Tuan 'Singa' Milikku
DENGAN rasa malas, aku bersandar pada sofa L shape
di ruang tamu. Letih rasanya tidak sudah-sudah mengenangkan pertemuan dengan
keluarga Elisa siang tadi. Aku letih dengan sikap mereka yang langsung tidak
mahu memahami kata-kata Asad.
Seakan
terngiang di telinga aku, setiap patah kata yang diluahkan oleh Asad.
“Saya
langsung tak pernah berniat untuk memadukan isteri saya… uncle, jangan paksa
saya! Tujuan saya datang sini pun, supaya uncle dapat nasihatkan anak uncle
daripada ganggu isteri saya di pejabat dan di mana aje. Saya hormat dengan
uncle… hormat dengan aunty. Dan saya harap… uncle juga boleh hormati keputusan
saya ni.”
“Asad…”
suara Datuk Mokhtar masih cuba menarik Asad supaya berdiplomasi. “Cuba fikirkan
dulu.”
“Sorry
uncle… tak ada apa yang hendak difikirkan!” suara Asad begitu tegas sekali pada
ketika itu. Aku boleh faham nada itu. Tapi entah, lagi dua orang manusia yang
sedang berbicara dengan Asad itu faham atau tidak.
Bila
terkenangkan kata-kata Datin Emily padaku siang tadi, terasa sejuk sedikit rasa
hati ini. Benarlah menurut pandangan mataku, hanya dia seorang begitu memahami
apa yang meresahkan jiwa ini.
“Sham…
don’t worry, aunty akan nasihat Elisa. Aunty tahu, Asad sangat sayangkan Sham…
aunty dapat nilai kasih sayang dia, setiap kali dia bercerita pasal Sham pada
aunty…” serentak itu, tangan Datin Emily ringan sekali berlari dipipiku yang
basah dengan air mata.
“Tapi
kenapa suami aunty cakap macam tu dengan Asad?”
Dia
tersenyum kelat. “Uncle tu… suka sangat dengan Asad sebenarnya. Jadi, bila
Elisa tu nak jadi isteri nombor dua pun, dia tak kisah… sebabnya, lelaki tu
adalah Asad.”
“Aunty…”
aku sudah tidak tahu hendak berkata apa.
“Sham…
Asad sangat-sangat sayangkan Sham. Kalau dia sukakan Elisa, dah lama dia boleh
bernikah. Tanpa pengetahuan Sham pun dia boleh buat. Bukan sekali dua, uncle
minta pada Asad… tapi Asad betul-betul tak nak duakan Sham. Aunty faham apa
yang Sham rasa dengan kelakuan Elisa… aunty akan nasihatkan dia. Tapi aunty
minta, Sham bersabar dengan kerenah dia. Walau apapun yang dia buat pada Sham,
dia memang takkan dapat tawan hati Asad…” ujar Datin Emily dengan yakin. Mataku
terpaku pada renungan Datin Emily yang begitu mendalam maksudnya.
“Kenapa
aunty tak pujuk saya supaya terima anak aunty jadi isteri nombor dua Asad?” aku
tanya dengan rasa hairan. Itulah yang aku andaikan sejak tadi.
“Aunty
tahu… apa yang Sham rasa. Percayalah… aunty pernah rasakan perasaan yang sama.
Malah lebih daripada tu, aunty pernah rasa apa itu perasaan berkongsi suami…”
Datin Emily mengucapkan dengan tenang sekali. Tetapi aku pula yang tergamam.
Maknanya? Datin Emily bermadu???
“Sayang…”
panggilan itu membuatkan lamunanku bersepai. Asad sudah duduk bersandar di
sisi. Kepalanya ringan sekali dijatuhkan pada bahuku.
“Kenapa
ni… dari tadi Sham asyik termenung aje? Kan abang dah cakap dengan Datuk
Mokhtar… Sham nak risau apa lagi?” Asad sudah mula menarik daguku. Mata kami
bertentang antara satu sama lain. Benar kata Datin Emily, Asad sangat
menyayangi aku. Tidak perlu diucapkan pun aku sudah tahu akan rasa itu.
Segalanya terbias pada setiap renungan dan elusan matanya yang begitu lembut
dan mendamaikan jiwa.
“Abang
sayang Sham?” aku soal Asad dengan tiba-tiba. Riak terkejut jelas terukir pada
wajah Asad.
“Kenapa
tiba-tiba tanya macam ni? Mestilah sayang… siapa lagi yang abang nak sayang, kalau
bukan isteri abang ni…” ucapnya bersungguh-sungguh. Begitu meyakinkan.
“Sham
sayang abang… abang percaya tak?” aku tanya lagi soalan yang melahirkan kerutan
di dahi Asad.
“Apa
ni sayang…??? Mestilah abang percaya…!” kali ini, Asad sudah memegang kedua
belah pipiku dengan kejap. “Kenapa ni Shamina? What’s bothering you? Tell me…”
riak wajah Asad sangat terserlah kerisauan. Spontan aku tersenyum. Makin
berkerut dahi Asad pada ketika itu. Mungkin terfikir, sudah sewel ke isterinya
ini…
“Sham
rindu abang… tahu tak?” Asad semakin terkejut bila aku terus berubah mood
manja. Tanganku spontan melingkari lehernya. Sengaja aku tambahkan lebih gula
dalam senyuman.
“Kenapa
ni sayang? Misteri semacam aje?” Asad pula yang blur. Selalu aku yang mainkan
watak itu. Tapi aku tetap tersenyum. Senyuman yang makin membuatkan Asad
keliru. Suka pula aku dapat main-mainkan Asad begini.
“Tak
suka ke…?” aku leretkan lagi alunan suara. Asad sudah mengangkat keningnya
sebelah.
“You’re
playing my role,” ucapnya laju.
Aku
pula yang terkedu. Cepatnya Asad dapat tangkap permainan ini! Cesh… tak jadi
aku nak main-mainkan dia.
“Tak
apa… I like!” tambah Asad lagi yang sudah merapatkan lagi kedudukan kami.
Bibirnya juga tersungging senyuman manis buatku. Aku tahu, semuanya hanya untukku.
Kerana dia hanya milikku!
“SHAM nak berhenti kerja.” Sebaris ayat itu sudah
cukup untuk mengalihkan tumpuan Asad sepenuhnya padaku.
“La…
hari tu cakap tak nak. Takut Elisa buat kacau…” dia ungkit semula ayat-ayat
yang aku lagukan pada waktu idea berhenti kerja dibangkitkan oleh Asad.
“Itu
hari tu… ini, hari ni. Sham nak berhenti.”
“Sure?”
Aku
mengangguk dengan yakin. “Very sure!”
“There
must be a reason sayang…”
“Sham
sayang abang.”
Kening
Asad ternaik. Aduh… kacak sangatlah pula suami aku ni! Silau mata.
“Sayang
abang… jadi Sham nak berhenti kerja?”
“Bukan…
sebab sayang, Sham nak dengar cakap abang.”
“Kalau
tak sayang?”
“Kena
dengar jugak! Isteri kena taat pada suami… kan syurga isteri di bawah telapak
kaki suami… Sham tak nak jadi isteri derhaka…” Asad kulihat sudah tersenyum
mendengar jawapanku. Seketika dia melepaskan tawa kecil. Apa yang lucu dengan
situasi ini, aku pun tidak tahu.
“Sham..
kalau tak nak berhenti, abang tak paksa… you have the rights to make your own
choice.”
Aku
menggeleng kecil. “Tak apa… Sham tak kisah. Nak merasa jadi suri rumah pulak
kot lepas ni…” dia sudah tersenyum lagi bila mendengar jawapan aku. Macam tidak
percaya sahaja dengan jawapan aku. Apa? Ingat aku tak ada bakat untuk jadi suri
rumah berjaya ke?
“Betul
ni sayang? Tak takut Elisa kacau abang?”
“Abang
ni sebenarnya nak Sham berhenti ke tak?” aku tanya terus bila nampak Asad
seakan terus meragui keputusan aku.
“Mestilah
tak nak!”
“Pulak
dah!!!” aku pula yang menepuk dahi. Hari itu, dia yang kemukakan cadangan. Hari
ini, dia sendiri yang tidak menyokong pula. “Kenapa?” aku tanya balik.
Mengelirukan sungguh Asad ini.
“Tak
seronoklah… abang nak jugak tengok muka sayang dekat ofis tu. Bila rasa nak
marah-marah… tengok muka Sham, sejuk sikit hati ni…” comel sekali wajah Asad
ketika menuturkan jawapan itu padaku.
“Sham
bagi sejuk hati abang ye?” aku soal dengan nada mengusik.
“Mestilah…
penyejuk di mata, penawar di hati.” Dia senyum lagi.
Aku
tanpa menunggu sesaat pun, terus melepaskan tawaku. Mana aci cilok lirik lagu
Nur Kasih, In- Team. Sudah dua tahun berkahwin dengan Asad, aku tidak
menyangka… tuan singa ini pun stok layan nasyid juga ya? Hairan aku.
“Sejak
bila abang layan nasyid?”
“Adalah
dalam tiga empat tahun yang lepas…”
Kening
aku pula yang ternaik bila dia jawab macam itu. Makin pelik. Tiga, empat tahun
lepas? Tiga atau empat tahun lepas… kepala aku sudah menekan-nekan suis dalam
kepala seakan cuba mengingati sesuatu. Kenapa aku dapat rasakan ada sesuatu.
“Takkan
tak ingat?” Asad tanya pada aku. Aku diam cuba memikirkan, apa sebenarnya yang
cuba dikatakan oleh Asad ini.
“Serius
tak ingat???” Asad soal lagi dengan riak yang lebih terkejut. Aku surrender.
“Sham
betul tak ingat???” dia tanya lagi dengan riak tidak percaya.
Aku
naik kesian pula bila dia bersungguh-sungguh bertanya macam itu dengan aku. Tapi
betul, aku tak tipu. Aku langsung tidak ingat, apa sebenarnya yang Asad hendak
singkap disebalik topik nasyid ini.
“Sampai
hati…” ucapnya seakan berjauh hati. Eh, salah skrip ke Asad ini? Kenapa
tiba-tiba berjauh hati pula. “Abang dedicate lagu ni untuk Sham masa makan
malam kelab kewangan…” dia sambung lagi dengan nada yang lirih.
Erk!
Tergamam aku seketika. Betulkah? Kenapa aku tidak ingat?
“Sedihlah
macam ni… orang punya sayang dengan dia, siap dedicate lagu depan umum. Dia
boleh lupa pulak.” Asad sudah mula mencapai tisu di atas meja. Mulutnya dikesat
sebelum dia bangkit berdiri.
“Abang…”
laju sekali tanganku menarik lengan Asad. Walaupun otak aku seakan ada traffic
jam untuk mengimbau kenangan yang Asad nyatakan itu, tapi tidak mungkinlah aku
biarkan dia berlalu dengan perasaan jauh hatinya padaku. Wajah Asad yang
sedikit mencuka itu kupandang lama. Makin kelakar jadinya! Singa dengan sedaya
upaya sedang mencomelkan diri.
Hujung
kolar kemeja Asad, kusentuh perlahan. Tanganku sudah tersimpul elok di belakang
lehernya. Bibirku juga sudah mula mengoyak senyuman yang aku rasakan paling
manis di saat ini. Namun Asad tetap mencuka.
“Baby…
tengok papa ni, merajuk macam orang tua!” selamba aku berkata begitu. Dari ekor
pandangan mata pun aku sudah dapat menampak bunga senyuman hampir tersungging
di bibir Asad. Eceh.. pandai pula dia main hide and seek.
“Kita
jangan kawan dengan papa ya baby… sikit-sikit nak merajuk. Lepas tu, tunggu
orang pujuk. Bila dah pujuk… berminggu-minggu, baru nak hilang rajuk…” selamba
lagi aku perli dia. Biar melekat dengan kukuh dalam kepala Asad tentang
peristiwa merajuk itu.
Kali
ini Asad sudah tertawa. “Amboi… complain dengan baby.”
Aku
mencebik. “Iyalah… nak complain dengan siapa lagi… mama ada baby aje. Lainlah
papa… ada peminat setia!” aku pandang dia sekilas, dia masih tersenyum. “Baby
nak ke mama tiri macam aunty Elisa?” aku mengusap perutku perlahan. Aku pandang
semula pada wajah Asad. Riak wajahnya tenang sekali. Aku tidak dapat hendak
mengagak, apa sebenarnya yang sedang berlari di dalam mindanya pada ketika ini.
Tiba-tiba
sahaja, Asad tunduk. Kepalanya didekatkan pada perutku yang dilitupi baju
kurung. Kucupan kasih dihadiahkan di situ. Aku terkesima. Niat aku hendak
mengenakan dia, tapi sekarang ini, hatiku tersentuh dengan tindakan spontannya.
“Baby
hanya akan ada satu mama… dan dia adalah Shamina. Bukan yang lain… dia sorang
aje…” kali ini telapak tanganku menerima kucupan kasih Asad. Tidak sampai sesaat
selepas itu, tubuhku sudah hilang dalam pelukan erat Asad.
“Jangan
lupa… Tuan singa ni, milik Sham seorang…” bisiknya pada telingaku. Terus aku
tersenyum. Selalu aku yang cakap, sekarang ini, dia pula yang tolong cakapkan.
Ya, aku tahu!
“SHAM… ada orang cari.” Kuat laungan suara Adila
menyinggah di telingaku ketika aku keluar dari bilik Asad. Fail di tangan
kuletakkan di atas meja sebelum berlalu ke ruang menunggu. Siapa yang hendak
berjumpa denganku? Elisa?
Haish!!!
Kenapalah nama perempuan itu juga yang hendak menyesakkan minda.
“Shamina…”
panggilan namaku itu membuatkan dada terasa bergetar. Aku sudah tahu siapa.
Senyuman di bibir pemanggil itu benar-benar menyenangkan jiwa. Lantas, dengan
perasaan yang lapang, aku melangkah dengan laju menuju mendekati tetamu aku
itu.
________________
Sila-sila, tinggalkan komen anda. :)
Terima kasih semua.
huish~~sapa yg kacau sham tu..hahahhaha..nak lagi~~~
ReplyDeleteMmg la cik writer ni suke mendera perasaan..hehe..tp seb baek kali ni menyenangkn ati sham,so,xde la terdera sgt utk tggu next n3..sape tu?datin emilykah or si zul tu kah?
ReplyDeleteNext2 :D
abg sham ke?tbe2 je..(sham ad abg ke?haha)
ReplyDeletesiapa plak yg nak jumpa sham tuh,,tak sabar tggu
ReplyDeletemelangkah dgn perasaan lapang...so, bkn elisa or bapak die la kot...hehehe
ReplyDeleteMesti si Zul tu.... lepas ni Asad pulak yang cemburu ....
ReplyDeleteAsad ni manja juga tapi saya suka sebab dengan Sham saja bukan dengan yang lain...
cantek da tu umi!!!flashback blk!flashback!smbg ksah dorg ms kat U tu umi...ape cer pas miting tu ari??camne asad tu bley jth ati kat shamina plk umi?cite sket??!
ReplyDeletesufi (",)
bestla novel ni...baru jumpa hehehe...abang singa, sgt cuke XD..
ReplyDeletesweetnyer asad dgn sham :D..bgslah asad ni ttp pendirian..xgoyah pun cinta die dgn sham..cpt smbg ye xsbr dah nk tunggu :)
ReplyDeleteBest... suka tuan singa yg sentiasa sabar melayan karenah Sham yg ter'ganggu gugat' perasaannya... :-)
ReplyDeleteComel je merajuk-pujuk depa ni..:-)
siapa???
ReplyDeleteAsad ni memang romantik habislah..hehehe..sweet sangat2..
Please tolong cepat sambung. Suka sangat dengan novel ney! Good job writer ♥
ReplyDeletewallah romantik gak asad tu, a'ah cik penulis nak mtk elaborate pasal nasyid asad masa annual dinner tu blh, macam best je kisah kat situ. kasi lawak kaw kaw eh. hehehe masa tu dorg dah bercinta ke belum? or asad just bagi clue je tnpa sham perasan niat asad?
ReplyDeleteni sapa pulak dtg time office hours ni.
aha..
ReplyDeletesweetie..
gud hasben ya..
terbaik cik writter
ReplyDeletejgnlah diapa2kan Sham & baby tu
nak happy ending jugak ^__^
sape plk yg dtg jumpe sham tu???
ReplyDeletesmbUng lar lgi..pLzzz..hehee...aku Dah jtuh cnTa ngan crita ni...terbaikkk bha...HAhaaa
ReplyDelete