“SAYA
memang belum kahwin lagi… tapi awakkan tunang orang.” Fairuz terpaksa mengalah
dan menjawab juga. Anis berkali-kali pula menyoalnya kerana Iman Anas terus
statik di belakang mereka tanpa sebarang isyarat.
Anis
ketawa. “Memanglah saya tunang orang… awak ni fikir apa? Saya ada lagi dua
orang adik perempuan okey… melepaslah saya nak jadikan awak adik ipar!”
sambungnya dengan rasa lucu. Boleh pula Fairuz terfikirkan begitu.
Dan
mendengarkan jawapan yang diberikan oleh Anis, Fairuz melepaskan nafas lega.
Terselamat mukanya daripada menjadi mangsa tumbukan Iman Anas jika tersalah
dialog yang dilafazkan oleh Anis.
“Ingatkan
awak nak kahwin dengan saya pulak, hampir heart
attack jugak.” Gumam Fairuz perlahan. Anis sahaja bergembira, sedangkan
hatinya sudah berdetak laju. Nanti lari pula plot cerita kalau dia masuk campur
dalam hubungan Anis dan Iman Anas.
“Taste saya yang macam Anas aje…” jawab
Anis jujur.
Dan
Fairuz menyambut dalam hati, padanlah kome
berdua!
“Tapi
kan, apa yang buat awak berkenan dengan Iman?” sengaja Fairuz menyoal begitu.
Iman Anas di belakang juga seakan ingin tahu. Dan dia rasa, Iman Anas harus
membalas jasa baiknya untuk yang bertanyakan soalan itu. Soalan yang Iman Anas
pun tidak tahu apa sebabnya.
“Tak
ada sebab untuk saya tak berkenan dengan dia.”
Terkesima
Iman Anas mendengarnya.
Fairuz
mengerutkan dahinya sedikit. Ayat itu kedengaran serupa tetapi tidak sama. Sama
seperti jawapan Iman Anas ketika ditanyakan tentang Anis buat pertama kali.
Memang berjodoh sungguh dua makhluk yang aneh ini. Anis dengan caranya. Iman
Anas juga punya cara yang tersendiri. Tetapi mereka dipertemukan juga atas
aturan Ilahi. Siapa mampu menyangka?
“Dan
mungkin awak dah jumpa sebab untuk tak berkenan dengan saya.” Suara yang seakan
hendak mencari gaduh itu sudah mencelah.
Anis
terkejut. Hampir terlompat dia mendengar suara itu. Melihat Iman Anas di depan
mata, membuatkan semua semangat yang ada terbang pergi macam itu saja. Wajah
Fairuz dipandang seakan hendak bertanya. Bukankah dikatakan Iman Anas bercuti
hari ini? Buat apa pula di sini? Tetapi suara seakan tersekat di kerongkong.
Sepi
seketika ruang antara tiga jasad itu.
Iman
Anas yang melihat Anis tidak bersuara, terus memerhatikan tangan Anis yang
tertutup dengan lengan blaus labuh itu.
“Tangan
awak okey ke?” soal Iman Anas dengan nada merendah. Risau kembali terasa.
Anis
pula terpinga-pinga. Tangan dia kenapa? Dan dia sendiri tidak tahu kenapa.
Fairuz
pura-pura tidak mendengar. Diketap bibirnya agar tidak terlepas tawa. Iman
Anas, secepat itu munculnya. Ini muka yang cakap pasrah beberapa hari lepas
dengan keputusan Anis yang hendak minta putus kononnya.
“Tangan…”
balas Anis sepatah.
“Fairuz…
kau dah bawa dia pergi klinik belum?” jerkah Iman Anas. Melihat Fairuz sudah
tertunduk dan menekup mulut, tahulah Iman Anas… ini semua satu muslihat. Wajah
Anis yang bingung itu menjawab persoalan. Belum sempat Iman Anas melontarkan
suara yang lebih kuat, Fairuz terlebih dulu memintas.
“Kau
ni… mana boleh bawa Anis masuk dalam kandang sesuka hati. Ini bukan harta benda
kita sendiri. Hanya orang tertentu yang boleh masuk, takkan kau tak tahu?” soal
Fairuz dengan senyuman nipis. Sedikit
sahaja muslihat, Iman Anas terkandas.
“Tapi
gambar tadi…” Iman Anas tidak jadi menyudahkan ayatnya. Bibirnya diketap kuat.
Sekali lagi, dia terkena dengan camera
trick si Fairuz. Dulu juga ada sekali dia dikenakan. Wajah Fairuz dijeling
tajam. Tetapi temannya hanya ketawa. Cuma Anis sahaja masih bingung tidak
mengerti apa cerita antara mereka. Melihatkan wajah itu, Iman Anas tidak mampu
menahan senyumnya. Kartun dah masuk kandang semula!
“YANG
awak ni, suka sangat datang zoo sekarang kenapa?” Iman Anas kembali menyoal
dengan dinginnya.
Anis
mencebik. Tadi di hadapan Fairuz, bukan main manis lagi lidah Iman Anas. Konon
dia hendak menggantikan Fairuz dengan menemani Anis pula. Tapi setelah jauh
sedikit, Iman Anas mula menjadi singa. Memang padan sangat dengan sikapnya yang
sukakan Anita itu. Sudah melekat perangai suka mengaum macam singa.
“Awak
bukan cuti ke hari ni, kenapa datang sini?” sengaja Anis memesongkan soalan.
Tidak
mahu menjawab pertanyaan Iman Anas selagi dia tidak mendapat jawapan. Biarpun
tanpa jawapan pun hatinya sudah disapa rasa bahagia. Tidak langsung disangka,
Iman Anas akan begitu risaukan dirinya.
Memikirkan
itu, Anis tersenyum. Sisi Iman Anas dipandang. Serentak, lelaki itu juga
mengalihkan wajah dan memandang dirinya. Anis masih tersenyum.
“Thanks sebab risaukan saya…” tuturnya
lembut.
“Saya
risaukan Anita aje. Patah pulak gigi nanti kalau betul dia gigit awak. Bukan
ada isi pun…” perli Iman Anas.
Anis
tergelak kecil. Tidak kisah langsung dengan ungkapan yang dituju Iman Anas
kepada dirinya. Sudah jelas dan bersuluh. Anis bukan buta untuk membacanya.
Tetapi kalau Iman Anas tidak mahu mengaku, Anis tidak boleh berkata apa. Dia
tidak kisah pun. Yang penting sekarang, Iman Anas ada di depan matanya. Dan dia
harus meminta maaf dengan kadar segera. Tidak mahu memanjangkan masalah. Dan
tidak mahu memanjangkan cerita.
“Saya
nak minta maaf dengan Anas. Sorry
sebab kepala saya ni kreatif sangat bab nak berfikir yang bukan-bukan tentang
awak. Harap awak maafkan saya…” Anis cuba untuk melemahkan nada suaranya. Wajah
yang ditambah perisa dengan gaya innocent
yang paling bertauliah. Mohon, Iman Anas cair!
“Awak
ingat senang-senang aje saya nak maafkan?”
Iman
Anas terus melangkah meninggalkan Anis terpacak di tempat berdirinya.
Dan
Anis mencebikkan bibir. Aduh, susah juga ke? Kalau macam ini baik dia minta tip
daripada Fairuz terus macam mana hendak memujuk Iman Anas. Sedang semua perkara
tentang Iman Anas, Fairuz tahu. Takkan bab merajuk, pujuk ini dia tak tahu kan…
Baru
sahaja Anis ingin berpaling mencari Fairuz. Langkahnya terbantut.
“Dah,
jom balik! Fairuz tu ada banyak kerja nak buat selain daripada jadi penasihat
tak bertauliah awak.”
Tersindir
Anis dengan ungkapan itu. Wajah Iman Anas yang selamba menantinya dijeling sekilas.
Mujur ada Fairuz yang sudi berkongsi maklumat tentang Iman Anas. Kalau harapkan
Iman Anas sendiri yang menceritakan semua itu, dalam mimpi saja kot.
“Awak
baliklah dulu… saya boleh balik sendiri. Saya datang naik kereta.” Anis
berpaling kembali. Disangkanya Iman Anas akan pergi sahaja. Tapi suara itu
menampar deria pendengarannya kembali.
“Ya,
awak datang naik kereta. Dan saya datang naik teksi… sebab kereta tak boleh nak
start tiba-tiba. Sekarang boleh tak,
tunang awak ni nak tumpang sampai rumah dia? Itu pun kalau Cik Anis tak
keberatanlah untuk tumpangkan Anas balik rumah…”
Membulat
biji mata Anis dek kerana teruja dengan ayat yang dituturkan oleh Iman Anas. “Anything for Anas.” Laju sahaja Anis
menyahut. Senyum sudah lebar sampai ke telinga.
Beriringan
mereka berjalan ke kereta. Iman Anas senyap sahaja. Tetapi Anis tidak kisah.
Hatinya sudah lega. Dia sudah boleh bekerja seperti biasa. Tanpa sebarang rasa
bersalah yang membelenggu jiwa. Apa barang berselisih faham lama-lama, kan?
Mujurlah Iman Anas mudah juga menerima kata maafnya.
Sampai
sahaja di kereta, kunci sudah diberikan kepada Iman Anas. Lelaki itu pula
menjungkitkan kening, pelik.
“Pandulah!”
Arah Anis selamba. Macam dah lupa diri pula, baru tadi menerima kemaafan.
Sekali lagi hendak buat hal. Memang takkan insaf!
Iman
Anas tidak banyak bicara. Dicapai sahaja kunci yang diberi. Sebaik sahaja masuk
ke dalam perut kereta. Anis masih tercegat di luar. Tak mahu balik pula ke?
Cermin
diturunkan. Iman Anas menunduk sedikit mencari wajah Anis di luar kereta.
“Bercita-cita nak tidur dekat zoo ke? Kalau ya, saya balik dulu.” Iman Anas
sudah bereaksi hendak memandu kereta. Cekap sahaja tangan menolak gear, masuk
ke ‘D’. Serentak itu pintu sebelah ditutup rapat.
“Saya
belum terfikir nak tukar profesion. Dan tak nak la saya duduk sebumbung dengan
madu…” tutur Anis dengan seriusnya. Matanya meliar seketika pada kawasan
sekeliling yang berhiaskan tumbuhan hijau itu.
“Madu?”
Dahi Iman Anas berkerut.
“Anita.”
Jawab Anis selamba. “Dah, jom balik! Tak pasal nanti madu saya panggil awak
masuk dalam semula…” sambungnya lagi dengan wajah seriusnya.
Iman
Anas terus kemam bibir. Tidak mahu terlepas tawanya. Anis ini, ada-ada saja
yang hendak difikirkan.
Kereta
mulai bergerak dengan kelajuan sederhana. Iman Anas fokus sahaja pada
pemanduan. Sama sahaja seperti pertama kali Anis menaiki kereta Iman Anas.
Suasana itu sunyi dan sepi. Langsung tiada siapa yang bersuara. Dengan keadaan
yang sepi ini, Anis mulai tidak senang duduk. Teringat pula kata-kata Fairuz…
Iman Anas tidak akan memulakan bicara jika tidak perlu. Dan kalau begitu,
memang akan selamanya ‘bisu’.
“Fairuz
ada bagitahu something tadi…” Sengaja
Anis ingin menarik Iman Anas untuk bersuara.
“Hurmmm…”
Itu
saja respon Iman Anas. Anis menjeling ke luar. Huh! “Dia bagitahu kenapa awak
suka dengan singa…” ujar Anis sambil mengerling wajah Iman Anas yang pada saat
itu sudah berubah warna.
“He did tell you that?” Iman Anas
terkejut. Fairuz memang betul akan makan penampar sulungnya.
Anis
mengangguk. Dan tiba-tiba dia terasa hendak mengetuk kepala sendiri. Apa perlu
dia bicarakan tentang fakta kenapa Iman Anas sukakan singa di saat ini? Masa
Fairuz cerita tadi pun dia terasa geli. Terus hilang mood untuk bersembang
lagi.
KERETA
Anis diberhentikan di depan pintu pagar rumah Puan Rohani. Anis hendak
bertanya, tetapi tidak jadi untuk bersuara. Mungkin Iman Anas sudah hilang
rajuknya. Mungkin.
“Jom
masuk dalam…” ajak Iman Anas.
“Hah?”
“Apa
hah? Masuk dalam… cakap dengan mak, saya ni normal. Bukan lelaki pelik macam
yang awak duk fikir. Mak yang dulu risau fikir takut saya kena baham dengan
singa, lepas dengar fakta pelik daripada awak, terus mak tak bagi saya kerja
dekat sana… so Anis, please… nyahkan
fakta pelik tu daripada minda mak sebab saya tak bercadang pun nak tinggalkan
madu awak.” Selamba Iman Anas menekankan perkataan hujung itu.
“Tapi
betul ke awak tak ada perasaan dengan Anita?” Anis menyoal lagi soalan itu.
Dan
Iman Anas mengetap bibirnya. Geram. “Anis…”
Anis
mengerdipkan mata. “Acah aje…” bibirnya tersengih. Tali pinggang keledar
dibuka. Sebelum keluar dari perut kereta, sempat lagi dia menuturkan kata. “Tapi
tolonglah cari reason lain untuk awak
nak suka dengan singa. Saya dengar Fairuz cakap tadi, macam geli pulak…”
selamba Anis berkata. Dan berlalu keluar dari kereta. Rumah Iman Anas dah jadi
macam rumah sendiri pula.
Sementara
Iman Anas masih dalam kereta. Tergamam. Laju tangannya menepuk dahi. Fairuz
memang akan kena dengan dia, sebab mewar-warkan fakta itu.
fakta apa eh yg fairuz cita kt anis..gelak je baca anis n anas ni...ada cara tersendiri tuk ngaku rasa hati
ReplyDeletehahaha... comeynya anis dan anas ni.. :-p
ReplyDeletememang xsangka jawapan anis mcm tu.. hehehe.. so sweet~~ ^_^
anisa91
sweet je couple nih..esok nak lagi ye umi
ReplyDelete-chah husain-
Pandak melawak juga anas ek?hihi
ReplyDeleteAnas dan Anis ni memang sweet betull...
ReplyDeleteAnas dan Anis ni kalau nak cakap x payah nak jaga hati sangattt... cakap ja apa yg dia rasa ada dalam otak yg berfikir... sama-sama lurus x ada nak fikir ... ADA AKU KISAH HATI KAU... hahaha
suka sungguh dgn novel ni... Lain drp yg lain...
ReplyDeleteBestttttttttt
ReplyDeletebest2.......nk lg
ReplyDeleteGud job gal, being reading ur stories very nice! Keep writing!! Btw I'm Egerly waiting for the next entry ;) -SW-
ReplyDelete**been
Deleteejaan salah untuk "war-war" ------ sepatutnya "ur-ur".semak kamus dewan.
ReplyDeletehahaha... senyum je bace bab ni...
ReplyDeletenmpknye dorg masih lg tunang la en...
nk lg. besttt
ReplyDelete