Tuan 'Singa' Milikku
“BABY… ambilkan kemeja putih papa…” suara Asad itu
terus membuatkan aku menghadiahkan jelingan tajam buat dia. Tapi dia buat tak
tahu. Selamba dia berlalu keluar dari bilik. Untuk buat apa, aku malas hendak
bertanya.
“Baby…
necktie, jangan lupa!” laung Asad dari luar bilik. Aku dah naik rimas. Amboi!
Mentanglah aku berkomunikasi dengan dia, menggunakan ganti diri anak kami yang
berada di dalam kandungan ini… dia langsung tak nak panggil nama aku dah! Ini
yang membuatkan aku panas hati sejak dua hari lamanya.
Bila
dia masuk semula ke bilik, aku hulurkan kemeja yang diminta berserta dengan
tali leher. Belum sempat aku hendak melangkah, dia sudah menarik lenganku.
“Ya
papa… nak suruh baby buat apa lagi?” aku perli dia. Biar dia terasa sikit.
Geram aku bila dilayan macam ini. Aku pun rindu juga hendak mendengar nama
Shamina berlagu di bibir suamiku ini. Tapi dia… asyik, baby… baby… baby.
Entah-entah, sudah tidak ingat agaknya nama isterinya ini.
Asad
tersengih kecil. Pipi aku diusap perlahan. “Kalau ada apa-apa lagi papa panggil
baby ya…” ucapnya dengan sengihan yang panjang.
Aku
mengetap bibir geram. Eeeiii! Asad ini benar-benar menguji kesabaran aku. Kalau
merajuk, buat cara merajuk. Ini apa guna aku sebagai perantara untuk komunikasi
dengan anak dia. Sudah tu, manjanya bukan main.
“Abang…
tolong jangan main-main dengan Sham boleh tak?!” aku cakap juga apa yang
terpendam di dalam hati. Sebab kalau terlalu melayan kerenah lelaki ini,
lama-lama aku yang makan hati. Kalau tidak keberatan, tolong cakap yang dia
sudah tidak merajuk dengan aku.
“Baby…
cakap dengan mama, papa nak cakap dengan baby aje.”
Eeeiii!!!
Kalau tidak fikirkan yang dia ini suami aku, dah lama aku cekik-cekik Asad ni!
“Baby…
cakap dengan papa tu, kalau nak cakap dengan baby… dipersilakan. Tapi jangan
nak ambil kesempatan!” aku ucap dengan penuh perasaan. Bukan apa, terasa
sungguh bila dia langsung tak nak sebut nama aku. Takkan merajuk sampai ke
tahap itu?! Sekarang ini, aku pula yang rasa macam hendak merajuk. Biarkan dia
pujuk diri sendiri! Sudah buntu aku fikirkan cara hendak memujuk dirinya.
“Aik…
mama baby pun nak merajuk jugak?” dia perli aku. Aku menjeling lebih tajam dari
tadi.
“Habis…
mama baby bukan manusia ke? Papa aje boleh merajuk? Mama tak boleh?!”
Aku
menghela nafas panjang. Semput pula bila cakap dengan gaya hendak bergusti ini.
Sebab penat sangat, aku terus ke birai katil dan melabuhkan punggung di situ.
Perlahan aku mengurut dada, terasa mengah. Penat!
“Eh
sayang… kenapa ni?” suara Asad yang begitu risau menyapa telinga aku. Tapi aku
diam. Bukan tak nak cakap. Tapi aku terasa penat pula. Aku baru perasan,
sekarang ni kalau makan banyak, tidak pun… bercakap banyak, cepat sahaja aku
terasa penat.
“Sayang…”
Asad sudah mula melekapkan tangan di dahi aku. Risau sungguh dia bila aku tak
membalas jawapan soalan yang diberi.
Haish…
ada rasa risau. Ada rasa sayang dalam elusannya. Tapi kenapa yang masih
berpura-pura merajuk dengan aku. Merajuk itu boleh tahan lagi. Part yang aku
tidak berapa nak suka dalam situasi ini ialah bila dia keluar dengan perempuan
bernama Elisa itu. Sudah lupakah suamiku tentang ayat perampasan kuasa yang
pernah Elisa ucapkan pada aku?
“Shamina
sayang… okey tak ni?”
Ahha…
aku tersenyum dalam hati. Akhirnya, kemenangan menjadi milik aku. Dia sebut
juga nama Shamina tu.
“Abang
merajuk lagi tak?” aku soal dengan nada mengugut. Sedangkan tak ada benda pun
yang hendak diugut sebenarnya.
Dia
senyum meleret. Aku dah agak! Tuan singa ini kan, pasti begitu seronok sekali
mengenakan aku.
“Macam
manalah abang boleh merajuk dengan Sham lama-lama…” Asad ketawa. Aku pula sudah
mengetap bibir. Haish! Boleh naik blood preassure aku kalau macam ini. “Saja
nak bergurau senda…”
“Abang
ni!!!” aku mengancingkan gigi. Geram betul dengan ‘singa’ dalam rumah ini.
“Tapi
tak bersungguh pun pujuk abang? Macam mana ni… failed skill pembujukan…” sempat
lagi Asad mengutuk aku. Aku dah mula tarik muka. Suka hati dia sahaja cakap aku
failed.
“Seminggu
lebih tau Sham pujuk abang… tak cukup?”
“Tak
cukup la… setakat pujuk pakai mulut, siapa nak layan…”
Ewah!
Habis yang aku sediakan nasi beriyani dengan
kari kurma kegemaran dia itu apa? Tak ingat agaknya yang dia makan
sampai licin periuk nasi. Semua itu pun untuk memujuk dia juga.
“Okey
la… I’m sorry…” Asad memujuk. Jari aku dalam genggaman dia. Erat sekali.
Aku
diam.
“Abang
minta maaf Sham… abang dah tak merajuk. Tapi Sham tolong, jangan cakap macam tu
lagi. Ingat abang tak terasa ke…”
Erk!
Iyalah… salah aku. Mulut aku ini yang terlalu cepat sangat menuturkan ayat yang
melukakan hati dia.
“Sham
melawak aje… bukannya complain pun.”
“Emosi
manusia, kita tak tahu Sham… kadang benda yang kita fikir lawak, orang yang
mendengar tu boleh ambil serius juga. Sebab tu orang cakap… bila nak bercakap,
kena fikir dulu…”
“Iyalah…”
aku akui akan perkara itu. Silap aku! Lepas ini aku akan pastikan mulut aku
terzip daripada melawak hal ‘singa’ ini.
“Tapi
kenapa abang keluar dengan Elisa hari tu?” soalku laju. Macam mana aku boleh
terlupa babak yang menyakitkan hati itu. Nasib teringat last minute.
“Oh…
yang tu…” dia ketawa. “Blind date.”
Membulat
biji mata aku. Blind date???
“Ada
sorang kawan ni… nak sangat kenal dengan Elisa tu, so… abang arrange la
pertemuan dua manusia tu.”
“Elisa
tu tau tak?” aku rasa macam ada yang tidak kena pula dengan blind date Elisa
ini. Mana mungkin dia date orang lain sedangkan hatinya terpahat kukuh
hendakkan Asad.
“Mampus
kalau dia tau… gerenti takkan datang!”
“Biarlah
dia tak datang… yang abang ni sibuk sangat arrange blind date untuk dia tu
kenapa? Dengan isteri sendiri tak nak date pulak?! Lepas tu… nampak aje muka
Elisa, terus senyum lebar. Berseri bukan main lagi…” marahku. Bila ingat balik
babak itu, hatiku automatik terasa sakit. Menyampah pun ada bila terkenangkan
lenggok suara manja Elisa. Entah macam manalah suami aku ini menepis godaan
yang dilakukan secara terang-terangan itu. Naik gerun pula aku fikirkannya.
“Kalau
abang tak buat macam ni… Sham yang akan disusahkan nanti.”
Gulp!
Berkali-kali aku menelan liur mendengar ucapan itu. Aku yang akan disusahkan?
“Dia
ada plan nak bunuh Sham ke abang?” soal aku dengan rasa risau. Mana aku nak
tahu, mungkin dia ada sejarah sakit mental ke apa. Boleh jadi dia bertindak di
luar kawalan.
“She
is dangerous… abang kalau boleh, nak sangat elakkan Sham daripada dia. Sebab tu
dia tak tahu, kita ni suami isteri… sekarang ni, Sham dah mengandung… abang
makin tak sedap hati… bila fikir abang tak ada dekat pejabat, kepala dah mula
bayangkan kalau Elisa tu datang serang Sham…”
Gulp!
Macam nak tercekik sahaja kerongkong aku. Tidak aku sangka, Asad pun risau juga
tentang hal itu. Tapi, bila aku cakap hari tu, dia sendiri yang nasihat dengan aku,
jangan fikir bukan-bukan. Sedangkan dia pun tidak tenang juga memikirkan Elisa.
Bahaya sehingga ke tahap penjenayah bersiri ke Elisa tu?!
“Sham
berhenti kerjalah...” sambung Asad tanpa henti. Erk!
“Kenapa?”
“Lagi
selamat kalau Sham duduk di rumah…”
“Dan
Elisa akan datang kacau abang hari-hari dekat pejabat…” aku takkan puas hati
kalau itu yang terjadi. “Tak nak berhenti!” aku balas juga dengan rasa degil.
“Please
Sham… dengar cakap abang. Abang akan rasa lebih tenang kalau Sham tinggal di
rumah…” nada Asad seakan merayu. Aduh! Aku terus naik sayu. Tapi perlukah
sampai berhenti kerja.
BERHENTI kerja? Bila fikirkan tentang rasional perkara
ini, aku rasa macam tidak patut sahaja. Sebab takutkan serangan Elisa, aku kena
berhenti kerja. Mulanya aku jadi suspicious juga bila Asad beria-ria sangat
suruh aku berhenti. Sampaikan aku dah buat kesimpulan, betul agaknya dia ada
affair dengan Elisa itu. Jadi untuk menutup mata aku, dia suruh aku berhenti.
Buruk
betulkan perangai aku, bersangka buruk dengan suami sendiri.
Tapi
bila Asad terangkan semua benda yang pernah jadi. Berapa banyak usaha Elisa
untuk mengenakan Asad yang kecundang. Meremang terus bulu roma aku. Aku tidak dapat
membayangkan, gadis secantik dan sebijak Elisa, akan fikir jalan yang begitu
keji untuk memiliki suami aku ini.
Ketukan
di meja membuatkan aku tersentak. Angkat sahaja muka, wajah Asad sudah berlayar
dengan sebuah fail di tangan.
“Nak
kena bagi fail ni pada Tuan Asad…” dia sendiri cakap, lepas itu dia sendiri
ketawa. Aku rasa nak ketuk-ketuk kepala dia. Suka sangat main-main dengan aku
sekarang ini!
“Sham
hantar ni dekat Haji Malik… dia nak tengok. Kalau dia tanya details pasal benda
ni, you jawablah ya…” fail dihulurkan pada aku. Aku belek sekilas sebelum
mengangguk. Haji Malik… tingkat 10.
“Ada
apa-apa lagi ke Tuan Asad?” aku tanya Asad bila dia masih belum bergerak dari
tempat aku.
“Suami
Sham cakap… dia nak ajak you lunch hari ni. You free ke?” dia tanya aku.
Aku
dah mula tarik senyum. Menyampah betullah aku dengan gaya orang tua ini.
Konon-konon gaya perantara, sedangkan yang bertanya itu dia juga.
“Untuk
suami I… I free sentiasa… cakap dekat dia ya.”
Dia
sudah tersengih bila aku jawab macam itu. Tanpa melengahkan masa, aku terus
capai fail dan bergerak keluar dari bahagian kewangan. Butang lif aku tekan.
Sementara menunggu lif terbuka, aku merayaukan pandangan ke arah kaca jernih
yang membiaskan panorama di luar pejabat. Cantik sungguh.
TING!
Lif terbuka dan aku terus masuk ke dalam tanpa berfikir panjang. Seketika aku
tergamam. Ya Allah!!! Serta-merta dadaku berdebar kencang.
________
Jangan lupa tinggalkan komen anda :)
Terima kasih semua.
kenapa? apakah yang berlaku?
ReplyDeletesham jumpa elisa ke kat dalam lif?
sungguh suspen...
Jgn2 elisa yg dlm lif tu..oohh tidak..becareful sham..risonye la dgn pompuan otak xsenter cm elisa tu..isk3 =(
ReplyDeletesatu lif dengan elisa ke???
ReplyDeletesape ek dlm lif tuh,,elisa ke??
ReplyDeleteape yg berlaku????takutnye...mnta2 sham xpape...huhu
ReplyDeleteadeh mesti elisa dalam lif tu..harap2 takde berlaku apa2 pd sham..
ReplyDeleteumi..lama lagi ke cite nie nak ending?
msti Elisa dlm li tu,...kan???????\
ReplyDeleteyg pasti i follow!!!!!!!!!!!!!!!
ada apa tuh..
ReplyDeleteada apa dalam lif???
ReplyDeletesyam nampak apa??
happy diorang dah okey..lucu tengok diorang guna orang 'perantaraan' tu..hehehe..
So sweet'he;)
ReplyDeletejgn sampai terjadi apa apa dgn sham dlm lif..;)
next kak;)
waa au au wa au au. hehehe sakan mengusik bini. selamat la tak pengsan kena darah tinggi, klo tak menyesal tak sudah.
ReplyDeleteoh elisa ke dlm lift tu?habis la kena gulai masak lemak sham tu. semoga selamat la ye.asad mmg sweet lah.
manja la tu asad.sweet couple..love it!yay!
ReplyDeletetp jgn wat sesi saspen lbh2 tau, semput nk baca
Seronok2 baca tup2 endingnya turut terasa berdebar juga... Elisa ke? Aduss...camnolah Sham nak berenti?
ReplyDeletecpat lar smbung...!!
ReplyDeletebest giler novel nie..
akak buat biar ada ending trus erk kt sini..
xyah nak publish2..lg lama nk kne tgu..nak kne beli..
Akhirnya asad mengalah jugak... kenapa ngn sham tu??? saspen..
ReplyDeletewhat happen?????
ReplyDelete