Jangan lupa untuk mendapatkan novel Kampung Girl terbitan KaryaSeni. :) Selamat Membaca.
Bab
10
MALAM
itu meriah sekali di meja makan. Semuanya berada di situ. Sudah seperti satu
keluarga lengkap saja. Puan Mazlin yang melihatnya sedari tadi asyik tersenyum lebar.
Entah orang lain perasan atau tidak, tapi awal lagi dia sudah perasan. Ashraf
dengan Ainnur sedang elok duduk sebelah-menyebelah. Nampak elok sekali keduanya.
Sejuk hatinya memandang gandingan mereka. Bagai pinang dibelah dua.
“Abang,
Maz seronok hari ni bang,” ucap Puan Mazlin yang sudah beralih memandang
suaminya.
“Semua
anak menantu kita ada sekali,” sambung Puan Mazlin lagi. Tanpa menunggu sesaat
pun sudah ada yang tersedak keras. Siapa lagi kalau bukan anaknya yang bongsu
itu.
“Uhuk!
Uhuk!” Ashraf terbatuk-batuk sambil mencari-cari air. Terlihat ada tangan dari
sebelah menghulurkan segelas air padanya. Tanpa memandang, dia sudah mencapai
gelas tersebut. Sambil minum kepalanya berpusing untuk pandang ke sebelah
hendak mengucapkan terima kasih. Saat itu…
“Pufffhhh!!!”
Keadaan
menjadi senyap sepi di antara mereka. Wajah Ainnur yang basah dan wajah Ashraf
yang jelas menunjukkan dia tidak sengaja. Dek kerana terkejut sangat melihat
Ainnur duduk di sebelahnya, sampai tersembur air ke muka gadis itu. Habis muka
Ainnur sudah berlumur dengan air sisa dari mulutnya.
Macam
mana dia boleh tak perasan yang dia sedang sedap membantai makanan di sebelah
budak kampung ini?!
“Ash!!!”
suara Puan Mazlin membuatkan masing-masing tersentak. “Lapkan muka Ain, hisy!
Boleh pulak tersembur dekat muka budak tu…” suara Puan Mazlin tidak diendahkan.
Mata Ashraf dan Ainnur saling bersabung, berkomunikasi melalui mata. Entah apa
yang mereka sedang berkata-kata tiada siapa pun yang dapat meneka.
“Ash…
ambil tisu, lap muka Ain,” ucap Tuan Shahir pula bila keduanya buat drama
statik di meja makan.
Ashraf
tersedar. Pantas saja dia menjuihkan bibir.
“Nak
lap muka budak kampung ni… no way!
Lap sendiri!” balasnya berlagak. Terbang sudah semua rasa bersalah.
Ainnur
masih diam tidak berkutik. Pandangannya tajam menikam wajah Ashraf yang sudah
kembali menghadap nasi. Hatinya terasa terbakar. Rasanya tidak susah kalau
mulut itu boleh mengucapkan, maaf! Empat perkataan saja pun. M-A-A-F. Itu pun
berkira sangat kan?
Ainnur
sudah tidak mampu menahan rasa. Selama ini dia diam saja, tidak pernah
membalas. Jadi sekarang…
“Wei!!!”
suara Ashraf yang nyaring pecah di meja makan. Mana tidaknya, sedap saja air
disimbah ke mukanya saat sedang menghayati kelazatan lauk pauk malam yang
disediakan khas pada malam ini. Yang lain pun ikut tergamam. Tidak menjangka akan
tindakan Ainnur itu.
“Kalau
awak berbudi, saya akan berbahasa… kalau awak mengeji, inilah balasnya!” dengan
sebaris ayat itu, Ainnur sudah mengatur langkah ke dapur.
Ashraf
tergamam!
“Do you know anything about manner Ash?
You’re being so rude to her!” tegur Tuan Shahir tidak senang. Puan Mazlin
sudah berlalu untuk mendapatkan Ainnur di belakang.
“What? Bukan salah Ash okey… Ash terkejut
saja!” Ashraf membela dirinya sendiri. Tangannya sudah mencapai tisu di meja
dan mengelap wajahnya. Saat itu mata-mata yang berbaki di meja makan itu semua
merenung tajam ke arahnya termasuk dengan si kecil Aiman. Apakah? Semua sudah tidak
akan berpihak kepadanya.
“Bukan
salah Ash, true… tapi tak boleh ke mulut
kau tu cakap dengan sopan? Mulut macam kena simbah air longkang saja… cakap tak
fikir perasaan orang!” Adam turut masuk untuk mengambil bahagian dalam sesi,
memarahi Ashraf.
Ashraf
mencebikkan bibir. Cakaplah apa pun, kalau dalam kes budak kampung ini… pasti
saja bukan salahnya. Tidak mungkin dia akan bersalah sama sekali.
“Ash… you really need to learn how to respect
others,” kakak ipar pun tak nak ketinggalan untuk mengkuliahkan si adik
ipar yang seorang itu.
“Papa
Ash… tak baik tau buat dengan mama Ain macam tu… say sorry to mama Ain.”
Ashraf
sudah melopong. Amboi! Dengan yang paling kecil ini pun nak suruh aku mengalah
dengan budak kampung itu. Sorry! There is
no way that thing will happen.
“Why should I be nice to her?” soal
Ashraf dengan berlagak. Menyampah gila bila semuanya tidak fikirkan dirinya
sebaliknya memikirkan Ainnur, si budak kampung yang baru sampai semalam dalam
rumah ini.
“Because, she’s your future wife!” suara
Puan Mazlin muncul dari belakang. Ainnur yang sudah membersihkan wajahnya turut
berada di sebelah.
“Mummy…
Ash tak nak!” bantah Ashraf. Wajah Ainnur yang kelihatan sedikit tegang
direnungnya. “Mummy cuba tanya budak kampung ni… dia nak ke kahwin dengan Ash,
lepas Ash dah sembur air dekat muka dia? Dia pun mesti tak nak la mummy,”
sambung Ashraf dengan angkuh lagi.
“Budak
kampung tu ada nama… and it is Ainnur!
Can you stop calling her with that label?” Ashraf kena sound lagi dengan Adam. Ashraf diam, malas nak layan perintah yang
dia tidak suka. Macam mana pun, dia akan tetap memanggil orang itu dengan
gelaran budak kampung juga.
“Aunty…
Ain nak balik esok!” suara Ainnur timbul juga akhirnya. Puan Mazlin tersentak.
Sempat dia menghadiahkan jelingan buat Ashraf yang sudah tersenyum bangga.
Memang betul, cekodok basilah anak aku ini!
Ainnur
sudah melangkah, menghampiri diri Ashraf yang masih dengan senyumannya.
Renungan Ainnur tajam sekali seolah hendak menikam wajah Ashraf. Mereka yang lain sudah memandang Ainnur dengan
wajah yang penuh tanda tanya. Sudah tidak dapat diagak, apa yang akan terjadi
selepas ini.
“Ain
akan kahwin dengan abang Ash!” ucap Ainnur dengan tegas dan penuh keyakinan.
Cukup
ayat itu untuk mematikan senyuman lebar di bibir Ashraf. What!!! Jeritan bergema dalam hatinya.
emm... apa yang boleh dikatakan part ni memAng best...
ReplyDeleteada pekara yang boleh berubah dengan 4 HURUF ni. .M-A-A-F...
emm... apa yang boleh dikatakan part ni memAng best...
ReplyDeleteada pekara yang boleh berubah dengan 4 HURUF ni. .M-A-A-F...
emm... apa yang boleh dikatakan part ni memAng best...
ReplyDeleteada pekara yang boleh berubah dengan 4 HURUF ni. .M-A-A-F...