Nantikan kemunculan novel ini di pasaran, pertengahan Januari 2012 terbitan KaryaSeni. :) Selamat Membaca.
Bab
9
KERETA
Toyota Vios yang memasuki pintu pagar itu seolah melahirkan sinar harapan dalam
dirinya. Alhamdulillah! Sambutnya dalam hati. Dengan kehadiran Adam, bolehlah
dia nak suruh brainwash minda mummy
yang sudah kena virus demam budak kampung itu. Sungguhlah menyusahkan diri aku.
Ashraf
sudah bangun berdiri dari buaian yang didudukinya. Aiman yang lincah sudah
keluar dari perut kereta. Laju saja si kecil itu menerpa ke dalam pelukannya.
Ciuman kasih terus terpahat di pipi Ashraf. Adam dan Latifah tersenyum melihat
keakraban Aiman dengan papa Ashnya.
“Papa
Ash… mama cakap, Aiman tidur sini banyak-banyak hari!” ucap bibir comel itu
dengan petah.
“Banyak-banyak
hari! Aiman tidur dengan papa Ash okey,” balas Ashraf yang seronok melayan si
kecil itu. Mama dan papa Aiman sudah selamat masuk ke dalam rumah. Ditinggalkan
saja anak mereka dengannya di luar rumah.
“Tak
nak!” Aiman menggeleng kepala. Kening Ashraf berkerut.
“Kenapa
tak nak tidur dengan papa Ash?”
“Sebab
mama cakap… mama Ain datang sini. Aiman nak main dengan mama Ain!”
Ashraf
terus saja mengetap bibir. Chait! Sanggup Aiman menduakan kasihnya semata-mata
untuk budak kampung itu. Ini teramatlah tidak adil.
“Aiman…
mama Ain tu garang! Tak payah main dengan dia…” Ashraf tersenyum dalam hati.
Bukan susah hendak kelentong budak-budak. Tapi dilihatnya Aiman seakan tidak
mendengar butiran dari bibirnya. Mata si kecil itu sudah tertumpu ke arah lain.
“Mama
Ain!!!” nyaring sekali suara Aiman pecah.
Ashraf
tidak sempat hendak menahan, Aiman kini sudah berada dalam pelukan budak
kampung itu. Ashraf mendengus marah! Dilihat betapa mesranya Aiman dengan
Ainnur. Huh! Dia menjadi menyampah. Kenapa? Sebab Aiman itu anak buahnya, bukan
si Ainnur!
Tetapi
tidak pula dia bergerak menghampiri Ainnur untuk mengambil Aiman. Lama matanya
mendarat pada wajah gadis kampung itu. Kenapa lain sangat dia sekarang ini?
Desis Ashraf sendiri. Matanya masih tidak lepas menjamah ke segenap wajah
Ainnur. Dulu macam nenek kebayan. Sekarang…
“Papa
Ash, apa tengok mama Ain macam tu!” teguran si kecil Aiman membuatkan Ashraf
mengetap bibir. Untuk menutup rasa malu di hati, dia terus mendengus kasar. Tanpa
kata, laju dia mengatur langkah berlalu masuk ke dalam rumah.
“Papa
Ash kenapa mama Ain?” soal Aiman pelik apabila Ashraf terus menonong masuk ke
dalam rumah. Ainnur tersenyum mendengar soalan Aiman. Papa Ash bukan apa… dia
terkedu tengok mama Ain yang tak serupa nenek kebayan dah! Ucap hatinya
sendiri.
‘Makin
cantik ya kau sekarang!’
Takkan
aku lupa ucapan lelaki berlagak itu. Ingatkan Ashraf buta dalam menilai
kecantikan wanita, rupanya tidak juga. Tapi, macam bahaya! Aku yang dia tak
suka pun, dia boleh puji cantik. Kalau perempuan yang dia suka? Eh… ada ke
perempuan sukakan lelaki macam dia melainkan kau Ainnur? Rasanya… entahlah.
“ADAM!!! Seriously
this is not funny. Stop laughing!!!” marah Ashraf apabila ketawa Adam tidak
henti-henti dari tadi apabila dia mengkhabarkan tentang perancangan mummy untuk
menyatukan dirinya dengan budak kampung itu. Ini soal hidup mati aku, boleh
pula abang aku gelak macam orang gila!
“Why?” Adam masih tidak henti dengan
ketawanya. Jelas kelihatan wajah Ashraf yang sudah memerah macam cili api.
Marah sangat nampaknya.
“I don’t like it! I rather be a bachelor than
be married to that kampung girl…” balas Ashraf angkuh. Adam yang sedang
galak ketawa terus mematikan tawanya. Pandangan mencerun ke arah Ashraf.
“Watch your words! Berlagak sangat ni
kenapa? Kampung girl kalau, tak boleh
kahwin dengan budak bandar? Kau tu… tak reti-reti nak cari calon sendiri, mummy
risau tau. Bukan nak cakap terima kasih pada mummy carikan perempuan macam
Ainnur tu… tapi berlagak lebih pulak dia!” selamba saja Adam menghadiahkan
libasan di belakang badan Ashraf. Memang dasar tak reti bersyukur. Mulut pula,
langsung tak berinsurans.
“Abang
cakap senanglah!” Ashraf tidak mahu mengalah. “Bukan abang yang kena paksa!”
sambungnya lagi.
“Abang
tak nak tolong Ash kan? Tak apa… siapa cakap pun, Ash tak nak kahwin dengan
budak kampung tu!” bentak Ashraf. Bosan rasanya bila tiada sesiapa yang sudi
menyokong dirinya. Semuanya asyik berpihak pada parti si budak kampung itu.
Nampaknya… Ainnur sudah mendapat majoriti suara. Ashraf sudah semakin tidak
senang.
“Sikit
punya untung mummy pilih Ainnur untuk kau… apa yang tak kenanya dengan dia?”
soal Adam yang langsung tidak senang dengan kata-kata Ashraf. Selamba biadap!
Ini betul adik aku kan? Kenapa tak macam manusia normal yang lain.
“Tak
nak budak kampung tu. Tak sekufu!” muka Ashraf angkuh sekali memberi jawapan.
Adam
mengerutkan dahi tanda dia tidak memahami kenapa si Ashraf begitu kuat
membangkang calon pilihan mummy. Ainnur! Okay
what! Bukan setakat okey tetapi okey sangat. Budak kampung pun, bukannya
dia tidak berpelajaran. Kalau ini yang sering Ashraf pertikaikan, berkenaan
taraf pendidikan. Ainnur student TESL produk oversea. Siap dah jadi cikgu pun di sekolah menengah. Apa lagi yang
pak cik pelik ini hendak? Tak cukup sekufu ke?
“Aku
pelik betullah dengan kau ni… Ain tu kau kata tak sekufu! Kau nak yang sekufu
macam mana lagi… abang rasa dia yang paling sesuai untuk kau.” Sesuailah sangat
Ashraf dikahwinkan dengan cikgu Ainnur, biar cikgu ‘mengajar’ dia sikit. Banyak
betul songehnya.
“Abang…”
Adam terus berpaling apabila kelibat Latifah muncul di situ. Dengan menggunakan
isyarat tangan, dia dipanggil. Sempat Adam mencapai bantal dan membalingnya
laju ke muka Ashraf. Puas hati!
“Kenapa?”
soal Adam sebaik saja mendapatkan Latifah di muka pintu. Tanpa kata, dia sudah
ditarik ke bilik sebelah.
“Ash
tak tahu… Ain tu cikgu. Dia tak tahu apa pun pasal Ain…” terang Latifah tentang
info yang dikhabarkan oleh Ainnur padanya. “Ain tak nak bagitahu pada Ashraf
pasal semua tu,” tambah Latifah lagi. Jelas kelihatan kerutan di dahi Adam.
“Are you guys nuts?!” spontan wajah Adam
berubah serius.
Wajah
Latifah terus berubah menjadi kelat. Apa dia pula yang kena nuts!
“Gila
ke apa!” kena lagi.
“Out of sense!” dan lagi.
“Ridiculous!” dan lagi.
Mulut
Adam terus tanpa henti menghadiahkan perkataan yang sangat menyenangkan
pendengaran telinga Latifah. Dia baru saja hendak menambahkan kosa kata untuk
pendengaran Latifah, namun isterinya lebih pantas menzipkan mulutnya dengan
hujung jari.
“Enough! Don’t spit all the words in front of
me as I am the mastermind for this planning!” marah Latifah.
Adam
terkedu. Wajah isterinya sudah memerah, menahan rasa.
“Okay… okay… sorry! Tak dapat nak tahan
mulut tadi. Tapi siapa punya plan
ni?”
“Mummy and Ain.”
“Untuk?”
“Nak
bagi pengajaran sikit untuk adik abang yang menurut kata Ain tak ada sensitiviti
dengan manusia sekeliling dia.”
Adam
diam. Tidak mampu untuk membalas kata sebab benarlah dengan fakta yang Ainnur
berikan itu. Ashraf boleh dikategorikan sebagai manusia yang tak ada perasaan
sangat. Tapi kalau nak ikut pandangan Adam, dengan Ainnur saja perangai itu
terserlah dengan dos yang berlebihan. Itu menunjukkan yang Ashraf benar-benar
tidak suka. Sebab? Budak kampung?! Tak masuk akal juga alasan adiknya itu.
Comments
Post a Comment