Skip to main content

[16]

Tuan 'Singa' Milikku

DENGAN rasa malas, aku bersandar pada sofa L shape di ruang tamu. Letih rasanya tidak sudah-sudah mengenangkan pertemuan dengan keluarga Elisa siang tadi. Aku letih dengan sikap mereka yang langsung tidak mahu memahami kata-kata Asad.
            Seakan terngiang di telinga aku, setiap patah kata yang diluahkan oleh Asad.
            “Saya langsung tak pernah berniat untuk memadukan isteri saya… uncle, jangan paksa saya! Tujuan saya datang sini pun, supaya uncle dapat nasihatkan anak uncle daripada ganggu isteri saya di pejabat dan di mana aje. Saya hormat dengan uncle… hormat dengan aunty. Dan saya harap… uncle juga boleh hormati keputusan saya ni.”
            “Asad…” suara Datuk Mokhtar masih cuba menarik Asad supaya berdiplomasi. “Cuba fikirkan dulu.”
            “Sorry uncle… tak ada apa yang hendak difikirkan!” suara Asad begitu tegas sekali pada ketika itu. Aku boleh faham nada itu. Tapi entah, lagi dua orang manusia yang sedang berbicara dengan Asad itu faham atau tidak.
            Bila terkenangkan kata-kata Datin Emily padaku siang tadi, terasa sejuk sedikit rasa hati ini. Benarlah menurut pandangan mataku, hanya dia seorang begitu memahami apa yang meresahkan jiwa ini.
            “Sham… don’t worry, aunty akan nasihat Elisa. Aunty tahu, Asad sangat sayangkan Sham… aunty dapat nilai kasih sayang dia, setiap kali dia bercerita pasal Sham pada aunty…” serentak itu, tangan Datin Emily ringan sekali berlari dipipiku yang basah dengan air mata.
            “Tapi kenapa suami aunty cakap macam tu dengan Asad?”
            Dia tersenyum kelat. “Uncle tu… suka sangat dengan Asad sebenarnya. Jadi, bila Elisa tu nak jadi isteri nombor dua pun, dia tak kisah… sebabnya, lelaki tu adalah Asad.”
            “Aunty…” aku sudah tidak tahu hendak berkata apa.
            “Sham… Asad sangat-sangat sayangkan Sham. Kalau dia sukakan Elisa, dah lama dia boleh bernikah. Tanpa pengetahuan Sham pun dia boleh buat. Bukan sekali dua, uncle minta pada Asad… tapi Asad betul-betul tak nak duakan Sham. Aunty faham apa yang Sham rasa dengan kelakuan Elisa… aunty akan nasihatkan dia. Tapi aunty minta, Sham bersabar dengan kerenah dia. Walau apapun yang dia buat pada Sham, dia memang takkan dapat tawan hati Asad…” ujar Datin Emily dengan yakin. Mataku terpaku pada renungan Datin Emily yang begitu mendalam maksudnya.
            “Kenapa aunty tak pujuk saya supaya terima anak aunty jadi isteri nombor dua Asad?” aku tanya dengan rasa hairan. Itulah yang aku andaikan sejak tadi.
            “Aunty tahu… apa yang Sham rasa. Percayalah… aunty pernah rasakan perasaan yang sama. Malah lebih daripada tu, aunty pernah rasa apa itu perasaan berkongsi suami…” Datin Emily mengucapkan dengan tenang sekali. Tetapi aku pula yang tergamam. Maknanya? Datin Emily bermadu???
            “Sayang…” panggilan itu membuatkan lamunanku bersepai. Asad sudah duduk bersandar di sisi. Kepalanya ringan sekali dijatuhkan pada bahuku.
            “Kenapa ni… dari tadi Sham asyik termenung aje? Kan abang dah cakap dengan Datuk Mokhtar… Sham nak risau apa lagi?” Asad sudah mula menarik daguku. Mata kami bertentang antara satu sama lain. Benar kata Datin Emily, Asad sangat menyayangi aku. Tidak perlu diucapkan pun aku sudah tahu akan rasa itu. Segalanya terbias pada setiap renungan dan elusan matanya yang begitu lembut dan mendamaikan jiwa.
            “Abang sayang Sham?” aku soal Asad dengan tiba-tiba. Riak terkejut jelas terukir pada wajah Asad.
            “Kenapa tiba-tiba tanya macam ni? Mestilah sayang… siapa lagi yang abang nak sayang, kalau bukan isteri abang ni…” ucapnya bersungguh-sungguh. Begitu meyakinkan.
            “Sham sayang abang… abang percaya tak?” aku tanya lagi soalan yang melahirkan kerutan di dahi Asad.
            “Apa ni sayang…??? Mestilah abang percaya…!” kali ini, Asad sudah memegang kedua belah pipiku dengan kejap. “Kenapa ni Shamina? What’s bothering you? Tell me…” riak wajah Asad sangat terserlah kerisauan. Spontan aku tersenyum. Makin berkerut dahi Asad pada ketika itu. Mungkin terfikir, sudah sewel ke isterinya ini…
            “Sham rindu abang… tahu tak?” Asad semakin terkejut bila aku terus berubah mood manja. Tanganku spontan melingkari lehernya. Sengaja aku tambahkan lebih gula dalam senyuman.
            “Kenapa ni sayang? Misteri semacam aje?” Asad pula yang blur. Selalu aku yang mainkan watak itu. Tapi aku tetap tersenyum. Senyuman yang makin membuatkan Asad keliru. Suka pula aku dapat main-mainkan Asad begini.
            “Tak suka ke…?” aku leretkan lagi alunan suara. Asad sudah mengangkat keningnya sebelah.
            “You’re playing my role,” ucapnya laju.
            Aku pula yang terkedu. Cepatnya Asad dapat tangkap permainan ini! Cesh… tak jadi aku nak main-mainkan dia.
            “Tak apa… I like!” tambah Asad lagi yang sudah merapatkan lagi kedudukan kami. Bibirnya juga tersungging senyuman manis buatku. Aku tahu, semuanya hanya untukku. Kerana dia hanya milikku!

