TEBAL
seketika muka Anis apabila emaknya memberikan nombor telefon rumah Iman Anas. Dan
dia harus mendail nombor itu sendiri untuk memulakan perbualan. Aduh… ini yang
lemah seluruh urat badan. Anis mana boleh melakukan semua ini dengan sendiri!
Tepukan
lembut yang singgah di bahu membuatkan Anis mengalihkan pandangan. Wajah Adila
muncul dengan senyuman. Konon memberi semangat sangat!
“Akak
boleh buat, teruskan…” ujar Adila sampai mencapai gagang telefon dan dihulurkan
kepada Anis.
“Apa
kata Adila tolong cakap untuk akak? Buatlah sesi beramah mesra dengan bakal
abang ipar, bagus tu!” Anis, sekali lagi muncul dengan idea kurang warasnya.
Kalau bab hendak mengenakan Adila, mindanya pasti laju sahaja bekerja dan
memikirkan cara. Kalau bab hendak berbual dengan tunang, terus blank otak.
“Akak
tak payah nak pusing cerita sangat. Sekarang ni telefon dan cakap sendiri!”
Arah Adila.
Dia
pula kena berlagak serius untuk memberi arahan kepada kakaknya. Tidak mahu
menanti lebih lama di sisi Anis, cepat sahaja dia melangkah masuk ke dalam
bilik. Baik dia belajar daripada menerima arahan yang tidak-tidak. Bukan boleh
kira Anis itu… macam-macam idea ajaib yang akan timbul kelak.
Anis
memandang langkah Adila dengan penuh kecewa. Sudah hilang harapan untuk
menggunakan khidmat pertolongan Adila. Hendak diseru Asma, memang jauh sekali.
Adiknya itu sudah begitu sibuk mencari rezeki. Orang nak kahwin kan…
Tidak
mahu membuang masa, lantas Anis mendail sahaja nombor rumah Iman Anas. Pasrah
dan redha. Tidak tahu apa yang hendak dicakap dan apa yang hendak ditanya. Main
belasah sahaja, mungkin tidak apa. Siapa yang nak saman kalau salah cakap kan?
Iman Anas sahaja pun… ya, Iman Anas!
Talian
yang sudah bersambung membuatkan Anis menggelabah. Terus bibir dengan kalutnya
berkata, “Anas ada?”
Soalan
yang bersambut dengan ketawa. Anis terus mengetap bibirnya laju. Merah padam
wajah di saat itu. Mujur teknologi telefon peti di rumah belum lagi berupaya
untuk membolehkan pemanggil melihat wajah orang di sana.
“Nak
cakap dengan Iman ya Anis?” soal Puan Rohani dengan tawa halus yang masih
bersisa.
“Boleh
tak mak? Anas ada ke? Mak bagi tahu, cakap Anas cuti hari ni.” Anis berkata
juga dengan rasa gugup.
“Boleh…
sekejap, mak panggilkan.”
Menanti
suara Iman Anas di gagang, jantung Anis sudah mula dipalu gendang. Dan saat
ucapan salam diberi, Anis seakan tidak percaya. Dia berjaya!
PAPAN
kekunci diketuk dengan kuat. Segala yang ada di atas meja dihentak. Kalau boleh
dibaling pasu kecil di atas mejanya, sudah dilakukan itu juga. Disebabkan tidak
dapat memuaskan hati lagi, botol yang berisi air di sisi meja dicapai dan
dihentak kuat. Baru puas hati!
“Dan
untuk makluman kau, ada seorang jasad bernyawa dalam bilik ni bernama Kamilia.
Dia masih muda dan belum mempunyai masalah pendengaran kalau itu yang cuba kau
uji daripada tadi.” Sindir Kamilia yang juga sudah tidak tahan dengan bunyi-bunyian
mesra yang hadir dalam bilik mereka.
Anis
melepaskan dengusan. Terserlah rasa geramnya.
“Marah
dekat orang atau marah dekat barang, sayanggg…” pujuk Kamilia lembut. Wajah
Anis yang tegang itu harus dikendurkan. Anis bukan jenis pemarah orangnya. Sangat
susah hendak melihat gadis itu menjadi tidak waras seawal pagi begini. Ini
mesti ada yang sangat berani menjolok ke sarang tebuan.
“Anas!”
Sepatah balas Anis.
“Apa
yang Anas dah buat sampai kau marah ni?” soal Kamilia tenang lagi.
Bibir
Anis sudah memuncung. Semakin dia menolak, semakin dia mengingatinya. Seminggu
lepas dia menebalkan muka, menelefon ke rumah bakal mentua. Hendak berbual
dengan bakal suami, kononnya! Tetapi apa yang diterima daripada Iman Anas…
“Lain
kali tak payah telefon cakap dengan saya. Dengan mak pun boleh tanya semua. Apa
pun awak decide la… saya tak kisah.”
Dan
Anis pula ada kepantangannya sendiri. Dia pantang mendengar ayat, tidak kisah.
Baginya tidak kisah ialah tidak peduli, lantak kaulah dalam bahasa kasarnya.
Mungkin dia terlalu ekstrem membayangkan tidak kisah Iman Anas dalam perkataan
itu. Tetapi, dia terasa. Dia hendak marah. Bagaimana hendak dikenali Iman Anas
itu jika begini sikap pelik lelaki itu?
Kamilia
melurut dagunya perlahan. Cerita Anis itu didengar dengan senyuman. Nampaknya,
Iman Anas tidak mudah untuk Anis ajak berkenalan walaupun sudah menjadi
tunangan.
“Dia
suruh aku decide sendiri segala hal
pasal kahwin. Baju ke, hantaran ke… apa ajelah, semua aku nak decide! Huh… hantaran lagi ke? Yang
dapat hari tu pun dah cukup bagi sentuhan zoo dalam bilik aku.” Sambung Anis
dengan wajah tidak berpuas hati. Bukan tidak puas hati dengan hantaran yang
diterima, tapi tidak berpuas hati dengan Iman Anas yang tidak mahu turut serta
memikirkan tentang majlis mereka bersama-sama.
Kamilia
sudah melepaskan ketawa. “Iman Anas sangat menjaga adab ya orangnya… bagus! I like that attitude.” Puji Kamilia.
Dan
Anis mulai mencebik kerana merasakan pujian itu tidak kena.
“Habis,
aku kena kerah kepala dan otak aku untuk fikir semua dengan sendiri? Macam mana
aku nak kenal dengan dia kalau macam ni?” rungut Anis. Kepalanya yang berbalut
selendang hari ini dibetulkan berkali-kali. Sudah senget akibat keserabutan
yang dialami. Mujur sangat, dia tiada kelas hari ini!
“Kau
ni… adik ipar kan ada…” Kamilia tersenyum meleret dan menyambung kerjanya.
Anis
terdiam. Dan otaknya mula teringatkan, Qaiser…
“NAH,
nombor Iman.” Qaiser menghulurkan sekeping nota kecil yang tercatat nombor
abangnya itu. Jelas di matanya, Anis kelihatan serba salah untuk menerima.
Kerana itu Kamilia yang menjadi tukang tolong minta, bagi pihak Anis.
“Kenapa?”
soal Qaiser.
“Masa
saya telefon rumah cakap dengan Anas,
dia macam tak sudi nak bagi. Tak apa ke ni Qaiser?” soal Anis bimbang. Jujur,
dia masih belum mengenali siapa itu Iman Anas.
Qaiser
tersenyum. “Soal tu, Kak Anis tak payahlah risau. Telefon dan cuba ajak dia
berbual…”
Anis
tersenyum kelat. Ajak berbual lagi? Dan dia juga harus memulakan. Lagi? Biarpun
agak keberatan dengan fakta itu, tapi bila difikirkan bakal suami, diketepikan
sedikit rasa malu. Iman Anas sahaja pun. Bukan makhluk asing.
Kamilia
yang pergi membeli air dan pisang goreng, mengambil tempat di sisi Anis.
Melihat wajah bakal ipar di hadapannya ini, dahinya berkerut.
“Ada
hal apa? Macam serius aje?” soalnya ingin tahu.
Dan
pertanyaan itu dijawab oleh Qaiser sementelah Anis masih merenung kertas yang
tertulis nombor tunangnya itu.
“Apa
lagi? Telefonlah sekarang!” gesa Kamilia.
Anis
terus mempamerkan riak tidak senang. “Sekarang ke?”
Kamilia
menjeling menyampah. “Buat-buat tanya pulak… sekarang la!” marah Kamilia. “Aku
tak mahu dah nak dengar orang tu duk complain
kena fikir pasal hal kahwin seorang diri. Sekarang ni kau ambil phone, dan telefon.” Arah Kamilia
serius.
Anis
menurut juga bagaikan pak turut. Nombor Iman Anas disimpan dalam telefon.
Dengan rasa gugup yang sudah mula mengetuk rasa, nombor itu didail juga. Lama
menunggu, talian tidak bersambut.
Wajah
Kamilia dipandang dengan rasa kecewa. “Tak jawab pun.” Luahnya, sedih. Mana
tahu Iman Anas ada menyimpan nombornya, lantas tidak mahu dijawab.
“Cuba
lagi… Iman takkan tak jawab telefon… dia taklah pelik sampai ke tahap tu.”
Qaiser menokok dengan tawa. Cuba menceriakan suasana. Wajah Anis yang muram
hanya menimbulkan rasa kasihan. Dia mahukan yang terbaik untuk Anis!
Sekali
lagi Anis mencuba. Lama menunggu. Hampir sahaja Anis meletakkan telefon.
Tetapi, tidak disangka… taliannya bersambut dengan salam. Senyuman mulai
berkuntum.
“Anas…”
ucap Anis gembira. Tetapi balasan yang diterima mematikan senyuman. Berderai
rasa gembira yang baru mula berkembang.
“Iman!”
Serius suara itu membetulkan katanya.
“Anas…
Anis ni.” Maklum Anis.
“Panggil
Imanlah!” Anis dimarah.
Berubah
riak wajah Anis dihadapan Kamilia dan Qaiser. Rasa marah terus menyerbu dada.
Kenapa isu nama pun hendak dimarah? Oh ya… Anis seperti terlupa, Iman Anas
sudah memberi peringatan tempoh hari. Jangan dipanggil lelaki itu Anas lagi! Tapi
kenapa? Tidak pula Anis bertanya dan dia tetap mahu memanggil lelaki itu dengan
panggilan yang mesra di bibirnya. Anas!
“Anas…”
Anis memang sengaja hendak menyimbah petrol pada api yang mulai marak.
“Hei…
tak faham ke, Imanlah!”
“Yang
awak nak marah sangat ni kenapa?” marah Anis senada. Wajah Kamilia dan Qaiser
yang tersentak di hadapannya dibuat tidak peduli.
“Marahlah
kalau orang kacau masa saya tengah dating!”
Wajah
Anis pula berubah riak. Dating?
“Dengan siapa?” soalnya laju. Ingin tahu dan ingin dipelangkung kepala Iman
Anas itu. Jujurnya mengaku dengan tunang sendiri bahawa lelaki itu sedang berdating.
“Anita.”
Dan talian terus dimatikan.
Anis
tergamam. Pandangannya meluncur tajam ke wajah Qaiser. Riak serba salah di
wajah Qaiser tidak dipeduli. Dia mahukan jawapan untuk soalan ini. “Siapa tu
Anita? Girlfriend Anas ke?” soalnya
dengan rasa marah. Cemburunya terasa sampai ke hujung kepala. Rasa macam nak
tembak Iman Anas dengan senapang gajah!
Keh keh keh.. Anita tu beruk kot. Tak pun beruang ke rimau ke. Insan bernama Anita jgn pulak marah kat saya ye.. Tak menghina
ReplyDeletehaha... dah kecik dah hati Anita.
Deletehehhe.. apa la Anas nie.. kalau kita pun berangin gak. selamba badak ckp dating dengan tunang sndiri..entah2 dating dengan badak tak? bestttt tq umi..
ReplyDeletekejujuran Anas, menyiksa Anis.. glemer gila badak nama Anita. haha.. tunggu esokkkk ;)
DeleteSian pulak dekat Anis....
ReplyDeleteSemua benda dia nak kena fikir sendiri...
Hahaha...I rasa Anita tu orang utan la...kalau I jd anis, mmg Iman Anas tu kena pelangkung jgak. Sabar ye anis, korek je rahsia dr Qaiser
ReplyDeleteNape la Iman xsuka anis panggil name dia anas eh? pernah ade kes kot sblom ni... Anita 2 mst binatang2 kat zoo coz iman kan suke bg name pelik2...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAnis apa kata buat x tahu ja hal kahwin tu... bagi kelurga yg uruskan sendiri...biar pada muka si Anas tu ... x pun Anis cakap kat ibu buat kenduri kahwin kt ZOO ja ... biar puas hati si Anas tu ... takut sangat binatang kt zoo x ada org lain jaga... hehehe
ReplyDeleteAnita ni org hutan ke singa betina... Qaiser jawap ... kalau sayang kak ipar.... hehehe
Anita tu binatang apa plk...anas ni byk makwe la kt zoo...haaha
ReplyDelete