Tuan 'Singa' Milikku
HENTAKAN keras pada meja aku membuatkan aku
tersentak. Dengan rasa yang tidak puas hati, aku mengangkat wajah. Tanpa
disangka-sangka, yang tidak kuinginkan sudah berada di depan mata. Renungan
tajam menusuk pada wajahku. Rasanya, kalau renungan itu mempunyai kuasa laser,
pasti sahaja muka aku ini akan ditoreh dengan teruk sekali.
Dalam
masa yang sama, aku menjeling sekilas pada pintu bilik Asad yang terkatup
rapat. Dia sudah keluar atas urusan kerja. Entah kenapa, dalam banyak-banyak
hari… hari ini merupakan paling padat buat Asad. Aku tidak dapat mengganggunya
waima untuk seminit sekalipun. Akhirnya, hanya keluhan berlagu di bibir.
Wajah
Elisa yang sedang memandangku dengan penuh rasa amarah aku pandang juga tanpa perasaan.
Sekarang ini, aku rasa betul-betul keliru. Asad ini sebenarnya suami siapa?!
Aku ke dia? Kenapa yang dia pula naik marah macam kena sawan gayanya?! Musykil
sungguh…
“Hei
perempuan!” Elisa memanggil aku dengan kasar sekali. Aku mencebik. Ada juga yang
nak makan batang penyapu dengan aku sekejap lagi.
“Amboi
sopannya bahasa,” balasku tanpa dapat menahan bicara. Spontan, aku seolah
mendapat semangat. Sedangkan, aku ini bukanlah berani mana sangat.
“Suka
hati I lah nak guna bahasa apa pun!!!” marah benar Elisa dengan aku.
“Dan
untuk pengetahuan Cik Elisa, suka hati saya jugak kalau saya tak suka dengar
bahasa yang menyakitkan telinga saya…” aku balas lagi. Kemudian, aku menala
semula pandangan pada skrin komputer yang terpasang. Orang ada banyak kerja
yang bertimbun, boleh pula perempuan ini datang mengganggu waktu kerja aku.
“I
tak kira… you suka, or you tak suka… I tetap akan kahwin dengan Asad jugak!”
bentaknya tiba-tiba.
Dan
saat itu, semua mata di dalam pejabat tertumpu pada aku dan Elisa. Wajah Adila
singgah di ruang mataku. Jelas sekali riak terkejut bercampur risau di wajah
teman baikku itu. Mungkin dia takut kalau Elisa naik hantu, buat benda yang
bukan-bukan dengan aku. Yang sebenarnya, aku pun dah kecut perut dekat sini.
Sebab dia membentak tadi, sebijik macam beruang mengamuk tidak dapat makan.
“Rasanya…
kalau tentang hal kahwin Asad tu, I rasa you buang masa aje Cik Elisa. Dia
suami I. Hanya milik I seorang…” tegas juga aku menjawab. Dalam pada
takut-takut, aku terpaksa cakap juga. Nanti dia ingat suami aku hak dia pula.
Mana boleh! Langsung tak boleh. Asad suami aku. Hak aku!!!
“I
dah kata… Asad is mine… you sengaja kan, suruh dia match make dengan jantan
mana entah. Apa you ingat, I akan senang-senang lepaskan Asad… never!!!” dia tengking
aku lagi.
Aku
mencebik beberapa kali. Asad yang buat kerja match make itu, aku pula yang kena
marah. Huh!
“Kalau
you yang tak ada kena-mengena dengan Asad pun boleh marah macam ni… I ni,
isteri Asad. Sah di sisi agama. You siapa nak ugut-ugut I…” aku marah dia
balik.
Amboi!
Banyak lawa muka dia. Gaya datang minta suami aku, macam barang lelongan dekat
pasar pula. Takkan senang-senang lepaskan Asad konon! Sepatutnya itu adalah
dialog aku… serius, sekarang ini aku merasakan seolah kami sedang shooting
filem pula. Yang lain langsung tidak masuk campur. Tengok sahaja aksi kami
walaupun melalui ekor mata.
