MEMANG
itu pun yang hendak dikatakan oleh Anis. Mana boleh kahwin awal tahun depan.
Kandungan Asma sudah mencapai usia sembilan bulan. Pasti akan menunggu masa
untuk bersalin pula. Takkan hendak diadakan majlis pada masa itu seperti yang
telah dirancangkan.
“Kita
tangguh, boleh…” Anis mengetap bibir. Sebenarnya, dia terasa sangat berat hati
untuk menangguhkan apa yang telah dirancang. Bimbang, tak jadi terus.
“Kalau
tangguh, nak buat bila?” soal Iman Anas.
“Pertengahan
tahun, boleh?”
Iman
Anas menggeleng. “Tak boleh.”
Mata
Anis pula yang membulat. “Kenapa?” Risau mulai memuncak. Jangan Iman Anas
hendak berkata batal terus pula. Memang dia akan meraung secara spontan di
sini.
“Saya
nak ajak Anis pergi Sepilok, awal tahun depan…” tutur Iman Anas. Dan rasanya
itulah jawapan untuk soalan yang diajukan. Biarpun Anis nampak terpinga-pinga.
Tetapi itu sudah ada dalam rancangan program kaji selidiknya.
“Macam
mana saya nak ikut? Kita tak sah lagilah…” protes Anis.
“Kita
kahwin bulan depan.”
Anis
terlopong. Terkejut dengan ajakan spontan. Terkejut dengan pelawaan yang meniti
daripada bibir Iman Anas. Terkejut sakan sampaikan terlupa nak ingat.
“Bulan
depan kan puasa… awak jangan nak merepeklah.” Marah Anis. Terasa dimain-mainkan
pula.
Tetapi,
tidak terasa yang Iman Anas sedang bermain-main dengan ajakan kahwin itu. Wajah
lelaki itu tenang dan tegas.
“Minggu
depan?”
“Hah???”
Ini
baru betul, Anis terkejut besar.
SENYAP
sahaja keduanya. Perjalanan yang hanya ditemani alunan radio itu terasa begitu
lama. Sesekali, terdengar juga Asma mengeluh.
“Kenapa?
Awak tak suka ke nak pergi sana?” soal Qaiser ingin tahu.
Rasanya
tidak salah dia hendak mengorek rahsia hati gadis itu. Tadi lagi dia sudah
bertindak untuk meminta maaf dengan Asma agar tidak berkecil hati dengan
kata-katanya tempoh hari. Sesungguhnya dia malu dengan diri sendiri yang
bersikap sinis tanpa prihatin dengan perasaan Asma.
Asma
menggeleng. “Bukan tak suka… tapi hati ni, entahlah. Sekali dah buat salah…
rasa bersalah buat selamanya. Walaupun emak dengan abah dah maafkan saya dan
terima seperti biasa.”
Qaiser
menarik senyum.
“Lumrah
manusia… bila buat salah, tak mudah untuk hilangkan perasaan tu. Salah ni
seolah luka yang hilangnya meninggalkan parut. Bila nampak parut tu, automatik
kita akan teringat penyebab luka…” Qaiser berjeda seketika sebelum menyambung.
“Yang lebih penting daripada tu, kita akan ingat pengajaran yang kita dapat
daripada luka tu…” perlahan Qaiser berkata.
Matanya
sudah menjeling sekilas pada Asma. Jelas di matanya, wajah Asma sudah berubah
warna. Mungkin malu kerana ada ungkapan daripada bibirnya yang seolah
mengingatkan kisah yang tidak ingin dikenang oleh gadis itu.
“Saya
tau, saya tak patut dengan mudahnya percayakan lelaki…” balas Asma.
“Salah
tu… bukan tak patut percayakan lelaki. Kalau macam tu, sekarang ni dengan saya
pun awak tak boleh percaya…” Qaiser cuba bersenda. Tetapi ayat daripada Asma
terus mengkakukan bibirnya. Terzip bibir tanpa disuruh.
“Memang
tak percaya pun.”
Wajah
Asma yang selamba hanya menambahkan kedu di wajah Qaiser. Bibirnya dikemam
kuat. Amaran dilagukan dalam otak. Jangan cakap dah!!!
