Tuan 'Singa' Milikku
AKU terus melangkah ke dalam lif, tak tengok kiri
dan kanan. Tangan aku laju sahaja menekan butang ke tingkat 10. Sementara
menunggu lif naik, aku sandarkan badan pada dinding lif. Saat itu, tergamam aku
melihat jasad yang turut berdiri bersama aku di situ. Dia!
Jantung
aku yang tadinya berdegup dengan normal, terus rasa macam nak pergi lari
marathon. Aku nampak jelingan tajam itu pun sudah cukup menggemuruhkan hati
aku. Tuan besar!
Tuan
besar yang paling besar dalam bangunan ini. Semua orang pun gerun dengan dia.
Kalau aku cakap Asad itu garang, dia ini kiranya sepuluh kali ganda Asad. Kalau
suami aku itu pun, tahu juga tersenyum. Tapi yang Tuan besar ini, jangankan senyum
ikhlas… senyum sinis pun tidak pernah. Sebab itu aku selalu gerun kalau
menghadap dia.
“Pergi
mana?” eh, eh… dia tanya aku. Garang pula tu! Gaya macam nak bagitahu, aku nak
kena buang kerja.
“Jumpa
Haji Malik, tuan.” Ya, dan inilah tikus yang paling sopan memberi jawapan.
“Oh…”
Oh…
itu sahaja. Aku terus zip mulut tanda tidak mahu berbual lebih-lebih. Sampai
tingkat 10, laju sahaja aku keluar dari lif. Sedikit pun tidak kalih memandang
belakang. Tak payah! Itu bapak segala singa dalam bangunan pejabat ini. Tuan
‘singa’ aku boleh dikatakan singa yang paling comel antara semua singa yang ada
di sini.
“Hai
kak…” ramah aku menegur Kak Salbiah, setiausaha Haji Malik. Kak Salbiah terus
senyum memandang aku.
“Sham…
baru Asad telefon tadi. Tunggu sekejap ya, Haji ada tetamu.”
Aku
mengangguk. Kerusi depan meja Kak Salbiah aku tarik dan melabuhkan punggung di
situ.
“Berapa
bulan dah ni?” Kak Salbiah tanya aku.
“Tiga…”
aku sudah tersenyum. Spontan tanganku mengusap perut yang sudah menunjukkan
rupa.
“Berseri-seri
dah sekarang ni...”
“Biasa
aje kak…”
“Mana
ada biasa… akak seronok dengar Sham dengan Asad nak dapat baby.” Teruja sekali
suara Kak Salbiah sampaikan office boy yang datang nak bagi surat pun
tertoleh-toleh ke arah kami.
“Doakan
semuanya baik-baik la ye kak…”
Belum
sempat Kak Salbiah menyambut ayatku, pintu bilik Haji Malik sudah terkuak.
Kelihatan Haji Malik dengan seorang pemuda berdiri membelakangi aku. Siapa dia
tu? Ah… malas aku hendak ambil tahu. Bukan penting pun.
Aku
sudah bangkit berdiri bila Haji Malik sedang berjabat tangan dengan pemuda itu.
Maknanya, mereka sudah hendak bersurai la kan. Aku dah standby nak ‘terjah’
Haji Malik. Namun segalanya terbantut di saat pemuda itu melabuhkan pandangan
matanya tepat pada wajahku.
Erk!
Tergamam aku seketika. Kenapa aku macam kenal dengan dia?
KELUAR sahaja dari bilik Haji Malik, aku terus
berjalan laju ke arah lif. Sempat lagi aku mengerling ke arah jam di tangan.
Sudah pukul dua belas tengah hari. Tuan Haji ini pun satu. Menyoal aku gaya
macam aku ini projek manager pula. Sedangkan kami hanya uruskan akaun bagi
segala projek dan kewangan syarikat. Apalah! Sampai aku tergagap-gagap nak
jawab sesetengah soalan.
“Lama
tak jumpa.”
Opocot!!!
Mujur aku tidak terlompat di situ. Aku terus kalih ke belakang bila terdengar
suara yang menyapa. Dia!!!
“Err…”
suaraku seakan hilang ditelan peti suara.
Tiba-tiba volume pun sudah tidak ada.
“Kenapa
Shamina? Dah tak boleh bercakap dengan aku?” dia tanya. Aku diam lagi.
Sambil-sambil itu, aku jeling pada lif yang tak sampai-sampai lagi. Apa yang
lama sangat ni?
“Kau
sihat Sham?”
“Hhmmm…”
aku jawab juga, walaupun macam tidak ikhlas sangat.
“Dah
tak boleh bercakap dengan aku?” dia ulang semula soalan tadi.
“Hhmmm…”
macam itu juga aku jawab. Buat apa aku hendak bercakap dengan dia?! Mesti dia
akan sakitkan hati aku, macam dulu-dulu juga.
“Aku
nak kahwin… bulan depan.”
Terus
aku berpaling merenung tepat ke wajahnya. Dia bukan tengah kelentong aku kan?
“Kenapa,
tak percaya ke?” dia soal aku lagi. Lif pun sudah terbuka masa itu. Tapi aku tidak
naik juga. Aku pandang wajah dia lama. Wajah orang yang pernah kata, dia kecewa
dengan aku. Aku mengeluh kecil.
“Tahniah!”
“Kau
marah aku lagi?” dia tanya lagi. Dan aku rasa dia bukan bodoh untuk menilai
layanan aku yang begitu acuh dan tidak acuh. Dengan segala benda yang dia tuduh
aku sebelum ini, dia mengharapkan ‘layanan’ yang bagaimana daripada aku.
“Aku
minta maaf Sham… aku yang bodoh, cakap macam-macam kat kau. Sorry… masa tu, aku
macam tak boleh nak berfikir. Aku bercakap pun main lepas aje. Aku tak sedar,
aku dah lukakan hati kau dengan bercakap macam tu…”
Tahu
tak apa! Laju sahaja hati aku menyambut. Lepas dia dah cakap macam-macam pada
aku, sekarang ini, sesenang kacang soya dia datang meminta maaf.
“Aku
nak jemput kau dengan Asad datang ke majlis aku…” terus dia hulurkan sampul
yang berisi kad pada aku. Aku sambut dengan muka tanpa sebarang reaksi. Kejam
sungguh aku ini. Orang itu sudah memohon maaf, aku pula yang sedang berkeras
hati.
“Sham…
aku minta maaf.” Dia ulang semula dengan lebih bersungguh-sungguh.
“Please
Sham… say that you forgive me…” rayunya lagi.
“Tak
semua benda boleh dilupakan dengan semudah itu… aku takkan lupa apa yang kau
pernah cakap dengan aku.” Aku menjeling tajam pada wajah dia. “Tapi… aku tahu,
kau pun manusia biasa… aku pun sama juga… dan aku tahu, memberi kemaafan itu
sebenarnya sangat digalakkan sesama manusia.”
“Kau
maafkan aku?” teruja sekali dia menyebut ayat itu.
Aku
menganggukkan kepala. Biarlah. Bukannya luak mana pun kalau kita maafkan
kesalahan orang lain. Diri aku pun bukanlah sempurna sangat sehingga tidak
pernah menyakitkan hati sesiapa. Dia pun mungkin tidak berniat untuk sakitkan
hati aku, tapi akibat didorong rasa hati yang terluka… mungkin itu yang
menyebabkan tutur katanya turut melukakan hati aku.
“Thanks
Sham…” dia sudah tersenyum. Lama sudah aku tidak melihat senyuman itu.
“Semoga
berbahagia Zul…”
“Insya-Allah
Sham… doakan aku. Dan jangan lupa, datang ke majlis aku. Bawa Asad sekali…”
Zulfahmi mengingatkan. Begitu ikhlas sinaran mata yang terbias di mata lelaki
yang pernah menyimpan perasaan buat diri aku secara diam-diam dulu. Aku
langsung tidak pernah menyangka, dalam pada hubungan akrab antara aku, Sani dan
Zulfahmi… secara tidak disengajakan lelaki itu menyimpan perasaan buat diri
aku. Tapi, aku sudah terlebih dahulu terpaut pada Tuan singa yang menggetarkan
jiwa ini.
Disebabkan
perkara itu, Zulfahmi sangat berang dengan aku. Sehingga mulutnya tidak
berhenti-henti mencaci diri aku yang pernah menjadi teman rapatnya pada satu
jangka waktu. Kami bukan sekadar rapat, malah sudah seakan adik-beradik pula.
Mana aku boleh tahan kalau dia memutuskan hubungan silaturrahim yang sudah kami
pupuk sejak di semester pertama pengajian lagi. Sani yang banyak memujuk aku.
Dia seakan faham perasaan aku bila Zulfahmi pergi tanpa kata meninggalkan kami
berdua.
Dan
kini,takdir telah menemukan kami semula di sini dengan situasi yang lebih
menyenangkan. Kan elok kalau Elisa pun boleh beralah seperti Zulfahmi… Akan
fahamkah Elisa kalau aku bertegas tidak mahu berkongsi suami aku?!
Sekali
lagi, aku hanya mengeluh panjang.
“SOTONG celup tepung, tomyam udang… apalagi Sham nak
tambah?” aku menggeleng kecil. Sudah cukup rasanya untuk perut kami berdua.
Nasi putih, sayur kangkung, sotong celup tepung dan tomyam.
Pelayan
di situ telah pun berlalu dan Asad pun sudah kembali merenung tepat pada
wajahku.
“Cukup
ke?” soal Asad seolah tidak percaya.
“Cukuplah!
Abang ingat perut Sham ni tong ke…”
“Manalah
tahu, baby lapar…” risau sungguh Asad. Aku tersenyum sahaja sambil melilaukan
pandangan mata di restoran Selera Tomyam ini. Tidak pernah aku tahu tentang
restoran ini. Baru dibuka agaknya. Dan bila masa pula Asad datang makan di
sini, musykil pula aku.
“Abang
pernah makan dekat sini ke?”
“Ha’ah…
datang dengan Elisa hari tu. Sedap makanan dekat sini, itu yang nak ajak sayang
rasa…” selamba sahaja tanpa sebarang penapisan Asad menuturkan jawapan. Hisy!
Aku pula yang sakit hati mendengar nama Elisa di bibir suami aku. Elisa… kenapa
kau perlu wujud antara aku dan Asad?!
Dua
tahun berlalu tanpa kehadiran zuriat pun tidak terlalu menggoyahkan hati aku
pada Asad. Tapi sekarang, kenapa aku sudah merasakan ombak semakin memukul laju
bahtera yang sedang kami layari?!
“Jangan
salah sangka pula… abang, Elisa dan Tuan Hamid. Datang untuk urusan kerja di
bangunan seberang jalan tu. Singgah sini sekejap untuk makan…” terang Asad.
Tanpa perlu aku bertanya pun, dia sudah mampu membaca riak wajahku yang resah
ini.
Jemari
aku yang berada di atas meja dicapainya. Erat sekali genggaman kami bertaut
sehingga aku rasa tidak mahu lepaskan tangan Asad! Aku tidak sanggup!
“I’m
only yours… don’t worry sayang.” Senyuman Asad begitu manis sekali untukku.
Sehingga aku merasakan tidak sanggup hendak mengelipkan mata buat sesaat pun.
Kalau aku mampu untuk menekan butang ‘pause’ dalam hidup ini, ingin sekali aku
hentikan di saat ini. Kami berdua duduk bertatapan dan sedikit pun tidak
terganggu dek keriuhan manusia lain di restoran itu.
_________________
1. Sorry kalau entry agak membosankan.
2. Ada yang tanya, lama lagi ke nak habis TSM. Umi tak boleh nak bagi exact answer. Sebab TSM ditaip tanpa sebarang draf. Bila ada idea, umi taip. Bila tak ada, umi biarkan.
Terima kasih semua. Jangan lupa tinggalkan komen anda.
p/s: Insya-Allah, dalam perancangan KG akan diterbitkan bulan 1 @ 2 tahun depan. Hope semua akan terus menyokong KG bila dah terbit nanti. :)
xsgke ade lg garang dr tuan singa sham eh...hee..owh..bila KG nk keluar?xsaba den nk tw mcm mne si asyraf akn confess gk....huu...
ReplyDeletesuke2..asad + sham=loving kapel..windu la kt ain dan asyraf..xsabar nak baca cite kak umi..
ReplyDeletenasib baik bukan elisa yg dlm lif tu....
ReplyDeletebest...nk lagi tapi n3 kali ni kenapa
ReplyDeletependek je tak puaslh baca bagilh
panjang sikit.
oh sukanya~~~nak lagi!
ReplyDeletesuka3x..
ReplyDeletewalaupun pendek tetap menarik..terima kasih kak umi :)
WaAh tahniah kak;)
ReplyDeleteakhirnya buku akak di terbitkan jugak;)
cepat lahirkan baby sham, hehe;-)
owh dah wujud balik watak lama ye. pendek la, tak puas baca.hehehe. tamak jap.
ReplyDeleteok je umi,,tak bosan pun
ReplyDeletetak sabar tggu KG
Bos yg paling..paling besar tu bapak si elisa ker erk??
ReplyDeleteBpk garang memanjang,maunye ank xpsiko..keh3..bapak pulak disalahkn..hehe
Ntah2 die pun xsuke sham coz xdpt jdkn asad menantu..ntah2 die mmg tau anak die psiko..ntah2..hahahha..byk plak aku punye ntah2 :D
Neway..best..n cpt2 smbg erk cik writer =)
Fuh! Lega.. nasib baik bukan Elisa yg ada dlm lif tu... tu yg paling penting.. :-)
ReplyDeletewaaa terjumpe dgn kwn lame balik... naseb baik zul tu xmcm elisa..
ReplyDelete