Skip to main content

Tidak ku sangka 13



“SAYA memang belum kahwin lagi… tapi awakkan tunang orang.” Fairuz terpaksa mengalah dan menjawab juga. Anis berkali-kali pula menyoalnya kerana Iman Anas terus statik di belakang mereka tanpa sebarang isyarat.
Anis ketawa. “Memanglah saya tunang orang… awak ni fikir apa? Saya ada lagi dua orang adik perempuan okey… melepaslah saya nak jadikan awak adik ipar!” sambungnya dengan rasa lucu. Boleh pula Fairuz terfikirkan begitu.
Dan mendengarkan jawapan yang diberikan oleh Anis, Fairuz melepaskan nafas lega. Terselamat mukanya daripada menjadi mangsa tumbukan Iman Anas jika tersalah dialog yang dilafazkan oleh Anis.
“Ingatkan awak nak kahwin dengan saya pulak, hampir heart attack jugak.” Gumam Fairuz perlahan. Anis sahaja bergembira, sedangkan hatinya sudah berdetak laju. Nanti lari pula plot cerita kalau dia masuk campur dalam hubungan Anis dan Iman Anas.
Taste saya yang macam Anas aje…” jawab Anis jujur.
Dan Fairuz menyambut dalam hati, padanlah kome berdua!
“Tapi kan, apa yang buat awak berkenan dengan Iman?” sengaja Fairuz menyoal begitu. Iman Anas di belakang juga seakan ingin tahu. Dan dia rasa, Iman Anas harus membalas jasa baiknya untuk yang bertanyakan soalan itu. Soalan yang Iman Anas pun tidak tahu apa sebabnya.
“Tak ada sebab untuk saya tak berkenan dengan dia.”
Terkesima Iman Anas mendengarnya.
Fairuz mengerutkan dahinya sedikit. Ayat itu kedengaran serupa tetapi tidak sama. Sama seperti jawapan Iman Anas ketika ditanyakan tentang Anis buat pertama kali. Memang berjodoh sungguh dua makhluk yang aneh ini. Anis dengan caranya. Iman Anas juga punya cara yang tersendiri. Tetapi mereka dipertemukan juga atas aturan Ilahi. Siapa mampu menyangka?
“Dan mungkin awak dah jumpa sebab untuk tak berkenan dengan saya.” Suara yang seakan hendak mencari gaduh itu sudah mencelah.
Anis terkejut. Hampir terlompat dia mendengar suara itu. Melihat Iman Anas di depan mata, membuatkan semua semangat yang ada terbang pergi macam itu saja. Wajah Fairuz dipandang seakan hendak bertanya. Bukankah dikatakan Iman Anas bercuti hari ini? Buat apa pula di sini? Tetapi suara seakan tersekat di kerongkong.
Sepi seketika ruang antara tiga jasad itu.
Iman Anas yang melihat Anis tidak bersuara, terus memerhatikan tangan Anis yang tertutup dengan lengan blaus labuh itu.
“Tangan awak okey ke?” soal Iman Anas dengan nada merendah. Risau kembali terasa.
Anis pula terpinga-pinga. Tangan dia kenapa? Dan dia sendiri tidak tahu kenapa.
Fairuz pura-pura tidak mendengar. Diketap bibirnya agar tidak terlepas tawa. Iman Anas, secepat itu munculnya. Ini muka yang cakap pasrah beberapa hari lepas dengan keputusan Anis yang hendak minta putus kononnya.
“Tangan…” balas Anis sepatah.
“Fairuz… kau dah bawa dia pergi klinik belum?” jerkah Iman Anas. Melihat Fairuz sudah tertunduk dan menekup mulut, tahulah Iman Anas… ini semua satu muslihat. Wajah Anis yang bingung itu menjawab persoalan. Belum sempat Iman Anas melontarkan suara yang lebih kuat, Fairuz terlebih dulu memintas.
“Kau ni… mana boleh bawa Anis masuk dalam kandang sesuka hati. Ini bukan harta benda kita sendiri. Hanya orang tertentu yang boleh masuk, takkan kau tak tahu?” soal Fairuz  dengan senyuman nipis. Sedikit sahaja muslihat, Iman Anas terkandas.
“Tapi gambar tadi…” Iman Anas tidak jadi menyudahkan ayatnya. Bibirnya diketap kuat. Sekali lagi, dia terkena dengan camera trick si Fairuz. Dulu juga ada sekali dia dikenakan. Wajah Fairuz dijeling tajam. Tetapi temannya hanya ketawa. Cuma Anis sahaja masih bingung tidak mengerti apa cerita antara mereka. Melihatkan wajah itu, Iman Anas tidak mampu menahan senyumnya. Kartun dah masuk kandang semula!

