Tuan 'Singa' Milikku
“KENAPA tercegat dekat depan pintu? Masuklah…
meeting dah nak mula!” tegas sekali kata-kata yang meluncur dari bibir si dia
yang bermata tajam itu. Sampai terkedu aku. Muka dah handsome. Tapi garangnya…
macam singa! Sempat lagi aku mengumpulkan komen untuk diri dia dalam hati ini.
Sebab
tak nak kena ‘sound’ buat kali yang kedua, aku laju saja melangkah. Kerusi di
sebelah Sani aku tarik perlahan. Baru sahaja aku hendak duduk di situ, suara si
dia timbul kembali.
“Budak
tudung purple!”
Erk!
Aku pula yang rasa tercekik, macam dia panggil aku. Aku menjeling sekejap ke
kiri dan kanan. Tiada lain yang bertudung purple melainkan aku. Ya Allah…
kenapa dia panggil aku? Aku ada buat salah ke? Jantung aku ini sudahlah gaya macam
hendak melompat sahaja bila bertembung dengan mata dia.
“Sham…
dia panggil kaulah!” sibuk sahaja Sani memaklumkan sambil menyiku lenganku. Aku
baru terfikir nak buat don’t know!
“Ya
saya…” dengan suara yang paling ayu, aku sahut juga panggilan ‘singa’ dekat
depan itu. Matanya tajam sekali merenung aku. Kalau manusia boleh mencair macam
ais batu, sudah tentu aku akan cair terus di situ. Renungan tajam itu walaupun
serius, tapi benar-benar menusuk ke kalbu.
“Shamina!”
eh, dia panggil nama aku. Mana dia tahu?
“You’re
the secretary?” aku mengangguk.
“So…”
“So?”
apa yang dia hendak tanya sebenarnya? Aku tak faham.
“Kau
ni ngek la Sham! Dah nama pun setiausaha, cuba duduk di sebelah presiden!” Sani
membisik padaku. Aku terus mengerutkan dahi. Aik… wajib ke macam itu? Setahu
aku sebelum ini aku duduk di mana yang aku suka. Sekarang ini kena ikut cakap
presiden pula? Err… dia ke presiden baru kelab kewangan? Maksudnya… hari-hari
aku boleh lemas.
“Shamina…
I need my secretary here! Or do you wish to pass the post to any other of the
board members?”
Terasa
disindir dengan ayat itu. Cepat sahaja aku bangun dan pergi duduk di sebelah
kerusi presiden baru kami. Apa nama dia? Aku belum tahu!
Sempat
lagi sebelum duduk, aku jeling dulu. Konon hendak menunjukkan protes. Tapi bila
dia jeling balik, lagi tajam daripada aku… errr… aku terkelu. Kecut sudah otot
perut. Memang betullah… aku dapat rasakan aura ‘singa’ dekat sebelah aku ini.
“Meet
our new president… Asadullah.”
Telinga
aku hanya mengembang bila part nama dia disebut oleh abang Hafiz, mantan
presiden kelab kewangan. Perkataan yang lain seakan tidak begitu penting untuk
telinga aku. Yang aku tahu dan aku pahat dalam kepala dengan penukul, hanya
nama dia. Asadullah.
Eh…
Asad?! Aku teringat jiran sebelah bilik yang ambil minor subjek Arab. Seakan
teringat dia sebut singa. Asad itu maksudnya singa. Jadi betullah… sebelah aku
ini ‘singa’. Aduh.. kena benar nama dengan tuannya.
“Esok
saya nak tengok laporannya!” tersentak aku apabila disergah dengan arahan begitu.
Erk! Seketika aku tergaru-garu kepala. Laporan apa? Aku pandang dia. Gulp!
Renungan itu tajam sekali. Mati aku… dia minta laporan meeting. Sedangkan aku,
sedap sekali berkhayal pasal ‘singa’ di sebelah aku ni.
“Shamina!”
aku diam. Kecut sudah perut aku dengan renungan tajam menikam itu. Tapi kan,
walaupun agak menggerunkan tetapi tetap mengasyikkan jiwa. Ah, sempat lagi!
“SHAM!!!” terkejut aku dengan sergahan itu. Seketika
aku blur. Matanya melingas ke arah sekeliling. Apa yang aku buat dekat sini?
Yang tadi itu, aku mimpi ke?
“Kau
ni kenapa?” soalan Adila membuatkan dahi aku berkerut. Baru aku tersedar. Aku
teringatkan kenangan lama rupanya. Memori daun pisang. Memori pertemuan aku
dengan Tuan ‘singa’ yang sedang merajuk panjang denganku.
Tanpa
dipinta, aku mengeluh. Aku dah buntu memikirkan langkah yang perlu diambil
untuk memujuk lelaki itu. Apa besar sangat ke salah aku? Sampaikan dia kena
mogok hingga ke jangkaan seminggu lamanya.
“Sham!”
Adila menyiku aku. “Tengok tu…” dia menjuihkan bibir ke arah kananku.
Malas-malas
sahaja aku memusingkan kepala. Dalam pada tidak sedap hati terus terasa seakan
direntap hati ini. Apa minah gedik tu buat di sini? Mesti hendak mencari Asad.
Aku tahu sangat!
“Asad
ada?” soal Elisa dengan lenggok manja depan aku. Soalnya pada Adila tapi
tengoknya pada aku. Apa?! Ada hutang? Geram pula aku dengan minah tidak faham
bahasa ini. Bukankah suami aku pun tidak suka menghadap wajah dia. Apa lagi
yang dia nak dengan datang ke sini?
“Elisa…
dah sampai…”
Erk!
Seakan tercekik suaraku bila Asad menyapa Elisa dengan nada yang begitu ceria
sekali. Amboi! Bukan main lagi ‘singa’ ini. Main senyum dengan perempuan lain
sampai terlupa dengan bini sendiri. Ini yang buat aku pula terasa hati.
“Adila…”
suaraku sudah menjadi serak. Pandangan aku mengekor langkah Asad yang sudah
melangkah keluar dengan si cantik Elisa. Kenapa dia buat aku macam ini?
“Sham…
mungkin ada hal penting. Kalau tak, abang singa kau takkan keluar dengan
perempuan tu…” suara Adila cuba memujuk aku. Tapi aku tidak rasa terpujuk
langsung dengan nadanya yang prihatin itu. Aku sedih. Aku rasa nak menangis.
Asad…
aku menyeru-nyeru di dalam hati agar ingatannya kembali padaku walaupun Elisa
berada di sisi. Entahkan ya atau tidak dia akan ingat padaku…
Dengan
rasa hati yang rawan ini, aku teruskan juga kerjaku yang masih berbaki.
Sedih-sedih juga, tapi takkan hendak melayan emosi sehingga terabai semua
kerjaku di pejabat ini. Nanti, ini pun jadi salah satu alasan untuk Tuan singa
itu sound aku!
MERAJUK tidak sudah. Aku pun malas hendak melayan.
Biarlah kalau dia hendak merajuk lama mana pun. Bukan aku tidak meminta maaf.
Sudah berkali-kali aku ucapkan. Tapi satu pun tidak dilayan.
Dengan
langkah yang malas, aku melabuhkan punggung di sofa.
“Papa
merajuk… baby ajelah teman mama tengok TV ya…” aku mengusap perutku yang sudah
membuncit sedikit. Baby pun dah masuk tiga bulan. Semakin terasa kasihku
buatnya yang hadir setelah dua tahun menanti. Tapi sedih pula bila kenangkan
papanya dengan kerenah yang terkini. Merajuk!
Aku
mengeluh lagi. Bosan! Lantas aku menekan remote control untuk mencari siaran
yang menarik pada ketika ini. Kebetulan mataku terhenti pada siaran rancangan
masakan. Aduh! Kecur sudah liurku. Tiba-tiba sudah muncul angin mengidam. Aku
teringin nak makan spaghetti. Kalaulah Asad tidak merajuk, dah lama aku suruh
dia pergi beli.
“Baby…
kenapa papa merajuk masa ni? Mama teringin nak makan spaghetti la…” keluhku
perlahan. Sedapnya aku tengok chef itu menuang sos yang dimasak ke atas
spaghetti. Entah sedap atau tak, tapi benar-benar menyelerakan mataku yang
memandang.
“Spaghetti…
hurm…” aku kerling ke arah jam di dinding. Sudah pukul sembilan malam. Baby aku
ini pun. Cuba timbulkan rasa teringin dalam diriku waktu yang lebih cerah
sedikit. Ini tidak. Asal langit gelap sahaja, baru teringin macam-macam benda.
Mana berani aku nak keluar waktu gelap macam ini.
Bunyi
gril pintu yang ditolak, terus membantutkan rasa mengidamku. Asad sudah keluar
dari rumah tanpa kata. Selalu pun dia memang akan balik malam. Tapi keluar di
waktu malam begini, belum pernah lagi. Takkan dia keluar dengan Elisa tu???
Fikirkan
Elisa, terus selera aku mati. Sakit hati!
TUPPERWARE yang berisi spaghetti segera singgah di
ruang mataku. Aku terkejut bukan kepalang bila nampak hidangan itu terhidang
elok di atas meja makan. Kad kecil yang terselit di sisi pinggan aku tarik
perlahan.
Kalau
mengidam apa pun, minta aje. Abang merajuk dengan Sham, bukan dengan baby.
-Abang-
Ewah!
Ayat macam nak memujuk, tapi aku rasa macam makin sakit hati. Kiranya sekarang
ini, dia hendak berkomunikasi dengan anaknya sahaja. Dengan aku masih merajuk
lagi. Haish! Pening… pening…
Dalam
pada pening… pening… itu pun, spaghetti aku tidak lupa. Uish, mana boleh
biarkan macam itu sahaja. Dengan penuh berselera aku menjamah. Sedap pula tu.
Entah dekat mana Asad beli. Kiranya yang dia keluar tadi untuk belikan aku
spaghetti? Eh… silap. Untuk belikan anak dia, spaghetti… ya, ini baru betul.
Tak
apalah. Sekurang-kurangnya, kalau aku mengidam dia sanggup juga untuk keluar
dan membeli. Kiranya aku masih ada peluang untuk memujuk rajuknya daripada melarut
lagi. Aku tersenyum sendiri. Aku tahu nak buat apa. Baby… mama tau, baby mesti
tolong mama. Bisikku di dalam hati.
Selesai
mengemas meja makan, aku terus mengatur langkah ke bilik. Aku nampak Asad
tengah membaca majalah Solusi. Muka dia… tiada yang baru. Masih garang macam
dulu. Asad sejak memulakan perang rajuk denganku, wajahnya sudah mengetat sama
seperti kali pertama kami bertemu. Pandangan tajam yang begitu memukau diriku.
“Thanks
papa for the spaghetti… sedap!” ucapku sambil menarik selimut di kaki. Sengaja
aku tekankan perkataan papa itu, konon-konon macam baby yang bercakap dengan
dia. Dengan aku dia tak nak cakap, jadinya… berkomunikasi dengan kata ganti
diri bayi aku sahajalah!
“Don’t
mention it sayang…”
Erk!
Sayang? Aku ke?
“My
baby…” sambung Asad tidak lama selepas itu.
Cis…
sengaja kan! Tapi tak apa… aku anggap sayang itu untuk aku juga. Aku sudah mula
tersenyum sendiri. Wajah Asad kucuri pandang dengan hujung mata. Macam manalah ‘singa’
ini boleh maintain muka serius macam ini?
“Good
night… papa!” dia diam.
“I
love you… papa!” aku ucap lagi. Tapi dia diam juga. Perlahan aku menghela
nafas. Tak apalah… perlahan-perlahan, aku akan cuba pujuk dia juga. Aku
berbaring tapi tidak menghadap ke arah Asad.
Mujur
juga, walaupun dia merajuk dan aku masih tidak dapat memujuk, tapi kami masih
berada di dalam satu bilik. Takut juga aku kalau Asad merajuk sampai bawa diri
ke bilik sebelah. Tidak ke lagi susah proses komunikasi antara kami berdua.
“I
love you too… baby.” Lambat-lambat Asad mengucapkan perkataan baby itu.
Senyumanku
terus melebar. Hehehe… ini pun aku anggap untuk aku juga. Thanks baby. Mama dan
papa sayang baby… tanganku sudah mula mengusap perutku dengan penuh kasih.
Tersentak
aku bila ada satu tangan lain yang ikut mengusap perutku. Asad! Haish… terseksa
juga jiwa kalau macam ini. Iyalah… dengan alasan hendak bermanja dengan anak,
dengan aku sekali terasa dimanjakan pula.
“Good
night my baby.” Serentak itu satu kucupan terpahat di pipiku. Aku terkedu. Baby…
papa you ni sebenarnya tengah ambil kesempatan agaknya. Dengan mama, dia
merajuk. Tapi dengan baby dia manja. Dan perantaraan manja antara baby dan
papa, siapa? Mama jugak.
____________
1. Sorry lambat update
2. Sorry kalau entry bosan
3. Terima kasih semua :)
Best!! Nk lg!!
ReplyDeletebest!best!best!
ReplyDeleteluculah perangai Asad ni..merajuk konon..hahahaha..dalam merajuk sempat lagi kiss pipi Syam..hehehe.. suka sangat n3 ni.. :)
comel..hihi..
ReplyDeletemerajuk dengan mama je ye..dengan baby tak merajuk..
yang pegi kiss mama tu kenapa? :)
alalalala...
ReplyDeletebaby = mama la.
alalala,,comelnya tuan singa,,merajuk konon tp ambil kesempatan
ReplyDeletesuke2..sambung lagi kak umi..
ReplyDeleteHehe lucu jugak asad ne;)
ReplyDeleteso sweet eh;)
ema mau lagik kak;)
heE
Suka sangat... Papa suka ambil kesempatan... hehehe..
ReplyDeleteComel... papa ni saje tau.. sian mama.. mujurlah baby jadi org tengah... :-)
ReplyDeletecomel la asad ni..
ReplyDeletehahaha
nak lagi sis..
;)
asad ni...jual mahal!!mengade btol..but sweeeeettttt..cair..hahaha =)
ReplyDeletesweet la bab ni~~huhu..i like!!nak lagi...jangan la ada konflik banyak2 sangat..suka tgk dorang~~manja2!
ReplyDeleteeee...
ReplyDeletecutenye,,,
smbng lg..
~aki~
best n3 ni..x boring..apa hubungan Asad dgn Elisa.mungkin Asad sengaja nak buat Sham cemburu...bila Asad nak b'henti merajuk...harap2 n3 akan dtg mereka akan b'baik2.kesian Sham..:(
ReplyDeleteala sweetnye...hehe..ske2...hop n3 bru dorg dh brbaik..mjur ade bby 2...anak pngikat kasih..hihi...:)
ReplyDeletenakal papa ni..
ReplyDeleteamek kesempatan ya..
adei asad amik kesempatan eh. saja je nak kasi sham stress apa da. kang klo sham kena darah tinggi sapa susah?hehehe gatal.
ReplyDeletepndi sham buat helah...awat la lama sgt asad merajuk...aih...
ReplyDeleteala, mau manja2 la encik singa tu hehe2 sweet!
ReplyDeletelamenya papa merajuk dgn mama, cian
ReplyDeletemama nasib baik boleh komunikasi
melalui baby kan papa? umi nk lagi
bestlah...
so sweet.................
ReplyDeletebest!!!!!!!!!!!!!!!!
aiyak...sweet sgt la hehe...next plezzz
ReplyDeletebest n3 kali ni...tak bosan bacanya. tp...lambat tu hmmm mmg lambat juga. sambung cepat2 ya umi. selamat berpuasa
ReplyDeletewahahaha asad ni main tarik tali pulak...
ReplyDeletesyok3!!
ReplyDelete