Dan
perjalanan yang berbaki diteruskan tanpa sebarang suara. Asma juga selamat
dihantar ke Taska Cahaya Gemilang yang terletak di seksyen 20 Shah Alam.
“Jaga
diri, Asma…” pesan Qaiser.
Asma
senyap sahaja sambil melilaukan pandangan mata ke kawasan perumahan itu.
Kelihatan sunyi. Mungkin disebabkan hari cuti, maka semua pun memilih untuk
berehat di dalam rumah.
“Apa-apa
hal, jangan lupa telefon rumah. Kalau ada masalah, cakap terus dengan mereka.
Kalau rasa berat sangat, cerita dengan saya pun tak apa…” Qaiser terus menambah
kata nasihatnya walaupun tidak mendapat sebarang respon daripada Asma.
“Qaiser…
jangan risaulah! Dia bukan sorang dekat sini. Aku ada lagi dua orang pekerja.
Semuanya okey… Asma akan okey dekat sini. Kau boleh tak percayakan aku?”
Seorang
gadis tinggi lampai yang berbaju blaus dan berskirt labuh muncul dengan
senyuman lebarnya. Tangannya sudah dicekak ke pinggang sambil membiarkan mata
terpaku di wajah Qaiser.
“Trust me, will you?” pinta gadis itu.
“Sekalipun
tak percayakan aku dan tak sanggup nak pilih aku jadi teman hidup. Percayalah
aku sebagai majikan yang berdedikasi.” Tambah Hanina dengan senyuman memerli.
“Nina…”
Hanina
tidak mempedulikan panggilan Qaiser yang meleret panjang itu. Dia tahu, lelaki
itu hanya akan marah bila dia terus-menerus mengungkit fakta tidak dipandang
oleh Qaiser selepas segala percubaan menarik perhatian yang dijalankan olehnya.
“Hai
Asma, saya Hanina. Just call me, Nina.”
Hanina menghulurkan tangan pada Asma. Jemari mereka bertaut seketika.
Hanina
kembali memandang Qaiser. Bibirnya sekali lagi mengoyak senyuman lebar. “Baik
ya kau, jaga kebajikan rumahtangga orang… tapi diri sendiri belum berumahtangga
lagi.” Sindir gadis itu. Terasa bahagia bila dapat melakukannya kepada Qaiser.
Biar lelaki itu tahu, sampai bila pun Hanina tetap akan sakit hati!
“She’s like my sister… tolong tengokkan
dia ya, Nina… I am putting my trust on
you.” Redup mata Qaiser mengerling sekilas pada Hanina. Bibir itu cuba
berbicara dengan telus biarpun Hanina lebih suka menyindirnya.
Senyuman
ikhlas dari bibir Hanina memberikan kelegaan buat Qaiser. Dia tahu, macam mana
sekalipun, dia pasti boleh percayakan Hanina.
GAGANG
telefon itu sudah berpindah kepada Puan Amina pula. Wanita itu mendengus manja
sebelum memulakan bicara. Entah apa sahaja yang dibualkan oleh Anis lama sangat
dengan Asma. Sekarang baru peluangnya pula.
Sebaik
sahaja mendengar suara anaknya itu, terasa hendak luruh jantung. Seminggu
berlalu, baru kini dapat mendengar suara itu.
“Mak,
jangan risau tau… Asma seronok sangat dekat sini. Ada banyak budak. Ada
adik-adik yang baik. Ada bos yang baik. Semua jaga Asma elok mak… kerja Asma
pun tak berat sangat. Setakat masak untuk 25 orang makan…” Celoteh Asma
kedengaran.
Puan
Amina tersenyum memandang Anis. “Eloklah kalau Asma suka duduk sana… tapi kalau
ada masalah, jangan tak cakap dengan mak pulak. Jaga diri dan kesihatan Asma
tu… baby pun jangan lupa, makan yang
berzat. Kalau tak cukup duit, cakap dengan mak… nanti mak pesan dengan abah
suruh masukkan duit.” Nasihatnya tanpa henti. Dua, tiga kali diulang pesanan
itu.