“YANG awak ni, suka sangat datang zoo sekarang kenapa?” Iman Anas kembali menyoal dengan dinginnya.
Anis mencebik. Tadi di hadapan Fairuz, bukan main manis lagi lidah Iman Anas. Konon dia hendak menggantikan Fairuz dengan menemani Anis pula. Tapi setelah jauh sedikit, Iman Anas mula menjadi singa. Memang padan sangat dengan sikapnya yang sukakan Anita itu. Sudah melekat perangai suka mengaum macam singa.
“Awak bukan cuti ke hari ni, kenapa datang sini?” sengaja Anis memesongkan soalan.
Tidak mahu menjawab pertanyaan Iman Anas selagi dia tidak mendapat jawapan. Biarpun tanpa jawapan pun hatinya sudah disapa rasa bahagia. Tidak langsung disangka, Iman Anas akan begitu risaukan dirinya.
Memikirkan itu, Anis tersenyum. Sisi Iman Anas dipandang. Serentak, lelaki itu juga mengalihkan wajah dan memandang dirinya. Anis masih tersenyum.
Thanks sebab risaukan saya…” tuturnya lembut.
“Saya risaukan Anita aje. Patah pulak gigi nanti kalau betul dia gigit awak. Bukan ada isi pun…” perli Iman Anas.
Anis tergelak kecil. Tidak kisah langsung dengan ungkapan yang dituju Iman Anas kepada dirinya. Sudah jelas dan bersuluh. Anis bukan buta untuk membacanya. Tetapi kalau Iman Anas tidak mahu mengaku, Anis tidak boleh berkata apa. Dia tidak kisah pun. Yang penting sekarang, Iman Anas ada di depan matanya. Dan dia harus meminta maaf dengan kadar segera. Tidak mahu memanjangkan masalah. Dan tidak mahu memanjangkan cerita.
“Saya nak minta maaf dengan Anas. Sorry sebab kepala saya ni kreatif sangat bab nak berfikir yang bukan-bukan tentang awak. Harap awak maafkan saya…” Anis cuba untuk melemahkan nada suaranya. Wajah yang ditambah perisa dengan gaya innocent yang paling bertauliah. Mohon, Iman Anas cair!
“Awak ingat senang-senang aje saya nak maafkan?”
Iman Anas terus melangkah meninggalkan Anis terpacak di tempat berdirinya.
Dan Anis mencebikkan bibir. Aduh, susah juga ke? Kalau macam ini baik dia minta tip daripada Fairuz terus macam mana hendak memujuk Iman Anas. Sedang semua perkara tentang Iman Anas, Fairuz tahu. Takkan bab merajuk, pujuk ini dia tak tahu kan…
Baru sahaja Anis ingin berpaling mencari Fairuz. Langkahnya terbantut.
“Dah, jom balik! Fairuz tu ada banyak kerja nak buat selain daripada jadi penasihat tak bertauliah awak.”
Tersindir Anis dengan ungkapan itu. Wajah Iman Anas yang selamba menantinya dijeling sekilas. Mujur ada Fairuz yang sudi berkongsi maklumat tentang Iman Anas. Kalau harapkan Iman Anas sendiri yang menceritakan semua itu, dalam mimpi saja kot.
“Awak baliklah dulu… saya boleh balik sendiri. Saya datang naik kereta.” Anis berpaling kembali. Disangkanya Iman Anas akan pergi sahaja. Tapi suara itu menampar deria pendengarannya kembali.
“Ya, awak datang naik kereta. Dan saya datang naik teksi… sebab kereta tak boleh nak start tiba-tiba. Sekarang boleh tak, tunang awak ni nak tumpang sampai rumah dia? Itu pun kalau Cik Anis tak keberatanlah untuk tumpangkan Anas balik rumah…”
Membulat biji mata Anis dek kerana teruja dengan ayat yang dituturkan oleh Iman Anas. “Anything for Anas.” Laju sahaja Anis menyahut. Senyum sudah lebar sampai ke telinga.
Beriringan mereka berjalan ke kereta. Iman Anas senyap sahaja. Tetapi Anis tidak kisah. Hatinya sudah lega. Dia sudah boleh bekerja seperti biasa. Tanpa sebarang rasa bersalah yang membelenggu jiwa. Apa barang berselisih faham lama-lama, kan? Mujurlah Iman Anas mudah juga menerima kata maafnya.
Sampai sahaja di kereta, kunci sudah diberikan kepada Iman Anas. Lelaki itu pula menjungkitkan kening, pelik.
“Pandulah!” Arah Anis selamba. Macam dah lupa diri pula, baru tadi menerima kemaafan. Sekali lagi hendak buat hal. Memang takkan insaf!
Iman Anas tidak banyak bicara. Dicapai sahaja kunci yang diberi. Sebaik sahaja masuk ke dalam perut kereta. Anis masih tercegat di luar. Tak mahu balik pula ke?
Cermin diturunkan. Iman Anas menunduk sedikit mencari wajah Anis di luar kereta. “Bercita-cita nak tidur dekat zoo ke? Kalau ya, saya balik dulu.” Iman Anas sudah bereaksi hendak memandu kereta. Cekap sahaja tangan menolak gear, masuk ke ‘D’. Serentak itu pintu sebelah ditutup rapat.
“Saya belum terfikir nak tukar profesion. Dan tak nak la saya duduk sebumbung dengan madu…” tutur Anis dengan seriusnya. Matanya meliar seketika pada kawasan sekeliling yang berhiaskan tumbuhan hijau itu.
“Madu?” Dahi Iman Anas berkerut.
“Anita.” Jawab Anis selamba. “Dah, jom balik! Tak pasal nanti madu saya panggil awak masuk dalam semula…” sambungnya lagi dengan wajah seriusnya.
Iman Anas terus kemam bibir. Tidak mahu terlepas tawanya. Anis ini, ada-ada saja yang hendak difikirkan.
Kereta mulai bergerak dengan kelajuan sederhana. Iman Anas fokus sahaja pada pemanduan. Sama sahaja seperti pertama kali Anis menaiki kereta Iman Anas. Suasana itu sunyi dan sepi. Langsung tiada siapa yang bersuara. Dengan keadaan yang sepi ini, Anis mulai tidak senang duduk. Teringat pula kata-kata Fairuz… Iman Anas tidak akan memulakan bicara jika tidak perlu. Dan kalau begitu, memang akan selamanya ‘bisu’.  
“Fairuz ada bagitahu something tadi…” Sengaja Anis ingin menarik Iman Anas untuk bersuara.
“Hurmmm…”
Itu saja respon Iman Anas. Anis menjeling ke luar. Huh! “Dia bagitahu kenapa awak suka dengan singa…” ujar Anis sambil mengerling wajah Iman Anas yang pada saat itu sudah berubah warna.
He did tell you that?” Iman Anas terkejut. Fairuz memang betul akan makan penampar sulungnya.
Anis mengangguk. Dan tiba-tiba dia terasa hendak mengetuk kepala sendiri. Apa perlu dia bicarakan tentang fakta kenapa Iman Anas sukakan singa di saat ini? Masa Fairuz cerita tadi pun dia terasa geli. Terus hilang mood untuk bersembang lagi.