“Asad
is my darling…”
Aku
sudah menepuk dahi. Kalau jenis yang tidak faham bahasa, memang tidak akan
faham sampai bila-bila.
“Asad
is my darling husband… who do you think has the legal right?”
Elisa
terus mengetap bibir. Aku tersenyum mengejek. Tahu kan yang dia itu bukan
siapa-siapa kalau mengikut garisan hukum. Masih juga hendak mempertahankan
haknya walaupun dia langsung tidak berhak.
“You
akan menyesal!!!”
“Oh…
really?”
“Sekali
I dah suka… sampai bila pun I takkan lepas!”
“Sampai
sanggup jadi isteri nombor dua?” aku tanya dengan nada tidak puas hati. Eeiii…
geramnya aku!!! Suami aku juga yang dia nak sangat, kenapa??? Benci betul!
Tiba-tiba
sahaja, Elisa lepas ketawa. Hilai tawanya seakan bunyi Pontianak sahaja. Kalau
ikut penilaian telinga aku, Pontianak gelak lagi sedap kot. Huish! Mengarut.
Namun
aku menjadi tidak senang saat tangannya menyentuh daguku. Mendongakkan kepala
aku dengan hujung jari, supaya mata kami bertentang.
“You
fikir I bodoh… nak hidup bermadu??? Hey stupid… once he’s mine, he’ll be only
mine… kau ke, siapa ke, jangan nak bermimpi nak berkongsi dengan aku!!!” Elisa
berkata sambil merenung tepat pada mataku. Bibirnya sudah mengoyak senyum
sinis.
Tergamam
aku mendengar bait-bait kata yang diucapkan oleh perempuan itu. Elisa ini,
waras atau tidak? Melihatkan dia tertawa lagak orang gila, aku sudah disapa
rasa risau yang begitu memuncak dalam hati. Kalau boleh, bukan setakat aku
berhenti kerja di sini. Dengan Asad sekali aku hendak ajak berlari jauh dari
sini. Ya Allah!!!
“SHAM nak pindah.” Tanpa sebarang mukadimah, aku
sampaikan hasrat hati ini pada Asad. Sejak dua minggu yang lalu, hanya perkara
ini membelenggu mindaku. Sehingga aku terasa sesak sekali. Aku bukan setakat
hendak pindah rumah, tapi aku nak ajak Asad pindah negeri. Ngeri pula aku duduk
senegeri dengan perempuan kurang siuman macam Elisa itu.
Sampai
sekarang, ayat yang diucapkan Elisa terngiang-ngiang dalam telinga aku. Macam
sumpahan tujuh keturunan. Meremang bulu roma aku bila teringatkan bait kata berserta
dengan hilai tawa yang dilepaskan oleh perempuan itu.
“Pindah?”
Asad sudah memandang aku dengan renungan yang maha pelik. Aku tahu, mesti dia
ingat aku pun sudah gila macam Elisa. Tapi tidak sebenarnya. Sebab aku tak nak
jadi gila, jadi aku ajak dia berpindah dengan kadar yang segera.
“Bolehlah
bang… tukar kerja, pindah rumah…” makin membeliak biji mata Asad bila aku
tambah ayat kerja.
“Are
you kidding sayang?!”
“No
kidding… damn serious!”
“Kenapa?”
Asad soal lagi dengan nada suara yang tidak mampu aku tafsirkan. Perlukah aku
ulang dialog Elisa pada Asad? Rasanya amat perlu. Biar Asad tahu, betapa aku
tidak sanggup kehilangan suami aku dalam apa jua cara sekalipun.
“Sebenarnya…
Elisa datang jumpa Sham dua minggu lepas…” aku baru hendak membuka intro tapi
Asad laju lagi mencelah.
“Elisa
ada bagitahu abang…”
Aku
terdiam. Si sewel itu bagitahu apa dengan suami aku?
“Dia
minta maaf kalau dia ter-over.” Aku diam lagi. Ter-over?! Itu sangat over!
“Abang
tengok dia… macam dah okey sikit dari dulu. I think she’s okey now… Sham tak
payah risaulah…” tiba-tiba Asad menyokong Elisa. Aku sudah mengetap bibir.
Nampaknya perempuan itu sudah pandai berhelah. Depan Asad dialah wanita yang
paling mulia, depan aku… memang aku rasa macam hendak pijak-pijak sahaja! Huh!
“Jadi…
abang percayakan dia?” aku tidak puas hati. Mana boleh macam ini. Cerita penuh
pun Asad belum dengar lagi. Tapi dia sudah mula menyokong si sewel Elisa itu.
Sekarang, aku makin bertambah tidak sedap hati. Spontan, aku mengusap
kandunganku perlahan. Baby… tolong mama, pujuk papa.
“Abang
bukan nak percaya terus… tapi bila tengok dia dah kurang ‘gedik’ setiap kali datang
jumpa abang dekat office, I assume she’s okay now… kan elok macam tu Sham…”
Asad mengusap pipiku perlahan. Aku mendengus kecil.
“Dia
tak okey! Lebih teruk daripada tu… Sham rasa dia psiko!” aku cakap terus. Sudah
malas hendak memendam. Alih-alih, aku juga yang akan makan hati. Baik tak usah!
“Kenapa
ni sayang? Kenapa nak buruk sangka dengan orang? Kan dia dah minta maaf.”
“Abang
percayalah dengan maaf palsu dia tu?”
“Kan
abang dah cakap tadi…”
“No!
She’s playing drama in front of you… abang tak boleh percayakan dia!” mataku
terasa panas. Spontan, air mataku jatuh perlahan-lahan membasahi pipi. Asad
kaget melihat reaksi aku.
“Abang
tak sayangkan Sham ke?” soalku lirih. Sedih aku bila dia menyokong Elisa.
“Sayang…”
Asad sudah mula menarik bahuku rapat ke sisinya. “Janganlah macam ni… be rational
Sham. Takkan untuk Elisa, Sham nak abang tinggalkan karier dekat sini… itu masa
depan kita sayang…” Asad cuba untuk memujuk. Tapi aku menggeleng laju. Rasional
atau tidak, aku tak peduli! Sekarang ini, aku hanya fikirkan suami aku sahaja.
Entah-entah, aku yang gila tak???!
“Dia
ugut Sham… abang tak nak tanya pun!”
“What???”Asad
terkejut. Masa itulah aku lakonkan semula hilaian tawa berserta dialog punching
yang diucapkan oleh minah sewel itu. Asad makin terkejut nampaknya.
“Dia
cakap apa pun… Sham kena percayakan abang. Abang sayang Sham… don’t worry.”
“Memanglah
Sham percayakan abang… tapi kalau dia buat apa-apa pada family kita, Sham tak
sanggup!” aku sudah tertunduk sambil menekup muka.
“Masalah
ni…” Asad menggumam sendiri sambil tangannya makin erat di bahuku. Aku terus
sahaja melepaskan tangisan tanpa henti. Aku rasa hendak terus begini sampai
Asad bersetuju dengan rancangan gila yang sedang aku rencanakan ini. Pindah!
Biar ke luar negara sekali pun tidak mengapa. Punyalah aku hendak berlari jauh
daripada Elisa itu.
“JOM!” spontan aku mendongak kepala. Wajah Asad di
depan mata, kupandang dengan kerutan berlapis-lapis di dahi.
“Jom
ke mana?” soalku pelik. Tak ada pula dia maklumkan hendak mengajak aku ke
mana-mana hari ini. Dan kalau tidak silap, Asad ada meeting sejam dari
sekarang.
“Teman
abang pergi meeting.”
“Tak
ada kerja!” ada ke diajak aku ke meeting. Macam aku suka sangat ikut pergi
mesyuarat. Dalam banyak-banyak benda yang aku lalui, tidak kiralah, alam kerja
atau alam belajar… perkara yang paling aku tidak suka, meeting! Tapi, cinta
pertama aku bercambah mekar pun di dalam meeting juga. Meeting kelab kewangan.
Ini presidennya, di depan mata. Spontan aku tersenyum bila kenangan lama
menyapa minda.
“Senyum
pulak dia… jom! Arahan kerja ni…” serius pula suara Asad. Wajahnya pun berubah
serius. Aku hanya mengeluh. Tak suka!
“Meeting…
malasnya…” aku cakap juga macam itu di depan Asad. Makin bertambah serius raut
wajah ‘singa’ ini. Pasti tidak menyangka, aku yang dulunya hendak menjawab pun
susah. Sekarang ini, sudah pandai complain pula.
“Banyak
songeh nampak…” Asad sudah mula mengejek. Aku buat tak layan sambil mencapai
beg sandang di dalam laci. Asad ini pun satu, cuba cakap awal-awal nak ajak aku
pergi meeting. Bolehlah aku melaram lawa sikit!
Sampai
sahaja di lobi, Asad menarik lengan aku.
“Kenapa?”
pelik betullah Tuan singa ini. Macam ada yang tidak kena.
“Bukan
nak pergi meeting pun…”
Aku
terlopong. “Habis tu?”
Asad
menarik nafas panjang. Haih! Bunyi dia tarik nafas pun sudah mengecutkan otot
perut aku. Sebenarnya ada agenda apa ini? Apa yang sedang dia sembunyikan
daripada aku?
“Nak
ajak jumpa parents Elisa…” tenang sekali Asad berkata.
Aku
terlopong lagi. Degupan jantung tiba-tiba sahaja bertambah speed! Apa yang akan
jadi?!
____________
Jangan lupa tinggalkan komen anda ^^
Terima kasih semua.
bagus dah tindakan asad tuh....harapnya bila berterus terang kat parents elisa, sebahagian maslah boleh settle...
ReplyDeletepsiko sunggoh elisa tu...
ReplyDeletelupa mkn ubat sbb tu jdk camtu....hehe
mmg dah gila elisa tu,,,menakutkan,,
ReplyDeletebagus2 asad!!!selamatkan family u cepat2..
ReplyDeleteElisa memang psiko! hahaha..
ReplyDeleteapa akan jadi lepas jumpa parents Elisa?? selesai masalah ke?
thumps up to writer~
ReplyDeletehihi..sya suka bce cara awak menulis...
byk improvement...
n setiap crta tu ada kelainan tersendiri...
memg cter yg common n biasa..
tpi awak buat crta tu jdik luar biasa dgn cra awak sndri..
keep ur way of writing as identity..
hope awak mkin dpt byk ilham yg dpt memberi input kpda org dlm masa berhibur=)
xyz~
Mmg la cik writer suke stop kt tmpt2 yg mendebarkan kn?hehe..
ReplyDeleteElisa,mmgg psiko!!bhye btol.ape la plan die pasni..n asad please jgn terpedaya dgn minah psiko tu..trust ur wife la enchek..
Nk lagii..n lagi =)
kalau parents alisa pn psiko mcm mne?huu
ReplyDeleteMemang Elisa wanita psiko..
ReplyDeleteLaki org juga yang dia mau, hoh.
Next kak;)
wah suspen ni. apa bakal berlaku. asad mmg betul2 nak halang niat elisa tu npknya. hmm nape tak jadi g oversea 2?kata ari tu kena g kusus. p je berdua kat sana. biar la klo pun terpaksa bersalin kat sana pun. or pindah sana terus pun.
ReplyDeletealahai..
ReplyDeleteape la planning x asad ni
umi ni... suka buat kami yg baca ni berdebor2 part ending.. lamo2 mau kena kena high BP ni.. :-)
ReplyDeletebarulah Sham tu tau perangai Elisa ni.. sbb tulah Asad suruh dia berenti kerja..
aperlah yg tuan singa nak bgtau parents Elisa ni... pasal Elisa or pasal nak berenti?
Psiko btol elisa ni... Mst asad nk suruh parents elisa nsihatkn dia kot...
ReplyDelete