin terhilang ‘hati’ seketika jika bersama Anas, Adila terasa untuk menggunakan kelebihan yang satu itu.
Bukankah dia dan Anis sering dikatakan kembar. Rasanya tidak salah, dia mencelah dalam masalah ini. Walaupun, separuh lagi jiwa Adila berpendapat, dia hanya mencari nahas.
“Nak jumpa mana?”
Dan saat itu juga Adila tidak mampu mengatakan sebuah tempat pun dengan spontan. Tetapi, satu sahaja yang terlintas di kepalanya…
“Saya hantar mesej nanti. Tapi, jangan call nombor ni dah. Saya akan sms awak  nombor telefon satu lagi.” Pandai sahaja Adila mereka alasan. Semoga Anas tidak perasan tindakan mak cik tak cukup usia ini mengambil kesempatan atas ketiadaan Anis.
“Okey… bye Anis. I am really happy to see you again…
Adila sudah melopong. Pulak!!!
Laju Adila menyalin nombor Anas daripada telefon kakaknya. Rekod pemanggil terakhir dipadam. Tidak mahu tertinggal sebarang bukti atas kesalahan yang akan dilakukan ini. Kalau Anis tahu, padah! Kalau Anis dan Anas terus berhubung pun, parah! Nampaknya bukan Anis seorang jadi secret admirer Anas… tetapi sebaliknya juga.
Dia tidak kisah kalau Anas itu berjaya mengesannya sebagai orang lain. Yang penting, Iman Anas sahaja yang menjadi abang ipar mereka. Harap maaflah Anas… Adila berdesis dalam hati.
Nombor telefon Anas, diselitkan pada celah buku rujukan.
“Nanti kita jumpa ya, Abang Anas…” ucap Adila sambil berbaring. Adila sudah hendak melelapkan mata, sebelum telefon Anis berbunyi semula. Dan kenapa Anis lama sangat di tandas ini? Dengan rasa malas, telefon Anis dicapai dan dilekap ke telinga.
“Lupa nak cakap… dan rasa nak cakap sekarang jugak…”
Suara itu mengejutkan Adila. Spontan dia terduduk tegak.
“Comelnya suara… macam budak-budak…” Anas ketawa.
Adila sudah cuak. Mampus kau!!! 

________________
Adila mungkin tak sedar... yang dia bakal dipanah dengan kemanisan dan kesopanan Anas. ;)

Comments

  1. betul tu Adila .. hanya Iman Anas ja yang sesuai jadi abang ipar untuk ... Kak Anis tersayanggg.... dah lah Iman Anas betul-betul angau dgn Anis ... kalau Iman Anas tahu Anas berhubung dgn Anis mahu kena campak Anas kt kandang Anita... hahaha ....
    Mahu lepas ni Adila pulak yg jatuh hati dgn Si Anas yg manis dan bersopan tu .... boleh gitu... besttttt

    ReplyDelete
  2. Nampaknya hati Adila bakal terpaut dengan Anas.... :P

    ReplyDelete
  3. best nye...bila lg nk smbg?xsbr nk tggu.. :p

    ReplyDelete
  4. Semua anak dara cik bohari kena virus Anas gamaknya hehe

    ReplyDelete
  5. laaaa.... anas ade kembar rupenye... naseb baek la adila yg jwb phone tu kalo x memang perang bsar la anis ngn iman anas kalo iman anas tnmpk anis n anas...
    n nasib baek la jugak adila punye muka ade iras anis... mst anas xcam pnye...

    junior kt skolah WC dlu ade muka yg seiras tp bkn kembar... kiranya anis n adila lbh kurg mcm tu la en...

    ReplyDelete
  6. Anas ada kembar?adila pn dh ken badi anas nmpknya...betul kata adila,hanya iman anas yg blh jd abg ipar dia..:-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia