TERMENUNG.
Itu
yang dilakukan oleh Asma sejak Zahran datang melemparkan kata-kata nista pada
dirinya. Tidak cukup dimalukan dirinya, diheret sekali emak ke dalam cacian
itu. Asma tahu, salahnya. Semakin banyak kesedihan yang sedang dihadiahkan buat
mereka yang mempercayai dirinya. Abah, emak, Kak Anis dan adik-adiknya. Biarpun
mereka melayannya dengan baik, tetapi hatinya menjadi sakit. Dia telah
mempalitkan najis pada maruah keluarga.
Lebih
malu lagi jadinya apabila bakal mentua Anis juga sudah tahu akan hal itu.
Bertambah malu apabila adik Iman Anas, Qaiser mencadangkan sesuatu. Mungkin
cadangan itu ikhlas, tapi Asma takkan melupakan pandangan sinis yang
dihadiahkan buat dirinya. Terasa diri ini jijik. Dah memang salah kau, Asma…
Mungkin
ada benarnya daripada cadangan Qaiser. Dia patut jauh daripada keluarganya. Dia
patut bersendiri dan biarkan mereka mengecap bahagia. Kehadirannya dengan anak
luar nikah hanya mampu diibaratkan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Sofa
di sisinya terhenyak. Tubuh Anis sudah mengambil tempat di situ. Asma sudah
berkira-kira hendak bangun dan masuk ke bilik. Tetapi Anis memaku langkahnya.
“Nak
ke mana pulak? Aku bawa kuih lopeh untuk kau ni…”
Kuih
lopeh? Asma menelan liur.
“Dah
tak teringin ke? Penat aku belajar buat dengan mak Kamilia… rasalah.” Pujuk
Anis sambil menarik lengan Asma untuk kembali duduk. Konon hendak suruh rasa air
tangannya. Padahal, dia beli saja pun.
“Kak
Anis… kau buat untuk aku ke?” soal Asma. Matanya sudah terbuka luas melihat
kuih lopeh yang sudah dibanjiri gula merah.
“Rasalah…
sedap ni!” Anis sengaja mengelak menjawab soalan. Tetapi rasa kuih itu, memang
sedap sangat. Pasti Asma suka. Sudah dua, tiga hari bibir itu asyik menyebut
nama juadah itu.
Keinginan
deria rasa yang membuak-buak membuatkan Asma mencapai sudu di atas piring itu.
Dicubit sedikit bahagian tepi kuih lopeh itu dan dimasukkan ke dalam mulut.
Manisnya terasa sebaik sahaja ia meresap mengenai tunas rasa. Wajah Anis
tersenyum ceria memandangnya.
“Sedap…”
“Kan
aku dah cakap!” sahut Anis laju.
“Tapi
rasa kedai…” ucap Asma kemudian.
Anis
tersengih. “Bau kedai kuat sangat ke? Tapi tak kisahlah… sedap, kan? Makanlah
lagi… aku beli untuk kau pun. Habiskan ni.” Anis menyuakan piring itu untuk
dipegang oleh Asma. Tetapi ia dibiarkan sepi tidak bersambut. Apabila Anis
melihat ke wajah Asma, air mata adiknya sudah mengalir membasahi pipi.
“Kau
janganlah layan aku macam ni. Aku dah banyak salah, Anis.” Ucap Asma sambil
menahan esakan. “Aku rasa tak layak bila semua orang layan aku dengan baik.”
Kebaikan
yang dihulurkan kepadanya sangat tidak setimpal dengan apa yang telah dia
berikan kepada mereka sekeluarga sebagai hadiah. Terasa diri makin tidak layak
untuk terus berada dalam rumah ini.
“Janganlah
macam ni… aku tahu kau buat salah dan kau pun dah sedar. Takkan sebab satu
kesalahan tu, kau nak emak dan abah campak kau keluar daripada rumah? Itulah
bezanya sayang mak dan abah kepada anak-anak berbanding sayang anak kepada
mereka.”
Anis
meletakkan piring di meja kopi. Bahu Asma yang terhenjut itu, diusap lembut.
“Aku
tak boleh duduk sini dah, Kak Anis… lagi lama aku dekat sini, lagi malu mak
dengan abah.”
“Asma…
dah jangan nak fikir macam-macam, mak dan abah langsung tak kisah! Memang orang
akan mengata macam-macam…tapi yang penting bagi mak dan abah, kau ada depan
mata mereka. Sama juga untuk aku dan adik-adik.”
Anis
terus menarik Asma ke dalam pelukan. Tangisan itu tidak mampu diredakan. Dan
apabila Asma berkeras dengan keputusan, Anis hanya mampu tergamam. Tidak mampu
dipujuk dan tidak mampu diubah.
“Betul
kata Qaiser, Kak Anis… aku kena pergi jauh, baru aku dapat berikan bahagia
untuk keluarga.”
Anis
mengetap bibir laju. Qaiser ini pun… kenapa harus diberi cadangan itu kepada
adiknya? Padahal Asma bukan menganggu dia. Atau Qaiser malu? Adik kepada bakal
kakak ipar mengandungkan anak luar nikah? Jika benar begitu, Anis tidak mampu
hendak berbuat apa. Tetapi untuk membiarkan Asma mengambil cadangan Qaiser
sebagai sesuatu yang serius, Anis tidak betah.
TIDAK
tahu hendak diceritakan kepada siapa. Hendak menyusahkan telinga Iman Anas, dia
terasa serba salah. Malu pun ada. Asyik-asyik kalau Anis telefon Iman Anas pun,
bercerita tentang masalah Asma. Iman Anas pun tidak banyak rungutnya. Mendengar
sahaja tanpa mencelah. Berkata bila perlu dan pastinya tiada bicara yang
tidak-tidak.
Wajah
Kamilia yang baru sahaja tiba di Pizza Hut seperti yang dijanjikan dipandang
dengan rasa sedih. Mungkin pada Kamilia mampu diceritakan segala yang terbuku
di hati. Dan sama sepertinya, Kamilia juga tidak bersetuju untuk membiarkan
Asma pergi sendiri.
“Tapi
kan Anis… kalau itu yang Asma mahu buat sementara waktu, biarkanlah… mungkin
kalau dia terus tinggal di rumah, dia akan stress.
Bayi dalam kandungan pun akan terima kesan sama. Kalau itu yang boleh
menenangkan hati dia, aku rasa cadangan Qaiser boleh dipertimbangkan juga.”
“Tapi
mak dengan abah…” Anis mula merisaukan tentang perkara lain pula. Tadinya
tentang Asma. Sekarang emak dan abah. Esok-esok, dirinya pula.
“Kaulah
kena pujuk… fahamkan mereka. Kesian juga dengan Asma… mungkin dia tak sangka,
kerana satu langkah yang salah… dah macam ni nasib dia. Tapi betul ke lelaki tu
langsung tak nak bertolak ansur?” soal Kamilia apabila teringatkan kisah Zahran
yang dikhabarkan oleh Anis.
Anis
menggeleng. Memang lelaki itu keras kepala. Lelaki yang buat perempuan macam
sampah. Bila dipakai, dibuang begitu sahaja. Tapi hendak marah sungguh-sungguh
kepada Zahran, tidak boleh juga. Asma pun menyerah dengan mudah. Mana perginya
rasa malu dan iman di dada. Senang-senang tersungkur bila nafsu membuak!
“Tak
try minta tolong Anas?”
Anis
menggeleng juga. “Aku malu dah… yang sekali tu pun, sebab dah buntu sangat.
Mujur dia baik dan mahu tolong. Tapi memang Anas dah warn aku tentang sikap abang dia. Katanya parent dia pun akan buat macam tu jugak… sekarang ni, macam mana?
Aku tahu mak dengan abah tak kisah pun kalau Asma ada dekat rumah… kata orang,
biar ada di depan mata… bila jauh, lagi risau fikir tak tahu apa jadi…” Anis
mengeluh kecil.
Penyelesaian
ada, cuma bila hendak bersetuju rasa kurang senang. Bimbang pula.
“Kalau
tanya aku… mungkin boleh pertimbangkan apa yang Qaiser cakap. Dan kau janganlah
nak marahkan dia pula fikir yang bukan-bukan. Sekurang-kurangnya dia nak tolong.”
Kamilia
menggenggam tangan Anis erat.
“Boleh
ke Kamilia?” Anis masih ragu.
“Fikir
yang baik-baik… insyaAllah. Suasana yang baru boleh juga menceriakan Asma.
Tidak pun, hantar ajelah mak dengan abah untuk teman Asma.” Cadang Kamilia.
Dan
Anis tahu, cadangan itu pun wajar ditolak. Mahu mengaruk Bahar kalau mak dengan
abah tinggal dia di rumah. Anak manja itu bukan boleh diduga. Walaupun dalam
hal Asma ini pun, Bahar kelihatan matang dan banyak menyokong kakaknya itu.
“Saya
minta maaf kalau cadangan saya buat Kak Anis pening kepala…” Dan suara itu
mencelah.
Anis
terkejut sampai memegang dada. Overreaction!
Kamilia
pula tersenyum nipis sambil mempelawa Qaiser untuk duduk bersama mereka.
Qaiser
menggeleng. Dia dan temannya sudah mahu beredar. Tetapi rasa tidak sedap
hatinya apabila terdengar keluhan Anis pada Kamilia.
“Apa
pun, saya cuma nak Kak Anis percaya… ini untuk kebaikan semua. Dan Asma juga
akan bahagia, percayalah…” tutur Qaiser dengan yakin. Niatnya baik. Dia bukan
hendak menganiaya anak orang. Apatah lagi orang itu sudah sedia dianiaya. Dia
hanya ingin memudahkan keadaan buat semua orang.
“Tapi
okey ke tempat tu? Asma boleh ke duduk situ sorang-sorang?” soal Anis risau.
Qaiser
tersenyum.
“Asma
tak seorang Kak Anis… ada lagi dua orang pekerja tetap dekat situ. Lagipun,
saya rasa sesuailah suasana tu untuk ceriakan hati bakal ibu macam Asma… Apa
yang penting, Asma kena pandai masaklah.”
“Masak?”
Anis keliru. Ke mana hendak dihantar Asma ini sebenarnya? Jadi tukang masak?
“Masak
untuk budak-budak dekat taska… dan saya pun dah jelaskan dekat kawan saya, ada
seorang ibu mengandung ni perlukan kerja sebab husband dia dah tinggalkan secara tiba-tiba. Kawan saya tu okey,
dia nak tolong… Asma boleh tinggal dekat situ. Ada bilik kosong untuk pekerja
dan tak perlu bayar.” Qaiser tersenyum kerana semua hal itu sudah dipastikan
beres. Tinggal untuk hantar Asma sahaja.
“Taska?”
Anis menyoal lagi. Lambat pula otaknya hendak mencerna.
“Asma
tahu tak yang dia akan dihantar ke taska?” Anis menyoal Qaiser kerana menurut
andaiannya, Asma tidak tahu tentang itu.
“Sebenarnya,
hari tu saya cadangkan tempat lain…” Suara Qaiser merendah. Sebenarnya dia
mencadangkan untuk Asma ke rumah pusat pemulihan akhlak. Dan atas cadangan itu,
dia nampak wajah gadis itu terluka. Tapi dia kejam juga, baru sekali jumpa…
sinis sahaja berbicara dengan orang yang sudah sedia ada masalah.
“Tapi
yang ini dah confirm sebab kawan saya
kebetulan telefon bagitahu dia perlukan pekerja. Jadi, saya cadangkan Asma… dia
kata okey. Dan boleh mula bekerja bila-bila masa pun…” sambung Qaiser dengan
gembira.
Terasa
kurang sikit rasa bersalahnya pada Asma. Puas juga dia menadah telinga
mendengar bebelan Puan Rohani kerana berbicara ikut sesedap mulutnya sahaja.
“Dekat
mana tu Qaiser?”
“Shah
Alam…”
Anis
terus memandang Kamilia. Hendak berkata tidak, tersekat di kerongkong.
Jauhnya!!! Mahukah emak dan abah melepaskan Asma seorang diri ke situ?
“MACAM
tak happy aje?”
Soalan
itu dibiarkan sepi. Memang dia tak rasa gembira. Sedikit pun tidak. Macam mana
hendak gembira, kalau yang menghantar pemergian Asma tadi hanya wajah sedih
Puan Amina dan Encik Bohari.
“Jangan
risau… Qaiser akan hantar Asma selamat ke destinasi.”
Iman
Anas berpeluk tubuh di sisi Anis. Melihat kereta Qaiser yang sudah hilang dari
pandangan mata.
“Rajin
pula dia nak menghantar, sampai saya nak ikut pun dia tak bagi…” Anis seolah
berkecil hati. “Entah-entah dia nak pergi hantar Asma dekat tempat lain!” Anis
menjadi ragu.
“Anis…”
tegur Iman Anas tidak senang. “Qaiser tu adik saya. Bakal ipar awak… takkan dia
nak buat macam-macam dekat Asma pula. Jangan terlalu berprasangka, tak elok!”
Anis
menjeling. Terasa disindir. Memang dulu pun dia berprasangka dengan Iman Anas.
Tapi nasib keadaan itu sudah dibetulkan. Terasa masalah datang bermusim. Hilang
satu, diganti satu. Dan lagi satu masalah sudah sedia menunggu. Hendak dicakap
kepada Iman Anas, terasa berat bibir untuk menyebut.
“Cakaplah…”
Anis
terpinga bila Iman Anas menyuruh dirinya berbicara.
“Saya
tahu awak ada benda nak cakap… sebab nampak gelisah aje dari tadi.”
Anis
menelan liur lagi.
Macam
mana hendak dicakap? Hendak dimulakan daripada mana?
“Kalau
saya cakap, awak jangan kecik hati pula…”
“Hati
saya pun bukan besar mana untuk mengecut secara tiba-tiba.” Bicara Iman Anas
dengan nada yang selamba. “Cakaplah… saya sedia nak dengar. Kalau awak nak
cakap, kita tak jadi kahwin awal tahun depan pun… saya sedia nak dengar.”
Anis
tersentak. Matanya terus berkaca. Iman Anas… dia benar-benar tidak menyangka!
Memang Asma buat silap tapi sekurang-kurangnya kelurga Anis dan Iman x singkirikan dia itu dah terlebih baikkk... saling membantu...
ReplyDeleteAsma perlukan ruang untuk dia berfikir... betul juga cadangan Qaiser tu..
Iman Anas memahami Anis sebab tu Iman tahu Anis hendak tangguhkan perkahwinan atas sebab Asma kan...
sweettttt betul Iman ni kan Anis....
memang seronok rasanya bila ada org yg dpt memahami diri kita (sambil mata terkebil2 gaya cute tak hengat)
ReplyDelete-chah husain-
Eh eh Anas pencinta haiwan ni mmg understanding ke nak spend more time ngan cinta mati cik Anita dia tu kehkehkeh
ReplyDeleteBaik sangat Iman Anas ni....ni yg wt xtahan ni
ReplyDeleteowh tu rupenye cadangan qaiser... ingtkan apa la... tapi ok jugak cadangan dia hantar asma keje kat taska... sekurang-kurangnya asma tak akan kena caci sebab orang kat sana tak tau yang dia mengandung anak luar nikah...
ReplyDeletealahai..anis nie comel sgt lah...iman anas confirm boleh lupakan anita hehehe
ReplyDeleteBest... #^_^
ReplyDeleteIngatkan qaiser cdg nk kawin dgn asma..hehe..tp syukur family iman fhm mslh family anis
ReplyDeleteBorgata Hotel Casino & Spa - DRMCD
ReplyDeleteBorgata Hotel Casino 안동 출장마사지 & 전주 출장안마 Spa is a premier gaming destination, offering a variety of entertainment 목포 출장샵 and a variety of dining options. 화성 출장마사지 Rating: 4.2 · 921 reviews 여수 출장마사지