“SHAM nak berhenti kerja.” Sebaris ayat itu sudah cukup untuk mengalihkan tumpuan Asad sepenuhnya padaku.
            “La… hari tu cakap tak nak. Takut Elisa buat kacau…” dia ungkit semula ayat-ayat yang aku lagukan pada waktu idea berhenti kerja dibangkitkan oleh Asad.
            “Itu hari tu… ini, hari ni. Sham nak berhenti.”
            “Sure?”
            Aku mengangguk dengan yakin. “Very sure!”
            “There must be a reason sayang…”
            “Sham sayang abang.”
            Kening Asad ternaik. Aduh… kacak sangatlah pula suami aku ni! Silau mata.
            “Sayang abang… jadi Sham nak berhenti kerja?”
            “Bukan… sebab sayang, Sham nak dengar cakap abang.”
            “Kalau tak sayang?”
            “Kena dengar jugak! Isteri kena taat pada suami… kan syurga isteri di bawah telapak kaki suami… Sham tak nak jadi isteri derhaka…” Asad kulihat sudah tersenyum mendengar jawapanku. Seketika dia melepaskan tawa kecil. Apa yang lucu dengan situasi ini, aku pun tidak tahu.
            “Sham.. kalau tak nak berhenti, abang tak paksa… you have the rights to make your own choice.”
            Aku menggeleng kecil. “Tak apa… Sham tak kisah. Nak merasa jadi suri rumah pulak kot lepas ni…” dia sudah tersenyum lagi bila mendengar jawapan aku. Macam tidak percaya sahaja dengan jawapan aku. Apa? Ingat aku tak ada bakat untuk jadi suri rumah berjaya ke?
            “Betul ni sayang? Tak takut Elisa kacau abang?”
            “Abang ni sebenarnya nak Sham berhenti ke tak?” aku tanya terus bila nampak Asad seakan terus meragui keputusan aku.
            “Mestilah tak nak!”
            “Pulak dah!!!” aku pula yang menepuk dahi. Hari itu, dia yang kemukakan cadangan. Hari ini, dia sendiri yang tidak menyokong pula. “Kenapa?” aku tanya balik. Mengelirukan sungguh Asad ini.
            “Tak seronoklah… abang nak jugak tengok muka sayang dekat ofis tu. Bila rasa nak marah-marah… tengok muka Sham, sejuk sikit hati ni…” comel sekali wajah Asad ketika menuturkan jawapan itu padaku.
            “Sham bagi sejuk hati abang ye?” aku soal dengan nada mengusik.
            “Mestilah… penyejuk di mata, penawar di hati.” Dia senyum lagi.
            Aku tanpa menunggu sesaat pun, terus melepaskan tawaku. Mana aci cilok lirik lagu Nur Kasih, In- Team. Sudah dua tahun berkahwin dengan Asad, aku tidak menyangka… tuan singa ini pun stok layan nasyid juga ya? Hairan aku.
            “Sejak bila abang layan nasyid?”
            “Adalah dalam tiga empat tahun yang lepas…”
            Kening aku pula yang ternaik bila dia jawab macam itu. Makin pelik. Tiga, empat tahun lepas? Tiga atau empat tahun lepas… kepala aku sudah menekan-nekan suis dalam kepala seakan cuba mengingati sesuatu. Kenapa aku dapat rasakan ada sesuatu.
            “Takkan tak ingat?” Asad tanya pada aku. Aku diam cuba memikirkan, apa sebenarnya yang cuba dikatakan oleh Asad ini.
            “Serius tak ingat???” Asad soal lagi dengan riak yang lebih terkejut. Aku surrender.
            “Sham betul tak ingat???” dia tanya lagi dengan riak tidak percaya.
            Aku naik kesian pula bila dia bersungguh-sungguh bertanya macam itu dengan aku. Tapi betul, aku tak tipu. Aku langsung tidak ingat, apa sebenarnya yang Asad hendak singkap disebalik topik nasyid ini.
            “Sampai hati…” ucapnya seakan berjauh hati. Eh, salah skrip ke Asad ini? Kenapa tiba-tiba berjauh hati pula. “Abang dedicate lagu ni untuk Sham masa makan malam kelab kewangan…” dia sambung lagi dengan nada yang lirih.
            Erk! Tergamam aku seketika. Betulkah? Kenapa aku tidak ingat?
            “Sedihlah macam ni… orang punya sayang dengan dia, siap dedicate lagu depan umum. Dia boleh lupa pulak.” Asad sudah mula mencapai tisu di atas meja. Mulutnya dikesat sebelum dia bangkit berdiri.
            “Abang…” laju sekali tanganku menarik lengan Asad. Walaupun otak aku seakan ada traffic jam untuk mengimbau kenangan yang Asad nyatakan itu, tapi tidak mungkinlah aku biarkan dia berlalu dengan perasaan jauh hatinya padaku. Wajah Asad yang sedikit mencuka itu kupandang lama. Makin kelakar jadinya! Singa dengan sedaya upaya sedang mencomelkan diri.
            Hujung kolar kemeja Asad, kusentuh perlahan. Tanganku sudah tersimpul elok di belakang lehernya. Bibirku juga sudah mula mengoyak senyuman yang aku rasakan paling manis di saat ini. Namun Asad tetap mencuka.
            “Baby… tengok papa ni, merajuk macam orang tua!” selamba aku berkata begitu. Dari ekor pandangan mata pun aku sudah dapat menampak bunga senyuman hampir tersungging di bibir Asad. Eceh.. pandai pula dia main hide and seek.
            “Kita jangan kawan dengan papa ya baby… sikit-sikit nak merajuk. Lepas tu, tunggu orang pujuk. Bila dah pujuk… berminggu-minggu, baru nak hilang rajuk…” selamba lagi aku perli dia. Biar melekat dengan kukuh dalam kepala Asad tentang peristiwa merajuk itu.
            Kali ini Asad sudah tertawa. “Amboi… complain dengan baby.”
            Aku mencebik. “Iyalah… nak complain dengan siapa lagi… mama ada baby aje. Lainlah papa… ada peminat setia!” aku pandang dia sekilas, dia masih tersenyum. “Baby nak ke mama tiri macam aunty Elisa?” aku mengusap perutku perlahan. Aku pandang semula pada wajah Asad. Riak wajahnya tenang sekali. Aku tidak dapat hendak mengagak, apa sebenarnya yang sedang berlari di dalam mindanya pada ketika ini.
            Tiba-tiba sahaja, Asad tunduk. Kepalanya didekatkan pada perutku yang dilitupi baju kurung. Kucupan kasih dihadiahkan di situ. Aku terkesima. Niat aku hendak mengenakan dia, tapi sekarang ini, hatiku tersentuh dengan tindakan spontannya.
            “Baby hanya akan ada satu mama… dan dia adalah Shamina. Bukan yang lain… dia sorang aje…” kali ini telapak tanganku menerima kucupan kasih Asad. Tidak sampai sesaat selepas itu, tubuhku sudah hilang dalam pelukan erat Asad.
            “Jangan lupa… Tuan singa ni, milik Sham seorang…” bisiknya pada telingaku. Terus aku tersenyum. Selalu aku yang cakap, sekarang ini, dia pula yang tolong cakapkan. Ya, aku tahu!

“SHAM… ada orang cari.” Kuat laungan suara Adila menyinggah di telingaku ketika aku keluar dari bilik Asad. Fail di tangan kuletakkan di atas meja sebelum berlalu ke ruang menunggu. Siapa yang hendak berjumpa denganku? Elisa?
            Haish!!! Kenapalah nama perempuan itu juga yang hendak menyesakkan minda.
            “Shamina…” panggilan namaku itu membuatkan dada terasa bergetar. Aku sudah tahu siapa. Senyuman di bibir pemanggil itu benar-benar menyenangkan jiwa. Lantas, dengan perasaan yang lapang, aku melangkah dengan laju menuju mendekati tetamu aku itu.
________________
Sila-sila, tinggalkan komen anda. :)
Terima kasih semua.

Comments

  1. huish~~sapa yg kacau sham tu..hahahhaha..nak lagi~~~

    ReplyDelete
  2. Mmg la cik writer ni suke mendera perasaan..hehe..tp seb baek kali ni menyenangkn ati sham,so,xde la terdera sgt utk tggu next n3..sape tu?datin emilykah or si zul tu kah?
    Next2 :D

    ReplyDelete
  3. abg sham ke?tbe2 je..(sham ad abg ke?haha)

    ReplyDelete
  4. siapa plak yg nak jumpa sham tuh,,tak sabar tggu

    ReplyDelete
  5. melangkah dgn perasaan lapang...so, bkn elisa or bapak die la kot...hehehe

    ReplyDelete
  6. Mesti si Zul tu.... lepas ni Asad pulak yang cemburu ....
    Asad ni manja juga tapi saya suka sebab dengan Sham saja bukan dengan yang lain...

    ReplyDelete
  7. cantek da tu umi!!!flashback blk!flashback!smbg ksah dorg ms kat U tu umi...ape cer pas miting tu ari??camne asad tu bley jth ati kat shamina plk umi?cite sket??!

    sufi (",)

    ReplyDelete
  8. bestla novel ni...baru jumpa hehehe...abang singa, sgt cuke XD..

    ReplyDelete
  9. sweetnyer asad dgn sham :D..bgslah asad ni ttp pendirian..xgoyah pun cinta die dgn sham..cpt smbg ye xsbr dah nk tunggu :)

    ReplyDelete
  10. Best... suka tuan singa yg sentiasa sabar melayan karenah Sham yg ter'ganggu gugat' perasaannya... :-)

    Comel je merajuk-pujuk depa ni..:-)

    ReplyDelete
  11. siapa???
    Asad ni memang romantik habislah..hehehe..sweet sangat2..

    ReplyDelete
  12. Please tolong cepat sambung. Suka sangat dengan novel ney! Good job writer ♥

    ReplyDelete
  13. wallah romantik gak asad tu, a'ah cik penulis nak mtk elaborate pasal nasyid asad masa annual dinner tu blh, macam best je kisah kat situ. kasi lawak kaw kaw eh. hehehe masa tu dorg dah bercinta ke belum? or asad just bagi clue je tnpa sham perasan niat asad?
    ni sapa pulak dtg time office hours ni.

    ReplyDelete
  14. aha..
    sweetie..
    gud hasben ya..

    ReplyDelete
  15. terbaik cik writter
    jgnlah diapa2kan Sham & baby tu
    nak happy ending jugak ^__^

    ReplyDelete
  16. smbUng lar lgi..pLzzz..hehee...aku Dah jtuh cnTa ngan crita ni...terbaikkk bha...HAhaaa

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia