Tuan 'Singa' Milikku
“CUKUP ke?”
Aku
tersenyum kecil mendengar soalan itu. “Cukup dah aunty… banyak sangat ni. Perut
pun rasa macam nak meletup pulak.” Selorohku dengan tawa kecil. Mana tidaknya,
dengan selamat sekali dua biji cheese burger aku telan. Besar pula seleraku
hari ini.
“Kalau
tak cukup, boleh order lagi…” cadang Datin Emily. Aku sudah menggeleng laju.
Dua itu sudah mencapai had maksima. Kalau Asad ada, pasti dia tidak akan
membenarkan aku makan mengikut nafsu. Katanya, mengidam itu satu hal… tapi
jangan diikutkan sangat. Semua itu pun atas dorongan nafsu juga. Yang mana
dapat memberi kesihatan kepada bayi, tak salah makan lebih. Tapi kalau yang
jenis lebih lemak, lebih minyak… ada bagusnya, dielakkan!
“Cukuplah
aunty… banyak sangat nanti, tak boleh berjalan pulak.” Datin Emily sudah
ketawa. Mungkin mimik wajahku agak lucu ketika menuturkan kata itu. Mungkin.
Aku pun tidak tahu.
“Aunty
kata ada hal jumpa dengan Sham… hal apa ya aunty?” soalku sambil mengesat mulut
dengan tisu. Datin Emily tersenyum tenang. Dan ketenangan itu sedikit sebanyak
memberikan kedamaian dalam hatiku. Entah kenapa, wajah itu membuatkan
perasaanku terusik. Mungkin kerana aku terbayangkan arwah emak. Emak…
“Tak
ada hal apa pun. Sengaja nak jumpa Sham… hari tu datang rumah, kita tak ada
masa pun nak berbual panjang…”
Aku
tersenyum kecil. Tetapi dalam masa yang sama, hatiku sudah bermain bermacam
irama. Kenapa bila dia sebut berbual panjang, fikiran aku asyik berfikir yang
tidak-tidak sahaja. Kalau diikutkan logik akal, emak mana yang sanggup melihat
anaknya kecewa?! Pasti tidak ada.
Dan
sekarang, aku sudah kembali meragui. Apakah Datin Emily sengaja hendak berbaik
denganku? Dengan itu, dia mampu ‘mengikat’ Asad dengan anaknya? Begitu? Aku
bingung.
Sedang
aku begitu fokus dengan andaian yang bukan-bukan di dalam kepala, aku
tersentak. Tanganku digenggam erat oleh Datin Emily. Matanya terus menusuk ke
jiwaku. Aku benar-benar terasa sayu. Terbayangkan wajah arwah emak di dalam
matanya yang berkaca itu.
“Berikan
peluang pada anak aunty… aunty yakin, Asad pasti dapat membahagiakan kamu
berdua.”
Aku
andaikan dia akan berkata begini. Namun ternyata, jangkaanku meleset sama
sekali.
“Tolong
Sham… apa pun yang Elisa buat untuk dapatkan Asad, Sham tak boleh mengalah.
Aunty yakin, bila dia dah dapat Asad… dia akan pisahkan kamu berdua.”
Mata
Datin Emily berkaca. Kenapa? Sepatutnya aku yang merasakan kesedihan itu.
Tetapi kenapa dia pula yang menanggung kesakitan?
“Aunty…”
“Aunty
akan tolong Sham…” potong Datin Emily laju sebelum sempat aku menghabiskan
ayat.
“Tolong
apa aunty?” soalku dengan rasa pelik sekali.
“Dapatkan
pertukaran untuk Asad dan Sham ke ibu pejabat!” nada Datin Emily begitu serius
sekali. Aku sudah terlopong. Ibu pejabat?! New York?
Kalau
Asad yang dapat pertukaran, logiklah. Dia kan pegawai berpengalaman. Takkan
dengan aku, pembantu pegawai pun senang nak dapat pertukaran. Wajah Datin Emily
kupandang dengan rasa tidak percaya.
“I’ll
use my power to get the transfer.”
Aku
sudah tergamam. Mata aku sudah tidak mampu berkelip. Mindaku hanya tertumpu
pada satu perkara. Siapa sebenarnya Datin Emily ini? Yang aku tahu, dia isteri
Datuk Mokhtar. Lain-lain, aku sudah tidak ambil peduli. Tapi, nampaknya
sekarang aku harus memulakan sesi soal siasat dengan Asad. Dia pasti tahu lebih
banyak tentang Datin Emily. Dan aku juga pasti, Asad aku itu tentu sahaja
merupakan kesayangan Datin Emily sehingga dia sanggup menolong kami hingga ke
tahap ini.
AKU masuk semula ke pejabat agak lewat dari biasa.
Adila pula sudah melemparkan pandangan luar biasanya padaku. Kenapa aku dapat
merasakan ada yang tidak kena di situ?!
“Sham…”
suara Elisa sudah menggamit perhatian aku. Langkah yang hendak dihayun ke meja,
aku pusing ke arah Adila. Wajahnya sangat gelisah di saat itu.
“Aku
rasa… kau akan dimadukan!”
“Hah!!!”
terkejut aku.
“Madu
Sham…” ulang Adila sekali lagi. Aduh! Kenapalah isu ini tidak mahu reda dengan
begitu sahaja? Letih aku melayan perasaan begini.
“Elisa
ada kat dalam tu…” sambung Adila lagi dengan nada berbisik.
Aku
menjeling sekilas ke arah pintu bilik Asad yang terkatup rapat. Sungguhlah
Elisa ini tidak faham bahasa. Like father, like daughter. Papa dia pun tak
faham, Elisa… dua kali ganda tidak faham dengan ayat yang dituturkan Asad
agaknya.
“Dia
buat kecoh tadi sampai abang singa kau tak tahu nak buat macam mana… kau
bayangkan, perempuan gila datang mengamuk sakan. Gaya dia… macam kau pula yang
rampas suami dia.”
Cerita
Adila itu kudengar sekali lalu sebelum mata kembali terarah pada pintu bilik
Asad yang sudah terbuka luas.
Begitu
jelas sekali di pandangan mata, langkah mereka yang beriringan keluar dari
bilik Asad. Pandanganku berlaga dengan Elisa yang sudah tersenyum bangga. Apa
maksud senyuman itu? Adakah dia fikir, dia sudah ‘menang’? Kalau itu yang
difikirkan, ternyata dia silap. Aku belum mengaku kalah.
Mataku
berlari pula pada wajah Asad. Ada riak yang begitu lain di matanya. Dia pandang
wajahku lama. Bibirnya bergetar seakan hendak berbicara. Tapi aku tidak pasti,
seperti ada sesuatu yang menyekat suaranya pada ketika ini.
“Jom
Asad...” suara Elisa yang menggedik itu singgah pada pendengaranku. Aku
menjeling. Menyampah.
Belum
sempat jemari Elisa bersimpul dengan lengan Asad, aku laju lagi menarik
suamiku. Aku nampak sangat jelingan tidak puas hati di wajah Elisa pada ketika
itu. Benarlah kata Adila. Sekarang ini, seolahnya aku yang sedang merampas
suami Elisa. Sedangkan, hakikatnya… adalah sebaliknya.
“Hei
perempuan… Asad nak keluar dengan I, you jangan nak masuk campur!” marahnya.
Aku malas nak layan. Terus aku buang pandang pada wajah Asad yang kelihatan
bingung di tepiku. Tangannya sudah mula naik ke kepala. Memicit-micit seolah
menanggung kesakitan yang amat.
Aku
sudah mula risau. Apa sebenarnya perempuan ini sudah lakukan pada suami aku?
“Abang…
kenapa ni? Abang okey ke?” soalku laju. Asad menggeleng kepalanya berkali-kali.
“Sakit!”
ucap Asad merintih.
“Sakit
sangat sayang…” genggaman Asad bertambah erat di tanganku. Aku sudah tersentak
bila tubuh Asad seakan lembik sahaja. Aku panik.
“Adila…!!!”
laungku laju. Adila sudah terkocoh-kocoh ke arahku. Tangannya turut sekali
menampung tubuh Asad yang hampir rebah.
“Asad…
darling, why?” Elisa menyibuk sekali. Aku sudah geram.
“Jangan
sekali-kali kau kacau suami aku!!!” ucapku tegas. Kesabaran aku sudah berada di
tahap paling kritikal. Aku sudah tidak dapat memerap rasa geramku pada
perempuan ini. Cebikan di bibir Elisa semakin mendidihkan aliran darah di dalam
tubuhku. Kalau tidak fikirkan aku sedang mengandung pada ketika ini, Elisa akan
ku karate!
Walhal,
karate pun aku tak tahu macam mana sebenarnya.
SEGELAS lagi air kosong aku tuang apabila Asad
meminta. Wajahnya yang pucat itu benar-benar merisaukan aku. Sudah sehari Asad
masuk wad. Doktor sudah menasihatkan supaya dia mendapatkan rehat yang cukup.
Jangan terlalu stress katanya.
Dan
pendapat peribadi aku, doktor patutnya nasihatkan sekali si Elisa itu supaya
dapat khidmat pakar sakit jiwa. Perangai sudah mengalahkan orang gila. Sampai
suami aku naik stress dibuatnya. Elok selama ini Asad mengamuk macam singa
tidak cukup makan, tak pernah pula sampai kena tahan dalam wad. Tapi dengan
Elisa ini, sampai naik pening Asad memikirkan kerenahnya. Macam ini ke nak
dibuat isteri?! Haish…
Patutlah
Datin Emily datang jumpa aku sebelum itu. Rasanya, dia sudah tahu rancangan
anaknya itu. Mulut aku sudah ternganga kecil.
“Sham…
yang nganga tu kenapa?” soal Asad sambil menarik jemariku bertaut dengannya.
Aku
menggeleng kecil. Gelas yang berisi air itu aku letakkan di sisinya. Lambat
sahaja Asad menyisip air. Wajahnya masih lesu.
“Abang
dah susahkan Sham ke?” soalnya perlahan. Aku menjeling kecil. Ada ke cakap
macam itu!
“Mana
ada… tak ada susah apa pun.”
“Kesian…
sebab abang, Sham tak dapat rehat cukup…” ucapnya lagi.
Aku
sudah menggeleng laju. Setakat tak tidur satu malam, tak adanya jadi apa-apa. “Sham
tak kisah temankan abang… abang janganlah fikir macam tu. Sekarang ni, Sham nak
abang rehat cukup-cukup. Jangan fikir apa-apa dah…” nasihat lagak doktor
bertauliah. Pipi Asad kuusap penuh kasih. Aku betul-betul kesian tengok wajah ‘singa’
yang pucat ini. Ini semua sebab Elisalah!!! Geramku sudah kembali berkumpul di
dalam hati.
“Abang
peninglah… apa nak buat dengan Elisa ni? Dulu biasa-biasa aje, sekarang ni
makin extreme pulak…” dia fikir juga pasal Elisa itu walaupun aku sudah
melarang.
“Abang…
jangan dilayan sangat Elisa tu!”
“Sebab
tak layanlah yang dia makin menjadi-jadi.”
Aku
mengeluh. Penat! Semua orang faham, tapi ada juga seorang yang tidak faham. Apa
susah sangat ke untuk menerima hakikat bahawa tuan ‘singa’ ini hanya milikku?!
Susah sangat ke?
“Nasib
dia pressure dekat abang… kalau dia buat macam tu dengan Sham, apa abang nak
buat nanti? Sham dengan baby lagi… risau la…” keluh Asad. Serentak itu
tangannya sudah mula menekan kembali dahinya.
“Sham
dah kata kan… jangan fikirkan pasal perempuan tu!” aku marah dia. Geram betul
aku. Bila fikir Elisa, Asad sakit. Tapi degil, hendak juga difikirkan pasal
penyebab sakit kepalanya itu.
Asad
tersenyum hambar. “Kalau abang tak fikir sekarang… bila lagi sayang?”
“Sampai
bila pun tak payah fikir!” ucapku dengan panas hati. Bibir kuketap erat. “Sebenarnya
abang kenal Elisa ni dari bila lagi?”
“Masa
abang buat degree, dia junior abang…” aku diam mendengar cerita dari mulut
Asad. Kiranya, bukan sehari dua Elisa menyimpan rasa. Sudah bertahun-tahun
lamanya. Tapi, masalahnya sekarang… akulah! Ya, akulah masalah untuk Elisa
sekarang ini.
“Dulu
pun dia tackle jugak… tapi asyik tak berjaya. Lepas tu, dia dah give up. Masa
abang grad tu, adalah member khabarkan… dia tengah couple dengan student master
ni. Boleh tahan mamat tu. Abang bajet dia memang dah takkan ganggu abanglah…”
“Kenapa
abang tak suka dia?” soalku lagi. Tadi siapa yang marah sangat Asad bercakap
soal Elisa. Sekarang ini aku juga yang seronok hendak bertanya itu dan ini.
Patutnya selotape mulut aku dari tadi.
“Sebab
abang suka Sham…”
Aku
menjeling. “Abang jumpa Sham pun lepas berapa tahun… takkan masa Elisa tackle
tu, abang langsung tak pernah rasa apa-apa?”
“Nope.
Langsung tak…” jawab Asad yakin.
“Kenapa
suka Sham?” soalku lagi. Asad sudah tersenyum. Kenangan lama bermain dalam
mindaku. Mungkin itu juga yang sedang berlayar di fikirannya.
“Sham
dengan Elisa, sama aje…”
Eh!
Apa pasal aku sama dengan minah tu?!
Tapi
belum sempat aku menyoal, Asad sudah menyambung semula ayatnya.
“Dua-dua
pun sukakan abang… cuma Sham berbeza dengan Elisa dari segi cara memikatlah.
Elisa, agresif! Sham… malu tapi mahu.” Tawanya sudah pecah. “Abang tengok Sham,
masa meeting tu… the way you look at me, sangat-sangat menonjolkan perasaan
terpendam…” dia ketawa. Aku sudah mengetap bibir. Manalah aku tahu, apa yang
disampaikan oleh mataku pada ketika itu. “Sham tengok abang, macam abanglah
lelaki paling handsome dekat situ…” dia ketawa lagi.
Aku
mencebik. “Perasan!” bahu Asad aku tolak perlahan. Sengaja. Selebihnya hendak
cover rasa malu. Pipi sudah mula terasa kebas bila bibir Asad yang mengimbau
kenangan itu.
“You
make me feel perasan! Dah la tu.. sepanjang meeting tengok muka abang, sampai
satu apa pun dia tak take note.”
Kali
ini tanganku sudah mencubit lengannya. Malu! Malu! Malu! Kenapa memorinya
begitu kuat sekali sehingga dia boleh ingat semua perkara yang terjadi di awal episod
pertemuan kami. Aku juga yang terasa kebas pipi.
“Agaknya
masa tu, Sham dah mimpi kita naik pelamin dah kan?” usiknya dengan tawa yang
begitu mendamaikan hatiku.
“Mana
ada!!! Pandai aje abang ni…” aku jeling lagi. Tapi dalam hati sudah ada rasa
gembira. Melihatkan dia tertawa riang, aku yakin, mindanya sudah lupuskan
bayangan Elisa pada ketika ini. Biarlah dikenangkan memori yang memerahkan
wajahku, asalkan dia bahagia… aku pun tidak kisah.
“Betullah
tu?” giatnya lagi.
“Abang!!!”
“Abang
rasa macam tengah mimpi bila nampak budak perempuan selekeh dekat bus stop tu,
jalan masuk dalam bilik meeting… macam bidadari. Serius, walaupun Sham punya
dreesing sangat simple… but you were so lovely and sweet, sayang…” pujinya.
Serentak itu bibirnya sudah mengenai pipiku. Sempat lagi!
____________
Okey, akhirnya... sempat jugak taip satu entry sebelum raya. Insya-Allah, akan disambung lagi.
Maaf kalau pendek. Maaf kalau tak best. Maaf kalau tak memuaskan hati semua.
Ini untuk anda [Klik sini]. Salam Aidilfitri dari saya :)
best sangat2x...
ReplyDeleteElisa tu tolonglah jangan menyibuk boleh tak?? geram betul dengan Elisa..
Asad sakit2 pun sempat lagi tu..hehehe..suka sangat..
Selamat Hari Raya kak Umi.. =)
lovely
ReplyDeletele comment dah ubah dok atas plk. jenuh jgk tilik kat bwh td.
ReplyDeletesuperb best la. terima kasih utk ubat hari raya ni. n thanks tuk kad raya ye.
siapa datin tu ye? wah buat daku tertanya2 jgk la.
elisa tu mmg la...sakit jiwa kot.
siapa bini siapa pun dah sengal.
hohoho adakah sham bakal lahirkan anak dia kat NY?hehehe jd org putis kejap anak dia nti.
singa tu blh sakit sebab elisa. mmg la,dasyat gak r tu perangai elisa.igt td dia bomohkan asad.
Selamat hari raya maaf zahir batin ye umi! kot tersalah komen yg mengecikkan hati umi.(*_+)mata bersinar..
benci la elisa..plis2 datin emily help them....elisa jgn nak ngada..over gila~~
ReplyDeleteTerkezut gak mase Datin Emily suruh Sham terima elisa jadi madu tu... rupe2nye Sham berangan je.. hahaha naseb baek bkn betol2... Geram dgn Elisa ni yg xabis2 kejar Asad, mcm dah xde laki lain je...
ReplyDeleteKronik da thp sakit mental elisa.
ReplyDeleteSampai abg singa pun pengsan...dahsyat betul!
psycho gle r elisa...adei
ReplyDeletesian gler kat asad.
ReplyDeletelau die yg garang 2 pon ley pressure sampai masuk wad..
mmg trok btolla psycho si emily 2!!
bawak g jumpe ustaz la..
soh bace2 cket...
agagk2 berkesan x ek??
hiii
salam kak umi.....saya baru je bukak blog kak umi nie.....
ReplyDeletebest la cerita kak umi nie lain cket....selalu perempuan yg telebih risau laki die ade perempuan nak.....kali nie asad pon sama2 pertahankan cinta die......seronok sgt baca watak asad......
god job.....
Makin cair ngan asad..oh my mr lion..
ReplyDelete