Tuan 'Singa' Milikku
“PERLU ke kita jumpa parents dia bang?” buat
kesekian kalinya, soalan itu aku ajukan pada Asad. Tapi suami aku nampaknya
lebih senang tersenyum. Sesekali tanganku digenggam erat seolah mengalirkan
semangat. Tahu benar Asad, aku sangat cuak di saat ini. Entah kenapa, aku rasa
tak sedap hati pula. Macam kalau parents Elisa itu sebenarnya tidak kisah pun
anaknya menjadi isteri kepada Asad???
Argh!!!
Aku boleh kena darah tinggi kalau berterusan fikirkan perkara ini. Lantas aku
cuba menghela nafas perlahan-lahan. Dengan mengalunkan surah Alam Nasyrah, aku
berharap Allah akan lapangkan dadaku daripada dibelenggu masalah ini.
“Jangan
risau Sham… parents dia okey. Abang dah kenal.”
Ayat
Asad itu sebenarnya hendak memujuk aku. Tapi, tanpa sedar… aku sebenarnya makin
ditimpa rasa tidak senang dengan perkara itu. Asad sudah mengenali mereka. Maka
tidak mustahil andaian aku yang satu itu. Pasti sahaja ibu bapa Elisa tidak
akan keberatan untuk menikahkan anak mereka dengan Asad. Argh!!! Aku tension!
“Dia
orang tahu tak, abang nak jumpa ni?”
“Datuk
Mokhtar yang panggil untuk lunch…”
Erk!
Datuk Mokhtar yang panggil???! Makin bertambah-tambah tidak sedap hatiku
mendengar ayat itu. Aduhai… aku pasrah sahaja apa pun yang akan terjadi sekejap
lagi.
Saat
kereta yang dipandu Asad membelok ke selekoh memasuki kawasan perumahan mewah,
mulut aku pun tidak mampu ditahan pembukaannya. Terlopong aku seketika.
“Janganlah
buat muka macam tu sayang… gaya macam tak pernah tengok rumah orang kaya…”
selamba sahaja Asad memerli aku. Terus aku mencebik. Bukan aku yang hendak
bereaksi begitu. Itu adalah aksi spontan!
Kereta
Asad sudah berhenti pada rumah yang bernombor 21 di lorong itu. Aiseh… tarikh
lahir aku la pula. Dengan lafaz bismillah, aku keluar dari kereta. Apa rasa aku
sekarang? Mungkin hampir sama dengan orang yang hendak pergi bertarung agaknya.
Bertarung mempertahankan suami aku daripada dirampas oleh Elisa!
Sebaik
sahaja keluar dari kereta, lengan aku sudah digenggam erat oleh Asad. Senyuman
di wajah kacak suamiku ini langsung tidak menenangkan hati. Aku semakin resah.
Entah mengapa, naluri hati ini seakan membisikkan sesuatu yang kurang enak.
Entah betul atau tidak. Kita tunggu dan lihat sahaja.
“Asad…
masuklah…” ceria sekali suara yang mempelawa Asad. Aku dapat lihat seorang
wanita yang begitu anggun sekali menyambut langkah kami. Dan nada yang
digunakan dengan Asad, begitu mesra sekali. Wanita itu memperkenalkan dirinya
sebagai isteri Datuk Mokhtar, Datin Emily. Mama Elisa, tambah hatiku sendiri.
Cantik orangnya.
“Apa
khabar aunty?” Asad sudah tunduk bersalaman dengan Datin Emily. Aku pula yang
jadi kekok sendiri berada di antara mereka berdua ini.
“Aunty
sihat… lama dah Asad tak datang sini, kenapa?”
“Sibuk
aunty…”
Sibuk
benar dia orang bertanya khabar. Sampaikan tidak sedar yang aku sedang berdiri
di antara mereka.
“Yang
ini Sham?” suara Datin Emily menggamit perhatian aku. Wanita itu tersenyum
manis. Lambat-lambat sahaja aku mengangguk dan membalas senyum.
“Asad
selalu cerita dengan aunty… baru hari ni dapat jumpa orangnya. Cantik ya Asad…”
pujian itu langsung membuatkan wajah aku memerah. Malu pula. Datin Emily ni!
Tapi…
aku berasa pelik tiba-tiba. Kalau Datin Emily boleh tahu tentang aku, kenapa
Elisa itu tidak tahu?
“Jemputlah
masuk… aunty ni pun satu, biarkan kamu dekat depan pintu pula…” Datin Emily
sudah mempelawa kami masuk ke dalam rumah. Cantik sekali ruang dalam rumah agam
itu sehingga aku terpegun dengan setiap pemandangan yang singgah di ruang mata.
Begitu sempurna tanpa cacat dan cela. Seindah orang yang menguruskannya.
“Duduk
dulu… aunty suruh bibik siapkan makan.” Belum sempat Asad berkata apa-apa,
Datin Emily sudah berlalu dari ruang tamu.
Aku
sudah terkebil-kebil di sisi Asad. “Abang… ramahnya Datin tu.”
Asad
tersenyum kecil. Jemari aku dicapai dan digenggam erat. “Dia sangat-sangat baik
Sham… jangan risau, Elisa dengan dia… macam langit dengan bumi. Tunggu sekejap
lagi, Sham akan tengok papa Elisa pulak. Tapi jangan terkejut… yang ni, agak
'psiko' la jugak. Macam anak dia…”
“Hah??!”
terkejut aku. Agak psiko juga??? Betul ke?! Maknanya dia akan memanipulasi aku
supaya kahwinkan suami aku dengan anak dia ke? Maksud psiko dalam situasi ini,
begitu ke?
“But
don’t worry… as long as I am here, everything will be fine.” Asad menyambung
lagi. Senyumannya manis sekali. Tapi aku masih terasa gundah di sini.
“MAKAN banyak sikit Asad… aunty yang masak semua
ni.” Terus Datin Emily menyendukkan nasi ke dalam pinggan Asad yang sudah
licin. Aku melihat sahaja tanpa sebarang suara. Datuk Mokhtar juga ada di situ.
Aku lihat wajahnya seakan begitu seronok sekali menerima kehadiran Asad di
sini. Hubungan mereka terlalu akrab sampaikan aku rasa sangat terasing. Mujur
sahaja, Elisa tiada. Kalau tidak….
“Asad!!!”
hampir sahaja aku tersedak. Aku fikirkan dia tiada, tapi ada juga!
“Tak
cakap pun nak datang sini… mama, patutlah bila Lisa tanya menu hari ni, mama
asyik senyum aje… rupanya nak masak untuk bakal menantu ya.”
Kali
ini aku betul-betul tersedak dengan ayat Elisa yang begitu selamba. Sama ada
dia buta atau dia memang tak nampak aku yang sedang duduk di sisi Asad ini. Huluran
gelas daripada Asad aku sambut tanpa bertangguh. Rakus sekali aku meneguk air
tanpa mempedulikan mata-mata yang memandangku. Biarlah… apa yang dia orang tahu
tentang perasaan aku di saat ini. Allah sahaja yang tahu, apa yang aku rasa!
Mataku
menangkap sekilas riak wajah Datuk Mokhtar yang begitu relaks melihat tingkah
anaknya. Saat mataku berlaga dengan Datin Emily, entah kenapa, ada rasa sayu
menyusup ke dalam hati. Pandangan seorang ibu itu seakan memahami isi hatiku.
Perlahan
mataku menyorot pada wajah Asad. Dia tersenyum kecil sambil menganggukkan
kepala. Saat itu aku terasa ingin menamatkan babak ini pada detik ini juga!!!
“Sebenarnya
uncle…”
“Asad…
makan dulu. Pasal hal yang Asad nak cakap tu, kemudian pun tak apa. Makan lebih
penting…” celah Datuk Mokhtar. Aku lihat Elisa sudah tersenyum mendengar
kata-kata papanya.
Aku
sudah mengetap bibir perlahan. Perasaan aku di saat ini… tidak dapat
kugambarkan. Celaru. Keliru. Apakah satu keluarga ini nekad untuk memisahkan
Asad dengan aku?
Sekali
lagi, mataku berlaga dengan pandangan Datin Emily. Lagi dan lagi… rasa sayu
terus membanjiri hati. Aku tidak akan hairan jika tangisanku pecah di sini.
LANGKAHKU tergam di balik dinding yang memisahkan
ruang makan dan ruang tamu. Telinga aku ligat sekali menangkap butiran bicara
antara Asad dengan Datuk Mokhtar. Sesekali bertingkah dengan suara Elisa yang
merayu dengan manja. Ah, menyampah!
“Elisa
is my only daughter Asad… uncle suka sangat kalau dia dengan Asad.” Kalau benar
orang katakan jantung itu boleh gugur, saat ini juga akan terjadi perkara luar
biasa itu. Ayat itu benar-benar menyentap jiwaku. Sanggup dia meminta Asad
mengahwini anak dia.
“Asad
dah kahwin uncle…”
“Bukan
masalah besar Asad… you’re man. You have the right! And I’m willing to hand you my daughter…
walaupun untuk jadi yang kedua.”
Aku
tersandar lemah pada dinding rumah agam ini. Segalanya menjadi lemah. Aku
benar-benar kehilangan tenaga.
“No
uncle! My wife is my everything…”
“Elisa
loves you!”
“Shamina
is my only love!”
“Uncle
tak sanggup nak tengok Elisa kecewa…”
“Saya
lagi tak sanggup nak tengok isteri saya kecewa.”
“You’ll
be a very good husband for both of them. Uncle yakin sangat dengan Asad.”
“Please
Asad… I tak kisah kalau bermadu…”
Air
mataku menitis jua membasahi pipi. Apa yang Elisa fikirkan dengan perkataan
madu itu? Adakah dia fikir, bahawa semua madu akan manis dan memberi senyuman?
Adakah dia fikir, menguruskan dua orang isteri semudah yang disangka? Poligami…
dia fikir aku suka?!
Tangan
yang menyentuh bahuku dengan lembut, memaksa pandangan ku dihala ke depan.
Wajah Datin Emily begitu tenang dan mendamaikan. Tangannya sudah mengesat air
mata yang mengalir di pipiku. Apakah Datin Emily faham akan rasa hatiku di saat
ini? Atau dia pun sekadar hendak ‘tunjuk baik’ untuk menjayakan misi anak
kesayangannya? Sesak sudah otakku dengan persoalan yang bertimbun ini.
___________
Jangan malu, jangan segan. Tolong komen. :)
Terima kasih semua.
xnakla asad kawen ngan elisa...
ReplyDeletebuatla elisa jth hati ngan org lain ke. huhu... kesian sham...
apapun thnks utk n3! =)
uwaaa,,tak suka baca en3 ni,,sian sham,,
ReplyDeletetau xpe...x suke la elisa ni...menyampah gilerrr...argh!!!!!
ReplyDeletecool! berani tul asad ye gan bapak elisa tu. mmg r 2 beranak tu psiko. ok tlg bagi next pls, wah tak sabar2 nak baca. nak tgk sham plk kuar membela hubby dia.peace
ReplyDeleteada jugak orang macam dato' mokhtar tu ek? sanggup merayu nak jadikan anak dia isteri kedua...huhu..pelik sungguh.
ReplyDeletepapepun tak nak la sham dimadukan. asad kena lebih tegas lagi tau..terus lawan hujah2 psiko dato' mokhtar dan elisa tu..
tq 4 this n3..next please :)
rasanya tak ada org macam Datuk Mokhtar tu... mana mungkin la parents sokong ank yg nak jadi isteri ke-2. Ada ke?
ReplyDelete(situasi ini, adalah rekaan semata. Tiada kaitan dengan yang hidup dan yang mati)
Terima kasih semua :)
p/s: kalau rajin overdose, esok pagi ada entry lagi.
arggh tidak, jgn biarkan asad kawin dgn elisa.. no no and no.. sham keraskan hati jgn bg simpati kat elisa dan sapa2 utk rebut asad,,
ReplyDeleteaiseh geram btl ni
tetiba rasa nak nangis pepagi ni umi:)
ReplyDeleteAsad kena kuarkan taring singa!
ReplyDeleteGarang lg....garangg!
Kecik je nampak elisa n bapak dia....urghhh..geram2!!!!(emo...tekan keyboard kuat2)
Dato Mokhtar dan Elisa sanggup buat mcm tu sbb mungkin dia rasa apabila dia sudah dpt Asad dia dgn mudah boleh singkirkan sham. Bagi mereka kekayaan dapat membeli segalanya
ReplyDelete;] aiyaa..xsukela elisa ngan ayh die tu
ReplyDeleteamboi datuk..belom kahwen bleh la ckp mcm2 dgn asad..yg dia mampu la apa la..
ReplyDeletetpi after kawen kalo ank yg merana..x pasal2 sham yg kena...
sham kuatkan hati..tabahkan hati...
tibe2 teringin la plak nk tgk apa reaksi asad bila sham x di sisi..
biar die tau betapa tertekannya sham dgn keadaan pregnant tu..
bagilah sham ketengn skit..ni x abis2 dgn bakal'madu' yg ntah jdi ntah x...mane mertua sham..plz sokong sham..
benciiii nyer aku kat elisa ni...akak, nyahkan lah elisa dgn datuk mokhtar tu..menyakitkan hati betui....
ReplyDeletesedih lh plak baca episod ne..harap2 asad bukan lah lalaki yg lemah..harap2 asad kaut pndirian..
ReplyDeleteish!getamnya dgn Elisa dn ayh dia..dgn Asad pon sy geram..yg dia bt baik dgn si Minah 2 apesal..heeeeee
ReplyDeletetak mahu!!! jangan bagi Asad kahwin dengan Elisa..Eee..Datuk Mokhtar ni kan..jangan sibuk hal orang lain boleh tak..geramnya..kesian Syam..huhuhu..
ReplyDeletep/s: terima kasih kak umi sebab komen di blog saya =)
Ya Allah..sakitnye hati dgn makhluk2 mcm tu..ase nk sepak kuat2 smpai ke bulan..pastu mereka kematian coz xde oksigen..sham n asad live happily ever after..the end..bley x mcm tu??hahaha
ReplyDeleteasad!! jangan..
ReplyDeletesis..cpt smbg
gila la bapak dgn anak ni..
haish
ape hal lak nk pksa2 asad kawen ngn lisa tue??
ReplyDeletedh dia nk bini sorg tue je, biar la...
gila tol nk pksa2 org kawen...
smbung cpt ea... :)
oh saya benci dengan watak datuk mokhtar~~da orang xnak xmalu ke dok terhegeh2 promote anak snirik~~xtao malu!!igt dya kaya boleh buat apa ja ka?boleh jalan
ReplyDeletefor kak umi,good!nak lagi!!
saiko nye papa emily
ReplyDeletenape mcm ni???!!!!!asad!!plssss fight for your right!!!
ReplyDeleteG-ler best cite ko ni umi oiiii...!
sufi (",)
gram nya...suka2 je nk suh asad kwin lagi 1..ksian la kt sham 2..x adil btul la
ReplyDeletesob sob sob...
ReplyDeletesedey cian kat sham...
waaaawaaaa...
alaa...xmaulah asad kahwin dgn elisa..menyibuk jelah dia tu..sian kt sham
ReplyDeleteHuhu.. both daughter n father, psyco.. horrornya.. sian Datin Emily dpt anak & suami cam depa ber2..
ReplyDeleteHuhu.. sian Sham yg kena face to face dgn 2 psyco tu.. :-(
Hopefuly datin memg ikhlas faham hati sham n berada di pihak sham..asad jgn tepengaruh ngn 2org psycho itu
ReplyDeleterupenye elisa ni ikut prangai bapak dia...
ReplyDeletebapak borek anak rintik...huhu...geramnya bca part yg ada elisa ni
ReplyDelete