“EH bang… dengar tak bunyi kecoh-kecoh dekat
luar tu?” mulut Puan Badariah sudah riuh apabila sayup-sayup terdengar bunyi
dari luar rumah. Ada orang bergaduh ke?
“Kecoh???”
suaminya, Encik Radzi menayang wajah pelik. “Saya tak dengar apa pun.”
“Jom
tengok bang… Yah rasa depan rumah kita ni.” Semangat lagi Puan Badariah
mengukuhkan andaiannya.
“Mengarutlah!”
“Iya
bang…”
“Cuba
jangan nak cari alasan untuk mengelak tengok berita dengan saya,” selamba Encik
Radzi membuat pertuduhan. Macam dia tak kenal dengan perangai isterinya yang
selalu suka mengelat bila tiba masa untuk menonton berita. Katanya, menonton
drama bersiri lagi menghiburkan jiwa daripada berita yang menyemakkan kepala.
Huh! Masa depan negara dikatakan semak kepala. Itu bini sayalah tu.
“Mana
ada alasan! Yah cakap betullah.”
“Tipulah
awak ni… cuba duduk diam-diam tengok berita ni. Bising aja dari tadi…” komen
Encik Radzi lagi. Puan Badariah sudah memuncung. Dia bukan buat cerita. Ini
adalah fakta. Dan dia tahu ada orang yang sedang ‘berperang’ depan rumah
mereka.
“Badariah!!!”
kuat laungan dari luar rumah membuatkan keduanya tersentak.
“Kan
Yah dah cakap dengan abang!” marah Puan Badariah.
Suaminya
terdiam tidak terkata apa-apa.
“Orang
cakap dia tak nak percaya… cari alasan
konon!” dengan bebelan yang panjang Puan Badariah sudah melangkah ke luar
rumah. Spontan keningnya terangkat melihat kedua temannya, Puan Rahmah dan Puan
Zainab sedang bercakaran macam harimau. Ini kalah rimau ni! Mujur tak tercabut
tudung dekat kepala tu.
“Kenapa
ni Mah… Nab. Ada masalah apa?” soalnya tenang.
“Aku
ni datang ada hajat besar,” laju Puan Rahmah menyusun kata.
“Eh..
aku yang datang dulu!” Puan Zainab sudah memotong ayat.
“Aku
dulu!”
“Eh,
nanti dulu. Mah… kau cakap.” Akhirnya Puan Badariah mencelah. Kalau dibiarkan,
sekejap lagi melarat terus cerita. Aku dulu… kau dulu. Apa yang dulunya?!
Puan
Rahmah menarik nafas panjang. “Yang sebenarnya…”
“Aku
nak booking anak kau jadi menantu aku.” Dengan kelajuan sepantas bullet train
ayat tergantung Puan Rahmah dipotong oleh Puan Zainab.
“Eh
aku dulu!” Puan Rahmah tidak puas. Mana aci main potong-potong macam ni!
“Aku
dah cakap… so, anak Yah aku yang booking!” ucap Puan Zainab bangga.
“Aku
cakap, aku dulu! Degil kau ni Nab… tak nak faham. Aku yang booking dulu!”
Puan
Badariah naik pening melihat perang mulut di hadapannya itu. Suaminya sudah
mula mencuit bahunya dari belakang.
“Apahal
ni? Dari tadi asyik dengar booking-booking. Awak ada jual barang catalog ke?”
Puan
Badariah terlopong sendiri. Barang catalog?!
“Eh,
senyap sat kau berdua! Pening kepala aku.” Puan Badariah mencelah. Tangannya
sudah terletak elok di atas dahi. Memicit-micit kepalanya perlahan.
“Kau
cakap sekarang Yah… dia ke, aku?!”
Puan
Badariah makin pening.
“Bila
masa pulak anak aku jadi barang dalam catalog!”
“La…
siapa kata?” ucap keduanya.
“Habis…
yang berdua tu main booking kenapa? Ingat anak aku tu, barang untuk ditempah
ke? Itu bukan barang… itu orang!” ucap Puan Badariah tegas.
Kedua-duanya
terdiam. Iya tak ya juga. Tapi…
“Aku
tak kira! Anak kau booking untuk anak aku Yah!” serentak mereka mengucap kata.
Puan
Badariah mengalih wajah memandang ke arah suaminya. Encik Radzi terus menepuk
dahi. Pulak!!! Masalah betul.
***
“BETUL ke mak?” soal Adila Safiah saat diberitakan
isu siang tadi kepadanya.
“Iyalah…
takkan mak nak reka cerita pulak! Kalau tak percaya, boleh tanya abah sekali.”
“Mengarutlah!”
Adila Safiah menggelengkan kepalanya berkali-kali. Mana ada orang buat kerja
mengarut macam itu. Booking menantu sampai bergaduh depan rumah. Hai… famous
amos sampai ke tahap tu ke aku ni?!
“Ya
Rabbi! Budak ni… aku cakap serius, dia kata aku mengarut!”
“Bukan
kata dekat mak la… orang kata orang yang booking-booking tulah!”
“Hemmm…
mak nak tanya kamu ni, kalau betul dia orang tu nak booking, kamu nak dekat
siapa?” soal Puan Badariah dengan serius sekali.
“Dua-dua
orang tak nak!”
“Pulak
dah!!!” ini masalah besar ni. “Sebab apa tak nak?” serius sungguh
garisan-garisan yang terukir di dahi Puan Badariah. Wajah Adila Safiah ditenung
dengan tajam sekali.
Namun
ternyata, anak gadisnya hanya diam seribu bahasa. Haish!!! Susah betul kalau
nak buka mulut suruh bercakap soal jodoh ni!
***
WAJAH Adila Safiah begitu merah menahan marah.
Dengan isu booking menantu di rumah. Naik pening kepalanya.
“Awak
tu la… lambat sangat! Tengok sekarang ni, saya dah jadi macam barang lelongan.
Orang main booking ikut suka hati!” marah Adila Safiah.
“Erk!
Habis tu… Safi terima ke?” soalan itu kedengaran sangat gelabah di pendengaran
Adila Safiah.
“Ikutkan
hati ni…”
“Jangan
sayang… I love you so much sayang!”
“Huh!!!”
Adila Safiah merengus kuat.
“Please,
bagi abang peluang…”
“Dah
terlambat!”
“Kenapa???”
“Saya
dah kena booking!”
Sempat
lagi Adila Safiah menangkap mata yang sudah bergenang di hadapannya. Padan
muka!
****
LANGKAHNYA diatur perlahan berjalan pulang ke
rumah. Sengaja dia menaiki bas hari ini untuk ke tempat kerja. Naik bosan pula
hari-hari menghadap kesibukan jalan raya. Sampai lenguh kaki menahan brek dan
menekan clutch untuk tukar gear.
Nyamannya
angin petang ini, buatkan dirinya terasa segar. Gaya macam tengah berjalan tepi
pantai pula. Wah! Bestnya… tenang sekali tanpa gangguan manusia. Itu penting
tu! Sejak dirinya di-booking untuk jadi menantu, begitu panas isu itu merebak
ke dalam kawasan rukun tetangga ini. Kalah selebriti!
“Safi….!”
hampir terhenti langkah Adila Safiah. Namun apabila sudah dikesan pemilik
suara, langkahnya diteruskan juga. Alamak! Bala… bala…
“Safi
tunggulah!!!”
Makin
laju Adila Safiah mengorak langkah. Aku tak rela!!! Sempat lagi jeritan hati
bergema.
“Safi…!”
Muncul
lagi satu suara. Adila Safiah sudah berpeluh-peluh tidak kena gaya. Mana nak
lari kalau macam ni! Kiri dan kanan, dua-dua mengejar. Tapi dua-dua aku tak
rela untuk terima.
“Safi…!”
berpadu kedua suara, Firdaus dan Ajwad. Seorang anak Mak Nab, seorang anak Mak
Mah. Aku… anak mak! Ya Allah… yang tak nak, datang mengejar. Yang dia nak, tak
reti-reti pula nak mengejar.
“Adila
Safiah…!”
Eh…
bukankah itu suara?! Dia sudah menghentikan langkahnya. Badannya sudah
berpaling. Jelas terukir senyuman di bibir Firdaus dan Ajwad melihat langkahnya
yang terhenti. Namun, dia berhenti bukan untuk budak berdua ini. Tak ada masa
la aku nak cari masalah jadi menantu tempahan.
Dia
berhenti pun sebab… ada hero Malaya yang sedang bercekak pinggang di belakang
kedua jejaka yang mengejarnya tadi. Itulah… hero dia!
“Adila
Safiah… Safi kena kahwin dengan abang jugak!!!”
“Mestilah!”
balas Adila Safiah tanpa teragak-agak. Terlupa dia sekejap pada kedua makhluk
yang berada di antara mereka yang sudah berubah wajah.
“Safi!!!
Apa semua ni?!!!” Firdaus dan Ajwad berkata serentak. Adila Safiah sudah mula
menghela nafas lega. Ini bukan masalah dia. Bukan dia yang memulakan agenda
tempahan menantu ini.
****
“AKU nak dapatkan kata putus dari kau Yah!”
tengking Puan Zainab pada Puan Badariah.
“Kau
ingat kami main-main Yah!” Puan Rahmah pun tak mahu lepas peluang.
"Kau
ingat kami tak ada kerja Yah!" sambung Puan Rahmah lagi.
"Betul
tu Mah... aku sokong kau."
"Apa
masalah kamu berdua ni? Jangan bagi aku pening boleh tak!" Puan Badariah
sudah hilang sabar. Iyalah, orang datang buat kecoh depan rumah, siapa yang
boleh bersabar!
"Kami
yang bagi pening? Kami datang ni nak tahu what is happening? Apa dah jadi
dengan menantu yang aku booking?" serentak Puan Rahmah dan Puan Zainab menyoal.
Bila dengar cerita daripada anak mereka yang masing-masing mengatakan Adila
Safiah sudah ada buah hati lain, tiba-tiba naik berasap telinga. Orang lain
yang booking, orang lain yang sambar. Mana aci! Tak ikut sistem demokrasi Malaysia
langsung.
"Bila
masa aku approve kau punya booking tu?"
"Kau
tak..." keduanya kelu lidah.
"Aku
tak kata pun kan stok yang kamu berdua booking tu, is available. Ada aku
kata?" soal Puan Badariah dengan penuh ketegasan.
"Aku
ingat..."
"Ingat
apa Nab? Ingat aku tak ada kerja lain nak melayan tempahan menantu ni?"
makin seronok Puan Badariah menghentam.
"Kami
serius Yah!"
"Aku
pun serius Mah... adat negara mana kamu berdua guna pakai ni? Nak booking anak aku
main sebut macam tu saja. Tak ada tanda. Tak ada wakil. Booking is
automatically cancel. aku dah approve tempahan yang lebih beradat."
Puan
Rahmah dan Puan Zainab masing-masing menepuk dahi. How come boleh terlupa
perkara yang paling penting sekali?! Adat merisik dan meminang. Hai… dah kena
frust tidak bertempat!
***
ADILA Safiah menghidangkan makan malam di atas
meja. Sementara menanti mak dan abahnya, dia sempat juga menyediakan minuman
dan dihidangkan sekali di atas meja.
“Ha…
ni mak nak tanya, bilanya kawan Safi tu nak masuk meminang…?” tak ada angin,
tak ada ribut, terus Puan Badariah menyembur Adila Safiah dengan soalan paling
maut itu.
“Meminang
ya mak…” Adila Safiah sudah tersengih. Macam mana nak jawab soalan yang paling
susah ini?! Rasanya jawab SPM senang lagi.
“Ya…
meminang! Jangan cakap tak jadi pulak. Sebab kamu tak nak punya pasal, mak
tolak juga booking Mak Nab dengan Mak Mah tu. Kalau dak mak dah terima dah!
Elok apa budak Ajwad dengan Firdaus tu… tapi kamu tu Safi… berkawan senyap-senyap.
Dah ada orang nak masuk meminang macam ni, baru nak buat drama tangkap leleh
dengan mak. Sekarang ni… cepat cakap, bila kawan Safi tu nak masuk meminang…?”
soal Puan Badariah dengan pandangan yang tajam menikam.
Adila
Safiah menelan liur. Kalaulah kawan yang disebut-sebut oleh mak sebentar tadi
tak nak masuk meminang, ada juga yang kena baling masuk ke dalam longkang
kawasan perumahan ni!
“Nanti
orang cakap dengan dia mak…” perlahan Adila Safiah menjawab.
“Cakap
tu biar cepat sikit. Berkawan pandai… takkan tak pandai nak mai minta buat
isteri!” sindir Puan Badariah lagi.
“Dah
la tu Yah oiii!!! Dari depan abang dengar yang Yah duk menyembur Safi sampai
macam ni, kenapa?! Biarlah bila dia orang nak mai meminang pun…” Encik Radzi
yang baru masuk ke ruang makan, sudah mula hendak campur tangan. Jelingan dari
Puan Badariah langsung tidak menggentarkan jiwanya. Siapa yang nak gentar
dengan jelingan ala-ala kucing parsi minta dimanja tu! Hehehe… itu isteri saya
la tu!
****
“ABANG!!!” suara Adila Safiah sudah bergema di
corong telefon.
“Ya
sayang… abang belum pekak lagi. Cuba bawa bertenang…” pujuk Taufik walhal
hatinya turut menjadi tidak senang dengan nada yang digunakan oleh kekasih
hatinya itu.
“Abang
ni lambatlah! Bila nak masuk meminang…? Mak dah bising dengan Safi tau! Abang
ni nak kahwin dengan Safi ke tak ni… kalau tak nak, Safi terima je orang yang
booking Safi!” Adila Safiah sudah mula mengugut.
“Eh…
janganlah! Abang dah janji kan nak datang booking…”
“Ya
dah janji! Tapi bila nak datangnya??? Janji tu sebulan tau… ini dah sebulan!
Abang lambat macam ni… Safi memang akan jadi menantu tempahan orang lain.” Nada
suara Adila Safiah sudah menjadi lirih. Seketika kemudian, talian sudah
dimatikan.
Taufik
sudah terkedu dengan tindakan Adila Safiah. Nampaknya dia kena hantar rombongan
booking menantu dengan kadar yang segera. Kalau tidak, masalah besar yang akan
ditempah. Dia tak sanggup nak tengok buah hatinya ditempah orang lain. Tak
sanggup langsung!
****
Rombongan meminang daripada keluarga Taufik tiba
juga di rumah Adila Safiah. Bukan main ceria wajah Adila Safiah bila mendapat
panggilan daripada Taufik yang mengatakan keluarganya akan datang pada hujung
minggu ini. Tanpa berlengah sesaat pun, Adila Safiah sudah memaklumkan pada
Puan Badariah. Ternoktah sudah bebelan di bibir emaknya secara spontan.
Majlis
yang penuh adat gayanya, dengan beberapa orang wakil dari pihak perempuan dan
keluarga lelaki. Di barisan depan, papa Taufik sudah bersila mewakili kumpulan
meminang.
“Bismillah…”
papa Taufik sudah memulakan bicara.
"Kami
datang nak booking anak hantu." Selamba papa Taufik berkata, entah dia
sedar atau tidak. Adila Safiah sudah terlopong di balik dinding. Suara tetamu
yang lain sudah mula menggeletak hatinya. Masing-masing terkejut.
"Hah!!!"
Suara Puan Badariah paling tinggi sekali melahirkan rasa terkejut. Anak
hantu???!!
“Eh...
tersasul pulak. Nak booking menantu... Adila Safiah, masih available?"
sambung papa Taufik. Adila Safiah menahan senyum lagi. Ini meminang versi alaf
21 ke? Apa sebut booking pulak??
"Available."
"Bolehlah saya masuk meminang untuk jadi isteri saya." Kali ini Taufik pula yang terkejut. Papa ni, nak kena dengan aku!
"Bolehlah saya masuk meminang untuk jadi isteri saya." Kali ini Taufik pula yang terkejut. Papa ni, nak kena dengan aku!
"Papa!!!"
"Eh...
tersasul lagi. Nak meminang untuk jadi isteri anak saya... Taufik Basri. Iya
kan Taufik?"
Taufik
terus menghala pandangan ke arah mamanya yang sudah menjeling tajam ke arah
papa yang dengan selamba berloyar buruk depan keluarga Adila Safiah. Sabo jela!
“Hah…
apa kata pihak perempuan, setuju ke?” mama Taufik sudah cross line dengan
soalan. Harapkan papa Taufik tu, bukan nak dipinang untuk anak, nak dipinang
untuk diri sendiri pulak!
“Kami
setuju semuanya…!” Puan Badariah sudah membalas dengan bersemangat sekali.
Memang kena setujulah, dah nama pun anak-anak mereka bercinta. Kalau tak bagi
kahwin dengan ada juga kes kahwin lari pula! Tak ke naya.
“Bila
boleh ambil barang yang ditempah ni?” soal Taufik gopoh. Terlupa habis dengan
siapa yang dia tengah bercakap. Ketukan di kepala membuatkan dia tersedar, dia
sudah terlanjur bicara. Aduh! Jatuh saham nak bina repo terbaik depan bakal
mertua.
“Bercakap
tu tak fikir…” tegur mama Taufik dengan nada tidak senang. Jelingan tajam dari
Puan Badariah membuatkan Taufik kecut perut. Jangan dia reject tempahan aku ni
sudah! Sempat lagi Taufik berdoa dalam hati.
“Tunggu
akad nikah dulu…. baru dapat barang yang ditempah!” selamba juga Puan Badariah
membalas kata. Namun wajahnya tetap serius juga. Tapi tak mengapa, sebaris
jawapan itu sudah membuatkan Taufik lega. Syukur Alhamdulillah, dia sudah
booking menantu untuk papa dan mamanya yang juga bakal merangkap isteri
kesayangannya nanti.
Bunyi
beep dari telefon bimbit Taufik membuatkan dia mengalihkan tumpuan. Telefon
bimbit dikeluarkan. Sebaris mesej itu membuatkan dia tergamam.
Abang
ingat Safi ni barang ke??? Apa main tempah-tempah… langsung tak ada adat! Macam
ni ke nak suruh Safi terima?! -Adila Safiah-
Erk!
Tanpa
kata, Taufik sudah menggenggam tangan Encik Radzi seeratnya. Encik Radzi
terpana. Ini drama apa pulak?!
“Pak
cik… saya nak kahwin dengan Safi, bukan nak tempah dia!” ucap Taufik
bersungguh-sungguh. Yang lain sudah mula pandang pelik. Why?
“Memanglah
Taufik nak kahwin dengan dia… apa masalahnya ni?” soal Encik Radzi.
“Err…”
Taufik terasa bingung seketika. Entah apa yang dia hendak katakan sebenarnya.
“Akad
nikah lagi empat bulan, okey?” soal Puan Badariah pula.
Taufik
masih diam. Empat bulan??? Otaknya baru hendak memulakan proses.
“Taufik…
nak ke tidak ni?!” soal mama dan papanya serentak.
“Tak
nak!” jawab Taufik.
“Hah!!!”
semua dah terkejut.
“Abang!!!”
Adila Safiah yang elok tengah bersimpuh di balik dinding terus meluru ke ruang
tamu. Dia yang hantar mesej untuk ‘menolak’ tapi dia pula yang ditolak. Apa
ni???
“Eh
tak… maksud saya, nak kahwin… tapi tak nak empat bulan. Lambat sangat… lagi
sebulan, tak boleh?” Taufik sudah
tersengih. Adila Safiah sudah menjeling tajam. Selamba pula lelaki itu buat
request depan semua.
“Tak
menyabar anak kamu ni…” komen Puan Badariah yang sudah tersenyum simpul.
“Itulah
pasal… budak-budak zaman sekarang…” tokok mama Taufik. Yang lain sudah menghela
nafas lega, selesai sudah majlis booking menantu.
***
“ADILA Safiah!!!” dengan nada yang tinggi suara
Taufik memanggil isterinya.
“Apa???”
tinggi juga nada Adila Safiah.
Taufik
sudah tersengih. Diraih tangan isterinya ke dalam genggaman. Tersimpul erat.
Sebuah ciuman kasih terpahat di dahi Adila Safiah.
“Apa
ni?” soal Adila Safiah dengan rasa malas. Orang penat, dia boleh pula buat
manja tanpa isyarat.
“Abang
dah booking….” belum sempat Taufik menyambung kata, Adila Safiah sudah
memotong.
“Booking-booking
jangan sebut. Alergik dah telinga ni dengar perkataan tu…!”
“Ala…
habis nak cakap macam mana?”
“Carilah
yang sinonim… asal bukan perkataan tu! Diharamkan sama sekali…” tegas Adila
Safiah berkata. Huh!
“Okeylah…
minggu depan, cuti… abang nak ajak Safi pergi Pulau Redang…” Taufik berkata
dengan ceria. Seronoknya dapat ajak isterinya pergi bercuti buat kali yang
ketiga. Amboi, honeymoon tak sudah! Biarlah… siapa yang nak kata apa. Isteri
dia!
“Abang
macam dah tak ada tempat lain nak ajak Safi kan?” Adila Safiah sudah menjeling.
“La…
dah tempat lain full, abang ajaklah ke situ. Lagipun best apa… Safi suka kan
sayang…?” bibir Taufik sudah mengenai pipi Adila Safiah tanpa kata.
“Booking
la tempat lain!” marah Adila Safiah tanpa sedar.
“Amboi…
dia guna perkataan booking tak apa… tapi abang tak boleh pulak!”
Erk!
Adila Safiah sudah tersengih. Opppsss!!!
Tidak
tahu hendak bereaksi bagaimana, lantas dipeluk sahaja suaminya. Slip of tongue!
Tapi tak apa… sebab booking juga, akhirnya mereka sudah disatukan. Booking pun
booking la… asalkan hati bahagia. Jiwa tenteram sentiasa.
_________
Sekadar cerpen ringkas. Harap semua terhibur :)
Terima kasih semua.
COmel ^^
ReplyDeleteHahaha..serius cerita ni comel sangat..romantik pun iya juga..senyum je sepanjang baca..terima kasih kak umi.. =)
ReplyDeleteHehehe lawaklah citenya...
ReplyDeleteLain dari yg lain..;)
Hahaha..dok gelak sakan sorang2 depan PC ni...
ReplyDeleteMenarik! Comel! Sempoi!
Thanks Umi!
haha..lawak ..betul bapa taufik tuh..
ReplyDeleteakak, terbaek lah akak pnyer cerpen ni...mengekek suke bace ni...:D
ReplyDeleteCerpen yang best dan kelakar.. Asyik gelak je bace...
ReplyDeletekelakar jek...
ReplyDeletebapak taufik punye tersasul bahaya betul...hahaha
kelakarlah baca cite ni. gelak sorg2 tgh mlm ni.. haha
ReplyDeletecomel sangat!
ReplyDeletewah...sempoi ja jalan citer nie..best lar..thumbs up tuk akak!!
ReplyDeletekahkah.. serius kelakar sgt!
ReplyDeleteh0w i want t0 say..0oh really cute n fun..mmg mant0p arr kals0m..^^
ReplyDeletekah kah kah..terkekeh2 ketawa baca ni
ReplyDeletextau la kalo real life mcm ni...
haru je idup org nnt
hahahha, klaka la...sy nk booking ank hantu, hehehhe
ReplyDeletehahahahaso funny....klaka la kak....ade gak gaduh nk booking anak dara owg...naib baik dah ade pilihan hati sendiri hahahaha
ReplyDeletecik writer ckp ni just cerpen ringkas, tp bg sy mmg x ringkas,, nk karang 1 perenggan pun dh pening.. heee
ReplyDeletesaye pun nk boking anak truna org la...blh x? ^^
ReplyDeletehakhakhakhak :) bila la aku nak kena booking ye? harharhar jadi anak hantu pun bole
ReplyDeleteHahaha....serius lawak!
ReplyDeleteAnd of course best sgt.....
lawak gila .best
ReplyDeletealahaiiii! romantic ending la...awww! sweet sgt kat umi. eh, sye da follow blog kak Umi Kalsom! huhu~ Teruskan berkarya dlm cerpen ya.. sye lebih enjoy bce cerpen sbb x perlu menunggu lama mcm novel yg ada bab2-nya..hehe .papepun BEST! ;)~ Wassalam
ReplyDelete(FARAH)
haha kelakar gila bapak taufiq tak boleh blah betul..kahkakah
ReplyDeletebtw good job writer
im lovin it (iklan mcd) huhu :)
i salute you!
ReplyDeletebtw, comey blog! :D
kami dtg nak booking anak hantu....
ReplyDeleteserius saya rasa nak tergolek dari kerusi gelak. sakit perut tahan gelak. tak boleh kuat2 sebab kat opis. tapi boleh byg kan. kalau buat drama, sure pecah perut penonton!
hahaha...kelakar
ReplyDeletebest..
Sempoi dan lawak..bapak taufik mmg selamba..haha
ReplyDeletekihkihkih lawak la papa taufiq. nak booking anak hantu haha part tu memang tak menahan gelaknya. dahla time baca pakai bedak sejuk. habis hancur bedak gelak punya pasal. hahaha lawak..lawak
ReplyDeletehahaha..lawak n best..BAHAYA betul papa taufik punya tersasul tu..dari isteri jadi mak tiri..boleh plk pinang ke diri sendiri..hehe..gelak sakan baca..kalu jadi dalam real life..naya..
ReplyDeleteGelak tak ingat dunia aku baca.. nk booking anak hantu.... haha... btw... nice story and I really love it...
ReplyDelete😂😂😂takut lak akk terjd kat ank2 nnt... ada yg booking2 ni🙊
ReplyDelete