KERETA Anis diberhentikan di depan pintu pagar rumah Puan Rohani. Anis hendak bertanya, tetapi tidak jadi untuk bersuara. Mungkin Iman Anas sudah hilang rajuknya. Mungkin.
“Jom masuk dalam…” ajak Iman Anas.
“Hah?”
“Apa hah? Masuk dalam… cakap dengan mak, saya ni normal. Bukan lelaki pelik macam yang awak duk fikir. Mak yang dulu risau fikir takut saya kena baham dengan singa, lepas dengar fakta pelik daripada awak, terus mak tak bagi saya kerja dekat sana… so Anis, please… nyahkan fakta pelik tu daripada minda mak sebab saya tak bercadang pun nak tinggalkan madu awak.” Selamba Iman Anas menekankan perkataan hujung itu.
“Tapi betul ke awak tak ada perasaan dengan Anita?” Anis menyoal lagi soalan itu.
Dan Iman Anas mengetap bibirnya. Geram. “Anis…”
Anis mengerdipkan mata. “Acah aje…” bibirnya tersengih. Tali pinggang keledar dibuka. Sebelum keluar dari perut kereta, sempat lagi dia menuturkan kata. “Tapi tolonglah cari reason lain untuk awak nak suka dengan singa. Saya dengar Fairuz cakap tadi, macam geli pulak…” selamba Anis berkata. Dan berlalu keluar dari kereta. Rumah Iman Anas dah jadi macam rumah sendiri pula.
Sementara Iman Anas masih dalam kereta. Tergamam. Laju tangannya menepuk dahi. Fairuz memang akan kena dengan dia, sebab mewar-warkan fakta itu.

Comments

  1. fakta apa eh yg fairuz cita kt anis..gelak je baca anis n anas ni...ada cara tersendiri tuk ngaku rasa hati

    ReplyDelete
  2. hahaha... comeynya anis dan anas ni.. :-p
    memang xsangka jawapan anis mcm tu.. hehehe.. so sweet~~ ^_^

    anisa91

    ReplyDelete
  3. sweet je couple nih..esok nak lagi ye umi

    -chah husain-

    ReplyDelete
  4. Pandak melawak juga anas ek?hihi

    ReplyDelete
  5. Anas dan Anis ni memang sweet betull...
    Anas dan Anis ni kalau nak cakap x payah nak jaga hati sangattt... cakap ja apa yg dia rasa ada dalam otak yg berfikir... sama-sama lurus x ada nak fikir ... ADA AKU KISAH HATI KAU... hahaha

    ReplyDelete
  6. suka sungguh dgn novel ni... Lain drp yg lain...

    ReplyDelete
  7. Gud job gal, being reading ur stories very nice! Keep writing!! Btw I'm Egerly waiting for the next entry ;) -SW-

    ReplyDelete
  8. ejaan salah untuk "war-war" ------ sepatutnya "ur-ur".semak kamus dewan.

    ReplyDelete
  9. hahaha... senyum je bace bab ni...
    nmpknye dorg masih lg tunang la en...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia