CEPAT
sungguh masa berlalu. Sudah hampir dua minggu dia menanggung lara itu sendiri.
Lara yang tidak begitu lara sebenarnya. Hanya kerana mesej yang dikirim tidak
mendapat balasan waima sebaris kata pun daripada Iman Anas. Ditelan sahaja rasa
kecil hati itu. Dia bukan budak tidak cukup usia. Dia harus terima jika itulah
yang dimahukan oleh Iman Anas.
Seperti
yang dikatakan oleh Puan Amina, Iman Anas mahukan perhubungan yang halal
sebelum memulakan segalanya. Mungkin. Dan bak kata Kamilia, dia sukakan sikap
Iman Anas sebegitu. Terjaga batas.
Tetapi
terjaga batas yang bagaimana dimaksudkan oleh mereka itu jika Iman Anas berdating dengan Anita?
Sehingga
ke hari ini, dia masih belum menerima jawabnya. Malas hendak fikir, dicapai
terung yang diletakkan dalam bakul kecil. Dibelah dua seperti yang selalu
dilakukan oleh emak. Kuat hentakan pisau berlaga dengan papan pemotong.
Sehingga Anis ditegur.
“Yang
kuat sangat memotong kenapa? Nak bagitahu siapa yang Anis nak memasak?” soal
Puan Amina dengan senyuman. Nakal sahaja pandangan yang singgah di wajah Anis.
“Apa
pulak mak? Anis potong macam biasalah…” balas Anis manja. Dan diteruskan juga
pemotongan. Begitu juga. Kuat pisau menghentak. Rasa puas hatinya! Anis menyimpan tawa dalam hati. Emak seakan dapat
membaca gelogak dalam hati. Siapa yang hendak kau tipu, Anis…
“Potong
macam biasa? Ada orang tu terpanggil-panggil dari sana…” ujar Puan Amina dan
berlalu ke ruang tamu membiarkan Anis di dapur dalam keadaan terpinga-pinga.
Anis
meneruskan sahaja kerjanya. Dalam masa yang sama, otak tidak mahu berhenti
berfikir, siapa pula yang terpanggil dengan irama pisau itu. Tiada klu
langsung. Hendak dijangka, Kamilia langsung tidak munasabah kerana memang
Kamilia berada di Sabah. Kursus selama seminggu.
Tibanya
Adila di ruang dapur dengan senyuman. Tudung ekspres dihulurkan pada Anis.
“Siapa
yang datang?” soalnya pada Adila dengan harapan ada jawapan untuk soalannya.
Adila
pula menjungkit bahu. Dan itu menghampakan Anis.
“Adila
pun baru nak pi jenguk depan. Bahar yang datang pesan, suruh bagi tudung dekat
akak...” jelas Adila. “Mak pesan suruh akak ke depan.” Sambung Adila. Dia sudah
bangun dan mengambil cerek elektrik. Air diisi dan ditekan suis. Sudah dipesan
oleh Puan Amina untuk melakukan itu.
Anis
menyudahkan kerja yang masih berbaki sebelum bergerak ke ruang tamu.
HAMPIR
terbuntang mata Anis melihat siapa yang bertandang ke rumah. Matanya sempat
mengerling ke arah pintu utama yang terbuka luas. Cuaca hari ini begitu cerah.
Mujurlah tidak hujan dengan kejadian yang tidak disangka ini.
“What a surprise…” Anis tersenyum nipis.
Keningnya sedikit ternaik. Tidak tahu hendak dipamerkan reaksi yang bagaimana.
Muka terasa beriak tidak kena.
“Saja
nak buat surprise.” Balas Iman Anas
dengan kekok. Ada lebih daripada dua pasang di ruang tamu itu dan kini tertumpu
padanya. Air liur ditelan berkali-kali. Di sisinya, Encik Bohari dan di sebelah
lagi, Bahar. Nafasnya mula terasa sesak. Kalau hendak lari dan balik ke rumah
pun sudah terlambat kerana dia sudah menyampaikan hasratnya kepada abah Anis
sebentar tadi.
“Makan
dulu ke baru keluar?” soal Encik Bohari pada Iman Anas yang terus membisu
selepas menjawab pertanyaan Anis itu.
“Up to Anis…” balas Iman Anas spontan.
Jelas sekali di situ, dia sangat gugup. Siapa kata, senang nak ajak anak dara
orang keluar. Perasaan terasa begitu berdebar-debar. Takut yang amat!
Bak
pesanan yang diberi Puan Rohani, itu anak orang bukannya anak beruang.
Mengenangkan itu, makin kecut perut Iman Anas. Kalau anak beruang dia tahulah
nak uruskan macam mana. Kalau anak orang mungkin sangat susah.
Iman
Anas yang sedang gemuruh dengan gangguan mindanya sendiri, tidak perasan dengan
jelingan tajam daripada Anis. Anis mencebikkan bibir. Menyampah sungguh dia
mendengar perkataan up to you itu.
Dia kan pantang mendengarnya. Dan nampaknya, ia adalah perkataan yang begitu
digemari oleh Iman Anas. Mampukah dia menahan telinga?
“Makan
dululah… Anis tolong mak masak. Sementara tu, Iman boleh berbual dengan abah.”
Cadang Puan Amina apabila melihat Anis dan Iman Anas kelihatan seperti ada yang
tidak kena.
Anis
tidak menjawab, terus sahaja berlalu ke dapur.
Iman
Anas memandang wajah yang muncung itu berlalu. Terkelu lidah. Terasa aksi itu
sangat comel sama seperti comelnya anak Anita. Memikirkan persamaan itu, Iman
Anas terus tersenyum. Tidak sedar dirinya diperhatikan di situ.
“Anis
memang begitu, jangan teragak-agak nak menegur kalau Iman rasa tak kena.” Ujar
Encik Bohari cuba mengajak Iman Anas berbicara. Pada pandangannya, Iman Anas
sememangnya kelihatan seperti pendiam. Hanya menjawab apa yang perlu sahaja.
“Tak
ada apalah pak cik… mungkin ada salah saya juga,” balas Iman Anas dengan nada
yang merendah. Dan sememangnya ada juga saham kesalahannya. Berapa banyak mesej
Anis yang dibiarkan begitu sahaja. Tidak dibalas langsung. Mengenangkan perkara
itu, terasa juga bahawa dia terlalu kejam. Melayan seorang gadis sebegitu.
“Kena
saling memahami dan selalu bersabar… setiap hari, mesti ada benda baru yang
kita akan kenal daripada pasangan kita. Ingat tu Iman… lepas dah kahwin, itulah
waktu sebenar bermulanya satu perkenalan antara dua hati…” nasihat Encik
Bohari.
Iman
Anas mendengar dengan khusyuk. Wajah Encik Bohari ditenung sepuasnya. Raut
wajah yang mesra mengingatkan dirinya kepada arwah abah. Jauh di sudut hati,
Iman Anas sangat merindui abahnya. Namun ia dipendam jauh. Tidak mahu diluahkan
kerana dirasakan tiada yang akan memahami rasa itu.
Di
sebalik dinding yang memisahkan dapur dan ruang tamu, Anis mencuri dengar dan
memandang tunangnya yang sedang ditauliahkan oleh abah. Wajah yang mendengar setiap
bait kata daripada bibir Encik Bohari dengan teliti semakin memikat hatinya.
Benar kata Puan Amina, Iman Anas seorang yang sopan. Lihat sahaja bagaimana
tingkahnya di hadapan bakal mentua.
“Sudah-sudahlah
tu akak menghendap Abang Iman. Lauk ni nak kena masak cepat…” perli Adila dari
belakang. Mujur sahaja suaranya perlahan. Hampir merah wajah Anis disergah
begitu. Malu!
PERTAMA
kali Iman Anas menjamu selera bersama wajah yang masih baru dalam diari
hidupnya. Semakin kekok kerana dia tidak biasa. Rancak bibir yang lain bersuara
apabila ada topik yang timbul. Adik-adik Anis yang petah berkata-kata. Emak dan
abah Anis yang sangat peramah.
“Iman,
jangan malu-malu. Tambah lagi nasi tu… esok-esok pun kita dah jadi satu
keluarga.” Puan Amina mempelawa dengan mesra.
Iman
Anas menarik senyum nipis. Baru sahaja bibirnya berkira-kira untuk berkata
tidak, tetapi sudah ada sesenduk nasi yang dimasukkan pada pinggannya. Anis!
Dengan
wajah yang serius tanpa senyuman, Anis menghidangkan lauk lagi buat Iman Anas.
Konon tanda protes. Konon masih marah. Sebab Iman Anas suka sangat dengan
perkataan tidak kisah.
Sebentar
tadi semasa ditanya hendak lauk apa, ayam atau ikan sambal… jawapan Iman Anas
yang ringkas itu membuatkan darahnya mendidih mendadak. Disebabkan geram,
diletakkan dua-dua. Senang cerita!
Walaupun
sebenarnya tidak digalakkan untuk sekalikan hidangan makanan darat dan laut
dalam satu hidangan. Kerana cas berlawanan yang dibawa oleh makanan laut dan
darat boleh memudaratkan kesihatan. Itu pun adalah sunnah nabi.
Selesai
menyudahkan makanannya, Anis sudah bangkit dan menuju ke dapur. Ketika sedang
membasuh pinggannya, ada satu lagi pinggan dihulur. Iman Anas terus berlalu ke
depan tanpa sebarang kata. Anis mengetap bibir tidak sudah. Buat apa datang ke
rumah kalau masih tak nak cakap walau sepatah dengannya? Mahal sungguh suara
Iman Anas untuk Anis.
“Akak,
tinggalkan aje pinggan tu. Adila tolong basuh… akak pergi siap, Abang Iman nak
ajak keluar tu.”
“Ajak
keluar?” Membuntang mata Anis. Biar betul Iman Anas?
“Ya,
ajak keluar… akak ada dengar Adila sebut ajak nikah ke?” perli Adila dengan
nakal. Wajah kakaknya yang semakin merah hanya mencuit hati. Kalau boleh hendak
diusik lagi. Bukan selalu dapat peluang begini. Selalunya Bahar yang menggiat
Anis.
“Nak
ajak pergi mana?” soal Anis teruja. Seronok pula. Amboi, tadi marah… sekarang
suka!
“Dengar
tadi macam zoo… tapi tak tahulah kalau Abang Iman melawak aje dengan Bahar.”
Jawapan
Adila itu terus membantutkan mood Anis. Zoo? Alahai Iman Anas hoi… nak bawa
bakal bini berjalan… zoo juga yang menjadi pilihan?
“Adila
tak ikut?” soal Anis dengan nada yang mengendur. Terbang sudah keceriaan tadi.
“Bahar
teman… dia jadi bodyguard akak… lebih
selamat.” Adila mengenyitkan mata. Hendak mengusik Anis lagi. Tetapi apa yang
dilihat, hanya senyuman tawar membalas kata. Berkerut dahi Adila melihat
langkah longlai Anis keluar dari dapur. Seperti ada yang tidak kena.
Di
bilik, Anis bersiap ala kadar. Hendak dibawa ke zoo kan? Hendak melaram apa
sangat. Lantas dicapai sehelai blaus ungu gelap dipadankan dengan slack hitam.
Tudung pula dicapai sahaja tudung ekspres yang sudah sedia bergantung pada
penyangkut.
Keluar
sahaja dari bilik, Puan Amina sudah menanti dengan senyuman. Tidak sampai
sesaat melihat Anis, senyuman itu mati dan dahi tua itu berkerut.
“Kenapa
pakai macam ni?” soal Puan Amina serius. Anis ini perkara macam ini pun boleh
dibuat main.
“Cakap
nak ajak pergi zoo… Anis pakailah macam ni. Okey apa mak.” Anis balas dengan
nada memerli. Bibirnya sudah memuncung.
Puan
Amina sudah kembali menarik senyum.
“Ada
pulak Iman nak bawa Anis pergi zoo… siapa buat cerita ni? Sengaja nak kenakan
Anis… dah, pergi tukar baju lain. Elok sikit… ini pakai macam pemalas nak
siap!” Puan Amina menolak bahu Anis perlahan untuk masuk semula ke bilik.
Tetapi Anis mengeraskan diri.
“Tak
mahulah mak… macam ni ajelah. Dah okey…” Anis tetap berkeras. Berdegil dengan
pilihannya.
“Suka
hati Anislah… jangan menyesal pula nanti.” Puan Amina berlalu dengan ucapan
itu.
Anis
menyahut dalam hati, ‘Takkan menyesal pun!’
best, tp pendek sgt, nxt n3 plz,,
ReplyDeleteHahaha..agaknya betullah anas bwk g zoo..kenalkan anis dgn makwe2 dia kt zoo tu
ReplyDeleteBest..... #^_^
ReplyDeleteWah.. Nk dating mane tu..hehe
ReplyDeleteumi cepat la upload n3 baru..wat panjang2 sikit
ReplyDeletengee sangat best..sukanya dorang ni..harap2 cepat la ke jinjang pelamin~ heee :D
ReplyDeleteAiseh, Anis tanya la Iman Anas tu diaorg nk ke mana? Tp, kalau btul ke Zoo, mmg elok dh pki mcm tu kan. Tp, knp nak Anis ckp jgn menyesal plak? Saya pulak yg susah hati.
ReplyDeleteuiks... iman ni da pandai ckp anis nmpk comey plk eh...
ReplyDeleteyg paling lawak dia blh plk samekn muka comey anis mcm muka ank anita...
memang xleh tahan btol... hahaha...