Sehingga
ketawa Asma menampar cuping telinga. “Mak… jangan risaulah. Asma kerja dekat
sini. Gaji pun okey. Setakat nak belanja untuk makan, tak ada masalah.”
“Iyalah…”
Puan Amina akur juga.
“Mak…”
perlahan suara Asma seakan hendak berbisik. “Pesan dengan Kak Anis, tak
payahlah risaukan Asma… kalau Abang Iman nak bernikah dengan dia awal, nikah
ajelah. Asma tak kisah kalau tak ada dekat sana… betul ni mak, Asma tak kisah.
Dia asyik fikir perasaan Asma kalau tak dapat datang majlis dia.”
Asma
meluahkan rasa hatinya. Terasa jika dia menjadi penghalang untuk tautan
hubungan halal itu, dia hanya bersikap mementingkan diri sendiri.
“Takkan
Asma tak nak ada dekat sini?” Puan Amina juga seakan tidak bersetuju. “Ini
majlis pertama dekat rumah kita, mestilah Anis nak semua orang ada…”
“Mak…
kalau dia nak tangguhkan jugak, Asma lagi sedih.”
“Mana
boleh macam tu… mak rasa…”
“Tak
apalah kalau semua tak nak faham permintaan Asma.”
Talian
terus dimatikan. Puan Amina pula yang serba salah. Anis dengan kedegilannya.
Asma pula dengan kepalanya. Tapi Puan Amina faham perasaan Anis dan Asma. Cuma
kalau hendak dipenuhi kedua permintaan itu serentak, pastinya mustahil.
“Dia
cakap apa mak?” soal Anis ceria. Walaupun dia juga sempat berbual dengan Asma
sebelum itu.
“Dia
nak Anis nikah awal macam yang Iman minta…” tutur Puan Amina sambil meletakkan
gagang telefon kembali ke tempatnya.
Riak
wajah Anis berubah. “Mak tahu kan, apa keputusan Anis…” Anis jelas tidak
berpuas hati. Pendiriannya tetap sama. Lagipun Iman Anas tidak pula memaksa.
Dan Iman Anas faham kenapa dia hendak menangguhkan majlis mereka. Iman Anas
faham dan tidak kisah.
“Anas
pun tak kisah mak…” sambung Anis lagi.
“Betul
ke dia tak kisah?”
Dan
Anis terkedu. Err… Iman Anas betul tidak kisah kan? Hatinya kini mula meragui.
“Kalau
Anis tanya mak… daripada apa yang mak nampak…” Puan Amina berjeda.
Anis
sudah kecut perut memikirkan apa yang dinampak oleh emaknya.
“Iman
memang faham… tapi, cuba bayangkan, dia yang sebelum ni kata Puan Rohani susah
nak setuju bab kahwin, tiba-tiba dia sendiri nak ajak Anis percepatkan tarikh
nikah… tapi Anis pula tak nak. Anis rasa apa?”
Puan
Amina berlalu meninggalkan Anis dengan ayat tanya itu. Anis jelas
terpinga-pinga. Terasa hendak mengetuk kepalanya. Terasa dia yang bersikap
pentingkan diri sendiri. Iman Anas sudah menunjukkan usaha yang baik. Anis pula
yang bersikap tidak serius dengan menidakkan usaha baik itu.
Telefon
bimbit yang tersadai di atas sofa dicapai segera. Nombor Iman Anas didail.
Apabila talian bersambung, tanpa salam Anis sudah mengajukan soalan. Kalut
sungguh!
“Kenapa
awak nak kahwin awal?”
“Err…
Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam…
cepat jawab,” kalut sahaja Anis menyuruh.
“Disebabkan
Anis pun tak nak kahwin awal, jadi saya tak perlu jawab kot.”
Anis
mengetap bibir. Sebelum ini, nada Iman Anas seolah tidak kisah. Tapi bila
didengar sekarang, sepertinya… Anis harus mengkaji semula.
“Anis…”
Suara Iman Anas masih di situ. Dan Anis menunggu butir kata seterusnya. Tetapi
seminit yang berlalu, sepi sahaja yang menerpa telinga. Anis sudah terfikir
untuk mematikan talian. Namun, telinga diketuk kembali dengan suara Iman Anas.
“Kalau
dah sampai seru… awal ke, lambat ke… bernikahlah kita. Tapi kalau dah tersurat
bukan Anis untuk Iman Anas, cepat atau lambat perancangan kita, tak menjadi
juga.”
Tersentak
Anis. Seakan direntap tangkal jantung.
“Kenapa
cakap pasal tak jadi pulak?” Anis sudah menggelabah. Dari duduk, berdiri
jadinya. Disebabkan panik, spontan sahaja bibirnya berkata. “Okey… okey… kita
kahwin, awal! Macam yang Anas nak… saya tak kisah langsung.” Ucapnya kalut.
Wajah sudah hampir pucat. Bibir diketap berkali-kali. Gemuruhnya jiwa, usah
ditanya.
Namun,
langsung tidak disangka.
Iman
Anas ketawa bersungguh-sungguh.
Sekali
lagi… Anis hanya mampu melopongkan mulut. Ciskek
punya Iman Anas! Bahagia sungguh dia dapat kenakan aku.
“BETUL
ke apa yang mak dengar?” soal Puan Amina sebaik menghidangkan air kopi di atas
meja. Wajah Anis dipandang bagai hendak ditembus ke dalam otak. Dia sendiri
tidak dapat meramal apa yang ada dalam fikiran anaknya itu.
Anis
mengjungkit kening bertanya.
“Anis
dah setuju nak nikah lepas raya?” soal Puan Amina lagi.
Laju
sahaja soalan itu bersambut dengan suara Adila dan Bahar.
“Akak…
apa ni? Masa tu dah la sibuk exam…”
Keduanya merungut serentak. Membebal seketika dengan keputusan yang tidak
disangka itu. Hari itu dengarnya Anis beria hendak menangguhkan majlis sehingga
pertengahan tahun depan. Sekarang, tup… tup… lepas raya. Bermakna hanya ada
sebulan lebih sahaja!
Anis
terus memandang wajah Puan Amina, terasa tawar pula hati dengan keputusan yang
diberi. Adik-adiknya tidak selesa dengan tarikh yang dipilih. Bukan itu yang
Anis mahu.
Puan
Amina menggelengkan kepala. Susah kalau hendak diadakan majlis dan harus
disemak jadual semua manusia yang berada dalam rumah. Jadual mereka itu lebih
penting daripada jadual pengantin itu sendiri.
“Biarlah…
nak buat majlis nikah aje pun. Bukan kenduri meriah pun… Adila dengan Bahar
takkan nak tunggu sehari sebelum exam
baru nak pulun belajar? Awal-awal bersiap sedialah.” Puan Amina melahirkan
pendapatnya.
Bahar
mencebik manja. Dia tahu sangat tentang tahap konsentrasi otaknya kalau ada
majlis di rumah. Tambah pula ini majlis perkahwinan kakak sulungnya.
Adila
mengangguk lemah. Walaupun kerjanya hanya ulangkaji tidak kira siang atau
malam. Tetapi disebabkan peperiksaan percubaan yang akan berlangsung pada ketika
itu, jantungnya sedikit gemuruh.
Dan
mengadakan majlis dalam tempoh itu bukanlah suatu cadangan yang bernas. Tetapi…
memandangkan yang akan bernikah dengan Anis adalah Iman Anas, maka, Adila redha
sajalah.
“Puan
Rohani pun dah telefon mak tadi pagi… hujung minggu ni mereka datanglah nak
bincang apa yang patut. Sebelum puasa kenalah selesaikan apa yang boleh. Tak
adalah kelam kabut sangat… abah pun dah cakap okey.” Maklum Puan Amina.
“Anis
ikut aje mak…” Anis sudah bangkit dari duduknya. Beg tangan di atas dicapai.
Setelah bersalaman dengan Puan Amina, dia
hendak berlalu.
“Anis…”
“Ya
mak…” Anis berpaling semula.
“Muka
tu janganlah monyok sangat macam kena paksa kahwin. Jangan risau, semua orang
akan gembira masa majlis Anis.” Puan Amina tersenyum manis. Dan ia berbalas
dengan senyuman hambar daripada anaknya itu.
Anis
terus melangkah. Langsung tidak mahu difikirkan majlis nikahnya yang tidak akan
diceriakan dengan wajah adik-adik kesayangannya. Sorang tak nak hadir langsung.
Lagi dua orang sibuk dengan peperiksaan pula.
“Tengok…
kan Kak Anis dah sedih.” Tegur Puan Amina pada Bahar dan Adila. “Dah la Asma
tak nak datang, kamu berdua pulak sibuk exam.
Macam tak ada siapa aje sudi nak datang… kesian dia.”
Adila
mengerling pada Bahar, rasa bersalah mudah sahaja menyelinap dalam jiwanya.
Tetapi si Bahar, selamba sahaja menyuap nasi lemak, sepertinya tiada apa
berlaku di situ. Padahal Anis berlalu tanpa meminum seteguk air pun.
PINTU
bilik masih berkunci. Lantas Kamilia mengeluarkan kunci dari tas tanganya. Anis
pasti belum tiba. Tombol pintu dipulas dan pintu dibuka seluasnya. Hampir
terjerit Kamilia apabila Anis juga bersedia membuka pintu daripada dalam.
Melihat
raut wajah Anis pada pagi ini, Kamilia menjadi pelik.
“Kau
tersilap pilih ikon untuk apply pada
muka ke? Monyok masam ni dah kenapa?” soal Kamilia. Serentak itu dia menutup
pintu bilik mereka rapat.
Menanti
bibir Anis bercerita. Kamilia mula mengemaskan sedikit bahagian sisi mejanya
yang diletakkan beberapa fail dan tugasan pelajarnya. Diambil dan diletakkan
dengan teliti pada rak di sisi meja. Sambil telingan menangkap bunyi bicara
daripada Anis.
“Hah…
bagus sangatlah, kahwin! Habis yang muka macam tempe ni kenapa? Kau ni, cuba
jangan runsingkan kepala aku pagi-pagi ni. Hal Asma pun dah selesai. Dia pun happy. Kau tu, tak reti-reti nak
bahagiakan hati sendiri?” soal Kamilia serius.
Bukan
sempat Anis menjawab, Kamilia menyampuk kembali. “Kalau pasal adik-adik kau,
tak payah risaulah. Aku boleh ambil alih tiga tempat kosong tu. Jadi pengapit.
Jadi adik. Jadi tukang makan. Semua, pakej lengkap… kau takkan dapat daripada
kawan lain, melainkan kawan sebaik aku!” Kamilia mengenyitkan matanya nakal.
“Kau
ni, main-main!” Anis mencebik. Tiada semangat.
“Entah-entah,
adik-adik kau sengaja nak prank kakak dia orang ni… bukan boleh percaya. Adik
kau, macam kau jugaklah…” sekali lagi Kamilia mengusik.
Anis
terus memegang kepala. Prank apanya?
Kepalanya yang sudah rasa macam nak crank!
_______________
eh, nak abis dah ke? ;)
sorry ya, lambat sangat upload ni.
Thanks umi...hari2 dok jengah blog ni..
ReplyDeleteBagusnya ada kwn mcm kamilia tu. kehkehkeh comel je bila Anis gelabah takot tak jdi kawen ngan Anasnya. Yay mike kawen :))))
ReplyDeletetau pn nk gelabah anis ni bila iman kata gtu ye..hailah, cepat lah langsung mjls diorg ni
ReplyDeletehehehe... tahu takut Anis bila Iman Anas jawab macm tu... kira ok lah Iman Anis nak cepatkan perkahwinan jadi masalah Anis akan dapat Iman Anas kongsi bersama ... Iman Anas sebenarnya risau tengok Anis .... bsettt...
ReplyDeletebile nak sambung cite ni...
ReplyDeleteyeay... jd gak anis ngn iman anas kawen awal...
ReplyDeletenak lagi.....
ReplyDeleteMna Anas ngan Anis ni? Dah 5 hari mengilang... Dah pi nikah kat Siam ke? Alahai tak merasa nasik minyak la kitaorg huhu
ReplyDeleteari2 bukak blog ni..bila nk sambung ye che writer??
ReplyDeletewat hepen umi? buat bskut ke?
ReplyDelete