Skip to main content

Tidak ku sangka 8



QAISER berusaha untuk menyembunyikan senyumnya. Mengingatkan apa yang terjadi siang tadi membuatkan dia hendak ketawa. Lantas diceritakan kepada Puan Rohani. Dan dia terus tertawa. Tanpa menyedari perubahan di wajah emaknya.
“Iman cakap macam tu?”
Qaiser mengangguk. Masih dengan tawa yang bersisa. “Anis tu dah pecah kepala fikir, siapalah Anita. Perempuan cantik mana yang dah goda tunang dia.” Qaiser terus menyambung ketawa.
“Qaiser… dah, jangan nak gelak.” Puan Rohani menegur serius.
Hal ini bukan perkara yang boleh dilayan dengan gelak ketawa. Ini serius. Puan Rohani tahu Anita. Dan dia tahu betapa Iman Anas terlalu sayangkan Anita berbanding kawan-kawan yang lain. Anita, si singa betina. Iman Anas memang sayangkan haiwan itu, sungguh!
“Cakap tak dengan Anis?” soal Puan Rohani risau. Bimbang pula jika perkara sebegini akan memalingkan hati Anis daripada Iman Anas. Pertunangan selalu dikatakan sebagai fasa yang paling mencabar dan tentunya sangat mencabar bagi Anis untuk mengenali Iman Anas.
“Memang takkanlah Qaiser nak cakap depan Anis… Anita tu singa kesayangan Iman. Mak, perempuan akan lagi kecewa bila dapat tahu dia dimarah disebabkan seekor singa.” Qaiser masih dengan nada mengusik.
Agar-agar laici yang terhidang dalam piring dicapai dan dimasukkan ke dalam mulut. Sedapnya terasa. Jam di dinding sudah mula berdetik mengenai angka lapan. Iman Anas belum nampak muka. Qaiser berpaling ke sisi, merenung wajah Puan Rohani yang sudah mula dirundung pilu. Bibirnya mengukir senyuman manis seperti selalu.
“Mak… jangan risau. Setakat Anita… takkanlah Anis nak marah pula. Lagipun Qaiser yakin, dia ikhlas sukakan Iman. Mana pernah ada perempuan yang tengok saja Iman, terus jatuh suka. Pernah ke mak dengar cerita macam tu?” Dalam pada berserius, Qaiser masih juga ada sendanya.
Puan Rohani menarik senyuman nipis. Qaiser sememangnya penyeri dalam keluarga. Sikapnya yang sentiasa positif dan mesra itu sangat menyenangkan hati Puan Rohani. Sekurang-kurangnya, Qaiser ada untuk memujuk hatinya yang gundah ini.
“Mak minta maaf pada Qaiser…” ucap Puan Rohani dengan serba salah.
“Maaf kenapa pulak mak?”
“Mak tak tahu… yang Qaiser suka tu, Anis…”
Qaiser tersedak kuat. Laju sahaja lehernya melipat. Melihat wajah emaknya yang sama muram seperti tadi.
“Mak terdengar masa Qaiser sembang dengan Anis masa hari tunang… mak betul-betul tak tahu. Maafkan mak…” ucap Puan Rohani lagi. Kali ini tangannya sudah mencapai tangan Qaiser dan dipegang erat.
Qaiser pula tersenyum manis. Tidak mahu Puan Rohani kesalkan perkara yang sudah berlalu itu. “Mak… kalau pun mak tak pinangkan Anis untuk Iman, Anis tu bukan nak pun dengan Qaiser. Jadi, mak tak payah nak sedih-sedih… sebab, Qaiser okey.” Qaiser tersenyum terus. Jemari emaknya dikucup penuh kasih.
“Lagipun, Qaiser percaya… kalau untuk Iman, mak boleh carikan Anis. Takkan untuk Qaiser, mak tak boleh carikan yang sebaik itu juga?”
Menitis air mata Puan Rohani mendengar kata-kata Qaiser. Terus sahaja diusap bahu anaknya itu. Sungguh dia bersyukur dikurniakan anak sebaik ini.

SAMPAI sahaja rumah, jam sudah melepasi angka dua belas malam. Ini semua disebabkan duduk berbual dengan Fairuz dan Ghazali, temannya yang baru pulang daripada United Kingdom setelah tamat pengajian doktor falsafah di sana. Konon hendak berjumpa sekejap kata Fairuz. Dan Iman Anas harus akui, sekejap Fairuz itu seringkali harus disalah tafsir.
Kereta sudah dimatikan enjin. Namun Iman Anas masih belum hendak melangkah keluar. Teringatkan sesuatu. Terusik hatinya. Telefon bimbit yang tidak dipedulikan sejak tadi dicapai. Jari dilarikan pada skrin, matanya terus berlari pada bait kata itu.
Maaf sebab salah saya panggil awak, Anas. Tapi saya tak peduli, awak tetap Anas untuk saya.
Tidak sedar, hujung bibir sudah mula terukir. Bibir beku itu juga mahu tersenyum. Anis!
Jarinya kemudian menekan lagi pada kiriman mesej seterusnya.
Jangan fikir saya senyap, saya takkan marah. Sekarang ni, saya nak awak buat pilihan tepat… Anita atau Anis. Dan kalau awak pilih Anita, jagalah… awak bakal dipancung kepala.
Kali ini terhambur ketawa. Iman Anas tidak pernah terfikir dirinya akan ditemukan dengan wanita kartun sebegini. Wajah yang ayu dan sopan yang dilihat sekali itu, kembali bertamu di ruang minda. Agresif juga tunangnya itu.
Tetapi yang dia pelik, apa perlunya Anis bersaing dengan Anita? Adakah Anis menyangka Anita itu seorang wanita? Errr… Iman Anas terkelu sendiri.
Baru sahaja dia berkira hendak keluar dari kereta, telefonnya berdering pula. Sambil menekan simbol menjawab panggilan, dia terus keluar dari kereta. Dan mula melangkah hendak masuk ke dalam rumah.
Suara Fairuz yang mula berkicau di hujung talian disambut dengan bosan.
“Baru tadi kan kita jumpa, kau nak apa?” soal Iman Anas.
“Aku lupa nak pesan…” Suara Fairuz begitu bersemangat menampar cuping telinga.
“Tolong layan bakal ipar aku, Anis dengan baiknya. Dan tolong… ingat pesanan aku ni, dia bukan macam awek-awek kau kat zoo… dia bakal teman kau, sepanjang hayat… yang paling utama, dia manusia!” Sinis sahaja nada Fairuz.
Iman Anas mendengus geram. “Aku tahulah!”
“Kalau tahu, tolong bagitahu dia semua nama awek zoo kau supaya dia tak salah faham.” Serentak itu talian sudah terputus.
Iman Anas terus memandang skrin yang sudah gelap. Sama ada makhluk bernama Fairuz itu kehabisan kredit atau kehabisan bateri atau mungkin juga makhluk itu tertidur. Bukan boleh percaya pun. Hilangnya suara Fairuz tidak juga memberi ketenangan kepada Iman Anas. Mindanya terus teringatkan Anis pula. Entah apa yang sedang difikirkan oleh gadis itu.

PAGI yang cerah, dirinya disambut gembira oleh Puan Rohani. Dia sedar, wajah emak semakin berseri sejak dia bersetuju untuk berkahwin. Jauh di sudut hati, Iman Anas ingin menghadiahkan kebahagian itu sentiasa buat Puan Rohani. Tetapi seringkali dia tidak mampu. Segala yang dilakukan hanya mengusarkan hati emaknya. Dia tahu itu. Namun dipendamkan sahaja, biar terbenam jauh di sudut hati.
“Iman nak makan apa? Mak ada buat nasi goreng, mihun pun ada.” Puan Rohani menuangkan air teh ‘o’ ke dalam cawan. Pandangan mesranya bertemu di wajah Iman Anas. Letih jelas terukir di raut wajah anak sulungnya itu.
“Banyak mak masak…” Iman Anas pelik.
“Qaiser nak bawa bekal. Nak dijamu dekat kawan-kawan dekat kolej… nak bagi Anis sama.” Maklum Puan Rohani dengan senyuman.
“Anis?” Iman Anas pelik mendengar nama itu disebut.
“Anis kan mengajar sama dengan Qaiser. Iman belum berbual dengan Anis ke?” sengaja Puan Rohani menyoal begitu. Mungkin dengan ini Iman Anas akan berusaha untuk mengenali Anis.
Iman Anas menggeleng kecil. Dia tidak pernah berbual mengenai hal peribadi dengan Anis. Tentang kerjayanya. Kerjaya Anis. Semua itu langsung tiada. Usaha Anis untuk berbual pun dibalas dengan rasa dingin. Bukan dia tidak suka, cuma tidak biasa dan dirasakan tidak perlu. Emak ada untuk memutuskan semua perkara.
Melihat kebisuan Iman Anas, Puan Rohani cuba menyarankan agar Iman Anas lebih terbuka untuk berbual dengan Anis. “Mak rasa, tak salah kalau Iman kenal-kenal dengan Anis. Budak tu pun mesti nak tahu serba sedikit tentang Iman.” Lembut suara Puan Rohani memberi cadangan.
“Lepas kahwin pun boleh kenal kan mak?” soal Iman Anas pula. Nyata dia tidak mahu menerima cadangan itu.
Puan Rohani tersenyum.
“Memang boleh Iman… tapi, Iman tak semua orang fikirkan pendapat yang sama. Lain orang, lain pemikirannya. Mungkin bagi Anis kalau dia kenal Iman serba sedikit, dapatlah dia nak belajar apa-apa sebagai persiapan untuk hadapi suami dia lepas kahwin nanti.” Nasihat yang cuba menembusi hati Iman Anas. Puan Rohani melihat sahaja riak wajah Iman Anas. Tiada apa yang berubah. Entahkan diterima atau tidak saranan itu.

“IMAN… fikirkan cadangan mak. Fikirkan Anis jugak… itu anak orang, yang ada hati dan perasaan. Sayangkan dia juga, macam mana Iman sayangkan ‘anak-anak’ Iman.”
Tangan Iman Anas yang mengusap lembut bulu si anak kecil kepada Anita itu. Jasadnya di situ, namun mindanya masih memikirkan kata-kata Puan Rohani.
“Tak lama lagi, boleh dukung anak sendiri pulak.” Teguran itu membuat Iman Anas menarik senyuman nipis.
Jasmin, temannya yang sentiasa membantu di makmal sudah tiba.
“Lambat lagi…” balas Iman Anas pendek.
“Lambat apa pulak… dah tunang, tak lama lagilah. Min dengar pun rasa teruja. Akhirnya, Abang Iman…” Jasmin tertawa. “Siapa nama permaisuri yang bakal bertakhta di hati Abang Iman?” soal Jasmin teruja. Dua minggu dia bercuti balik kampung. Tidak sempat dibualkan bersama Iman Anas.
“Anis.” Sepatah itu disebut bibir Iman Anas.
“Cantik tak?” soal Jasmin lagi. Dia pula yang terlebih gembira.
Iman Anas berfikir seketika. Cantik? Apa yang dikatakan dengan cantik itu? Kalau ditanya kepada Iman Anas tentang kecantikan wanita, dia hanya tahu, Puan Rohani adalah wanita paling cantik dalam hidupnya. Bagaimana pula dengan Anis?
“Apa Abang Iman? Nak cakap cantik pun fikir setengah jam.” Rungut Jasmin.
Iman Anas menjeling sekilas. Dia tidak peduli dengan rungutan itu. Dan tidak mahu difikirkan pula tentang fakta Anis cantik atau tidak. Tapi, dia tahu… Anis itu lucu. Kartun!
Tidak sedar, dia tersenyum nipis.

Comments

  1. Geram btul dgn Iman Anas ni, dia ckp Anis tu kartun?!
    Erm, setuju dgn Fairuz supaya Iman Anas bagi tau Anis nama awek2 zoo dia. Salute kan Anis sbb berani hantar SMS mcm tu kt Iman Anas. Erm, tp org mcm Iman Anas ni lah yg menarik utk di explore..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... kalau boleh nak like statement ni. kan kak... laki yg mcm Iman ni byk buat org tertanya2... ;)

      Delete
  2. Waaa.... anis da pandai cemburu nampak... iman pulak dah pandai tersengih... hahaha... ada can la bunga bunga cinta nak berputik...

    ReplyDelete
  3. dah agak Anita mesti singa betin sebab Iman kan singa jantan.... hahaha
    betul kata Fairuz berterus terang tentang makwe Anas yg ada dalam zoo ni ... Anis tu manusia ada hati dan perasan yg perlu dijaga... cepat sambungggg....

    ReplyDelete
  4. betul lah apa fairuz tu ckp//i,am kena bgtau suma mekwe zoo dia kt anis..klu iman dh blh gelak dgn msg2 anis, msti hati dia dh tercuit perasaan kt anis kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia