Skip to main content

[15]

Tuan 'Singa' Milikku

“PERLU ke kita jumpa parents dia bang?” buat kesekian kalinya, soalan itu aku ajukan pada Asad. Tapi suami aku nampaknya lebih senang tersenyum. Sesekali tanganku digenggam erat seolah mengalirkan semangat. Tahu benar Asad, aku sangat cuak di saat ini. Entah kenapa, aku rasa tak sedap hati pula. Macam kalau parents Elisa itu sebenarnya tidak kisah pun anaknya menjadi isteri kepada Asad???
            Argh!!! Aku boleh kena darah tinggi kalau berterusan fikirkan perkara ini. Lantas aku cuba menghela nafas perlahan-lahan. Dengan mengalunkan surah Alam Nasyrah, aku berharap Allah akan lapangkan dadaku daripada dibelenggu masalah ini.
            “Jangan risau Sham… parents dia okey. Abang dah kenal.”
            Ayat Asad itu sebenarnya hendak memujuk aku. Tapi, tanpa sedar… aku sebenarnya makin ditimpa rasa tidak senang dengan perkara itu. Asad sudah mengenali mereka. Maka tidak mustahil andaian aku yang satu itu. Pasti sahaja ibu bapa Elisa tidak akan keberatan untuk menikahkan anak mereka dengan Asad. Argh!!! Aku tension!
            “Dia orang tahu tak, abang nak jumpa ni?”
            “Datuk Mokhtar yang panggil untuk lunch…”
            Erk! Datuk Mokhtar yang panggil???! Makin bertambah-tambah tidak sedap hatiku mendengar ayat itu. Aduhai… aku pasrah sahaja apa pun yang akan terjadi sekejap lagi.
            Saat kereta yang dipandu Asad membelok ke selekoh memasuki kawasan perumahan mewah, mulut aku pun tidak mampu ditahan pembukaannya. Terlopong aku seketika.
            “Janganlah buat muka macam tu sayang… gaya macam tak pernah tengok rumah orang kaya…” selamba sahaja Asad memerli aku. Terus aku mencebik. Bukan aku yang hendak bereaksi begitu. Itu adalah aksi spontan!
            Kereta Asad sudah berhenti pada rumah yang bernombor 21 di lorong itu. Aiseh… tarikh lahir aku la pula. Dengan lafaz bismillah, aku keluar dari kereta. Apa rasa aku sekarang? Mungkin hampir sama dengan orang yang hendak pergi bertarung agaknya. Bertarung mempertahankan suami aku daripada dirampas oleh Elisa!
            Sebaik sahaja keluar dari kereta, lengan aku sudah digenggam erat oleh Asad. Senyuman di wajah kacak suamiku ini langsung tidak menenangkan hati. Aku semakin resah. Entah mengapa, naluri hati ini seakan membisikkan sesuatu yang kurang enak. Entah betul atau tidak. Kita tunggu dan lihat sahaja.
            “Asad… masuklah…” ceria sekali suara yang mempelawa Asad. Aku dapat lihat seorang wanita yang begitu anggun sekali menyambut langkah kami. Dan nada yang digunakan dengan Asad, begitu mesra sekali. Wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai isteri Datuk Mokhtar, Datin Emily. Mama Elisa, tambah hatiku sendiri. Cantik orangnya.
            “Apa khabar aunty?” Asad sudah tunduk bersalaman dengan Datin Emily. Aku pula yang jadi kekok sendiri berada di antara mereka berdua ini.
            “Aunty sihat… lama dah Asad tak datang sini, kenapa?”
            “Sibuk aunty…”
            Sibuk benar dia orang bertanya khabar. Sampaikan tidak sedar yang aku sedang berdiri di antara mereka.
            “Yang ini Sham?” suara Datin Emily menggamit perhatian aku. Wanita itu tersenyum manis. Lambat-lambat sahaja aku mengangguk dan membalas senyum.
            “Asad selalu cerita dengan aunty… baru hari ni dapat jumpa orangnya. Cantik ya Asad…” pujian itu langsung membuatkan wajah aku memerah. Malu pula. Datin Emily ni!
            Tapi… aku berasa pelik tiba-tiba. Kalau Datin Emily boleh tahu tentang aku, kenapa Elisa itu tidak tahu?
            “Jemputlah masuk… aunty ni pun satu, biarkan kamu dekat depan pintu pula…” Datin Emily sudah mempelawa kami masuk ke dalam rumah. Cantik sekali ruang dalam rumah agam itu sehingga aku terpegun dengan setiap pemandangan yang singgah di ruang mata. Begitu sempurna tanpa cacat dan cela. Seindah orang yang menguruskannya.
            “Duduk dulu… aunty suruh bibik siapkan makan.” Belum sempat Asad berkata apa-apa, Datin Emily sudah berlalu dari ruang tamu.
            Aku sudah terkebil-kebil di sisi Asad. “Abang… ramahnya Datin tu.”
            Asad tersenyum kecil. Jemari aku dicapai dan digenggam erat. “Dia sangat-sangat baik Sham… jangan risau, Elisa dengan dia… macam langit dengan bumi. Tunggu sekejap lagi, Sham akan tengok papa Elisa pulak. Tapi jangan terkejut… yang ni, agak 'psiko' la jugak. Macam anak dia…”
            “Hah??!” terkejut aku. Agak psiko juga??? Betul ke?! Maknanya dia akan memanipulasi aku supaya kahwinkan suami aku dengan anak dia ke? Maksud psiko dalam situasi ini, begitu ke?
            “But don’t worry… as long as I am here, everything will be fine.” Asad menyambung lagi. Senyumannya manis sekali. Tapi aku masih terasa gundah di sini.

“MAKAN banyak sikit Asad… aunty yang masak semua ni.” Terus Datin Emily menyendukkan nasi ke dalam pinggan Asad yang sudah licin. Aku melihat sahaja tanpa sebarang suara. Datuk Mokhtar juga ada di situ. Aku lihat wajahnya seakan begitu seronok sekali menerima kehadiran Asad di sini. Hubungan mereka terlalu akrab sampaikan aku rasa sangat terasing. Mujur sahaja, Elisa tiada. Kalau tidak….
            “Asad!!!” hampir sahaja aku tersedak. Aku fikirkan dia tiada, tapi ada juga!
            “Tak cakap pun nak datang sini… mama, patutlah bila Lisa tanya menu hari ni, mama asyik senyum aje… rupanya nak masak untuk bakal menantu ya.”
            Kali ini aku betul-betul tersedak dengan ayat Elisa yang begitu selamba. Sama ada dia buta atau dia memang tak nampak aku yang sedang duduk di sisi Asad ini. Huluran gelas daripada Asad aku sambut tanpa bertangguh. Rakus sekali aku meneguk air tanpa mempedulikan mata-mata yang memandangku. Biarlah… apa yang dia orang tahu tentang perasaan aku di saat ini. Allah sahaja yang tahu, apa yang aku rasa!
            Mataku menangkap sekilas riak wajah Datuk Mokhtar yang begitu relaks melihat tingkah anaknya. Saat mataku berlaga dengan Datin Emily, entah kenapa, ada rasa sayu menyusup ke dalam hati. Pandangan seorang ibu itu seakan memahami isi hatiku.
            Perlahan mataku menyorot pada wajah Asad. Dia tersenyum kecil sambil menganggukkan kepala. Saat itu aku terasa ingin menamatkan babak ini pada detik ini juga!!!
            “Sebenarnya uncle…”
            “Asad… makan dulu. Pasal hal yang Asad nak cakap tu, kemudian pun tak apa. Makan lebih penting…” celah Datuk Mokhtar. Aku lihat Elisa sudah tersenyum mendengar kata-kata papanya.
            Aku sudah mengetap bibir perlahan. Perasaan aku di saat ini… tidak dapat kugambarkan. Celaru. Keliru. Apakah satu keluarga ini nekad untuk memisahkan Asad dengan aku?
            Sekali lagi, mataku berlaga dengan pandangan Datin Emily. Lagi dan lagi… rasa sayu terus membanjiri hati. Aku tidak akan hairan jika tangisanku pecah di sini.

LANGKAHKU tergam di balik dinding yang memisahkan ruang makan dan ruang tamu. Telinga aku ligat sekali menangkap butiran bicara antara Asad dengan Datuk Mokhtar. Sesekali bertingkah dengan suara Elisa yang merayu dengan manja. Ah, menyampah!
            “Elisa is my only daughter Asad… uncle suka sangat kalau dia dengan Asad.” Kalau benar orang katakan jantung itu boleh gugur, saat ini juga akan terjadi perkara luar biasa itu. Ayat itu benar-benar menyentap jiwaku. Sanggup dia meminta Asad mengahwini anak dia.
            “Asad dah kahwin uncle…”
            “Bukan masalah besar Asad… you’re man. You have the right! And I’m willing to hand you my daughter… walaupun untuk jadi yang kedua.”
            Aku tersandar lemah pada dinding rumah agam ini. Segalanya menjadi lemah. Aku benar-benar kehilangan tenaga.
            “No uncle! My wife is my everything…”
            “Elisa loves you!”
            “Shamina is my only love!”
            “Uncle tak sanggup nak tengok Elisa kecewa…”
            “Saya lagi tak sanggup nak tengok isteri saya kecewa.”
            “You’ll be a very good husband for both of them. Uncle yakin sangat dengan Asad.”
            “Please Asad… I tak kisah kalau bermadu…”
            Air mataku menitis jua membasahi pipi. Apa yang Elisa fikirkan dengan perkataan madu itu? Adakah dia fikir, bahawa semua madu akan manis dan memberi senyuman? Adakah dia fikir, menguruskan dua orang isteri semudah yang disangka? Poligami… dia fikir aku suka?!
            Tangan yang menyentuh bahuku dengan lembut, memaksa pandangan ku dihala ke depan. Wajah Datin Emily begitu tenang dan mendamaikan. Tangannya sudah mengesat air mata yang mengalir di pipiku. Apakah Datin Emily faham akan rasa hatiku di saat ini? Atau dia pun sekadar hendak ‘tunjuk baik’ untuk menjayakan misi anak kesayangannya? Sesak sudah otakku dengan persoalan yang bertimbun ini.
___________
Jangan malu, jangan segan. Tolong komen. :)
Terima kasih semua.

Comments

  1. xnakla asad kawen ngan elisa...

    buatla elisa jth hati ngan org lain ke. huhu... kesian sham...

    apapun thnks utk n3! =)

    ReplyDelete
  2. uwaaa,,tak suka baca en3 ni,,sian sham,,

    ReplyDelete
  3. tau xpe...x suke la elisa ni...menyampah gilerrr...argh!!!!!

    ReplyDelete
  4. cool! berani tul asad ye gan bapak elisa tu. mmg r 2 beranak tu psiko. ok tlg bagi next pls, wah tak sabar2 nak baca. nak tgk sham plk kuar membela hubby dia.peace

    ReplyDelete
  5. ada jugak orang macam dato' mokhtar tu ek? sanggup merayu nak jadikan anak dia isteri kedua...huhu..pelik sungguh.

    papepun tak nak la sham dimadukan. asad kena lebih tegas lagi tau..terus lawan hujah2 psiko dato' mokhtar dan elisa tu..

    tq 4 this n3..next please :)

    ReplyDelete
  6. rasanya tak ada org macam Datuk Mokhtar tu... mana mungkin la parents sokong ank yg nak jadi isteri ke-2. Ada ke?
    (situasi ini, adalah rekaan semata. Tiada kaitan dengan yang hidup dan yang mati)

    Terima kasih semua :)

    p/s: kalau rajin overdose, esok pagi ada entry lagi.

    ReplyDelete
  7. arggh tidak, jgn biarkan asad kawin dgn elisa.. no no and no.. sham keraskan hati jgn bg simpati kat elisa dan sapa2 utk rebut asad,,
    aiseh geram btl ni

    ReplyDelete
  8. tetiba rasa nak nangis pepagi ni umi:)

    ReplyDelete
  9. Asad kena kuarkan taring singa!
    Garang lg....garangg!

    Kecik je nampak elisa n bapak dia....urghhh..geram2!!!!(emo...tekan keyboard kuat2)

    ReplyDelete
  10. Dato Mokhtar dan Elisa sanggup buat mcm tu sbb mungkin dia rasa apabila dia sudah dpt Asad dia dgn mudah boleh singkirkan sham. Bagi mereka kekayaan dapat membeli segalanya

    ReplyDelete
  11. ;] aiyaa..xsukela elisa ngan ayh die tu

    ReplyDelete
  12. amboi datuk..belom kahwen bleh la ckp mcm2 dgn asad..yg dia mampu la apa la..
    tpi after kawen kalo ank yg merana..x pasal2 sham yg kena...
    sham kuatkan hati..tabahkan hati...
    tibe2 teringin la plak nk tgk apa reaksi asad bila sham x di sisi..
    biar die tau betapa tertekannya sham dgn keadaan pregnant tu..
    bagilah sham ketengn skit..ni x abis2 dgn bakal'madu' yg ntah jdi ntah x...mane mertua sham..plz sokong sham..

    ReplyDelete
  13. benciiii nyer aku kat elisa ni...akak, nyahkan lah elisa dgn datuk mokhtar tu..menyakitkan hati betui....

    ReplyDelete
  14. sedih lh plak baca episod ne..harap2 asad bukan lah lalaki yg lemah..harap2 asad kaut pndirian..

    ReplyDelete
  15. ish!getamnya dgn Elisa dn ayh dia..dgn Asad pon sy geram..yg dia bt baik dgn si Minah 2 apesal..heeeeee

    ReplyDelete
  16. tak mahu!!! jangan bagi Asad kahwin dengan Elisa..Eee..Datuk Mokhtar ni kan..jangan sibuk hal orang lain boleh tak..geramnya..kesian Syam..huhuhu..


    p/s: terima kasih kak umi sebab komen di blog saya =)

    ReplyDelete
  17. Ya Allah..sakitnye hati dgn makhluk2 mcm tu..ase nk sepak kuat2 smpai ke bulan..pastu mereka kematian coz xde oksigen..sham n asad live happily ever after..the end..bley x mcm tu??hahaha

    ReplyDelete
  18. asad!! jangan..
    sis..cpt smbg
    gila la bapak dgn anak ni..
    haish

    ReplyDelete
  19. ape hal lak nk pksa2 asad kawen ngn lisa tue??
    dh dia nk bini sorg tue je, biar la...
    gila tol nk pksa2 org kawen...
    smbung cpt ea... :)

    ReplyDelete
  20. oh saya benci dengan watak datuk mokhtar~~da orang xnak xmalu ke dok terhegeh2 promote anak snirik~~xtao malu!!igt dya kaya boleh buat apa ja ka?boleh jalan

    for kak umi,good!nak lagi!!

    ReplyDelete
  21. saiko nye papa emily

    ReplyDelete
  22. nape mcm ni???!!!!!asad!!plssss fight for your right!!!
    G-ler best cite ko ni umi oiiii...!

    sufi (",)

    ReplyDelete
  23. gram nya...suka2 je nk suh asad kwin lagi 1..ksian la kt sham 2..x adil btul la

    ReplyDelete
  24. sob sob sob...
    sedey cian kat sham...
    waaaawaaaa...

    ReplyDelete
  25. alaa...xmaulah asad kahwin dgn elisa..menyibuk jelah dia tu..sian kt sham

    ReplyDelete
  26. Huhu.. both daughter n father, psyco.. horrornya.. sian Datin Emily dpt anak & suami cam depa ber2..

    Huhu.. sian Sham yg kena face to face dgn 2 psyco tu.. :-(

    ReplyDelete
  27. Hopefuly datin memg ikhlas faham hati sham n berada di pihak sham..asad jgn tepengaruh ngn 2org psycho itu

    ReplyDelete
  28. rupenye elisa ni ikut prangai bapak dia...

    ReplyDelete
  29. bapak borek anak rintik...huhu...geramnya bca part yg ada elisa ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia